Saturday, September 11, 2010

Lepas Hari Raya, Bagaimana Kita?

Catatan Santai

FAJAR 1 Syawal menyingsing, menandai berakhirnya Ramadhan penuh kemuliaan. Senyum kemenangan terukir di wajah-wajah perindu Ramadhan, sambil berharap kembali meniti Ramadhan di tahun depan.

Satu persatu kaki-kaki melangkah menuju tanah lapang, menyeru nama Allah melalui takbir. Langit menjadi saksi, pada mata yang tidak mampu membendung air mata keharuan di pagi raya yang mulia. Tiba-tiba, sepasang kaki terhenti, melihat seorang gadis kecil di tepi jalan. "Mengapa kau menangis nak?" suara lembut menyapa gadis kecil itu.

Tanpa menoleh ke arah suara itu, matanya menerawang tak menentu, mencari sesosok yang amat ia rindui kehadirannya di hari bahagia itu. Ternyata, ia menangis kerana tidak memiliki baju baru yang cantik indah untuk rayakan hari kemenangan itu. "Ayahku mati syahid dalam sebuah peperangan bersama Rasulullah.." jawab gadis itu mengenai ayahnya.

Lelaki itu mendekap gadis kecil itu. "Mahukah engkau, kalau Aisyah menjadi ibumu, Muhammad sebagai ayahmu, Fatimah makcikmu, Ali sebagai 'uncle'mu, Hasan & Husain menjadi saudaramu?"

Terkejut gadis itu, baru dia sedar, lelaki didepannya adalah Muhammad Rasulullah SAW, Nabi yang sentiasa memuliakan anak yatim. Dia juga dulunya yatim piatu. Siapa yang tidak ingin berayahkan lelaki paling mulia, dan beribukan seorang Ummul Mukminin?

Dia membuat gadis kecil yang bersedih di hari raya itu, tersenyum. Mungkin senyum paling indah. Dia menjemput gadis itu ke rumahnya, diberikan pakaian yang indah cantik. Maka terbasuhlah sudah airmatanya. Lelaki agung itu, shalawat dan salam baginya.

Rasul itu tidak hanya berbaju cantik indah pada Hari Raya, tetapi juga mengajak seorang anak yatim ikut berbaju cantik dan indah juga, sehingga nampak tiada beda dengan Hasan dan Husain, kedua cucunya. Lelaki agung itu, tahu bagaimana menjadikan hari raya juga, istimewa bagi anak-anak yatim.

Apakah Hari Raya kita hari ini mencapai maksud seperti yang dilalui dan dikehendaki oleh Nabi SAW? Bagaimana Hari Raya kita berbanding Hari Raya Nabi SAW? Cerminlah diri kita sendiri, bagaimana Hari Raya yang kita tinggalkan semalam?

Allahu aklam. Selamat Hari Raya, maaf zahir batin.

Ibnu Hasyim Catatan Santai
alamat e-mail: ibnuhasyim@gmail.com
KL. 11 Sept 2010

Lihat sebelum ini...

Permainan Video Islam Perlu Di Negara Ini..

HALAMAN HIBURAN

Ahlul Bayt News Agency, Iran telah mengeluarkan 2 permainan video anti Israel pada hari Quds. Gambar atas Freedom Convoy, gambar bawah Devil Den 2

Oleh Drs Mohd Rashidi Deraman

TEHRAN 9SEPT 10: Devil Den 2 dan Freedom Convoy, yang di hasilkan oleh Pelajar Organisasi Basij, telah di rasmikan dalam satu majlis hari ini.

Brigadier Mohammad-Saleh Jokar, Pengarah organisasi ini, yang juga seorang wakil dari Kementerian Pelajaran berkata, Devil Den 2 ialah sebuah permainan yang jalan ceritanya berdasarkan protokol Israel. "Rejim yang haram ini telah menyatakan di dalam protokolnya bahawa ia akan memansuhkan semua jenis kepercayaan."

"Kita telah melihat sendiri batu asas kepada penubuhan rejim Zionis telah semakin lemah, dan anak-anak muda kita perlu diperkenalkan dengan polisi-polisi tidak berperi kemanusiaan rejim ini." Tambah beliau. “Freedom Convoy” ialah permainan yang berkaitan dengan serangan Israel ke atas konvoi Gaza, beberapa bulan yang lalu.

Beberapa Komander Tentera Iran turut hadir dalam majlis itu, termasuk Brigadier Mohammadreza Naqdi dan Timbalan Komander HQ Angkatan Tentera, Masud Jazayeri. "Kejatuhan orang-orang yang zalim akan dilakukan oleh Tuhan sendiri....Mengikut pandangan kami, rejim ini akan hilang dan tidak akan wujud dalam tempoh 15 tahun." Kata Naqdi

Beliau menambah, tidak lama lagi rejim ini akan berada bersama dengan rejim Soviet dan Apartheid yang telah tumbang pada masa lalu. " AS dan Israel ialah musuh kita, dan tidak dapat dinafikan, mereka mempunyai keupayaan yang nyata dan tersembunyi. Bagaimanapun, kebangkitan pendidikan agama dan kemunculan Revolusi Iran, menimbulkan beberapa masalah baru kepada 2 kuasa ini." kata Jazayeri

Beliau turut menambah bahawa permainan video ini adalah untuk menukar citarasa pengguna yang telah dibanjiri dengan permainan video barat. Iran merancang untuk meneruskan 6 lagi sambungan untuk permainan ini, yang dikeluarkan buat pertama kali pada tahun 2009.

Jalan cerita Devil Den 1 ialah dimana sekumpulan pelajar Iran yang dalam perjalanan ziarah ke Iraq, telah diculik oleh tentera Amerika, dan diberikan kepada tentera Israel untuk menukar mereka menjadi tentera zionis. Salah seorang dari mereka berjaya melepaskan diri dan cuba untuk membebaskan pelajar yang lain.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Syabas kepada Iran dalam penentangannya ke atas kuasa barat dan musuh-musuh Islam. Bolehkah permainan vedeo begini diwujudkan dan disesuaikan dengan suasana atau dakwah Islam di Malaysia? Jabatan dan bahagian agama Islam khususnya perlu meluaskan dan memainkan peranan dalam dalam menerapkan ilmu Islam melalui permainan video seperti ini di kalangan remaja.. Kerana permainan video Islam perlu diwujudkan di negara ini, apalagi dalam negara yang majmuk seperti Malaysia.. (AK)

Ada kaitan...

Apa Rahsia Terry Jones Batal Bakar Al-Quran?


WASHINGTON 11SEPT 10: Terbongkarlah sudah mengapa berlaku pembatalan bakar Al-Quran seperti dirancangkan. Hal ini berlaku apabila Menteri Pertahanan AS, Robert Gates berhubung telefon dengan Terry Jones, pendeta gereja Florida yang merancang pembakaran al-Qur'an hari ini.

Gates memperingatkan Jones atas tindakan tersebut. Demikian dilaporkan Fars News mengutip AFP.
Jurucakap Pentagon, Jeff Morrell menjelaskan, Gates melalui telefon, menyatakan khuatir atas rencana Jones dan mengatakan tindakan tersebut membahayakan nyawa ribuan militer AS khususnya yang berada di Irak dan Afghanistan.

Morrell menambah, Pentagon meminta Jones membatalkan 'rencana gila' itu. Dalam reaksinya, Jones ternyata tunduk pada permintaan Gates. Namun demikian, Jones tetap menekankan akan berhenti jika projek pembangunan Islamic Center yang akan dibangunkan dekat lokasi peristiwa 11 September itu dipindahkan.

Dalam argumen atau 'kempen hasut'nya, Jones mengatakan, warga AS tidak ingin masjid ini dibangunkan di lokasi itu, dan umat Islam juga tidak mengharap ratusan kitab suci mereka di bakar.

"Porrah!, Jones ingat kita takut!" kata seorang Muslim keturunan India, sewaktu ditemui selepas sembahyang Hari Raya Aidilfitri di Masjid India KualaLumpur pagi semalam. (Blog Ibnu Hasyim laporan Asyok Kumar)

Masjid WTC Tetap Dibina, Imam Rauf Tidak Temui Pastor John.

Imam Feisal Abdul Rauf

NEW YORK, 11 Sept 10: Imam New York, yang menerajui projek pembinaan pusat kebudayaan beserta masjid berhampiran tapak Pusat Dagangan Dunia (WTC) yang musnah genap sembilan tahun lalu, tidak bercadang untuk bertemu dengan pastor dari Florida yang sebelum ini mengancam mahu membakar al-Quran.

Imam Feisal Abdul Rauf berkata, tiada rancangan untuk mengadakan pertemuan dengan Pastor Terry Jones yang telah mengubah pendiriannya, tidak akan membakar al-Quran kelmarin.

“Saya bersedia untuk bertemu sesiapa sahaja yang dengan serius mahu menegakkan keamanan. Kami tiada rancangan pertemuan sedemikian pada masa sekarang.

“Pendirian kami untuk mengadakan pusat masyarakat (dekat dengan tapak WTC) tidak berubah.

“Ketika detik hari 11 September yang menyedihkan di depan kita, saya meminta setiap daripada kita meluangkan masa untuk mengadakan solat dan muhasabah diri,” kata Feisal dalam satu kenyataan yang dikeluarkan.

Ejen publisiti beliau juga mengesahkan tidak akan ada pertemuan dengan Pastor Terry Jones dari gereja Dove World Outreach Center, Gainesville, Florida. Kelmarin Jones berkata, beliau membatalkan hasrat membakar al-Quran hari ini sempena ulang tahun kesembilan serangan pengganas ke atas WTC dan mengesahkan masyarakat Islam telah membatalkan pelan membina pusat kebudayaan di kawasan berhampiran dengan WTC.

Projek itu akan dialihkan ke tempat lain, kata Jones tetapi ia juga telah dinafikan oleh Feisal kelmarin. Malah Jones juga memaklumkan bahawa satu pertemuan akan diadakan dengan Feisal di sini hari ini. Hari ini genap sembilan tahun WTC musnah dalam serangan pengganas. (AK)

Sebelum ini...

Friday, September 10, 2010

Pemasyhuran Pemangku Raja K'tan, Komen Nik Aziz


Kota Bharu Sep 10, 10: Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau belum menerima surat rasmi dari istana mengenai pemasyhuran Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan Isnin ini.

Katanya sehingga kini beliau tidak mendapat sebarang khabar mengenai perkara itu daripada mana-mana pihak. "Saya kalau boleh tidak mahu komen sebarang perkara berkaitan istana (Kelantan)," katanya kepada Bernama hari ini.

Nik Abdul Aziz berkata demikian mengulas laporan sebuah akhbar yang memetik sumber bahawa pemangku Raja Kelantan dipercayai akan dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan Isnin ini bagi menggantikan ayahandanya, Tuanku Ismail Petra yang gering sejak setahun lalu. Istiadat pemasyhuran itu dikatakan bakal berlangsung di Balairong Seri Istana Balai Besar di sini bermula pada pukul 11.30 pagi.

Sementara itu Pengelola Istana DiRaja Kelantan Datuk Abdul Halim Hamad ketika dihubungi Bernama berkata beliau enggan mengesahkan mengenai istiadat pemasyhuran itu. "Saya tidak mahu mengesahkan dan juga tidak mahu menafikan perkara itu. Saya juga tidak mendapat perintah daripada pemangku Raja untuk mengeluarkan sebarang kenyataan tentang perkara itu," katanya.(AK)

Bakar Al Quran: Cadangan Tak Masuk Akal -Nik Aziz

Nik Aziz: ‘Allah akan laknat jika pemimpin agama bakar al-Quran’

KOTA BARU, 10 Sept 10: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata rancangan paderi di Amerika Syarikat untuk membakar al-Quran sebagai sempena ulang tahun kesembilan serangan pengganas ke atas Pusat Dagangan Dunia (WTC) sebagai tindakan di luar jangkaan manusia.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, Allah Taala akan laknat jika ada pemimpin agama seperti itu.

Katanya, cadangan paderi berkenaan tidak masuk akal kerana mereka orang berilmu, yang tahu bahawa Islam bukanlah agama pengganas dan golongan ini boleh membuat kajian mengenai agama Islam dalam pelbagai bahasa.

Malah, katanya persoalan siapa yang bertanggungjawab ke atas serangan WTC sehingga hari ini belum dikenal pasti lagi.

“Kalau kata komunis bakar nak bakar al-Quran itu munasabah kerana mereka tiada beragama, sedangkan paderi Kristian adalah orang yang berilmu dan boleh membuat kajian mengenai agama Islam dalam pelbagai bahasa.

Beliau tahu bahawa Islam tidak perlu khianat kepada orang lain, jadi tak ada sebab mereka boleh bertindak demikian.

Nik Aziz berkata demikian kepada pemberita pada rumah terbuka Aidilfitri di kediamannya di Kampung Pulau Melaka, dekat sini, hari ini.

Dalam pada itu, kerajaan Amerika Syarikat membidas rancangan membakar al-Quran.

Menurut kenyataan Kedutaan Amerika Syarikat di sini, kerajaan negara itu memandang tindakan sengaja memusnahkan sebarang buku suci adalah menjijikkan dan menimbulkan perbalahan, sesuatu yang ditolak oleh majoriti rakyat Amerika.

“Kami mempunyai penghormatan tidak berbelah bagi untuk al-Quran dan Islam sebagai salah sebuah agama teragung di dunia,” katanya.

Kenyataan itu menyebut semalam Presiden Barack Obama telah menyatakan cadangan kumpulan itu adalah bertentangan dengan nilai-nilai rakyat Amerika.

Selain itu, pertubuhan Islam Utara Amerika turut mengadakan sidang kemuncak antara agama pada 7 September lalu bagi menyatupadukan masyarakat pelbagai agama bagi menggalakkan toleransi dan menentang retorik anti-Islam. Wakil-wakil pada sidang itu termasuk pemimpin Kristian, Yahudi dan Islam.

Dalam perkembangan terbaru , Paderi Terry Jones dari Dove Outreach Center di Gainesville, Florida — yang mencetuskan kemarahan antarabangsa itu — telah memutuskan untuk menggantungkan rancangannya itu.

Di Johor Baru, Diokese Gereja Katolik Melaka-Johor hari ini mengutuk rancangan gereja di Gainesville itu.

Dalam kenyataannya, Biskop Paderi Tan Chee Ing menyifatkan tindakan itu sebagai tidak bermoral.

“Kami tidak mempunyai hak mencaci kepercayaan agama lain. Saling menghormati dan penerimaan merupakan langkah ke arah mencapai keharmonian,” katanya. — Bernama (AK)

Batal Bakar Ai-Quran, Tapi Gugur Projek Islam WTC?


Pastor Terry Jones dari Florida membatalkan rancangannya mahu membakar al-Quran tetapi...

WASHINGTON, 10 Sept 10: Di sebalik tekanan dari dalam dan luar Amerika, Pastor Terry Jones dari Florida membatalkan kempennya mahu membakar al-Quran yang dijadual untuk dilakukan esok sempena ulang tahun kesembilan memperingati serangan pengganas 11 September.

Jones, pastor sebuah gereja kecil di Gainesville mengumumkan keputusan itu pada sidang media di Florida semalam, yang turut dihadiri Imam Muhammad Musri dari Islamic Society of Central Florida. Beliau juga mendakwa pemimpin-pemimpin Islam telah bersetuju untuk menggugurkan projek membina pusat kebudayaan Islam bersama masjid berhampiran tapak Pusat Dagangan Dunia (WTC) yang musnah dalam serangan 11 September 2001.

Dipetik Reuters, Jones (gambar) berkata beliau mendapat jaminan daripada Muhammad Musri tentang pendirian masyarakat Muslim. Jones turut meminta mana-mana kumpulan lain agar tidak membakar al-Quran dan beliau akan terbang ke New York esok untuk mengadakan pertemuan dengan Imam Feisal Abdul Rauf, yang mengetuai projek pembinaan itu.

Bagaimanapun laporan menyusul berkata, Feisal menafikan kenyataan Jones bahawa satu perjanjian telah dicapai untuk memindahkan tapak projek pembinaan pusat dan masjid. “Saya gembira kerana Pastor Jones telah memutuskan untuk tidak membakar al-Quran,” kata Feisal dalam satu kenyataan dikeluarkan di New York.

“Bagaimanapun, saya tidak bercakap dengan Pastor Jones atau Imam Muhammad Musri (dari Florida). Saya terkejut dengan pengumumman mereka.

“Kami tidak bermain-main dengan agama kami atau agama lain. Ataupun kami akan adakan perjanjian barter (sedemikian).

“Kami berada di sini untuk menghulur tangan bagi membina keamanan dan keharmonian,” kata Feisal lagi.

Laman web NBC melaporkan, pada sidang media kedua sejurus selepas penafian Feisal, Jones pula berkata, beliau “berbohong tetapi saya tetap akan mengadakan pertemuan dengan beliau.” Pada sidang media pertama, Jones bertemu dengan Muhammad Musri yang memberitahunya bahawa pegawai-pegawai masyarakat Islam memberi jaminan bahawa tapak pembinaan masjid akan dipindahkan.

“Saya ada bertanya beliau tiga kali, dan saya ada saksi,” kata Jones.

Bagaimanapun selepas sidang media pertama Muhammad Musri memberitahu beliau dijemput untuk mengadakan satu pertemuan bersama Jones dan imam New York berhubung cadangan memindahkan masjid. Jones juga memberitahu Setiausaha Pertahanan Amerika Robert Gates ada menghubunginya awal semalam.

Gates meminta Jones agar menggugurkan rancangan membakar al-Quran. Rancangan Jones itu menjadi kontroversi antarabangsa sejak awal minggu ini, yang turut dikecam oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Pertuduhan Persidangan Islam (OIC). Pelbagai pihak dari Malaysia juga mengecam tindakan sedemikian.

Awal semalam, Presiden Barack Obama dan Setiausaha Negara Hillary Clinton telah merayu Jones akan mengkaji semula rancangannya. Pemimpin-pemimpin tentera Amerika menjelaksan pendirian mereka bahawa rancangan Jones akan membawa kesan buruk mendalam di luar negara.

Laporan Reuters juga menyebut pentadbiran Obama juga telah mengadakan perbincangan bagi menentukan sama ada mahu memanggil pastor itu bagi memintanya membatalkan rancangan membakar al-Quran. “Kemungkinna itu ada dibincangkan dengan mendalam oleh pentadbiran,” kata jurucakap Pentagon Geoffrey Morrell.

Pastor Jones membuat pengumuman itu ketika Interpol mengeluarkan kenyataan amaran kepada kerajaan di seluruh dunia berhubung kemungkinan peningkatan risiko tindakan pengganas jika pelan membakar al-Quran diteruskan.

“Jika rancangan untuk membakar al-Quran diteruskan di Amerika sebagaimana telah dirancang, ada kemungkinan besar serangan ganas akan menimpa mereka yang tidak berdosa,” kata kenyataan Interpol atas nasihat Pakistan, rakan pentadbiran White House.

Dengan rancangan mahu membakar al-Quran, sambutan Aidilfitri di Amerika kali ini agar tegang dengan bantahan terhadap pelan masyarakat Islam di New York mahu membina pusat kebudayaan Islam bersama masjid di Manhattan, berhampiran WTC yang menjadi sasaran pengganas sembilan tahun lalu.

Obama dan Datuk Bandar New York Michael Bloomberg sebelum ini mengatakan bahawa mereka menyokong hak bagi masyarakat Islam membina pusat itu manakala Republikan termasuk bekas calon jawatan Naib Presiden Sarah Palin menentangnya. Suruhanjaya Pemuliharaan Lokasi Ternama New York sebulat suara menolak bantahan mempertikaikan status bangunan di Lower Manhattan, sekali gus membuka laluan kepada pelan pembinaan masjid dan pusat kebudayaan tersebut, 3 Ogos lalu.

Keputusan itu membenarkan bangunan sedia ada diroboh dan dibina pusat Islam 13 tingkat menerusi pembiayaan sekitar RM300 juta (AS$100 juta). Suruhanjaya itu mendapati bahawa bangunan sedia ada, yang berusia 152 tahun berkenaan, dua blok dari tapak WTC yang ranap, bukan premis yang istimewa untuk memenuhi kriteria dijadikan bangunan ternama.

Projek itu mencetuskan protes hangat daripada pengkritik yang mengatakan kehadirannya berhampiran dengan WTC akan menyinggung upacara memperingati kematian 3,000 orang sembilan tahun lalu dalam serangan pengganas di bumi Amerika Syarikat. (AK)

Sikap Berlembut Presiden Indonesia?


Presiden Susilo Bambang Yudhoyono

DIPLOMASI
Aneh, SBY Tak Singgung Lemahnya Hasil Kinabalu
Jumat, 10 September 2010 | 01:49 WIB

JAKARTA, KOMPAS.com - Ketua Dewan Direktur Sabang-Merauke Circle Syahganda Nainggolan, memandang aneh sikap Presiden Susilo Bambang Yudhoyono, yang tak menyinggung lemahnya peran delegasi Indonesia yang dipimpin Menteri Luar Negeri Marty Natalegawa pada perundingan antarmenlu di Kinabalu, pada 6 September lalu, sehingga hasilnya merugikan Indonesia.

Hal tersebut disampaikan Syahganda di Jakarta, Kamis (9/9/2010) malam , menanggapi pernyataan Presiden SBY dalam pertemuan dengan pemimpin redaksi media massa di Istana Negara, Jakarta, Rabu (8/9/2010).

" SBY banyak menguraikan permasalahan yang dihadapi pemerintah untuk segera mendapat perhatian serta perbaikan, tapi sayang tak satu pun soal tentang Malaysia, khususnya mengenai hasil perundingan RI-Malaysia di Kinabalu yang tidak sesuai harapan publik," ujarnya.

Buruknya hasil perundingan itu, semestinya juga membuat presiden paling tidak memperlihat sikap kecewa, kalau tidak mampu meradang serta menampilkan wujud kemarahan, baik ditujukan terhadap Malaysia maupun delegasi Indonesia, akibat pencederaan makna perundingan yang menyulitkan Indonesia.

"Kita juga tak berhasil membuat agenda penyelidikan yang tuntas dalam kasus tersebut guna pencitraan Indonesia di mata dunia, di samping tidak mau memaksa Malaysia untuk menghormati kedaulatan negara kita," katanya.

Padahal, katanya, Presiden SBY saat berpidato di Mabes TNI, Rabu (1/9/2010) justru meminta dilakukannya upaya diplomasi yang benar dan bermartabat, sekaligus penyelidikan hukum atas adanya peristiwa penangkapan tiga petugas KKP oleh pihak Malaysia. (AK)

TERKAIT:

Rakyat M'sia Perlu Kutuk Bakar Al-Quran -Guan Eng

Rancangan Pastor Terry Jones mahu membakar al-Quran mencetuskan kontroversi baru.

KL, 9 Sept 10 : DAP mengutuk rancangan sebuah gereja di Florida, Amerika Syarikat (AS) yang mahu membakar al-Quran sempena ulang tahun kesembilan memperingati peristiwa 11 September ketika bantahan meningkat terhadap rancangan komuniti Islam New York membina masjid berhampiran tapak Pusat Dagangan Dunia (WTC).

Komponen Pakatan Rakyat itu berpendapat tindakan sedemikian hanya akan mencetuskan lebih banyak kebencian dan keganasan di kalangan orang yang berbeza kepercayaannya, bukan sahaja di AS, malah di negara-negara lain. Ulang tahun memperingati insiden itu jatuh selang sehari umat Islam menyambut Aidilfitri esok.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, parti itu menentang apa jua bentuk permusuhan, jenayah, perkauman dan tindakan melampau agama sama ada ia dilakukan di tanah air sendiri mahupun antarabangsa.

“Kami memilih untuk berdialog, rundingan dan debat daripada keganasan dan pelampau.

“Justeru, kami menyeru semua rakyat Malaysia tidak mengira kaum dan agama untuk mengutuk tindakan gila lagi merbahaya untuk mencemarkan naskhah kitab suci al-Quran,” kata beliau.

Laporan-laporan dari Florida menyebut Pastor Terry Jones bertegas untuk membakar al-Quran di Dove Outreach Center, Gainesville lusa, meskipun menerima tekanan daripada White House, pemimpin-pemimpin agama dan masyarakat agar tidak berbuat demikian.

Setiausaha Negara Amerika Senator Hillary Clinton juga menggesa Jones agar membatalkan rancangannya itu. Jones sambil mendakwa beliau menerima galakan daripada banyak pihak berkata beliau menerima sejumlah naskhah al-Quran menerusi pos.

Pada Julai lalu beliau berkata akan mengadakan Hari Membakar Al-Quran Sedunia bagi memperingati ulang tahun kesembilan serangan 11 September. Jones, 58, juga setakat ini telah menerima lebih 100 ugutan bunuh.

Lim yang juga Ahli Parlimen Bagan menambah, pihak berkuasa Amerika seharusnya mencegah cadangan untuk membakar kitab suci berkenaan daripada berlaku agar tidak membangkitkan sentimen di kalangan umat Islam terutama ketika mereka sedang menyambut Aidilfitri.

“Paderi Terry Jones mendakwa bahawa beliau mahu menghantar mesej kepada pihak radikal Islam bahawa mereka tidak akan bertolak ansur dengan pelakuan mereka.

“Namun begitu, beliau tersilap cara,” kata Lim.

Katanya, rancangan tidak masuk akal itu bukan sahaja akan mencetuskan kekmarahan umat Islam di seluruh dunia, malah turut menjarakkan hubungan dengan umat Islam biasa selain turut merosakkan imej agama Kristian yang mengajar pengikutnya tentang keamanan dan sikap menghormati semua kepercayaan.

Lim yang baru-baru ini menjadi sasaran serangan berhubung isu khutbah di Pulau Pinang berkata, keganasan sama ada dilakukan oleh puak fanatik keagamaan atau ditaja oleh pihak tertentu, harus dikutuk.

“... ilham untuk membakar al-Quran, kitab suci yang menjadi rujukan berbilion-bilion umat Islam di seluruh dunia, adalah melampau dan tidak dapat diterima,” kata Ketua Menteri Pulau Pinang ini.

Justeru kata beliau, DAP merasakan jalan terbaik untuk memperingati ulang tahun serangan 11 September ialah “dengan menawarkan perpaduan kepada semua yang menerima kesan atas serangan berkenaan dan berdoa untuk mereka” sambil memastikan ia tidak berulang lagi.”

“Saya yakin masyarakat Kristian di samping rakyat berbilang bangsa dan kepercayaan di negara ini akan mengenang mereka yang terkorban semasa tragedi 11 September dengan banyakkan berdoa agar perpaduan dan keazaman bersama ke arah keamanan, keadilan dan hormat-menghormati dalam masyarakat yang berkongsi banyak perkara.

“Kita juga harus mengukuhkan keazaman untuk membanteras pengganas dan aktiviti keganasan yang dilakukan atas nama keagamaan,” kata beliau.

Lim menambah, kepada masyarakat Islam di Malaysia dan di mana jua anda berada, DAP menawarkan persahabatan yang ikhlas lagi sejati dan bersatu padu menentang apa jua bentuk serangan atas kepercayaan yang luhur.

“Semoga bulan-bulan suci iaitu Ramadan dan Syawal akan membawa bersama keamanan, kegembiraan serta rasa mencintai di kalangan kita semua,” katanya.

Dengan rancangan mahu membakar al-Quran, sambutan Aidilfitri di Amerika kali ini agar tegang dengan bantahan terhadap pelan masyarakat Islam di New York mahu membina pusat kebudayaan Islam bersama masjid di Manhattan, berhampiran WTC yang menjadi sasaran pengganas sembilan tahun lalu.

Presiden Barack Obama dan Datuk Bandar New York Michael Bloomberg sebelum ini mengatakan bahawa mereka menyokong hak bagi masyarakat Islam membina pusat itu manakala Republikan termasuk bekas calon jawatan Naib Presiden Sarah Palin menentangnya.

Suruhanjaya Pemuliharaan Lokasi Ternama New York sebulat suara menolak bantahan mempertikaikan status bangunan di Lower Manhattan, sekali gus membuka laluan kepada pelan pembinaan masjid dan pusat kebudayaan tersebut, 3 Ogos lalu.

Keputusan itu membenarkan bangunan sedia ada diroboh dan dibina pusat Islam 13 tingkat menerusi pembiayaan sekitar RM300 juta. Suruhanjaya itu mendapati bahawa bangunan sedia ada, yang berusia 152 tahun berkenaan, dua blok dari tapak WTC yang ranap, bukan premis yang istimewa untuk memenuhi kriteria dijadikan bangunan ternama.

Projek itu mencetuskan protes hangat daripada pengkritik yang mengatakan kehadirannya berhampiran dengan WTC akan menyinggung upacara memperingati kematian 3,000 orang sembilan tahun lalu dalam serangan pengganas di bumi Amerika Syarikat.

Sementara itu, Direktor Eksekutif Council on American-Islamic Relations (CAIR), Nihad Awad, dalam wawancaranya dengan Televisyen RussiaToday, menyatakan akan menetapkan shalat Idul Fitri dekat Lembaga Martin Luther King dan dekat gereja yang diasuh oleh pendeta kontroversial Terry Jones di negara bahagian Florida.

Dikatakannya, "Ummat Islam juga diminta untuk melaksanakan shalat dengan damai dan menghindari segala kekerasan."
(AK)

Thursday, September 09, 2010

Apa Istimewa Tehran Samput Idulfitri?


TEHRAN 9 SEPT 10: Kota Tehran seperti kota-kota lain di Republik Islam Iran semakin bermandikan cahaya dan warna-warni menyambut hari raya Idul Fitri. Warga ibu kota Iran berusaha menyambut hari pengampunan ini. Demikian dilaporkan kantor berita Borna News Kamis hari ini dari Tehran.

Layanan Transport Umum bagi Jamaah Shalat
Untuk menyelenggarakan shalat Idul Fitri secara semarak, Datuk Bandar Tehran telah menyiapkan 2500 bus, 750 teksi dan mengaktifkan seluruh jalur subway guna mengatakan para jamaah shalat Idul Fitri ke Universiti Tehran. Sebagaima telah diumumkan, shalat Idul Fitri akan dimulai pukul 6.45 dengan pembacaan ayat-ayat suci al-Quran.

Bas-bas yang disiapkan itu berada di depan setiap masjid, bundaran kota dan distrik-distrik di sekitar kota Tehran. Sementara itu, sekitar 750 teksi secara percuma akan membawa para jamaah shalat ke Universiti Tehran.

Polis Siap Menjaga Keamanan Shalat Idul Fitri
Polisi Tehran sendiri telah menyatakan kesiapannya untuk mengawal keamanan dan memberikan pelayanan baik keamanan atau lalu lintas demi kenyamanan warga. Pihak polis juga telah mempersiapkan helikopter-helikopternya untuk meningkatkan keamanan warga di hari Idul Fitri. Kepada warga Tehran yang menghadapi masalah dipersilahkan menghubungi nomor telefon 110.

100 Ambulans Dipersiapkan di Universiti Tehran
Demi menjaga dan melayani keselamatan dan kesehatan jamaah shalat Idul Fitri, pemerintah juga telah menyiapkan 100 kereta ambulans di sekitar Universiti Tehran disertai 300 dokter dan tenaga medis. Seluruh rumah sakit di sekitar tempat penyelenggaraan shalat Idul Fitri dalam kondisi siaga dan setiap ada jamaah shalat yang memerlukan layanan dengan sigap petugas rumah sakit melayani mereka.

Malam Idul Fitri Tehran Bermandikan Cahaya
Malam hari raya Idul Fitri seluruh tempat-tempat umum, bundaran Azadi, Milad Tower, bundaran Nubuvat, Tajrish, Laleh dan bundaran-bundaran lainnya akan dimeriahkan dengan pencahayaan. Selain dimeriahkan dengan pencahayaan itu, di sebahagian bundaran kota Tehran juga melangsungkan acara ‘maghfirah'.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Bandingkan dengan sambutan Hari Raya di Malaysia, besok. Baik, itulah tauladan. Buruk, cukup situlah sempadan! (IRIB/AK)

P.Pg: Pesta Hantu Lapar, Apakata Majlis Agama?


George Town 9 Sept 10: Jawatankuasa Masjid Kapitan Keling dan Masjid Acheh di Georgetown Pulau Pinang merayu bantuan Yang di-Pertuan Agong supaya mengarahkan pihak berkuasa yang terbabit segera menghentikan 'pencabulan' sambutan Pesta Hantu Lapar yang menganggu penduduk setempat.

Menurut jurucakap jawatankuasa itu, Mohideen Abdul Kader satu memorandum akan dihantar kepada baginda bagi mencari penyelesaian sebelum perkara itu menimbulkan masalah lain yang lebih besar.

“Acara yang dijalankan menyebabkan ketegangan kepada penduduk tempatan dan menganggu orang ramai khususnya golongan tua dan uzur,” katanya.

Menurut Mohideen lagi, bunyi muzik yang kuat itu juga menganggu umat Islam yang menunaikan solat di masjid berkenaan. Jawatankuasanya itu membuat rayuan kepada Agong kerana baginda adalah ketua agama di Pulau Pinang dan tidak mempunyai kepentingan politik atau peribadi dalam perkara itu.

"Persembahan itu tidak mempunyai signifikan budaya ataupun keagamaan tetapi hanya meniru budaya pop Barat,” katanya pada sidang akhbar yang juga dihadiri oleh 30 anggota qariah masjid. Beberapa pentas juga telah didirikan bagi meraikan pesta itu yang berakhir semalam. Ia didirikan tidak jauh daripada dua masjid yang bersejarah - Masjid Kapitan Keling dan Masjid Acheh yang terletak kurang 30 meter dari satu sama lain.


Sejak sebulan lalu, terdapat persembahan di mana gadis muda yang berpakaian menjolokkan mata menyanyikan lagu pop Cina, Inggeris, Melayu dan juga Hindi dengan iringan muzik yang medesingkan telinga.

Menurut Mohideen, agak malang aktiviti seumpama itu dibenarkan ketika Ramadan di mana umat Islam cuba menumpukan perhatian dalam menunaikan ibadat mereka. Beliau membidas pihak penganjur kerana tidak sensitif dan membelakangkan perasaan umat Islam.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Apa jadi dengan majlis agama Pulau Pinang?

(Sumber Malaysiakini/AK)

Ada kaitan..

Masjid Lautze: Takbir Ala Tionghoa?

Masjid Lautze di Sawah Besar, Jakarta

VIVAnews: Takbiran Ala Keturunan Tionghoa di Lautze

JAKARTA Kamis, 9 Sept 10: Masjid Lautze tengah menyiapkan takbiran menyambut datangnya 1 Syawal. Sama seperti tahun-tahun sebelumnya, masjid yang beralamat di Jalan Lautze RT 10/3 No 87-89, Jakarta Pusat, ini tetap menggelar takbiran di masjid.

Muhamad Abdull A Hui yang aktif jadi pengurus Masjid Lautze, menuturkan bahwa takbir akan dikumandangan secara sederhana. "Speaker, toa dan bedug tetap kami gunakan," kata A Hui dalam perbincangan dengan VIVAnews, Kamis 9 September 2010.

Bedanya dengan masjid-masjid lainnya adalah kumandang takbir tidak dilakukan semalam suntuk. Masjid Lautze hanya ramai sejak maghrib sampai dengan pukul 10 malam.

Menurut A Hui, tidak ada larangan mengumandangkan takbir semalam suntuk. Hanya, pengurus masjid merasa harus toleransi terhadap warga sekitar yang ingin beristirahat.

Tidak ada yang istimewa dalam takbiran kali ini. Hanya sekitar 20 orang yang diperkirakan datang. Namun, warga keturunan yang datang berasal dari berbagai macam kota yang ingin silahturahmi, belajar dan bertemu muka. "Rata-rata dari Bekasi dan Tangerang," ujarnya.

Esok harinya, sekitar pukul 07.00, Masjid Lautze akan menjadi pusat salat Ied warga sekitar Kelurahan Karang Anyar. Imam dan khatib adalah Syarif Hidayatullah (Lauw Sin Hoat). Jumlahnya diprediksi sampai ratusan orang, karena yang salat bukan hanya warga keturunan muslim Tionghoa.

Masjid Lautze adalah tempat ibadah bagi umat muslim yang berlokasi di kawasan perdagangan Pasar Baru. Mayoritas jamaahnya adalah warga keturunan Tionghoa. "Tak hanya kami warga sekitar yang datang, banyak warga keturunan China lain yang datang dari berbagai daerah ketempat ini," ujar A Hui.

Masjid berlantai empat ini berdiri di antara pertokoan milik warga keturunan Tinghoa. Masjid ini diresmikan Ketua Ikatan Cendekiawan Muslim se Indonesia BJ Habibie pada tahun 1994.

(VIVAnew/AK)

Hentikan Bakar AlQuran, Surat Bambang Kepada Obama

Berbagai kalangan mengecam rencana Terry Jones dkk membakar mushaf al-Quran

Berbagai kalangan di Indonesia mengecam rencana Terry Jones dkk membakar mushaf al-Quran

MI: Presiden SBY Minta Obama Hentikan Rencana Pembakaran Al Quran

JAKARTA
Kamis, 09 September 2010 12:22 WIB Presiden Susilo Bambang Yudhoyono telah mengirim surat kepada Presiden Amerika Serikat Barrack Obama untuk menghentikan dan mencegah terjadinya pembakaran kitab suci Al Quran yang ingin dilakukan oleh seorang pastor Amerika , Terry Jones.

"Presiden Yudhoyono telah mengirim surat kepada Presiden AS Barrack Obama. Surat tersebut, mengingatkan kepada Obama untuk dapat "mencegah dan menghentikan" Terry Jones yang berencana mau melakukan pelecehan terhadap kitab suci umat Islam, dengan membakar Al Quran di markasnya di Gainesville Florida, pada tanggal 11 September 2010," kata Staf Khusus Presiden Bidang Informasi dan PR Heru Lelono, Jakarta, Kamis (9/9).

Dalam surat yang dipersiapkan sejak Rabu malam itu, Presiden Yudhoyono juga mengingatkan Obama, bila terjadi pembakaran Al Quran tersebut, maka kejadian itu akan mengancam perdamaian dunia.

"Presiden Yudhoyono mengingatkan dalam surat itu bahwa apabila hal tersebut terjadi, akan bisa mengancam perdamaian dunia," kata Heru.

Ia menyebutkan, Indonesia yang mayoritas beragama Islam akan mengutuk perbuatan terkutuk tersebut. "Indonesia sebagai negara berpenduduk mayoritas muslim terbesar di dunia mengutuk bila sampai hal tersebut sampai terjadi," tambah Heru Lelono.

Pada tanggal 11 September 2010 akan ada aksi pembakaran kitab Suci Islam oleh sebuah kelompok warga Amerika yang bernama Dove World Outreach pimpinan Dr Terry dan Sylvia Jones yang mengatasnamakan umat Kristen .

Terry Jones mengajak seluruh umat untuk berpartisipasi dalam Hari Pembakaran Al Quran Sedunia melalui akun Facebook-nya. Tak kurang sekitar 1.500 anggotanya mengklik tombol "Like" di Facebook.

Terry Jones, menuduh Islam dan hukum syariah bertanggung jawab atas aksi terorisme terhadap World Trade Center di New York pada 11 September 2001. (MI/AK)

Selamat Hari Raya Kerana Menang..

Lelong... Kelihatan seorang peniaga lelaki menggayakan pakaian wanita dan menunjukkan pakaian yang di jual di gerainya di Bazar Ramadan Jalan Tunku Abdul Rahman dan Jalan Masjid di sini, malam Rabu. Tinjaun fotoBERNAMA mendapati kebanyakan peniaga menjalankan perniagaan hingga lewat pagi. Foto BERNAMA. Beginikah sepatutnya menyambut hari raya?


Hari Raya...
Bertakbir kerana menang
Bertakbir bersemangat.
..dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur” (Surah al-Baqarah: 185).

Hari Raya...
Zahirkan kekuatan,
kegembiraan,
perpaduan.
Rasulullah SAW perintahkan kami (kaum wanita) keluar pada hari raya fitri dan adha; termasuk gadis, wanita haid, anak dara sunti. Adapun mereka yang haid tidak menunaikan solat tetapi menyertai kebaikan dan seruan kaum muslimin” (Riwayat al-Bukhari).

Mengapa sampai begitu?

Kata Abu Sa’id al-Khudri,
Rasulullah SAW itu, pada Hariraya Fitri dan Adha keluar ke musolla. Perkara pertama yang dilakukannya adalah solat” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Kata al-Hafizd Ibn Hajar al-‘Asqalani
dalam 'Fath al-Bari',
Musollah itu tempatnya diketahui di Madinah, di mana antaranya dan masjid sejauh 1,000 hasta”.

Al-Imam al-Nawawi (wafat 676H)
ketika mensyarahkan hadis Nabi SAW
bersolat di tempat lapang itu menyebut:
Hadis ini menjadi dalil untuk mereka yang berpendapat disunatkan keluar bersolat hari raya di musolla. Ia lebih afdal dari ditunaikan di masjid. Inilah amalan orangramai di pelbagai negara. Adapun orang Mekah, mereka sejak dahulu bersolat di masjid (al-Masjid al-Haram)”. (al-Nawawi, Syarh Sahih Muslim, 6/483. Beirut: Dar al-Khair).

Oh, dalam gembira Hari Raya,
Nabi SAW galakkankan hiburan, pertunjukan & sukaria
selagi tidak injakpijak syariat..

Dari isteri Rasulullah SAW
Ummul Mukminin ‘Aishah RA menyebutkan,
Pada hari raya Fitri atau Adha,
Abu Bakr masuk ke rumahnya (rumah ‘Aishah)
dan Nabi SAW berada di sisinya.
Ketika itu ada dua gadis sedang menyanyi,
mengenai kebanggaan Ansar pada Hari Bu‘ath
(peperangan antara Aus dan Khazraj).
Abu Bakr berkata, “Suara syaitan” (2X).
Nabi SAW pula bersabda,
Biarkan mereka wahai Abu Bakr! Setiap kaum ada hari raya dan sesungguh hari ini adalah hari raya kita” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Dalam riwayat Muslim lain menyatakan,
mereka pukul gendang
sebagai alatan muzik iringan nyanyian mereka.
Banyak hadis lain lagi..

Kata Ummul Mukminin ‘Aishah RA,
Pada hari raya orang Sudan membuat pertunjukan permainan perisai dan lembing. Aku tidak pasti sama ada aku yang meminta, atau beliau yang berkata: “Apakah engkau ingin menontonnya?” Jawabku, “Ya”. Lalu Nabi jadikan aku berada belakangnya, pipiku menyentuh pipinya sambil Nabi berkata, “Teruskan wahai Bani Arfidah (orang-orang Sudan)!”. Sehinggalah aku jemu. Kemudian beliau berkata kepadaku, “Sudah cukupkah (jemukah)?”. Jawabku: “Ya!”. Kata beliau, “Kalau begitu, pergilah”.
(Riwayat al-Bukhari).

Oh, dalam gembira Hari Raya,
Nabi SAW galakkankan hiburan, pertunjukan & sukaria
ada bunga api,
jamuan, hadiah,
duit raya,
dan segala yang gembira.
selagi tidak injakpijak syariat..

Bukan bagai tv-tv ini..
kalau ikut hati mahu kuhempaskan!
Kerana jadi tukang azan
ke masjid syaitan! (juga 2X)
Bukan bertakbir kerana menang
Bukan bertakbir bersemangat.

Selamat Hari Raya , maaf zahir batin.

Dari
Ibnu Hasyim

alamat e-mail: ibnuhasyim@gmail.com
KL. 9 Sept 2010

k'jaan P Pinang 'the Joker', Siasat Mengapa & Siapa?


P.PG 9SEPT 10: Sebuah patung bersaiz manusia yang memaparkan 'the Joker' dari filem Hollywood The Dark Knight menghiasi pameran sebuah muzium mainan di Tanjung Bungah, Pulau Pinang bagi melambangkan kerajaan negeri itu.

Pemiliknya, Loh Leng Heng berkata jika kerajaan negeri yang diterajui oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng gagal bertindak - berdasarkan konsep kompeten, akauntabiliti dan telus yang dijuarai mereka - CAT (competent, accountable and transparent), mereka akan bertukar menjadi 'the Joker' - penjahat dalam filem keluaran 2008 itu.

Loh berang kerana usahanya mencari sebidang tanah untuk memindahkan muziumnya yang didakwa menarik minat ribuan pengunjung setiap bulan tidak diendahkan. Katanya, muzium itu menempatkan 40,000 mainan yang dipamerkan manakala 30,000 lagi dalam simpanan kerana kekurangan ruang. Justeru, beliau memohon bantuan kerajaan negeri bagi mendapatkan tapak yang sesuai tetapi diberi layanan dingin.

Layanan istimewa “Saya telah mohon untuk menyewa sebidang tanah di Botanical Gardens tetapi malangnya tanah itu telah diperuntukan untuk membina sebuah sekolah Tamil meskipun saya membuat permohonan terlebih dahulu,” dakwanya.

“Saya bukannya meminta layanan istimewa, saya hanya mahu menyewa ruang pada harga pasaran tetapi saya langsung tidak berjaya berjumpa sesiapapun pada peringkat kerajaan negeri yang hanya membenarkan orang kaya berjumpa mereka,” dakwanya lagi.

Loh juga berang kerana muziumnya yang didakwanya sebagai mempunyai barang mainan yang terbesar di dunia juga tidak disenaraikan di laman sesawang pelancongan negeri, peta dan risalah pelancongan sejak dua tahun yang lalu. Katanya kerajaan negeri mempunyai senarai 12 tempat popular untuk dilawati di Pulau Pinang tetapi kriteria yang digunakan adalah kurang jelas. Dakwanya, tempat terkenal seperti patung Budha dan Tokong Ular juga tidak termasuk dalam senarai itu.

Kemarahannya memuncak apabila dia digagal mendapatkan temujanji bagi berjumpa dengan pengerusi jawatankuasa pembangunan pelancongan dan kebudayaan negeri, Danny Law untuk mendapatkan penjelasan.

“Saya telah menulis 50 surat apabila masalah ini bermula tetapi tiada jawapan yang diberikan. Saya juga tidak berjaya berjumpa Law, meskipun telah ke pejabatnya berkali-kali untuk mendapatkan temu-janji,” kata Loh yang menguruskan muziumnya itu untuk lebih lima tahun.

Bercakap dalam nada yang marah, Loh berkata jika rungutan dan masalahnya itu tidak ditangani beliau akan mempamerkan partung-patung termasuk 'Terminator', bagi memaparkan semua tindakan negatif yang membabitkan kerajaan negeri.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Cuba siasat mengapa dan siapa di belakang pelan 'Kerajaan P.Pinang The Joker' itu? (Sumber: Malaysiakini/AK)

Jumaat Ini Hari Raya, Tapi Ada Sambut Pagi Semalam.



Pegawai JAIPs menyoal siasat ahli kumpulan Jamiatul Al-Nadzir Awwallun di sebuah rumah kedai di Seriab, Kangar semalam.

Ketua Jamiah Al-Nadzil Awwalun, Shuit Ismail, 51, (kanan sekali) bersama lapan pengikutnya termasuk dua wanita dibawa ke Mahkamah Tinggi Syariah Kangar selepas mereka ditahan kerana meraikan Aidilfitri lebih awal.

Mereka ditahan ketika kyusuk mendengar khutbah di sebuah surau di Taman Pertiwi Indah, Seriab, Kangar, 8.30 pagi semalam. Shuit kemudian dijatuhi hukuman denda RM1,000 atau empat bulan penjara, manakala lapan yang lain didenda RM900 atau tiga bulan penjara.Foto: Adha Ghazali.

KL, 9 Sept 10:Umat Islam di negara ini akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada Jumaat, demikian diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah malam tadi. Pengumuman itu disiarkan menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM). Tarikh ditetapkan berdasarkan rukyah dan hisab menerusi 30 tempat pencerapan di seluruh negara.

Sementara itu, di Kangar, sembilan anggota termasuk empat sekeluarga ditahan selepas didapati menyambut Aidilfitri lebih awal di sebuah surau di Seriab, dekat sini. Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs), Abdul Malik Hussin berkata kumpulan berkenaan, dipercayai membawa ajaran dari Dumai, Indonesia, ditahan selepas dikesan menunaikan solat Aidilfitri di surau berkenaan pada pukul 8.30 pagi semalam.

Semasa ditahan, kumpulan itu sedang mendengar khutbah yang disampaikan oleh ketua kumpulan itu, Shuit Ismail, 51, di surau berkenaan yang dipercayai menjadi markas kumpulan itu. Kesemua anggota kumpulan itu kemudian dihadapkan di Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada sebelah petang dan mereka didakwa mengikut Seksyen 28 Enakmen Jenayah Dalam Syariah 1991 Negeri Perlis kerana mengingkari titah perintah Raja Perlis berhubung kentetuan tarikh bermulanya puasa dan Hari Raya.

Kesemua anggota kumpulan itu berusia antara 19 dan 52 tahun itu, yang tidak diwakili peguam, mengakui bersalah atas tuduhan itu dan memohon hukuman ringan dengan pelbagai alasan termasuk menanggung beban hidup.

Ketua Hakim Syarie Perlis, Othman Ibrahim, kemudian menjatuhi hukuman denda RM1,000 atau empat bulan penjara ke atas Shuit manakala lapan yang lain dijatuhi hukuman denda RM900 atau tiga bulan penjara termasuk dua anak Shuit iaitu Zulhaq, 21 dan Hakimul Ariff, 19 dan isterinya Haslina Md Hashim, 50.

Lima lagi ialah Shahrizal Ahmad, 26, Ahmad Darus, 62, Kamaridan Man, 54, Shahrulnizan Yusof, 21, dan Norazlina @ Aghata Abdullah, 53. Othman, ketika menjatuhi hukuman itu, hairan dengan tindakan kumpulan itu yang menyambut Aidilfitri lebih awal sedangkan anak bulan hanya akan dicerap petang semalam.

“Perbuatan ini memalukan. Orang bukan Islam tengok hari ini ada yang dah beraya dan selepas ini ada lagi raya. Jangan buat celaru,” katanya. Pendakwaan dijalankan oleh Fakhrurrazi Md Akhir. (Sumber: Bernama/2MA)

20,000 Berhimpun Imarahkan Zakat Hak Rakyar Miskin..


Puluhan ribu berhimpun untuk mendapatkan duit zakat di luar kilang Gudang Garam di Kediri, Indonesia semalam.

Agensi: 20,000 berhimpun untuk dapatkan RM3.45

KEDIRI: Kira-kira 20,000 penduduk dari pelbagai daerah di Jawa Timur berhimpun untuk mendapatkan duit zakat yang diedarkan oleh pihak pengurusan syarikat rokok Gudang Garam di sini, lapor sebuah akhbar semalam. Puluhan ribu penduduk itu berhimpun di luar kilang rokok itu sejak awal pagi lagi.

Menurut seorang pegawai bahagian perhubungan masyarakat polis di sini, bilangan penduduk yang datang untuk mendapatkan wang zakat itu lebih ramai daripada tahun lalu. "Mereka (penduduk yang datang) berasal dari berbagai daerah di Jawa Timur seperti Nganjuk, Jombang, Trenggalek, dan daerah lain," katanya.

Dia menyatakan pihak polis menempatkan kira-kira 700 anggota keselamatan untuk mengawasi ketenteraman. Kebanyakan penduduk yang mahu mendapatkan duit zakat itu termasuk kanak-kanak dan orang tua. Mereka berhimpun untuk mendapatkan wang antara 10,000 rupiah (RM3.45) hingga 20,000 rupiah (RM6.90).

Anggota-anggota keselamatan terpaksa membahagikan-bahagikan penduduk itu menjadi sejumlah kumpulan kecil. Seorang penduduk, Suprih berkata, dia mahu menggunakan wang zakat itu untuk membeli barang keperluan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri. Dia sanggup membawa seorang anaknya berusia satu setengah tahun ke lokasi pengedaran duit zakat kerana tidak ada orang yang menjaganya jika dia ditinggalkan di rumah. - Lapor Agensi

Komen Blog Ibnu Hasyim: Berita di atas adakah menggambarkan Islam itu baik atau sebaliknya, samada di mata kita atau dimata bukan Islam? Tetapi yang jelas konsep zakat, antaranya adalah seperti berikut.

"Ambillah zakat dari sebahagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan dan menyucikan mereka dan mendoalah untuk mereka." (At-Taubah [9]: 103).

Jadi, zakat merupakan rukun Islam yang bercorak sosial-ekonomi. Selain itu, zakat merupakan pokok ajaran Islam sebagaimana syahadat, shalat, puasa, dan haji. Zakat juga merupakan ibadah berdimensi vertikal (hablum minallah) dan sekaligus horizontal (hablum minnas).

Zakat adalah kewajiban bagi setiap Muslim dalam bentuk mengeluarkan harta bagi orang orang yang telah memenuhi batas minimal harta (nishab) dan telah sampai pada batas kepemilikannya (haul) untuk diberikan kepada orang-orang yang berhak menerimanya (mustahik).

Untuk mendorong kesadaran zakat, seseorang harus mengetahui rahsia di balik kewajiban zakat tersebut.

Pertama, zakat membersihkan jiwa dari sifat kikir atau kedekut. Kikir adalah tabiat manusia (Al-Ma'arij [70]: 19), yang harus diuji. Kikir merupakan salah satu sifat yang dapat merusak kehidupan manusia. "Tiga hal yang akan merusak manusia: kikir yang dituruti, hawa nafsu yang diikuti, dan manusia memandang hebat akan dirinya." (HR Thabrani).

Kedua, mengobati hati dari cinta dunia. Terlalu larut dalam kecintaan dunia, dapat memalingkan jiwa dari kecintaan kepada Allah SWT dan takut akan akhirat. Zakat akan melatih seseorang mau untuk menandingi fitnah harta dan berinfak dengannya semata kerana Allah SWT.

Ketiga, mengembangkan kekayaan batin. Seseorang yang mengeluarkan zakat akan menumbuhkan semangat optimistik dan menambah kekayaan jiwa. Dengan zakat bererti seseorang telah mampu menekan sifat egoismenya.

Keempat, mengembangkan harta. Secara lahiriah, zakat mengurangi harta dengan mengeluarkan sebahagiannya. Tetapi, orang yang mengerti tentang zakat akan memahami bahawa di balik pengurangan bersifat zahir, hakikatnya akan bertambah dan berkembang.
Sesungguhnya harta yang diberikan itu akan kembali berlipat ganda. (QS Arrum [30]: 39).

Kelima, menarik simpati masyarakat. Zakat dapat mengikat antara orang kaya dan masyarakatnya, dengan ikatan yang kuat, penuh kecintaan, persaudaraan, dan tolong-menolong. Apabila manusia mengetahui ada orang yang memberikan kebaikan, maka secara naluriah mereka akan senang, dan jiwa mereka pasti akan tertarik kepadanya.

"Secara otomatik hati akan tertarik untuk mencintai orang yang berbuat baik kepadanya dan membenci orang yang berbuat jahat kepadanya." (HR Ibnu Adi). Untuk itu, kini saatnya umat Islam mengusahakan potensi zakat, terutama zakat mal, agar kehidupan bermasyarakat semakin baik bagi mengurangi jurang hidup antara si kaya dan si miskin.

Masih jarang kita dengar pemimpin-pemimpin politik atau raja-raja di negara umat Islam mengisytiharkan harta dan kekayaannya dan mengagihkan zakatnya kepada rakyat. Cuba bayangkan berapa banyak kemewahan mereka, rumah-rumah yang lebih dari keperluan, sehingga jamban pun dibuat dari emas tulin dan lain-lain.. Di mana zakat mereka atau 'hak rakyat dalam harta mereka' disalurkan? Wallahu a'lam.

Lima Rahasia di Balik Zakat

Perluas Matawang Syariat, Bagaimana Pemimpin Lain?


KOTA BHARU, 8 Sept 10: Sebagai tanda sokongan terhadap usaha berterusan kerajaan negeri berhubung sistem mata wang syariat Dinar dan Dirham, Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Masyarakat Negeri, Datuk Husam Musa, membayar zakat fitrah menggunakan Dirham.

Selepas solat Zohor tadi, Husam membayar zakat fitrah sebanyak tujuh keping Dirham bagi mewakili kaum keluarganya seramai 14 orang termasuk menantu dan cucu. Bayaran zakat itu disampaikan kepada Imam Tua Masjid Kota, Tengku Wook Tengku Lega, dekat sini selepas menunaikan solat Zohor dua hari sebelum umat Islam menyambut kedatangan Syawal.

Husam ketika ditemui memberitahu, usaha itu dilakukan bukan sahaja sebagai sokongan terhadap usaha kerajaan negeri memperkenalkan Dinnar dan Dirham, tetapi juga sebagai mesej kepada masyarakat membayar zakat fitrah juga boleh digunakan menggunakan Dinar atau Dirham.

Katanya, selain urusan jual beli, ianya boleh digunakan untuk bayaran zakat, mas kahwin, hadiah, zakat dan fitrah. “Kita berharap rakyat memahami betapa perlunya sistem ini diperluaskan,” ujarnya.

Dalam perkembangan berkaitan, satu majlis penyampaian sumbangan zakat menggunakan Dinnar dan Dirham telah diadakan di Kelaboran, Tumpat pada hari yang sama. Majlis penyampaian sumbangan itu disampaikan oleh Pengerusi Kelantan Golden Trade, Nik Mahani.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Bagaimana pemimpin PR yang lain, terutamanya dari PAS?

Wednesday, September 08, 2010

Panggil Balik Duta M'sia Ke Indo -Khairy Jamaludin

Gambar atas di tengah-tengah, Khairy Jamaludian.
Gambar bawah belum tentu.. ada orang kata yang kanan sekali..
tapi bukan yang berselubung nampak tangan saaja..

KL, 8 Sept 10:Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin meneruskan tekanan hari ini dengan meminta Wisma Putra supaya memanggil balik duta Malaysia ke Indonesia jika perundingan dua hala Putrajaya-Jakarta tidak membuahkan hasil.

Kata beliau, Malaysia perlu mengambil langkah yang jelas untuk menyampaikan mesej tegas kepada Indonesia dalam usaha menyelesaikan isu diplomatik kedua-dua negara. Khairy mendakwa Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman telah gagal untuk menangani isu sebenar serangan ke atas Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta ketika pertemuan dengan rakan sejawatannya Dr Marty Natalegawa di Kota Kinabalu kelmarin.

“Ini adalah langkah terbaik kerana kita boleh lihat hari-hari kedutaan kita di Indonesia diserang, semalam pula ia ceroboh oleh puak-puak yang adakah demontrasi dan protes itu.

“Bagi kita adalah lebih baik panggil sahaja duta kita pulang kerana ia mungkin langkah terbaik selain menutup sebahagian perkhidmatan kita di sana,” kata Khairy.

Beliau juga berkata sepatutnya Anifah bertindak lebih tegas demi menjaga hubungan antara Malaysia dan Indonesia.

“Nampaknya Menteri Luar kita tidak dapat hantar mesej yang jelas kepada rakan sejawatnya di Indonesia.

“Rakyat Malaysia sudah tidak boleh terima lagi apa yang berlaku, sampai bila ia akan berterusan? Ini juga melibatkan maruah negara,” katanya.

Terdahulu beliau menyampaikan sumbangan kepada “Wira-wira Kota Raya” di ibu pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

Beliau berkata walaupun Kedutaan Malaysia diserang tiap-tiap hari tetapi sehingga kini masih tidak nampak tindakan serius yang diambil kerajaan Malaysia dan Indonesia.

“Sehingga kini masih tidak ada keseriusan yang diambil pihak berkuasa Malaysia dan Indonesia untuk tangani perkara itu.

“Jadi saya berpendapat Menteri Luar perlu lebih tegas dan sampaikan mesej jelas kepada kerajaan Indonesia,” katanya lagi.

Ahli Parlimen Rembau itu bagaimanapun mengakui bahawa sistem negara Indonesia dan Malaysia adalah berbeza tetapi mesej tegas perlu disampaikan agar demonstrasi yang berlaku dapat dihentikan.

Sejak dua minggu lepas, sekumpulan rakyat Indonesia agresif melakukan protes berbentuk provokasi dan penghinaan ke atas kedutaan, Jalur Gemilang serta kepentingan Malaysia di Jakarta bagi membantah penahanan tiga anggota penguatkuasa marin negara itu oleh polis Malaysia.

Selain itu, sebuah kumpulan yang menggelarkan diri Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) baru-baru ini berdemonstrasi dan melemparkan najis manusia di pekarangan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta serta merancang mengusir keluar rakyat negara ini dari Indonesia. (AK)

Bakar Al-Quran: Gereja Florida Anggap Sepi Kecaman

8 SEPT 10:SEBUAH gereja AS merancang membakar mushaf al-Quran pada peringatan 11 September menyatakan tidak mempedulikan kutukan internasional. Sebelum panglima tinggi AS di Afghanistan memperingatkan nyawa serdadu Amerika akan terancam jika gereja Dove World Outreach Center di Florida tetap menjalankan rencana membakar salinan al-Quran.

Menteri Luar AS, Hillary Clinton mengatakan rencana gereja tersebut "merendahkan dan memalukan". Negara-negara Muslim dan anggota Nato telah mengecam rencana pembakaran di gereja tersebut. Sementara itu, Jaksa Agung AS, Eric Holder, menyebut gagasan itu "idiotik dan berbahaya". Namun, panitia, Pendeta Terry Jones mengatakan: ''Kami perlu mengirimkan pesan yang jelas kepada unsur radikal Islam."

Kontroversi berlangsung ketika hubungan Amerika dan Islam sedang disoroti. Debat sengit sedang berlangsung di AS soal rancangan membangun masjid dan pusat kebudayan Islam hanya di beberapa blok dari Ground Zero, lokasi serangan 11 September di New York.

Massa warga Kabul membakar boneka Terry Jones

Gambar ini, massa warga Kabul membakar boneka Terry Jone, akibat dari perancangan membakar al-Quran dari gereja di Gainesville, Florida itu, yang menarik perhatian di seluruh dunia, termasuk penentangan melalui demonstrasi di Afghanistan, Indonesia dan lain-lain, kecuali Malaysia.

Jenderal David Petraeus, panglima AS di Afghanistan, hari Isnin lalu mengatakan aksi itu boleh menimbulkan masalah ''tidak hanya di Kabul, tetapi di semua tempat di seluruh dunia''. ''Itu tidak beda dengan macam aksi yang digunakan Taliban dan menimbulkan masalah besar,'' kata Petraeus dalam pernyataan.

Vatican, pemerintah Presiden Obama dan Nato juga menyatakan kekhuatiran atas rencana membakar al-Quran. Jurucakapnya Robert Gibbs mengatakan hari Selasa ini ''segala jenis kegiatan yang boleh membahayakan pasukan kita pasti menjadi keprihatinan''.

Pimpinan Nato Fogh Rasmussen mengecam rencana tersebut, dan mengatakan kepada wartawan bahawa membakar al-Quran melanggar ''nilai-nilai'' persekutuan militer Nato. Dr Jones, penulis buku berjudu Islam is of the Devil, mengatakan dia memahami kekhuatiran umum, tetapi tiba ''waktunya bagi Amerika untuk berhenti minta maaf atas aksi kami dan tunduk kepada raja-raja''.

Pendeta lain dari gereja yang sama mengatakan anggotanya memang hendak membakar ratusan salinan al-Quran Sabtu malam (11 September), yang bertepatan dengan ulang tahun kesembilan serangan 11 September, dengan mengenepikan perintah pihak bandaraya agar tidak wujudkan unggun api di ruang terbuka.

Suatu kelompok lintas agama yang melibatkan pemuka Kristian, Katolik Roma, Yahudi dan Muslim yang bertemu di Washington hari Selasa mengutuk rencana itu sebagai pelanggaran nilai-nilai Amerika dan Injil. ''Saya dengar banyak warga Amerika muslim menyatakan mereka belum pernah merasakan resah atau terancam seperti ini di Amerika sejak 11 September,'' kata Inggeris Mattson, presiden Islamic Society of North America.

Di Kabul hari Isnin, sekitar 500 demonstran meneriakkan yel-yel ''hidup Islam'' dan ''Mampuslah Amerika'' sambil membakar boneka Jones. Ribuan warga muslim Indonesia menghadiri demontrasi itu minggu lalu di Jakarta dan beberapa kota lain.

Sikap tentera AS telah menodai al-Quran di Afghanistan dan Iraq memicu pertumpahan darah di masa lalu. Gelombang tunjuk perasaan yang menelan korban berlangsung di Afghanistan pada tahun 2008, ketika tersiar khabar seorang serdadu AS yang dikerahkan di Irak menembak mushaf kitab suci umat Islam itu.

Korban jiwa juga jatuh dalam kerusuhan di Afghanistan tahun 2005 ketika majalah berita Newsweek menyiarkan berita petugas interogasi AS di kamp tahanan Teluk Guantanamo memasukkan mushaf al-Quran ke dalam toilet.

by ASYOK KUMAR

Kereta Terbang Boleh Ditempah Sekarang..


JOM KREATIF
Transtion, boleh ditempah sekarang, deposit sebanyak RM31,346 untuk kenderaan yang dijangka berharga antara RM627,000 dan RM784,000. Bolehkah atasi masalah sesek lalu lintas, kalau musim-musm Hari Raya begini.
Yang ini, kena check di Iran, mungkin lebih murah?

TRANSTION, adalah nama kereta terbang atau pesawat darat itu keluaran Terrafugia. Kenderaan itu telah diuji kemampuan terbangnya pada Mac lalu. Kenderaan hibrid gabungan kereta dan kapal terbang ini juga telah menerima pengiktirafan daripada Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA).

FAA telah memberi kebenaran kepada kenderaan ini untuk mempunyai berat melebihi daripada berat standard pesawat sukan ringan (LSA) iaitu 599 kilogram. Ini bermakna juruterbangnya tidak memerlukan lesen juruterbang biasa yang memerlukan kelulusan tertentu tetapi hanya perlu mengikuti kursus mudah sebagai juruterbang LSA.

Terrafugia mahu memasarkan Transition kepada juruterbang persendirian sebagai cara lebih mudah dan lebih murah untuk terbang. Syarikat itu menyediakan latihan selama 20 jam untuk mereka yang berminat memandu Transition dan juruterbang sedia ada hanya memerlukan kursus persediaan sahaja.

Menurut syarikat itu, kereta terbang itu kini boleh ditempah dengan membuat pembayaran deposit sebanyak RM31,346 untuk kenderaan yang dijangka berharga antara RM627,000 dan RM784,000. Setakat ini, syarikat itu telah menerima 80 tempahan dan penghantaran pertama dijangka dapat dilakukan menjelang akhir tahun ini.

Apa yang menarik mengenai pesawat ini ialah ia mempunyai sayap yang boleh dikembangkan apabila ia terbang dan dilipat apabila dipandu sebagai kereta. Kenderaan ini juga mempunyai sistem keselamatan ketika beroperasi sebagai pesawat atau kereta seperti beg udara, sistem payung terjun dan sebagainya.

Ketua Pegawai Eksekutif Terrafugia, Carl Dietrich berkata, Transition akan dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan terbaik untuk pesawat dan automobil dan menjadi "salah satu LSA paling selamat di dunia."

Bagi syarikat itu, Transition direka sebagai pesawat yang boleh beroperasi di jalan raya dan bukannya kereta yang boleh terbang walaupun ia mempunyai kedua-dua ciri tersebut.

Transformer

Sebuah lagi prototaip kereta terbang yang telah dibangunkan ialah Transformer (TX), hasil keluaran AVX Aircraft Co. Pesawat ini masih di peringkat awal kajian penyelidikan dan pembangunan (R&D)nya untuk projek Agensi Projek Penyelidikan Termaju Pertahanan (DARPA) Amerika Syarikat.

Kenderaan untuk udara dan pesawat ini dirancang untuk kegunaan pihak tentera tetapi tidak mustahil ia akan dipasarkan untuk pengguna biasa seperti juga kereta Hummer. Bagaimanapun Transformer merupakan gabungan kereta dan helikopter dan boleh berlepas tanpa menggunakan landasan dan mendarat di mana-mana sahaja.

Dua kipas yang diletakkan di belakang kenderaan ini akan memberikan lonjakan sama ada di udara atau darat. Kelajuannya di udara boleh mencapai 225 kilometer sejam (km/j), 129 km/j di jalan biasa dan 48 km/j di jalan lasak. Kenderaan ini dapat bertukar dari bentuk helikopter ke kereta dalam masa tidak sampai satu minit dan boleh melakukan penerbangan sejauh 462 kilometer dengan sekali isian minyak.

Kesimpulan, kedua-dua kereta terbang atau pesawat yang boleh beroperasi di jalan raya ini sememangnya teknologi masa depan yang masih ditunggu-tunggu oleh kebanyakan daripada kita. (AK)
Ibnu Hasyim, semasa di sebuah akademi penerbangan Subang, baru-baru ini..

Lihat sebelum ini..

Nak Bawa Aku Ke Mana? Gambar Ambil Curi -Sosilawati


KL 8SEPT 10: “Kau nak bawa aku ke mana ni?” Itu suara cemas Datuk Sosilawati Lawiya didengar kali terakhir suaminya melalui panggilan telefon yang dibuat jutawan kosmetik berkenaan sebelum ia terputus.

Suaminya, seorang ahli perniagaan dari Indonesia mendengar Sosilawati mengulangi pertanyaan itu berulang kali. Selepas panggilan telefon itu terputus, suami pengasas syarikat Nouvelle Visages (NV) itu cuba menghubungi telefon bimbit Sosilawati, namun gagal.

Sumber polis berkata, Sosilawati dipercayai cuba menghubungi suaminya yang berusia 40-an itu untuk meminta bantuan pada hari dia dilaporkan hilang. “Difahamkan, dia turut menghantar SMS kepada anak sulungnya (Erni Dekritawati Yuliana Buhari, 25,) supaya tidak membenarkan seorang kenalan terdekatnya memasuki rumahnya di Gombak, Selangor.

“Malah, mangsa sempat menghantar SMS kepada anaknya mendakwa dia percaya gambar dirinya diambil secara curi atas motif tertentu,” katanya.

Difahamkan, polis sudah mengambil keterangan keluarga terdekat Sosilawati selain isteri peguamnya, Ahmad Kamil Abd Karim, 32, dan isteri pegawai kredit CIMB Bank, Noorhisham Mohammad, 38, yang didapati hilang bersama jutawan terbabit pada 30 Ogos lalu.

"Berdasarkan siasatan, Sosilawati pernah beberapa kali pergi ke Banting, Selangor, untuk bertemu seorang peguam yang menguruskan soal jual beli tanah milik mangsa.

“Difahamkan, peguam warga tempatan itu pernah dilihat rakan karib Sosilawati bertemu peguam berkenaan. Malah, Sosilawati didakwa turut pernah mengambil beberapa cek daripada peguam berkenaan,” katanya.

Difahamkan, Sosilawati kali terakhir bertemu peguam berkenaan bagi menguruskan penjualan tanahnya di Pulau Pinang membabitkan nilai jutaan ringgit pada awal Ogos lalu.

Sementara itu, Erni Dekritawati menafikan keluarganya menawarkan sebarang wang tebusan bagi tujuan membebaskan ibunya daripada pihak yang melarikan mangsa bersama tiga individu lain. Menurutnya, maklumat itu tidak tepat dan boleh memburukkan keadaan.

“Tiada sebarang tawaran wang tebusan disediakan dan kami meletakkan semua harapan kepada polis bagi menyiasat kes ini. Saya yakin polis melakukan segala yang boleh bagi menyelesaikan kes ini.

“Kami adik-beradik terus berdoa supaya emak selamat dan kembali semula ke pangkuan keluarga,” katanya. Lapor myMetro.

Dalam perkembangan lain, Erni Dekritawati mengucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang prihatin terhadap isu mengenai ibunya sehingga membawa kepada penemuan kenderaan ibunya kelmarin.

Lihat Sebelum ini...
Datuk Sosilawati Lawiya sebelum hilang
<div class="yt-alert yt-alert-error yt-alert-player yt-rounded"> <img src="http://s.ytimg.com/yt/img/pixel-vfl73.gif" class="icon master-sprite" alt="Alert icon"> <div class="yt-alert-content"> You need Adobe Flash Player to watch this video. <br> <a href="http://get.adobe.com/flashplayer/">Download it from Adobe.</a> </div> </div>

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails