Saturday, August 28, 2010

M'sia Tidak Pernah Berlembut Dg Indo, Tetapi Dg S'pura?



MALAYSIA tidak pernah berlembut dalam menangani isu yang dilihat mencemarkan kedaulatan negara ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Mengulas kejadian demonstrasi terhadap Malaysia di Jakarta ketika ini, Perdana Menteri berkata Malaysia mahu Indonesia segera mengambil langkah-langkah perlu dalam menangani isu berkenaan.

"Sekarang ini, yang penting ialah tindakan pihak berkuasa Indonesia untuk tidak membiarkan perkara ini berlarutan terutama sekali (tindakan terhadap) mereka yang melakukan demostrasi, kawalan kedutaan (Malaysia) dan apa-apa tindakan lain yang perlu diambil pihak Indonesia," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis penyampaian dividen Rancangan Tanam Baru Berkelompok dan Tanam Semula komersial Risda 2010 di Pekan hari ini.

Khamis lalu, kira-kira 600 penunjuk perasaan bersikap liar dengan membakar dan meludah Jalur Gemilang dan berteriak "ganyang Malaysia" bagi membantah apa yang mereka dakwa pencerobohan pihak berkuasa Malaysia di perairan perbatasan kedua-dua negara.

Perdana Menteri berkata beliau telah menerima sepucuk surat daripada Presiden Susilo Bambang Yudhoyono (SBY) berhubung insiden yang sedang berlaku itu.

"Presiden SBY telah mengutus surat kepada saya, tapi surat itu ada di Putrajaya. Saya belum tengok lagi apa isi kandungan itu, tapi saya percaya ia melahirkan rasa dukacita pihak Indonesia terhadap apa yang berlaku," katanya.

Najib berkata apa yang penting kini ialah perkara berkenaan tidak dibiarkan berlarutan oleh pemerintah Indonesia dan merosakkan hubungan dua hala antara Indonesia dan Malaysia.

Katanya hubungan ini saling menguntungkan dan pihak Indonesia pun faham bahawa mereka mempunyai 2 juta pekerja di Malaysia dan banyak pelaburan Malaysia di Indonesia yang memberi faedah kepada perkembangan ekonomi mereka.

"Oleh itu kedua-dua negara mempunyai kepentingan bersama dan tidak membiar perkara ini menjadi sesuatu yang boleh mengancam hubungan dua hala kita," kata Najib.

Ditanya tindakan media Indonesia yang sering memperbesarkan isu berkaitan soal pekerja mereka di Malaysia, Najib berkata pihak berkuasa Malaysia sentiasa menangani isu yang timbul itu mengikut lunas undang-undang negara.

"Memang akan timbul isu-isu kecil, isu itu bersifat hubungan antara rakyat dengan rakyat. Misalnya dalam banyak majikan, mungkin ada satu dua majikan yang mengasari rakyat Indonesia.

"Kita tidak boleh menjamin segala-galanya tidak akan berlaku, tetapi terserahlah kepada pihak kita untuk ambil tindakan, dan kita telah pun ambil tindakan mengikut lunas undang-undang negara.

"Kita tidak boleh kata bahawa disebabkan satu majikan yang di luar kawalan kerajaan Malaysia, maka mereka patut bertindak balas di Indonesia," katanya.

Perdana Menteri turut meminta rakyat di negara ini bertenang.

"Kita boleh jamin bahawa kita akan kawal keadaan di Malaysia, tapi kalau (keadaan di Indonesia) keterlaluan sangat ia akan jadi sesuatu yang menimbulkan kemarahan rakyat Malaysia... kalau berterusan ia akan mengundang reaksi daripada rakyat (Malaysia)," katanya. Bernama.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Malaysia tidak akan berlembut dengan Indoneisa, tetapi berlembut dengan Singapura, mengapa? Lihat artikal di bawah ini..

Kontroversi Khutbah: Besok Habis Tempoh Mohon Maaf



KL 28 Ogos 10: BEBERAPA jam lagi genap 2 hari, tempoh yang diberi oleh Khatib, Ustaz Zakaria Ahmad kepada beberapa individu, akhbar arus perdana dan sebuah stesen televisyen membuat permohonan maaf secara terbuka atau berhadapan tindakan saman berhubung kontroversi doa khutbah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Zakaria mendakwa, pihak :berkenaan telah memutar belitkan fakta berkaitan doa khutbah ke dua solat Jumaat yang dibacakannya di beberapa masjid sekitar Pulau Pinang.


“Terdapat sebilangan pihak cuba menjatuhkan reputasi saya seolah-olah saya jahil di dalam agama Islam. Ini soal maruah. Mereka mengeluarkan kenyataan dan berita yang boleh menimbulkan salah faham orang ramai

“Saya mengambil keputusan saman untuk menyedarkan pihak terlibat supaya tidak mengulangi kejadian sama (putar belit isu) kepada orang lain. Lebih-lebih lagi sekarang kita berada dalam bulan Ramadan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Zakaria berkata, beliau dan peguam sudah mengenal pasti dua akhbar arus perdana (bukan: Sinar Harian:), sebuah stesen televisyen dan beberapa individu berpotensi dikenakan tindakan undang-undang berhubung perkara itu.


“Kalau dalam sehari dua ini mereka tidak meminta maaf, saya akan bertindak,” katanya.


Zakaria sebelum ini mengaku menggunakan nama Guan Eng dalam bacaan doa itu sejak dua tahun lalu namun berpendapat ia baru sahaja diperbesarkan pihak tertentu dan dipolitikkan sehingga menjadi serius.
Pada 19 Ogos lalu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memprotes penggunaan nama Guan Eng dalam doa khutbah kedua solat Jumaat menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Protes disokong Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Azhar Ibrahim yang menyatakan kesediaan untuk menampilkan saksi khatib yang membacakan doa tersebut.
Zakaria kemudian tampil mengaku ada menyebut nama Guang Eng dalam doa khutbah Jumaat dan beliau dipanggil memberikan keterangan kepada Jawatankuasa Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP), kelmarin. (Sumber: Sinar Harian/ PAS Kawasan Parit Buntar/AK).

Lihat sebelum ini...

Masjid, Larang B/Islam: Halang PAS Masuk Gereja.

YAN, 28 Ogos 10: Bernama: Masjid dan surau perlu rujuk majlis agama untuk benarkan bukan Islam masuk

JAWATANKUASA masjid atau surau diminta merujuk kepada majlis agama Islam negeri-negeri dalam soal membenarkan orang bukan Islam memasuki masjid bagi mengelakkan sebarang tindakan yang boleh mengelirukan masyarakat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom (gambar) berkata setiap negeri mempunyai panduan masing-masing dalam soal itu dan jawatankuasa atau pengurusan masjid perlu mematuhi panduan tersebut dan tidak sepatutnya sewenang-wenangnya membenarkan orang bukan Islam memasuki masjid terutama di ruang solat.

Katanya rumah ibadat agama lain pun, mereka mempunyai garis panduan dalam membenarkan penganut agama lain memasuki tempat ibadat mereka.

“Kita tiada masalah untuk penganut agama lain masuk ke masjid atau surau. Ada masjid-masjid kita benarkan pelancong bukan Islam masuk tetapi kita sediakan garis panduan seperti yang wanita kena menutup kepala dan sebagainya.

“Kalau nak bawa masuk bukan Islam kenalah minta kebenaran majlis agama Islam negeri-negeri. Orang bukan Islam pun kenalah hormat dengan tempat ibadat umat Islam,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan zakat kepada fakir miskin di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas laporan sebuah akhbar semalam mengenai Anggota Parlimen Serdang Teo Nie Ching dari DAP yang memasuki ruang solat utama Surau Al-Huda, Kajang Sentral Ahad lepas untuk memberi “tazkirah”, tanpa menutup kepala.

Jamil Khir berkata isu yang berlaku di Kajang itu tidak sepatutnya timbul jika jawatankuasa surau berkenaan merujuk kepada majlis agama Islam negeri dan memahami garis panduannya.

“Hal-hal seperti ini boleh diselesaikan dengan perbincangan antara jawatankuasa masjid atau surau dengan majlis agama Islam negeri. Apa yang penting mereka kena maklumkan,” katanya.

Beliau berkata perkara itu juga menjadi satu isu kerana tidak sepatutnya perkara politik dibawa masuk ke dalam masjid. — Bernama

Komen Blog Ibnu Hasyim: Bermula dengan larangan orang bukan Islam masuk masjid, maka akan berlakulah larangan PAS berceramah di geraja atau rumah ibadat bukan Islam.

Anihnya, pelancong bukan Islam boleh masuk masjid. Yang tak boleh berceramah, berbincang hal semasa termasuk politik pembangkang. Politik BN tak apa, walaupun pemimpin masjid surau sendiri atau sultan yang melakukan. Di Kelantan upacara-upacara agama di masjid pun dijemput rakyat bukan Islam hadir dan raikan bersama. Tidak salah mereka mendengar ceramah agama atau berceramah sekalipun. Apa lagi, bergaul dan makan bersama-sama jamaah masjid.

Mungkin kemesraan di kalangan rakyat pelbagai agama menjirus ke arah politik pembangkang inilah yang dibimbangkan. Cuba siasat balik, siapa yang cetuskan isu ini?

Ada kaitan...

Krisis Diplomasi, Indonesia Ajak Malaysia Berdamai


Presiden Susilo Bambang Yudhoyono

JAKARTA, KOMPAS.com — Presiden Susilo Bambang Yudhoyono secara resmi telah mengirim surat kepada Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak terkait ketegangan hubungan kedua negara. Pada intinya, dalam surat tersebut, Pemerintah Indonesia mengajak Malaysia untuk menyelesaikan persoalan bilateral secara damai.

Demikian dinyatakan Menteri Koordinator Bidang Politik, Hukum, dan Keamanan Djoko Suyanto dalam acara buka puasa bersama di Jakarta, Jumat (27/8/2010). Dalam kesempatan tersebut, hadir pula Menteri Pertahanan Purnomo Yusgiantoro, Menteri Hukum dan Hak Asasi Manusia Patrialis Akbar, Panglima TNI Jenderal Djoko Santoso, dan Jaksa Agung Hendarman Supandji.

"Dalam salah satu poin surat tersebut, Presiden telah mengundang Perdana Menteri Malaysia untuk menyelesaikan masalah tersebut secara kekeluargaan untuk menghindari kemungkinan apa pun," katanya.

Dia mengatakan, Presiden telah mengirimkan surat kepada Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menghindari terjadinya hal-hal yang tidak diinginkan. "Presiden telah menandatangani surat yang ditujukan kepada Perdana Menteri Malaysia berikut meningkatnya ketegangan dalam hubungan di antara kedua negara," katanya.

Dia mengatakan, Presiden Yudhoyono telah meminta penyelesaian damai masalah sehingga semangat persahabatan hubungan Indonesia-Malaysia dapat dihidupkan kembali. "Presiden juga menyerukan untuk melakukan pembicaraan tentang isu-isu perbatasan. Itu adalah hal yang paling penting. Itulah dua poin penting dalam surat itu," katanya.

Dia mengatakan, perundingan rinci tentang masalah perbatasan dengan Malaysia akan berlangsung pada pertemuan tingkat menteri luar negeri pada tanggal 6 September 2010. "Kedua negara telah sepakat untuk mempercepat pembicaraan perbatasan," katanya. (AK)

'Pintu Neraka' Yang Dijumpai Di Usbekistan


UNGKAP RAHSIA YANG MAHA AGUNG
'Pintu Neraka' ini dijumpai sejak tahun 1975 lagi di Dava, Usbekistan.

DAVA,
Sabtu, 28 Agustus 2010: 'Pintu neraka' seperti yang selalu digambarkan dengan suasana api menyala yang sangat mengerikan panasnya. Keadaan seperti itulah yang terdapat di sebuah lubang api ternganga di daratan Usbekistan, Asia Tengah.

Maka lubang api itu pun disebut sebagai 'pintu neraka'. Lubang api itu berukuran sekitar dua kali padang bola dengan kedalaman lebih dari 30 meter. Semula ukurannya tidak sebesar itu sejak pertama kali dijumpai manusia pada tahun 1975.

Awalnya ahli geologi menggali dengan alat berat untuk pengeboran gas alam. Anehnya, di lokasi itu terjumpa juga jurang besar di bawah tanah. Kerana besarnya, semua alat penggalian itu terperosok ke dalam. Jurang itu dipenuhi dengan gas bumi yang beracun. Belum ada keterangan resmi Soviet Union masa itu, mengenai jumlah korban akibat terkena gas beracun. Namun ahli geologi terus lari menyingkir dan semua peralatan yang terperosok itu ditinggalkan.

Untuk menghindari gas beracun yang terlanjur terbuka ke langit bumi itu tersebar, para ahli memutuskan untuk membakarnya. Tempatnya, di dekat kota kecil bernama Davaz. Sejak 1975 lagi lobang raksasa itu menyemburkan api seperti gunung berapi dan masih tetap menyala hingga kini walau sudah 35 tahun berlalu. Masyarakat sekitar tidak ada yang berani mendekat, kerana pengaruh medan panas hingga beberapa ratus meter.

Hingga dinamakan 'pintu neraka'. Sampai sekarang belum ada penjelasan apakah 'pintu neraka' itu ukurannya makin lebar atau tetap stabil kerana gas yang keluar dari perut bumi itu langsung terbakar. Walau kena hujan pun, apinya tidak akan mati. Lubang api raksasa itu memang jelas nampak dari jauh. Berada di daratan tandus yang luas. Bila malam, nampak semakin jelas dengan sorotan cahaya kekuningan, bersumber dari 'pintu neraka' itu.

Mirip dengan Lumpur Lapindo, yang terus mengeluarkan lumpur panas gara-gara pengeboran yang dinilai gagal sehingga menyembur ke permukaan bumi. Hingga kini juga belum ada ahli geologi yang mampu menghentikan semburan lumpur panas lapindo. Yang dapat dilakukan hanya membatasi agar area efek lumpur panas itu supaya tidak terus melebar. (Sumber Kompas dll/AK)

Lihat sebelum ini...

MAIS: Apa kata Pengerusi DAP S'ngor.

SHAH ALAM, 28 Ogos 10: Pengerusi DAP Selangor Ean Yong Hian Wah menggesa Majlis Agama Islam Selangor (Mais) supaya membuat siasatan terperinci sebelum mengambil tindakan kepada mana-mana pihak. Laporan Harakahdaily hari ini.

Beliau merujuk tindakan serta merta Mais berhubung insiden Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching yang memasuki dan berucap di Surau Al-Huda dua hari lalu. Menurutnya, beliau tidak mahu isu tersebut dipermainkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab seperti Utusan Malaysia, UMNO dan Perkasa sebagai satu isu politik dan perkauman untuk merosakan keharmonian masyarakat kita.
Add Image
"Saya juga berasa kesal atas tindakan Mais yang mengeluarkan amaran kepada YB Teo Nie Ching, Ahli Parlimen Serdang dan mengantung Jawatankuasa Surau Al-Huda dengan serta-merta kerana Teo telah berucap di surau tersebut dua hari yang lalu.

"Saya dimaklumkan oleh Teo bahawa beliau telah memberi sumbangan sebanyak RM 1000 kepada Jawatankuasa Surau dan dijemput untuk menyampaikan sepatah dua kata," katanya.

Menurutnya, Teo hanya menerangkan maklumat tentang skim pinjaman pengajian tinggi Negeri Selangor kepada umat Islam yang hadir dan langsung tidak menyentuh apa-apa isu politik dalam ucapan ringkas tersebut.

"Beliau melawat ke surau tersebut dengan hati yang penuh ikhlas sempena bulan Ramadhan yang suci."

"Sebagai seorang wakil rakyat yang bertanggungjawab, beliau perlu membantu semua lapisan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama," katanya.

Sementara itu, Bernama melaporkan di Shah Alam semalam, Majlis Agama Islam Selangor (Mais) akan menghantar surat amaran kepada Ahli Parlimen Serdang dari DAP, Teo Nie Ching yang dilaporkan menyampaikan ceramah di ruang solat Surau Al-Huda di Kajang Sentral pada Ahad lepas.

Pengerusi Mais Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa dalam satu kenyataan media di sini hari ini berkata tindakan Teo itu menyebabkan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah murka dan berdukacita.

Beliau berkata baginda telah mengarahkan Mais supaya mengambil tindakan segera dan tegas terhadap pengurusan surau terbabit.

“Mais sudah memanggil pengurusan surau berkenaan semalam untuk menjelaskan isu itu. Selepas meneliti penjelasan daripada pihak terbabit, Mais mendapati bahawa ucapan Ahli Parlimen itu di dalam dewan solat surau berlaku seperti yang dilaporkan,” katanya.

Media hari ini menyiarkan laporan sebuah laman blog yang mendakwa Teo memasuki ruang solat Surau Al-Huda dalam satu majlis penyampaian bantuan kepada ahli-ahli PAS, Ahad lepas.

Laman blog itu turut menyiarkan gambar wakil rakyat terbabit dalam keadaan tidak bertudung dan hanya memakai kebaya pendek sambil berdiri di bahagian imam ruang solat surau berkenaan.

Mohamad Adzib berkata Mais memandang serius isu terbabit memandangkan ia adalah kes kedua seumpamanya membabitkan ahli politik dan orang bukan Islam memberikan ucapan di dalam masjid atau surau di Selangor.

Pada Ogos tahun lepas, Anggota Exco Kerajaan Selangor Dr Xavier Jayakumar berucap dalam satu majlis berbuka puasa di dewan utama Masjid Taman Sri Andalas, Klang sehingga menimbulkan perasaan kurang senang di kalangan penganut beragama Islam.

Sehubungan itu, Mohamad Adzib berkata Mais membuat keputusan untuk mengambil alih pengurusan dan pentadbiran surau terbabit serta merta kerana insiden itu jelas bertentangan dengan titah Sultan.

“Mais juga mengingatkan mana-mana wakil rakyat bukan Islam untuk tidak mengulangi perbuatan yang sama serta menggesa supaya semua pihak termasuk parti politik agar lebih sensitif dengan perasaan umat Islam selain hendaklah menjunjung titah perintah Sultan Selangor bagi menjaga kesucian institusi masjid dan surau di Selangor,” katanya. — Bernama

Menurut Malaysiakini, Sultan Selangor amat murka dan dukacita terhadap tindakan sebuah surau di Kajang yang membenarkan ahli parlimen Serdang Teo Nie Ching memberikan 'tazkirah' di situ Ahad lalu, kata pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais).

Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa berkata, setelah memanggil pihak pengurusan surau itu memberikan penjelasan pada hari ini, Mais mendapati bahawa ucapan oleh Teo di dalam dewan solat di Surau Al-Huda, Kajang Sentral berlaku seperti dilaporkan.

Ada kaitan...

Lebih 50 Tahun R/M'sia Berfikiran Perkauman -Dr Mujahid


KL 27 Ogos 10: Penubuhan Kelab Penyokong PAS (KPP), dan kemudiaannya dinaik taraf sebagai Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), bukan sekadar meraih sokongan politik semata-mata, kata Dr. Mujahid Yusof.

Menurut beliau yang juga pengerusi lembaga penasihat DHPP, penubuhan itu bagi membuktikan PAS benar-benar mengamalkan perinsip Islam iaitu menolak perkauman.

"Kita tubuhkan ini bukan untuk meraih sokongan politik, ianya sesuai dengan ideologi PAS itu sendiri sebagai sebuah parti Islam, bukan parti perkauman, melangkaui rasis.

"Kita juga mahu tunjukkan PAS bukan hanya retorik dan bercakap sahaja, tapi kita buat," katanya yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar.

Beliau berkata demikian ketika ditemubual oleh sebuah tv web, Popteevee dalam rancangan "The Fairly Current Show". Menurutnya lagi, rakyat Malaysia sudah lebih 50 tahun ditanam dengan pemikiran perkauman.

Maka menurutnya, sudah sampai masanya untuk PAS mengambil tanggungjawab melakukan perubahan memecahkan kubu perkauman tersebut. "Pada tahun 2007, saya pergi ke setiap negeri setiap malam untuk menubuhkan Kelab Penyokong PAS," katanya menceritakan kembali sejarah awal penubuhan KPP.

Temubual penuh beliau dalam rancangan itu boleh dilihat melalui pautan http://popteevee.popfolio.my/default.aspx?c=1

Penyertaan bukan Melayu dalam PAS sejak sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 pada 2008 lalu dilihat banyak memberi perubahan kepada landskap politik parti itu dan juga landskap politik negara. Tsunami politik pada PRU-12 lalu juga dilihat disumbang faktor sokongan bukan Melayu kepada PAS.

Mei lalu, PAS terus memperkukuhkan kedudukannya apabila mengiktiraf kelab penyokong menjadi DHPP yang kini setaraf dengan Dewan Pemuda, Dewan Ulama dan Dewan Muslimat.
Sehingga kini mereka mempunyai lebih 20,000 penyokong bukan Melayu dan bukan Islam dalam parti itu. (AK)

Thursday, August 26, 2010

Setelah Iran, Indonesia Rancang Kapal Selam. Malaysia?

Thursday, 26 August 2010: Setelah merasa mapan dalam industri pertahanan untuk matra darat, Indonesia pun merancang industri pertahanan bagi matra laut.

Meski belum resmi diluncurkan, Menteri Pertahanan Purnomo Yusgiantoro sebagaimana dikutip Kompas.com mengungkapkan, Indonesia akan membangun kapal selam sendiri. Terlebih setelah PT PAL Surabaya mengembangkan kapal perang jenis fregat kelas La Fayette.

"Kami sebenarnya cukup bisa membangun sendiri industri pertahanan untuk Angkatan Laut. Sekarang Indonesia sudah membangun kapal perang modern sejenis fregat kelas La Fayette seperti yang dimiliki Singapura dan akan selesai dalam waktu empat tahun oleh PT PAL," ujar Purnomo di sela-sela seminar "Pertahanan Nasional Indonesia dalam Perspektif Sosial-Budaya" di Gedung Widya Graha LIPI, Jakarta, Rabu (25/8/2010).

Menurut Purnomo, keberhasilan membangun kapal perang modern membuat pemerintah cukup percaya diri memperkuat industri pertahanan untuk Angkatan Laut. "Saya katakan bisa enggak dalam waktu dekat ini kita membangun kapal selam. Kita, kan, punya dok yang cukup untuk membangunnya di Surabaya," ujarnya.

Industri pertahanan dalam negeri, lanjut Purnomo, sudah cukup membanggakan, terutama untuk matra darat. Keberhasilan PT Pindad membuat panser dan senapan serbu SS1 dan SS2 merupakan salah satu contoh. Panser buatan Pindad kini sudah diekspor ke negara-negara ASEAN.

Pengamat militer Salim Said mengungkapkan, Indonesia memiliki kemampuan untuk membangun industri Angkatan Laut sendiri. Menurut dia, sebenarnya sudah sejak dulu Indonesia dapat membuat kapal perang, termasuk kapal selam, sendiri.

Salim mengatakan, pembangunan industri pertahanan TNI Angkatan Laut sudah sangat mendesak. Beberapa insiden di perbatasan laut Indonesia-Malaysia harus menjadi pelajaran, betapa mendesaknya Indonesia memperkuat industri pertahanan bagi matra laut.

Sebelum ini, Iran menyatakan mandiri di bidang teknologi kapal selam. Empat kapal selam modern Ghadir produksi Perindustrian Maritim Kementerian Pertahanan Iran, Ahad siang (8/8) secara resmi bergabung dengan armada Angkatan Laut Iran.

Kantor Penerangan Kementerian Pertahanan Iran menyatakan bahwa acara pengoperasian empat kapal selam tersebut dihadiri oleh Menteri Pertahanan dan Dukungan Logistik Angkatan Bersenjata Iran, Ahmad Vahidi, dan juga panglima Angkatan Laut Iran, Laksamana Madya Habibullah Sayari.

Kapal selam Ghadir sepenuhnya produk dalam negeri dan termasuk tipe kapal selam ringan yang memiliki kemampuan manuver khusus. Ghadir didesain khusus untuk laut dangkal di Teluk Persia sehingga membuat kapal selam ini gesit bermanuver.

Panglima Angkatan Laut Republik Islam Iran, Habibullah Sayyari menyebut pembuatan kapal selam oleh para ilmuan Iran dalam waktu singkat sebagai sebuah kebanggan bagi bangsa ini.

Habibullah Sayyari, Senin (9/8) kepada televisi Iran, menjelaskan teknologi pembuatan kapal selam yang hanya dimiliki oleh beberapa negara. Dikatakannya, seluruh fase pembuatan kapal selam itu sepenuhnya dilakukan di Iran dan kemampuan itu dicapai berkat usaha dan kreatifitas ilmuan lokal.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Malaysia dikatakan pernah merancang semasa di zaman pemerintahan Dr Mahathir dulu dengan pemimpin Sabah, sebelum Indonesia lagi. Bagaimana sekarang?

(Kompas/IRIB/Dll/AR)

Wednesday, August 25, 2010

Kakitangan k'jaan dapat duit raya RM500

Lebih 1.24 juta petugas awam dan 590,000 pesara kerajaan mendapat durian runtuh apabila kerajaan hari ini mengumumkan akan membayar bantuan khas kewangan sebanyak RM500.

Dalam satu kenyataan hari ini, perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata bayaran itu adalah untuk petugas dalam Gred 1 hingga 54 dan pesara kerajaan. Ia akan dibuat sebelum 1 Syawal.

"Keputusan ini diambil selepas mengambil kira kebajikan kakitangan awam dan pesara Kerajaan terutamanya bagi meringankan beban kos persediaan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri," kata Najib yang juga Menteri Kewangan.

Menurut beliau bayaran itu membabitkan perbelanjaan sebanyak RM934.6 juta iaitu RM639.6 juta bagi petugas awam dan RM295 juta bagi pesara.

Cuepacs harap bonus lebih tinggi

Dalam reaksi spontan, kongres kesatuan pekerja-pekerja dalam perkhidmatan awam (Cuepacs) dan persatuan pesara kerajaan berterima kasih kepada kerajaan atas pemberian bantuan khas kewangan RM500 seperti yang diumumkan hari ini.

Presiden Cuepacs, Omar Osman, berkata pemberian bantuan khas kewangan bagi Gred 1 hingga 54 dan pesara kerajaan itu akan meringankan beban mereka ketika menyambut Aidilfitri bulan depan.

"Kami berterima kasih kepada kerajaan atas pemberian itu, ini sebagai bantuan sumbangan perayaan yang bakal menjelang. Kami sebelum ini memohon bonus sekurang-kurang RM1,000 atau dua bulan gaji kepada semua penjawat awam," kata ketika dihubungi.

Beliau juga berharap kerajaan akan mempertimbangkan bonus yang lebih tinggi pada pembentangan Bajet 2011 pada 15 Oktober ini.

-Bernama

Pengundi Baru: Tahniah DAP & UMNO.. Baru PAS

Tahniah Abdul Fatah Harun..

KL 25 Ogos 10:
Blog Ibnu Hasyim mengucapkan tahniah kepada parti politik, DAP paling ramai mendaftar pemilih baru iaitu 55,321, diikuti Umno (54, 872 dan PAS (38,631).

Juga tahniah kepada PAS Kelantan antara paling tinggi berjaya menarik pengundi baru di negeri itu mendaftar sebagai pemilih berbanding di negeri Pakatan Rakyat yang lain. Dalam rekod senarai pemilih didaftar Penolong Pendaftar dari Januari hingga Jun 2010, bagi parti-parti utama di Semenanjung, PAS Kelantan merekodkan sejumlah 15,853 pendaftaran pemilih baru yang majoritinya adalah Melayu.

Berbanding di Terengganu, PAS negeri itu berjaya mendaftarkan 4,291 pengundi baru manakala di Kedah (6,583) dan di Selangor (4,516). Jika dilihat dari sudut keberjayaan dan kesungguhan menarik pengundi baru mendaftar sebagai pemilih, maka tidak hairanlah kenapa PAS Kelantan mampu mengekalkan kuasa mereka lebih dari 20 tahun.

Menurut Pengarah Pilihan Raya PAS Negeri Kelantan, Datuk Abdul Fatah Harun (gambar bawah), PAS negeri itu mempunyai strategi tersendiri dalam usaha menarik pengundi baru mendaftar.

"Daftar pemilih satu kerja yang orang yang kata kalau tak gigih tak boleh buat, kalau tak bersemangat betul tak boleh buat dan kita ada strategi sendiri yang tak boleh didedahkan," katanya.

Menurutnya lagi, kejayaan tersebut juga didorong kesungguhan setiap ahli PAS negeri itu yang bergerak mencari pemilih baru boleh dikatakan hampir setiap hari.

"Daftar pemilih ini memang kita buat dari semasa ke semasa, setiap hari.

"Semua terlibat, setiap ahli terlibat dengan daftar pemilih ini sebab kalau mak ayah dia kuat PAS sekalipun, tapi anak tak mendaftar sebagai pemilih, tak guna juga," tambahnya lagi.

Selain itu menurutnya, ianya juga sebagai bukti kesungguhan PAS Kelantan merealisasikan harapan menuju Putrajaya seperti yang disasarkan Pakatan Rakyat. Harapan tanpa perancangan dan gerak kerja dari akr umbi katanya hanya akan menjadi angan-angan kosong.

"Kalau kita buat kerja untuk menuju Putrajaya, insya Allah ia akan berjaya.

"Tapi kalau setakat bercakap sahaja, tapi tinggalkan kerja-kerja lain, maka harapan untuk melangkah ke Putrajaya itu hanya angan-angan sahaja.

"Syarat-syarat untuk menawan Putrajaya itu semua orang sudah tahu cuma tinggal fasa gerak kerja sahaja," katanya.

PAS Kelantan di bawah pemerintahan Menteri Besar, Tuan Guru datuk Nik Abdul Aziz selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-11 pada 2004 lalu, pernah memerintah negeri itu dengan lebihan hanya satu kerusi.

Bagaimanapun pada PRU ke-12 Mac 2008 lalu, tsunami politik yang melanda negara telah mengukuhkan kembali penguasaan PAS negeri itu dengan memenangi 38 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) berbanding hanya enam kerusi diperolehi Barisan Nasional.

Pada pilihan raya itu juga Parti Keadilan Rakyat (PKR) menang satu kerusi Dun. Manakala di Terengganu pula, Pengarah Pilihan Raya PAS negeri, Arifin Deraman mensasarkan jumlah 15 ribu pemilih baru akan didaftarkan.

"Dalam masa enam bulan ini kita daftar seramai 4200 lebih dan kita jangka hingga hujung tahun antara Julai hingga Disember kita jangka seramai 10 ribu. Maksudnya kita nak sampai 15 ribu dalam tempoh setahun," katanya.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan, antara masalah yang dihadapi mereka dalam enam bulan pertama ini adalah terpaksa berdepan dengan Umno negeri itu. Ramai anak muda negeri itu jelasnya, memilih untuk mendaftar pemilih dengan Umno kerana diberi habuan berupa wang ringgit.

"Cuma saya tak nafikan satu halangan yang mungkin tak berlaku di negeri-negeri lain, yang berdaftar dengan Umno diberi duit. Sebab itu ramai anak orang PAS berdaftar dengan Umno dan itu yang menyebabkan peratus jadi rendah," jelasnya lagi.

Tahniah lagi kepada DAP yang mencatatkan rekod paling tinggi sehingga Jun tahun ini apabila berjaya mendaftar 20,274 pemilih baru di negeri Pulau Pinang yang dikuasai mereka.

"Saya juga tertanya-tanya, bagaimana PAS Kedah dan Terengganu yang sedang dan pernah memerintah negeri? Mana suara berdegar-degar pemuda PAS Pusat hari itu yang janji nak buat sungguh-sungguh itu?" tanya wakil Blog Ibnu Hasyim. "Maaf.. cuma cuit-cuit sayang.." (Sumber Harakahdaily/AK)

Lihat sebelum ini..

Serangan Israel Ke Gaza Difilemkan, Contoh Bagi M'sia?

HALAMAN HIBURAN

FILEM pertama yang dibuat tentang nasib rakyat Palestin setelah serangan Israel pada Disember 2008 hingga Januari 2009 di Jalur Gaza, akan diterbitkan oleh Iran, adalah suatu contoh terbaik bagi pengeluar-pengeluar filem Malaysia dalam usaha meninggikan mutu dam penyebaran filem. Bahkan bisa ditonjolkan 'kemalaysiaan dan keIslaman' naik ke persada antarabangsa. Menurut pandangan Blog Ibnu Hasyim.

Usahawan perfiliman Malaysia boleh kaji dan lihat filem berjudul 'Philadelphi' ini. Filem yang diset di dalam sebuah terowongan di bawah perbatasan persimpangan Rafah, merupakan satu-satunya terminal perlintasan yang tidak dikuasai Israel. Rakyat Palestin yang tinggal di Gaza menggunakan terowongan bawah tanah, yang menghubungkan wilayah selatan Gaza yang miskin ke Mesir, untuk membawa perlengkapan dasar seperti makanan, ubat-ubatan dan bahan bakar.

Berckap kepada pejabat berita Fars pada hari Selasa semalam, Produser filem Ezatollah Jamei-Nadoshen mengatakan shooting filem Philadelphi yang merupakan projek bersama oleh dua pembuat filem Iran Esmail Rahimzadeh dan Mojtaba Asadipour akan mulai dengan akhir bulan Ogos.

Filem ini akan ditayangkan pada festival filem tahunan Fajr International di Teheran pada bulan Februari 2011. Jamei-Nadoshen menyatakan harapan bahawa produksi fielm ini akan berubah menjadi sebuah filem yang 'menarik perhatian', penonton dan kritikus.

"Ini akan menjadi filem pertama yang pernah dibuat tentang pengepungan Gaza dan Perang di Gaza," katanya.

"Naskah ditulis berikut enam bulan penelitian terkait serangan Israel dan pengepungan terhadap Gaza," kata Rahimzadeh.

"Filem ini menggambarkan usaha sekelompok warga Palestin untuk membawa makanan ke Gaza dari Mesir melalui terowongan bawah tanah," tambah pembuat filem tersebut.

Israel melancarkan serangan total melalui laut, udara dan darat di Jalur Gaza pada 27 Disember 2008 dan terus menggempur wilayah itu sampai bulan18 Januari 2009. Lebih dari 1,400 warga Palestin tewas dan ribuan lainnya mengalami luka-luka dalam serangan itu, yang juga menyebabkan kerosakan berat pada infrastruktur Gaza.(Sumber Era Muslim/AK)

Sebelum ini...

Iblis: Aku Menang, Jika kuasai 3 Hal


Tajuk Asal: Kemenangan Iblis

SYEIKH Dhirar bin Murrah, seorang ulama sufi kenamaan yang hidup di Kufah (Irak), wafat pada 132 Hijriyah pernah berkata bahwa Iblis mengatakan, ”Jika saya mampu mengusai Bani Adam dalam tiga hal, berarti keinginanku telah tercapai dan saya telah menang, yaitu: 1. Jika lupa akan dosanya; 2. Jika merasa cukup akan amalnya; 3. Jika kagum dan bangga akan pendapatnya (merasa pintar).

Sebenarnya ketiga hal (penyakit) pancingan Iblis yang dikhawatirkan Syeikh Dhirar merupakan penjelmaan dari inti ajaran Agama yang banyak ayat dan hadits Nabi SAW secara mantuq dan mafhum yang meminta untuk menjauhkan hal-hal tersebut. Penyakit lupa akan dosa, intinya adalah agar manusia senantiasa ingat dan beristighfar kepada Allah SWT, karena semua manusia tak luput dari dosa.

Ingat dosa, istighfar dan bertaubat adalah sarana untuk menyambut ke depan yang lebih baik dengan penuh asa. Jika manusia lupa akan dosa akan mudah tertutup hatinya karena tidak merasa butuh kepada ampunan Allah, maka rasa keangkuhan akan timbul, pada gilirannya keagungan dan kebesaran Tuhan sudah tidak tampak lagi dihadapannya, karena Allah menghilangkan bukti kebesaran dan keagunganNya dari para mutakabbirin, firman Allah SWT, ”Aku akan memalingkan tanda-tanda kekuasaan-Ku dari orang-orang yang menyombongkan diri (mutakabbir) di muka bumi tanpa alasan yang benar”(QS.7/146).

Manusia seperti ini tidak lagi merasa bersalah jika melakukan maksiat atau dosa, parahnya lagi sudah tidak sungkan untuk terang-terangan dalam maksiat atau mujaharah. Perbuatan dosa yang Mujaharah ini yang sulit diampunkan oleh Maha Pengampun, karena sudah tidak takut dan malu lagi terhadap Allah SWT dan tidak malu pula terhadap manusia. Tidak berpuasa secara terang-terangan, minum-minum keras di depan khalayak, berselingkuh, baca: berzina direkam, sehingga teredarkan.

Orang yang berbuat dosa tapi sembunyi hanya Allah SWT yang tahu, lebih baik ketimbang manusia yang berbuat dosa tapi terang-terangan. Pada saat Allah SWT menutup rahasia dosa manusia agar manusia tersebut suatu ketika bertaubat kepadaNya, sayangnya manusia sendiri mendeklarasikan, bahkan menceritakan dan bangga dengan dosanya! Bagaimana manusia lain dapat menutup aib saudara yang mujaharah, kalau dia sendiri yang menyebarkannya?

Musibah lain yang merupakan penyakit bani Adam yaitu merasa cukup dengan amal (cukup dengan apa yang diketengahkan). Apa yang telah dikerjakan seakan sudah sempurna, sehingga tidak mau mengoreksi dan mengembangkan ke arah lebih baik lagi. Tak pernah bertanya sudah cukupkah amal saya? sudah betulkah ibadahnya, akibatnya tidak mau balajar qiraat al-Qur’an karena sudah merasa betul bacaannya, juga tidak mau belajar hukum taharah, wudhu, salat secara benar karena sudah merasa cukup benar, dan tidak mau pula meningkatkan kerja yang bermanfaat.

Penyakit merasa cukup harus segera ditanggalkan, sebaliknya, harus terus menyempurnakan dan mengembangkan ke arah yang lebih baik lagi, yang dituntut merasa cukup dan qana’ah hanyalah terhadap karunia yang diberikan Allah SWT (rizki) agar jangan menjadi tamak, tentunya setelah berusaha maksimal dan tawakkal! Penyakit lain yang manusia lengah yaitu merasa pintar dan selalu bangga dengan pendapatnya.

Akibatnya, tidak mau lagi mendengar nasihat orang lain dan tidak merasa perlu untuk bermusyawarah kepada orang yang pantas untuk diajak musyawarah. Selalu merasa pendapatnyalah yang paling benar, padahal belum tentu demikian, kalau Nabi SAW saja diminta bermusyawarah kepada para sahabatnya, apalah artinya manusia biasa, tentunya lebih diminta untuk menghormati dan mendengar pendapat orang lain, dengan harapan semoga keputusan yang diadopsi dan diterapkan akan lebih dekat kepada kebenaran.

Semoga kita semua terhindar dari ketiga penyakit yang dikhawatirkan Syeikh Dhirar, yang digambarkan sebagai kemenangan Iblis tersebut!

Kemenangan Iblis

Syeikh Dhirar bin Murrah, seorang ulama sufi kenamaan yang hidup di Kufah (Irak), wafat pada 132 Hijriyah pernah berkata bahwa Iblis mengatakan, ”Jika saya mampu mengusai Bani Adam dalam tiga hal, berarti keinginanku telah tercapai dan saya telah menang, yaitu: 1. Jika lupa akan dosanya; 2. Jika merasa cukup akan amalnya; 3. Jika kagum dan bangga akan pendapatnya (merasa pintar).

Sebenarnya ketiga hal (penyakit) pancingan Iblis yang dikhawatirkan Syeikh Dhirar merupakan penjelmaan dari inti ajaran Agama yang banyak ayat dan hadits Nabi SAW secara mantuq dan mafhum yang meminta untuk menjauhkan hal-hal tersebut. Penyakit lupa akan dosa, intinya adalah agar manusia senantiasa ingat dan beristighfar kepada Allah SWT, karena semua manusia tak luput dari dosa.

Ingat dosa, istighfar dan bertaubat adalah sarana untuk menyambut ke depan yang lebih baik dengan penuh asa. Jika manusia lupa akan dosa akan mudah tertutup hatinya karena tidak merasa butuh kepada ampunan Allah dus rasa keangkuhan akan timbul, pada gilirannya keagungan dan kebesaran Tuhan sudah tidak tampak lagi dihadapannya, karena Allah menghilangkan bukti kebesaran dan keagunganNya dari para mutakabbirin, firman Allah SWT, ”Aku akan memalingkan tanda-tanda kekuasaan-Ku dari orang-orang yang menyombongkan diri (mutakabbir) di muka bumi tanpa alasan yang benar”(QS.7/146).

Manusia seperti ini tidak lagi merasa bersalah jika melakukan maksiat atau dosa, parahnya lagi sudah tidak sungkan untuk terang-terangan dalam maksiat atau mujaharah. Perbuatan dosa yang Mujaharah ini yang sulit diampunkan oleh Maha Pengampun, karena sudah tidak takut dan malu lagi terhadap Allah SWT dan tidak malu pula terhadap manusia.

Tidak berpuasa secara terang-terangan, minum-minum keras di depan khalayak, berselingkuh, baca: berzina direkam, sehingga teredarkan. Orang yang berbut dosa tapi sembunyi hanya Allah SWT yang tahu, lebih baik ketimbang manusia yang berbuat dosa tapi terang-terangan. Pada saat Allah SWT menutup rahasia dosa manusia agar manusia tersebut suatu ketika bertaubat kepadaNya, sayangnya manusia sendiri mendeklarasikan, bahkan menceritakan dan bangga dengan dosanya! Bagaimana manusia lain dapat menutup aib saudara yang mujaharah, kalau dia sendiri yang menyebarkannya? Musibah lain yang merupakan penyakit bani Adam yaitu merasa cukup dengan amal (cukup dengan apa yang diketengahkan). Apa yang telah dikerjakan seakan sudah sempurna, sehingga tidak mau mengoreksi dan mengembangkan ke arah lebih baik lagi.

Tak pernah bertanya sudah cukupkah amal saya? sudah betulkah ibadahnya, akibatnya tidak mau balajar qiraat al-Qur’an karena sudah merasa betul bacaannya, juga tidak mau belajar hokum taharah, wudhu, salat secara benar karena sudah merasa cukup benar, dan tidak mau pula meningkatkan kerja yang bermanfaat. Penyakit merasa cukup harus segera ditanggalkan, sebaliknya, harus terus menyempurnakan dan mengembangkan ke arah yang lebih baik lagi, yang dituntut merasa cukup dan qana’ah hanyalah terhadap karunia yang diberikan Allah SWT (rizki) agar jangan menjadi tamak, tentunya setelah berusaha maksimal dan tawakkal! Penyakit lain yang manusia lengah yaitu merasa pintar dan selalu bangga dengan pendapatnya. Akibatnya, tidak mau lagi mendengar nasihat orang lain dan tidak merasa perlu untuk bermusyawarah kepada orang yang pantas untuk diajak musyawarah.

Selalu merasa pendapatnyalah yang paling benar, padahal belum tentu demikian, kalau Nabi SAW saja diminta bermusyawarah kepada para sahabatnya, apalah artinya manusia biasa, tentunya lebih diminta untuk menghormati dan mendengar pendapat orang lain, dengan harapan semoga keputusan yang diadopsi dan diterapkan akan lebih dekat kepada kebenaran.

Semoga kita semua terhindar dari ketiga penyakit yang dikhawatirkan Syeikh Dhirar, yang digambarkan sebagai kemenangan Iblis tersebut!

Oleh: Amiruddin Thamrin MA,
amiruddinthamrin@yahoo.com
Tinggal di Damaskus-Suriah

Sila lihat sebelum ini...

Tuesday, August 24, 2010

Rumah Perhentian Sementara S'ngor Sama P/Anak Haram Melaka?

SHAH ALAM, 24 Ogos: Kerajaan Selangor akan menubuhkan Rumah Perhentian Sementara bagi melindungi bayi yang dibuang dan ditinggalkan oleh ibu bapa atau pihak lain yang tidak bertanggungjawab.

Anak syarikat kerajaan negeri Selangor, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) telah bersetuju untuk menyediakan rumah tersebut sebagai salah satu tanggungjawab sosial kepada masyarakat.

Rumah Perhentian Sementara ini akan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan peralatan untuk penjagaan bayi dan Kerajaan Negeri berharap rumah ini dapat menolong mengurangkan kejadian bayi-bayi ini ditinggalkan di merata tempat,"

Menteri Besar Tan Sri Dato Seri Abdul Khalid Ibrahim berkata langkah menyediakan rumah ini tidak bermakna Kerajaan Selangor menggalakkan maksiat atau mendorong kepada kes buang bayi sebaliknya sebagai langkah segera untuk menyelamatkan bayi yang ditinggalkan.

"Dengan adanya Rumah Perhentian Sementara ini ia akan dapat menjamin keselamatan bayi ini dan memudahkan tindakan susulan diambil oleh pihak berkuasa," katanya.

Menteri Besar juga berkata Rumah Perhentian Sementara ini akan diuruskan oleh Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis) yang diterajui oleh isteri beliau Puan Sri Salbiah Tunut.

Selain itu, satu talian bebas tol (tol free) akan diwujudkan untuk membolehkan orang ramai mendapatkan nasihat, maklumat dan perkhidmatan yang ditawarkan.

Pelajar-pelajar Kursus Kejururawatan Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) akan membantu Pekawanis menguruskan rumah ini selain kerja sama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang lain.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Sama taraf dengan pusat anak haram di Melaka, selagi tidak dibetulkan asas dan matlamat Islamnya.

Lihat Sebelum ini..

Latih Polis Afghan Pakai Senapang Kayu


Afghan berlatih pakai senapang kayu.

London, IRIB News: Pasukan Pakta Pertahanan Atlantik Utara (NATO) begitu bimbang atas kemarahan rakyat Afghanistan sehingga pada proses pelatihan pegawai polis negara ini pun, NATO melarang penggunaan senjata real. NATO mengemukakan beberapa dalih antara lain tidak ada senjata dan tidak adanya pengalaman memegang senjata.

Berita ini dipublikasikan oleh akhbar Daily Mail terbitan London. Ini membuktikan tidak adanya kepercayaan timbal balik mereka kepada rakyat Afghanistan sehingga untuk melatih personil polis pun NATO menggunakan senapang kayu.

Menurut laporan akhbar tersebut, para tenaga pelatih dari Pasukan Bantuan Keamanan Internasional (ISAF) menyatakan, hal ini demi menjaga keselamatan para peserta latihan agar mereka tidak melukai diri sendiri. Sebahagian dari peserta sebelumnya sudah mengenal dan mengetahui bagaimana cara menggunakan senjata, namun pasukan ISAF tidak dapat mempercayai mereka.

Sumber dari ISAF mengatakan keputusan tersebut diambil setelah terjadi banyak kemalangan salah tembak oleh para peserta training. Sebahagian besarnya adalah kaki tertembak atau ketidaksengajaan tembak saat membersihkan senapang.

Keputusan tersebut sangat aneh mengingat umumnya, dalam program latihan personil militer atau polis, peserta pelatihan menggunakan senjata dan senapang asli namun tanpa peluru.

Jurubicara NATO dalam hal ini mengatakan, "Latihan personil polis tersebut juga akan menggunakan senapang dari plastik. Kekurangan senjata merupakan salah satu di antara kendala yang di hadapi."

Berdasarkan data yang dirilis oleh Kementerian Pertahanan Inggeris, sejak dimulai perang di Afghanistan tercatat sebanyak 3,857 personil polis negara ini terkorban. (IRIB/AK)

Husam Menang Saman.. Dan Saman Lagi.

Datuk Husam, saman lagi, jangan bagi can...

KOTA BHARU, 24 Ogos 10: Bekas anggota parlimen (MP) Tanah Merah, Datuk Ir Shaari Hassan hari ini diarah mahkamah membayar ganti rugi kepada anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa ekoran kes saman fitnah.

Penyelesaian kes saman fitnah tersebut dicapai di luar mahkamah dan telah direkod Hakim Mahkamah Tinggi Kota Bharu, Ahmad Zaidi Ibrahim. Kes saman tersebut difail Husam pada 23 Febuari 2008 ekoran Shaari mengeluarkan kenyataan yang dianggap memfitnahnya pada satu ceramah. Pada ceramah yang diadakan di Masjid Padang Lalang, Tanah Merah pada 25 Disember 2007 Shaari menyebut Husam seorang yang hanya bertopengkan PAS.

Selain itu disebut juga anggota Exco terbabit adalah manusia yang terkaya di Kelantan kerana mempunyai wang sebanyak RM30 juta yang mana wang tersebut diberi oleh tauke-tauke balak. Berikutan fitnah tersebut Husam telah memohon defendan memohon maaf dan menuntut sejumlah ganti rugi dibayar terhadapnya.

Husam ketika bercakap kepada pemberita bagaimana pun enggan menjelaskan jumlah ganti rugi yang perlu dibayar bekas anggota parlimen dari Barisan Nasional (BN) terbabit.

“Cukup sekadar saya katakan jumlah gantinya puas hati bagi pihak saya. Saya berharap kes ini menjadi sebagai satu pengajaran.

“Kita perlu juga menjaga air muka orang lain jangan mengaibkan seseorang di hadapan orang ramai,” katanya di pejabatnya di Kota Darulnaim.

Pada kes tersebut Husam diwakili peguam Hisyam Fauzi, manakala Shaari Azmi Abdullah. Husam juga memberitahu terdapat lapan lagi kes saman yang dikemukanya terhadap beberapa pihak termasuk dua kes terhadap Utusan Malaysia dan dua (The New Strait Times). Menurutnya saman terhadap Utusan Malaysia dibuat ekoran penerbitan berita mendakwa beliau meletak jawatan seperti disiar akhbar terbabit pada 21 November 2009.

Sementara itu dalam kes yang lain, iaitu tuntutan royalti petroleum megeri Kelantan, Datuk Husam Musa berkata, kerajaan negeri dijangka memfailkan saman terhadap Petronas kerana pecah kontrak pada 30 Ogos ini di sebuah mahkamah di Kuala Lumpur.

“Esok writ tuntutan saman itu akan dibawa kepada mesyuarat Exco kerajaan negeri untuk mendapat kelulusan.

”Dan sekiranya mendapat kelulusan, saman itu akan difailkan terhadap Petronas pada 30 Ogos ini. Seorang peguam terkenal Thomy Thomas akan memfail bagi pihak kerajaan negeri,” katanya tanpa memberitahu mahkamah mana di Kuala Lumpur.

Menurutnya saman tersebut pada peringkat awal dijangka difail pada 31 Ogos dengan kira semangat kemerdekaan.,Bagaimanapun, kata beliau tarikh tersebut merupakan hari cuti, maka tarikh 30 Ogos lebih sesuai dengan semangat kemerdekaan sekarang.

Kata beliau kes saman terbabit berbeza dengan apa yang dilakukan kerajaan PAS Terengganu pada 2000, memandangkan ada afidavit bertulis daripada bekas pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah yang sanggup menjadi saksi utama.

”Biar pun kes tuntutan royalti dibawa ke mahkamah namun perundingan masih terbuka bagi menyelesaikan isu tersebut.

”Dengan mengambil semangat Ramadan sekarang adalah peluang terbaik bagi pihak terbabit untuk membayar royalti kepada Kelantan,” ujarnya yang juga Exco Kerajaan Negeri.

Kerajaan Kelantan menuntut royalti minyak kepada Petronas dan kerajaan pusat berdasar kepada Akta Kemajuan Petroleum 1974 setelah carigali minyak dilakukan di kawasan perairannya. Ditanya surat Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada Perdana Menteri, katanya Datuk Seri Najib Razak mungkin sibuk untuk menjawab surat penjelasan mengenai royalti petroleum. (Sumber Harakah/AK)

Hudud: Dr Dzulkefly Mengulas Nik Aziz, Kit Siang & Karpal



KL. OGOS 24 10: Ahli jawatankuasa pusat PAS Dr Dzulkefly Ahmad menggesa pemimpin Pakatan Rakyat supaya menghentikan perbalahan mengenai ura-ura hukum hudud akan dilaksanakan jika mereka membentuk kerajaan persekutuan. Demikian pandangan Dr Dzulkefly melalui Malysiakini.com hari ini.

Menurut Dzulkefly sekiranya perbalahan umum itu berterusan, maka sejarah akan berulang yang menyaksikan pakatan pembangkang menumbangkan sesama mereka. Kali terakhir, kejadian seumpama itu berlaku pada 2001 apabila DAP meninggalkan pakatan Barisan Alternatif .

Katanya, pemimpin Pakatan sepatutnya menggunakan rangka kerja polisi umum (CPF) yang digubal pada Disember lalu sebagai panduan.

"Pakatan harus faham apa yang perlu mereka dilakukan dalam politik campuran kerana setiap parti mesti mendukung polisi dan objektif umum yang sama,” kata Dzulkefly, yang juga adalah anggota urusetia kepimpinan Pakatan ketika dihubungi.

"Dalam Pakatan, kita mempunyai alasan yang lebih daripada mencukupi untuk merangka polisi umum yang dapat diterima semua pihak.”

Sejarah mungkin berulang? Pada 2001, DAP meninggalkan Barisan Alternatif secara tergesa-gesa apabila PAS berkeras mempertahankan bahawa parti itu akan menubuhkan negara Islam yang berpaksikan undang-undang Islam dan hukum hudud jika berkuasa. Dzulkefly berkata pemimpin Pakatan mesti belajar dari sejarah dan mengelakkan pergeseran yang mungkin memecah-belahkan mereka sekali lagi.

Katanya, sekutu Pakatan - PAS, DAP dan PKR perlu fokus terhadap rangka polisi umum (CPF) dan matlamat mereka untuk pilihan raya umum akan datang, di samping menghormati ideologi masing-masing. Dzulkefly menggesa rakan-rakan parti lain supaya menerima hakikat bahawa PAS adalah “parti Islam demokratik” yang beroperasi dalam rangka kerja demokrasi.

"PAS pula mesti fahami bahawa apa yang kami lakukan, kita mesti lakukan dengan mandat orang ramai. Kita tidak boleh paksa orang ramai terima Islam. Ini akan timbulkan kegelisahan dan ketakutan di kalangan bukan Islam dan ada kalanya orang Islam sendiri.”

Beliau menjelaskan hudud dan penubuhan negara Islam bukan sebahagian dari CPF dan jika ditakdirkan PAS memenangi semua kerusi parlimen yang ditandinginya pada 2008, parti Islam itu masih tidak berupaya melasanakannya tanpa sokongan daripada sekutu mereka di Pakatan.

"Bagi pilihan raya ke-13, agenda ini bukannya relevan kerana kita bukan berlawan sesama sendiri. Selagi BN mengeksploitasi dikotomi ini, ia menjadi tumit Achilles bagi Pakatan.

"Dan selagi hudud dan penubuhan negara Islam menjadi satu momokan untuk DAP manakala PAS pula menentang negara sekular, maka kedua-dua mereka akan bertelagah sehingga hari kiamat, maka BN dan Umno akan terus menguasai negara ini dan kita boleh lupakan hasrat mengambil-alih kerajaan persekutuan.”

Pengerusi DAP Karpal Singh dan penasihat parti itu, Lim Kit Siang, baru-baru ini sekali lagi bertikam lidah dengan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang mencadangkan hukum hudud dilaksanakan jika ditakdirkan Pakatan mengambil-alih kerajaan persekutuan.

Menurut Nik Aziz undang-undang Islam diperlukan bagi membanteras gejala sosial, tetapi Karpal dan Lim bertegas, perlembagaan Malaysia menentukan bahawa negara ini akan ditadbir oleh undang-undang dan konvensyen sekular.

Sementara itu, The Malaysian Insider mengulangi pandangan Penasihat DAP Lim Kit Siang, bahawa parti itu menolak idea mahu melaksanakan undang-undang hudud dan negara Islam atas alasan ia tidak pernah disentuh dalam Dasar Bersama Pakatan Rakyat (PR). (AK)

Gadis 12 Tahun Berzina, Mengapa Shahrizat Tak Siasat?

KULIM 23 OGOS 10: Usianya baru menjengah 12 tahun, namun gelora nafsu seorang gadis sunti yang juga murid tahun enam, tidak dapat membendungnya daripada melakukan maksiat.

Lebih mengejutkan, ketika umat Islam menahan lapar dan dahaga kerana menunaikan ibadah puasa, murid sebuah sekolah rendah di Kuala Ketil, dekat sini, bertindak di luar dugaan apabila berkhalwat bersama dua lelaki sekali gus pada siang hari.

Malah, ketika operasi mencegah maksiat dilakukan, remaja terbabit didapati sedang melakukan hubungan seks dengan seorang daripada lelaki berkenaan dalam sebuah rumah di Taman Desa Aman, Karangan, dekat sini.

Dalam operasi dijalankan Penguat kuasa Pejabat Agama Islam Daerah Kulim Kedah (PADK) kira-kira jam 11 pagi Khamis lalu, murid perempuan berkenaan didapati sedang bersetubuh dengan lelaki terbabit, manakala seorang lelaki lagi turut berada dalam rumah itu.

Ketua Unit Penguat kuasa PADK, Azmi Rejab berkata, pihaknya menerima aduan orang awam mengenai perbuatan terkutuk remaja terbabit pada jam 10.35 pagi sebelum pegawai PADK, diketuai Sheikh Radzi Abdul Mutalib bersama tujuh anggota, membuat pemeriksaan di rumah berkenaan kira-kira jam 11 pagi.

Katanya, melalui intipan sebelum melakukan serbuan, pihaknya mendapati remaja perempuan itu bersama seorang lelaki berusia 23 tahun dalam sebuah bilik, manakala seorang lagi lelaki turut berada dalam rumah sama.

"Gadis sunti itu baru mengenali lelaki berusia 23 tahun terbabit sebelum mereka melakukan hubungan seks,” katanya.

Azmi berkata, seorang lagi lelaki berusia 20 tahun menjemput remaja berkenaan di Kuala Ketil sebelum membawanya ke rumah sewa lelaki itu di sin.

"Berdasarkan siasatan, lelaki berusia 20 tahun itu turut mengaku tidur bersama remaja perempuan terbabit pada malam sebelum itu.

“Mereka mengakui tidak mempunyai hubungan mahram dan ketiga-tiganya ditahan sebelum dibawa ke Balai Polis Kulim untuk diambil keterangan,” katanya.

Menurutnya, gadis berkenaan dihantar ke Hospital Kulim untuk pemeriksaan lanjut manakala kedua-dua lelaki terbabit ditahan di lokap Balai Polis Kulim.

Difahamkan, polis mengklasifikasikan kes sebagai rogol kerana membabitkan remaja perempuan bawah umur dan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Dalam perkembangan sama, Azmi berkata sedikit kekecohan berlaku apabila ibu gadis terbabit dipanggil ke pejabat PADK berikutan ketidakpuasan hati wanita berkenaan terhadap tindakan anaknya dan pasangan.

“Ibu remaja itu memukul kepala, muka serta badan lelaki yang ditahan menggunakan kasut kerana tidak puas hati selepas anaknya didapati bersekedudukan, namun kekecohan berjaya dileraikan pegawai bertugas,” katanya.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Gadis 12 tahun bawah umur berzina, bermukah, mengapa menteri pembangunan wanita, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil tidak siasat? Tak macam kahwin bawah umur... Siapa yang bersalah dalam kes ini?

Bongkar! Keluarga Obama Terlibat Rampas Kuasa Anti Soekarno

Keluarga Obama Terlibat Kudeta Anti-Soekarno

Monday, 23 August 2010: Peneliti dan penulis asal AS, Wayne Madsen, mengungkapkan data terkait hubungan keluarga Presiden Barack Obama dengan Badan Intelijen AS (CIA). Madsen berhasil mendapatkan data-data yang menunjukkan bahwa CIA dan tokoh-tokoh badan ini mempunyai hubungan dekat dengan Obama berikut ibu dan ayahnya, bahkan hingga nenek dan kakeknya.

Situs Walternet dalam laporan utamanya mengungkap hubungan ayah Obama dengan operasi-operasi yang didukung CIA di Kenya. Operasi-operasi CIA itu melibatkan ayah Obama untuk mencegah infilterasi Uni Soviet dan Cina di tengah para mahasiswa Kenya. Bahkan ayah Obama juga ditugaskan untuk mencegah tampilnya para tokoh independen Afrika.

Madsen dalam laporannya menulis, "Obama pada tahun 1983 bekerja di Business International Corporation. Ini adalah salah satu perusahaan yang dinaungi oleh CIA. Perusahaan ini seringkali menggelar seminar dan mengundang para pemimpin dunia, bahkan juga mengundang para penulis kolom media-media sebagai agen-agen CIA di luar negeri."

Berlandaskan laporan tersebut, pekerjaan Obama berhubungan dengan aktivitas spionase CIA. Ibu Obama yang bernama Stanley Ann Dunham diduga terlibat dengan kedeta dekade 60-an di Indonesia. Setelah kudeta itu, ia bekerja untuk sejumlah lembaga di bawah CIA. Di antara lembaga itu adalah Pusat Timur-Barat di Universitas Hawai, Badan Pengembangan Internasional AS dan Lembaga Freud.

Berdasarkan laporan tersebut, Ann Dunham pada tahun 1965 berkenalan dengan ayah tiri Obama, Lolo Soetoro, dan kemudian keduanya menikah. Pada tahun itu, Soetor dipanggil ke Indonesia sebagai perwira militer dan asisten Jenderal Soeharto dan CIA yang berniat menjatuhkan Presiden Soekarno.

Sementara itu, Ayah Obama berkenalan dengan Ann Dunham pada tahun 1959 di kelas bahasa Rusia, Universitas Hawai. Itu adalah kelas yang merupakan salah satu program AS yang mengirim 280 mahasiswa Afrika Timur ke berbagai kampus di Negeri Paman Sam.

Koran Reuters dalam laporannya tertanggal 12 September 1960 menjelaskan, program beasiswa itu didukung oleh Lembaga Josseph Kennedy. Menurut Madsen, program itu pada dasarnya adalah operasi CIA dengan tujuan mendidik para agennya di Afrika. Sebab, Afrika saat itu menjadi ajang perebutan kekuasaan antara AS, Uni Soviet dan Cina.

Pada saat yang sama, program beasiswa itu juga mendapat kecaman dari Wakil Ketua Organisasi Demokratik Afrika Kenya, Masinde Muliro. Sementara program itu mendapat dukungan dari Ketua Organisasi Demokratik Afrika Kenya, Tom Mboya, bahkan dialah yang memilih ayah Obama untuk mengikuti program bea siswa tersebut.

Menurut laporan Reuters, Mboya setelah menolak program beasiswa 100 ribu dolar dari Deplu AS, menerima usulan beasiswa dari Lembaga Kennedy. Terkait hal ini, Madsen menulis, "Jelas sekali, Mboya khawatir menerima bantaun langsung dari AS. Sebab, hal itu akan menyebabkan geramnya para tokoh komunis di Kenya yang saat itu menduga adanya hubungan Mboya dengan CIA."

Setelah itu, program beasiswa dipindahkan ke Lembaga Kennedy, bahkan terbentuklah Lembaga Mahasiswa Afrika-AS. Pada tahun itu, Mboya mengkoordinasi para mahasiswa dari berbagai negara di Afrika untuk mendapatkan beasiswa di AS.

Laporan itu juga menyebutkan, ayah Obama adalah salah satu teman dekat Mboya. Setelah Mboya diteror pada tahun 1969, ayah Obama memberikan kesaksian di pengadilan. Ia pun mengaku terancam aksi teror karena kesaksiannya di pengadilan dalam kasus tewasnya Mboya.

Setelah itu, ayah Obama pada tahun 1962 meninggalkan Universita Hawai dan menuju Harvard. Pada tahun 1964, ia menceraikan Ann Dunham dan menikah dengan seorang mahasiswi Yahudi AS yang kemudian kembali ke Kenya bersama perempuan Yahudi ini.

Berdasarkan laporan tersebut dapat disimpulkan bahwa Mboya adalah salah satu agen penting CIA untuk Kenya bahkan Afrika. Hubungan dekat ayah Obama dengan Mboya pun mengundang kecurigaan tersendiri.

Yang lebih unik lagi, ibu Obama juga termasuk pihak yang digunakan CIA untuk mengkudeta Presiden pertama RI, Ahmad Soekarno. Hal itu bisa dilihat dari hubungan dan pernikahan ibu Obama dengan ayah tiri Obama yang juga asisten Soeharto. (IRIB/ AK)

Karpal Singh Nafi Tolak Hudud & N/Islam Bersendirian.

KL OGOS 24 10: Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh pada hari Isnin menafikan dakwaan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa beliau bersendirian dalam pendiriannya menolak hukum hudud dan penubuhan negara Islam yang dicadangkan PAS.

Karpal Singh berkata penasihat DAP Lim Kit Siang juga telah menyatakan pendiriannya bahawa Malaysia ialah sebuah negara sekular dan pengenalan hukum hudud di negara ini dan pewujudan sebuah negara Islam bukan dasar pakatan pembangkang.

"Kenyataan oleh Mursyidul Am PAS dan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu menunjukkan bahawa saya bersendirian dalam DAP yang menentang hudud dan negara Islam," katanya dalam kenyataan.

Karpal Singh mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz dua hari lepas bahawa beliau berpendapat kenyataan pemimpin DAP itu yang tidak bersetuju dengan cadangan PAS untuk melaksanakan hukum hudud dan negara Islam adalah pandangan peribadi beliau.

"Pemimpin DAP lain senyap, hanya dia yang timbul isu itu. Ini kerana apa yang ditimbulkan oleh pemimpin DAP itu merupakan pendapat perseorangan dan bukannya keputusan parti," kata Mursyidul Am PAS itu.

Karpal Singh yang menyambut baik kenyataan pengarah komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nik Nazmi Nik Ahmad bahawa hukum hudud adalah tidak sesuai dilaksanakan, berkata: " PAS patut menerima hakikat bahawa mengubah Malaysia menjadi sebuah negara Islam merupakan langkah sia-sia dan tidak akan dapat dicapai."

"Langkah itu bercanggah dengan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan," katanya dan menurutnya beliau berharap PAS akan mempertimbangkan pendiriannya mengenai hukum hudud dan negara Islam. - BERNAMA

Monday, August 23, 2010

3 Dasar Terbaru Pembangunan Tanah PPg -Dr Mujahid

KL 23 Ogos 10: Kerajaan Pulau Pinang wajar mempunyai Dasar Pembangunan Tanah dan Sosial yang lebih progresif, kata Dr. Mujahid Yusof Rawa.

Cadangan Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri itu sebagai menyambut komitmen Lim Guan Eng, Ketua Menteri mengadakan Forum Tanah demi mempertahankan hak permukiman orang-orang Melayu, Cina dan India di atas tanah bukan milik mereka.

"Buat masa ini kita mesti ada satu dasar yang umum, saya ingat idea pembangunan tanah dan sosial masih belum dilontarkan.

"Jangan tunggu ada projek pembangunan lain, baru kita nak aktif Forum Tanah, kita kena bertindak lebih progresif untuk orang-orang Melayu, Cina dan India sebab semua mereka menghadapi masalah ini," ujarnya.

Bagaimana pun, beliau tidak pula mencadangkan tarikh sesuai untuk dibentangkan dasar itu atau menganjurkan forum tanah peringkat kerajaan negeri. Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Isu Berkaitan Pakatan Rakyat negeri berkata, dasar terbaru itu wajar menitikberatkan tiga perkara utama.

"Pertama, kita nak lihat struktur sosial tidak terjejas...kita nak struktur sosial kekal sebagaimana ia dikenali turun temurun.

Kedua, kalaupun berlaku pembangunan di situ oleh pemaju atau kerajaan negeri sendiri, maka penempatan semula mereka dalam satu-satu projek pembangunan mesti dilakukan pada tempat yang sama, bukan halang mereka keluar dari kampung mereka.

"Yang ketiga, kita cadangkan warta kampung warisan seperti di Jelutong dan Tanjong Tokong di mana mereka yang tinggal ini sejak beratus tahun," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar.

Pun begitu, katanya dasar terbaru itu perlu terlebih dahulu melihat realiti nilai komersial tanah-tanah terbabit.

"Sebab nilai tanah di Pulau Pinang sangat mahal dan kerajaan negeri tidak boleh menjadikan tanah di Pulau Pinang kebajikan semata-mata.

"Sebab itu, kerajaan negeri perlu fikir bagaimana untuk menjana pendapatan yang lumayan bagi kerajaan negeri dan Pakatan Rakyat yang mana lumayanya itu kita akan pulangkan kepada rakyat bukan sahaja dari segi tanah dari segi tanah untuk mereka ditempatkan semula, tapi dari segi pendidikan yang juga aset besar pada pembangunan sosial negeri," ujarnya.

Sambil menyifatkan isu tanah sebagai isu major pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), beliau berkata, sekiranya langkah progresif itu dilaksanakan, isu salah faham seperti yang dialami oleh segelintir masyarakat India di Kampung Pokok Asam sebelum ini tidak berulang lagi.

Beliau berkata, mana-mana pihak tidak wajar dipersalahkan dalam isu malar segar itu.

"Bagaimanapun, kita tak boleh salahkan sesiapa pun, tinggalan mereka di luar kawalan sesiapa, mereka duduk dan teroka tanah sekian lama, akhirnya apabila terjual tanah itu baru mereka tahu bahawa mereka tidak mempunyai status atas tanah itu."

Khamis lalu, Guan Eng yang juga Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Tanah dan Pembangunan Tanah, Keusahawanan, Penerangan dan Warisan mengaku bahawa pentadbirannya turut turun bertemu rakyat yang terbabit dengan mengadakan forum secara kecil-kecilan.

Inisiatif itu, katanya sebagai langkah berhati-hati kerajaan negeri bagi menghadapi segelintir pemaju yang cuba mengusir rakyat menggunakan perintah mahkamah. (AK)

Bayar Zakat/Fitrah Dg Dinar & Dirham, Bagaimana Luar K'tan?

KL, 23 Ogos 10: Rakyat Kelantan diseru menunaikan bayaran zakat fitrah tahun ini menggunakan dinar atau dirham Kelantan.Selain sebagai tanda sokongan kepada usaha Kelantan, ianya juga sebagai mengembalikan syiar Islam yang sejak dahulu menggunakan dinar dan dirham sebagai mata wang.

"Balik Kelantan, bayar zakat fitrah dengan dirham Kelantan," kata Exco Kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa.

Beliau berkata demikian sewaktu berucap di Majlis Berbuka Puasa Persatuan Anak Darul Naim (Persada) Kuala Lumpur dan Selangor, di ibu negara kelmarin.

Turut berucap pada majlis itu, Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.

Sebelum ini, Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menyatakan hasratnya untuk membayar zakat fitrah tahun ini menggunakan dinar dan dirham.

Hasrat sama juga turut dizahirkan para Exco kerajaan negeri, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) serta pemimpin PAS negeri itu.

Selain itu, rakyat Kelantan termasuk yang berada di perantauan turut diseru membayar zakat fitrah dengan dinar atau dirham.

Isu dinar dan dirham yang diperkenal Kelantan menjadi kontroversi apabila kerajaan pusat menganggap ianya bertentangan dengan undang-undang.

Menurut mereka, hanya kerajaan Persekutuan melalui kelulusan Bank Negara, boleh mengeluarkan mata wang.

Kelantan bagaimanapun berpendapat, pengeluaran dinar dan dirham tersebut hanyalah untuk kegunaan rakyat negeri itu sesama mereka atau sebagai perhiasan.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Kita ingin dengar komen pemimpin PAS luar Kelantan, seperti Kedah atau PAS Pusat, supaya Dinar/Dirham Kelantan boleh dikembangkan di luar Kelantan, dan tidak semestinya untuk zakat/fitrah sahaja. (AK)

Dr M Bantah Projek Jambatan Langkawi.

Dr Mahathir berkata Langkawi tidak sesuai untuk dijadikan daratan.
LANGKAWI, 23 Ogos 10: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak bersetuju cadangan projek pembinaan jambatan berharga RM130 bilion kerana ia akan menjejaskan kecantikan dan keunikan pulau peranginan itu.

“Pulau Langkawi perlu kekal sebagai pulau, jika pulau hendak dijadikan daratan tidak sesuai,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan berupa wang dan coklat dari Jetty Points kepada 120 anak yatim dan kanak-kanak istimewa di perkarangan Masjid Istiqamah Kuala Teriang di sini malam tadi.

Dua syarikat di Perlis telah mencadangkan untuk membina jambatan sejauh 48km menghubungkan Langkawi dan Kuala Perlis.

Jumaat lepas, Pengerusi Eksekutif Juruelit Sdn Bhd, Kamarudin Husin berkata pihaknya mempunyai kemampuan dana yang mencukupi untuk melaksanakan projek itu, termasuk pembinaan jambatan monorel.

Bekas Perdana Menteri itu merupakan perancang utama yang membangunkan Langkawi iaitu dari sebuah pulau yang tidak dikenali menjadi destinasi pelancongan yang unggul di negara ini dengan pelbagai produk pelancongan seperti Kereta Kabel, Galeria Perdana, Kota Mahsuri, Underwater World, Taman Burung dan Kompleks Kraf.

Dr Mahathir berkata masih banyak ruang perlu dibuat dan berharap setiap program yang akan dilaksanakan perlu mendapat kebenaran dari kerajaan agar peruntukan dapat disalurkan untuk memajukan industri pelancongan Langkawi, katanya.

Beliau berkata Langkawi diberi tumpuan dalam industri pelancongan dan berharap program ke arah itu perlu dipertingkatkan. Terdahulu ketika berucap pada majlis itu, beliau sedih kerana umat Islam sesama sendiri bermusuhan antara satu dengan lain.

“Kita sesama Islam mestilah bersaudara walaupun mempunyai perbezaan pendapat, tapi tidak bermusuhan sehingga berpecah yang akan menjadi lemah dan hilang kuasa di negara sendiri,” katanya.

Dr Mahathir dan isteriya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali bersama 500 umat Islam menghadiri majlis berbuka puasa, solat Maghrib, Isyak dan Tarawih di masjid berkenaan. — Bernama.

3 Sebab, Bakar Baasyir Ditangkap.. -PKS

Mon, Aug 23rd 2010,
Abu Bakar Baasyir (Proyek Kontra-Terorisme)
Serambi Indonesia.

USTAD Abu Bakar Baasyir kembali ditangkap Detasemen Khusus (Densus) 88 Mabes Polri pada Senin (9/8) di daerah Banjar, Jawa Barat setelah memberikan ceramah di Tasikmalaya. Penangkapannya begitu dramatis. Kaca mobil yang ditumpangi Baasyir dijebol senjata salah satu anggota Densus hingga berantakan. Baasyir pun dipaksa keluar bak buronan yang sudah bertahun-tahun dicari polisi.

Baasyir ditangkap karena dianggap terlibat dalam mendanai pelatihan terorisme di Aceh beberapa waktu silam. Baasyir pun diduga menyetujui, memberikan dukungan, serta menyokong kegiatan terorisme di Indonesia. Tak tanggung-tanggung, beberapa hari pasca-penangkapannya tersebut Baasyir ditetapkan sebagai tersangka dengan jeratan Pasal 14 jo. Pasal 7, 9, 11, dan atau Pasal 11 dan atau Pasal 15 jo Pasal 7, 9, 11 dan atau Pasal 13 huruf a, b, c UU Nomor 15 tahun 2003 tentang Pemberantasan Tindak Pidana Terorisme.

Polisi berkeyakinan bahwa Baasyir merupakan aktor intelektual di balik berbagai aktivitas terorisme. Sayangnya, polisi seakan kehabisan akal untuk menjerat Baasyir dengan tuduhan yang disangkakan karena sulit menemukan bukti keterlibatan ustad Baasyir secara valid dan meyakinkan sebagai bagian dari terorisme. Berkaca pada penangkapan tahun 2002, saat meledak Bom Bali I, Baasyir memang ditangkap polisi dan ditahan namun bukan dengan dakwaan kasus terorisme melainkan karena Baasyir melanggar izin keimigrasian (pemalusan dokumen).

Lantas publik bertanya, benarkah kali ini polisi mempunyai bukti-bukti yang valid untuk menjerat pimpinan Ponpes Al-Mukmin Ngruki ini, atau masih sebatas dugaan semata? Beranikah Polisi menjamin bahwa alibi dibalik penangkapan Baasyir tersebut tidak disusupi agenda asing (AS)? Dan juga, apakah benar penangkapan Baasyir kali ini merupakan bagian dari proyek kontra-terorisme yang sedang diemban kepolisian, jika benar apa sesungguhnya yang menjadi target proyek tersebut?

Tiga kemungkinan
Ustad Baasyir merupakan sosok yang sangat kontroversial terutama bagi kalangan yang tidak sefaham dengan pandangan keagamaannya. Baasyir dianggap tokoh garis keras yang ingin mendirikan negara Islam (Islamic State) dengan menolak Pancasila dan menjadikan Alquran dan sunnah Nabi sebagai dasar hukum negara. Bahkan Baasyir, sebagaimana diungkapkan Mantan Pemimpin Jamaah Islamiyah (JI) Nasir Abbas, dengan gagasan radikalnya menolak memberikan hormat kepada bendera merah putih dan menganggap bahwa pemerintahan saat ini sebagai thagut (satanic government) yang pantas diperangi.

Dengan mengaitkan pada pandangan-pandangan Baasyir selama ini, ada beberapa asumsi yang menjadi alasan Baasyir terlibat dalam aksi terorisme di Indonesia. Dengan ini pula, Baasyir dianggap terlibat mendanai dan mendukung terorisme di Aceh.

Pertama, Baasyir sama sekali menolak berbagai macam tindakan terorisme, namun demikian beliau tidak menolak untuk menjadi “penasihat ahli” kelompok teroris. Kemungkinan ini bisa saja terjadi mengingat orang-orang sekeliling Baasyir menyebutkan bahwa Amir Jamaah Anshorut Tauhid (JAT) tersebut selalu berprasangka baik kepada siapapun. Hal tersebut bisa saja dimanfaatkan oleh kelompok terorisme untuk semakin menanamkan ideologi jihadi yang selama ini masif didengungkan ustad Baasyir. Dalam konteks ini, sangat mungkin intelijen berketetapan menganggap bahwa “soft terrorism” yang dilakukan Baasyir tersebut berkelindan dengan terorisme itu sendiri.

Kedua, Baasyir benar-benar menolak segala bentuk tindakan terorisme dan meninggalkan segala macam keaskarannya. Kondisi demikian tetap tidak menjadikan posisi Baasyir “aman”, karena sangat mungkin metode konspirasi intelijen yang mengakomodasi kepentingan CIA dan kadung menstigmatisasi Baasyir sebagai teroris akan melakukan berbagai upaya untuk menangkap Baasyir.

Ketiga, Baasyir melangkah di dua spektrum, yakni di satu sisi menolak tindakan teorisme tapi di sisi lainnya Baasyir mencoba mengakomodasi pandangan dan gagasan untuk membangun kekuatan “militer” sebagai bentuk persiapan untuk menjangkau kepentingan dan ke-darurhat-an yang bersifat masyru’ (disyariatkan).

Penulis berpandangan, poin manapun akan tepat untuk mendeskripsikan gagasan dan tindakan Baasyir, karena targetnya menangkap Baasyir yang dianggap bagian dari jaringan terorisme internasional yang sengaja “diberdayakan” di Indonesia. Di situlah targetnya, “mengamankan” Baasyir (person) sebagai bentuk penyusupan agenda AS lewat tangan-tangan Densus.

Proyek Kontra-Terorisme AS
Dalam artikelnya di sebuah koran harian Indonesia, Noam Chomsky, pakar linguistik Amerika Serikat, menulis bahwa Amerika Serikat memanfaatkan isu terorisme sebagai instrumen kebijakan standar untuk mengalahkan umat Islam dunia. Bahkan, lebih lanjut Chomsky menyebut bahwa kebijakan AS dan Barat terhadap dunia Islam dengan menggunakan isu terorisme ini sudah terasa begitu kuat sejak medio 1990-an. Pasca-kejatuhan Komunisme Soviet, Islam menjadi target berikutnya untuk dijatuhkan. Maka berbagai upaya dan rekayasa Barat (AS) terus dilancarkan untuk menegasikan dunia Islam supaya terjadi stagnasi dan bahkan kebangkrutan.

Penulis melihat, dalam konteks lokal, Indonesia sudah menjalankan proyek kontra terorisme AS sejak meledaknya Bom Bali I. Hal itu semakin dilegitimasi dengan dibentuknya Satuan Khusus (Satsus) Anti Teror (Densus 88). Kontra terorisme yang di sisi lain mengemban berbagai aspek kepentingan AS terhadap dunia Islam, yakni selanjutnya terfokus pada menegasi berbagai potensi yang bisa meluluhlantakkan sistem yang kini tengah dianut Indonesia: Demokrasi-Sekuler.

Letjen (Purn) ZA Maulani (Mantan Kabakin), dalam bukunya Dasar-dasar Intelijen (2006) menegaskan adanya korelasi yang tegas dan terjadi operasi intelijen asing untuk melakukan stigmatisasi negatif bagi Islam. Dalam catatannya diungkapkan bahwa meningkatnya operasi intelijen asing di Indonesia, terutama intelijen Barat, terlihat dengan munculnya berbagai propaganda hitam seperti terlihat di situs-situs internet. Dalam rangka mengubah Indonesia agar tidak lagi menjadi menjadi negara paling lemah di wilayah Asia Pasifik dalam upaya memerangi jaringan terorisme internasional, situs TIME.com edisi 17 September 2002 menurunkan berita tentang Omar Al-Farouq, sebagai awal dari suatu operasi intelijen yang sistemik.

Lebih lanjut, amunisinya adalah tentang hadirnya gerakan Islam “berbahaya” yang digerakkan oleh suatu organisasi, Jama’ah Islamiyah, yang digerakkan oleh kaum “fundamentalis” muslim warga negara Indonesia dan bertujuan mendirikan “supra-state” Islam di Asia Tenggara. Menurutnya, tujuan akhir dari kampanye intelijen ini adalah untuk menguasai negeri dengan penduduk muslim terbesar di dunia.

Maka, berdasar realitas di atas bisa ditarik benang merah bahwa penangkapan Ustad Baasyir-sebagai representasi kaum muslim “fundamentalis”-sangat erat kaitannya dengan soft intelligent yang berusaha ditanamkan negara adi daya AS, yang jangka panjangnya adalah menguasai Indonesia sebagai negara berpenduduk mayoritas Muslim dunia secara perlahan. Waspadalah! (AK)

* Penulis adalah Anggota Komisi III DPR RI Fraksi PKS

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails