Saturday, September 04, 2010

Mata Wang Syariah: Masuk S'ngor & Kedah... P.Pg?

Prof Umar Ibrahim Vadillo sedang memperkenalkan Mata Wang Syariah kepada Gabenor Acheh, semasa dalam kunjungannya ke Aceh.

Prof Umar Vadillo (dua dari kiri) berhadapan Tengku Mudawali (berkupiah putih) penasihat agama Gabenor Acheh membelakangkan Ibnu Hasyim semasa makan malam di Banda Aceh, tempo hari.

PETALING JAYA, 4 Sept 10: Kelantan Golden Trade (KGT), anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kelantan berkata, respons terhadap mata wang syariah dinar dan dirham sangat menggalakkan dengan jualan RM1.5 juta telah disempurnakan dalam tempoh tiga minggu pertama sejak diperkenalkan.

Sehubungan itu, KGT bercadang untuk memperkenalkan mata wang tersebut di Selangor dan Kedah yang diterajui Pakatan Rakyat (PR). Ketua Pegawai Eksekutif KGT, Umar Ibrahim Vadillo berkata, pihaknya juga sedang mengadakan perbincangan dengan kerajaan negeri Selangor dan Kedah untuk menggalakkan penggunaan mata wang dinar dan dirham di kedua-dua negeri itu.

“Kami telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Selangor dan beliau menunjukkan minat yang mendalam,” kata beliau pada sidang media di sini hari ini.

Selain itu KGT juga bercadang untuk memperkenalkan mata wang syariah itu di Acheh. Umar berkata, pihak berkuasa agama Islam Selangor juga menunjukkan sokongan mereka terhadap penggunaan dinar dan dirham untuk membayar zakat. Awal minggu ini kerajaan pusat berkata tiada masalah jika dinar emas dan dirham perak yang diperkenalkan kerajaan Kelantan hanya untuk disimpan bukan bagi diniaga di pasaran terbuka.

Terdapat lima saiz yang dijual dengan harga berbeza setiap hari mengikut nilai emas semasa dan hari ini harga bagi setengah dinar ialah RM296, satu dinar (RM592), dua dinar (RM1,184), lima dinar (RM2,960) dan lapan dinar (RM4,736).

“Manakala bagi nilai dirham pula ialah satu dirham bernilai RM13, dua dirham (RM26), lima dirham (RM65), 10 dirham (RM130) dan 20 dirham (RM260),” katanya.

Umar menambah, Putrajaya secara rasmi tidak membantah Kelantan daripada menggunakan mata wang syariah dinar dan dirham. Kata beliau, penggunaan dinar dan dirham masih atas kapasiti sukarela. “Kerajaan persekutuan belum berkomunikasi dengan kami. Apa yang kami dengar hanya menerusi media,” kata beliau.

“Sudah pasti dinar Kelantan bukan mata wang pertukaran rasmi.

Ia hak eksklusif bank pusat,” kata beliau. Umar menambah, KGT sedang mengambil langkah untuk melindungi integriti kedua-dua dinar dan dirham.

“Biar kami beri jaminan, kami sedang mengambil segala langkah yang perlu untuk melindungi integriti dinar dan dirham dalam lunas perundangan Malaysia,” katanya.

Bagaimanapun jelas beliau, pihaknya tidak boleh mendedahkan pendekatan itu buat masa sekarang. “Saya akan mengumumkan dari semasa ke semasa, bila tiba masa yang sesuai kelak,” katanya.

Umar menambah, apa yang penting sekarang ialah kebebasan untuk menggunakan saluran untuk berurus niaga. “Buat pertama kali dalam sejarah rakyat diberikan kebebasan,” katanya.

“Ia tiada kaitan dengan politik. Tengku Razaleigh, seorang ahli Umno, menyokong kuat dinar tetapi ada juga ahli PAS yang masih mempersoalkannya,” kata beliau dengan merujuk kepada pendirian Ahli Parlimen Gua Musang dua minggu lalu.

Mengenai negeri Pakatan Pulau Pinang dan penggunaan mata wang syariah, tidak disebutkan. (Sumber The Malaysian Insider/AK)

Sokong MP Serdang, Polemik Masuk Masjid, Perlebar.

Teo Nie Ching menyampaikan ucapan pada Majlis Mesra Bersama Rakyat Surau At-Tholabiah, Sungai Ramal Luar malam tadi. — Gambar oleh Choo Choy May

KL, 4 Sept 10: Blog Ibnu Hasyim bersetuju bahawa kontroversi surau yang tercetus dua minggu lalu ada hikmah tersendiri kepada semua pihak selain membuka kepada debat baru mengenai aspek bukan Islam memasuki kawasan masjid dan surau, seperti yang dinyatakan oleh Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching semalam.

Teo yang beragama Kristian mengatakan, apa yang penting ialah seseorang itu perlu memegang pada kepercayaan masing-masing, yang tidak akan menggugat agama yang mereka percayai.

“Apabila saya ke surau, ada yang bertanya saya, ‘bila nak jadi masuk Islam?’ Saya hanya senyum,” kata Teo kepada The Malaysian Insider, seperti yang dilaporkan. Malah kata Teo, beberapa rakannya juga melahirkan kebimbangan bahawa beliau mungkin akan ditekan atau dikenakan ilmu hitam agar memeluk Islam.

“Kita kena berfikiran terbuka,” katanya. “Anda kena yakin dengan kepercayaan anda. (Saya yang beragama Kristian), jika percaya pada Nabi Isa, mengapa takut akan ditundukkan oleh ilmu hitam,” tambah Teo.

Teo memang akui pengetahuan beliau adalah begitu sempit tentang Islam sebelum menjadi wakil rakyat dua tahun lalu. Bagaimanapun merasakan insiden yang berlaku ini memberikannya peluang untuk lebih memahami Islam.

“Dari sini, saya rasa Islam sebenarnya adalah lebih terbuka macam Tok Guru (Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Aziz) berkata dan saya setuju dengan beliau apabila kata Umno selama ini telah gunakan isu agama sehingga orang bukan Islam takut kepada Islam, malah orang Islam sendiri juga, pandangan mereka tentang Islam juga kurang tepat.

“Ini tidak baik untuk Islam sendiri kerana apabila orang bukan Islam tengok Islam mereka juga rasa takut. “Tok Guru cakap untuk menjadikan masjid lebih inklusif, semua orang patut dibenarkan masuk bagi mengurangkan masalah perkauman,” kata beliau yang mengadakan pertemuan dengan Nik Aziz di ibu negara pada Isnin lalu.

Mengenai pakai selendang, Teo yang berusia 29 tahun itu merasa hairan, mengapa ia menjadi isu apabila memakai pakaian orang Melayu. Menurutnya, skarf bukan ekslusif untuk orang Islam sahaja tetapi untuk semua. “Saya rasa ini hanya persepsi kerana salah faham, jadi kita perlu lebih terbuka untuk atasi perkara ini,” katanya.

Teo juga menganggap isu kontroversi semasa ini sebagai satu rahmat kepada dirinya dan juga kepada negara, malah ia boleh jadi satu pendebatan baik sama ada orang bukan Islam dibenarkan masuk ke masjid dan surau.

Menurut editor blog Ibnu Hasyim, "Perbincangan dan perdebatan mengenai hal ini perlu diperlebarkan, supaya masyarakat Malaysia yang berbagai kaum tahu dan mengenal Islam bukan dari sumber yang salah. Bukan dari pemimpin-pemimpin UMNO yang jelas menolak Islam dalam pemerintahan. Bukan seperti yang tercatat dalam perlembagaan, Islam adalah agama Persekutuan."

by ASYOK KUMAR

Teo Nie Ching dapatkan penjelasan Nik Aziz

<div class="yt-alert yt-alert-error yt-alert-player yt-rounded"> <img src="http://s.ytimg.com/yt/img/pixel-vfl73.gif" class="icon master-sprite" alt="Alert icon"> <div class="yt-alert-content"> You need Adobe Flash Player to watch this video. <br> <a href="http://get.adobe.com/flashplayer/">Download it from Adobe.</a> </div> </div>

Penggal Saja Kepala Geert Wilders -Ulama Australia

amagoya
Geert Wilder

AMSTERDAM 4 SEPT 10: Seorang ulama ternama Australia menyeru supaya dipenggal kepala politikus anti-Islam asal Belanda, Geert Wilders. Demikian tulis akhbar terbesar di Belanda, De Telegraaf, mengutip pidato ulama Australia, Feiz Muhammad.

Dalam klip audio berbahasa Inggeris, pidatonya, ulama kelahiran Sydney itu menyebut Wilders sebagai syaitan. Dia berseru agar siapa sahaja yang melecehkan Islam seperti yang dilakukan Wilders perlu dipenggal kepalanya. Namun De Telegraaf tidak menyebutkan bila pidato itu disampaikan oleh Feiz. Akhbar itu hanya menjelaskankan pihaknya dan jabatan rahsia Belanda telah mempunyai salinan pidato tersebut.

Wilders merupakan pemimpin Partai Kebebasan. Partainya mendapat sokongan suara yang cukup besar pada pemilihan 9 Jun lalu di Belanda. Menurut Radio Belanda RNW hari ini usaha membentuk kabinet minoriti terdiri dari partai Liberal Konservatif VVD dan partai Kristian Demokrat CDA dengan sokongan Partai untuk Kebebasan PVV gagal. Pemimpin PVV Geert Wilders keluar perundingan.

Kepada Reuters, Wilders mengaku berita itu sangat buruk bagi dirinya. Dia menganggap serius ancaman yang disampaikan tersebut. ''Saya akan meminta klarifikasi Menteri Dalam Negeri dan Kehakiman Belanda mengapa jabatan rahsia dan unit anti terorisme NCTb tidak memberitahu saya dan apa konsekuensinya bagi saya,'' katanya melalui email.

Wilders kerap mengeluarkan kenyataan yang melecehkan Islam. Bahkan, dia pernah membuat filem yang melecehkan Alquran pada 2008. Bahkan dia pernah menyamakan Islam dengan fasisme, dan Alquran dipandangnya tidak beda dengan buku karya Adolf Hitler, 'Mein Kampf'. Politikus ini sekarang masih menghadapi pengadilan di Belanda dengan tuntutan telah menghasut, menyebarkan kebencian, dan bersikap diskriminasi terhadap Muslim. (AK)

Konsert "Paramore" , BN Bentuk Generasi Muda Begini..

PETALING JAYA : Kumpulan Rock dari Amerika Syarikat, Paramore akan menggegarkan Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur untuk sebuah persembahan hebat pada 19 Oktober akan datang. Konsert yang diberi nama “Paramore Live In Kuala Lumpur 2010” itu dibawakan oleh Tune Talk sementara AirAsiaRedTix adalah ejen tiket rasmi.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Tune Talk, Jason Lo, kumpulan rock itu merupakan sebuah kumpulan muzik yang cukup digilai di Amerika Syarikat dan usaha membawa mereka ke tanah air adalah untuk memberi peluang peminat kumpulan itu melihat persembahan mereka dengan lebih dekat.

“Kehadiran Paramore ini juga dapat memberi peluang kepada peminat mereka di rantau ini menyaksikannya melalui akses mudah dengan adanya penerbangan tambang murah AirAsia dan AirAsia X,” katanya.

Berasal dari Franklin, Tennessee, Paramore dicalonkan untuk Grammy Award pada tahun 2008 bagi kategori Artis Baru Terbaik menerusi album “Riot” yang telah terjual lebih dari 2 juta unit seluruh dunia.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Beginikah generasi muda yang akan dibentuk oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk jadi pewaris pimpinan negara melalui persembahan-persembahannya?

Lihat youtube ini sebagai contoh.. Merekalah (BN) penyubur budaya rosak akhlak pemusnah pembangunan insan dan negara!! Anda suka? Kalau tidak suka, tolak BN dalam PRU 13 akan datang! (AK)

Paramore: Pressure (LIVE)

<div class="yt-alert yt-alert-error yt-alert-player yt-rounded"> <img src="http://s.ytimg.com/yt/img/pixel-vfl73.gif" class="icon master-sprite" alt="Alert icon"> <div class="yt-alert-content"> You need Adobe Flash Player to watch this video. <br> <a href="http://get.adobe.com/flashplayer/">Download it from Adobe.</a> </div> </div>

Boycott Israhell.. Hari Quds Sedunia.

Hari Quds Sedunia jatuh pada hari Jumaat akhir bulan suci Ramadhan, semalam.

Jelang Subuh Banjir Kiriman Masuk Jakarta

Mengungsi akibat banjir di Jakarta

Jakarta Sabtu, 4 September 2010: Warga Jakarta diminta waspada dengan banjir kiriman dari Bogor. Hujan deras yang mengguyur kawasan itu sejak sore berimbas pada lonjakan ketinggian air di pintu air Katulampa, Depok, dan Manggarai.

Menurut petugas di pintu air Manggarai, Ibnu, saat ini sudah dua pintu air di Manggarai yang dibuka. ”Kami sudah buka dua pintu menuju banjir kanal barat, muka airnya mencapai 640,” kata dia, Jumat 3 September 2010 malam.

Ketinggian air di pintu air Depok sudah mencapai 200 centimeter, sementara di pintu air Kantulampa sudah mencapai 140 centimeter. Ibnu memperkirakan air masuk ke pemukiman warga sekitar bantaran kali Ciliwung pukul 03.00 sampai 04.00 WIB. ”Menjelang subuh atau pukul 05.00 WIB, air masuk ke pemukiman di Bukit Duri, Kawasan Pasar Minggu pukul 03.00,” kata dia.

Daerah-daerah yang diwaspadai, antara lain Cawang, Rawa Gede, Tanjung Barat, daerah Belakang Rumah Sakit Budi Asih, Bidaracina, Bukit Duri. (AK)

Kristian Tidak Iktiraf Gay -S/Usaha Majlis Gereja M'sia




KL 4 SEPT 10: Cadangan dan tindakan seorang paderi, Ouyang Wen Fang menubuhkan sebuah gereja pertama yang dikhususkan untuk golongan gay di negara ini ternyata tidak disenangi oleh Majlis Gereja-Gereja Malaysia.

Setiausaha Agungnya, Dr. Hermen Shastri (gambar) berkata, cadangan Wen Fang itu tidak disenangi kerana ajaran agama Kristian sememangnya tidak mengiktiraf golongan gay.

"Saya berpandangan apa yang cuba dilakukan oleh paderi berkenaan adalah disebabkan dia terpengaruh dengan gereja untuk golongan gay yang telah dibina di beberapa buah negara di Barat seperti Amerika Syarikat.

"Memang paderi tersebut akan memberi apa sahaja alasan supaya hasratnya tercapai tetapi tindakannya itu sudah pasti tidak akan mendapat sokongan mana-mana pihak gereja terutama di Malaysia," katanya kepada media semalam. (AK)

Friday, September 03, 2010

53 Tahun Merdeka, Masih Tidak Aman Dg Ah Long?


Ibu tak mengaku anak angkara ah long

JOHOR BARU, 3 Sept 10: Seorang ibu yang tidak tahan diganggu sekumpulan ah long yang memintanya membayar RM60,000 pinjaman yang dibuat oleh anak lelakinya, hari ini membuat keputusan memutuskan hubungan dengan anaknya itu.

Bong Swee Yin, 50, yang merupakan seorang peniaga, membuat tindakan itu kerana tidak tahan diganggu oleh peminjam wang haram itu yang mengarahnya membayar hutang anaknya (Mah Son Chai), selepas Mah melarikan diri dan gagal dihubungi sejak seminggu lalu.

“Kenapa cari saya, Mah Son Chai yang pinjam wang jadi mereka patut cari dia,” kata wanita itu yang ditemui di pejabat Ketua Timbalan Biro Pengaduan Awam MCA Johor Baharu, Michael Tay di sini hari ini.

Katanya sejak anaknya menghilangkan diri, pihak ah long telah dua kali mengganggu dan mengingatkannya bahawa bunga pinjaman akan bertambah jika hutang tidak dibayar.

“Saya benar-benar berharap dia akan pulang bagi menyelesaikan hutang tersebut,” kata Bong sebak.

Bong berkata anak sulung daripada tiga beradik yang berusia 25 tahun itu sememangnya sering membawa masalah kepadanya sejak kecil lagi.

Mah yang membesar tanpa kasih sayang ayahnya yang meninggal dunia kira-kira 20 tahun lalu tidak menamatkan pelajaran di sekolah menengah dan suka berjudi melalui internet.

“Saya nasihat dia jangan judi tapi dia suruh saya pergi mati.

“Saya tidak mahu ada apa-apa hubungan dengannya lagi, mulai hari ini dia bukan lagi anak saya,” katanya.

Bimbangkan keselamatannya, Bong juga membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Johor Bahru Selatan hari ini.

Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan, ACP Zainuddin Yaacob mengesahkan menerima laporan itu dan membuat siasatan lanjut. — Bernama

Komen Blog Ibnu Hasyim: Sudah 53 tahun merdeka, ah long masih berkuasa mengganggu ketenteraman rakyat yang tak bersalah? Di mana salahnya? (AK)

Pagi Tadi, 2 Terbunuh Di Thailand Selatan.

Seorang askar penjaga berdiri di luar sebuah masjid di Thailand selatan wilayah Pattani September 6, 2009. - Reuters pic

BANGKOK, September 3 10: Pertembungan tentera dengan pemberontak Muslim di selatan Thailand dipercayai sewaktu fajar menyinsing hari ini di sebuah pondok senjata mengorbankan seorang tentera dan seorang militan, yang menurut pihak tentera, keganasan terbaru itu berlaku di wilayah bergolak bersempadan dengan Malaysia.

Dua tentera juga luka oleh tembakan semasa memasuki rumah tertuduh pembuat bom Mohammad Sarai, di wilayah Yala pada waktu subuh, kata Kolonel Yutthana Petchmuang. Tentera ditembak mati oleh Sarai, yang telah mendapat beberapa arahan perintah penangkapan terhadapnya, termasuk pertama kerana membunuh seorang polis pada tahun 2005. Penembak bersenjata lain, melarikan diri melalui belakang rumah.

Lebih dari 4,000 orang, Muslim dan Buddha, telah terkorban dalam enam tahun rusuhan di wilayah selatan Thailand, yang dianggap sebagai memerangi etnik Muslim Malaysia untuk majoriti Buddha autonomi dari negara di wilayah yang kaya dengan getah itu.

Secara berasingan, seorang ketua kampung Muslim ditembak mati malam terakhir semasa memandu di wilayah Pattani dari masjid. Polis menyalahkan pemberontak Islam. Pemberontak sering mensasarkan pegawai kerajaan seperti polis, kakitangan kerajaan dan guru sekolah. Warga Muslim juga mengeluh penahanan sewenang-wenangnya dan pembunuhan di luar undang-undang oleh pasukan keselamatan negara.

Tiga wilayah selatan, Pattani, Yala dan Narathiwat, adalah sebahagian daripada kesultanan Muslim Malaysia sehingga diambil oleh Thailand pada 1909. Sekitar 80 peratus daripada penduduknya adalah Muslim. (Sumber: Reuter)

Lembu Minum Susu Manusia, Bagaimana Sepatutnya?


SEORANG wanita India bernama Couthi Bai dengan senang hati menyusui anak lembu yatim piatu demi untuk menghidupinya. Anak sapi (pedhet) berusia 46 hari itu disusui dengan payudara Couthi sehari 3-4 kali. Kadang juga diberikan jari-jarinya untuk dimasukkan ke mulut anak lembu itu.

Wanita yang sudah memiliki anak itu rela memberikan susunya kepada anak lembu. Sebagaimana keyakinan warga di desa di India, lembu dianggap sebagai binatang suci sehingga ada ikatan psikologis dengan anak anak lembu. "Setelah ibunya mati, aku selalu memeluknya dan kuberikan air susuku untuk dia (anak lembu) minum juga," kata Couthi yang tinggal di Kilchu, negara Rajasthan, India utara.

Anak lembu itu ditinggal ibunya beberapa hari sesudah kelahiran. "Dia masih sangat muda ketika ibunya mati. Bagi saya tak ada perbedaan anak (manusia) dengan anak lembu,"

Couthi makan tiga hari sekali, sama halnya dengan pemberian air susu ibu kepada anak lembu itu. Kadang anak lembu itu diberi makan chapati (roti) dan air minum untuk melatihnya biar cepat tumbuh membesar. "Para dewa akan senang jika saya menyusuinya," kata Couthi.

Seorang warga desa mengatakan "Ini pertama kali terjadi di desa kami. Setiap kali dia pergi ke ladang, anak lembu itu juga diajaknya (dituntun) sama halnya juga memberinya susu dan makanan berzat bagi anak lembu itu,"

Anak lembu itu seolah-olah menganggap Couhti sebagai ibunya sehingga selalu ikut kemana pun dia pergi. (Sumber
Harian Telegraph dll)

Komen Blog Ibnu Hasyim: Di saat di negara kita wanita-wanita sibuk tidak sempat memberi susu ibu kepada anaknya dengan berbagai alasan, di utara India ada manusia sanggup meluangkan masa dan khidmatnya memberi susu aslinya kepada seekor anak lembu kesayangannya yang yatim piatu. Lembu minum susu manusia, ganti menusia minum susu lembu..

Sedangkan kini, berapa banyak bayi-bayi lahir tetapi tidak dapat susu dari ibunya sendiri, padahal susu ibu merupakan zat dan makanan terbaik bagi bayi. Dalam Al-Quran Allah SWT berfirman...

"Ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan. Dan kewajiban ayah memberi makan dan pakaian kepada ibu dengan cara ma’ruf. Seseorang tidak dibebani melainkan menurut kadar kesanggupannya. Janganlah seorang ibu menderita kesengsaraan kerana anaknya dan seorang ayah kerana anaknya, dan warispun berkewajiban demikian.

Apabila keduanya ingin menyapih (berhentikan menyusu sebelum dua tahun) dengan kerelaan keduanya dan bermesyurat, maka tidak ada dosa atas keduanya. Dan jika kamu ingin anakmu disusukan oleh orang lain, maka tidak ada dosa bagimu apabila kamu memberikan pembayaran menurut yang patut. Bertakwalah kamu kepada Allah dan ketahuilah bahawa Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan

-
Al-Baqarah (Surah 2): Ayat 233


Hikmah ayat yang terkandung dalam kitab Suci Alqur’an tersebut, setidaknya menekankan bahawa susu ibu sangat penting. Tidak main-main, seorang ibu sepatutnya memberikan susunya sampai anaknya genap usia 2 tahun.


Difahamkan, usu ibu mempunyai kelebihan luar biasa bagi manusia. Keunggulan susu ibu berbandingkan dengan 'susu formula' adalah...

(i) Kadar susu ibu boleh berubah sesuai dengan fase-fase pertumbuhan bayi.
(ii) Jumlah kalori dan zat berubah berdasarkan keadaan bayi waktu lahir. Samada bayi lahir prematur atau tepat waktu. Bila bayi lahir prematur, kadar lemak dan protein susu ibu lebih tinggi dari keperluan bayi umumnya, kerana kelahiran bayi prematur memerlukan kalori lebih banyak.

Inilah yang tiada pada susu formula.Unsur-unsur sistem kekebalan tubuh yang diperlukan bayi, seperti anticore atau sel pertahanan tubuh, sangat tersedia dalam susu ibu. Ibaratnya mereka sebagai Paspampres, mempertahankan tubuh bayi yang sebenarnya asing bagi mereka, dan melindungi bayi dari musuh.

Selain itu, susu ibu merupakan
antibakteri. Perbedaanya dengan bakteri pada susu formula, ialah bakteri dapat tumbuh dalam susu biasa yang disimpan pada suhu bilik selama enam jam. Namun, tidak ada bakteri yang muncul dalam susu ibu yang disimpan dalam suhu dan jangka waktu yang sama. Ilmu biologi tetap menganggap, susu ibu sangat diperlukankan bayi dalam perkembangan otak dan tubuhnya.

Susu formula adalah berbentuk fermentasi dan modifikasi dari susu lembu. Sedangkan di dalam susu ibu, terdapat tiga unsur protein yang jauh lebih tinggi dibandingkan susu lembu, sehingga, terasa sampai dewasa, dalam menjaga kesehatanya. Sebab, ianya akan memperbaiki dan mempertahankan sistem kekebalan tubuh. Ini boleh ditemukan pada air susu ibu pertama keluar atau
colustrum yang meningkatkan produksi antibodi, menjadi anti-oksidan dan anti radikal bebas (free radicals), bahkan akan menghancurkan plasma sel.

Selain itu, kadar 3.5-4.5% lemak menjadi sumber utama susu ibu dalam kandungan nutrien. Kemudian karbohidrat, yang kandungan utamanya adalah laktose, kadarnya paling tinggi dibanding susu mamalia lain (7%). Protein, dengan kadar 0,9%. Susu ibu mengandung garam dan mineral lebih rendah dibanding susu lembu. Vitamin susu ibu cukup banyak mengandung vitamin yang diperlukan bayi. Iaitu,
vitamin K yang berfungsi sebagai katalisator pada proses pembekuan darah, dengan jumlah yang cukup, dan mudah diserap, juga mengandung vitamin E dan D.

Selanjutnya, susu ibu juga mengandung
zat protektif. Iaitu flora normal akibat bakteri Laktobacilus sp, yang berfungsi mengubah laktose menjadi asam laktat dan asam asetat. Keduanya bersifat asam dalam pencernaan, yang mampu menghambat pertumbuhan mikro organisme, seperti bakteri E.Coli. Juga laktoferin, iaitu protein yang berkaitan dengan zat besi. Dengan mengikat zat besi, maka laktoferin bermanfaat untuk menghambat pertumbuhan kuman tertentu, seperti Stafilokokus dan Escericia sp.

Kemudian mengandung enzim yang dapat memecah dinding bakteri (Lizozim). Antistreptokokus, yang melindungi bayi dari infeksi kuman tertentu. Antibodi, yang dapat mencegah bakteri patogen dan enterovirus masuk kedalam usus.
Akhirnya, tidak ada alasan bagi ibu membuang susunya untuk hak anaknya. Di zaman Rasulullah, pernah ada seorang ibu yang air susunya terus mengalir tanpa berhenti. Itulah Halimah, yang menyusui Nabi Muhammad.SAW.

Ringkasnya, lihat 10 manfaat susu ibu bagi bayinya..

1.
Pemberian susu ibu pada bayi akan meningkatkan perlindungan terhadap banyak penyakit seperti radang otak dan diabetes.

2. Susu ibu juga membantu melindungi dari penyakit-penyakit biasa seperti infeksi telinga, diare demam dan melindungi dari
Sudden Infant Death Syndrome
(SIDS) atau kematian mendadak pada bayi.

3. Ketika bayi yang sedang menyusui sakit, mereka perlu perawatan hospital jauh lebih kecil dibanding bayi yang minum susu botol.


4. Air susu ibu memberikan zat nutrisi yang paling baik dan paling lengkap bagi pertumbuhan bayi.


5. Komponen air susu ibu akan berubah sesuai dengan perubahan nutrisi yang diperlukan bayi ketika ia tumbuh.


6. Air susu ibu akan melindungi bayi terhadap alergi makanan, jika makanan yang dikonsumsi ibu hanya mengandung sedikit makanan yang menyebabkan alergi.


7. Pemberian susu ibu akan menjimatkan perbelanjaan keluarga yang digunakan untuk membeli susu formula dan segala perlengkapnya.


8. Air susu ibu sangat sesuai dan mudah, tidak perlukan botol untuk mensterilisasi, dan tidak perlu campuran formula.


9. Menyusu merupakan kegiatan eksklusif bagi ibu dan bayi. Kegiatan ini akan meningkatkan kedekatan antara anak dan ibu.


10. Resiko terjadinya barah ovarium dan payudara pada wanita yang beri susu ibu pada bayinya lebih kecil daripada wanita yang tidak menyusui anaknya.


Oh. Ada lagi dikatakan, bayi yang guna susu ibu sebelum 2 tahun insyaAllah akan sangat mudah diberi makanan, tidak susah makan, dan tidak pilih-pilih makan. Allahu 'aklam. (Dikutib dari pelbagai sumber).

Nasionalkan & Bawa Aspirasi Perlembagaan -Dr Mujahid

Prof Aziz Bari dan Dr Mujahid Yusof bersama buku “Menuju PAS Baru: Krisis, Peluang dan Dinamisme” dan “Kita kan Orang Malaysia” yang dilancarkan malam tadi. — Gambar oleh Choo Choy May

KUALA LUMPUR, 3 Sept 10: PAS, yang menjalin kerjasama dengan PKR dan DAP untuk membentuk Pakatan Rakyat, perlu mengambil langkah “menasionalkan” parti iaitu menjadikannya “parti yang berpijak dalam kerangka negara bangsa dan bergerak dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan.”

Dalam buku terbaru berjudul “Menuju PAS Baru: Krisis, Peluang dan Dinamisme”, ahli jawatankausa kerja PAS pusat Dr Mujahid Yusof berkata, parti Islam ini perlu menonjolkan ciri-ciri nasional yang mampu memberi keyakinan kepada orang ramai tentang komitmennya terhadap tonggak negara bangsa.

Buku itu dilancarkan di sini malam tadi.

“Persoalan ini timbul berlatangbelakangkan persepsi yang ditanggap oleh orang ramai bahawa PAS bukan parti nasional yang ada kaitan dengan semangat negara bangsa, malah dakwaan PAS keluar dari kerangka perlembagaan dan kebimbangan PAS tidak membawa aspirasi nasional adalah kebimbangan yang berasas,” kata Mujahid.

Mujahid yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar berkata kebimbangan itu sebenarnya adalah persepsi orang ramai kepada kepada PAS hasil daripada ungkapan-ungkapan pemimpin dan ahli PAS yang seolah-olah menafikan Perlembagaan Persekutuan.

Anak bekas presiden PAS ini menambah, semasa awal kepimpinan ulama sehingga ke hari ini ungkapan bahawa Perlembagaan Persekutuan dilabel sebagai perlembagaan “Taghut” dan dianggap sebagai sebuah “Perlembagaan Kafir”.

“Tanggapan ini terbentuk dalam melihat dan membuat perbandingan antara dasar PAS iaitu al-Quran yang ‘diintepretasikan’ sebagai Perlembagaan dengan Perlembagaan Persekutuan yang ada.

“Pelabelan secara umum dan tanpa melihat perincian kepada keperluan-keperluan semasa dalam konteks kenegaraan telah menimbulkan satu masalah kepada PAS seolah-olah PAS masih lagi belum mampu meneraju politik negara ini kerana ciri ‘nasionalnya’ yang belum kuat dan meyakinkan rakyat Malaysia,” kata beliau.

Buku ini menggariskan senarai krisis dilalui PAS yang kini berusia enam dekad.

Dalam buku setebal 194 halaman yang dikeluarkan oleh The Malaysian Insider, Mujahid menambah, kesan silap faham ini menimbulkan pelbagai persoalan, antaranya keengganan parti untuk menyanyikan lagu Negara Ku atas alasan tidak syariah dan sekali gus menampakkan kurangnya ciri nasionalistik PAS secara simboliknya.

“Tetapi, dengan berkembangnya PAS sebagai sebuah parti yang menentukan masa depan negara dan kerana PAS mempunyai rakan dalam membentuk pakatan strategik yang bercita-cita menuju ke Putrajaya, tekanan supaya PAS menjadi parti yang bersumberkan aspirasi nasional dalam penampilannya kini menjadi sesuatu yang cukup mendesak.

“Kegagalan kepimpinan melihat ini sebagai ciri penting PAS dalam Lekuk Ketiga akan menjadikan PAS ketinggalan di belakang untuk menerajui politik negara,” kata beliau lagi.

Mujahid berkata, sebagai sebuah parti nasional, PAS perlu melihat dirinya berdiri di atas premis Perlembagaan Persekutuan dan untuk menjelmakan premis ini PAS perlu mengambil lima langkah organisasi.

Antaranya ialah memasukkan dalam latihan pengkaderannya satu modul khas tentang Perlembagaan Persekutuan dan membentuk identiti nasional dalam program-program parti melalui simbol yang melambangkan komitmen nasional PAS seperti mengibarkan Jalur Gemilang, menyanyikan lagu Negara Ku.

Dua langkah lain ialah berpakaian dengan ciri-ciri kebangsaan dan menegaskan dalam pengucapan awam komitmen parti mengikut perlembagaan parti bahawa PAS adalah parti yang berpijak di bumi nasional dan menamakan semula perkataan-perkataan yang dianggap eksklusif kepada nama-nama yang mudah difahami oleh orang ramai dalam pengucapan awam supaya ekspresi bahasa mudah difahami awam.

Mujahid juga berkata, kepimpinan PAS dalam Lekuk Ketiga perlu mengubah persepsi orang ramai bahawa mereka adalah golongan eksklusif yang memimpin dengan gelaran tertentu.

Katanya, PAS perlu memperbetulkan persepsi ini kerana nama kepimpinan ulama itu sendiri boleh disalah tafsir sebagai nama kepada golongan tertentu.

“Dicadangkan dalam Lekuk Ketiga PAS memperkukuhkan lagi kepimpinannya dengan membuat penjenamaan semula gelaran kepimpinan dengan nama baru yang meletakkan PAS pada ciri inklusif seperti Kepimpinan Berkebajikan, Kepimpinan Sejagat atau Kepimpinan Untuk Semua.

“Nama kepimpinan ulama adalah untuk membezakan kepimpinan Datuk Asri dengan wujudnya satu badan baru dalam Perlembagaan PAS yang dinamakan Majlis Syura,” kata beliau.

Menurut beliau, sudah tiba masanya setelah 20 tahun berlalu, nama kepimpinan ulama diperkukuhkan dengan nama baru seperti yang dicadangkan ini.

“Selain itu cara pemikiran fikah kepimpinan mestilah menjurus kepada mencapai maslahat mengikut marhalah dan keupayaan parti,” katanya.

Mujahid berkata, kemunculan Lekuk Ketiga boleh berlaku dengan sendirinya, namun kemunculannya tanpa diurus dengan baik akan menimbulkan berbagai kekeliruan kepada ahli dan orang ramai, apatah lagi masalah dalaman yang berpotensi menimbulkan konflik tiada berkesudahan.

Oleh itu, tambah beliau, Lekuk Ketiga ini perlu diurus dalam satu pasukan pengurusan parti yang perlu melihat perubahan dalam parti berlaku secara terancang.

“Lekuk Ketiga diharapkan menjadi kekuatan baru parti untuk menuju ke hadapan bagi generasi ketiga menyambung perjuangan parti,” kata pemimpin berusia 45 tahun ini.

Menuju PAS Baru: Krisis, Peluang dan Dinamisme” adalah antara dua buku tulisan Mujahid yang dilancarkan semalam.

Buku “Kita kan orang Malaysia” pula siri keluaran Buku Siasah. Kedua-duanya dilancarkan oleh penganalisis politik dari Universiti Islam Antarabangsa Prof Abdul Aziz Bari. (The Malaysian Insider)

Lihat pemikiran Dr mujahid, antaranya..

M/Alternatif: Pendedahan Berfakta, Tiada Tindakan -Mahfuz Omar

KL, 3 Sept 10: Keengganan kerajaan mengambil sebarang tindakan terhadap pendedahan-pendedahan yang berasaskan fakta di dalam media alternatif dilihat oleh rakyat sebagai perbuatan bersubahat.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menyatakan demikian sebagai mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam yang berkata, ada berita di dalam media alternatif yang benar, separuh benar dan liar.

"Persoalannya, mengapa kerajaan enggan mengambil tindakan pantas dan tegas terhadap berita yang benar atau yang sebahagiannya benar?

"Misalnya pendedahan mengenai apa yang dilakukan oleh (Tan Sri) Tajuddin Ramli ketika beliau menerajui MAS yang lengkap dengan dokumen mahkamah dan pelbagai dokumen lain.

"Sudah tiga Perdana Menteri termasuk Najib, semuanya enggan mengambil tindakan terhadap Tajuddin walaupun rakyat menganggap sikap kerajaan itu perbuatan bersubahat," kata beliau.

Bagi Mahfuz, Najib bukan sahaja kelihatan tidak tahu apa yang dimaksudkan sebagai benar, separuh benar dan liar malah tanpa segan silu pula menuntut rakyat supaya bijak menilai berita yang berpandukan fakta atau sebaliknya.

"Rakyat dituntut bersikap bijak tetapi kerajaan sendiri tidak jujur apabila enggan mengambil tindakan terhadap pendedahan yang benar," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu yang bersetuju tulisan-tulisan yang liar diambil tindakan.

Beliau memberi contoh dakwaan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Mahathir sebelum ini yang menyatakan hanya 40 peratus tulisan Editor Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin yang mengandungi fakta.

"Persoalannya, mengapa tidak ada sebarang tindakan dari kerajaan ekoran pendedahan di dalam 40 peratus tulisan Raja Petra yang disebut oleh Mukhriz mempunyai fakta itu? Adakah ia berkaitan dengan misteri pembunuhan Altantuya Shaariibuu?" Mahfuz mempersoalkan.

Beliau juga mengingatkan Najib supaya jangan menjawab sesuka hati untuk mencari publisiti murahan dengan mendakwa berita yang disiarkan oleh media arus perdana lebih tepat kerana kononnya menjadikan fakta sebagai panduan.

"Bukankah media perdana yang melaporkan dakwaan tanpa sebarang bukti Zam (Tan Sri Zainuddin Maidin) kononnya PAS meminta bekas Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman merampas harta orang Cina tempatan selepas tragedi 13 Mei 1969.

"Sedangkan fakta sejarah membuktikan Kelantan adalah negeri yang paling aman dalam tempoh rusuhan perkauman itu hasil inisiatif yang dilakukan oleh kerajaan PAS yang memerintah negeri tersebut waktu itu.

"Fakta apa yang menjadi panduan media arus perdana ketika menyiarkan berita Zam itu?" tanya Mahfuz. (AK)