Saturday, August 21, 2010

Agih Ekonomi Kepada UMNO-putra -Presiden PAS

KL 21 Ogos 10: Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata orang Melayu tidak boleh lagi terus percaya yang Umno akan membela nasib mereka setelah selama lima dekad rakyat sama-sama melihat bagaimana sistem yang adai menuju kepada “pengagihan hasil ekonomi negara kepada kelompok Umno-putra.”

Justeru kata Presiden PAS, ketidakadilan bukan sahaja dirasai oleh pelbagai kaum yang wujud dalam negara kita, bahkan juga berlakunya diskriminasi terhadap orang Melayu dan Bumiputera yang berlainan fahaman politik dengan kerajaan dipimpin Umno-BN.

“Bukan itu sahaja, politik perkauman sempit dan laungan bersifat rasis kini telah menjadi bahan ugutan dan senjata untuk meraih sokongan oleh pimpinan BN dikala terdesak, seolah-olah rakyat dengan begitu senang boleh dipengaruhi pada zaman langit terbuka ini,” kata beliau dengan merujuk kepada perkembangan sejak seminggu ini termasuk ekoran tuntutan Kongres Ekonomi Cina.

Kata Abdul Hadi, permasalahan dibangkitkan oleh Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berbentuk resolusi dari kongres ekonomi yang dianjurkan oleh parti itu adalah satu lagi manifestasi kegagalan BN dalam memahami kehendak keadilan yang perlu dilaksanakan terhadap rakyat pelbagai kaum.

“Keadaan ini tambah merumitkan apabila MCA yang merupakan satu parti yang dianggotai oleh golongan elit dan kaya yang tidak membela nasib rakyat bawahan berketurunan Cina yang memerlukan.

“Kegagalan inilah juga yang turut dikongsi bersama oleh parti MIC,” kata beliau.

Oleh itu, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata rakyat semua lapisan rakyat dalam negara bertenang dan menilai dengan adil akan tiupan api perkauman yang saban hari semakin menebal oleh pimpinan Umno-BN. (AK)

Iran Hasilkan Ujian Pelancar Roket Qiyam-1

KL 21 OGOS 10: Iran selepas revolusi kira-kira 30 tahun lebih, telah berjaya menguji pelancar roket terbaru ciptaannya yang diberi nama Qiyam-1 semalam, seperti yang diumumkan oleh Menteri Pertahanannya Ahmad Vahidi di Tehran.

Demikian dinyatakan oleh Dr Hj Mohd Hasyim, editor Blog Ibnu Hasyim sewaktu mendapat berita terkini dari Tehran.
Menurut laporan Fars News, Ahmad Vahidi dalam pidatonya sebelum sholat Jumaat di Tehran ‎menyatakan kejayaan Iran dalam ujicuba pelancar roket terbaru dari darat ke darat adalah ‎hasil produksi dalam negeri.

Vahidi mengatakan, rudal atau pelancar roket tersebut adalah peluru jenis terbaru di ‎Iran yang memiliki kelebihan tersendiri di banding dengan rudal lainnya.‎
Menurutnya, sedikit sekali rudal yang memiliki kemampuan seperti Qiyam-1 ‎dari jenis rudal dari darat ke darat, sambil menyebut kecanggihan sistem tersebut.‎ Masih menurut Vahidi, kelebihan lain rudal Qiyam-1 adalah kecilnya kemungkinan ‎rudal lain dapat menghantamnya.

"Kita Malaysia sudah merdeka hampir 53 tahun, tetapi nampaknya masih belum mampu sebegitu dari sudut ketenteraan." Jelas Hj Mohd yang juga Presiden Grup Universiti Ulu Klang.

By ASYOK KUMAR

Keselamatan Sabah Diragui, DVD Lucah Berleluasa.

KOTA KINABALU, 21 OGOS 10: WALAUPUN kita akan menyambut ulang tahun ke 47 Sabah sebagai salah satu komponen dalam Malaysia, keselamatan rakyat Sabah sebagaimana yang dijamin Perlembagaan Malaysia masih diragui, terutama kemunculan ramai warga asing di Tenom yang semakin memimbangkan. Komen seorang pembaca Sabahkini.net.

Komen yang ditujukan kepada pembacanya dan Kerajaan Persekutuan, yang perlu ditangani segera oleh pihak berwajib, terutama pemimpin-pemimpin negara dan negeri di bawah kerajaan BN yang diamanah memerintah dalam PRU 12 yang lalu.

Pendedahan tersebut, mengenai sekumpulan pendatang asing tanpa izin (PATI) telah menyewa bilik di Hotel Orchid, Tenom dan menjual DVD lucah dan haram dari pagi sehingga ke petang tanpa sebarang halangan daripada pihak berkuasa.

"Kami percayai mereka dilindungi oleh pihak berkuasa termasuk Polis Tenom dan Majlis Daerah Tenom kerana setiap petang kami nampak mereka jumpa seorang inspektor polis dan pegawai penguatkuasa di sebuah pub yang agak terpencil untuk membayar wang perlindungan.

"Memandangkan jumlah mereka semakin ramai, maka kami bimbang remaja dan penduduk tempatan akan terlibat dengan gejala kebejatan moral akibat pengedaran VCD, DVD dan pengedaran syabu yang turut dijual secara kecil-kecil oleh PATI berkenaan." Jelas pembaca itu lagi. (AK)

Friday, August 20, 2010

Kisah Sembang-sembang Rasul Dg Iblis.

DIRIWAYATKAN oleh Muadz bin Jabal RA dari Ibn Abbas RA, ia berkata..

"Kami bersama Rasululah SAW berada di rumah seorang kawan dari golongan Anshar dalam sebuah jamaah. Tiba-tiba, ada yang memanggil dari luar..

“ Ooo tuan rumah, boleh aku tumpang masuk, kerana kamu perlu padaku!"

"Kamu tahu tak siapa yang panggil itu?" Tanya Rasul pada kawannya.

"Tentu Allah dan Rasulnya lebih tahu." Jawab kawannya.

"Dia adalah Iblis terkutuk, semoga Allah laknatkannya." Jawab Rasul.

Umar bin Khattab membalas,"Ya Rasulullah, izinkan aku bunuh sahaja?"

"Sabar Umar." Bisik Rasul perlahan. "Engkau tak tahu ke, dia termasuk mereka yang ditunda kematiannya hingga waktu tertentu? Sekarang, sila buka pintu untuknya, kerana dia sedang diarahkan Allah SWT. Fahami apa yang dia kata dan dengar apa yang dia beritahu kamu."

Begitu kata Ibnu Abbas RA. Beliau terus bercerita lagi..

“Pintu dibuka, Iblispun masuk di tengah-tengah kami. Ternyata dia seorang tua bangka dan buta pula sebelah mata. Dagunya berjanggut tujuh helai, rambut panjang seperti rambut kuda. Dua kelopak matanya panjang. Kepalanya seperti kepala gajah sangat besar. Gigi taringnya panjang keluar macam taring babi. Dua bibirnya seperti bibir harimau/kerbau.

Dia (Iblis) berkata, “ Assalamu ‘alaika ya Muhammad, assalamu ‘alaikum ya jamaa’atal-muslimin ”.

Nabi SAW jawab :” Assamu lillah ya la’iin. Aku tahu kau ada keperluan pada kami. Apa yang kau mahu Iblis?"

"Ya Muhammad, aku datang bukan kerana keinginanku sendiri, tetapi aku datang kerana terpaksa.” Jawab Iblis.

Nabi SAW tanya lagi, "Terpaksa kerana apa ke sini hai yang dilaknat?"

Iblis menjawab, "Aku didatangi seorang malaikat utusan Tuhan Yang Maha Agung. Ia (Malaikat) berkata padaku, ‘Allah SWT suruh kau jumpa Muhammad SAW, dalam keadaan hina dan bersahaja sahaja. Kau beritahunya, bagaimana tipu muslihat, godaan dan putarbelit engkau terhadap Bani Adam, bagaimana engkau pujuk dan merayu mereka. Engkau kena jawab dengan jujur apa saja yang ditanyakan padamu’.

Allah SWT berfirman, "Demi kemuliaan dan keagunganKu, jika engkau berbohong sekali saja dan tidak berkata benar, niscaya Aku jadikan kamu debu yang dihempas angin lalu dan Aku puaskan musuhmu dengan bencana yang menimpamu”.

Wahai Muhammad, sekarang aku datang kepadamu sebagaimana aku diperintah. Tanyakanlah kepadaku apa yang kau inginkan. Jika (jawapan) aku tidak memuaskanmu tentang apa yang kamu tanya itu, niscaya musuhku akan puas atas musibah yang terjadi padaku. Tiada beban yang lebih berat bagiku dengan leganya musuh-musuhku, dari menimpa diriku”. (Demikian jawapan panjang dari Iblis).

"Jika kamu jujur, beritahuku, siapa yang paling kamu benci?” Rasul mula bertanya lagi.

Jawab Iblis, "Engkau.. Muhammad. Engkau adalah makhluk Allah yang paling aku benci.. Kemudian orang-orang yang mengikuti agamamu”.

Rasulullah SAW : "Siapa lagi yang kamu benci?”.

"Anak muda yang taqwa, yang serahkan jiwanya kepada Allah SWT”. Jawab Iblis.

”Lalu siapa lagi ?” Tanya Rasul.

"Orang alim dan wara aku tahu, lagi penyabar” jelas Iblis

"Lalu, siapa lagi?”, tanya Rasul.

"Orang yang terus menerus menjaga diri dalam keadaan suci dari kotoran”, jelas Iblis.

Rasulullah: "Lalu, siapa lagi?”.

”Orang miskin yang sabar, tidak cerita fakirnya kepada orang lain dan tidak mengadu keluh-kesahnya“. Kata Iblis.

Rasulullah: "Bagaimana kamu tahu dia penyabar?”.

"Muhammad.. jika ia mengadukan keluh kesahnya kepada makhluq sesamanya selama tiga hari, Tuhan tidak masukkan dirinya ke dalam golongan orang-orang yang sabar." Jelas Iblis.

Rasulullah:”Lalu, siapa lagi ?”.

Iblis: "Orang kaya bersyukur".

Rasulullah bertanya: "Bagaimana kamu tahu ia bersyukur?”.

"Jika aku lihat dia ambil dan letakkan pada tempat yang halal..”, jelas Iblis.

Rassulullah:”Bagaimana keadaanmu jika umatku kerjakan sholat ?”.

Iblis: "Aku merasa panas dan gemetar!”.

Rasulullah: "Kenapa, hai yang dilaknat?”.

"Sesungguhnya, jika seorang hamba bersujud kepada Allah dengan sekali sujud saja, maka Allah mengangkat darjatnya satu tingkat”.

Rassulullah:”Jika mereka shaum (berpuasa) ?”.

"Aku terbelenggu sampai mereka berbuka puasa”. Jelas Iblis.

Rasulullah:”Jika mereka menunaikan haji?”.

Iblis: "Aku jadi gila!”.

Rasulullah: "Jika mereka membaca Al Qur’an?".

Iblis: "Aku meleleh seperti timah meleleh di atas api”.

Rasulullah: "Jika mereka berzakat?”.

Iblis: "Seakan-akan perzakat itu mengambil gergaji/kapak dan memotongku jadi dua”.

Rasulullah: "Mengapa sampai begitu sekali, Abu Murrah?”.

Jawab Iblis, "Sesungguhnya ada empat manfaat dalam zakat itu.

Pertama, Tuhan menurunkan berkah atas hartanya. Kedua, menjadikan penzakat itu disenangi makhluq-Nya yang lain. Ketiga, menjadikan zakatnya sebagai penghalang antara dirinya dengan api neraka. Keempat, dengan zakat, Tuhan mencegah bencana dan malapetaka agar tidak menimpanya”.

Rasululla :”Apa pendapatmu tentang Abu Bakar?”.

Jawab Iblis, "Wahai Muhammad, pada zaman jahiliyah, dia tidak taat kepadaku, bagaimana dia akan taati padaku semasa Islam?”.

Rasulullah: "Apa pendapatmu tentang Umar?”.

Iblis: "Demi Tuhan, takkan aku bertemu dengannya kecuali aku lari darinya!”.

Rasulullah: "Apa pendapatmu tentang Utsman ?”.

Iblis: "Aku malu dengan orang yang malaikat saja pun malu kepadanya”.

Rujukan dari saringan..

1: Bab-II POHON SEMESTA / Pustaka Progressif / Cetakan-I/Oktober 1999. Dari Kitab Sajaratul Kaun oleh Muhyiddin Ibnu Arabi / Darul ‘Ilmi al-Munawar asy-Syamsiyah, Madinah. Translated by : Nur Mufid, Nur Fu’ad..

2: Dari Judul Asli : Syajaratul Kaun dan Hikayah Iblis. Risalah Muhyiddin Ibnu al-‘Arabi Translated By : Wasmukan, Risalah Gusti / Cetakan-II, Mei 2001

Lihat kisah-kisah sempena Ramadhan..

Daging Mc Donald Tidak Halal, JAKIM Perlu Jelaskan.

clip_image004

PAGI ini Blog Ibnu Hasyim menerima e-mail yang menyebutkan 'Daging Mc Donald Tidak Halal – JAKIM'

E-mail, antaranya setelah diringkaskan berbunyi...

Bukti Pertama: http://www.halal.gov.my/v2/index.php?ty=content_view&id=ANN-20100420101427&type=ANN. -Di sini JAKIM telah menyatakan tidak menerima pakai sijil halal dari Uruguay Islamic Centre. (Gambar seperti di atas sekali)

Bukti Kedua: Surat dari JAKIM kepada Encik Bob Chan, Pengarah Urusan Mac Food Services (M) Sdn Bhd dan bukti daging berasal dari Uruguay yang tidak memenuhi piawai JAKIM menurut sumber permberi salinan surat ini. Dikatakan juga pengumuman dari JAKIM mengenai penarikan balik pengiktirafan dari senarai yang diiktiraf JAKIM berkuatkuasa 15 April 2010. (Gambar seperti di atas, selepas gambar bukti pertama.)

Memandangkan e-mail ini mula tersebar luas, maka pihak JAKIM atau mana-mana pihak yang bertanggung jawab perlu jelaskan segera, demi keselesaan semangat berpuasa dan berbuka bagi orang Islam. (AK)

Hibur-hibur Ramadhan.. klik sini..



Bagaimana Iblis Sambut Ramadhan?


RASULULLAH SAW soal Iblis mengenai puasa bulan Ramadhan..

Jawap iblis..

“Ya Rasulullah! Inilah satu bencana amat besar bagiku. Bila tibanya bulan ini, bersinarlah cahaya di Arasy serta Kursi, dan semua malaikat bersukaria. Bagi mereka yang berpuasa akan mendapat kurnia besar dari Allah. Dosa mereka di ampuni, digantikan dengan pahala kebajikan dan tidak ditulis kesalahan mereka selama berpuasa.

"Yang lebih nenyakitkan hatiku lagi, ialah semua isi langit, bumi serta semua makhluk bernyawa sentiasa mendoakan mereka, siang malam memohon keampunan. Bagi mereka yang berpuasa, akan dimerdekakan Allah setiap hari Ramadan dengan 1,000 merdeka dari azab neraka.. semua pintu neraka akan di tutup dan di bukakan semua pintu syurga. Pada hari bermulanya umatmu berpuasa, datanglah malaikat kepadaku dengan garangnya, lalu menangkap aku bersama angkatan tentera aku, terdiri dari jin, syaitan dan ifrit.

“Dipasangkan pada kaki dan tangan kami dengan rantai besi panas, lalu di masukkan kami ke dalam perut bumi yang paling bawah sekali. Di sini kami mendapat berbagai azab siksaan dan terpaksa menunggu sehingga umatmu selesai mengerjakan puasa. Selepas itu barulah kami di bebaskan, ini supaya umatmu merasa kesenangan dalam mengerjakan ibadat puasa”

Begitulah cerita Iblis kepada Rasulullah. (Diangkat dari Blog Masjid As-salam, Bukit Sentosa, Rawang, Selangor).

Sedutan dari.. Sila lihat tulisan lalu yang ada kaitan dengan sambut Ramadzan..
Sekian..

Skandel Seks K/Puteri UMNO Bhg Utara Sabah?

Pegerakan Puteri UMNO.

KL 20 QGOS 10: SUDAH 9 hari, sure heboh satu Sabah dan 1Malaysia dengan 'Skandal Seks' seorang Pembantu Menteri dalam 'Kabinet April Fool Datuk Musa Aman' dengan seorang Ketua Puteri UMNO di Bahagian Utara Sabah sehingga sampai ke pengetahuan Perdana Menteri Malaysia yang telah dipaparkan oleh Sabahdaily, sehingga sekarang tiada apa-apa berita lagi.

"Entah badi apa yang menimpa Pergerakan Puteri UMNO yang sebelum ini digelar sebagai ‘Geisha’ oleh beberapa Veteran UMNO kerana malang yang menimpa berulang-ulang. Dimulai dengan Skandal Ketua Puteri yang ‘Lesbo’, ditambah dengan Ketua Puteri yang merampas suami orang dan bersekedudukan sebelum bernikah; diperlecehkan dengan yang mati kerana menggugurkan kandungan anak luar nikah di Indonesia dan terkini menjalinkan hubungan sulit dengan Pembantu Menteri yang sebelum ini adalah orang penting dalam UMNO." Tulis Perisik Sabahkini.net dalam media tersebut.

"Mungkin kerana kemaruk cinta, Pembantu Menteri UMNO ini telah menghadiahkan sebuah kereta mewah kepada kekasihnya tanpa mempedulikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah dan Lembaga Hasil Dalam Negeri sedang memerhatikan gerak gerinya kerana beliau masih mempunyai kes yang belum selesai dengan kedua agensi penting berkenaan.

"Bagi membuktikan cintanya, Datuk M mampu memberikan apa sahaja untuk membuktikan cintanya yang baru bersemi kepada seorang gadis muda yang merupakan pemimpin golongan puteri yang sering dilabel sebagai ‘Bunga UMNO’. Namun Ketua Puteri UMNO tersebut pandai berpencak di pentas politik kerana mendakwa kejayaan memiliki kereta mewah, rumah dan apa sahaja yang diperolehinya adalah hasil kerja keras beliau, yang sememangnya seorang ahli perniagaan.

Menurut penulis itu lagi, formula inilah yang sebelum ini menjadi modal kepada artis yang mempunyai skandal seks dengan VVIP dan kini di ‘Copy & Paste’ oleh pemimpin muda UMNO terutama Ketua Puteri yang mampu berkereta mewah dan berumah besar; walaupun skrip lakonan mereka boleh dibaca seperti skrip Mi Maggi, ‘cepat dimasak, sedap dimakan’.

"Mungkinkah Pembantu Menteri tersebut menganggap bahawa Pergerakan Puteri Umno sekadar menjadi transit untuk mendapatkan ‘mangsa’ yang kaya, berpengaruh di kalangan anggota parti itu demi kemewahan serta kepentingan diri?.

"Mungkinkah juga Ketua Puteri berkenaan kehausan kasih setelah lama kemarau kasih dan peluang ini dimanfaat sebaik mungkin ketika getah masih pekat dan figura masih mampu menawan hati dan ‘mata buaya’ Pembantu Menteri berkenaan yang sebelum ini telah beberapa kali terlepas daripada dicekup SPRM?

Komen Blog Ibnu Hasyim: UMNO dan pihak yang terlibat kena jelaskan segera, supaya anggapan Pergerakan Puteri UMNO yang sebelum ini digelar sebagai ‘Geisha’ oleh beberapa Veteran UMNO, tidak menjadi kenyataan. Na 'au zubillhi minzalik! (AK)

Lagi Bukti BN Gagal, Lesen Pusat Hiburan 2 A, Labuan?


KL OGOS 20 10: SEMUA Pusat Hiburan di Labuan dikenalpasti menjalankan kegiatan pelacuran ‘berlesen’ yang dihalalkan pihak berkuasa. Lesen yang dimaksudkan ialah Lesen 2A iaitu gambar ‘Agong dan Amoi’. Semakin banyak Pusat Hiburan di Labuan menyimpan ‘Amoi’ di bangunan bersebelahan karaoke atau tingkat atas yang mempunyai pintu sulit; terutama yang tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri, melainkan ‘kemaluan’. Demikian dilaporkan oleh Sabahdaily semalam.

Menurut media itu lagi, adalah mustahil jika Jabatan Imigresen dan Unit D7 PDRM tidak mengetahui di mana Karaoke menyimpan ‘Amoi’ mereka, melainkan jika mata mereka dihijab dengan Lesen 2A yang menjadikan mereka hidup mewah setiap bulan, walaupun berpangkat Sarjan atau Penolong Pegawai ke bawah.

"Jenayah pelacuran yang dilakukan GRO; judi, sambung ayam dan Ah Long semakin aktif di Labuan, namun tiada sebarang tindakan diambil walaupun berpuluh laporan rasmi dibuat oleh mangsa atau orang awam.

"Surat pembaca yang disiarkan sebelum ini membuktikan semua aduan penduduk Labuan benar kerana jika perniagaan ‘pelacuran’ tidak menyalahi undang-undang, kenapa pemilik setiap Karaoke atau Pub terpaksa membayar Sarjan Pavinthtran RM2,000 sehingga RM3,000 sebulan sebagai wang perlindungan?

"Bagaimana pula dengan bayaran kepada Pegawai Kanan Polis daripada Pegawai Penyiasat sehingga Ketua Polis Daerah? Atau mungkinkah Pavinthtran dijadikan kambing hitam untuk memungut ‘Wang Perlindungan’ sebelum dibahagi sama rata dengan semua pegawai yang terbabit melakukan operasi dan bersubahat agar jenayah mereka tidak meletup kepada media?

"Jika setiap malam penguatkuasa ini datang ke Karaoke atau Pub untuk mendapatkan minuman keras dan seks secara percuma, jutawan terkaya di dunia pun mungkin bankrap; kerana modal pusingan telah ditelan dengan lahap oleh pegawai penguatkuasa yang rasuah dan menyalahguna kuasa.

"Krew D7 Sabahkini.net sedar, mungkin aduan yang dibuat oleh pemilik Pusat Hiburan ditaja oleh Pegawai Polis baru yang dibuang ke Labuan dan tidak dapat mencari makan selagi Sarjan Pavinthtran masih ‘berkuasa’; lalu mereka menggunakan media untuk melampiaskan niat jahat mereka; namun isu penting di sini ialah wujudnya Sindiket Persundalan di Labuan yang dilindungi undang-undang!

"Dalam pemerhatian Krew D7 Sabahkini.net, amalan ‘Catch & Release’ (C&R) yang diamalkan Unit D7 dan Jabatan Imigresen telah menyuburkan industri tertua di dunia ini kerana daripada lebih 800 GRO yang bekerja ‘tanpa pas’ di semua Pusat Hiburan di Labuan, hanya ditahan sekejap sahaja, seperti menangkap ikan di laut untuk tujuan dilepaskan semula, setelah ‘gian’ memancing terubat.

"Jika seorang sarjan ‘cabuk’ boleh menjaga semua Puast Hiburan di Labuan dan menerima habuan antara RM2,000 hingga RM3,000 daripada setiap Pusat Hiburan, dia sudah boleh menjadi Ketua Polis Negara kerana begitu berkuasa memungut wang perlindungan yang berjumlah ratusan ribu sebulan.

"Memang benarlah pengakuan jujur Mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Hanif Omar bahawa 40 peratus polis boleh ditangkap tanpa bicara kerana mengamalkan rasuah; apatah lagi di pulau sekecil Labuan kerana 40 peratus pegawai polis termasuk Sarjan, Pegawai Penyiasat dan Penolong Pegawai Penyiasat yang sudah kemaruk ‘betina dan wang’ wajar ditukar atau diambil tindakan segera."

Menurut media itu lagi, Krew D7 Sabahkini.net sedar surat yang dihantar kepada Ketua Polis Negara dan salinannya diemail kepada Sabahkini.net ditulis oleh para taukeh pusat hiburan dan pegawai polis sendiri yang mahu Sarjan Pavinthtran ditukar supaya semua pusat hiburan di Labuan jatuh di bawah kawalan mereka.

Jika penulisnya bukan Taukeh Pusat Hiburan dan Pegawai Kanan Polis, bagaimana mereka tahu secara terperinci salah laku Sarjan Pavinthtran yang gemar minum percuma, meminta wang, membuat kutipan dan mendapatkan khidmat seks secara percuma, terutama hubungan dengan Mummy; maka Krew D7 Sabahkini.net mengharapkan agar Ketua Polis Negara menyiasat semua pegawai polis di Labuan yang turut bersekongkol dengan pelacuran, judi dan along. Jelas berita itu lagi.

"Benarkah Labuan berada di luar Malaysia kerana polis tidak dapat mengambil tindakan kerana semua pusat hiburan mempunyai ‘Lesen Pelacuran’ setelah Jabatan Imigresen memberikan kuota kepada pusat hiburan untuk mendapatkan khidmat GRO asing?

"Sekiranya hipotesis ini tidak benar, maka Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Imigresen wajib menarik balik semua permit kerja yang diberikan kepada GRO kerana mereka menyalahgunakan permit tersebut untuk kegiatan pelacuran dan persundalan.

"Masyarakat Labuan yang majoritinya beragama Islam kucar kacir akibat kehadiran ramai Pelacur berlesen ini sehingga berlaku keruntuhan rumah tangga dan penyakit sosial kerana suami membelanjakan wang gaji untuk menyimpan GRO dan melanggani pelacur." Menurut berita itu.

Dalam hal ini, kata sumber itu, Ketua PBS Labuan, Peter Mak patut dipersalahkan kerana telah menipu Mantan Menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Tengku Mansor untuk memajukan Labuan sebagai Syurga Pelacuran kerana terletak di luar pesisir; khasnya untuk menarik pelancong luar dan pekerja asing yang bekerja di syarikat carigali yang berpangkalan di Labuan.

‘The Untouchable Karaoke’ seperti King Karaoke, Tip Top karaoke, Pop Inn Pub, Ginza 88, Havana Karaoke, Manila Café dan Strawberry Karaoke mempunyai beratus GRO atau Pelacur Berlesen, namun hanya 40% sahaja yang mempunyai permit kerja kerana serbuan dan tangkapan selama ini hanya satu babak lakonan dalam filem ‘Gerak Khas The Movie’. Kata berita itu.

Dalam pada itu, seorang lelaki bernama Alex telah mengirim email kepada Sabahkini.net yang isi kandungan seperti berikut;

“Saya bercakap bagi pihak Peter yang disebut dalam artikel saudara bertajuk ‘Penduduk Labuan Mohon Batal Permit Gro’. Banyak fakta daripada tulisan saudara yang boleh disangkal dan tidak benar. Walau bagaimanapun, untuk mendapatkan fakta sebenar, saudara dialu-alukan untuk menghubungi pejabat kami di talian 087-431696 dan berjumpa dengan saudara Peter. Saudara Peter juga mengalu-alukan pertemuan ini dan menafikan bahawa beliau cuba mengelak untuk ditemui seperti yang disebut dalam tulisan saudara. Terimakasih.”

"Namun intipan Krew D7 Sabahkini.net selama ini mendapati dakwaan Alex hanya untuk menutup ‘kejalangan Peter’ yang menggunakan kedudukannya dalam parti politik BN untuk mengaut untung besar dengan menjual kuota kepada pemilik Pusat Hiburan di Labuan untuk mendapatkan Pelacur Berlesen!" Kata sumber itu lagi.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Satu lagi kegagalan BN yang mengabaikan suara rakyat Sabah. Hukum BN dalam PRU 13 akan datang. (AK)

Pelik, Seorang Tentera Israel Mohon Suaka Politik Di Lubnan.

Gambar atas: Rafik Hariri bersama Hizbullah.

Republik Ceko 19 OGOS 10: Seorang tentera Zionis Israel, kini menjadi saksi baru kes pembunuhan ganas terhadap Mantan Perdana Menteri Lubnan, Rafiq Hariri, memohon untuk jadi suaka politik kepada Lubnan.

Tv Al-Alam
melaporkan, tentera Israel itu masa ini berada di Republik Ceko memohon suaka politik di Kedutaan Lubnan di negara ini. Akhbar Al-Deyar menulis, perkara yang sama, dan permohonan itu kemudian diserahkan ke Kementerian Luar Negara Lubnan. Menurut laporan tersebut, tentera itu akan bertolak terus ke Lubnan bila mendapat suaka politik dari Beirut. Dia mengaku mempunyai data berkenaan terhadap aksi teroris terhadap Rafiq Hariri pada tahun 2005 dan sedia menyampaikan di depan wartawan.

Belum lama sebelum ini, Pemimpin Hizbullah, Sayid Hasan Nasrullah dalam pidatonya mengungkap data kuat berkait keterlibatan Rejim Zionis Israel dalam kes teror Rafiq Hariri. Menyusul ungkapan itu, Perdana Menteri, Saad Hariri menilai pidato Sayid Hasan Nasrullah itu sangat penting dan vital. Ditekankannya pula bahawa pengadilan internasional perlu meneliti masalah yang diungkap oleh Sayid Nasrullah.

Akhbar As-Safir terbitan Lubnan 12 Ogos mengutip pernyataan Saad Hariri menulis, "Dengan kekuatan penuh saya menyambut proses penyelidikan baru tentang teror Hariri sampai proses penyelidikan tersebut berakhir." Dikatakannya pula, "Pidato Sayid Nasrullah merefleksikan pendapat majoriti warga Lubnan, mengandung informasi dan dokumen yang tidak boleh dipermudahkan."

Mantan Perdana Menteri Lubnan, Rafiq Hariri, terkorban akibat ledakan bom di Beirut pada tahun 2005. (Al-Alam/Dll/AK)

Bertemu Janda Presiden Soekarno, Ratna Sari Dewi..

Ditanya Kewarganegaraan, Dewi Soekarno Kesal

Banjarmasinpost.co.id
Kamis 19 Agustus 2010: Kalau bertemu janda mendiang Soekarno, Ratna Sari Dewi (70), jangan coba-coba menanyakan kewarganegaraannya sebagai orang Indonesia. Meskipun ia agak jengkel, ia akan selalu menjawab dengan senyum ramah.

Saat menghadiri upacara penurunan Sang Merah Putih di halaman Istana Merdeka, Jakarta, Selasa (17/8) petang, Dewi Soekarno ditemani salah satu putri mendiang suaminya, Rachmawati Soekarnoputri. Eh, seorang jurnalis muda sebuah stasiun televisi tiba-tiba bertanya status warga negara Indonesia-nya.

Perempuan kelahiran Jepang dengan nama asli Naoko Nemoto itu balik bertanya, "Kapan, ya, Anda lahir? Sebelum Anda lahir, saya sudah lebih dulu menjadi warga negara Indonesia. Saya sudah menjadi WNI 51 tahun lalu, sejak tahun 1959.”

Sang jurnalis tak bisa menjawab. Namun, Dewi Soekarno sudah melupakan kejengkelannya. Ia lalu bercerita dengan penuh sukacita tentang patung almarhum suaminya yang baru diresmikan di Kampus Universitas Bung Karno, Jakarta, Selasa pagi.

”Patung Bapak itu setinggi sembilan meter. Bagus sekali. Hari ini saya sangat happy dan bangga melihat patung Bapak. Karena saya mengetahui betapa sulitnya membangun kampus ini dan mendirikan patungnya. Butuh waktu 16 tahun untuk minta izin di zaman (Presiden) Soeharto dulu,” ujar Dewi.(AK)

Thursday, August 19, 2010

Ramadhan: Mufti Chechnya Arah Tutup Pusat Maksiat ..M'sia?

Terpaksa mempertahankan hak..

KHAMIS 19 OGOS 10: Pemimpin spiritual wilayah Muslim Chechnya telah memerintahkan agar restoran (kegiatan maksiat) ditutup sepenuhnya selama bulan suci Ramadhan, namun perintah ini telah memicu kemarahan sebahgian aktivis dan warga yang mengatakan hal itu melanggar perundangan di Rusia.

Dengan latar belakang tersebarnya penentangan umat Islam yang dianggap radikal, telah membangkitkan lagi semangat pejuang Islam untuk menciptakan sebuah negara pan-Kaukasus yang diatur oleh syariah Islam.

Mufti Chechnya Sultan Mirzayev Rabu kemarin (18 Ogos) mengatakan bahawa kafe dan restoran perlu tetap tertutup bahkan setelah matahari terbenam pada bulan suci Ramadhan.. sebuah langkah yang dianggap radikal dibandingkan dengan beberapa negara lain di dunia orang Muslim.

"Kita tidak boleh bertoleren (dalam perkara maksiat), adanya bau makanan melalui jalan-jalan dan menggoda orang yang lapar kerana berpuasa." kata Mirzayev kepada Reuters melalui telefon.

Bulan suci Ramadhan, yang dimulai pada 11 Ogos di Rusia tahun ini, menyuruh umat Islam menjauhkan diri dari makanan dan minuman sampai matahari terbenam setiap hari. Warga ibukota Chechnya Grozny mengatakan ini adalah pertama kalinya pelarangan total terjadi, sedangkan tahun lalu mencatatkan hanya kira-kira setengah dari kafe dan restoran di Chechnya sahaja masih beroperasi.

Pusat kota sunyi pada hari Rabu kemarin kerana banyak kafe menutup pintunya. Hanya kedai-kedai dan pasar luar, di mana ramai orang Chechen membeli makanan mereka, yang masih berfungsi. "Mereka setidaknya meninggalkan kita beberapa tempat di mana kita dapat mengunyah," kata penduduk Grozny, Emira Sadulayeva, 32 tahun.

Perintah mufti itu tidak memiliki kekuatan undang-undang, tetapi mungkin akan diikuti kerana Mirzayev adalah pemimpin spiritual yang sangat dihormati. Dia mengatakan kafe yang menolak untuk mematuhi perintahnya "akan diarahkan tutup." Sebagai perbandingan, di negara Muslim tetangga Chenchnya, iaitu Dagestan, Ramadhan tahun ini berlaku sebagaimana negara-negara umat Islam lain di dunia, di mana kafe-kafe tetap buka waktu malam, dan alkohol disajikan.

Aktivis Hak Asasi Manusia dan pendiri Forum Masyarakat Sivil Chechnya, Minkail Ezhiev, mengatakan penutupan Kafe selama Ramadhan menunjukkan bahawa Chechnya telah berfungsi sebagai negara terpisah dari Rusia, di mana konstitusinya yang menyatakan agama dan negara adalah terpisah.

"Saya benar-benar menentang penutupan kafe-kafe.." katanya kepada Reuters. "Semuanya perlu dalam perundangan yang ditentukan di Rusia."

Ramzan Kadyrov, pengkritik yang disokong Rusia menganggap kononnya ada misi peribadi yang ingin memaksakan visi Islam di Chechnya, di mana alkohol dilarang, perempuan perlu pakai tudung di pejabat pemerintah dan poligami digalakkan.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Hal-hal seperti ini perlu diperhatikan oleh pejuang-pejuang hak asasi manusia. Golongan minoriti perlu diberi haknya, terutama dalam melaksanakan tuntutan agama masing-masing, supaya kumpulan-kumpulan tersebut tidak menjadi radikal. Jangan memandang hal-hal 'spiritual' dari persepsi 'material' dan sekular.

Di Malaysia juga hal-hal seperti ini perlu ditangani dengan baik. Tidak malukah di negara bukan Islam minoriti Muslim, pusat-pusat maksiat boleh ditutup di bulan Ramadhan, sedangkan di Malaysia masih berleluasa? (2MA)

Nasyid Chechnya, klik di sini..

BERNAMA Kempen Dinar Syariah, Al-hamdulillah. T/kasih!

KOTA BAHARU 19 OOS 10: Hari pertama dinar emas dan dirham dibuka untuk jualan menyaksikan rakyat Kelantan memenuhi Pusat Pajak Gadai Islam Ar-Rahn di sini bagi mendapatkan mata wang yang diperkenalkan kerajaan negeri itu.

Tinjauan Bernama mendapati rata-rata pembeli berhasrat menjadikan dinar dan dirham itu sebagai hiasan diri seperti loket dan juga untuk disimpan sebagai koleksi peribadi.

Seorang pembeli, Zainun Che Aziz, 60, berkata pengeluaran dinar itu adalah trend terbaru emas di pasaran yang perlu dibeli dan harus dimiliki.

"Emas ni ikut musim, macam-macam bentuk dan saiz emas keluar di pasaran dan bila keluar emas dinar ni saya rasa mesti beli kerana ia unik dan saya mahu membuat loket untuk diberi kepada cucu saya. Kalau tidak beli rugilah mana tahu tiba-tiba ia tidak dijual lagi," katanya kepada Bernama di sini.

Sementara itu, Pengurus Operasi Ar-Rahn Kota Baharu 2, Siti Azian Ibrahim berkata sebanyak 344 keping dirham serta 50 keping dinar dibuka untuk jualan, Rabu.

"Melihat situasi sebelum ini pada mulanya kita tidak menjangkakan jualan dinar akan mendapat sambutan kerana ramai yang tidak bersetuju dengan penggunaannya dalam urusan seharian.

"Tetapi pembukaan jualan mata wang berkenaan di Ar-Rahn hari ini melihat sesuatu yang berbeza apabila rakyat tetap berminat membelinya dan kebanyakan pelanggan berkata mereka mahu menjadikan dinar itu sebagai perhiasan diri seperti loket dan gelang," katanya.

Siti Azian berkata bagi dinar, terdapat lima saiz yang dijual dengan harga berbeza setiap hari mengikut nilai emas semasa dan hari ini harga bagi setengah dinar ialah RM296, satu dinar (RM592), dua dinar (RM1,184), lima dinar (RM2,960) dan lapan dinar (RM4,736).

"Manakala bagi nilai dirham pula ialah satu dirham bernilai RM13, dua dirham (RM26), lima dirham (RM65), 10 dirham (RM130) dan 20 dirham (RM260)," katanya.

Beliau berkata bagi dinar, ianya dibuat menggunakan emas bernilai tinggi iaitu emas 916 yang diguna untuk membuat barang kemas.

"Memang diakui di Kelantan trend membeli emas sentiasa wujud sejak dulu sehingga kini kerana tarikan nilainya yang sentiasa bernilai dan tidak akan turun secara mendadak sehingga merugikan," katanya.

Siti Azian berkata mereka yang berminat untuk membeli dinar itu dan ingin mengetahui harga dari semasa ke semasa boleh layari laman web http://islamicmint.com.my/ atau mengunjungi pusat Ar-Rahn berhampiran, yang dipertanggungjawab menjadi wakil sah jualan dinar dan dirham. - BERNAMA

Komen Blog Ibnu Hasyim: BERNAMA tolong kempen Dinar Syariah, Al-hamdulillah. Terima kasih! (AK)

Perlembagaan Baru: Aziz Bari Jawab Mufti Perak


KL, 19 Ogos 10: Penganalisis politik Prof Abdul Aziz Bari menegaskan tidak logik ada pihak mengeluarkan perlembagaan baru kerana dokumen sedemikian tidak boleh dibuat secara sembunyi-sembunyi dan tanpa melalui proses perundangan sewajarnya.

Justeru tambah beliau, oleh kerana perlembagaan tidak boleh dipinda atau dimansuh tanpa persetujuan atau proses yang sah, maka soal wujudnya perlembagaan baru tidak timbul sama sekali.

“Ia perlu melibatkan Parlimen, Raja-raja dan Yang Dipertua Sabah dan Sarawak.

“Ini kerana peruntukan-peruntukan tertentu khususnya yang menyentuh kedudukan Raja-raja, Islam, Melayu, bahasa serta negeri-negeri Borneo tidak boleh dipinda dan mansuh tanpa persetujuan atau proses yang melibatkan semua pihak tadi,” kata beliau dalam ulasannya hari ini.

Malah menurut beliau, perlembagaan ialah instrumen yang melahirkan Parlimen, mahkamah dan apa jua institusi di negara ini. “Jadi, bagaimana ia boleh dibuat oleh pihak-pihak tertentu saja?” soal beliau.

Bagaimanapun beliau yang juga pakar perundangan dari Universiti Islam Antarabangsa mengakui siapa pun boleh memberi tafsiran, cuma yang boleh dilaksanakan ialah tafsiran mahkamah meskipun tafsiran hakim tidak semestinya betul.

Oleh itu kata Aziz, beliau tidak faham apa yang Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria dakwa dan disiarkan oleh beberapa akhbar. Awal minggu lalu, Harussani mendakwa sudah ada “perlembagaan baru” dibuat oleh pihak tertentu bagi menggantikan Perlembagaan Persekutuan yang menjadi teras kemakmuran negara selama ini.

Menurut Harussani, perlembagaan baru itu menyisihkan hak-hak orang Melayu dan juga Islam yang dijamin dalam Perlembagaan sekarang. Bagaimanapun beliau tidak mendedahkan siapa yang mengeluarkannya. (AK)

60% Zina Kerana Menonton Bahan Lucah.

KL OGOS 19 10: Satu kajian yang dibuat oleh seorang pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun lalu mendapati 60 peratus kes perzinaan berpunca daripada menonton bahan-bahan lucah.

Pakar Psikologi Kanak-Kanak dan Remaja UKM, Dr. Khaizil Ismail berkata, Kajian Remaja Berisiko Tinggi yang dijalankan selama enam bulan itu dijalankan di pusat-pusat pemulihan akhlak di seluruh negara merangkumi kira-kira 600 responden yang berumur antara 15 dan 20 tahun.

“Biasanya gadis yang sudah berzina dengan pasangan akan mengandung dan kemudian mengambil keputusan membuang bayi yang dilahirkan bagi mengelakkan rasa malu atau diketahui keluarga.

“Perzinaan yang berlaku akan menyebabkan terhasilnya anak luar nikah. Jadi, saya menyokong kenyataan bahawa kes-kes buang bayi yang semakin banyak sekarang ini adalah berpunca daripada menonton bahan-bahan lucah,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Komen Blog Ibnu Hasyim: "Janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang buruk."(Quran Surah Al-Israk: Ayat 32). Menonton bahan lucah itu termasuk 'mendekati zina'. Dilarang belajar ilmu zina, tetapi ilmu nikah dan perkahwinan memang digalakkan. (2MA)

Yusuf Qardhawi Sertai Konvoi Laut Ke Jalur Gaza.

Sheikh Yusuf Al-Qardhawi ketika menerima kunjungan tiga orang Rabai Yahudi Neturei Karta yang anti gerakan Zionisme.

RABU OGOS 18 10: Sheikh Yusuf Al-Qardhawi, Ketua Dewan Ulama Muslim se-Dunia (IUMS) akan mengambil bahagian dalam konvoi laut ke Jalur Gaza. Hal ini diungkapkan oleh Ihsan Hendrik, yang juga menjadi anggota Dewan Ulama Muslim se-Dunia di Cape Town (Afrika Selatan) mengatakan, bahawa Sheik Al-Qardhawi akan ikut mengambil bahagian dalam sebuah konvoi laut ke Jalur Gaza.

Hendricks, yang juga anggota IUMS, mengatakan bahawa sejumlah besar ulama lain dan tokoh-tokoh Arab dan Islam senior akan bergabung dengan konvoi laut yang diselenggarakan oleh Dewan Ulama Dunia (IUMS). Ihsan mengatakan hal itu pada masa berada perbatasan Rafah di Gaza, Sabtu lalu. Konvoi bantuan dibiayai oleh sejumlah aktivis di Afrika Selatan telah berada di Rafah, mereka pernah mengalami penindasan rejim apartheid.

Hendrik menegaskan bahawa konvoi bantuan ke Gaza akan terus berlangsung, baik itu melalui darat dan laut sampai pengepungan terhadap rakyat Palestin di Gaza dihentikan. Delegasi itu akan melihat penderitaan rakyat Gaza dan ketabahan mereka. Mereka akan mendesak terhadap pembebasan rakyat Gaza, kata Hendricks.

Sementara itu, Menteri Luar Negeri Spanyol Miguel Angel Moratinos mengatakan kepada media, "Sepanyol yang menjadi salah satu negara Kesatuan Eropah telah mengambil sikap yang jelas terhadap Israel, dan mengutuk penggunaan kekerasan yang berlebihan terhadap penduduk Jalur Gaza."

Perkembangan lainnya menyatakan bahawa perusahaan 'Canada Post Corporation' mengumumkan mereka telah berhenti menerima surat-surat dari Jalur Gaza yang diblok Israel. Layanan pos Kanada mencari cara baru untuk mengirim surat dari Kanada ke Jalur Gaza.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Lihat pandangan Prof Dr Yusuf Al-Qardhawi mengenai Yahudi dan Zionis. Pada Jan 25, 2009, beliau menerima kunjungan tiga orang Rabai Yahudi 'Neturei Karta' yang anti gerakan Zionisme. Antara kata-kata beliau...

Satu: Syeikh Yusuf al-Qaradhawi menegaskan, "..ummat Islam tidak memusuhi orang-orang Yahudi. Umat Islam hanya menentang gerakan orang-orang Zionis yang agresif dan menyebarkan permusuhan."

Dua: Menurut Qaradhawi, "Selama berabad-abad orang-orang Yahudi hidup aman damai di negara-negara ummat Islam. Orang-orang Yahudi adalah bangsa yang paling kaya di Mesir dan banyak negara ummat Islam yang lain. Tidak ada permusuhan antara Muslim dan Yahudi," tegas Qardhawi sewaktu menerima ketiga Rabai itu di rumahnya di Qatar.

Tiga: Kenyataan Qaradhawi dibenarkan oleh Rabai Aharon Cohen, yang mengatakan bahawa orang-orang Yahudi yang tinggal di negara-negara ummat Islam tidak mengalami banyak masalah. Para Rabai Yahudi Neturei Karta yang mengunjungi Qaradhawi, mengenakan lencana bertuliskan 'Saya orang Yahudi, bukan Zionis'.

Empat: Syeikh Qaradhawi turut mengatakan bahawa Muslim dan Yahudi adalah sama-sama pengikut dua agama Ibrahim. Mereka adalah kelompok Yahudi yang meyakini kitab suci Taurat yang asli dan sangat dekat dengan umat Islam.

"Pengikut dua agama ini memiliki ritual dan ajaran agama yang sama seperti, kewajipan berkhatan bagi lelaki, memotong haiwan dengan cara yang halal, mengharamkan daging babi dan melarang patung-patung diletakkan di dalam masjid", tegas Qaradhawi. Ummat Islam dan Yahudi, tambah Qaradhawi, sama-sama diburu ketika kekuasaan Islam di Andalusia jatuh.

Lima: Kini, kata Qaradhawi, umat Islam dan Yahudi yang sama-sama meyakini Tuhan Yang Maha Esa, seharusnya bekerjasama untuk memerangi ateisme, pornografi, lesbian dan homoseks serta ketidak-adilan.

Enam: Ia juga menekankan betapa pentingnya memperkuatkan hubungan antara Muslim dan Yahudi, untuk menghadapi ancaman Zionisme dan negara Israel yang didirikan di atas kehancuran bangsa Palestin. "Umat Islam menentang penjajahan dan gerakan Zionisme yang menindas, bukan orang-orang Yahudi."

Tujuh: Rabai Cohen menambahkan, "Yudaisme, yang berdasarkan pada ajaran Taurat yang benar, tidak mengakui Zionisme. Taurat dan Yudaisme tidak membenarkan penjajahan, pembunuhan dan pengusiran orang dari rumah-rumah mereka."
Zionisme adalah gerakan politik antarabangsa yang bergerak untuk mencipta tanah air bagi orang-orang Yahudi Zionis di Palestin. Gerakan ini berjaya mewujudkan negara Zionis Israel pada 15 Mei 1948 dengan merampas tanah dan mengusir bangsa Palestin
.

Lapan: Jurucakap Neturei Karta, Rabai Yisrael Weiss menyatakan, ajaran-ajaran yang diamalkan oleh Israel bertentangan dengan ajaran Yudaisme. Neturei Karta sendiri adalah organisasi yang mewakili ratusan ribu penganut Yahudi Ortodoks di seluruh dunia yang menentang gerakan Yahudi Zionis.

Neturei Karta meyakini, tegaknya negara Palestin dan dihapusnya negara Israel akan membawa perdamaian di Timur Tengah. "Taurat dan sejarah Yahudi mengatakan bahawa suatu hari negara Israel akan runtuh," tegas Rabbi Weiss. (Pelbagai sumber/AK)

Wednesday, August 18, 2010

Matawang Syariah, UMNO Terus Bangkang -Nik Aziz

Kisah Tok guru & Hutan Sokor Lubuk Emas Kelantan. Nak tahu, Klik di sini..
KUALA LUMPUR, 18 Ogos 10:Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mempersoalkan tindakan pusat dan pemimpin Umno yang “menghentam” kerajaan Kelantan yang melancarkan penggunaan mata wang syariah dinar dan dirham di negeri itu minggu lalu.

Nik Aziz berkata Umno akan terus membangkang apa sahaja usaha baik yang dilakukan kerajaan negeri untuk rakyat di negeri itu.

“Kadang-kadang tingkah laku pemimpin Umno mudah untuk dijangka, apa saja yang baik datang dari Kelantan pasti akan dibangkang habis-habisan oleh Umno.

“Sebut sahaja usaha baik yang dilakukan kerajaan Kelantan, berduyun-duyun pemimpin Umno menunjukkan cerdik memberi komen,” kata beliau dalam kenyaatan dikeluarkan hari ini.

Menurutnya, sejak PAS memerintah Kelantan pada tahun 1990 sehingga kini ada sahaja bangkangan yang dibuat kerajaan pusat.

“Cuti dua hari seminggu digelar sebagai ‘budaya pemalas’, akhirnya orang yang sama menelan kembali ludahnya.

“Cuti 60 hari kakitangan wanita yang bersalin turut dipandang sinis, kemudiannya tanpa segan silu ditiru,” katanya.

Mursyidul Am PAS itu berkata, bantahan terbaru yang dibuat terhadap kerajaan Kelantan adalah mengenai penggunaan mata wang syariah dinar dan dirham di negeri itu.

“Bila kerajaan negeri lancarkan penggunaan penggunaan mata wang syariah dinar dan dirham, maka bersatulah pemimpin Umno untuk menghentam langkah ini.

“Ramadan yang sepatutnya menjadi bulan damai dan pesta ibadat menjadi pesta kerajaan pusat dan pemimpin Umno menghentam kerajaan Kelantan,” katanya.

Nik Aziz juga mempersoalkan tindakan kerajaan pusat yang menghalang usaha kerajaan negeri Kelantan untuk membuat perubahan dalam pembangunan ekonomi negeri itu. “Saya ingin nyatakan, apa salahnya jika Kelantan ingin memulakan jihad ekonomi ini? Jika kerajaan pusat atau pemimpin Umno enggan memulakannya, janganlah menidakkan usaha pihak lain,” katanya.

Beliau juga menegaskan bahawa penggunaan mata wang syariah bukan mata wang, tetapi hanya pengenalan kepada sistem pertukaran barang.

“Tukar suka sama suka dengan kerelaan tidak pernah dihalang di negara demokrasi ini.

“Setiap orang berkuasa ke atas barangannya dan berhak membuat keputusan. Apa yang salah ialah membuat keputusan ke atas barangan yang kita tidak berhak.

“Contohnya, memberi percuma dua blok minyak minyak milik rakyat yang berharga ratusan bilion ringgit kepada kuasa asing. Atau merompak hak milik rakyat Kelantan ke atas telaga minyak dengan menafikan royalti,” tegasnya.

Minggu lalu Nik Aziz melancarkan mata wang syariah dinar dan dirham yang akan digunakan dalam transaksi seharian termasuk pembayaran gaji kepada kakitangan awam. Kira-kira 1,000 peniaga di bandar ini dilaporkan bersetuju untuk menerima dinar emas dan dirham perak dalam transaksi perniagaan mereka. Dinar dan dirham itu dikeluarkan oleh anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Kelantan Golden Trade.

Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan Datuk Husam Musa berkata pelancaran mata wang syariah tersebut adalah pengenalan kepada sistem pertukaran barang yang menggunakan dinar dan dirham itu.

Namun Pengerusi Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed mengingatkan kerajaan Kelantan tidak sewenang-wenangnya membuat peraturan baru seperti penggunaan mata wang syariah dinar dan dirham tanpa merujuk kepada pusat. Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, kenyataan Nik Aziz bahawa dinar emas dan dirham perak itu akan dijadikan sebagai mata wang alternatif adalah jelas melanggar peraturan Bank Negara.

Selain itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pula berkata hanya Bank Negara yang boleh mengeluarkan wang yang diiktiraf dan sah di negara ini. (AK)

2 Berita Menarik Dari Tok Guru Nik Aziz.


KOTA BHARU, 18 Ogos 10: Terdapat 2 berita menarik hari ini, dari Tok guru Nik Aziz MB Kelantan. Mengenai buku kata hikmat dan mengenai pakaian Ramadhan yang akan dimulai pemakaiannya esok.

Pertama, Pemuda PAS Kelantan menerbitkan sebuah buku khas yang berupa petikan kata-kata hikmat dari Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Lagi kuat musuh-musuhnya marah, lagi banyak mutiara kata yang terhambur dari mulut beliau.

Buku bertajuk 'Himpunan 110 Mutiara Kata Nik Abdul Aziz Nik Mat Sepanjang 2010' itu disusun sendiri oleh Setiausaha Akhbarnya, Ahmad Fadhli Shaari. "Insya Allah ia akan dilancarkan Jumaat ini di Dataran Ilmu," kata Fadhli kepada Harakahdaily.

Jumaat ini sebagaimana biasa adalah hari kuliah mingguan yang diberikan oleh MB Kelantan itu. Ribuan umat Islam termasuk para peniaga kebiasaannya memenuhi perkarangan Pejabat PAS Kelantan yang dinamakan Dataran Ilmu pada setiap Jumaat untuk mendengar kuliah dari Nik Aziz.

Buku ini diterbitkan oleh Dewan Pemuda PAS negeri Kelantan (DPPNK) untuk sambutan 20 tahun kerajaan PAS Kelantan Oktober ini. Buku setebal 126 muka surat dijual dengan harga RM10. Sesiapa yang berminat boleh hubungi Fadhli Shaari melalui ahmadfadhli80@yahoo.com atau di talian 019-9070868.

Kedua: Kelantan sekali lagi mencetus kelainan sempena Ramadan tahun ini apabila menggantikan baju batik kepada pakaian kebangsaan yang perlu dipakai pada setiap hari Khamis. Kebiasaannya sebelum ini pada hari Khamis kakitangan kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan dan badan berkanun mengenakan baju batik bagi kakitangan lelaki.

Namun 9 Ramadan ini atau 19 Ogos (esok) kakitangan lelaki diarah memakai baju kebangsaan. Baju kebangsaan dimaksudkan mempunyai lima butang dan (lengkap dengan songkok serta samping) dipakai setiap Khamis sepanjang bulan Ramadan.

Pekeliling mengenai arahan terbaru itu ditandatangani Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Shafie Ismail bertarikh 12 Ogos 2010. Pekeliling yang diedar tersebut bertajuk ’Arahan Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Kelantan Bil 2 /2010’.

Pekeliling terbabit dituju kepada semua ketua jabatan negeri, pihak berkuasa tempatan dan badan berkanun negeri. Difahamkan keputusan pemakaian baju kebangsaan tersebut dibuat pada mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) 11 Ogos lalu.

Difahamkan juga pemakaian baju kebangsaan akan dipraktik secara tetap pada setiap bulan Ramadan. Sementara itu beberapa kakitangan kerajaan di Kota Darulnaim ketika ditemui menyambut baik cadangan tersebut sebagai usaha menghidupkan kembali identiti bangsa Melayu.

”Kalau sebelum ini kita hanya tengok orang pakai baju kebangsaan pada Hari Raya dan jarang-jarang pada hari Jumaat, namun langkah terbaru dibuat kerajaan negeri memakai pada hari bekerja sesuatu yang dialu-alukan,” katanya yang enggan dikenali.(AK)

Wajarkah Kristian Guna SACC?

CATATAN SANTAI

pray_at_synagogue

virginia_taraweh05a

Kuil Yahudi disewakan untuk Solat Taraweh September 18th, 2009, bulan puasa tahun lepas.

virginia_taraweh01a

PULUHAN tahun lalu, pernah Tok Guru Nik Aziz menumpang kereta saya, pusing-pusing di KL untuk melihat ladang kambing, seorang Cina Muslim di Sungai Buluh Selangor. Kerana urusan itu urusan peribadi, beliau cuma guna kereta saya, tidak guna kemudahan MB Kelantan waktu itu.

"Betulkah Ann Wan Seng itu wujud?" Tok Guru tanya saya. Kerana waktu itu, nama Ann Wan Seng begitu melonjak naik melalui tulisannya yang berpemikiran Islam, sedangkan masih belum masuk Islam. Mungkin Tok Guru sangka orang Islam yang menulis, tetapi menggunakan nama orang bukan Islam.

"Betul! Dia kawan saya, saya pernah sama-sama berceramah dengannya di Pulau Pinang." Saya jelaskan.

"Kalau begitu, boleh tolong uruskan panggil dia ceramah di masjid tepi rumah saya." pinta tok guru.

Saya setuju, akhirnya berlaku ceramah pertama di masjid tersebut oleh orang bukan Islam. Sesuatu yang agak mengejutkan pada masa itu. Begitu pemikiran hebat, teloransi, bebas dan terkehadapan Tok guru Nik aziz, sehingga akhirnya Saudara Ann Wan Seng sendiri memeluk Islam. Itu
satu...

Kedua. Ramadhan tahun lepas, setelah mendengar keluhan beberapa jawatankuasa Masjid Virginia tentang ruang yang semakin tidak mencukupi untuk bulan Ramadhan, Rabbi Robert Nosanchuk telah mengemukakan cadangan kepada jemaah Masjid Virginia agar menggunakan synagogue (kuil Yahudi) sebagai masjid.

Pertambahan umat Islam di Virginia, Amerika Syarikat dan ruang masjid yang amat terhad telah mendorong Imam Masjid Virginia iaitu Syeikh Mohamed Magid dan ahli jawatankuasanya bersetuju menerima pelawaan Rabbi Robert agar dapat bersolat jemaah di bangunan Northern Virginia Hebrew Congregation.

Rabbi Robert berpendapat Ramadhan adalah bulan mulia bagi umat Islam dan di dalam bulan ini jugalah jumlah pengunjung masjid yang datang beribadat meningkat dengan ketara. Ruang yang terhad di masjid asal mungkin sudah tidak selesa untuk beribadat, jadi mereka memberi inisiatif untuk membantu jemaah masjid Virginia di dalam bulan Ramadhan tersebut.

Menurut Imam Mohamed Magid lagi, masyarakat sering melihat Yahudi-Islam sentiasa berkonflik khususnya di Amerika Syarikat (AS). Mereka mengharapkan cadangan ini boleh mengubah persepsi tentang konflik tersebut khususnya golongan pemimpin-pemimpin politik yang bersifat rasisme. Hubungan yang baik di antara masyarakat Yahudi-Islam kemungkinan akan menyukarkan pihak-pihak berfahaman rasis ini mengambil kesempatan untuk menabur jarum-jarum perpecahan.

Tahun 2009 ini adalah tahun pertama Masjid Virginia menyewa sebahagian ruang dari synagogue untuk melakukan solat tarawih. Para jemaah masjid mengumpul wang sendiri untuk membayar sewa ruang sembahyang tersebut yang dikenakan USD300 sehari. Solat terawih di Masjid Virginia itu berlangsung antara pukul 9.00 hingga 10.45 malam.

Kesefahaman antara komuniti Masjid Virginia dan synagogue-synagogue kemungkinan akan diperluaskan lagi apabila kedua-dua komuniti tersebut bersetuju untuk menubuhkan satu yayasan persefahaman dan membuat lawatan rasmi ke Timur Tengah.

Ramadhan tahun ini umat Islam Canada bersholat di gereja pula. Lihat Muslim Canada Tarawih Di Gereja, Bukan Macam Si Be...

Ketiga. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab 'Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’, tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim.

“Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut. Setelah tiba waktu solat Asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin solat.”

Jawab Patriach, “Solat sahajalah di sini”.

Tetapi Umar menolak cadangan Patriach dan solat (di luar) di tangga yang berada di hadapan pintu gereja tersebut secara bersendirian. Selepas beliau selesaikan solat asar, beliau (masuk kembali lalu) berkata kepada Patriach al-Quds..

“Sekiranya saya mengerjakan solat tadi di dalam gereja tuan, saya merasa pasti bahawa ummat islam pada zaman akan datang akan menyatakan bahawa Saidina Umar mengerjakan solat di dalam gereja ini, maka kita boleh menukarkan gereja ini kepada masjid untuk melaksanakan solat di dalamnya”.

Kisah di atas menceritakan respon Saidinna Umar kepada cadangan Patriach supaya beliau solat di dalam gereja al-Qiamah. Respon Saidina Umar merupakan satu respon yang mengambil kira kepentingan golongan Nasrani dan Patriach, sambil dalam masa yang sama melindungi Kanisah mereka.

Jelasnya, 3 kisah ini menjawab, apa salahnya membenarkan pihak Kristian menggunakan bangunan Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC)? Bukankah orang Kristian juga warga negara Malaysia kalau cukup syarat-syaratnya?

Sekian.

Ibnu Hasyim Catatan Santai
alamat e-mail:
ibnuhasyim@gmail.com
KL Ogos 18, 2010

Kristian Juga Berhak Guna SACC -Khalid Samad


SHAH ALAM, 18 Ogos 10: Masyarakat Kristian mempunyai hak untuk menggunakan Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), yang terletak di tengah-tengah bandar raya Shah Alam. Demikian kata Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad.

Penganjuran program sedemikian (oleh golongan Kristian) di SACC tidak harus menjadi satu masalah selagi ia terhad kepada masyarakat bukan Islam, dan tidak dibuka kepada umat Islam, katanya lagi. Malah kata Khalid, umat Islam juga cukup matang dan berjiwa kental dalam mempertahankan iman dan sama sekali tidak akan terancam dengan program sedemikian. Menurut laporan The Malaysian Insider hari ini.

Beliau mengulas mengenai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu terbesar, berusia dua tahun, kelihatan lantang dan ke hadapan dalam memberi amaran kepada mereka yang mempersoalkan dasar-dasar afirmatif Bumiputera. Kumpulan itu membuat laporan polis terhadap sebuah gereja di Shah Alam yang bercadang mengadakan pementasan di sebuah pusat serba guna ramai di ibu negeri Selangor. Bagaimanapun gereja itu telah membatalkan program mereka sebelum aduan polis Perkasa atas alasan cuti panjang awal bulan depan.

“Saya bimbang dengan keseluruhan strateginya, yang BN gunakan sekarang, menjelang pilihan raya umum akan datang dan (saya khuatir) ia mungkin akan mengadakan (semula) Operasi Lalang,” kata wakil rakyat PAS itu kepada The Malaysian Insider.

Khalid mengulas langkah Perkasa yang membuat aduan polis terhadap Gereja Grace Shah Alam dan pastornya dengan membandingkan tindakan di bawah ISA pada 1987 yang membawa kepada penahanan 106 orang, kebanyakannya pemimpin pembangkang dan aktiviti sosial.

Perkasa mahu gereja itu dan Pastornya Joseph Marcose disiasat kerana merancang mengadakan pementasan Kristian di Shah Alam ketika bulan Ramadan. Pengerusi Perkasa Petaling Zainal Abidin Ahmad membuat laporan polis agar dijalankan siasatan di bawah peruntukan hasutan.

Sehubungan itu, Khalid percaya bahawa kerajaan BN mencari alasan untuk mengadakan pendekatan sedemikian dan meminta agar rakyat Malaysia mengabaikan “kapal yang sedang tenggelam itu.”

“Mereka sekali lagi telah membuktikan bahawa mereka tidak berupaya untuk menyatukan negara, bertindak dengan matang dan penuh tanggungjawab,” kata Yang Dipertua PAS Shah Alam ini. Khalid berkata, Perkasa menggerakkan satu lagi paku ke atas keranda BN dengan mencetuskan isu agama dan kaum, yang secara tidak langsung memecahbelahkan rakyat Malaysia.

Sedangkan, Zainal Abidin memberitahu The Malaysian Insider bahawa Perkasa mahukan gereja itu dan pastornya disiasat kerana menghasut dan menghina Sultan. Beliau menuduh gereja itu tidak sensitif dengan menganjurkan program sedemikian berjudul “Harapan” di premis SACC ketika bulan Ramadan yang bermula minggu lalu.

Katanya, meskipun program itu hanya untuk masyarakat Kristian tetapi Perkasa bimbang ia bertujuan mengembangkan agama itu di kalangan umat Islam. Zainal Abidin juga merujuk kepada bazar Ramadan diadakan sekitar SACC manakala kemudahan berbuka puasa pula diadakan dalam presmis itu.

Sehingga Joseph Marcose berkata, program 4 September itu yang akan diadakan sempena Hari Kebangsaan khusus untuk bukan Islam telah dibatalkan ekoran cuti panjang. Selain membuat laporan polis Perkasa juga telah menghantar memorandum kepada Majlis Agama Islam Selangor dan SACC.

Ahli Parlimen Shah Alam itu juga khuatir Perkasa sengaja cuba untuk mencetuskan ketegangan kaum dan agama yang dilihat boleh menyediakan ruang kepada Barisan Nasional (BN) menggunakan semula operasi Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap pembangkang. (AK)

Komen Blog Ibnu Hasyim: Di mana ada Kristian, di situ ada Islam. Begitu juga sebaliknya, sejarah telah membuktikan. Carilah pendekatan untuk bertemu dan berkerjasama, bukan berlawan dan berperang. Kerana masing-masing dengan kebebasan menurut agama masing-masing. tiada masalah.

Bukan seperti pendekatan yang dibawa oleh Perkasa. Kerana menurut Khalid..

(i) "kerajaan BN mencari alasan untuk mengadakan pendekatan sedemikian dan meminta agar rakyat Malaysia mengabaikan 'kapal yang sedang tenggelam itu'."

(ii) “Mereka sekali lagi telah membuktikan bahawa mereka tidak berupaya untuk menyatukan negara, bertindak dengan matang dan penuh tanggungjawab,”

(iii) "Khuatir Perkasa sengaja cuba untuk mencetuskan ketegangan kaum dan agama yang dilihat boleh menyediakan ruang kepada Barisan Nasional (BN) menggunakan semula operasi Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap pembangkang."

(AK)

Harga Ayam, Lagi Bukti Menteri BN Tak Pandai Tadbir .


Harga ayam masih didakwa mahal walaupun terdapat permintaan yang tinggi pada minggu pertama bulan Ramadan.

KL 18 OGOS 10: Berita yang disiarkan di bawah ini sebagai bukti bahawa Menteri BN tak pandai tadbir negara. Lhat lagi tulisan-tulisan di bawah ini..

Berita Kosmo! Online: Penternak ayam dituntut tunai janji.

KUALA LUMPUR: Beberapa persatuan pengguna menuntut Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM) menunaikan janji mereka untuk menurunkan harga ayam selepas seminggu umat Islam menjalani ibadah puasa.

Sehingga semalam, harga ayam di kebanyakan negeri masih tidak berubah dengan ada pembeli terpaksa membelanjakan RM7 sekilogram untuk membeli ayam.

Dalam reaksi segera terhadap isu harga ayam yang masih mahal, Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr. Jacob George mendakwa ia menjadi bukti sikap penternak ayam yang terus memanipulasi pembeli.

"Harga ayam masih lagi sama, tiada tanda-tanda hendak turun.

"Setiap tahun situasi ini berulang dengan persatuan penternak masih berdolak-dalik untuk turunkan harga sebab permintaan tinggi,'' katanya ketika dihubungi di sini semalam.

(AK)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails