Saturday, September 25, 2010

Polri: Teroris Berusaha Dirikan Negara Islam?



Sabtu, 25 September 2010 | 02:01 WIB. Polri: Kelompok Teroris Berusaha Dirikan Negara Islam

Jakarta: Polri membeberkan sejumlah nama pelaku teror dan jaringannya. Juga mengungkapkan rencana strategis untuk melakukan perang kota. Kelompok pelaku teror berniat mendirikan negara Islam.

"Mereka berniat dan beritikad mendirikan daulah Islamiyah," kata Kapolri Jenderal Pol Bambang Hendarso Danuri (BHD) di Mabes Polri, Jl Trunojoyo, Jakarta, Jumat (24/9/2010).

Tujuan pelaku teror dalam melakukan penyerangan dan bom bunuh diri yakni membuat masyarakat takut, yang berimbas kepada terganggunya kondisi keamanan nasional.

"Mereka hendak mendelegitimasi wibawa pemerintahan," tambahnya.

Bukan hanya itu, setelah unjuk gigi dengan melakukan penyerangan dan pemboman, mereka kemudian melakukan rekruitmen di masyarakat.

"Tindakan mereka dilakukan untuk meyakinkan masyarakat, sehingga bisa melakukan perekrutan secara luas," ungkapnya.

Selain itu ditambahkan Kapolri, pihak kepolisian sejak tahun 2000 telah berhasil menanggulangi pelaku terorisme yakni sebanyak 563 teroris telah diajukan ke pengadilan, 44 tewas ditembak, dan 10 bunuh diri.

"Itu gambaran mereka-mereka yang sudah berhasil kita tangkap, diproses ke pengadilan, termasuk para pelaku bom bunuh diri," kata BHD

Menurut BHD, saat ini sedang berlangsung persidangan 66 teroris yang dibagi ke dalam 33 berkas perkara terorisme. Para terdakwa berasal dari hasil penggerebakan yang dilakukan Densus 88 Anti Teror di Aceh.

"Dan dalam waktu dekat akan disidangkan termasuk Abu Bakar Baasyir," kata BHD.

Dalam penjelasannya BHD juga menyampaikan bahwa dari 563 pelaku teroris yang diadili, sebanyak 471 terdakwa telah dijebloskan ke penjara. Namun, 245 di antaranya sudah bebas.

"Yang sudah bebas ini menjadi warning kita semua, sebab yang militan akan kembali bergabung dengan kelompok mereka," ungkap BHD. (Buletininfo.com/AK)

Komen Blog Ibnu Hasyim: Baca dan tafsirkan berita, bukan percaya terus, terutama apabila datang dari sumber yang tidak jelas kebenarannya

Lihat Sebelum ini...

Sosilawati: Blog IH Sokong Perundangan Syariah


KL, 25 Sept 10: Ekoran kes jenayah yang tidak berkesudahan, Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) menggesa kerajaan pusat mula membincangkan secara serius perlaksanaan undang-undang syariah sebagai undang-undang alternatif di negara ini.

Ketuanya, Nasruddin Hassan berkara, kes jutawan kosmetik Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain yang dibunuh dan dibakar seakan menggambar sistem perundangan sivil yang sedia ada dilihat kurang berkesan bagi membendung aktiviti jenayah.

"Cadangan kami, iaitu perlaksanaan syariah Islam atau undang-undang jenayah syariah Islam sebagai alternatif bagi mengatasi jenayah yang semakin parah ini," ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media petang tadi di Pejabat Agung PAS selepas mesyuarat dewan itu hari ini.

Bagaimanapun katanya, rakyat seharusnya terlebih dahulu diberi penjelasan berhubung keadilan perundangan Islam sebelum perlaksanaan dibuat sesuai dengan semangat demokrasi di tanah air.

Blog Ibnu Hasyim: Sokong penuh.

Sebelum ini ada kaitan..

Khalwat Norman Memey: Serumah Lagi Tiada Respon JAIS

KL 25 SEPT 10: Seorang pereka dalaman memberitahu Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini semalam bahawa seminggu selepas ditangkap khalwat, pelakon Norman Hakim dan Memey Suhaiza kembali tinggal bersama di pejabat milik artis berkenaan.

Sehubungan itu, Mohd. Yusri Abd. Razak, 55, yang juga pengadu kes itu telah membuat aduan sebanyak lapan kali kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

"Namun tiada balasan daripada JAIS atas alasan prosiding kes itu sedang berjalan, tambahan lagi mereka banyak operasi pada waktu tersebut," kata saksi itu semasa disoal semula oleh pegawai pendakwa JAIS, Muhamad Nazri Basrawi. (Kosmo! Online/AK)

Syabas N Bala Subramaniam, Lebih Hebat Dari UMNO!





25 SEPT 10:' JIKA hukum hudud dipraktikkan mungkin pembunuh Sosilawati takut untuk melakukan pembunuhan dan peruatan kejam yang lain'. Demikian kenyataan N Balasubramaniam, Timbalan Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS Pusat (DHPP) dipetik dari facebook beliau yang mengulas mengenai isu pembunuhan kejam Sosilawati dan 3 rakannya.

Blog Ibnu Hasyim mengucapkan syabas kepada beliau, kerana keyakinan beliau tentang hudud lebuh hebat dari pemimpin-pemimpin UMNO yang mengaku beragama Islam, tetapi terang-terang menolak perlaksanaan perundangan hudud di negara ini. Contohnya ucapan penentangan oleh beberapa pemimpinnya di parlimen dan menolak draf hudud yang akan dilaksanakan di Kelantan beberapa tahun lalu.

Bahkan Harakahdaily hari ini melaporkan,
DHPP bercadang mahu membantu PAS menjelaskan tentang keadilan sistem perundangan Islam kepada masyarakat bukan Islam. Selaku Timbalan Ketuanya N. Balasubramaniam berkata, dengan berbuat demikian, masyarakat bukan Islam akan melihat keadilan sistem perundangan Islam sekaligus boleh menerimanya.

"Sistem Islam yang adil dalam perbankan sudah diterima kerana ada penjelasan.

"Kita (DHPP) yakin kalau dengan nasihat Tuan Guru Presiden (Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang), penjelasan diberikan, mereka akan terima. " ujarnya.

Baginya, beberapa undang sivil yang dikanunkan seakan tidak menakutkan rakyat dari melakukan jenayah termasuk pembunuhan. Katanya, pembunuhan jutawan kosmetik, Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain yang dibunuh lalu dibakar menunjukkan betapa beraninya mereka yang terbabit mengenepikan perundangan yang sedia ada.

"Pembunuh tidak takut dengan undang-undang yang manusia cipta sebab tiada pengajaran yang rakyat lihat bagi mereka yang membunuh."

"(Pelaksanaan) hukum dalam Islam dibuat secara terbuka sebab Allah mahu manusia lihat, ambil pengajaran dan insaf apabila melihat bagaimana seseorang pembunuh dihukum," ujarnya.

Pun begitu, beliau menegaskan, cadangannya untuk memberi penjelasan tentang keadilan undang-undang dalam Islam tidak bermaksud mengenepikan perlembagaan dan prinsip demokrasi.

"Kita nak jelaskan tentang keadilan undang-undang Islam tetapi bukan mengetepikan perlembagaan dan kebebasan memilih.

"Undang-undang Islam kepada orang-orang Islam, tetapi orang bukan Islam tidak boleh dihalang dari mendapatkan penjelasan tentang Islam seperti seseorang bukan Islam memilih bank Islam untuk menyimpan wang mereka," ujarnya.

Sehubungan itu, beliau meminta seluruh anggota DHPP untuk membantu PAS menjelaskan tentang keadilan Islam kepada masyarakat bukan Islam.

"Oleh kerana tahun ini tidak ada pemilihan, Tuan Guru Presiden minta kita fokus untuk bantu PAS menjelaskan tentang keadilan Islam kepada bukan Islam," ujarnya. (AK)
-----------------------------------------------------------------------

Rak 1

Akan dipamer lagi e-buku-buku selanjutnya.

Zunar Ditangkap Polis, Buku Terbaru Dirampas

KL 24 SEPT 10: Kartunis popular Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Ulhaque hari ini ditahan polis mengikut seksyen 4 (1) Akta Hasutan.

Beliau kini dilaporkan dibawa kepada ibu pejabat polis daerah Petaling Jaya.

Sebelum itu, pada sekitar jam 4 petang tadi, polis menggelidah premis Sepakat Efektif Sdn Bhd yang dimiliki Zunar dan merampas kira-kira 67 naskhah terbaru buku Cartoon-O-Phobia yang dijadualkan dilancarkan malam ini.

Menurut Zunar yang sempat menghubungi Malaysiakini dan bercakap secara tergesa-gesa memberitahu pejabatnya yang juga menempatkan Kafe Kartun diserbu oleh sepuluh anggota polis yang diketuai oleh ASP Ari Krishna daripada balai polis Brickfields.

"Kami diberitahu bahawa laporan polis telah dibuat berhubung penerbitan buku itu,” katanya kepada Malaysiakini.

Zunar berkata selain buku terbarunya itu, turut dirampas adalah beberapa lukisan kartunnya.

“Saya sedang cuba melenggah-lenggah masa sehingga peguam saya tiba,” katanya.

Sebelum ini, beberapa bukunya termasuk 1Funny Malaysia, Perak Darul Kartun dan Isu Dalam Kartun, juga diharamkan.

Pada 17 September lalu, Zunar memberitahu Malaysiakini Cartoon-o-phobia (ketakutan pada kartun) sebagai usah terbarunya yang terus menyindir kerajaan.

"Ketika diharamkan pada Jun lalu, alasan yang diberi kerajaan ialah kerana buku-buku dan majalah saya itu dianggap mengancam ketenteraman awam dan boleh mempengaruhi orang ramai supaya merusuh terhadap kerajaan.

"Kerana itu, nama Cartoon-o-phobia dipilih bagi menggambarkan ketakutan sesetengah pihak kepada karya-karya kartun," kata Zunar.

Cartoon-o-phobia diterbitkan oleh Kinibooks - sebuah anak syarikat Malaysiakini.

Kebanyakan karya-karya kartun itu adalah koleksi pilihan kartun-kartun yang tersiar dalam Malaysiakini dari Disember 2009 hingga September 2010.

Antara yang disentuhnya ialah isu-isu yang menjadi perbualan awam seperti isu Altantuya, konspirasi terhadap Anwar, isteri PM, kehilangan jet enjin, Scorpene yang tak boleh menyelam, Sarawak, perkauman, korupsi dan lain-lain.

Cartoon-o-phobia mempunyai 80 halaman berwarna-warni dan dijual ada harga RM25.00. Ia juga boleh dibeli secara online melalui gerakbudaya.com dan cartoonkafe.com.

Zunar kemudiannya dilihat dibawa keluar daripada IPD Brickfields dengan menaiki kenderaan polis pada kira-kira jam 7 petang ini.

Lathefaa berkata, Zunar dibawa ke IPD Puchong untuk siasatan lanjut.

Latheefa ketika bercakap kepada wartawan di luar IPD Brickfields selepas itu berkata polis telah menyiapkan laporan penahanan Zunar.

"Tapi saya tidak pasti sama ada laporan itu dibuat bawah Akta Hasutan atau Akta Penerbitan dan Mesin Cetak," katanya. (Malaysiakini)

Sosilawati Dirogol Sebelum Dibunuh -Polis Nafikan

KL, 24 Sept !0: Polis hari ini menafikan laporan media yang mengatakan polis sedang menyiasat kemungkinan mangsa pembunuhan kejam Datuk Sosilawati Lawiya dirogol.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin dalam satu kenyataan di sini menafikan laporan itu, yang disiarkan di muka depan sebuah harian berbahasa Melayu semalam bertajuk ‘‘8 suspek jalani ujian sperma: Polis menyiasat kemungkinan Sosilawati (gambar) dirogol’’.

Mohd Bakri berkata, “Tujuan kelapan-lapan suspek dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemeriksaan adalah bagi memastikan kesemua suspek dalam keadaan baik serta (untuk) mengenal pasti jika ada sebarang kecederaan mahupun penyakit yang dialami semua suspek sebelum dibenarkan berjumpa dengan peguam mereka,” katanya dalam kenyataan itu.

Bakri berkata selain itu, tiada sebarang pemeriksaan lain dipohon oleh PDRM kepada pihak hospital ke atas kesemua suspek berkenaan.

Laporan akhbar itu mendakwa kesemua suspek termasuk dua beradik peguam diambil sampel darah dan air mani bagi ujian Asid Deoksiribonukleik (DNA) di HKL dua hari lepas.

Difahamkan juga sampel air mani diambil bagi menyiasat maklumat baru kemungkinan salah seorang mangsa turut dirogol.

Dikatakan juga bahawa pengambilan sampel semua suspek itu adalah yang kedua selepas kali pertama minggu lalu berikutan ada penemuan beberapa petunjuk baru dalam siasatan kes berkenaan.

Sumber yang diperolehi oleh akhbar tersebut juga mengatakan bahawa proses itu sebahagian daripada prosedur standard Operasi PDRM khusus untuk melengkapkan kertas siasatan kes berkenaan bagi tujuan pendakwaan di mahkamah.

Bakri juga mengulas laporan yang disiarkan di muka surat enam sebuah harian berbahasa Inggeris hari ini yang bertajuk ‘‘Suspect Claims Abuse By Cops’’ mengenai dakwaan bahawa suspek dalam kes pembunuhan Datuk Sosilawati dipukul dan dipaksa menandatangani beberapa dokumen oleh polis.

“Pihak polis ingin menasihatkan pihak berkenaan supaya membuat laporan polis dengan segera bagi membolehkan siasatan menyeluruh dilakukan,” katanya.

‘‘Datuk’’ itu dan adiknya yang juga seorang peguam adalah suspek pertama yang ditahan polis pada 9 September di Banting, manakala enam lagi ditahan pada 10 September.

Kesemua suspek yang berusia lingkungan 19 dan 41 tahun, kini ditahan di Balai Polis Bukit Jalil, Kuala Lumpur, dan polis telah mendapat perintah tahanan reman sehingga 30 September ini bagi membantu siasatan berhubung kes itu. – Bernama

-----------------------------------------------

Sila lawati E-Perpustakaan IH:
Dapatkan 10 e-buku IH percuma!
Klik di sini..

Rak 1

Akan dipamer lagi e-buku-buku selanjutnya.

Friday, September 24, 2010

Mas Selamat:‘ Lepas Malaysia, Kena ISA S'pura Pula

Mas Selamat

KL, 24 Sept 10: Anggota Jemaah Islamiyah (JI) Singapura, Mas Selamat Kastari, warga Singapura, dibebaskan dari tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Malaysia pagi ini, dan beberapa jam kemudian dikenakan undang-undang yang sama di republik itu.

Pengarah Pasukan Petugas Khas Bukit Aman Datuk Mohamad Fuzi Harun berkata perintah tahanan ke atas Mas Selamat di bawah ISA telah dibatalkan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein bermula hari ini.

Dipetik Bernama, beliau berkata dalam satu kenyataan di sini hari ini bahawa Mas Selamat telah diserahkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia hari ini untuk tindakan pengusiran.

Anggota kumpulan militan itu bersembunyi di Johor sejak Mac 2008 setelah berjaya melarikan diri dari pusat tahanan Whitley Road, Singapura pada 27 Februari 2008. Beliau bagaimanapun berjaya ditahan pada 1 April, 2009 di Johor. Sebelum ini, Mas Selamat melarikan diri dari Singapura pada bulan Disember 2001 selepas kerajaan Singapura melancarkan satu operasi keselamatan bagi membanteras JI.

Menurut kerajaan Singapura sebelum ini, dia adalah antara mereka yang merancang serangan balas terhadap Singapura kerana menahan dan menangkap rakan anggota JI. Dia turut merancang untuk merampas sebuah kapal terbang dan merempuh Lapangan Terbang Changi tetapi melarikan diri ke Indonesia untuk mengelak dari ditahan.

Mas Selamat, yang dikenal pasti sebagai pemimpin rangkaian JI tempatan Singapura, ditahan oleh pihak berkuasan Indonesia pada Februari 2003 kerana kesalahan memiliki dokumen pengenalan palsu. Beliau kemudiannya dipenjara 18 bulan atas kesalahan imigresen sebelum ditahan di bawah ISA oleh kerajaan Singapura pada 2006. Dalam pada itu, Singapura berterima kasih kepada kerajaan Malaysia kerana menghantar balik Mas Selamat.

Kementerian Dalam Negeri republik itu menyampaikan penghargaan tidak terhingga Singapura kepada rakan sejawatannya, pasukan Cawangan Khas dan Tugas Khas Malaysia di atas bantuan mereka berhubung penahanan serta penghantaran balik Mas Selamat ke negara berkenaan.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini berikutan pengumuman polis Malaysia berhubung pembebasan Mas Selamat hari ini, kementerian tersebut berkata penahanan serta penghantaran balik Mas Selamat menggambarkan kerjasama erat antara agensi keselamatan Malaysia dan Singapura yang terjalin sekian lama, selain berkhidmat dengan cemerlang kepada kedua-dua negara.

Kementerian itu berkata Mas Selamat telah diserahkan kepada Singapura hari ini oleh pihak berkuasa Malaysia, namun tidak pula mendedahkan cara, masa dan tempat penyerahan pemimpin JI itu dilakukan. Kementerian berkenaan juga berkata Mas Selamat telah ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri Singapura dan sedang disiasat.

Dilahirkan di Singapura, Mas Selamat pernah melarikan diri pada 2001, ketika pihak berkuasa negara itu melancarkan satu operasi menahan rakyatnya yang disyaki mengganggotai JI, tetapi dia ditangkap polis Indonesia di Pulau Bintan pada 2006, sebelum dihantar balik ke republik itu. (The Malaysian Insider)

Sebelum ini...

Kes Sosilawati, Keadilan Menurut Syariah -Ketua Pemuda PAS

Penulis rencana ini juga pernah ditahan polis..

Pembunuhan Sosilawati: Mencari keadilan menurut undang-undang jenayah syari'ah

MUKADIMAH

Kes jenayah semakin menjadi-jadi di negara kita. Peristiwa pembunuhan Dato’ Sosilawati bersama beberapa orang yang lain antara peristiwa jenayah yang paling menggemparkan yang bukanlah jenayah pembunuhan episod pertama di dalam negara kita dan juga pastinya bukanlah yang terakhir. Peristiwa yang cukup mengejutkan apabila penjenayah terbabit dikaitkan dengan beberapa siri jenayah pembunuhan yang belum dapat diselesaikan sebelum ini. Ini menunjukkan betapa banyaknya kes jenayah pembunuhan yang tidak mampu dibongkar di negara ini. Persoalan yang perlu difikirkan bersama ialah, sampai bilakah jenayah melibatkan pembunuhan akan berakhir dan adakah ianya akan menjadi kebiasaan sebagaimana kes-kes kecurian, pecah rumah dan rompakan bersenjata?

ASPEK PENILAIAN.

Antara aspek yang perlu difikirkan bersama ialah aspek perundangan. Ini kerana, perundangan antara aspek yang memberikan kesan pertambahan dan pengurangan jenayah itu sendiri. Setelah polis berjaya menangkap penjenayah setelah berhempas pulas mempertaruhkan nyawa dan jiwa mereka, ianya akan diserahkan kepada mahkamah untuk dibicarakan. Apabila dibicarakan, akhirnya hakim akan membuat keputusan berdasarkan ruang lingkup perundangan yang sedia ada, bukan menurut kehendak dan keinginan hakim itu sendiri. Di sinilah titik terakhir dalam proses penyelesaian kes-kes yang melibatkan jenayah. Jika ia berjaya, maka mangsa jenayah akan terbela, penjenayah akan insaf dan serik, penjenayah yang belum ditangkap berhenti daripada aktiviti jenayah mereka bahkan menjadi penamat bagi kelahiran bakal-bakal penjenayah yang baru.

Di samping kecekapan anggota keselamatan serta sistem kawalan keselamatan individu yang perlu dikaji dan dipertingkatkan, DPPP merasakan bahawa undang-undang yang menjadi titik penamat bagi sesuatu kes jenayah adalah amat penting untuk dinilai bersama. Jika undang-undang berjaya menjadi pendidik, pengancam dan pencegah jenayah, maka pihak polis tidak perlu bertungkus lumus mempertaruhkan jiwa dan nyawa mereka serta meletakkan isteri, anak-anak dan keluarga mereka di dalam kebimbangan.

Begitu juga halnya dengan hakim, peguam-peguam dan seumpamanya. Mereka juga bukanlah golongan yang bertanggungjawab sepenuhnya apabila penjenayah yang mereka jatuhi hukuman tidak serik atau hukuman itu tidak menginsafkan atau tidak mencegah jenayah baru daripada berlaku sekalipun sudah terlalu banyak penjenayah dijatuhkan hukum. Ini kerana, mereka tidak boleh menjatuhkan hukuman sesuka hati mereka justeru mereka juga terikat dengan undang-undang yang sedia ada, khususnya sistem kehakiman dan undang-undang itu sendiri.

Oleh itu, penting untuk dibuat penilaian terhadap sistem kehakiman dan undang-undang negara supaya ianya lebih berperanan dan lebih berkesan di dalam menurunkan atau mengsifarkan kadar jenayah. Atau dengan kata lain, lebih bersifat mencegah daripada berlaku, menginsafkan yang dah dilakukan, membela keluarga mangsa dan mengamankan negara, iaitu ciri-ciri perundangan Syari’ah Islam.

HUDUD DAN QISAS SEBAGAI PERBANDINGAN.

Alternatif dan perbandingan yang boleh kita fikirkan bersama ialah berkenaan Hudud dan Qisas yang sudah terbukti keberkesanannya di dalam bukan sahaja menyelesaikan masalah jenayah, bahkan mencegahnya daripada berlaku. Sekalipun pada hari ini hukum itu sudah tidak wujud di negara kita dan dunia amnya, tetapi penamatan perlaksanaannya bukan kerana terbukti kegagalannya, tetapi akibat daripada penjajahan yang ‘memaksa’ untuk merubah sistem perundangan tersebut kepada sistem mereka.

Berterusan di dalam mempertahankan undang-undang konvensional yang terbukti kegagalannya di dalam mencegah jenayah membuktikan bahawa sebenarnya kita masih berada di dalam minda penjajahan. Kegagalan undang-undang penjajah sudah cukup terbukti dan sepatutnya sekaranglah masa sesuai untuk berfikir undang-undang terbaik yang berkesan mengatasi jenayah. Saranan ini sebenarnya bukanlah sesuatu yang baru, tetepi telah diluahkan oleh beka Ketua Hakim negara, Tun Ahmad Fairuz Syeikh Abdul Halim yang pernah menyifatkan penggunaan Common Law hanya menggambarkan minda pengamal undang-undang tempatan yang masih terjajah. Beliau tidak berseorangan di dalam cadangan ini, bahkan juga turut disertai oleh Peguam Negara, Tan Sri Abd. Ghani Patail. Beliau pernah berkata bahawa undang-undang Syari’ah adalah yang terbaik kerana ia menekankan kepada keadilan dan pembahagian hak yang sama.

Penerimaan undang-undang Syari’ah pada hari ini sudah semakin tersebar hanya di negara kita, tetapi sehingga ke negara barat sendiri. Pernah seorang paderi bernama Dr Rowan Williams telah meminta agar Undang-undang Syari’ah dilaksanakan di Barat. Rowan adalah Archbishop Canterbury iaitu pemimpin terhadap 77 juta pendokong Anglican di seluruh dunia. Tapi, beliau tiada kuasa untuk menjadikan 38 bishop bawahannya akur di bawah kekuasaannya. Sekalipun undang-undang Syari’ah yang dicadangkannya bukanlah qisas yang sedang kita perbincangkan, tetapi ianya menunjukkan bahawa undang-undang Syari’ah adalah undang-undang yang relevan untuk dilaksanakan bukan sahaja di dalam negara umat Islam seperti di Malaysia, bahkan di Britain yang merupakan negara rujukan kepada undang-undang negara kita. Tetapi disebabkan oleh penyakit Islamfobia, maka akhirnya pintu cadangan yang telah dibuka oleh Dr Rowan tersebut ditutup tanpa perbahasan dan pengkajian yang lebih mendalam.

Oleh itu, kita sebagai sebuah negara merdeka, merdeka tubuh badan dan pemikiran sepatutnya kita bersedia untuk keluar dari kepompong tersebut untuk kita mula memikirkan alternatif kepada undang-undang pada hari ini. Antaranya ialah, dengan kita membuka minda kita terhadap undang-undang jenayah Syari’ah, khususnya Qisas yang relevan untuk diaplikasikan dalam kes seperti pembunuhan Dato’ Sosilawati. Di sini kita akan dapat lihat dengan jelas perbezaan-perbezaan asas yang penting di antara undang-undang Syari’ah Qisas dan undang-undang yang sudah sedia di amalkan, iaitu perbezaan dari sudut pendakwaan dan penyiasatan, penghukuman dan perlaksanaan dan juga pengampunan dan pampasan.

PENDAKWAAN DAN PENYIASATAN.

Di dalam undang-undang Syari’ah, kes pembunuhan lebih bersifat hak individu. Ini bermaksud, apabila berlaku jenayah yang membabitkan kematian, maka hak untuk mendakwa dan menyiasat adalah hak yang dipunyai oleh keluarga si mangsa. Oleh itu, para keluarga si mangsa berhak membuat pendakwaan sendiri jika mereka berkemampuan, atau melantik pihak lain yang berkemampuan. Jika keluarga si mangsa tidak mampu untuk membuat pendakwaan seperti tiada kepakaran atau kebolehan serta tidak mampu untuk mencari pihak yang boleh mewakili mereka disebabkan kos atau seumpamanya, maka pendakwaan itu menjadi kewajipan ke atas pihak pemerintah bagi pihak keluarga mangsa.

Dalam keadaan keluarga si mangsa tidak mampu untuk menjalankan penyiasatan dan pendakwaan secara bersendirian, maka pihak kerajaan wajib memainkan peranan membantu keluarga si mangsa. Ketidakmampuan ini termasuklah seperti ketidak upayaan untuk menanggung kos siasatan, seperti kos membuat forensik berkaitan keesahan tandatangan yang boleh mencecah RM2000, kos selaman dan lain-lain. Tuntasnya, leader siasatan ialah keluarga mangsa, manakala kerajaan pula wajib membantu aspek-aspek yang tidak diupayai oleh keluarga si mangsa.

Firman Allah swt bermaksud: dan janganlah kamu membunuh diri seseorang manusia Yang diharamkan oleh Allah membunuhnya kecuali dengan alasan yang benar. Dan sesiapa yang dibunuh secara zalim, maka sesungguhnya Kami telah menjadikan warisnya berkuasa menuntut balas. Dalam pada itu, janganlah ia melampau dalam menuntut balas bunuh itu, kerana sesungguhnya ia adalah mendapat sepenuh-penuh pertolongan (menurut hukum Syarak). – (Al-Israa’: 33).

Dalam konteks perundangan di Malaysia pada waktu ini, ada baiknya kuasa mutlak Peguam Negara untuk mendakwa itu diintegrasikan dengan keluarga mangsa, di mana Peguam Negara perlu mendapatkan pandangan keluarga si mangsa sebelum meneruskan pendakwaan. Ini adalah sebagai pendekatan yang lebih adil dan perubahan mampu yang paling dekat boleh dilaksanakan, sekalipun ia tidak seratus peratus bertepatan dan seadil hukum Islam.

Dalam sistem hari ini jelas boleh membuka pintu penyelewengan khususnya apabila penjenayah melibatkan golongan atasan yang mempunyai kuasa politik, atau pihak yang korup terlibat di dalam pendakwaan dan seumpamanya. Maka kes-kes jenayah berat seperti ini boleh diabaikan begitu sahaja, atau akan tertangguh sehingga tempoh yang tidak berkesudahan.

Jika perlaksanaan undang-undang Syari’ah ini, maka kes Memali tidak akan bertangguh begitu lama, keluarga mendiang Al-Tantuya akan pulang dengan hati lebih puas dan juga nescaya isu kepada punca kematian Teoh Beng Hok tidak akan berbangkit.

Tetapi di dalam realiti hari ini, keluarga si mangsa bukan setakat tidak mempunyai hak pendakwaan bahkan tiada hak untuk akses maklumat berkaitan kes, tidak sebagaimana di dalam hukum Syari’ah Islam.

PENGHUKUMAN DAN PERLAKSANAAN.

Apabila si tertuduh di dapati bersalah, maka hak untuk menjatuhkan hukuman adalah merupakan hak keluarga si mangsa. Menurut hukum Syari’ah, jika si mangsa mati dibunuh oleh seseorang penjenayah, maka keluarga mangsa sendiri berhak untuk menjatuhkan hukuman balas terhadap penjenayah terbabit. Firman Allah swt bermaksud: maka sesungguhnya Kami telah menjadikan warisnya berkuasa menuntut balas. – (Al-Israa’: 33).

Jika pembalasan balik terhadap penjenayah tidak mampu dilakukan sama seperti yang dilakukan, keluarga mangsa berhak membalas dalam bentuk yang lebih minimum. Islam tidak membenarkan pembalasan yang dilakukan oleh keluarga mangsa melebihi perbuatan jenayah yang telah dilakukan oleh si penjenayah bagi memastikan hak keadilan si penjenayah juga mesti dipelihara. Firman Allah swt: oleh itu sesiapa yang melakukan pencerobohan terhadap kamu maka balaslah pencerobohannya itu seimbang dengan pencerobohan yang dilakukannya kepada kamu; dan bertaqwalah kamu kepada Allah serta ketahuilah: sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa. – (Al-Baqarah: 194),

Seringkali apabila kita bercerita tentang cara hukuman di laksanakan di dalam Islam, umum seolah-oleh melihat Islam itu keras. Tetapi sebenarnya apabila dibandingkan dengan jenayah yang dilakukan, kesakitan yang dirasakan oleh mangsa, kesan kepada masyarakat dan bebanan yang dipikul oleh keluarga, maka kita akan melihat hukuman itu cukup adil. Justeru itu, masyarakat tidak perlu fobia dengan hukuman ini kerana hukuman ini bukan dijatuhkan kepada mereka yang tidak bersalah, tetapi hukuman ini adalah setimpal dijatuhkan kepada mereka yang melakukan kesalahan membunuh, satu jenayah berat yang boleh meletakkan masyarakat di dalam ketakutan.

Bagi keluarga mangsa, tentulah cara Islam ini lebih dicenderungi justeru ia boleh mengubat perasaan dendam dan perasaan tidak puas hati terhadap penjenayah yang menjadi punca kepada kehilangan orang yang tersayang atau individu yang menjadi tempat pergantungan hidup jika si mangsa adalah bapa kepada keluarga terbabit.

Apabila keluarga mangsa tidak mampu melaksanakan hukuman tersebut, maka ia boleh mewakilkan kepada pihak kedua atau mewakilkan kepada pihak kerajaan untuk melaksanakan hukuman ini.

PENGAMPUNAN DAN PAMPASAN.

Setelah si penjenayah di dapati bersalah, jika keluarga si mangsa menuntut pembalasan untuk membunuh balas, maka tidak ada pihak termasuk kerajaan atau Khalifah yang boleh memberikan keampunan dan pembebasan si penjenayah.

Dalam masa yang sama, keluarga mangsa juga berhak untuk memberikan pengampunan kepada si penjenayah sama ada pengampunan yang bersyaratkan pampasan atau dikenali sebagai Diat menurut istilah Fiqh Islam, atau pengampunan tanpa apa-apa balasan.

Apabila keluarga si mangsa memberikan pembebasan dan pengampunan kepada si penjenayah dan menuntut wang pampasan Diat, maka wang itu hanya berhak diterima oleh keluarga si mangsa, bukan pihak yang lain. Firman Allah swt yang bermaksud: maka sesiapa (pembunuh) yang mendapat keampunan dari saudaranya (pihak yang terbunuh), maka hendaklah orang yang mengampunkan itu) mengikut cara yang baik (dalam menuntut ganti nyawa), dan (si pembunuh pula) hendaklah menunaikan bayaran ganti nyawa itu dengan sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah suatu keringanan dari Tuhan kamu serta suatu rahmat kemudahan. Sesudah itu sesiapa yang melampaui batas (untuk membalas dendam pula) maka baginya azab seksa yang tidak terperi sakitnya. – (Al-Baqarah: 178)

Kerajaan menurut Syari’ah Islam, adalah dilarang keras memberikan keampunan kepada si penjenayah tanpa izin daripada keluarga mangsa dan mengambil wang bayaran tertentu daripada si penjenayah tanpa diberikan kepada keluarga mangsa. Ini di istilahkan sebagai Suhtun, iaitu wang keampunan bagi mengabaikan hak keluarga mangsa. Suhtun dianggap seperti rasuah, iaitu kerajaan menerima bayaran daripada penjenayah, membebaskannya serta melindunginya daripada balas dendam keluarga mangsa.

Dengan kata lain, jika seseorang pembunuh yang di dapati bersalah diampunkan oleh lembaga pengampunan, jika keluarga mangsa masih tidak berpuas hati dan seterusnya mengambil tindakan membunuh atau mencederakan si penjenayah tadi, maka keluarga si mangsa pula akan menerima hukuman akibat perbuatan membalas dendam tersebut. Oleh itu, Islam menganggap ianya adalah bentuk rasuah, tetapi mengistilahkannya sebagai Suhtun, iaitu istilah khusus bagi pembayaran wang yang melibatkan kezaliman, sebagaimana tafsiran Ibnu Masud yang diriwayatkan oleh Imam Tabari di dalam tafsirnya.

Walau apapun istilahnya, perbuatan mengambil wang oleh kerajaan tanpa izin keluarga mangsa adalah merupakan kesalahan yang besar menurut Islam kerana telah menceroboh hak keluarga si mangsa dan juga bercanggah dengan hak yang diberikan oleh Allah kepada mereka melalui ayat 33, surah Al-Israa’ dan ayat 178 surah Al-Baqarah.

KESAN PERLAKSANAAN HUKUM ISLAM.

Daripada penjelasan di atas, jelas menunjukkan kepada kita kesan daripada perlaksanaan hukum Syari’ah Qisas yang tidak terdapat di dalam undang-undang Inggeris pada hari ini. Antara terpenting ialah:


1. Menutup pintu rasuah: apabila keluarga mangsa adalah pihak yang paling bertangungjawab untuk melakukan pendakwaan dan pengumpulan bukti, maka tidak ada ruang untuk rasuah boleh berlaku. Maka tidak ada ruang untuk orang politik, orang kaya dan orang yang berpengaruh untuk merasuah pendakwaraya, pegawai penyiasat dan seumpamanya, jika kes pembunuhan membabitkan golongan seperti ini. Mereka tidak ada ruang untuk merasuah pendakwaraya kerana pendakwa itu adalah keluarga mangsa yang menuntut pembalasan, mereka tidak ada ruang untuk merasuah pegawai penyiasat kerana pegawai penyiasat adalah lantikan yang dipercayai oleh keluarga mangsa atau penyiasat itu adalah keluarga mangsa sendiri. Cara Islam ini bukan setakat menutup ruang-ruang berlakunya rasuah dan salah guna kuasa, tetapi ia juga dapat menghindari wasangka perlakuan rasuah dan salah guna kuasa.

2. Bebas daripada penipuan dan penyembunyian fakta kes: Setelah diyakini siasatan dan dakwaan bebas daripada rasuah, maka sepastinya ianya akan bebas daripada penipuan dan penyembunyian fakta kes. Ini kerana, apabila pihak yang berhak untuk membuat pendakwaaan dan penyiasatan adalah keluarga si mangsa sendiri sebagaimana disebutkan sebelum ini, maka sudah tentu mereka akan mengorek dan mencari bukti pembunuhan sehingga ke lubang cacing. Kesungguhan mereka sepastinya kesungguhan yang maksimum justeru mangsa adalah orang yang tersayang. Ini berbeza jika penyiasatan pendakwaan dan pencarian bukti dibuat oleh orang lain yang bukan kerabat atau suku sakat kepada si mangsa, sekalipun ianya bergelar kerajaan atau polis. Sepastinya usaha mereka tidak semaksimum usaha yang dilakukan oleh keluarga mangsa itu sendiri.

3. Membela nasib keluarga mangsa: Jika keluarga si mangsa sangat bergantung kewangan dan sumber pendapatan kepada al-marhum atau mendiang dan jika mereka ingin memberikan peluang kedua kepada si penjenayah, maka nasib mereka akan terbela dengan wang Diat pampasan yang diperolehi daripada si penjenayah. Ini secara langsung dapat menjadikan keluarga mangsa terbela, bukan sahaja dari sudut hak tuntutan darah, tetapi ia juga melibatkan pembelaan kewangan.

4. Memuaskan hati keluarga mangsa dan mengelakkan daripada membalas dendam: antara yang terpenting di sebalik undang-undang jenayah Syari’ah ialah, keluarga mangsa akan berpuas hati dengan hukuman dan perlaksanaanya. Istilahnya disebutkan sebagai Al-Jabr di dalam Fiqh Islam. Apabila puas hati berlaku di kalangan keluarga mangsa, maka tidak timbul isu balas dendam terutamanya apabila penjenayah dibebaskan dengan pengampunan bukan keluarga mangsa atau dibebaskan dengan bukti yang keluarga mangsa tidak berpuas hati terhadap bentuk siasatannya.

5. Menghalang golongan yang berkuasa daripada terbebas: apabila jenayah dilakukan oleh mereka yang mempunyai kuasa di dalam negara, seperti pemimpin-pemimpin politik tertinggi di dalam negara, atau mereka yang mempunyai pertalian darah atau pertalian kroni dengan mereka, atau melibatkan pihak polis sendiri atau seumpamanya, maka ruang untuk mereka terlepas adalah terbuka justeru mereka mempunyai kuasa sekalipun secara tidak lansung dengan pihak-pihak yang terbabit dengan pendakwaan. Tetapi di dalam sistem Islam, sistem yang telus dan adil adalah mustahil bagi golongan seperti ini untuk terlepas justeru kuasa pendakwaan, penyiasatan dan penemukaan bukti adalah di bawah kuasa keluarga mangsa sebagai kuasa pendakwa.

KESAN PENCEGAHAN.

Antara yang menjadi Maqasid Syariyyah di dalam perlaksanaan hukum hudud Islam ialah konsep pencegahan. Menurut keyakinan golongan yang beriman, apabila hukuman ini dilaksanakan, maka yang mencegah daripada berlakunya jenayah bukannya hakim, bukannya polis dan bukannya kerajaan, tetapi yang mencegahnya ialah Allah swt. Di sinilah sebenarnya letaknya paksi dan rahsia utama kurangnya jenayah di dalam negara yang mengamalkan hukum Syari’ah.

Ini dilogikkan dengan punca sebenar kepada berlakunya jenayah ialah disebabkan tiada sifat dan perasaan takut di dalam diri mereka untuk melakukan jenayah. Justeru itu, mereka tidak pernah terfikir dua kali untuk memukul, menikam dan menembak orang lain apabila tiada perasaan takut di dalam diri mereka. Hakikatnya, perasaan takut bukan perkara yang boleh dengan senang difaktorkan oleh perbuatan manusia, hatta dengan undang-undang itu sendiri. Lihat sahaja undang-undang gantung mandatori bagi pengedar-pengedar dadah, ia tidak menggerunkan para pengedar sekalipun hukumannya cukup berat.

Justeru itu, yang mampu memasukkan perasaan takut di dalam diri penjenayah adalah tuhan yang mencipta manusia itu sendiri, iaitu Allah swt. Maka dengan ini, masyarakat akan terus hidup di dalam aman dan damai, tidak takutkan keselamatan nyawa mereka atau keluarga mereka yang tersayang, justeru jaminan Allah swt yang bermaksud: dan di dalam hukuman Qisas itu ada jaminan hidup bagi kamu, Wahai orang-orang Yang berakal fikiran, supaya kamu bertaqwa. – (Al-Baqarah: 179). Inilah kepercayaan yang wajib diimani oleh setiap mukmin yang beriman.

Walau bagaimanapun, ini bukanlah satu paksaan untuk golongan bukan Islam untuk mempercayainya. Tetapi mereka berhak untuk membuat penilaian-penilaian terhadap perbandingan antara undang-undang Islam dengan undang-undang konvensional yang disebutkan di atas jika si mangsa adalah keluarga mereka, kerabat mereka, sahabat mereka atau orang yang mereka sayangi.

KESIMPULAN.

Daripada perbincangan di atas, sudah tiba masanya untuk masyarakat di dedahkan dengan hukum hakam perundangan Islam sebagai alternatif penyelesaian kepada kemelut jenayah yang berlaku pada hari ini.

Dengan ini juga kita dapat melihat dengan jelas, bahawa jika keluarga mangsa diberikan pilihan antara hukum Islam dengan hukum yang bukan Islam, nescaya hukum Islam adalah pilihan mereka, bukan kerana pemilihnya adalah Islam atau tidak, tetapi kerana hukum ini lebih dekat dengan hati mereka, lebih dilihat bersifat membela hak mereka, tanpa mengira sama ada mereka Islam atau bukan Islam.

Hukum Islam yang hakikatnya lebih bersifat dekat dengan hati masyarakat pernah dibuat kajian sekitar 279 responden yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama oleh Majlis Penyelidikan dan Pengkajian Hukum (MPPH), Dewan Ulama PAS pusat pada tahun 2006. Tanpa menyebut ini undang-undang Islam dan undang-undang konvensional, MPPH membuat survey manakah satu pilihan mereka jika mereka menjadi keluarga kepada mangsa langgar oleh pelumba-pelumba haram, atau pemandu cuai.

Yang menariknya ialah, dalam point ini kesemua seratus peratus responden memberikan respon memilih hukum Syari’ah Qisas tanpa menyedari sebenarnya pilihan mereka sebenarnya adalah hukum Islam. Hasil kajian ini juga secara tidak lansung menunjukkan, bahawa mereka yang menolak undang-undang Islam sebenarnya akibat terpengaruh dengan serangan Islamfobia dan sebahagiannya lebih bersifat sentimen justeru mereka sebenarnya tidak mengenali hukum Syari’ah Islam dengan lebih dekat. Antara sebab yang diberikan oleh responden kenapa mereka memilih hukum tersebut, sebab yang diberikan ialah kerana hukum yang mereka pilih lebih membela nasib mereka sebagai keluarga mangsa justeru mendapat pampasan, berbeza dengan hukum konvensional.

Malangnya, sebenarnya masyarakat berbilang kaum yang membuat pilihan tersebut, yang mereka anggap sebagai adil dan membela nasib mereka, tidak memahami sebenarnya mereka sedang memilih hukum Qisas. Justeru itu, PAS khususnya dan semua peringkat pendakwah Islam amnya, sama ada individu atau NGOs Islam perlu mempergiatkan dakwah memperkenalkan kepada masyarakat sama ada muslim atau non-muslim tentang hukum Qisas yang sebenar berbanding undang-undang konvensional, supaya masyarakat bebas berfikir dan membuat pilihan yang lebih adil untuk mereka.

Hukum ini sebenarnya tidak boleh ditanya kepada penjenayah, menteri atau kerajaan sahaja, tetapi lebih utama hukum ini ditanyakan kepada keluarga mangsa, justeru mereka adalah penanggung kesan jenayah, berbanding menteri atau pihak kerajaan.

Bagi penjenayah dan mereka yang terlibat dengan korupsi, penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dan jenayah semestinya dan sepastinya mereka menolak hukum Islam justeru mereka tidak berpeluang untuk lepas, sebaliknya mereka akan lebih suka dan selamat dengan sistem undang-undang yang membuka ruang kepada mereka.

Justeru itu, DPPP sangat bersetuju dengan cadangan Mursyidul Am PAS, YB. Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya kita menyelesaikan masalah kemelut negara yang disebungi masalah jenayah dengan kembali kepada perlaksanaan hukum Qisas.

Disediakan Oleh
Ust.Nasrudin Hassan At Tantawi
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Pusat

-----------------------------------------------

Sila lawati E-Perpustakaan IH:
Dapatkan 10 e-buku IH percuma!
Klik di sini..

Rak 1

Akan dipamer lagi e-buku-buku selanjutnya.

Berita Kehilangan Ahli Perniagaan 'Panas' Di India





CHENNAI Jumaat September 24, 2010 : Beberapa organisasi media di sini mengikuti perkembangan kes kehilangan ahli perniagaan, A. Muthuraja.

Menurut wartawan khas dan ketua biro jenayah Chennai, VP Raghu berkata, berita kehilangan Muthuraja akan terus dilaporkan sehingga kebenarannya diketahui.

"Lelaki ini ada kaitan dengan industri perfileman di sini dan sesiapa sahaja yang ada kaitan dengan industri ini adalah berita panas," katanya.

Jelas beliau, akhbar itu juga ingin mengetahui sama ada dua beradik yang juga peguam disyaki terbabit dalam kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain turut terlibat dalam kes kehilangan Muthuraja.

Sementara itu, wartawan khas meja jenayah Sun TV, Rama Selvaraj berkata, rangkaian televisyennya meminati berita mengenai kes terbabit kerana ia mengambil masa lapan bulan bagi menemui maklumat berhubung kehilangan Muthuraja.

"Faktor bahawa dia adalah seorang jutawan tempatan dan menceburi industri perfileman juga adalah satu faktor yang boleh dikaji," katanya.

Menurut beliau lagi, laporan berita mengenai kehilangan Muthuraja juga merupakan bentuk 'amaran' kepada ahli perniagaan dari India agar lebih berhati-hati dalam soal keselamatan untuk berurusan di Malaysia.

"Kita begitu terganggu dengan perkara yang sudah berlaku, kami berharap ia mungkin dapat dielakkan." katanya.

Sun TV menyiarkan berita kehilangan Muthuraja setiap hari menerusi slot berita perdana saluran mereka.

Sementara itu, ketua meja jenayah akhbar Malai Malar, M Ravi berkata, Muthuraja merupakan individu penting dan berita kehilangannya merupakan isu besar di Tamil Nadu.

"Kami pasti pembaca ingin mengetahui apa sebenarnya yang berlaku," katanya.

Muthuraja, 34, dikatakan datang ke Malaysia untuk bertemu rakan karibnya iaitu suspek utama kes pembunuhan Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain.

Ahli perniagaan itu bagaimanapun gagal dihubungi isterinya sejak 19 Januari lalu sehingga kini. (mStar Online)

-----------------------------------------------

Sila lawati E-Perpustakaan IH:
Dapatkan 10 e-buku IH percuma!
Klik di sini..

Rak 1

Akan dipamer lagi e-buku-buku selanjutnya.

Ketua JI Bebas ISA, Pulang Ke S'pura

Mas Selamat memboloskan diri dari pusat tahanan Whitley Road, Singapura dua tahun lalu. — Foto Reuters
KL, 24 Sept 10: Pemimpin pertubuhan Jemaah Islamiah (JI) Singapura Mas Selamat Kastari bebas daripada tahanan bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) hari ini dan akan dihantar pulang ke republik tersebut.

Mas Selamat memboloskan diri dari pusat tahanan Whitley Road, Singapura pada 27 Februari 2008 dan ditahan oleh pihak berkuasa Malaysia pada 1 April 2009 di Kampung Tawakal dekat Skudai. Kemudian dia ditahan di bawah ISA selama dua tahun dan tahanannya dibatalkan pada pukul 10.30 pagi ini.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan, Pengarah Pasukan Petugas Khas (Operasi/Anti Pengganas) PDRM, Datuk Muhamad Fuzi berkata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein membatalkan perintah tahanan terhadap Mas Selamat.

Pembebasan dan penghantaran pulang Mas Selamat diumumkan selepas lima hari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan rakan sejawatannya Lee Hsien Loong mengadakan pertemuan di Istana, Singapura.

Mas Selamat memboloskan diri daripada Whitley Road Detention Centre, tempat beliau ditahan selepas dibawa pulang dari Indonesia bulan Februari dua tahun sebelum itu.

Ekoran tindakan memboloskan diri, Timbalan Perdana Menteri Singapura yang juga Menteri Dalam Negeri Wong Kan Seng memberitahu Parlimen sebelum ini bahawa terdapat kelemahan keselamatan di pusat tahanan itu sehingga mengakibatkan Mas Selamat dapat melepaskan diri.

Beliau berkata tahanan itu dibawa keluar dari tempat penahanannya untuk ke bilik lawatan bagi menunggu kunjungan anggota keluarganya apabila dia meminta untuk pergi ke tandas, sebelum melarikan diri.

Lelaki kelahiran Indonesia itu didakwa menjadi dalang kepada satu rancangan untuk merampas sebuah pesawat penumpang bagi merempuh Lapangan Terbang Changi Singapura pada tahun 2002, namun rancangan itu tidak diteruskan.

Tahun lalu, Najib berkata, Mas Selamat merupakan ancaman terhadap keselamatan Malaysia dan Singapura, justeru penahanan itu merupakan sesuatu yang wajar dilakukan.

“(Penahanan) ini merupakan keputusan Malaysia namun saya pasti jika dia berada di Singapura, dia akan ditahan juga. Saya tak nampak mengapa Singapura hendak membebaskan Mas Selamat,” katanya.

Laporan Bernama awal tahun lalu juga berkata, keputusan menahan Mas Selamat selama dua tahun di bawah ISA di negara ini turut mengesahkan bahawa ketua JI Singapura itu tidak akan diekstradisi ke republik tersebut di dalam jangka masa terdekat ini.

Soal sama ada ketua JI republik tersebut akan dihantar pulang ke Singapura katanya, akan hanya dibincangkan selepas tamat tempoh dua tahun itu.

Laporan sebelum ini mengatakan sejurus selepas Mas Selamat memasuki negara ini setelah berenang merentasi Selat Tebrau dari Woodlands, Singapura, dia telah pergi menemui dua kawannya Johar Hassan dan Abdul Matin di Johor.

Mas Selamat menjadi orang buruan paling utama Singapura, selepas dia berjaya meloloskan diri dari penjara kawalan maksimum di Pusat Tahanan Whitley Road pada Februari 2008.

Awal tahun lalu, sumber Bernama turut mengatakan, Mas Selamat akan menjalani proses pemulihan sepanjang tempoh warga Singapura itu berada di Pusat Tahanan Kamunting, yang menempatkan tahanan-tahanan ISA.

“Menerusi proses pemulihan yang dijalaninya di Kamunting itu, kita berharap akan dapat meneutralisasikan beliau,” katanya.

Beliau berkata, di antara proses pemulihan yang akan dijalani oleh ketua JI Singapura itu termasuklah sesi pendebatan agama antara Mas Selamat dengan kumpulan pakar agama pihak berkuasa. (AK)

Mula Terbongkar, Dalang Cek RM4 Bilion.. UMNO?

KL, 24 Sept 10: Dalam keadaan kerajaan PAS Kelantan diasak dengan isu cek RM4 bilion, wajah dan motif sebebanr syarikat I'Da World Group Sdn Bhd dan hubungannya dengan Umno semakin jelas terdedah.

Keratan akhbar Utusan Borneo dengan tajuk "I'Da World Group menjayakan 1Malaysia" Khamis, 8 April 2010 cukup membuktikan siapa mereka dan dalang di belakang mereka.

Dalam satu majlis di Kota Kinabalu, keakraban syarikat itu dengan Umno terserlah apabila syarikat tersebut diberi projek dalam usaha membantu Sabah dengan dakwaan menjayakan 1Malaysia gagasan Datuk Seri Najib Razak.

Ekoran penyerahan replika cek RM4 bilion baru-baru ini yang didakwa untuk PAS negeri itu, media milik Umno dan pemimpin parti itu melakukan serangan bertubi-tubi terhadap kepimpinan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Tidak cukup dengan pelbagai tohmahan jahat terhadap kerajaan negeri, mereka turut menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) menyiasat.

Di pihak kerajaan negeri dan masyarakat Kelantan pula, timbul persoalan apa sebenarnya motif di sebalik gimik penyerahan replika cek tersebut.

Lebih menimbulkan tanda tanya, ianya dilakukan tanpa kehadiran mana-mana pemimpin PAS negeri itu mahupun Exco kerajaan negeri sendiri.

Badan Perhubungan PAS Kelantan juga tidak dijemput sedangkan mereka mendakwa cek RM4 bilion tersebut untuk PAS Kelantan bagi membantu melaksanakan prasarana di beberapa jajahan di negeri ini.

Replika cek tersebut sebelum ini diserahkan kepada adinda Menteri Besar Kelantan, Nik Din Nik Mat dalam satu majlis makan malam di sebuah hotel di sini.

Nik Din bagaimanapun tampil menjelaskan beliau ke majlis itu atas kapasiti peribadi dan menafikan beliau mewakili mana-mana pihak.

Dalam pada itu Tuan Guru Nik Aziz juga mengumumkan bahawa kerajan negeri akan menyenaraihitamkan syarikat tersebut yang didakwa mempunyai niat tertentu terhadap negeri itu.

Menurutnya lagi, Syarikat I’DA World Group Sdn Bhd (l’DA World) tidak mempunyai sebarang projek di negeri ini dan kerajaan negeri juga tidak mempunyai sebarang hubungan dengannya.

Dalam pada itu, beberapa blog turut mendedahkan siapakah sebenarnya Pengerusi Eksekutif I'Da World Group, Abdul Rahim Abdul Wahab.

Beberapa keping gambar didedahkan menunjukkan Abdul Wahab dalam majlis perlancanran Misi Perdana de Everest - Tibet 2011 yang berlangsung di Dewan Felda, Jalan Gurney yang dilancarkan Perdana Menteri, Najib Razak pada 25 April lalu.

Pendedahan-pendahan tersebut dijangka mampu merungkai dan menjawab segala persoalan berhubung niat sebenar dan dalang di sebalik pemberian replika cek tersebut.

Sebelum ini...

Pidato 45 Minit Ahmadinejad Di PBB.

Ahmadinejad: PBB Harus Direformasi!

KL 24 SEPT 10: Presiden Republik Islam Iran, Mahmoud Ahmadinejad pada sidang majlis Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) ke-65 kelmarin Khamis, menyentuh mengenai organisasi terbesar yang menaungi berbagai bangsa dan negara di dunia itu.

Ahmadinejad menegaskan, peranan PBB dalam mewujudkan perdamaian, keamanan global, hak asasi manusia dan mengarahkan dunia menuju keadaan yang diperlukan masyarakat dunia. Katanya dalam pidato itu, PBB tidak mampu memenuhi tuntutan berbagai bangsa dunia. Majoriti bangsa dan negara di dunia mendesak perubahan dasar di tubuh PBB, dan diterapkan keadilan dalam politiknya.

Menurut Ahmadinejad, ketidakmampuan PBB akibat strukturnya tidak adil, memberi istimewa kepada segelintir negara superpower dalam bentuk hak veto yang tidak adil. Demikian dilaporkan oleh sumber Iran (IRIB)

Katanya juga di depan pemimpin dunia berbagai negara, "Tidak lama setelah peristiwa serangan terhadap menara kembar WTC terjadi, enjin propaganda Barat secara serempak menyebarkan sebuah pemikiran bahawa dunia berada dalam ancaman besar bernama terorisme, dan menyatakan satu-satunya jalan adalah membabitkan Afghanistan. Kemudian, Irak pun diduduki menyusul Afghanistan."

Dengan membandingkan jumlah korban peristiwa 11 September sebesar 3,000 orang, ratusan ribu terkorban, jutaan cedera, terlantar di Irak atau Afghanistan, Ahmadinejad mengatakan, penglibatan yang dilakukan Washington ke Afghanistan serta Irak dilakukan untuk mengubah kondisi ekonomi AS, menguasai Timur Tengah dan menyelamatkan regim Zionis.

Pidato 45 minit itu diliputi oleh berbagai media massa internasional dan disiarkan secara langsung oleh tv nasional Iran mulai pukul 23.00 waktu Tehran. Pidato berbahasa Farsi yang diawali dengan doa singkat berbahasa Arab itu menyentuh sejumlah isu penting global. Bencana banjir bandang di Pakistan, krisis global dan imperialisme akibat keserakahan segelintir negara superpower, terorisme, peristiwa 11 September 2001, Palestin, penistaan terhadap kitab suci al-Quran, reformasi PBB dan deklarasi nuklear Tehran.

Komen Blog Ibnu Hasyim:

Pertama: Bersetuju dengan cadangan mantan datukbandar Tehran, dalam pidatonya di hadapan ratusan pemimpin dunia mendesak PBB dan masyarakat dunia supaya melucut senjata nuklear di dunia yang sebahagian besar dimiliki oleh negara-negara maju dan regim Zionis.

Kedua:

Bersetuju dengan kenyataan Presiden Republik Islam Iran, Mahmoud Ahmadinejad, dalam temuramah pada Rabu 22 Sept lepas oleh Larry King, Tv CNN menyebutkan, "Bangsa Iran selama 30 tahun hidup tanpa AS, dan maju, sementara masa bergantung dengan AS, Iran menjadi negara yang mundur."

Itu yang negara-negara trojen AS kena ingat dan ambil iktibar!

Kes Sosilawati: Saspek Tidak Terlibat Langsung -Peguam Vijandran

"Klien saya mendakwa mereka tidak terlibat langsung (dengan pembunuhan itu) mereka disiasat dan tidak bersalah." kata Vijandran.

KL 23 SEPT 10: Vijandran antara 3 peguam saspek utama kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain, berkata, kliennya mendakwa mereka tidak terlibat langsung dengan pembunuhan itu.

"Klien saya mendakwa mereka tidak terlibat langsung (dengan pembunuhan itu) mereka disiasat dan tidak bersalah." kata Vijandran. Mereka akan membuat laporan polis mengenai hal itu esok."Bagaimanapun, mereka bersedia memberi sepenuh kerjasama kepada polis tetapi berharap dilayan dengan lebih adil pada masa yang sama," kata Vijandran.

Tiga peguam yang mewakili suspek dan adiknya, kedua-duanya juga peguam berjaya menemui klien mereka untuk pertama kali di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur Khamis lalu. Mereka sampai pada jam 3 petang ditemani isteri suspek yang mendapat kebenaran bertemu suami mereka.

Sebelum itu, peguam DP Vijandran dan Ravi Nekoo memberitahu media, suspek berusia 41 tahun itu mendakwa dikasari polis selepas mereka bertemu selama 30 minit.

"Suspek mendakwa dipukul dengan getah paip, ditumbuk di muka dan ditendang sehingga memudaratkan tulang belakang," kata Vijandran, menambah suspek belum menerima bantuan perubatan berikutan kecederaannya.

Suspek utama itu juga mendakwa dipaksa menandatangani dokumen tanpa kerelaannya.

Sementara itu, isteri suspek menemui suami mereka selama 10 minit dalam pengawasan ketat pihak polis. "Mereka tidak dibenarkan dekat dengan satu sama lain. Isteri-isteri mereka amat tenang sepanjang pertemuan," tambahnya.

Sosilawati, 47, tiga yang lain — peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, Pegawai CIMB, Noorhisham Mohammad, 38, and pemandu Kamarudin Shansudin, 44, dilaporkan hilang 30 Ogos lalu. Mayat mereka kemudian ditemui di Ladang Gadong berhampiran Banting. Lapan suspek ditahan termasuk peguam dua beradik tersebut. (Sumber tvS/AK)

-----------------------------------------------

Sila lawati E-Perpustakaan IH:
Dapatkan 10 e-buku IH percuma!
Klik di sini..

Rak 1

Akan dipamer lagi e-buku-buku selanjutnya.

Nikah Atau Surat Palsu, Mengapa Sorok Bini Orang?

KESAL...(dari kiri) Pengerusi Pekida Wilayah Persekutuan, Datuk Paduka Roslan Dahaman; Ketua Ahli Majlis Negeri Wilayah Persekutuan, Norashikin Abdul Ghani, Ariffudin dan Masridzi menunjukkan laporan polis serta dokumen pernikahan palsu.
(dari kiri) Pengerusi Pekida Wilayah Persekutuan, Datuk Paduka Roslan Dahaman; Ketua Ahli Majlis Negeri Wilayah Persekutuan, Norashikin Abdul Ghani, Ariffudin dan Masridzi menunjukkan laporan polis serta dokumen pernikahan palsu.

KL 24 SEPT 10: Satu sindiket nikah palsu di Sungai Besar, Sabak Bernam, dikesan mencetak kad perakuan nikah dengan meletakkan nombor siri pasangan lain bagi mengelak pasangan dinikahkan hadapi masalah. Kegiatan sindiket itu didedahkan bapa saudara seorang wanita yang ‘berkahwin’ dengan seorang mualaf, gara-gara hubungan cinta mereka dihalang keluarga.

Bapa saudara berkenaan, Ariffuddin Sam, 36, berkata, pada malam hari raya kedua lalu, anak saudaranya memberitahu keluarga dia sudah bernikah dengan lelaki terbabit. Berikutan itu, katanya, keluarga memintanya menunjukkan kad perakuan nikah dan dia menunjukkan kad terbabit dan sijil perakuan nikah mereka.

Katanya, dia yang tidak berpuas hati merujuk kad berkenaan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan terkejut apabila diberitahu sijil serta kad nikah terbabit palsu kerana nombor siri yang tertera milik pasangan lain.

“Selepas dipaksa, anak saudara saya mendedahkan mereka menggunakan wali hakim dalam kariah sedangkan wali sebenar (ayah atau abang) masih ada. “Malah, tiada nama jurunikah yang bertanggungjawab serta terdapat dua saksi pernikahan mereka termasuk seorang anggota polis dari Balai Polis Sungai Besar,” katanya ketika ditemui di Pejabat Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) di sini, semalam.

Menurutnya, dia beranggapan ramai lagi pasangan muda di daerah itu dinikahkan sindiket terbabit.

“Kes ini memberi mudarat besar kepada keluarga kerana anak saudara saya kini mengandung empat bulan gara-gara ‘nikah tanpa tauliah itu’ dan ditempatkan di sebuah rumah kebajikan.

“Malah, lelaki mualaf itu bersumpah dia tetap akan mencari anak saudara saya hingga ke lubang cacing. Kerana tidak puas hati keluarga sorokkan anak saudara, dia menghantar kumpulan samseng seramai 15 orang ke rumah saya pada Isnin lalu,” katanya.

Mengimbas kembali kejadian ngeri itu, pada jam kira-kira 11 malam, sekumpulan 15 orang datang bertanyakan di mana mereka menyorokkan anak saudara yang berusia 24 tahun itu.

“Saya enggan memberitahu menyebabkan mereka menyerang saya dan keluarga.

“Dalam pergaduhan itu, saya dan adik diserang hingga mengakibatkan luka di muka, kepala dan lengan. Malah, ketika bergelut saya ditumbuk di muka dan belakang menggunakan objek keras, namun saya bernasib baik kerana jiran membantu meleraikan pergaduhan itu,” katanya lagi.

Ariffuddin turut mendedahkan, dia dan keluarga kini trauma kerana setiap hari melihat ada saja kereta yang disyaki meronda kawasan rumah itu bertujuan untuk menakutkan keluarganya.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Malaysia (Perkid), Masridzi Sat mendesak pihak berkuasa terutama jabatan agama bertindak tegas menyiasat dan mendakwa mereka yang terbabit pernikahan palsu termasuk kesalahan memalsukan dokumen pernikahan menggunakan nama jabatan agama.

“Mereka (jabatan agama) perlu menyiasat dengan tegas seterusnya mendakwa pihak terbabit (sindiket nikah palsu) yang berpusat di Sungai Besar, Selangor, kerana jika tidak mungkin lebih ramai anak gadis yang akan mengandungkan anak luar nikah,” katanya.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Bukan siasat itu sahaja, kena siasat juga apakah nikah itu palsu atau suratnya sahaja yang palsu. Isteri adalah di bawah tanggung jawab suami, bagaimana hukum menculik dan sorok isteri orang? Siasat juga soal pernikahan, mengapa selalu disusah-susahkan, berbanding dengan berzina suka sama suka? (2MA)

Hari Ini Usharani Serah Rakaman Telefon Saspek..


Ujian DNA... Isteri Jutawan India, S. Usharani, 27, (dua, kanan) memegang surat untuk menjalani ujian DNA ketika hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat dan memberi kenyataan berhubung kes kehilangan suaminya A. Muthuraja di Kuala Langat, Khamis.

Suami beliau merupakan ahli perniagaan India dikatakan salah seorang daripada mangsa kes pembunuhan suspek utama yang terlibat dengan kes pembunuhan di Ladang Gadong baru-baru ini. Turut hadir Ketua Polis Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat, Supt. Nordin Mananua, kiri). Foto BERNAMA


KL 24 SEPT 10: Hari ini, S Usharani, 27, isteri kepada jutawan dari India yang hilang, Allal Kanthan Muthuraja, 35, akan menyerahkan rakaman perbualan telefonnya dengan saspek kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, 11.30 pagi.

Kata Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam, pada sidang media di pejabatnya di Kapar Selangor, menurut BERNAMA semalam.

S
Usharani, mendedahkan satu rakaman perbualan telefon antara beliau dengan seorang peguam yang dipercayai terbabit dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, dan tiga individu lain.

Usharani perdengarkan perbualan selama kira-kira dua minit yang dirakam menggunakan telefon bimbitnya dengan peguam terbabit yang juga suspek utama dalam kes pembunuhan itu pada sidang itu. Rakaman perbualan menerusi telefon bimbit Nokia yang berlangsung dalam bahasa Tamil dan diterjemahkan oleh peguam Y Murugan itu berkisar mengenai pertanyaan Usharani kepada suspek berkenaan keadaan suaminya, Allal.

Usharani berkata, dalam perbualan pada 28 Januari itu, suspek mendakwa dia berada di Thailand dan hanya akan memberitahu beliau mengenai keadaan suaminya sebaik suspek balik dari negara itu. Turut dimainkan ialah rakaman perbualan telefon antara Usharani dengan seorang lelaki yang mendakwa dia adalah pegawai polis dari Bukit Aman bernama ASP Suresh.

"ASP Suresh meminta saya wang bernilai RM1 juta untuk menyelamatkan suami saya kerana mendakwa ditangkap atas kesalahan penyeludupan dadah jenis ketamin di negara ini," kata Usharani melalui terjemahan oleh Murugan.

Selain itu, beliau yang baru tiba dari Chennai, India, dulu semalam berkata beliau turut menerima satu lagi panggilan telefon daripada seorang lelaki yang mendakwa dia adalah Inspektor Muru dari Bukit Aman dengan tujuan yang sama iaitu untuk meminta wang daripadanya.

Sementara itu, Pejabat Peguam Negara telah mengembalikan kertas siasatan berhubung kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain dengan mengarahkan polis melakukan siasatan susulan. Kertas siasatan itu telah diserah kepada Pejabat Peguam Negara semalam.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan, Ketua Bahagian Pendakwaan Tun Abd Majid Hamzah berkata polis telah diarahkan untuk melengkapkan siasatan tersebut sebelum menghantar semula ke pihaknya. Beliau berkata pihaknya telah mengembalikan kertas siasatan itu semalam setelah menerimanya pada hari yang sama kerana banyak lagi perkara yang memerlukan siasatan lebih lanjut.

Katanya Tan Sri Abdul Gani Patail telah memberi beberapa arahan tertentu untuk dijalankan pihak polis dan juga menyiasat kes-kes lain yang dikatakan mempunyai kaitan dengan suspek-supek berkenaan. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein ketika mengesahkan perkara itu turut memberi jaminan bahawa laporan lengkap kes pembunuhan itu akan siap sepenuhnya dalam tempoh dua minggu lagi. Hishammuddin berkata polis kini menunggu laporan DNA yang ada ketikanya mengambil masa sedikit untuk disiapkan. (AK)

-----------------------------------------------

Sila lawati E-Perpustakaan IH:
Dapatkan 10 e-buku IH percuma!
Klik di sini..

Rak 1

Akan dipamer lagi e-buku-buku selanjutnya.

Gereja Orang Asli, Tiada Masalah Ikut Saloran -SUP MB K'tan

KOTA BHARU, 23 Sept: Pembinaan gereja untuk orang Asli di Pos Pasik, 70 km dari Gua Musang sepatutnya tidak menjadi masalah jika ia dibuat melalui saluran yang betul dan bukannya secara 'bina dulu dan memohon kebenaran kemudian'.

Demikian kata Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan, Wan Nik Yusof Wan Ngah kepada Harakahdaily hari ini.

"Isu utama saya nampak ialah pembinaan tanpa izin pihak berkuasa JHEOA (Jabatan Hal Ehwal Orang Asli) dan pejabat tanah Gua Musang.

"Pihak orang Asli di Pos Pasik atau pihak gereja kena minta kebenaran membina dulu. Masalahnya buat dulu minta kemudian. Kenapa tak bincang atau mohon lebih awal dan minta pandangan pihak berkuasa terlebih dulu. Di sini timbul soalan, gereja itu dibina atas kehendak siapa?" soal beliau.

Wan Nik mengulas laporan sebuah laman web yang menyiarkan masalah yang dihadapi oleh sebuah gereja yang dibina di Pos Pasik yang didiami oleh kira-kira 600 penduduk orang Asli suku Temiar.

Menurut laman web itu, mereka memeluk Kristian pada tahun 2001 dahulu. Laman itu melaporkan, sebelum ini, mereka membina gereja menggunakan buluh yang akan diperbaharui setiap dua tahun.

Namun, apabila kerajaan mula membina rumah orang Asli ini dengan batu, mereka mahu membina gereja dengan batu juga.

Menurut Moses Soo, Pastor yang menyeliakan gereja orang Asli di Kelantan, mulai bulan Mei lalu, mereka mula membina gereja itu dengan batu dan memaklumkan perkara ini kepada JHEOA, namun jabatan di bawah kerajaan persekutuan itu kemudiannya menolak cadangan itu.

"Sebenarnya semua urusan tanah di bawah tanggungjawab Ketua Jajahan, maka tidak benar Pos Pasik itu di luar kuasa pejabat jajahan. Cuma ia di luar bidang kuasa majlis daerah memang benar," kata Wan Nik.

Menurut beliau, hak eksklusif orang Asli dalam kawasan penempatannya hanya untuk bercucuk tanam dan tempat tinggal bukan untuk membina apa-apa bangunan termasuk rumah ibadat.

"Sebab kehidupan nature orang Asli memang tiada rumah ibadat! Keperluan rumah ibadat adalah tertakluk kepada permohonan pihak agama itu sendiri atau kerajaan," katanya.

Apapun, katanya, prinsip dan dasar kerajaan negeri adalah selaras dengan perlembagaan Persekutuan di bawah perkara 3(1) yang memberi hak dan kebebasan semua kaum dan agama mengamalkan cara hidup masing-masing.

"Tetapi di sana ada peraturan lain yang perlu dipatuhi bagi mengamalkan kebebasan itu. Maksudnya kebebasan berasaskan rule of law. Pihak pastor Moses Soo tu kena bertimbang rasional, tak boleh nak force tak tentu kalu," kata beliau kepada Harakahdaily. (AK)

Wednesday, September 22, 2010

UMNO Mahu Bina Kasino Di Sabah -Anwar


SHAH ALAM 22 SEPT 10: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjelaskan sama ada kerajaan Umno-BN akan membina sebuah kasino di Sabah sebagai sebahagian daripada ETP (Program Transformasi Ekonomi).

Kasino itu dikatakan sebahagian projek pelancongan hijau di Karambunai yang turut membabitkan pembinaan pusat rekreasi air atas tapak 500 ekar, menurut portal Malaysian Insider. Projek itu dicadangkan oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu), sebuah unit di bawah Jabatan Perdana Menteri.

"Kami mahukan pentadbiran Najib untuk bersikap telus dan menyatakan samada ia memang bercadang atau telah pun memberikan kelulusan untuk membina sebuah kasino di Sabah," Anwar dipetik sebagai berkata.

"Ada tanda-tanda bahawa kelulusan untuk membina kasino akan diberikan atas alasan untuk memastikan projek hijau itu berwibawa dan menguntungkan. Perdana Menteri harus memberi pengesahan atau penafian yang tegas atas isu ini," tambah Anwar.

Cadangan pembinaan kasino itu didedahkan setelah kerajaan Umno-Barisan Nasional meluluskan lesen judi sukan kepada sebuah syarikat milik jutawan Vincent Tan. Namun setelah dikritik oleh Pakatan Rakyat dan orang ramai, termasuk masyarakat bukan Islam, Najib menarik balik kelulusan itu.

Tidak dapat dipastikan sama ada pembinaan kasino baru di Sabah, jika diluluskan, akan membabitkan syarikat milik Vincent Tan sebagai 'pampasan' kepada ahli perniagaan itu atas kehilangan lesen judi sukan berkenaan.

"Baru dua bulan isu lesen judi sukan reda, muncul pula berita mengatakan kerajaan mahu membina sebuah kasino. Bagaimanakah ia akan menguntungkan pembayar cukai?," kata Anwar.

"Rakyat berhak untuk mengetahui hala tuju negara ini di bawah pimpinan Najib. Nampaknya apa yang sedang dilakukan oleh pentadbiran Najib ialah untuk mempopularkan judi," kata Anwar. (tvS)

PAS Ingati Semangat Perayaan Kueh Bulan


AYER KEROH, 22 Sept 10: Apa rahsia dan strategi politik, yang terdapat di dalam 'Perayaan Kuih Bulan'? Sehingga Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka (DPPNM) melalui Lajnah Perpaduan Nasional bersama-sama Kepimpinan Pemuda Pakatan Rakyat memperingati semangat perayaannya semalam?

Menurut sejarah pada tahun 1271 Masehi Negeri China jatuh di bawah pemerintahan Kerajaan Yuan dipimpin oleh Hu Pi Lie, seorang berketurunan Mongolia. Orang-orang Cina dari keturunan Han menurut undang-undang di bawah pemerintahannya sentiasa ditindas, dihina dan dizalimi oleh puak keturunan Mongolia. Apakah berlaku diskriminasi seperti yang berlaku di BN sekarang? Sila lihat 'Strategi Politik 'Kueh Bulan' Dalam Pilihan Raya'

Program tersebut dianjurkan PAS Melaka dengan kerjasama Majlis Tindakan Dun Bukit Baru, DAP dan PKR. Ketua lajnah itu, Khairul Che Salleh Khairul berkata, program mengedarkan kuih bulan adalah program tahunan yang dijalankan oleh DPPNM di mana ianya sentiasa mendapat sambutan yang baik dari masyarakat Tionghua seluruh negeri.

"Kita akan meneruskan program ini pada masa akan datang kerana ianya terbukti dapat mengeratkan hubungan PAS, DAP, PKR dengan masyarakat Tionghua," tambahnya.

Penyelia DunBukit Baru, Cikgu Yusof Wahab pula berkata, semangat itu adalah rentetan daripada revolusi yang muncul ketika rakyat China Dinasti Ming yang bangkit untuk menggulingkan kezaliman dan penindasan yang dilakukan oleh Kerajaan Monggol terhadap orang Cina.

"Semangat inilah yang menjadi aspirasi perjuang rakyat di Melaka khususnya untuk turun ke kawasan kejiranan di sekitar Melaka bagi menyedarkan tentang kezaliman Kerajaan Barisan Nasional dan memenangi hati rakyat untuk bersama-sama menggantikannya dengan Kerajaan Pakatan Rakyat yang sememangnya seiring dengan kehendak rakyat," ujar Yusof.

Bertemakan ‘Rakyat Memimpin Perubahan’ dan berbekalkan 600 biji kek bulan, program yang melibatkan 6 Dun iaitu Bukit Baru, Serkam, Merlimau, Sungai Rambai, Ayer Molek dan Kuala Linggi itu telah berjaya merobohkan tembok pemisahan bangsa yang selama ini cuba dibina oleh Kerajaan Umno Barisan Nasional yang cuba menjuzuk-juzukkan masyarakat mengikut bangsa.

Pada program semalam kira-kira 300 biji kuih bulan diedarkan di sekitar Pekan Bukit Baru melibatkan restoran, kedai-kedai, pasar awam, dan taman perumahan.

“Kerjasama antara PAS, KeADILan dan DAP ini berjaya menunjukkan kemuafakatan yang terjalin didalam Pakatan Rakyat yang sememangnya wujud walaupun Pesta Tanglong @ Pesta Kuih Bulan ini lebih sinonim dengan masyarakat Tionghua,” kata Shamsul Iskandar Mat Akin, Ketua AMK Pusat. (Sumber Harakahdaily/AK)

Lihat sebelum ini mengenai kueh bulan..

RM4 Bilion, Nik Aziz Jelaskan

KOTA BHARU, 22 Sept 10: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjelaskan, kerajaan negeri atau parti juga tidak pernah melantik Nik Din Nik Mat, yang juga adiknya mewakili beliau menerima replica cek berjumlah RM4 bilion pada majlis makan malam baru-baru ini.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco, di sini sebentar tadi. Menurutnya lagi, Syarikat I’DA World Group Sdn Bhd (l’DA World) tidak mempunyai sebarang projek di negeri ini dan kerajaan negeri juga tidak mempunyai sebarang hubungan dengannya.

“Saya tak hantar langsung wakil saya untuk menerima cek, malah media yang mendakwa penerima itu adalah wakil saya, karut belaka,” ujarnya.

Kerana itu, katanya syarikat berkenaan akan disenaraihitamkan. Beliau bagaimanapun mengakui pemilik syarikat terbabit ada bertemu dengannya di rumah dan pejabat, namun ianya tidak membincangkan pasal perlantikan wakilnya hadir pada majlis itu nanti.

Dua malam lalu, syarikat I’DA World telah mengumumkan sumbangan RM4 billion kepada PAS Kelantan pada majlis makan malamnya yang diadakan disebuah hotel. Replika cek berkenaan disampaikan oleh pengerusi eksekutif syarikat terbabit, Abdul Rahim Abdul Wahab kepada Nik Din yang juga adinda Tuan Guru.

Bagaimanapun, semalam Nik Din menafikan beliau mewakili mana-mana pihak. Katanya, kehadiran beliau hanya memenuhi jemputan peribadi dari syarikat tersebut. Anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa ketika ditemui memberitahu tindakan syarikat terbabit boleh menjejaskan kerajaan negeri.

Sehubungan itu, beliau berharap pihak berkuasa perlu mengambil tindakan terhadap syarikat tersebut khususnya berhubung motif perkara itu. “Ianya akan menjejaskan parti dan kerajaan. Kita semua tak hadir pada majlis itu sebab memang tak pernah bincangpun,” ujarnya. (Sumber Harakah/ AK)

Ada kaitan..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails