Saturday, August 07, 2010

Kilang Arak Shah Alam: PAS Sama Dg UMNO?




CATATAN SANTAI
MELIHAT Blog YB Khalid Samad 'Lawatan Kerja ke Kilang Carlsberg' . Tulisnya...

"Tajuk posting saya kali ini barangkali akan memeranjatkan sesetengah pihak. Lanjutan daripada perbincangan berhubung Terminal Bas Shah Alam, saya bersama beberapa Ahli Majlis MBSA telah melawat kilang Carlsberg pada hari Khamis 5 Ogos, jam 3 petang. Kami disambut oleh Dato’ Chin Voon Loong, Timbalan Pengarah Urusan Syarikat berkenaan. Beliau memberikan penjelasan dan latar belakang syarikat serta prestasi perniagaannya semenjak ianya mula beroperasi. 

Untuk makluman semua, kilang Carlsberg Shah Alam telah mula beroperasi pada tahun 1972, iaitu 38 tahun dahulu. Ia merupakan di antara kilang yang terawal di kawasan tersebut dan semasa ianya dibina, hanya hutan dan belukar di kelilingnya. Dari segi operasinya, kilang tersebut mempunyai 300 orang pekerja, sebahagian darinya orang Melayu beragama Islam. Sambil itu, 100% dari bahan keperluan utama ia itu ‘Malt’ diimpot dan 50% dari produk keluarannya diekspot. Dewasa ini, pasaran sasaran adalah di luar Negara kerana pasaran Malaysia dianggap tepu.

Setelah selesai penerangan beliau, saya mula menceritakan hajat kunjungan kami ke kilang tersebut. Saya menjelaskan kepada Dato’ bahawa kedudukan kilangnya amat strategik dan walaupun dahulunya ianya dikelilingi hutan, sekarang ianya bagaikan mercu tanda pintu masuk ke Bandar Raya Shah Alam. Saya bertanya samada pihak kilang mempunyai apa-apa rancangan ‘extension’ atau pembesaran dan samada rancangan itu mungkin terlaksana di tapak itu atau memerlukan tapak yang lebih luas.

Saya menyebut bahawa sekiranya tapak yang lebih luas diperlukan, maka kemungkinan satu tapak di pelabuhan Klang, memandangkan 100% bahan keperluan Malt diimpot dan 50% bahan keluaran diekspot, boleh diusahakan. Sekiranya itu merupakan satu kemungkinan, maka tapak kilang itu hendaklah kita ‘ear mark’ atau cadangkan sebagai tapak Terminal Bas Shah Alam.

Dato’ menyatakan bahawa beliau faham sensitiviti masyarakat Shah Alam berhubung kilang beliau dan itulah di antara sebab pihak Carlsberg juga mengambil satu pendekatan ‘low profile’. Mereka tidak menonjolkan kehadiran mereka dengan secara keterlaluan. Sambil itu, menurut beliau lagi, mereka telah menanamkan pelaburan yang tinggi di situ dan telahpun membeli tanah di tepi kilang mereka pada tahun 2000 atau 2001 yang seluas 6 ekar untuk menampung keperluan pembesaran. 

Kawasan berlebihan ini masih kosong dan mencukupi untuk apa-apa perancangan pembesaran mereka. Kos pengangkutan pula tidak merupakan satu faktor kos yang besar dan oleh itu, walaupun ianya mungkin satu penjimatan, ianya tidak merupakan sebab yang kukuh, dari sudut kommersil, untuk mereka berpindah. Setelah mendengar penjelasan beliau, maka amatlah jelas bahawa kemungkinan mereka berpindah adalah amat tipis sekali. 

Sekiranya diminta berpindah sekalipun, ianya memerlukan perbelanjaan yang terlalu besar yang perlu ditanggung oleh pihak kerajaan Negeri. Oleh itu, walaupun tapak itu kelihatan yang paling strategik, ianya tidak mungkin digunakan untuk Terminal Bas Shah Alam. Satu tapak yang lain, yang berhampiran landasan keretapi komuter dan juga lebuh raya perlu dikenalpasti."

Jadi, perbincangan itu tidak ada kena mengenai dengan hal-hal agama, atau yang ada kaitan dengan pengharaman kilang arak seperti yang dituntut oleh majoriti orang Islam negara ini dan agama bagi Perseketuan (Perkara 3. Perlembagaan Negara) walaupun Pakatan Rakyat belum memerintah Kerajaan Pusat.

Kata YB Khalid lagi, "Oleh yang demikian, saya beralih pula kepada persoalan kakitangan Melayu Islam yang berkerja di kilangnya. Keadaan mereka, lebih-lebih lagi memandangkan bulan Ramadhan sudah menjelang, perlu diambil tahu. Walaupun mereka berkerja di kilang arak, sebagai pendakwah, maka tidak seharusnya terlalu cepat menghukum dan memutuskan hubungan dengan mereka. 

Mereka orang Islam dan usaha untuk meningkatkan kefahaman dan seterusnya penghayatan mereka terhadap Islam perlu dilakukan sepertimana ianya dilakukan terhadap seluruh anggota masyarakat, tanpa mengira latar belakang pekerjaan mereka. Saya difahamkan bahawa adanya surau di kilang tersebut dan dalam masa yang sama terdapat juga Persatuan Kebajikan Islam. Ketua persatuan pekerja, menurut beliau ialah seorang Melayu. Saya meminta Dato’ memberi saya nombor talefonnya supaya dapat saya hubunginya dan terus berurusan dengannya."

Teringat saya sebuah hadis, "Diriwayatkan dari Anas RA bahawa Rasulallah SAW telah melaknat sepuluh golongan yang terlibat dengan arak, orang yang memerah arak, orang yang diminta arak diperah untuknya, orang yang meminumnya, orang yang membawanya, orang yang meminta dibawa arak kepadanya, orang yang memberi minum arak kepada orang lain, orang yang menjual arak, orang yang mendapat hasil daripada arak ,orang yang membeli arak, orang yang meminta dibelikan arak untuknya"

Sepuluh golongan yang dilaknat itu ialah..


Satu: Pemerah arak: Iaitu pekerja -pekerja yang melakukan kerja pemerahan buah-buahan seperti anggur, bertujuan hasil dari perahan anggur itu akan dijadikan arak, samada mengunakan teknologi moden atau cara lama. Hasil pekerjaannya, upah atau gaji yang diterima itulah dilarang.

Kedua: Meminta diperahkan arak untuknya. Bermaksud majikan /pengurus sesebuah syarikat yang menggaji beberapa orang pekerja di kilangnya untuk bekerja sebagai operator pengeluaran.

Ketiga: Peminum arak. Orang yang meminum arak walaupun setitik atau tidak mabuk, hanya cuba-cuba .perbuatan itu juga dilarajng.

Keempat: Pembawa arak. Ia boleh dimaksudkan sebagai pelayan di sesebuah restoran/ kedai makan / hotel dsb. Ataupun boleh juga dimaksudkan sebagai pemandu lori yang membawa muatan arak dari sesuatu tempat ke suatu tempat lain. Juga dilarang.

Kelima: 'Meminta dibawakan arak kepadanya' bermaksud seseorang yang membuat pesanan arak samada untuk diminum ataupun di simpan sebagai koleksi. Juga salah.

Keenam: 'Memberi minum arak kepada orang lain' bermaksud seseorang memberi orang lain minum padahal dia tidak meminumnya. Contohnya, seseorang Muslim membelanja minum rakannya non Muslim minum arak di sesebuah restoran. Perbuatan itu juga dilarang.

Ketujuh: Penjual arak : Boleh diertikan sebagai tuan kedai /restoran yang menjual arak kepada pelanggannya walaupun dia tidak meminumnya.

Kelapan: Orang yang mendapat hasil dari arak. Hal ini agak luas. Pemegang saham, termasuk kerajaan, individu dan sesiapamyang terlibat.

Kesembilan
: Orang yg membeli arak bermaksud pembeli arak samada untuk diminum atau tidak. Dan..

Kesepuluh: Orang yang meminta dibelikan arak untuknya. Ertinya dia suruh orang lain membeli, pun salah juga.

Perkara-perkara seperti ini perlu diambil kira. Pekerja-pekerja yang terlibat perlu diselamatkan dari terjebak ke dalam 'laknat' Allah. Ia juga adalah hak pengundi yang menaikkan PR, dan kewajipan kerajaan untuk menyelamatkan rakyatnya dari api neraka. Perlu dicari jalan penyelesain, kerana agama Islam bukanlah agama yang sempit. Tentu ada jalan selesai.

Kesimpulannya, masalah 'Arak' di Selangor perlu diselesaikan segera. Perlu dibuktikan usaha sedang dibuat, samada jangka pendek atau jangka panjang. Kalau tersekat kerana Kerajaan Pusat, buktikan dan dedahkan kepada rakyat halangan tersebut. Bukan halangan dari dalam PR sendiri. Rakyat Islam perlu diyakinkan, bahawa kalau PR memerintah Malaysia sekalipun, hukum-hukum Islam tetap mampu dilaksanakan.

Jangan sampai pengundi Islam menganggap, Undi PAS dalam PR sama dengan undi UMNO dalam BN. Jangan sampai PR dihukum pada PRU 13 mendatang.

Sekian. As-salamu 'alaikum.
Ibnu Hasyim Catatan Santai
alamat e-mail:
ibnuhasyim@gmail.com
KL Ogos7, 10

Lelong 'Dara' Di Internet RM1 Juta, Tapi Tidak Mahu Kahwin.

SPRING mahu jadi doktor.
Cik Spring

LONDON OGOS7 10
: Seorang lelaki Britain berjaya membida dara seorang remaja warga Hungary dengan harga £200,000 (RM1 juta). Bidaan yang pada awalnya dilakukan di eBay itu berakhir dengan urusan melalui e-mel selepas laman terbabit mengharamkan acara lelongan itu.

Seorang lagi pembida di Ireland juga cuba bersaing untuk mendapatkan dara remaja Hungary itu. Remaja 18 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Cik Spring berkata dia dalam perjalanan ke Britain. Remaja berambut perang yang bercita-cita menjadi doktor dan sudah mendapat tempat untuk melanjutkan pengajian ke universiti itu terpaksa menundakan hasratnya kerana perlu membantu keluarga.

“Keluarga saya ada banyak hutang dan kami tak mampu membayarnya. Ibu mempunyai hutang tertunda di Hungary dengan kadar faedah semakin meningkat.

“Kami dihalau dari rumah dan kini merempat di jalanan. Saya mahu membantu ibu mejelaskan semua hutangnya, jadi saya terpaksa menjual diri,” kata Spring.

“Saya berhubung dengan dua pembida terakhir iaitu lelaki Ireland dan British. Kedua-duanya bersimpati dengan nasib saya.

“Mereka juga berhasrat mengahwini saya dan membantu keluarga saya tetapi saya belum bersedia untuk berumah tangga,” katanya lagi. - Agensi

Soi Lek Kritik Negara Islam, Guan Eng Jawab

KL OGOS7 10: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menganggap pandangan presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang memberi gambaran bahawa negara-negara Islam sebagai tidak progresif dan mengamalkan rasuah sebagai mengarut.

Menurut Lim, Chua pada Konvensyen Tahunan ke-33 MCA Kedah di Alor Star, semalam telah memberi tanggapa negatif kononnya negara-negara Islam itu “tidak progresif, korup, miskin dan terkebelakang”. Katanya, Chua sepatutnya mendidik dirinya sendiri dalam sejarah tamadun Islam yang bukan hanya mengenai empayar global tetapi kaya dengan pelbagai khazanah seperti seni, ilmu hisab, perubatan, algebra dan astronomi.

“Negara-negara Islam juga dilanda masalah yang sama seperti India dan China sebelum ini. Hanya apabila India dan China menjadi bebas dan dimerdekakan oleh penjajah, barulah mereka menyedari potensi masing-masing dan mengambil tempat sewajar mereka di pentas dunia,” katanya ketika berucap di Persidangan Intergriti Antarabangsa di Pulau Pinang hari ini.

“Saya yakin negara-negara Islam mampu mengembalikan kegemilangan silam mereka, jika negara-negara berkenaan tidak lagi dikongkong seperti India dan China,” katanya. Lim, yang juga adalah setiausaha agung DAP berkata sejarah membuktikan negara-negara Islam juga boleh mempunyai urus tadbir seperti yang berlaku semasa pemerintahan Umar Abdul Aziz yang menyaksikan jajahan Ummaiyyah menjadi pusat pendidikan dan perundangan yang cemerlang.

“Pilihannya adalah sama ada kita ikuti jejak atau model Umar Abdul Aziz berhubung mentadbir dengan integriti dan melasanakan urus tadbir yang baik ataupun memilih cara pentadbiran secara kukus besi dan mengamalkan rasuah,” tambahnya. Lim merujuk kepada ucapan Chua semalam yang membidas kedua-dua Umno dan PAS kerana menggunakan agama bagi meraih sokongan di kalangan masyarakat Melayu.

MenNONEurut Chua, apabila dua parti Melayu yang dominan itu bersaing, kesannya akan wujud dasar-dasar yang tidak progresif - menyebabkan negara terperangkap dalam kategori penduduk berpendapatan sederhana untuk lebih 10 ntahun. Beliau juga berkata Umno telah menjadi lebih konservatif untuk bersaing dengan PAS bagi mendapatkan sokongan Melayu.

Katanya, isu berkenaan sengaja ditimbulkan supaya masyarakat Cina di negara ini boleh berfikir memikirkan sejenak berhubung kerjasama DAP dengan PAS.

Chua juga mengingatkan masyarakat Cina di Malaysia supaya jangan terlalu optimistik dengan anggapan jika PAS memerintah, negara ini akan bebas daripada rasuah dan segala masalah lain akan lenyap. Katanya, ada antara negara yang mengamalkan rasuah terdiri daripada negara yang mempunyai majoriti masyarakat Islam. (Malaysiakini.com)

2 Bangkai Pesawat Malaysia Dijumpai Di Aceh?

Aceh pandangan dari atas pesawat..

JAKARTA OGOS 7 10:
Pasukan Polis dari Aceh Besar sudah memasuki hutan sejak empat hari lalu bagi mencari bangkai pesawat yang dikatakan dikesan di kawasan pergunungan Aceh Besar baru-baru ini, yang dikaitkan dengan pesawat dari Malaysia yang hilang di Aceh lebih 20 tahun lepas.

Pegawai Perhubungan Awam Polis Aceh, Pesuruhjaya Kanan Farid Ahmad Saleh berkata, pasukan mencari itu kini sedang menuju ke lokasi di Pergunungan Bukit Barisan, namun pihaknya belum dapat memberi kepastian sama ada pesawat itu sememangnya dari Malaysia atau tidak dan sama ada terdapat kerangka manusia di dalamnya.

Maklumat yang diterima berhubung penemuan bangkai pesawat itu bercanggah daripada data yang ada, termasuk lokasi ia ditemui, yang sebelum ini dikatakan di Pergunungan Leuser di wilayah Aceh Tenggara.

Ada maklumat juga bahawa ia bangkai pesawat kecil pengangkut logistik, yang mungkin terhempas pada tahun 2006, namun semua maklumat itu belum dapat dipastikan sehingga pasukan mencari memberi laporannya.

"Perjalanan ke sana memakan waktu sekitar tiga hari perjalanan darat dan sampai saat ini belum kembali lagi. Kawasan itu juga sukar mendapat signal telekomunikasi sehingga kami tak ada komunikasi apapun dengan pasukan di lapangan," katanya.

Polis melancarkan usaha mencari lokasi itu setelah ada laporan bahawa penduduk tempatan yang mencari kayu di hutan berkenaan dikatakan menemui sebuah bangkai pesawat beserta kerangka manusia di dalamnya.

Polis sehingga ini belum dapat menentukan kebenaran laporan oleh penduduk tempatan itu.

Keterangan Farid hari ini turut menyangkal laporan sebelum ini yang mengatakan bangkai pesawat itu dikesan dari udara oleh polis tempatan. Pegawai perhubungan awam itu berkata keadaan hutan yang tebal tidak memungkinkan bangkai pesawat itu boleh dikesan dari udara, lebih-lebih lagi dalam keadaan cuaca yang agak buruk di kawasan itu pada masa ini.

Beliau juga menafikan bahawa Ketua Polis Aceh Besar Agus Susanto telah memberi maklumat seperti yang dilaporkan oleh sebuah akhbar tempatan dua hari lalu, yang turut mengaitkan pesawat dari Malaysia dengan penemuan bangkai pesawat itu.

"Saya sudah memberitahu Ketua Polis Aceh Besar, beliau membantah telah memberi kenyataan dan data seperti dalam akhbar itu, dan sampai saat ini Ketua Polis Aceh Besar belum bersedia memberikan kenyataan kerana memang belum ada kejelasannya," kata beliau.

Akhbar tempatan itu sebelum ini melaporkan bahawa bangkai pesawat itu ditemui oleh polis beserta kerangka manusia di dalamnya.

Ia turut memetik kenyataan seorang pegawai lapangan terbang Polonia Medan mengenai beberapa pesawat dari Malaysia yang dilaporkan hilang di Aceh pada tahun 1980-an dan 1990-an.

Di KUALA LUMPUR, Jabatan Penerbangan Awam sedia bekerjasama dengan Polis Indonesia sekiranya bangkai pesawat yang ditemui di pergunungan Aceh Besar Selasa lepas disahkan pesawat Malaysia yang dilaporkan hilang lebih 20 tahun lalu.

Timbalan Pengarahnya Idros Abdul Rahman berkata kerjasama itu meliputi penyediaan dokumen berkaitan seperti rekod pesawat serta menghantar pegawainya ke sana bagi membantu siasatan.

"Status mengenai pesawat tersebut masih samar-samar dan kami belum lagi dapat apa-apa laporan daripada pihak berkuasa sana, tetapi jabatan akan cuba bantu dan bekerjasama dengan mereka sekiranya bangkai pesawat itu adalah sah milik Malaysia," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Berdasarkan rekod, dua pesawat dari Malaysia dilaporkan terhempas di Aceh iaitu sebuah pesawat kecil Twin Otter pada tahun 1989 dan sebuah pesawat Skyvan pada tahun 1993, yang dikatakan belum ditemui kerana pesawat berkenaan dipercayai terhempas dalam hutan tebal.-BERNAMA

Hitler & Amin Husaini: Islam Terlibat Dlm Perang Dunia Ke 2?

DIKATAKAN gambar-gambar di bawah ini dipercayai bukti penglibatan Islam di dalam peperang dunia ke 2 . Seorang ulama' dari Bekas Empayar Uthmaniyah bekerjasama dengan Hitler dalam menghancurkan Eropah. Ulama itu dikenali sebagai Muhammad Amin Husaini. Mengapa beliau berbuat begitu?






UMNO-PAS Dalam Konteks Perlembagaan -Prof Dr Abd Aziz Bari

Kanan sekali Prof Dr Abdul Aziz Bari

TULISAN Profesor Undang-undang UIAM, Dr. Abdul Aziz Bari dalam akhbar Sinar, Isnin 2 Ogos, 2010 bertajuk Umno-PAS dalam konteks perlemabagaan menarik minat saya dalam membentuk sistem dua parti yang kukuh dan dominan di negara ini.

Beliau menyebut, “Sistem dua parti ini penting kerana ketiadaan struktur inilah yang menyebabkan perlembagaan kita wujud hanya pada nama sahaja. Seperti yang kita maklum perlembagaan hanyalah sekadar sebuah dokumen yang tidak bermakna jika kita gagal melaksanakannya. Dan pelaksanaan ini tidak akan berlaku di dalam sebuah sistem di mana kerajaan yang memerintah tidak rasa takut dihumban keluar oleh rakyat. Rasa tidak takut ini wujud apabila kerajaan berkenaan berasa ia boleh melakukan apa sahaja untuk terus berkuasa”.

Dalam konteks perlembagaan, saya nampak beliau begitu arif mengenainya. Tetapi bila menyentuh soal politik, beliau menjadi sedikit emosi, kalau pun tidak berdendam dengan PAS.

Sebagai contoh, kenyataan beliau, “PAS akan terus jadi parti Melayu yang sempit dan kampungan sekiranya ia termakan pujukan UMNO yang penuh dengan muslihat itu. Dan seperti mana yang disebut tadi PAS akan tersungkur dalam pilihan raya kerana rakyat berasa ragu siapa dan apakah sebenarnya wawasan politiknya”.

Sudah lama saya tidak mendengar komen beliau tentang PAS secara terbuka di media massa. Jika tidak silap ingatan saya, semasa beliau hadir dan menjadi selebriti dan diaju dengan berbagai pertanyaan bertubi-tubi dari ahli PAS dalam ‘Seminar Pemerasaan Parti PAS’ pada tahun lepas, beliau ada menyebut tidak akan mengulas lagi tentang PAS.

Tanpa memihak kepada pro dan kontra terhadap Pakatan Rakyat, PAS kena berpolitik di atas realiti politik semasa dan juga kehendak perjuangan Islam dan keadilan sejagat yang didukungnya.

Realitinya, PAS bertanding di kawasan yang majoritinya orang Melayu. Bagi saya, PAS perlu mengadakan satu Seminar Khas bagi membincangkan secara terperinci, kemampuan PAS dalam menjaga hak dan keistimewaan orang Melayu yang termaktub dalam perlembagaan.

Orang Melayu begitu takut untuk menyerahkan kuasa kepada Pakatan Rakyat kerana bimbangkan kemampuan mereka untuk terus menikmati apa yang mereka ada pada hari ini. Kenyataan pemimpin DAP seperti Tony Pua, untuk menghapuskan diskaun 7% untuk bumiputera membeli rumah mewah amat mencurigakan orang Melayu.

Di sini PAS perlu bijak memainkan peranannya. Jika PAS gagal menyakinkan orang Melayu bahawa PAS mampu menggantikan UMNO dalam mempertahankan apa yang orang melayu ada pada hari ini, tidak mustahil PAS tidak diterima oleh orang-orang Melayu selain dari bumi Kelantan.

Mahu tidak mahu, orang Melayu akan terus bergantung kepada UMNO. Bila bukan Melayu berpindah kepada Pakatan Rakyat dan orang Melayu terus bersama UMNO, maka pada masa itu berlaku kerajaan camporan UMNO (Melayu) dan DAP+PKR (bukan Melayu).

Perhitungan seperti ini perlu diambil kira, dalam menentukan halatuju PAS dalam menghadapi pilihanraya umum ke-13 nanti. Disebabkan PAS sekarang ini sudah menjadi parti multi-racial seperti juga DAP dan PKR setelah adanya Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), maka sudah tentu PAS berhak untuk bertanding dikawasan-kawasan camporan secara sama rata ataupun berdasarkan kepada merit tertentu.

Lebih banyak kerusi-kerusi seperti Kota Raja yang majorinya bukan Melayu perlu diserahkan kepada PAS untuk ditandingi oleh parti tersebut supaya tidak dilihat menjadi parti Melayu yang sempit dan kekampungan seperti yang dinukilkan oleh Professor Dr. Aziz Bari dan lain-lain pihak yang sependapat dengan beliau. (Sedutan dari Harakah)

Lagi Ditipu Skim Cepat Kaya..

PENGGUNA

JOHOR BAHRU OGOS7 10: – Sewa mesin penapis air mineral bernilai RM1,400 sebulan dan dijanjikan keuntungan sehingga RM3,000 setiap bulan.

Demikian janji kosong sebuah syarikat skim cepat kaya yang berselindung di sebalik syarikat penapis air mineral di Taman Molek di sini sehingga menyebabkan dua jurutera berputih mata selepas mendakwa ditipu lebih RM21,000 setiap seorang.

Mangsa, Lee Poh Keong, 39, berkata, pada mulanya dia didatangi seorang ejen syarikat berkenaan yang menawarkannya peluang mendapat keuntungan mudah dengan menyewa mesin penapisan air mineral sekitar September tahun lalu.

Selepas tertarik dengan tawaran tersebut, Poh Keong kemudian mengajak rakan sejawatannya, K. Thorajoo, 32, untuk turut serta.

Walaupun terpaksa menandatangani kontrak yang mahukan mereka berdua menyediakan RM21,000 seorang, kedua-dua mereka yang yakin akan mendapat untung segera bertindak memohon sembilan kad kredit dari bank berlainan bagi menampung kos pelaburan itu.

“Siapa yang tidak mahu RM3,000 sebulan, selain boleh membayar balik ansuran kad kredit, kami juga boleh dapat duit lebih.

“Namun tanpa diduga, saya hanya memperoleh RM200 sahaja sebulan pada tiga bulan pertama sebelum mengambil keputusan untuk berhenti daripada skim tersebut,” katanya kepada pemberita di Pejabat Timbalan Pengerusi Biro Aduan Awam MCA Cawangan Johor Bahru, Michael Tay di sini semalam.

Poh Keong berkata, dia kini buntu memikirkan bagaimana untuk membayar balik hutang kad kredit, tambahan pula syarikat tersebut dakwanya kini diambil alih oleh pengurusan baru.

“Lebih teruk saya turut dibebankan dengan hutang pinjaman kereta dan rumah,” ceritanya lagi.

Dalam pada itu, Thorajoo berkata, nasibnya lebih malang apabila syarikat terbabit langsung tidak memberikannya mesin penapisan air mineral tersebut meskipun telah menandatangani perjanjian kontrak yang memaksanya mengeluarkan pelaburan lebih RM21,000.

“Nak cari mereka sudah tidak tahu di mana, kini kami terpaksa menanggung hutang. Saya menyesal tidak sudah dan saya harap pihak bank dapat bertolak ansur berhubung ansuran kad kredit,” katanya yang telah membuat laporan polis.

Sementara itu, Tay berkata, pihaknya akan membantu kedua-dua mangsa mendapatkan peguam bagi membela nasib mereka berhubung kejadian itu.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supritendan Roslan Zainuddin semasa dihubungi mengesahkan menerima laporan tersebut dan sedang menyiasat lanjut. (Kosmo Online/AK)

Iran, AS Tak Boleh Buat Apa-apa -Khatami


TEHRAN OGOS 6 10: Khatib Jumaat Tehran, Ayatollah Ahmad Khatami menyatakan bahawa AS tidak boleh buat apa-apa terhadap Republik Islam Iran. Menyentuh kenyataan terbaru Ketua Tentera AS, Michael Mullen yang mengungkapkan keinginannya menyerang Iran, Ayatollah Ahmad Khatami dalam khutbah Jumaat hari ini di Universiti Tehran mengatakan,

"Dalam 31 tahun terakhir ini, AS tidak dapat berbuat apa-apa kepada Repuiblik Islam Iran. Hingga kini, AS sama sekali tidak dapat melakukan pencerobohan apapun terhadap Iran."

Lebih lanjut Ayatollah Khatami menyebut intimidasi AS ialah sebagai perang saraf. Menurutnya, serangan terhadap Iran akan membahayakan seluruh kepentingan AS di dunia. Ia menambahkan, "Jika AS menggunakan Rejim Zionis Israel untuk menyerang Iran, rejim itu akan musnah."

Menyentuh helah dualisme AS terhadap Iran, Ayatollah Khatami mengatakan, "AS adalah negara pembohong dan tidak patuh kepada hukum internasional." Ayatollah Khatami dalam khutbahnya juga menegaskan, "Jika penghuni dunia bimbang tentang perdamaian dunia, maka ketahuilah bahawa bahaya utama adalah Rejim Zionis Israel. Selama rejim ini eksis, dunia ini tidak akan damai."

Ditegaskannya pula, menghadapi Zionis Israel adalah suatu kewajipan untuk dapatkan perdamaian. Dalam kesempatan tersebut, Ayatollah Khatami menyebut mengenai pengkhianatan sebahagian ahli politik pada awal revolusi Islam Iran hingga kini, "Dalam membela tanah air, kelompok agama berada di depan. Ada pihak yang mengaku sebagai nasionalis, tetapi terjebak dalam pengkhianatan terhadap bangsa sendiri." (IRIB)

Yahudi Hidung Bengkok Macam Cacing... -holocartoons.com


KARTUN ini menggambarkan orang Yahudi berbentuk hidung bengkok macam cacing-cacing, yang sedang melubangi sebuah buku sejarah. Juga menggambarkan si Yahudi pakai topi hitam bergambar Bintang David sedang mencari-cari sesuatu, di tengah mayat-mayat tiruan dalam sebuah kamp holocaust.

Anda boleh lihat dalam sebuah situs Iran bernama 'holocartoons.com', muncul di dunia maya pada Khamis 5 Ogos 2010 ini. Situs itu berisi penolakan dan celaan terhadap Holocaust dan memuat aneka kartun yang menyindir orang-orang Yahudi.

Pejabat berita di Iran Fars menyebutkan, situs tersebut menyediakan layanan dalam tiga bahasa, Inggris, Arab dan Farsi. Dilukis oleh kartunis Iran Maziar Bijani atas biaya sebuah yayasan masyarakat. Designnya dibuat seolah-olah situs Nazi yang ikon panel untuk berpindah halaman menggunakan simbol swastika. Bila dibuka, akan terdengar lagu Pink Panther dan sebuah tulisan sindiran, mengatakan situs ini dipersembahkan untuk mereka yang tewas dan kalah kerana 'dalih Holocaust'.

Situs menolak peristiwa Holocaust itu, selari dengan sikap pemerintah Iran yang berani menyangkal tragedi Holocaust seperti dakwaan orang Yahud terutama Israel. Iran pernah menjadi tuan ruman persidangan yang mengesahkan penolakan terhadap Holocaust. Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad menyebut Holocaust cuma mitos atau dongeng, kerana Israel sengaja memanfaatkan mitos Holocaust untuk menjajah dan menindas rakyat Palestin. (Arabnews/IH)

Lihat sebelum ini..

Awas! Buku 'Temanku Teroris?', Membantu Teroris AS.

JAKARTA -Kamis, 16 Juli 2010, di Gramedia Grand Indonesia, Jakarta, diluncurkan dan dibedah buku berjudul "Temanku, Teroris?" Dipandu Tina Talisa, presenter TVOne, dihadirkan juga mantan Kepala Badan Intelijen Negara (BIN) AM Hendropriyono, selaku pembedah buku.

Sebagaimana disampaikan oleh penulisnya, Noor Hudai Ismail, buku ini diharapkan menjadi jembatan dan ajang "silaturahmi" bagi berbagai pihak yang memiliki cara pandang berbeda-beda. Namun, dapatkah buku ini menghapus stigma terorisme yang selalu ditujukan kepada Islam dan kaum Muslimin?

Dua Santri Ngruki Dengan Jalan Berbeda

Buku setebal 386 ini berkisah tentang perjalanan hidup dua santri Pondok Pesantren Al Mukmin Ngruki, Jawa Tengah. Santri pertama adalah Noor Huda, yang mendapat beasiswa di Universitas Saint Andrews Skotlandia dan pernah menjadi wartawan Washington Post. Santri kedua adalah kakak kelas sekaligus sahabat Huda, Fadlullah Hasan alias Mubarok yang menjadi mujahidin di Afganistan dan terlibat di Bom Bali I.

Di halaman 2 Mobarok, alias Utomo Pamungkas, alias Fadlullah Hasan menuturkan kesaksiannya:

"Saya adalah Utomo Pamungkas alias Fadlullah Hasan alias Mubarok alias Amin. Veteran Perang Afghanistan, instruktur Moro Islamic Liberation Front di Mindanao, Filipina, dilibatkan dalam serangan bom Batal pada 2000 di Mojokerto, dilibatkan dalam serangan bom di rumah Duta Besar Filipina pada 2001, dan Bom Bali I pada 12 Oktober 2002.

Saya adalah bagian dari organisasi pergerakan bawah tanah Jamaah Islamiyah. Saya Insya Allah, memegang teguh prinsip-prinsip hidup dalam Islam. Jihad adalah jalan perjuangan saya, mati syahid adalah tujuan saya. Saya terikat dalam baiat 'baya'tuka 'ala al-sam'i wa al-tha'ah fi al-'usri wa al-yusri : 'untuk mendengar dan taat dalam keadaan senang maupun susah, serta taat kepada pemimpin'.

Pesantren Al-Mukmin Ngruki adalah rahim yang mengandung saya. Sementara Afghanistan adalah bidan yang membantu persalinan kelahiran saya ; kelahiran kami, anak-anak yang kelak tumbuh sebagai tentara-tentara pejuang di jalan Allah.

Kisah-kisah berikut saya tuturkan sebagai kesaksian atas perjuangan kami. Kesaksian ini merupakan kisah perjalanan jihad saya. Semoga Allah Swt. meridhai perjuangan kaum mujahidin dalam memerangi kebatilan dan menjauhi segala larangan-Nya, semata untuk kemuliaan Allah Taala.

Sementara itu, dalam kata pengantarnya, Noor Huda menjelaskan tujuan ditulisnya buku tersebut:

Dengan niat yang baik, tibalah saatnya aku menyampaikan tujuan dari penulisan buku ini, yang tiada lain adalah hanya untuk memuliakan Allah Ta'ala. Kiranya Allah ridha dengan tirakat yang tengah kujalani dari awal hingga akhir nanti. Buku ini kupersembahkan kepada anak-anak yatim di seluruh dunia. Semangat penulisan dalam buku ini kupersembahkan kepada anak-anak yatim yang dilahirkan dari bom-bom bunuh diri. Semoga Allah senantiasa menyertai dan memberikan perlindungan kepada mereka. Aku juga berharap, dengan membaca buku ini, pembaca dapat memahami bahwa Pondok Pesantren Ngruki memang mengajarkan jihad, tetapi tak berarti terorisme ; pondok kami mengajarkan kritis, bukan berarti anarkis.

Dari sini kita bisa memahami bahwa penulis, Noor Huda, menganggap tindakan dan aksi jihad temannya, Mubarok. Alias Fadlullah Hasan, keliru dan salah kaprah. Noor Huda yang juga aktif di Yayasan Prasasti Perdamaian, lembaga yang fokus menempatkan kembali mantan terpidanan terorisme di masyarakat, menganggap kekeliruan tersebut sebagai kelemahan utama santri yang terjerumus ke jihad yang menerima semua ajaran begitu saja tanpa mencoba mengkritisi. Noor Huda mengatakan:

Padahal dalam Al-Quran ada perintah untuk memverifikasi setiap kabar yang kita terima.

Pada epilog buku tersebut penulis kembali menegaskan ;

Semoga tak ada lagi anak yatim yang terlahir dari aksi teror yang mengatasnamakan kepercayaan tertentu. Kututup malam dengan doa untuk mereka. Semoga mereka, para anak yatim yang lahir dari bom bunuh diri, baik yatim yang sesungguhnya maupun yatim secara social, tak menyimpan dendam dalam diri mereka dan menebarkan cinta kasih sebagai gantinya. Sebab merekalah yang akan meneruskan impian kita, orang-orang dewasa. Dunia mereka. Semoga.

Siapa Terorisme Sebenarnya ?

Pertanyaan itu sempat mencuat dan ditanyakan pada acara bedah buku "Temanku, Teroris?". Karena sesungguhnya arti dan definisi terorisme sendiri sampai saat ini belum jelas dan menjadi stigma negara-negara Barat, khususnya Amerika yang dilabelkan kepada Islam dan kaum Muslimin.

Imam Samudra alias Abdul Aziz, terpidana Bom Bali I dalam memoarnya yang juga dijadikan buku oleh penerbit Jazera dengan judul "Aku Melawan Teroris", menyiratkan dengan tegas bahwa dirinya adalah seorang mujahid bukan teroris. Bahkan dirinyalah yang melawan 'teroris' yakni Amerika dan sekutu-sekutunya!

Paridah Abas, istri dari Syekh Mukhlas alias Ali Ghufron juga terpidana Bom Bali I, menulis kisah hidupnya yang juga dibukukan dengan judul "Orang Bilang Ayahku Teroris". Mungkin saja dalam waktu dekat akan bermunculan buku-buku sejenis dengan judul serupa, seperti "Kakakku Bukan Teroris", "Saya Jurnalis Bukan Teroris", dan lain-lain. Intinya adalah sebuah penolakan stigma terorisme yang selama ini selalu disematkan kepada Islam dan kaum Muslimin.

Jadi, ini adalah masalah sudut pandang tentang terorisme. Kalaupun ada istilah terorisme tersebut dalam Islam, maka itu adalah terorisme yang terpuji (diperintahkan) bukan terorisme tercela (yang dilarang) Allah SWT. Dalam sesi tanya jawab dilontarkan QS Al Anfal ayat 60, sebagai landasan hukum dari mujahidin untuk melakukan aksi-aksi mereka.

Jika Noor Huda, penulis buku ini menjelaskan secara gamblang mengenai dampak nyata dari aksi-aksi terorisme, yakni munculnya anak-anak yatim dari korban maupun pelaku terorisme dan mengatakan :

Siapa yang mau peduli dengan anak-anak yatim ini?

Maka seharusnya juga ditanyakan kepadanya dan kepada seluruh umat manusia di muka bumi ini, sebuah pertanyaan serupa :

Siapa yang mau peduli dengan anak-anak yatim di Afghanistan, Iraq, Palestina, Chechnya, Kashmir, Somalia, Moro, Pattani, Ambon, Poso?

Faktanya, negara-negara seperti Amerika, dan sekutu-sekutunyalah, terutama Israel, yang saat ini paling banyak membuat dan memproduksi anak-anak yatim dari kalangan kaum Muslimin di negara-negara Islam seperti Afghanistan, Iraq, Palestina, Chechnya, Kashmir, Somalia, Moro, Patanni, Ambon, Poso, dan lainnya.

Mengapa kalau kepada mereka, yakni Amerika dan sekutu-sekutunya, tidak ada seorang pun yang mengatakan bahwa meraka adalah teroris? Mengapa tidak ada yang mengecam dan mengutuk mereka? Ini tentu tidak adil!

Jadi, ini semua memang tentang masalah persepsi yang berbeda. Persepsi yang dibangun di atas sebuah keyakinan hidup yang akhirnya menentukan perbedaan jalan hidup seseorang, sebagaimana dalam buku "Temanku, Teroris?" yang ditulis oleh Noor Huda.

Mubarok, alias Fadlullah Hasan, alias Utomo Pamungkas, asal Pondok Pesantren Ngruki, telah memilih jalan hidupnya dan dia bangga atasnya dan siap menanggung segala risikonya, dunia akhirat.

Sementara itu, dari pesantren yang sama, bahkan satu kamar, Noor Huda Ismail juga telah memilih jalan hidupnya dan bangga atasnya dan siap menanggung segala risikonya, dunia akhirat.

Dengan demikian, tetap saja buku "Temanku, Teroris?" karya Noor Huda ini tidak bisa atau belum bisa menghapus stigma terorisme yang secara sistematis diproduksi oleh Amerika dan sekutu-sekutunya, serta para pengekornya kepada Islam dan kaum Muslimin!

Wallahu'alam bis showab!

(M Fachry/arrahmah.com)

Komen Blog Ibnu Hasyim: Terpanggil Blog Ibnu Hasyim untuk menjelaskan penyelewengan buku 'Temanku Teroris' yang sedang dikempen besar-besaran oleh Radio Nederland Wereldomroep (RNW) dan kuncu-kuncunya. Walaupun tak seberapa tetapi kita tetap berlawan dengan penjelasan. Supaya orang ramai sedar dan berawas, buku 'Temanku Teroris?', sebenarnya menjadi alat dan membantu Teroris AS. (IH)

Lihat Sebelum ini..

BlackBerry, Mengapa Larang? UEA, Saudi, Indo, M'sia?

Thursday, 05 August 2010 Waspada Online: RI Tak Latah Larang BlackBarry.

JAKARTA - RI pernah ngotot pada Research In Motion (RIM) karena tak ada service center BlackBerry. Namun untuk hal yang lebih krusial menyangkut keamanan, RI malah menganggap sebagai sesuatu yang tidak penting.

Berbagai negara termasuk Uni Emirat Arab, China dan Arab Saudi mulai memblokir atau mengevaluasi layanan BlackBerry. Negara-negara itu mengutamakan masalah keamanan negaranya yang bisa dieksploitasi lewat layanan BlackBerry. Namun di Indonesia layanan BalckBerry tampak akan melenggang mulus.

“Saya kira tidak terjadi di Indonesia. Rezim aturan kita berbeda dengan Arab, China ataupun Bangladesh. Tidak bisa diterapkan head to head,” ujar Gatot S Dewa Broto, kepala humas Kemenkominfo.

Soal pemblokiran layanan BlackBerry, Gatot menerangkan bahwa pemerintah ingin berhati-hati karena tidak ingin dianggap menghambat hak masyarakat untuk mengakses informasi.

Sementara perlu ada beberapa pertimbangan untuk memblokir suatu materi. Jika menyangkut konten yang melanggar seperti pornografi atau SARA maka diatur lewat UU ITE. Begitu pula dengan isu penyadapan punya aturan sendiri.

Menyangkut masalah privasi dan ketakutan atas penyadapan yang menjadi perhatian negara-negara Arab, dinilai Gatot tidak dapat dicontoh Indonesia karena berbeda kepentingan. Gatot menganggap pendekatan yang paling mungkin dilakukan adalah kehadiran main server BlackBerry di Indonesia.

“Kita ingin pihak RIM menaruh main server di Indonesia jadi pesan apapun tidak perlu terkirim ke Kanada. Namun sayangnya, kita tidak memiliki landasan hukum untuk memaksa mereka. Jika ini terjadi di Uni Emirat Arab dan Arab Saudi, kemungkinan bahwa mereka punya regulasi yang jelas untuk memaksa pihak RIM,” papar Gatot.

Gatot mengatakan ketiadaan landasan hukum karena masih dalam pertimbangan Kementrian Kominfo. Saat ini baru sekadar wacana dan masih perlu dikaji kembali, sehingga belum ada keputusan konkret. Di lain pihak pemerintah saat ini sedang memiliki prioritas aturan lain.”

Gatot memparkan jika landasan hukum pelarangan BlackBerry di Indonesia terbentuk, jangan sampai aturan itu seolah-olah dibuat hanya untuk membidik pihak RIM.

Badan Regulasi Telekomunikasi Indonesia (BRTI) juga tidak ingin latah dan terburu-buru membuat aturan pelarangan BlackBerry. “Kalau tidak ada masalah privasi menyangkut penggunaan BlackBerry, kenapa latah?” ujar anggota BRTI Nonot Harsono.

Nonot menilai tidak perlu curiga tanpa alasan dan bukti yang jelas. Kalau melakukan pelarangan, berarti sudah ada bukti tindakan buruk terjadi. “Kalau sekadar curiga, apakah semua alat komunikasi akan dilarang? Kalau segala sesuatu kita curigai, pusing setiap hari,” imbuhnya.

Ia menambahkan jika pelarangan hanya ikut-ikutan jelas akan merugikan. Masyarakat bisa marah dan berpikir pemerintah kuno. BlackBerry belum melakukan pelanggaran dan langsung dihalang-halangi dan itu bukan hal yang benar.

Operator juga merasa optimistis pemerintah tidak akan membuat aturan pelarangan penggunaan layanan BlackBerry di Indonesia.

“Indonesia memiliki budaya berbeda menyangkut materi yang boleh di-share atau tidak. Kita dengan senang hati menaruh nomor telepon dan data pribadi di jejaring sosial. Kasus YouTube kemarin menunjukkan bahwa kita memang suka mengumbar hal pribadi,” ujar Teguh Prasetya, Group Head Brand Marketing Indosat, saat dihubungi di hari yang sama.

Teguh menilai masyarakat Indonesia memiliki loyalitas yang tinggi terhadap perangkat BlackBerry sehingga pelarangan smartphone ini bisa menimbulkan kericuhan.

“Loyalitas sangat tinggi karena BlackBerry tumbuh dari masyarakat dan telah menjadi tren. Suara mereka layak untuk diperhatikan. Risiko terlalu tinggi jika pemerintah bertindak ikut-ikutan. Akan muncul tuntutan yang tinggi di masyarakat.”

Meskipun begitu, Indosat mendukung saja jika pemerintah membuat aturan untuk RIM membuat server di Indonesia. “Kita bersama-sama mendorong RIM membuat local server yang saat ini masih berpusat di Asia Pasifik. Tindakan ini dilakukan agar kita bisa melakukan pengontrolan oleh otoritas domestik. Dari sisi jumlah pengguna, Indonesia sudah cukup banyak dibandingkan negara lain.”

Hal senada juga diungkapkan operator Telkomsel. “Memangnya saat ini terbukti tidak aman di Indonesia? Hal ini harus dikaji terlebih dahulu. Kalau sudah terbukti bahwa pemakaian BlackBerry tidak aman, dipakai teroris misalnya, aturan ini baru bisa jadi pertimbangan,” ujar Gideon Edie Purnomo, VP Channel Management Telkomsel.

Meskipun begitu, jika ada aturan ini, Telkomsel mengaku akan tunduk pada aturan. “Kalau ada ya monggo. Kami akan tunduk pada aturan regulator. Tidak ada masalah dengan ini.

Komen 'Catatanku': BlackBerry, di Arab Dilarang, di Indonesia Jalan Terus.

Demi alasan keamanan negara, Pemerintah Uni Emirat Arab dan Arab Saudi dengan resmi melarang penggunaan BlackBerry (BB) di negara meraka. Masalahnya begini, mereka tidak diperbolehkan oleh produsen BlackBerry memantau trafik data BB. Hal ini dikarenakan setiap trafik data melalui BB — seperti SMS maupun email — harus mampir dulu ke negara asal teknologi BlackBerry, yaitu Kanada, baru kemudian diteruskan ke handset BB penerima. Untuk menjaga privasi, setiap trafik data di BlackBerry dienkripsi terlebih dahulu.

Seperti dikutip dari sini, handset Blackberry dianggap rawan untuk disalahgunakan demi kepentingan kejahatan. Tingginya privasi Blackberry menimbulkan potensi kejahatan. Prosedur akses data yang panjang membuat pihak keamanan akan kesulitan memperoleh data dari RIM untuk membongkar satu kasus kejahatan.

Jadi, saya kira wajar saja negara UEA dan Arab Saudi memblokir layanan BlackBerry di negara meraka, sebab mereka merasa tidak berdaulat di negara sendirinya atas informasi yang lalu lalang di negara mereka. Harus minta izin dulu ke Kanada supaya diberi akses informasi. Kasus ini juga menunjukkan bahwa domnasi informasi masih milik negara-negara maju, sementara negara berkembang dan negara miskin hanya sebagai konsumen yang harus patuh.

Di Indonesia pemilik BB lumayan banyak juga. Sebagian orang menggunakan BB memang karena alasan kebutuhan mobilitas yang tinggi, namun banyak juga yang memiliki BB karena ingin gaya hidup semata. Sebagai lambang status, begitu kira-kira, apalagi orang Indonesia terkenal sebagai korban mode, apa yang lagi trend di tempat lain itulah yang diburu. Bagi golongan terakhir ini — kormod (korban mode) — penggunaan BB tidak optimal, padahal sebagai smartphone dia mempunyai kemampuan lebih dibandingkan handphone biasa.

Nah, kalau kebijakan pemblokiran BB itu diterapkan di Indonesia, mungkin akan timbul pro kontra yang tidak habis-habisnya, apalagi negeri ini terkenal dengan segala kontroversi. Pemilik dan pengguna BB tentu akan mengamuk dan mencerca Pemerintah habis-habisan. Padahal, sebagai negara berdaulat, Indonesia juga harus concern mengenai keamanan jaringan dan keamanan data. Masa kita mau informasi rahasia mampir ke negara lain dulu baru bisa dikirim ke negara kita lagi?

Komen Blog Ibnu Hasyim: Anda Bagaimana?

Bagaimana Persiapan Mereka Menyambut Ramadhan?

Siri Sambut Ramadzan


UNTUK memenuhi keperluan UMMA, mereka berkempen mencari dana. UMMA ialah United Muslims Migrants Association yang bergerak aktif di Masjid East Doncaster, Victoria, Australia.

"Bangunan baru amat perlu. Terutama kerana Ramadhan segera menjelang dan orang-orang akan semakin berkunjung ke pusat Islam ini." Kata Halil Ibrahim mantan pemain bola sepak. "Biasanya, sekarang tidak hanya umat Islam yang berpuasa, hadiri buka puasa Ramadhan ketika matahari terbenam.. Tetapi tetangga, polis tempatan dan ahli agama lain di Manningham juga datang ke pusat Islam ini."

Menurutnya bangunan baru akan dibangunkan secepat mungkin, dan itu akan pula yang akan digunakan sebagai markas besar untuk kegiatan pemuda-pemuda. Dia berharap bangunan baru itu juga dapat memuat ruang sukan di dalamnya. "Ini akan menjadi tempat di mana orang-orang muda bertemu dan bergaul," kata Halil.

Mohamed Izzat pula ingat benar ketika Sholat Jumaat di Masjid East Doncaster dulu hanya dihadiri oleh tidak lebih dari tiga orang. Namun, selama 25 tahun berikutnya, Izzat dan sesama ahli UMMA kini menyaksikan jumlah kenaikan yang subur. Ketika Sholat Jumaat kini, melebihi dari 300 orang dari semua latar belakang.

Izzat juga mengatakan keragaman adalah salah satu kredo pusat dan menjadi alasan jamaah ini berkembang. "Dalam Islam tidak ada perbedaan, kita semua sama di hadapan Allah," kata Izzat.

UMMA sendiri telah menjadi lebih dari sekadar tempat ibadah. Imam masjid, Syeikh Gul Saeed Shah, mengatakan, bahawa konseling keluarga, upacara pernikahan, pemakaman dan layanan kelas bahasa Arab hanya sebahagian sahaja..

Anda boleh lihat bagaimana pusat Islam yang kecil ini digunakan dalam berbagai cara. Inilah antara kegiatan masjid dalam menyambut kedatangan Ramadhan. Inilah antara fungsi sebenar masjid, bukan hanya sholat semata-mata. Itukah yang dilakukan dalam masjid kariah kita? (5 Ogos 2010)

Siri Sambut Ramadhan..
Sila lihat tulisan lalu yang ada kaitan denga sambut Ramadzan..

Thursday, August 05, 2010

Tokoh Katolik Rome Kecam Bakar Al-Quran.

JAKARTA OGOS5 10: Tokoh Katolik Romo Franz Magnis Suseno mengecam rencana pembakaran kitab suci sebuah agama oleh kelompok non denominasi `Dove World Outreach Center` pimpinan Pastor Senior Sylvia Jones yang berkantor di Florida, Amerika Serikat.

Romo Franz, hari Kamis (5/8) di Jakarta mengatakan, "Kepicikan luar biasa sangat memalukan komunitas itu, semacam fundamentalisme itu yang sebetulnya kita berantas itu, paham agama seperti itu yang mendapati identitasnya dengan memusuhi dan menghina agama lain."

Menurut Kantor Berita Antara, Romo Franz mengatakan rencana itu adalah penghinaan terhadap agama dan para pemeluk agama. Selain itu, tindakan tersebut juga menunjukkan ketidakstabilan psikologis dalam melihat perbedaan. Ia menambahkan, untuk mencegah dampak luas dari aksi pembakaran kitab suci tersebut sepantasnya tidak mendapatkan publikasi.

Menurutnya, di jaman internet ini, akses mudah terhadap semua hal termasuk informasi dan provokasi menjadi masalahnya. Dia mengimbau masyarakat tetap tenang dan tidak emosional.

Gereja Dove World Outreach Center di Gainesville, Florida, Amerika Serikat, berencana melakukan aksi kontroversional dengan menyeru warga Amerika Serikat membakar kitab suci suatu agama pada 11 September nanti. (Antara)

Pengarah Komunikasi PKR Letak Jawatan

jonson pkr

PETALING JAYA,Thu, Aug 5, 2010: Jonson Chong meletakkan jawatan Pengarah Komunikasi PKR semalam sebagai tanda protes terhadap pucuk pimpinan parti, kata sumber-sumber yang rapat dengan beliau.

Mereka mendakwa Chong kecewa dengan pucuk pimpinan kerana tidak mempunyai daya kekuatan politik untuk melakukan reformasi dalaman dan beliau telah menimbang untuk melepas jawatan itu sejak beberapa ketika.

Apabila dihubungi Chong, seorang peguam mengesahkan beliau meletak jawatan tetapi menafikan membuat keputusan itu sebagai protes. "Ya, saya telah meletak jawatan. Saya hendak fokus kepada kerjaya profesional saya," kata beliau kepada FMT.

Walaupun Chong agak diplomatik dengan keputusannya itu tetapi sumber-sumber yang rapat dengannya mengatakan beliau kecewa dengan pucuk pimpinan yang tidak membawa parti ke arah jalan yang betul. Beliau kecewa dengan beberapa usaha reformasi yang dihalang, kebanyakannya oleh Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim sendiri.

"Sudah tentu, beliau menafikannya. Beliau taat kepada parti kerana menceritakan sesuatu yang benar akan mendedahkan kelemahan parti dan anda tahu cara PKR menanganinya, apabila timbul isu seperti ini," kata seorang ahli parti.

Mungkin juga ada benarnya terhadap beberapa tuduhan sejak beberapa pemimpin PKR, ketika dihubungi FMT, berkata mereka tidak tahu menahu tentang peletakan jawatan oleh Chong. Bagaimanapun, Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin berkata perkara ini ditimbulkan oleh Anwar ketika mesyuarat biro politik semalam.

"Anwar menerima perletakan jawatan oleh Chong," katanya kepada FMT. "Chong berkata dalam surat perletakan jawatannya bahawa beliau mahu menumpukan perhatian terhadap kerja-kerja di luar parti dan peranannya sebagai ahli jawatankuasa pelaksana strategik PKR.

Politik Anwar menyisihkan pemimpin

Sementara itu, sumber-sumber berkata Chong berselisih faham dengan Anwar tentang beberapa isu. Anwar didakwa lebih berminat untuk mengekalkan keutuhan sokongan terhadap beliau dalam parti daripada membawa PKR maju ke depan.

"Terdapat beberapa usaha untuk mengurangkan birokrasi untuk kebaikan parti tapi Anwar menolaknya kerana beliau sedar bahawa beberapa pengikut yang taat kepadanya akan kecewa dan tercicir.

"Kita harus ingat, Chong adalah dari latar belakang NGO, kesemuanya mengenai kerja untuknya (Anwar) tapi Anwar seorang ahli politik. Dan supaya kita berlaku adil terhadap Anwar, beliau (Anwar) juga mempunyai beberapa pertimbangannya sendiri.

Sebelum ini, bekas setiausaha agung PKR Salehuddin Hashim menuduh Anwar "tidak memanfaatkan sepenuhnya" para pemimpin yang mempunyai bakat. Menurut beliau, Ketua Pembangkang itu mempunyai "skil pengurusan yang lemah" dan ini mengakibatkan beliau kehilangan beberapa rakan yang rapat. Mengenai perkara ini, sumber dalaman itu berkata, satu contoh yang baik ialah perletakan jawatan oleh Mohd Zahrain Hashim sebagai ketua PKR Pulau Pinang, yang pada suatu ketika dahulu menjadi kawan rapat Anwar.

Bila Nik Nazmi ambil alih?

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad yang dirancang untuk mengambil alih tempat Chong telah menghebahkan perkara ini tapi Anwar menangguhkan pengumuman tersebut. Menurut sumber dalaman parti, ini juga salah satu sebab kenapa Chong meletak jawatan.

"Anda (Anwar) secara tidak langsung telah memberitahu parti bahawa Nik Nazmi akan menggantikan Chong tapi anda telah menangguhkan pengumuman tentang hal ini tanpa sebarang sebab yang jelas," katanya.

Bagaimanapun Chong menafikan bahawa beliau kecewa dengan penangguhan itu tetapi dalam nada yang sama, menggesa pucuk pimpinan membuat pengumuman secepat mungkin. "Saya berharap pucuk pimpinan akan melantik beliau (Nik Nazmi) dengan segera supaya kita dapat membawa parti mara ke hadapan dengan segera bagi menghadapi pilihan raya umum ke 13," katanya.

Pengganti Chong, Nik Nazmi dilantik untuk merangsang usaha memenangi undi orang-orang Melayu di peringkat akar umbi, yang kritikal bagi Pakatan Rakyat untuk menawan Putrajaya. Chong juga berikrar untuk mencapai tujuan ini. "Saya sanggup menerima apa-apa tugas sama ada dalam parti atau dalam pejabat Anwar di mana saya boleh memberi sumbangan dengan berkesan dan bermakna," ujar beliau. (Free Malaysia Today/AK)

Masjid Cheng Ho & Masjid Di China.

CATATAN PERJALANAN CHINA 14
Masjid Muhammad Cheng Ho di Jl. Gading No. 8, Surabaya


ILHAM dari Masjid Niujie yang dibina pada tahun 996 Masehi di Beijing China itu, menyebabkan lahirnya sebuah Masjid Muhammad Cheng Ho di Jalan Gading Surabaya, Indonesia. Masjid yang seni binanya berlambangkan perpaduan gaya China dan Arab. Nampak jelas pada bahagian puncak, atau atap utama, dan mahkota masjid Cheng Ho di Indonesia ini. Juga terpengaruh oleh budaya setempat dari umatnya, seperti dalam tafsiran menurut masyarakat Jawa.

Walaupun jarak ribuan kilometer jauhnya antara negara China dan Indonesia, namun ada suatu sinar kesatuan yang mencantumkan. Kesatuan itu juga yang berlaku kepada delegasi kami dari Kelantan ke China, di mana saja bila ada peluang ketua kami, Datuk Husam Musa terus perkenalkan Cheng Ho sebagai lambang penyatuan melalui...

Pameran Laksamana Cheng Ho dan

Perdagangan Antarabangsa China
yang akan berlangsung di Kota Bharu
pada 5-10 Oktober 2010


Masjid Cheng Ho adalah masjid bernuansa Muslim China berlokasi di Jalan Gading, Ketabang, Genteng, atau 1,000 m utara Gedung Balaikota Surabaya. Masjid ini didirikan atas prakarsa pengurus PITI (Pembina Imam Tauhid Islam), pengurus Yayasan Haji Muhammad Cheng Ho Indonesia Jawa Timur dan tokoh masyarakat China atau Tionghua di Surabaya.

Letak batu asas pertama pada 15 Oktober 2001 bertepatan dengan hari ulang tahun Israk Mikraj Nabi Muhammad SAW. Sedangkan pembangunannya baru dilaksanakan pada 10 Mac 2002 dan diresmikan pada 13 Oktober 2002.

Di sudut kiri bangunan terdapat sebuah beduk sebagai pelengkap bangunan masjid.

Foto dari satelit 50 M di atas Masjid Cheng Ho di Jalan Gading, Ketabang,Genteng, Surabaya atau 1,000 m utara Gedung Balaikota Surabaya

Didirikan diatas tanah seluas 21 x 11 meter persegi, luas bangunan utama 11 x 9 meter persegi. Masjid Muhammad Cheng Hoo juga memiliki lapan sudut bahagian atas bangunan utama. Ketiga ukuran atau angka itu ada maksudnya. Dikatakan maknanya adalah angka 11 untuk ukuran Kaabah. Angka 9 melambangkan Wali Songo, dan angka 8 melambangkan Pat Kwa iaitu keberuntungan atau kejayaan dalam bahasa Tionghua.

Jangan terkejut, sekilas pandang bangunannya kelihatan seperti kelenteng, atau tempat ibadah umat Kong Hu Cu, dominasi merah, hijau, dan kuning dengan seni bina bangunan klasik Cina. Pintu masuknya menyerupai pagoda lengkap dengan patung naga dan singa. Namun kalau dilihat lebih teliti lagi, akan terbaca lafaz “ Allah â€, dalam huruf Arab di puncak pagoda. Jelas ia lambang Islam – bukan kuil penganut Tao, tetapi masjid Muslimin.

Yang jelas, rumah ibadah tidak terpaku pada dari mana agama itu berasal. Tetapi terpengaruh oleh budaya setempat dari umatnya, seperti dalam tafsiran Wali Songo dalam masyarakat Jawa seperti di atas.
"Kita ingin sampaikan kepada masyarakat Tionghua yang bukan Islam, bahawa nenek moyang kita itu juga adalah Islam.. sedangkan di Indonesia hampir semua Tionghua tidak dekat dengan Islam.." kata Willy Pengestu, Sekretaris PITI Cabang Jawa Timur dan pengurus Masjid Muhammad Cheng Ho, yang sudah membangkitkan kisah Dakwah Laksamansa Cheng Ho sejak 1995 lagi.
Sambungtnya, "Kita sampaikan kepada masyarakat Indonesia bahawa di Tiongkok itu ramai yang Islam, bahkan Wali Songo (dari Tanah Jawa) pun banyak yang (berbangsa) Cina. Cuma (hasutan pecah-belah) dari Belanda, (menyebabkan anggapan) seakan-akan orang Tionghua dan Islam adalah ibarat dua hal yang berlawanan."
Menurut beliau, kehidupan masyarakat plural di Indonesia mendorong masjid itu menyediakan tempat berkomunikasi antara kelompok yang berbeda aliran. Beliau juga menekankan pentingnya unsur pluralisme di kalangan Muslimin Indonesia diberikan perhatian, kerana Islam bukanlah asing kepada masyarakat Cina di Indonesia.
"Salah satu tolok ukurnya adalah hampir setiap Jumaat, paling tidak, seorang muallaf Cina datang memeluk agama Islam di masjid tersebut." Kata Willy Pengestu, walaupun Masjid Cheng Ho juga merupakan daya tarik kepada pelancong. Itu di Indonesia, sambuatan amat baik atas semangat Muhammad Cheng Ho yang menjadi idola umat Islam.
Sedangkan pada perjalanan kami di negara kelahiran Cheng Ho itu, sambutan di masjid-masjid kampung atau pekan kecilnya agak dhaif. Contohnya selepas kami melawat bandar Turfan yang penduduknya 70% Uighur Islam dalam negeri Xinjiang seperti yang disebutkan sebelum ini, maka masuk waktu zohor. Kami cari masjid di sebuah bandar. Masjidnya agak besar dan menarik. Ada gerai-gerai jualan untuk pelawat-pelawat.
Tetapi bila kami hendak berwuduk, bilik airnya berkunci, air tiada. Tiada orang bersembahyang jamaah pun. Lihat masjidnya, besar, cantik dan ramai pelawat pun. Dari kesan-kesan dalam masjid seolah-olah penghuninya cuma bersholat seminggu sekali sahaja. Mengapa jadi begitu?
Masjidnya agak besar, cantik dan ramai pelancong, tetapi nak sholat tidak dapat. Mengapa?
Gerai-gerai jualan di gerai yang di kawasan masjid. Penjual itu adalah seorang ibu dan dua anak. Anak perempuannya yang berbaju merah itu bernama 'Syuhadak'.
Kami ke masjid kecil di kampung lain pula.

Sekian dulu catatan kali ini. Bersambung, insya Allah.
Ibnu Hasyim Catatan Perjalanan China 14
alamat e-mail:
ibnuhasyim@gmail.com
KL Ogos 05, 2010
Sumber Rujukan:
  • http://www.eastjava.com/news/2006/09/26/seri-masjid-di-indonesia-1-masjid-muhammad-cheng-ho-surabaya/
  • http://video.okezone.com
  • http://www.youtube.com

Sila lihat videoklip ini..











Siri ini...