Saturday, October 16, 2010

Deringan HP Boleh Besarkan Payudara Wanita...

JOM KREATIF

Hideto Tomabechi





Big Breast Ring Tone” sebuah artikel tentang membesarkan payudara wanita dengan menggunakan ringtone telefon bimbit, seperti yang disiarkan oleh sebuah website internet di Jepun.

Nama pembuat ringtone tersebut ialah Hideto Tomabechi, seorang guru terkenal di Jepun. Dia mengatakan telah menemui ringtone untuk memperbesar payudara pada wanita. Juga menyebutkan untuk memperbesar payudara dapat digunakan sebuah energi positif semacam ‘positive brainwashing’.

Disebutnya juga ini diambil dari system mengajarnya selama ini. Yakni kekuatan pada ilmu pengetahuan yang kognitif. Hideto Tomabechi yang dulunya terkenal sebagai anggota sukarelawan pembantu anggota sekte AUM Shinrikyo untuk kembali hidup normal, mengatakan, ringtone ‘dapat membuat tubuh dan otak bekerja bergerak tanpa anda sedari’.

Satu dari pemakai metode dan alat Hideto Tomabechi yang telah berjaya mengatakan pada media di Jepun, bahawa dengan mendengar nada panggil tersebut dalam seminggu, dapat membuktikan lingkar payudaranya bertambah ukuran dari 34 menjadi 35 cm. Sila download untuk dengar deringan tersebut.

Download–>breast-enlargement-ringtone

Dikatakan juga kini, Hideto Tomabechi juga sedang membuat ringtone khusus untuk menghilangkan kebiasaan merokok. Bagaimana pula kalau lelaki yang cuba gunakan ringtone untuk besarkan payudara? Berkreatiflah, cari dan cuba!

Sila lihat siri Jom Kreatif dalam E-Buku IH-10: 'Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik..'

Misteri Belut Letrik

UNGKAP RAHSIA YANG MAHA AGUNG


BEBERAPA ratus species ikan memiliki organ penghasil kuasa letrik, namun hanya sedikit dapat menghasilkan daya letrik yang kuat. Organ penghasil letrik dimiliki oleh kebanyakan ikan tersusun dari sel saraf dan sel otot yang telah mengalami perubahan penting. Bentuk organ letrik seperti piringan kecil memproduksi lendir disebut elektrosit, tersusun dan menyatu di bahagian atas dari susunan lain yang sejajar.

Pada umumnya, semua piringan menghadap arah sama memuatkan 150 atau 200 piringan setiap susunannya. Misalnya, pada ikan torpedo terdapat 140 sampai 1000 piringan letrik pada setiap kolom. Pada ikan torpedo yang sangat besar, jumlah seluruh piringan sampai setengah juta. Prinsip kerja piringan letrik ini mirip dengan cara kerja beteri. Ketika ikan beristirahat, otot-otot yang tidak berhubungan belum aktif. Namun jika menerima pesan dari saraf, akan segera bekerja secara serentak untuk mengeluarkan daya letrik.

Pada saat itu, voltase semua piringan letrik atau elektrosit menyatu, sehingga mampu menghasilkan daya listrik sampai 220 volt pada ikan torpedo atau sampai 650 volt pada belut letrik. Pada umumnya semua spesies ikan tawar hanya bersifat letrik ringan, kecuali sembilang letrik dan belut letrik. Ikan letrik yang hidup di laut memiliki tenaga letrik yang lebih kuat dan berbahaya, kerana air laut mengandung garam membuat dirinya lebih tahan terhadap arus letrik. Posisi dan bentuk organ letrik ini bergantung pada jenis speciesnya.

Selain ikan yang dipersenjatai dengan muatan letrik potensial, ada jenis ikan lain pula yang menghasilkan sinyal bertegangan rendah dua hingga tiga volt. Jika ikan-ikan ini tidak menggunakan sinyal letrik lemah semacam ini untuk berburu atau mempertahankan diri, lalu untuk apa ia dianugerahkan oleh Yang Maha Agung? Ikan memanfaatkan sinyal lemah ini sebagai alat indera. Allah menciptakan sistem indera dalam tubuh ikan ini, yang menghantarkan dan menerima sinyal-sinyal tersebut.

Ikan ini menghasilkan pancaran letrik dalam suatu alat khusus di ekornya. Letrik ini dipancarkan melalui ribuan pori-pori di punggung makhluk ini dalam bentuk sinyal yang untuk sementara menciptakan medan letrik di sekitarnya. Benda apa pun dalam medan ini membiaskannya, sehingga ikan ini mengetahui ukuran, daya alir dan gerak dari benda tersebut. Pada tubuh ikan ini, ada pengindera letrik yang terus menentukan medan ini seperti halnya radar. Pendeknya, ikan ini memiliki radar memancarkan sinyal letrik dan menterjemahkan perubahan pada medan, disebabkan oleh benda yang menghambat sinyal-sinyal di sekitar tubuhnya.

Ketika kerumitan radar yang digunakan oleh manusia kita renungkan, penciptaan mengagumkan dalam tubuh ikan akan menjadi jelas. Mari kita bentuk tubuh belut letrik unik ini.. Hampir 7/8 bahagian tubuhnya berupa ekor. Di bahagian ekor inilah terdapat beteri-beteri kecil berupa lempengan-lempengan kecil horizontal dan vertikal. Jumlahnya sangat banyak, lebih dari 5,000 buah. Tegangan letrik tiap beteri kecil ini tidak besar, tetapi kalau semua beteri dihubungkan secara berderet, akan diperoleh tegangan letrik sekitar 600 volt (bandingkan dengan batu beteri yang hanya 1.5 volt).

Ujung ekor bertindak sebagai kutub positif beteri dan ujung kepala bertindak sebagai kutub negatif. Belut letrik dapat mengatur hubungan antara beteri kecil dalam tubuhnya itu untuk mendapat tegangan letrik kecil dan tegangan letrik besar. Untuk navigasi, belut letrik hanya memerlukan tegangan letrik yang kecil. Tetapi ketika bertemu musuh atau mangsanya, belut letrik akan memberikan tegangan semaksimal mungkin melalui kepala dan ekornya yang ditempelkan pada tubuh musuh atau mangsanya itu. Arus letrik sekitar 1 ampere ditimbulkan oleh tegangan letrik yang tinggi ini akan mengalir dan membunuh mereka. Haiwan lain tidak terganggu kerana mereka tidak bersentuhan langsung dengan ekor dan kepala belut.

Bila kita lihat indahnya hasil ciptaan, baru kita nampak keAgungan Penciptanya.

---------------------

Lihat sebelum ini siri UNGKAP RAHSIA YANG MAHA AGUNG...

-----------------------------------

Bukan Bajet Pernyataan PRU Terdekat -Penganalisis

Najib dan Muhyiddin (kanan) digambarkan di lobi Parlimen selepas pembentangan Bajet 2011 semalam. — Gambar oleh Jack Ooi

KL 16 OKT 10: SECARA keseluruhan bajet yang dibentangkan semalam lebih memfokus kepada keperluan rakyat. Yakni bukan bajet 'PRU Terdekat' atau pernyataan PRU sudah dekat.

Satu: Penganalisis politik Profesor Madya Dr Samsul Adabi Mamat berkata..

“Dari segi umumnya kita boleh anggap ia adalah bajet rakyat kerana banyak elemen yang dibentangkan Perdana Menteri memberi suntikan kepada kesejahteraan rakyat.

“Ini jelas menunjukkan Bajet 2011 yang dibentangkan ini memberikan fokus kepada rakyat. Kita boleh menggambarkan bajet ini menjadikan konsep 1 Malaysia sebagai falsafah induk.

“Sebagai rakyat saya berpuas hati kerana saya melihat ia bergerak ke arah memajukan negara,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Mengenai dakwaan pembangkang kononnya bajet yang dibentangkan Najib adalah bajet pilihan raya, Samsul bagaimanapun berpendapat sebaliknya.

“Ada yang melihat pembentangan bajet ini adalah bajet pilihan raya dan saya berpendapat apa yang dibentangkan menunjukkan ada kebenarannya.

“Namun saya berpendapat pilihan raya umum tidak akan diadakan dalam masa terdekat atau awal tahun depan.

“Kemungkinan besar pilihan raya umum akan diadakan selepas pembentangan Bajet 2012, jadi pada pandangan saya ia tidak akan berlaku pada dalam masa terdekat,” kata beliau.

Dua: Pensyarah sains politik Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Madya Dr Ahmad Nidzamuddin Sulaiman berkata tidak ada perbezaan antara Bajet 2011 yang dibentangkan semalam dengan bajet-bajet sebelum ini.

“Saya melihat tiap-tiap tahun semuanya adalah bajet rakyat, cuma tukar nama. Cuma dalam pembentangan bajet hari ini (semalam), saya perhatikan ada bahagian atau peruntukan yang dipotong dan ada yang bertambah, malah ada elemen yang bagus.

“Secara keseluruhannya saya melihat pembentangan ini ada kebaikan dan kekurangannya.

“Tapi secara peribadi saya lihat ia umpama sama sahaja dengan pembentangan bajet sebelum ini,” katanya.

Beliau juga tidak bersetuju dengan pemimpin PR yang mendakwa bajet tersebut adalah bajet pilihan raya kerana berpendapat kerajaan tidak memberikan imbuhan lebih kepada rakyat.

“Mengenai bajet pilihan raya saya ada dengar pihak-pihak tertentu terutamanya daripada pembangkang mengatakan perkara itu tapi bila diperhatikan semula tidak juga kerana ada peruntukan yang tidak begitu memberangsangkan.

“Kalau ia bajet pilihan raya kerajaan akan lebih bermurah hati kepada rakyat,” kata beliau.

Katanya, secara peribadi beliau rasa tidak mungkin pilihan raya umum akan diadakan dalam masa terdekat.

“Ia tidak menunjukkan ke arah itu, mungkin sempat lagi satu pembentangan bajet baru pilihan raya umum,” katanya.

Tiga: Namun bagi pakar perundangan dari Universiti Islam Antarabangsa Prof A. Aziz Bari, bajet yang dibentangkan itu adalah semata-mata mahu meraih semula sokongan rakyat terhadap pentadbiran Najib.

“Sebab itu Bajet 2011 ini penuh dengan gula-gula untuk menawan hati golongan tertentu yang mudah dimakan oleh belaian sementara itu.

“Ini tidak penting dalam merangsang dan memacu ekonomi. Dan, yang mendukacitakan kos untuk itu semua ditanggung oleh pembayar cukai.

“Bajet pilihan raya atau bajet rakyat sama sahaja, Barisan Nasional (BN) perlu buat rakyat terlena dan suka hati walaupun kenyataannya belum tentu begitu,” katanya.

Beliau yang ternyata kecewa dengan pembentangan Bajet 2011 berkata, PR terpaksa melalui satu lagi “proses pembersihan” sekiranya berjaya memerintah negara.

“Itu semua adalah kesan budaya politik BN yang akan terpaksa diwarisi oleh kerajaan baru (sekiranya Pakatan Rakyat berjaya berbuat demikian). PR kalau menang terpaksa melakukan pembersihan (seperti mengecilkan Kabinet; kepada sekitar 20 menteri sahaja).

“Pada saya oleh kerana pilihan raya tidak boleh dielakkan, maka BN terpaksa mencari jalan untuk menyenangkan hati rakyat dan seperti biasa mereka buat gimik yang mudah difahami; contohnya RM500 untuk gred 54 ke bawah.

“Di universiti, contohnya, kakitangan dari profesor madya ke bawah dapatlah duit itu. Kita harap rakyat tak termakan dengan gimik murah ini kerana wang ini bukan datang dari langit. Ini wang pembayar cukai sendiri,” katanya.

Aziz juga berkata walaupun pembentangan bajet itu tidak dilihat menjurus kepada bajet pilihan raya, namun kerajaan terpaksa mengadakan pilihan raya dalam tempoh terdekat berdasarkan perubahan politik yang berlaku.

“Saya kata pilihan raya tak boleh dielakkan sebab di sisi perlembagaan apabila Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri (DUN) genap lima tahun ia akan bubar sendiri.

“Meskipun Dewan Rakyat boleh bertahan sehingga 2013 tapi DUN Sarawak genap lima tahun pada 2011 dan pilihan raya umum perlu diadakan kerana berdasarkan senario politik sekarang mengadakan pilihan raya berasingan mempunyai risiko besar kepada BN,” katanya.

Empat: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddn Yassin juga menafikan Bajet 2011 sebagai bajet pilihan raya seperti mana dakwaan sesetengah pihak terutamanya parti pembangkang.

(Rujukan TMI/AK)

Mengenai Bajet 2011..

K/ Mahkamah 3: Lupus Bukti 7 Tahun Penjara

Suresh (belakang) dan Sarawanan (depan) dibawa masuk ke Mahkamah Majistret Telok Datok, Banting semalam.

BANTING 15 0KT 10: Mahkamah Majistret Telok Datok di sini semalam sunyi seketika apabila dua lelaki yang dihukum penjara tujuh tahun kerana mengaku melupuskan bahan bukti dengan membakar dan membuang abu mayat jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain menyatakan permohonan maaf mereka.

"Saya memohon maaf kepada keluarga mangsa dan masyarakat atas perbuatan saya... saya telah insaf." Demikian kata K. Sarawanan, 19, dan U. Suresh, 26, dalam bahasa Tamil sebelum diterjemahkan ke Bahasa Malaysia oleh jurubahasa mahkamah sejurus hukuman diputuskan oleh Majistret Hurman Hussain terhadap kedua-dua tertuduh itu.

Dua sahabat itu yang berdiri di kandang pesalah menundukkan kepala seolah-olah kesal dengan perbuatan mereka. Terdahulu, Hurman menjatuhkan hukuman tersebut terhadap kedua-dua tertuduh selepas mereka mengaku bersalah atas empat tuduhan melupuskan bahan bukti termasuk abu mayat mangsa dan bahan yang digunakan untuk membakar mayat.

Keempat-empat tuduhan dibacakan dalam bahasa Tamil dan diterjemahkan jurubahasa sebelum mereka kemudian menganggukkan kepala dan mengaku salah. Sarawanan dan Suresh masing-masing dikenakan hukuman penjara maksimum tujuh tahun bagi setiap tuduhan yang diarahkan berjalan serentak bermula dari tarikh mereka ditangkap pada awal bulan September lalu.

Hukuman maksimum itu selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 201 Kanun Keseksaan iaitu jika sabit kesalahan dikenakan hukuman maksimum penjara tujuh tahun dan denda. (AK)

Untuk melihat kes ini secara keseluruhan sejak mula, sila lihat...

Pewarna Rambut, Pakaian Dalam.. Bajet Rosmah?



KL 15 OKT 10: Pembentangan bajet oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Razak Najib terganggu seketika dengan nama isterinya ditimbulkan oleh pihak pembangkang ketika beliau mengumumkan langkah menjadikan Malaysia destinasi utama membeli-belah di rantau Asia. Ia bermula apabila Najib mencadangkan supaya duti import ke atas kira-kira 300 barangan pelancongan dan rakyat tempatan dimansuhkan.

“Barangan ini merangkumi kegunaan harian seperti beg tangan, kasut, sut, baju kanak-kanak, dompet, pewarna rambut...” kata Najib sambil kedengaran gelak ketawa dari ahli parlimen.

Beberapa ahli parlimen kemudiannya melaungkan “Rosmah!” disambut gelak ketawa rakan-rakan mereka. Najib senyum sinis dan memperlahankan bacaan teks ucapannya sambil menyambung: “Pakaian malam, seluar dan seluar dalam serta wangi-wangian, termasuklah kelambu.”

Dan sekali lagi lebih ramai yang ketawa. Namun, sindiran paling tajam dilemparkan ketika Najib mengumumkan peruntukan RM111 juta untuk program PERMATA yang dinaungi oleh Rosmah. Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) dengan kuat menjerit “Rosmah! Rosmah!”, sambil sekali lagi disambut Najib dengan senyuman sinis. Peruntukan itu meliputi projek pembinaan fasa II Kompleks Sekolah Permata Pintar, bagi membina 32 Pusat Anak Permata Negara (PAPN) serta membiayai operasi 52 PAPN yang telah siap.

Peruntukan itu turut meliputi program Permata yang lain seperti PERTAMA Pintar, Seni, Insan dan Remaja. Pembangkang, khususnya PAS berang kerana walaupun Rosmah tidak mempunyai sebarang jawatan rasmi, namum program PERTAMA yang diuruskannya didakwa seakan mendapat bajet 'istImewa'. Ini berbanding peruntukkan RM95 juta sebagai bantuan per-kapita untuk sekolah agama rakyat (SAR) rendah dan menengah.

Pembentangan bajet ini juga mendapat sambutan serta bidasan di twitter.

"Pengurangan cukai untuk beg, penyembur rambut, minyak wangi... hadiah Krismas awal Najib untuk Rosmah? Tulis MP Serdang Teo Nie Ching.

"Ini macam Bajet RM (Rosmah Mansor)," jawab MP Bukit Bendera Liew Chin Tong. (Malaysiakini/AK)

Bajet Pilihan Raya Dekat, Bangunan 100 Tingkat.






NONEKL 15 OKT 10: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyifatkan pembentangan Bajet 2011 hanya berpihak kepada negeri-negeri di bawah naungan Umno-BN.

Berikutan itu, beliau yang juga setiausaha agung DAP akan mengemukkan rayuan kepada kerajaan persekutuan untuk memberi perhatian kepada negeri-negeri di bawah naugan Pakatan Rakyat dalam tempoh terdekat.

Katanya, pembentangan bajet oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hanya ilusi untuk memerangkap perhatian rakyat dengan imbuhan. "Pembentangan bajet memperlihatkan imbuhan yang pelbagai oleh kerajaan, namun adakah rakyat akan merasai imbuhan tersebut?" soalnya.

Menurut Lim, bagi mempertingkatkan pendapatan negara, kerajaan harus beri tumpuan terhadap tenaga kerja yang akan menjana ekonomi. "Mengapa perlu bangunan 100 tingkat? Mereka perlu beri tumpuan kepada orang (rakyat) yang akan menjana ekonomi. Kita perlukan skil (kemahiran) dan pengalaman. Bukan insfrastruktur mega," kata ahli parlimen Bagan itu. nasharuddin mat isa 01

Bagi ahli parlimen Bachok, Nasharudin Mat Isa pula, bajet yang dibentangkan Najib itu memerlukan semua pihak bersedia untuk menghadapi pilihan raya. "Apa yang dibentangkan ini mungkin tanda pilihan raya akan diadakan lebih awal daripada yang dijangka. "Namun demikian kita menghargai juga insentif-insentif yang diberikan sebagai gula-gula kepada sama ada kepada komuniti perniagaan atau rakyat biasa, contohnya hal yang berkaitan dengan perbankan Islam dan sebagainya dan juga industri yang ingin diperkembangkan dalam negara kita," katanya yang juga timbalan presiden PAS. salahuddin ayub 01

Ahli parlimen Kubang Kerian yang juga naib presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, secara retoriknya bajet yang dibentang, menyediakan segala insentif kepada rakyat tetapi sebenarnya satu perangkap yang akan membebankan rakyat.

"Bajet ini menunjukkan pilihan raya semakin dekat, mungkin tahun hadapan. Walau bagaimanapun golongan sasar masih lagi tidak tercapai maksud. Mereka tidak mahu menara PNB yang tinggi tapi mahu beban hidup diringankan.

"Ia tidak mencapai matlamat rakyat bawahan. Transformasi ekonomi ini tidak dapat diterjemahkan dengan bajet kepada golongan sasar tapi lebih kepada projek mega yang akan mensasarkan golongan tertentu sahaja," kata Salahuddin. saifuddin nasution

Ahli parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail juga senada dengan ahli parlimen yang lain bahawa ia merupakan gula-gula pilihan raya.

"Satu petunjuk yang sangat jelas bahawa pilihan raya sangat dekat. Pertama GST tak jadi dibuat, tol tak dinaikkan, menaikkan elaun kepada pemimpin komuniti yang saya anggap isyarat yang paling jelas kerajaan akan menggubal Parlimen pada bila-bila masa," katanya yang juga setiausaha agung PKR.(AK)

Tiada Fokus Pelabur Asing, Bajet Rosmah RM111J?


KL 15 OKTO 10: Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr. Dzulkefly Ahmad melahirkan kebimbangan dengan cara kerajaan berbelanja yang jelas menunjukkan defisit. "Saya rasa ini bajet terakhir sebelum pilihan raya. Najib cuba sedapat yang boleh memberikan kemudahan kepada orang kampung, belia, sekolah agama rakyat yang dahulunya dipinggirkan, tidak ketinggalan juga Permata.

"Saya nampak semua diambil kira dan beliau meramalkan defisit RM5.4 bilion. Kalau beginilah cara kerajaan berbelanja dengan tidak memberikan fokus kepada bagaimana langkah-langkah untuk mendapatkan pelaburan asing, saya tidak nampak satu langkah untuk mendapatkan pelaburan asing atau swasta dan membantu pertumbuhan ekonomi negara," katanya yang juga AJK PAS Pusat.

Sementara itu, program Permata yang dipopularkan oleh Datin Seri Rosmah Mansor, isteri kepada Perdana Menteri turut mendapat manfaat dari Bajet 2011. Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan I mengumumkan sebanyak RM111 juta diperuntukkan bagi agenda Permata memperkasa pendidikan awal negara.

Peruntukan itu meliputi projek pembinaan Fasa II Kompleks Sekolah Permata Pintar, membina 32 Pusat Anak Permata Negara (PAPN) serta membiayai operasi 52 PAPN yang telah siap. Peruntukan itu turut meliputi program Permata yang lain seperti Permata Pintar, Seni, Insan dan Remaja.

Walaupun Rosmah tidak mempunyai sebarang jawatan rasmii dalam kerajaan, khususnya Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Kementerian Pelajaran Malaysia tetapi program Permata yang diuruskannya nampaknya seakan mendapat bajet 'istemewa'.

Ini kerana, pertadbiran Najib hanya memperuntukan RM95 juta sebagai bantuan perkapita untuk sekolah-sekolah agama rakyat (SAR) rendah dan menengah. (AK)

Bajet 2011: Tiada Untuk K'tan Kerana Tiada Harapan...



KL, 15 Okt 10: Ahli Parlimen Tumpat, Kamaruddin Jaafar melahirkan kekecewaan dengan Bajet 2011 yang dibentang Datuk Seri Najib Razak petang tadi langsung tidak menyentuh peruntukan untuk negeri Kelantan.

"Saya amat kecewa sebagai ahli Parlimen daripada Kelantan, tidak ada apa-apa projek pun yang disebut menyentuh Kelantan sama ada jalan raya, lebuh raya, pangkalan, lapangan terbang ataupun laluan kereta api tak ada satu pun yang memberi nikmat kepada rakyat Kelantan.

"BN tidak mempedulikan Kelantan kerana merasakan seolah-olah mereka tidak mempunyai apa-apa harapan lagi terhadap Kelantan," katanya yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat. (AK)

Friday, October 15, 2010

Blog Ibnu Hasyim Sokong Mustaffa Kamil Ayub

KL 15 OKT 10: BLOG Ibnu Hasyim menyokong pandangan Mustaffa Kamil Ayub yang bertanding jawatan timbalan presiden parti PKR, menggesa setiap calon mengisytiharkan harta dan belanjawan kempen masing-masing bagi membuktikan partinya boleh menjalankan pemilihan bersih.

Naib presiden PKR ini juga meminta Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) memperkenalkan penggunaan sistem cap jari bagi menjamin ketelusan dalam sistem pemilihan yang julung kali memperkenalkan kaedah satu ahli satu undi.

“Sekali saya cadangkan, JPP perkenalkan sistem dedah akaun peribadi calon dan cap jari demi mengangkat imej parti sebagai parti yang bersih dan saksama,” kata Mustaffa (gambar).

“Saya percaya calon-calon yang bertanding memang bersedia untuk membuktikan parti kita sebagai parti yang bersih, integriti dan demokratik untuk semua rakyat Malaysia,” kata beliau.

Cadangan itu dikemukakan ketika tinggal dua hari lagi bagi kesemua bakal calon perlu mengesahkan penerimaan pencalonan masing-masing. Mustaffa berkata, cadangan itu penting diamalkan demi memperkasakan imej parti yang sedia bersih supaya dilihat berintegriti di mata rakyat dan dunia.

Tidak memadai pemimpin Keadilan bersih, tetapi kepemimpinan kita mesti dilihat bersih oleh rakyat Malaysia dan dunia melalui pembaharuan institusi ini,” kata beliau pada sidang media dua hari lalu.

Blog ini, sebelum ini pernah ditanya bagaimana pandangan dan sikap mengenai pemilihan PKR. Kami Blog Ibnu Hasyim jawab..

Pertama, untuk menghormati semangat PAKATAN bagi menjamin kekekalan dan kekebalan pakatan, terutama bersama PAS.. maka pilihlah pemimpin Islamnya, yang betul-betul faham agama, tidak menganut atau memberi ruang kepada berkembangnya ajaran sesat dalam PKR. Contohnya seperti ajaran sesat Islam Liberal yang telah dilarang di negara ini, kalau ada...

Kedua, kami suka pemimpin yang seperti Mustaffa Kamil Ayub Pengerusi PKR Perak ini, yang mementingkan parti bersih, integriti dan demokratik untuk semua rakyat Malaysia. Contohnya Mustaffa Kamil mencadangkan sistem dedah akuan peribadi calon dan celup jari demi mengangkat imej parti sebagai parti yang bersih dan saksama.

Difahamkan juga, 'institutional reform' adalah usaha mereformasi sistem pilihan raya dan demokrasi yang sedia ada supaya mampu mengangkat pemimpin yang paling adil dan bersih. Menurut Mustafa pemilihan kali ini wajar dijadikan pelantar ujian pada perubahan landskap tanah air memandangkan PKR bersama-sama parti-parti oposisi yang lain pada pilihan raya umum ke-12 lalu telah pun mempopularkan cadang-cadangan tersebut melalui wadah Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih).

"Kami lihat semua pemimipin PR perlu bersih supaya dapat melaksanakan sepenuhnya manifesto parti mereka selepas mencapai kemenangan dalam pilihan raya." kata edtor Blog Ibnu Hasyim, Dr Hj Mohd Hasyim yang juga Presiden Grup Universiti Ulu Klang.

by ASYOK KUMAR

Lihat sebelum ini..

Tarikh PRK Batu Sapi Serentak Dg Galas 4 Nov


PUTRAJAYA, 15 Okt 10: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 4 November sebagai hari pengundian bagi pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi, Sabah manakala 26 Oktober sebagai hari penamaan calon.

Dengan keputusan itu, pilihan raya kecil kerusi DUN Galas di Kelantan dan Parlimen Batu Sapi, Sabah akan diadakan serentak sebagaimana diamalkan awal tahun lalu membabitkan tiga kawasan.

Pada minggu lalu, SPR menetapkan pilihan raya kecil kerusi Galas akan diadakan 4 November. Tarikh pilihan raya kecil yang ke-13 ini diumumkan oleh Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof selepas mesyuarat khas hari ini.

Kerusi Batu Sapi kosong ekoran kematian penyandangnya, Datuk Edmund Chong Ket Wah pada Sabtu lalu. Chong yang juga Bendahari Agung PBS meninggal dunia selepas motosikal berkuasa tinggi yang ditungganginya terlibat dalam nahas jalan raya dengan sebuah kereta di Jalan Coastal, Tanjung Aru, Kota Kinabalu.

Parlimen Batu Sapi mempunyai dua DUN iaitu Sekong diwakili Datuk Samsudin Yahya daripada BN dan DUN Karamunting oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Peter Pang En Yin yang kini wakil rakyat Bebas menyokong BN selepas keluar daripada Parti Liberal Demokratik bulan lepas.

Pada pilihan raya umum 2008, Chong memenangi kerusi tersebut setelah menewaskan calon Bebas Chung Kwong Wing dengan majoriti 3,708. Mendiang memperoleh 9,479 undi manakala Chung meraih 5,771 undi. (AK)

Kes Sosilawati: Dua Dijangka Didakwa Hari Ini

BANTING, 15 Okt 10: Dua lagi suspek dihadapkan di mahkamah hari ini dan kedua-duanya mengaku bersalah berhubung tuduhan membunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain, pagi ini.

Pertuduhan ke atas mereka — U. Suresh dan K. Saravanan dibacakan kira-kira 11.15 pagi di di Mahkamah Majistret di sini. Pertuduhan dibacakan dalam Bahasa Tamil. Setakat 9 pagi tadi, dua suspek telah dibawa ke mahkamah dan dijangka didakwa bila-bila masa.

Kelmarin, seorang peguam N. Patmanabhan dan tiga pekerja ladang didakwa di Mahkamah Majistret Teluk Datok atas tuduhan membunuh Sosilawati dan tiga yang lain. Peguam berusia 41 tahun itu didakwa bersama-sama T. Thilaiyalagan, 19, R. Matan, 20, dan R. Khatavarayan, 30.

Mereka didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama dengan Seksyen 34 kanun yang sama. Jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman mati.

Mengikut kertas pertuduhan, mereka dituduh bersama-sama membunuh Sosilawati, 47, pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Lot 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting antara jam 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos lalu. (AK)

Untuk melihat kes ini secara keseluruhan sejak mula, sila lihat...

Masalah Air: Kedah Jangan Buat Mudah.

Seramai 30 ahli dan penyokong Pas kedah telah berdemo didepan Wisma Darul Aman menuntut Tarif Air dibuat kajian semula, beberapa hari lepas.

Keterangan Gambar: Menurut saudara Haji Najib walaupun kenaikan minima sebanyak 27%, bagi sebahagian rakyat yang berpendapatan rendah seperti pak tani dan rakyat marhaen yang lain, ini adalah satu beban kerana jika dicampur dengan harga minyak dan barang keperluan lain, menjadikan jumlah perbelanjaan setiap isi rumah akan meningkat.

Diketuai oleh saudara Abdullah Hasyim yang merupakan bekas setiausaha peribadi Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak dan beberapa ‘hardcore’ Pas Kedah seperti Haji Najib Fahmi bin Haji Yahya bekas setiausaha Pas Kawasan Jerai merupakan bekas Ketua Pemuda Pas Kedah di era almarhum Dato’ ustaz Fadzil Noor, cikgu Zainol al Afghani dan saudara Azizan komando.

Dalam pernyataan itu mereka juga menuntut MB Kedah mencari satu jalan untuk membantu 12 buah Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang belum lagi mendapat sebarang bantuan dari kerajaan PR Kedah sejak Pas dan PR mengambil alih kerajaan negeri. Beberapa orang dari kalangan mereka membandingkan usaha kerajaan negeri Pulau Pinang yang cuba membantu SAR sedaya mungkin dengan satu jumlah peruntukan sebanyak 8 juta setahun.

Mereka turut menghantar satu memorandum bantahan kepada Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak, lapor agensi berita nasional
Bernama. Dalam memorandum berkenaan, kumpulan itu mendesak supaya kerajaan negeri menarik balik keputusan menaikkan tarif air yang memberi kesan terhadap golongan miskin, mendesak Menteri Besar supaya mendedahkan perjanjian antara Syarikat Air Darul Aman (Sada) dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) yang dikatakan merugikan rakyat dan mendesak Menteri Besar meletakkan jawatan bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat Kedah.

ALOR STAR 15 OKTO 10: Pas Kedah dicadangkan supaya membuat satu simposium atau satu hari berkampung untuk membincangkan isu air yang menimbulkan kontraversi di Kedah sekarang ini. Demikian cadangan dari Pena Kusisip Blog. di bawah judul Air: Pemuda Pas Lambat Bertindak ? hari ini (lihat Bloglist di sebelah kanan)

Menurutnya, ini adalah kerana kenaikan Tarif dari 27% hingga 44% bukanlah mudah untuk diterima oleh rakyat Kedah. Samalah juga seperti kenaikan harga minyak, gula, tepung dan sebagainya. Semuanya diikuti dalam keadaan terpaksa. Jangan sampai rakyat Kedah menghukum PR pada PRU13 nanti!

Menurut editor blog itu lagi, apa yang menarik diperhatikan, "... hutang Kerajaan BN dulu sebanyak 1.7 bilion itu boleh dihapuskan begitu saja. Kenapa? Bukankah slogan BN tradisi membela rakyat.. Sedangkan kerugian BBMB, Perwaja Steel, MISC dan lain lain isu bertaraf ‘Gergasi’ semuanya boleh di BILL OUT oleh kerajaan Pusat. Masakan air untuk rakyat Kedah yang selama ini duduk di bawah pentadbiran BN selama 50 tahun tak boleh ‘dihalalkan‘ untuk rakyat Kedah?"

Katanya, pemimpin Pas Kedah harus sedar itu semua boleh di ‘ RIGHT OFF‘ oleh kerajaan Pusat. Jangan kita menjadi penolong kepada rakyat Kedah untuk berhutang kepada kerajaan Pusat selama 40 tahun bagi menjelaskan hutang air itu.. ingatlah walau kita dah mati pun, hutang itu belum selesai lagi!.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Air, lihat kenyataan Warta Kedah.

Ramai yang merasa aneh! Statement MB dikeluarkan oleh Urusetia Penerangan Negeri Kedah yang sebelum ini memboikot semua program pembesar pembesar negeri, hatta semua program MB tidak mendapat respon langsung dari UPNK. Jika projek di Padang Sanai dikatakan terlalu mahal dari kos sebenar, kenapa baru sekarang hendak dibentangkan kepada rakyat.

Kenapa negeri negeri Johor,Melaka, Kelantan dan Pulau Pinang belum lagi mengumumkan Tarif yang baru. Hutang SADA pada Utara Indah SB sudah pun tamat pada 2009 yang lalu! Kenapa rakyat pula mesti tanggung pada tahun 2010. SADA ditubuhkan 2010..adakah saya tersasul! Taliworks (Langkawi) SB…jika benar dari Warta Kedah di atas.. kini sudah pun tidak mempunyai apa apa hubungan dengan SADA.

Status sebagai penyelenggara air di Langkawi sudah pun tamat pada 2009. Adakah masih munasabah untuk rakyat Kedah terus dipermainkan? Adakah logik kerana harga air tidak pernah naik selama 17 tahun maka perlu dinaikkan. dalam satu kenyatan MB Kedah sebelum ini telah berjanji tidak akan menaikkan harga air kerana 'kita adalah Kerajaan Berkebajikan', takkan hanya slogan saja?

Nisbah untuk satu keluarga sederhana yang berpendapatan rendah Bil Terbaru SADA pasti membebankan, kerana majoriti rakyat Kedah adalah berpendapatan dibawah 1500 RM. Ingat, masalah air Kedah, jangan buat mudah!
(IH)

Ada kaitan..

M'sia, The Next Las Vegas -Gamis

HALAMAN HIBURAN
Gambar: Aksi penari-penari Adam Lambert malam tadi.

KL, 15 Okt 10: Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) menyuarakan rasa penuh kebimbangan dengan masa Malaysia dan rakyatnya setelah diberi peluang menyaksikan sendiri konsert Adam Lambert di Stadium Putra Bukit Jalil, malam tadi.

Seramai lima orang wakil Gamis yang diketuai oleh Timbalan Presiden, Muhammad Zaki Sukery yang juga Presiden Ma’ruf Club UIAM diberi pas percuma oleh Puspal dalam respons kepada bantahan Gamis pada pertemuan empat mata sehari sebelumnya.

Mengambil masa lebih kurang sejam untuk merakam gambar dan video, beliau turut berkata masa depan remaja Malaysia yang dicanangkan sebagai pemimpin masa depan bakal berdepan konflik jika landskap masyarakat negara dibentuk oleh suasana semalam.

Sambil mempersoal kerajaan adakah ini salah satu formula yang sesuai bagi membendung peningkatan masalah sosial yang sedang berlaku di dalam negara, beliau turut menggesa semua pihak bagi menyelamatkan Malaysia daripada anasir luar yang seolah-olah mahu menjadikan negara ini sebagai the next Las Vegas.

Sambil menzahirkan rasa penuh kesal dengan penganjuran konsert berkenaan, ujarnya Gamis turut akan mempertimbang secara serius beberapa tindakan susulan selepas ini.

Antaranya, tambah beliau ialah Gamis akan mengumpul kesemua bukti bergambar dan bervideo dan akan melakukan kunjungan sekali lagi ke Puspal, Jakim, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Komunikasi serta berjumpa dengan Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim.

“Hal ini bagi menyuarakan kebimbangan, memohon perhatian serius dan meminta penjelasan yang menyeluruh setelah menyaksikan sendiri apa yang berlaku malam tadi,” ujarnya.

Seramai 300 orang ahli Gamis dari seluruh negara mula berkumpul di Stadium Putra mulai jam 6 petang,

Mereka turut menunaikan solat hajat bersama-sama kepimpinan Dewan Pemuda PAS Pusat sebelum bergerak ke tempat konsert bagi menyebarkan risalah dan berucap sebelum kelima-lima orang wakil tersebut dibenarkan masuk ke dewan konsert. (AK)

Ada kaitan..

Dipindah Ke Penjara Sungai Buluh


Kathavarayan (depan), Matan (tengah) dan Thilaiyalagan (belakang) ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Telok Datok, Banting kelmarin.

KL 15 Okto 10: Selepas 46 hari ditahan reman dalam lokap polis bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga rakannya, peguam N. Pathmanabhan kini ditahan di Penjara Sungai Buloh, Selangor.

Peguam berusia 41 tahun itu dipindahkan ke Penjara Sungai Buloh selepas dia bersama tiga pekerjanya, R. Kathavarayan, 30, R. Matan, 20, dan T. Thilaiyalagan, 19, didakwa atas tuduhan membunuh jutawan kosmetik itu dan tiga lelaki lain di Mahkamah Majistret Telok Datok, Banting, Selangor kelmarin.

Keempat-empat tertuduh tersebut tiba di kompleks penjara itu kira-kira pukul 1 petang kelmarin.

Selain Sosilawati yang menjadi mangsa bunuh, pemandunya, Kamarudin Shansudin, 44, peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pegawai bank CIMB, Noorhisham Mohammad, 38, turut menerima nasib yang sama dengan Sosilawati.

Pathmanabhan, graduan undang-undang dari Universiti Bond, Australia, ditahan pada 11 September lalu bersama tujuh yang lain ekoran laporan kehilangan Sosilawati dan tiga rakannya ketika mereka ke Banting bagi melakukan satu urusan perniagaan.

Sebelum didakwa kelmarin, peguam itu bersama tiga pekerja ladang ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dan lokap Balai Polis Putrajaya. (AK)

Untuk melihat kes ini secara keseluruhan sejak mula, sila lihat...


Kahwin Pelancong (Mistar), 900 Anak Terabai.

JEDDAH 15 OKT 10: Terdapat kira-kira 900 orang anak yang lahir hasil dari perkahwinan “misfar” (pelancong) antara wanita Mesir dan lelaki Arab Saudi, diabaikan oleh bapa-bapa mereka, kata seorang aktivis Mesir dalam forum tentang penyeludupan buruh asing yang diadakan baru-baru ini.

Bercakap dalam persidangan di Mesir, Aiman Abu Akeel, pengerusi lembaga pemegang amanah Yayasan Maat, berkata bahawa kebanyakan lelaki yang melawat Mesir untuk tujuan perkahwinan misfar datangnya dari Arab Saudi, diikuti Iraq, dan boleh dikatakan hampir kesemuanya memilih perempuan yang lebih muda.

Perkahwinan “Misfar” merujuk kepada satu kontrak ikatan perkahwinan yang membolehkan seorang wanita menjadi isteri yang sah sepanjang tempoh “suaminya” berada di perantauan. Wanita-wanita ini diceraikan selepas berlalu tempoh yang pendek, mungkin seminggu atau sebulan, lapor akhbar Mesir Al-Yaum Al-Sabi.

Bercakap dalam forum yang sama, Azza Al-Jazaar, penganjur am program Anti-Penyeludupan Wanita Mesir, berkata bahawa wanita-wanita ini tidak tahu yang mereka dipergunakan seperti komoditi. Bapa-bapa mereka menerima sehingga 4,000 Egyptian pounds dari lelaki-lelaki ini sebagai tukaran mendapatkan anak gadis mereka seawal usia tidak sampai 16 tahun.

Statistik menunjukkan kira-kira SR100 million dibelanjakan untuk perkahwinan misfar, yang berakhir tidak melebihi sebulan, di mana 90 peratus daripada pasangan lelaki adalah terdiri daripada warga Saudi yang telah memperolehi anak hasil dari ikatan seperti itu. Walaupun begitu, Najeeb Al-Zamil, pengasas Yayasan Kembali Kepada Akar, pula berkata walaupun ramai anak-anak seperti itu di negara-negara Arab, penderitaan mereka tidaklah seteruk kanak-kanak yang dilahirkan di negara-negara bukan Arab.

Beliau menambah yang lelaki-lelaki ini terpaksa mengabaikan keluarga dan anak mereka, kerana takut dipandang serong oleh sanak-saudara di negara asal mereka. Dia juga berkata walaupun terdapat anak-anak yang hidup susah dan terlibat dengan dadah dan aktiviti-aktiviti haram, ada juga di kalangan mereka yang telah menjadi model dan pelakon. Dia menambah bahawa sebahagian dari mereka bijak dan berpendidikan, tetapi berasa kekurangan kerana tidak mengenali bapa mereka.

“Saya bertemu seorang gadis Saudi-Filipino yang berkata dia mempunyai segalanya tapi berasa kosong kerana bapa tidak mengenalinya, sementara yang lain berasa keliru seperti kehilangan sesuatu. Dia berkata yang dia mahu bapanya berasa bangga dengannya,” katanya.

Al-Zamil, ahli Lembaga Shoura, berkata dia mencadangkan supaya ujian DNA digunakan sebagai kaedah yang sah untuk menentukan hubungan anak-bapa, sesuatu yang boleh membuatkan seorang bapa mengakui kebapaannya. Beliau juga memberitahu yang ramai dari mereka tidak mengharapkan bantuan kewangan atau ingin datang ke Saudi tetapi sebenarnya terdesak untuk dikenali dan diakui sebagai anak.

Terdapat kira-kira 47 orang kanak-kanak Saudi-Filipino yang berdaftar dengan Kedutaan Saudi di Manila, tetapi Al-Zamil percaya yang jumlahnya mungkin lebih jika dilakukan pemeriksaan lebih menyeluruh. Peguam Saudi Ibrahim Al-Zamzami mengkritik wanita yang tidak berusaha mendaftarkan perkahwinan mereka kerana ini akan hanya menyukarkan lagi keadaan.

“Jika seorang wanita itu mempunyai kontrak perkahwinan dan saksi, dan jika sijil kelahiran anak menyatakan yang anak itu dilahirkan melalui hubungan yang sah, pihak berkuasa boleh mengarahkan si bapa menerima anak itu sebagai anaknya,” katanya.

“Walaupun si bapa telah melanggari undang-undang yang tidak membenarkannya mengahwini wanita asing tanpa kelulusan, ini tidak bermakna yang anak-anak seperti itu tidak didaftarkan di Kementerian Dalam Negeri,” kata Al-Zamzami.

Beliau menambah bahawa semua kedutaan Saudi telah dinasihatkan untuk mendaftar anak-anak dan mengeluarkan dokumen perjalanan sementara yang membolehkan bapa-bapa membawa anak-anak mereka ke negara itu dan seterusnya, menguruskan passport dan kad pengenalan untuk mereka. Bagaimanpun, kata Al-Zamzami lagi, seorang bapa itu boleh dihukum kerana melanggar undang-undang, dalam bentuk dihalang keluar negara atau dipenjarakan.

Sheikh Abdul Aziz Al-Asheikh (gambar di atas), mufti besar Arab Saudi , memberi amaran tentang perkahwinan misfar yang katanya tidak ubah seperti perkahwinan “mutaa” yang dilakukan untuk memenuhi nafsu secara tidak sah. Al-Asheikh berkata bahawa perjalanan ke luar Negara untuk berkahwin dengan niat menceraikannya apabila pulang tidak dibenarkan Syara’, kerana ia mempunyai kesan yang buruk ke atas masyarakat, perempuan dan anak-anak yang terhasil dari hubungan seperti itu.

Translated by beritaislamglobal.blogspot.com - Original English version here
By FATIMA SIDIYA
ARAB NEWS Published: Oct 13, 2010

Komen Blog Ibnu Hasyim: Segala masalah seperti 900 anak-anak yang terabai boleh disusun dan diselesaikan dengan baik. Yang penting perkahwinan itu adalah 'halal', melahirkan zuriat, meramaikan umat Nabi Muhammad SAW (bukan berpegang kepada pendapat Sheikh Abdul Aziz Al-Asheikh, mufti besar Arab Saudi) dan tidak membazirkan nafsu seks kurniaan Allah SWT.

Tidak seperti askar-askar Amerika Syarikat di Vietnam, Kemboja dan lain-lain suatu masa dulu, yang melahirkan anak-anak haram tanpa tanggungjawab atau membesar di sarang pelacuran tempat pembiakan penyakit. Itu yang zalim. Na a'uzubillahi minzalik.

Berhenti Sekejap.. Solat Tepi Jalan.

Thursday, 14 October 2010: Bersyukur.. Seorang pemandu angkutan di kota Damaskus berhenti sejenak menunaikan solat di tepi jalan di Mydan. Di samping tugas kepada masyarakat, ia tidak lupa tugas kpada Allah SWT. (foto: dzikrullah, by iPhone)

200 Sertai Bantah Konsert Penyanyi Homoseks

HALAMAN HIBURAN
KL 14 OKT 10: Lebih 200 anggota Pemuda PAS dan mahasiswa menyertai ekspedisi dakwah membantah konsert penyanyi homoseksual Amerika, Adam Lambert di Stadium Putra, Bukit Jalil malam ini.

Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan mengetuai solat hajat selepas solat Maghrib. Beliau turut memberikan kata-kata semangat kepada para peserta yang menyertai ekspedisi tersebut sebelum bergerak ke stadium kira-kira jam 7.30 malam. (AK)

Thursday, October 14, 2010

Ibnu Hasyim, Hentikan Mengumpat Zainuddin MZ


SESEORANG menghantar e-mail kepada Blog Ibnu Hasyim meminta jelaskan tentang penyiaran berita mengenai 2 artikel ini..

Katanya, "Pemberitaan tentang aib seseorang disebut ghibah. Tapi jika tuduhannya tidak benar, ia disebut fitnah. Dua-duanya tetap dosa besar" Rujukannya adalah 'Hidayatullah.Com' (Thursday, 14 October 2010) di bawah tajuk 'Awas! “Ghibahtainmen” Marak Kembali.'

Kami salinkan tullisan tersebut...

Hidayatullah.com—Meski berkali-kali dikecam ulama, dua hari ini, media TV dipenuhi dengan berita ghibah. Ghibah terbaru adalah soal hubungan dai kondang Zainuddin MZ dengan penyanyi dangdut, Aida Saskia.

Beberapa kalangan nampaknya mulai resah dengan cara TV dan media massa yang kembali lagi memuat berita-berita bertema ghibah. Pengamat media massa Sirikit Syah mengatakan, banyak media dan wartawan kebingungan kesalahan memahami konsep infotainmen. Ia menyebut contoh di luar negeri yang disebut "entertainment news", yaitu berita-berita dari dunia hiburan. Isinya tentang proses keratif para seniman. Sementara di Indonesia, isinya hanya bikin stress.

“Misalnya, bagaimana memproduksi (film) Avatar, berapa biaya produksi (film) Lord of the Ring, siapa artis berbayaran paling mahal, peluncuran album atau single baru, perolehan box office, pakai baju apa Jenifer Lopez di ajang Grammy, siapa paling keren di karpet merah, dan seterusnya. Betul-betul tentang dunia hiburan dan tidak bikin stres. “

Ketika ditanya, apakah masyarakat terhibur dengan infotainmen bernilai gossip, ia justru menampik.

“Terhibur? Tidak. Siapa terhibur dengan berita artis A dan artis B mau cerai sampai tiga kali? Siapa terhibur dengan kabar ada artis yang punya istri simpanan lagi?,” tambahnya.

Menurut Wakil Majelis Fatwa Dewan Fatwa, Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia Dr Ahmad Zain an-Najah, andaikata kasusnya itu benar dan dipublikasikan, maka hal itu tetap ghibah dan dilarang agama. Namun jika kasusnya itu tidak benar, maka itu disebut fitnah dan hukumnya keji, seperti pembunuhan.

Menurut ahli fikih lulusan Al Azhar, Kairo, Mesir ini, jika ghibah menyebar dan menjadi tren di masyarakat, maka kehidupan masyarakat menjadi tidak akan tenang. Dan media massa, termasuk si wartawan, akan ikut mengambil peran dalam urusan ini. Tentu saja, akan dipertanyakan apa yang ia lakukan kelak di hadapan Allah.

Meski demikian, ia tetap memberi pengecualian tentang bolehnya “ghibahtainmen” boleh dipublikasikan.

Menurutnya, ada beberapa kondisi dibolehkannya ghibah.

Pertama
, ketika dimintai pendapat untuk urusan penting dan besar seperti seorang wanita yang dilamar oleh laki-laki yang tidak dikenalnya. Bila dia meminta pertimbangan dari orang tuanya atau tokoh masyarakat, maka orangtuanya atau tokoh tersebut harus memberitahu secara jujur tentang kelebihan dan kekurangan orang tersebut agar dia bisa menolak atau menertima lamaran.

“Ini berdasarkan Hadist Fatimah binti Qais yang datang kepada Nabi Muhammad SAW dan mengatakan bahwa dirinya dilamar oleh dua orang yaitu Mu'awiyah dan Abu Jahm, kemudian Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam menjelaskan kekurangan dari kedua orang tersebut,” ujarnya kepada hidayatullah.com.

Kedua, untuk mengungkap sebuah kasus, seperti dugaan korupsi. Karena kejahatan dan kesalahan orang yang didakwa harus diselidiki maka keburukannya perlu diungkap. Hanya saja, keburukan yang diungkap tersebut harus berkaitan dengan kejahatan yang didakwakan kepada orang tersebut.

Senada dengan Zain, Ketua PBNU, Said Aqil Siradj belum lama ini, turut berbicara tentang pengharaman ghibahtainmen.

Ghibah, kata Said, adalah fakta mengenai aib seseorang yang jika diberitakkan akan menyebabkan orang yang bersangkutan merasa tersinggung dan jatuh martabatnya, seperti masalah perselingkuhan. Sedangkan fitnah adalah menceritakan aib seseorang namun tidak ada faktanya.

Said juga menjelaskan, jika menceritakan tentang pejabat yang korupsi, siapa yang terlibat, asal-usul uang, dan ke mana larinya uang, hal itu justru diwajibkan dan merupakan tugas suci. Nah, sampai kapan kita akan terus disodori “ghibahtainmen” oleh media? [cha, berbagai sumber/hidayatullah.com]

Ghibah atau dalam bahasa kita disebut mengumpat. Di dalam Kitab Riyadus Shalihin karangan Imam An-Nawawi, Bab berkaitan Ghibah, ada 6 keadaan yang diharuskan ulama’ untuk mengumpat atau ghibah. Saat itu, ghibah diharuskan untuk tujuan yang shahih lagi syar’ie di mana tidak mungkin tujuan atau matlamat tersebut boleh sampai melainkan terpaksa melakukan ghibah, maka dibenarkan!

Terdapat 6 perkara yang dibolehkan mengumpat dalam kitab tersebut.
Kandungan asal bab ini dipetik dari Kitab Riyadus Shalihin versi Bahasa Arab... Begitu juga dalam kitab-kitab seperti Imam Ghazali Ihya Ulumuddin dan lain-lain.

6 Perkara tersebut ialah:
.... sila klik..

Tak Boleh Mengumpat?? Lihat Ini..

Sila renungkan perkara Kedua & Keempat.. Sekian. Terima kasih kepada pengomen peng-email di atas.. Wassalam.

Cadangan Mahkamah Perlembagaan -Dr Mujahid



KL, 14 Okt 10: Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa (gambar) mencadangkan pengajian tentang perlembagaan dijadikan subjek substantif dan khusus di peringkat sekolah rendah dan menengah.

Cadangan itu, katanya demi memastikan generasi muda tidak terpengaruh oleh politik sempit angkara parti-parti rasis tertentu di tanah air.

"Saya kira ini salah satu penyelesaian bagi mengelakkan pihak-pihak tertentu yang mengamalkan politik sempit menggunakan perlembagaan untuk kepentingan parti-parti atau pertubuhan rasis mareka," ujarnya pagi semasa mengemukakan soalan tambahan di Dewan Rakyat.

Menurut beliau, Subjek Perlembagaan dan Kenegaraan (SPK) yang sedia ada di peringkan sekolah menengah adalah tidak memadai. Ini kerana katanya, subjek tersebut sekadar subjek sampingan yang dimasukkan secara tidak langsung dalam beberapa mata pelajaran yang lain.

Tambahnya lagi, cadangan ini wajar dijadikan pemangkin pada kewujudan Mahkamah Perlembagaan kelak agar pemimpin-pemimpin rasis terbabit tidak sewenang-wenangnya boleh mengelirukan rakyat dengan memanipulasi isu hak keistimewaan Melayu, Raja-Raja Melayu, bahasa Melayu dan agama Islam yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Cadangan itu secara umum seakan diterima Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Ahmad Fuad Zarkashi. Menurut beliau, pendidikan berkaitan perlembagaan sahaja tidak memadai sekiranya parti-parti politik tertentu masih mengamalkan politik sempit di luar sekolah.

Sebelum itu, Mujahid yang juga AJK PAS Pusat pada sesi soal jawab lisan meminta Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan tentang usaha kerajaan memperkenalkan subjek keperlembagaan di peringkat menengah.

Menjawab soalan itu, Mohd Puad menegaskan bahawa subjek berkaitan Perlembagaan telahpun merentasi subjek-subjek utama lain secara tidak langsung. Namun, beliau yang Ahli Majlis Tertinggi Umno tidak pula menyatakan kesediaan kerajaan Pusat memperkenalkan subjek keperlembagaan secara khusus demi menghapuskan politik rasis khususnya di sekolah. (AK)

Komen Blog Ibnu Hasyim: Pengajian tentang perlembagaan perlu dijadikan subjek substantif dan khusus di peringkat sekolah rendah dan menengah. Itu cadangan Dr Mujahid. Sedikit pandangan tambahan...

Satu: Untuk memastikan generasi muda tidak terpengaruh oleh politik sempit angkara parti-parti rasis tertentu di tanah air. Seperti UMNO, Perkasa, dan lain-lain.

Dua: Salah satu jalan penyelesaian bagi mengelakkan pihak-pihak tertentu mengamalkan politik sempit, menyalahgunakan perlembagaan untuk kepentingan parti-parti atau pertubuhan rasis mareka. Sehingga tidak ada lagi 'kes-kes rasis' di tempat pembelajaran tersebut atau jabatan-jabatan lain.

Tiga: Supaya terdedah keburukan undang-undang ciptaan manusia barat, berbanding undang-undang Islam atau budaya timur yang menjadi asas kehidupan masyarakat timur dan tamaddun manusia.

Empat: Supaya terdedah juga ke wenang-wenangan golongan-golongan tertentu yang mengelirukan rakyat dengan memanipulasi isu hak keistimewaan Melayu, penyalahgunaan kuasa Raja-Raja Melayu terutama dalam institusi keagamaan, bahasa Melayu dan agama Islam yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Lima: Supaya jelas sejauh mana perlaksanaan agama Islam dan kebebasan beragama seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, dan percanggahan tafsiran yang melahirkan tindakan yang bertentangan dengan agama Islam itu sendiri atau hak-hak kebebasan beragama.

Enam: Cadangan ini wajar dijadikan pemangkin pada kewujudan Mahkamah Perlembagaan kelak.

Gaji Minimum Dalih Politik BN? -Kesataun Sekerja

Dr S.Subramaniam (tengah) mendengar pertanyaan Khairy (kiri) pada Forum Gaji Minimum anjuran Pemuda BN dan MTUC sambil diperhatikan timbalan presiden kongres itu Mohd Khalid Atan. – Foto Bernama

KL, 14 Okt 10 — Pemimpin-pemimpin kesatuan sekerja tidak pasti sama ada minat secara tiba-tiba yang diperlihatkan oleh Barisan Nasional (BN) sebenarnya satu dalih dalam usaha mendapatkan sokongan menjelang pilihan raya umum tergempar yang menjadi spekulasi sekarang.

Pentadbiran Najib akan membincangkan dasar gaji minimum pada mesyuarat mingguan Kabinet Jumaat ini. Rang undang-undang berkaitan akan dibentangkan pada sesi Parlimen Mac depan walaupun sebelum ini disebutkan bahawa ia akan dibawa pada persidangan semasa.

Dasar itu jika dilaksanakan dipercayai akan memanfaatkan kira-kira lima juta pekerja, dilihat sebagai usaha BN untuk mendapatkan semula sokongan majoriti yang ia kehilangan pada pilihan raya umum 2008. BN dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menganjurkan forum sehari semalam meskipun lebih 400 pemimpin kesatuan dan aktivis kelihatan kecewa dengan hujah-hujah yang lebih bersifat retorik.

Persekutuan Majikan-majikan Malaysia membantah dasar gaji minimum. Pemimpin MTUC, A. Sivanandan memberitahu The Malaysian Insider berkata, beliau berharap kerjasama antara BN dan MTUC tidak bermotifkan politik semata-mata dengan hanya memanfaatkan beberapa individu.

“Saya berharap forum ini tidak menjadi agenda politik bagi sesetengah individu.

“Saya berharap semua bersikap ikhlas dalam mengangkat kehendak pekerja kerana gaji minimum sudah lama tertangguh... ini perlu dilaksanakan dengan segera,” kata beliau.

“Kita bercakap isu ini sejak lebih 60 tahun lalu dan tiada apa-apa yang menjadi kenyataan. Cukuplah apa yang telah dilalui selama ini,” kata setiausaha agung Kesatuan Pekerja-pekerja Tekstil Selangor ini.

Beliau juga berkata, kerajaan tidak harus mempolitikkan gaji minimum sebab ia menjadi tanggungjawab mereka untuk melaksanakannya.

“Saya berharap ini bukan agenda politik untuk tujuan akhir mereka. Kredit tidak harus pergi ke BN, tetapi para pekerja khususnya MTUC yang telah lama berjuang mendapatkan gaji minimum.

“Jangan mempolitikkan isu ini, ia menjadi tanggungjawab mereka (untuk melaksanakan),” kata Sivanandan.

Dalam pada itu, Presiden MTUC Syed Shahir Syed Mohamud menambah, kerajaan harus mengakhiri retorik atau ia akan kehilangan sokongan kesatuan-kesatuan sekerja.

“Apa yang menjadi perhatian kami ialah sejauh mana seriusnya kerajaan dalam gaji minimum,” kata beliau.

Kata beliau, pihaknya tidak mahu lagi retorik, sebaliknya mahu kerajaan melaksanakan undang-undang gaji minimum.

“Yang penting ialah apakah kadarnya,” kata beliau.

“Saya tidak pasti sama ada ini adalah langkah ke arah pilihan raya tetapi isu ini sesuatu yang dekat dengan (hati) pekerja dan kita tahu bahawa mereka memerlukan sokongan daripada semua parti khususnya pekerja-pekerja,” kata Syed Shahir yang juga seorang pemimpin parti politik.

Rosli Majid mempersoalkan sama ada tindakan BN ini hanya satu gimik politik untuk mendapatkan sokongan popular.

“Kami bercakap mengenai gaji minimum sejak 1930-an, tetapi kami ragu-ragu kerana sudah pasti ada sebab tertentu kerana pilihan raya umum semakin dekat.

“Kami bimbang ini hanya agenda tersembunyi parti politik (BN) dan kerajaan untuk membawa isu demi imej mereka dan untuk mendapatkan sokongan para pekerja,” kata Presiden Kesatuan Pekerja-pekerja Junior TNB.

Setiausaha Agung Kesatuan Pekerja-pekerja Kebangsaan Bank, J. Solomon menambah, BN akan berhadapan dengan laluan sukar jika BN tidak memenuhi janji melaksanakan dasar ini.

“Jika mereka melengah-lengahkan, maka rakyat Malaysia sudah cukup matang untuk memutuskan bahawa perkara ini bermotifkan politik dan mereka tidak berminat dalam isu ini.

“Saya merasakan perdana menteri dan jenteranya perlu membuktikan yang mereka ikhlas,” beliau.

Bagaimanapun anggota Jawatankuasa Wanita MTUC, Christine Chee menekankan, kesemua pihak perlu positif dan bekerja keras untuk melaksanakan gaji minimum.

“Apa jua keadaannya, kita perlu positif agar impian kita menjadi kenyataan,” katanya.

“Kita perlu mengetepikan rintihan ataupun apa juga tanggapan negatif,” kata beliau sambil menambah, kesemua pihak perlu bekerjasama dan berfikiran positif dan kami berharap ia akan menjadi kenyataan Mac 2011,” kata beliau.

Profesor Dr Durrishah Idrus dari UTM berkata, tidak terlalu lewat bagi kerajaan melaksanakan dasar gaji minimum.

“Jika saya kerajaan, maka itu yang saya akan akan lakukan. Anda kerajaan, anda perlu melakukan sesuatu.

“Anda kena menerajui usaha ini. Jadi, saya tidak melihat apa-apa kekurangan dalam soal ini,” katanya lagi.

Katanya, kemungkinan sekarang adalah masa yang sesuai selepas lima dekad isu ini dibahaskan.

“Lebih baik (kita) ada (dasar ini) daripada tiada langsung,” katanya.

Semalam, Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S. Subramaniam berkata satu akta baru akan digubal bagi menggantikan Akta Majlis Penetapan Gaji 1974 yang didapati kurang sesuai untuk diaplikasikan dalam menetapkan gaji minimum ketika ini.

Katanya, perincian asas berhubung penggubalan akta baru yang dijangka dibentangkan di Parlimen Mac tahun depan itu akan dibincangkan pada mesyuarat Kabinet Jumaat ini.

“Penetapan gaji minimum melalui akta sedia ada mengambil masa yang lama serta rumit malah ia juga tidak menyeluruh kerana pendekatannya adalah mengikut jenis pekerjaan dan subsektor tertentu.

“Dalam melaksanakan dasar gaji minimum kebangsaan, ia memerlukan penguatkuasaan undang-undang. Jadi, dicadangkan satu akta baru digubal bagi menggantikan akta sedia ada,” katanya selepas merasmikan Forum Gaji Minimum anjuran Pemuda BN bersama-sama dengan MTUC semalam.

Subramaniam berkata, kementerian itu juga sedang memperincikan sama ada untuk mengaplikasikan penetapan gaji minimum berdasarkan sektor, wilayah ataupun daripada segi kebangsaaan.

Katanya, jika dibuat daripada segi kebangsaan penetapan gaji minimum itu akan melibatkan semua sektor manakala dari sudut wilayah kadar penetapan gajinya mungkin berbeza mengikut tempat berpandukan kos kehidupan di kawasan berkenaan.

“Kalau kita memutuskan berdasarkan sektor, maka kita kena lihat semua sektor. Jadi, keputusan dari segi pelaksanaan dan caranya belum ditetapkan. Ini semua akan ditetapkan selepas membuat kajian lebih terperinci,” katanya.

Beliau berkata, dalam membuat keputusan itu kementerian juga perlu melihatnya daripada segi undang-undang antarabangsa kerana kerajaan tidak boleh mempunyai diskriminasi gaji antara pekerja tempatan dan asing.

Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin pula berkata, forum tersebut bukan platform untuk menetapkan gaji minimum kerana pada dasarnya perkara itu telah dipersetujui oleh kerajaan tetapi lebih kepada perbincangan mengenai apa yang diharapkan pekerja dan majikan daripada kerajaan apabila dasar itu diputuskan kelak.

Katanya, forum itu lebih menumpukan kepada perincian dan perbincangan kepada persoalan bagaimana gaji minimum dilaksana sama ada secara umum atau berbeza mengikut sektor serta bagaimana ketetapan gaji dibuat dan tahap gaji minimum yang sesuai.

Forum sehari itu adalah lanjutan daripada sesi perbincangan bersama wakil daripada dua kesatuan sekerja iaitu MTUC dan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) pada 24 Ogos lalu serta maklum balas yang diterima melalui makmal Pemuda BN. (TMI)

Konsert Amal Sharifah Aini: Rumput Hijau Tumbuh..

HALAMAN HIBURAN

KL 13 OKT 10: Biduanita Datuk Sharifah Aini sanggup menghabiskan wang beratus ribu ringgit untuk mengadakan persembahan amal bagi membantu mereka yang kurang bernasib baik walaupun hasrat itu tidak menjanjikan keuntungan.

Menurut Sharifah Aini atau lebih dikenali sebagai Kak Pah, dia akan mengeluarkan belanja sekurang-kurangnya RM150,000 bagi setiap konsert amal yang akan dilakukannya.

"Daripada jumlah itu juga saya perlu membayar para pemuzik, sekali gus menyalurkan kutipan tiket kepada rumah-rumah kebajikan. Sebab itu tiket konsert saya sedikit mahal.

"Dengan cara itu, sekurang-kurangnya syarikat saya dapat menyalurkan wang konsert kepada individu yang memerlukan dengan jumlah yang besar.

"Setakat ini, sepanjang penganjuran konsert amal yang dibuat oleh syarikat saya, Seri Dewi Production dan Lime Events, kami tidak mengumpul sebarang keuntungan pun kerana saya ikhlas untuk menderma.

"Insya-Allah, saya akan mengadakan konsert seperti ini sekurang-kuranya setahun sekali yang tidak membabitkan mana-mana rumah kebajikan secara khusus," katanya pada sidang akhbar Majlis Makan Malam Amal, Malam Juitaku Sayang di Hotel Seri Pasific di sini, Selasa.

Mengenai majlis makan malam amal tersebut yang sepatutnya diadakan pada 15 Oktober ini, ia telah ditunda kepada tarikh 31 Oktober 2010 yang akan diadakan di Hotel Seri Pasific, di sini.

Sebahagian kutipan tiket pada majlis persembahan yang turut disertai penyanyi veteran Datuk Ahmad Jais itu akan disalurkan kepada Madrasah Tahfiz Baitul Mahhabbah, Shah Alam dan Darul Uloom Islamiah Surau Jamal Assurur, Kuala Lumpur.

"Saya menjemput Datuk Ahmad Jais kerana dia ibarat seorang ayah yang banyak mendidik saya untuk mengharungi cabaran sebagai seorang penyanyi ketika awal pembabitan saya dulu.

"Dia juga menyokong usaha saya dalam mencari dana bagi rumah-rumah kebajikan yang memerlukan.

"Pada malam tersebut saya akan membawakan sebanyak 20 hingga 25 buah lagu yang telah disusun semula oleh Belle Fatah dan Faizal Loke Yew," kata Kak Pah.

Kepada peminat-peminat Kak Pah yang ingin membuat tempahan menyaksikan persembahan berkenaan, sila hubungi di talian 019-3488054 atau 012-9332373.

Tempahan juga boleh dibuat melalui faksimili di talian 03-79568557. Untuk pertanyaan lanjut sila emelkan ke limeevent@gmail.com. Tiket dijual mengikut meja (10 orang setiap meja) dengan harga RM3,500, RM4,500 dan RM7,500.

Bagi yang ingin membuat tempahan secara individu, tiket berharga RM450 dan RM200. (mStar Online/AK)

Komen Blog Ibnu Hasyim: Ramai yang bertanya mengenai kes-kes kabajikan dari sumber diragui.. Bahkan ada yang berpendapat, bagaikan rumput hijau yang tumbuh di atas najis lembu...

Rahsia Misteri Gadis Malang Dapat Hidung Baru..

pix_middle

LIHAT berita ini, berita fitnah terhadap Taliban dan Islam yang seolah-olah Islam menyuruh dan merelakan hal itu...

"...Aisha (gadis malang) menerima anugerah itu daripada isteri Gabenor California, Maria Shriver. Ketika berusia 12 tahun, bapa Aisha mengahwinkannya dengan seorang lelaki yang didakwa pejuang Taliban, kononnya sebagai membayar hutang. Dia diserahkan kepada keluarga lelaki itu yang kemudian menderanya dan memaksanya tidur di kandang haiwan. Apabila cuba melarikan diri, dia ditangkap dan hidung dan telinganya dipotong oleh suaminya sebagai hukuman."

Berita penuh...

Gadis malang dapat hidung baru
. LONDON 14 OKTO 10: Seorang remaja Afghanistan yang cacat pada mukanya selepas dikelar oleh suami tersenyum lebar ketika menunjukkan hidung palsu barunya untuk kali pertama, semalam. Aisha, 19, memeranjatkan masyarakat dunia apabila muncul kali pertama di muka depan majalah Time tanpa hidung, Ogos lalu.

Semalam, dia dengan berani muncul di depan khalayak ramai dengan memakai hidung palsu, sesuatu yang memberikan idea kepadanya mengenai bagaimana dia akan kelihatan selepas menjalani pembedahan.

Dia muncul depan kamera televisyen untuk menerima anugerah Enduring Heart di satu majlis untuk Yayasan Grosman Burn, sebuah pertubuhan yang berpusat di Los Angeles yang membiayai pembedahannya.

Aisha menerima anugerah itu daripada isteri Gabenor California, Maria Shriver. Ketika berusia 12 tahun, bapa Aisha mengahwinkannya dengan seorang lelaki yang didakwa pejuang Taliban, kononnya sebagai membayar hutang. Dia diserahkan kepada keluarga lelaki itu yang kemudian menderanya dan memaksanya tidur di kandang haiwan. Apabila cuba melarikan diri, dia ditangkap dan hidung dan telinganya dipotong oleh suaminya sebagai hukuman.

“Apabila mereka memotong hidung dan telinga saya, saya pengsan. Pada tengah malam, saya terasa air sejuk mengalir dalam hidung saya.

“Saya langsung tidak dapat melihat kerana dilitupi darah,” katanya kepada wartawan CNN, Atia Abawi.

Dia dibiarkan di kawasan pergunungan tetapi berjaya merangkak hingga ke kediaman datuknya. Bapanya berjaya menghantarnya ke pusat perubatan yang dikendalikan tentera Amerika Syarikat, tempat dia dirawat selama 10 minggu. Mereka kemudian menghantarnya ke sebuah pusat perlindungan rahsia di Kabul dan dihantar ke Amerika Syarikat Ogos lalu. - Agensi.

Pada hal menurut Taliban, sebaliknya...

WASHINGTON AUGUST11 10: Taliban mendakwa, Amerika Syarikat kini terdesak kerana menggunakan imej wanita cacat sebagai bahan propaganda mereka di muka depan majalah Time, serta menafikan bertanggungjawab menyebabkan kecederaan terbabit.

Mengulas paparan itu, Taliban berkata, Time berbohong apabila menuduh kumpulan itu memotong hidung dan telinga wanita terbabit, dikenali sebagai Aisha, 18 selepas melarikan diri daripada keluarga iparnya yang kejam di selatan wilayah Uruzgan, tahun lalu.

“Propaganda terdesak digunakan Time menunjukkan kepada dunia bagaimana media antarabangsa akan melakukan apa saja bagi memuaskan hati AS, walaupun ia bercanggah dengan integriti kewartawanan,” kata jurucakap Taliban, semalam.

Ikuti sepenuhnya...
Propaganda Terdesak: AS Potong Hidung & Telinga Wanita.. Amerika Syarikat menunggang majalah TIME yang sanggup melakukan jenayah kewartawanan, demi menyembunyikan kejahatan dan kebiadaban mereka.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Jawapannya:

Satu:
Kes itu tidak pernah dirujuk ke mana-mana mahkamah di Afghanistan, walaupun sudah lama, untuk dijadikan bukti. Jelas AS sebagai pembohong besar.

Dua: Menurut kenyataan itu, puak Taliban memotong telinga dan hidung manusia. Perkara begini memang dilarang oleh agama Islam. Sedangkan Taliban terkenal dengan kepatuhannya kepada agama.

Tiga: Yang zalim dan tidak ikut mana-mana agama di dunia pun, adalah AS. Terkenal, AS sanggup menyiksa, merogol, membunuh rakyat atau tahanan di banyak negara seperti Irak, Afghanistan, Pakistan, Vietnam, Guatanamo dan lain-lain. Terlalu banyakbuktinya.

Empat: AS dalam keadaan terdesak, masih gagal menjajah sepenuhnya Afghanistan dan menutupi kebencian rakyat kepada mereka. Contohnya, menurut Pew Research Center (Julai 30 10) sebahagian besar warga Pakistan melihat AS dengan penuh curiga, sokongan untuk AS terlibat dalam perang melawan ekstremis telah menurun, dan hampir 2/3 warga Pakistan ingin pasukan AS keluar dari negara tetangga mereka Afghanistan.

Pakistan adalah negera terendah di antara 22 negara yang masuk dalam Pew Global Attitudes Survey 2010 terhadap 2,000 warga Pakistan yang diambil antara 13-28 April. Hasilnya, 59% responden menggambarkan AS sebagai musuh. 17 % berpandangan AS menguntungkan dan hanya 11% AS adalah partner. Hanya 8% percaya Presiden AS Barack Obama boleh lakukan 'hal yang benar' di dunia. Dari peringkat terendah survei 22 negara tersebut, hanya 20% percaya 'menguntungkan'.

Kebanyakan warga Pakistan juga menentang penglibatan AS di Afghanistan, 65% mengatakan pasukan AS dan NATO perlu ditarik segera. Amat sedikit yang percaya Taliban dan al-Qaidah merupakan ancaman kepada negara mereka. Hanya 25% percaya 'buruk bagi Pakistan jika Taliban kembali mengambil alih Afghanistan', sementara 18% berfikir sebaliknya dan 57% mengatakan 'hal itu itu tiada masalah.'

Itulah rahsia kisah misteri hidung baru yang dipromosi oleh TIME di London semalam.

Rujuk semula..

Kalau Kes Sosilawati Menurut Perundangan Islam...

pix_middle

KL 14 OKT 10: “Seperti mana azab dilalui ibu saya yang dibunuh kejam, saya mahu semua penjenayah yang bertanggungjawab (melakukan pembunuhan) dibalas dengan hukuman mati di tali gantung,” kata Erni Dekritawati Yuliana Buhari, 25, anak jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, selepas empat lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Banting, Selangor, semalam, atas tuduhan membunuh ibunya dan tiga individu lain.

Ketika dihubungi semalam, dia yang mesra dengan panggilan Rita mengaku masih bersedih dengan kehilangan ibunya dan hatinya masih berat untuk percaya dengan apa yang berlaku.

“Ada kalanya saya takut untuk membaca akhbar atau mendengar cerita bagaimana kejamnya ibu dan tiga mangsa lain diperlakukan penjenayah. Mereka tidak berperikemanusiaan dan berhati syaitan.

“Saya cuma berharap polis dapat membuktikan jenayah terancang dilakukan semua suspek bagi membolehkan hukuman berat dan setimpal dijatuhkan kepada mereka,” kata anak sulung daripada enam beradik itu.

Rita berkata, sekuat mana sekali pun hatinya cuba menahan air mata daripada menitis, hakikatnya hanya Tuhan yang tahu penderitaan dan kesedihan dialami.

“Kehilangan ibu merentap kebahagiaan kami adik-beradik yang amat manja dan menjadikan ibu sebagai tempat menumpang kasih sejak kecil.

“Sukar dijelaskan apa yang kami rasa selepas kehilangan ibu, namun apa cara sekali pun cita-cita dan impian ibu perlu diteruskan. Hanya doa tidak henti dipohon supaya roh ibu ditempatkan di kalangan hamba yang dilindungi Allah,” katanya.

Ditanya berhubung aktiviti harian selain cabaran perlu dihadapi bagi meneruskan perniagaan kosmetik Nouvelles Visages (NV), Rita memberitahu masih banyak yang perlu dipelajarinya.

“Banyak perkara yang perlu diselesaikan terutama membabitkan perjalanan dan kewangan syarikat. Bagaimanapun, saya bernasib baik kerana masih ada pekerja lama yang setia di belakang untuk membantu dan membimbing terutama berkaitan urusan perniagaan syarikat,” katanya.

Menurutnya, kesibukannya untuk menyesuaikan diri dengan situasi terbabit menyebabkan dia belum berpeluang berjumpa stokis produk NV yang terus menyokong produk diasaskan ibunya itu.

“Mengikut perancangan, saya akan berjumpa semua stokis pada Januari depan selepas semua urusan berkaitan pengurusan syarikat diselesaikan.

“Tindakan membekukan sementara aset kewangan milik ibu sedikit sebanyak turut menyukarkan kami untuk menyelesaikan beberapa masalah membabitkan pinjaman dan urusan perniagaan lain,” kata Rita.

Selain Sosilawati, tiga lagi mangsa pembunuhan kejam itu ialah pemandu peribadinya, Kamaruddin Shansuddin, 44; perunding kewangan CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.

Mereka dipercayai dibunuh dan dibakar di sebuah ladang di Banting, sebelum abu mereka dibuang ke dalam Sungai Panchau, pada 30 Ogos lalu.

Sementara itu, Radin Pangat Ishak, 66, bapa mentua Noorhisham berharap apa yang dilakukan semua tertuduh ke atas menantunya bakal diadili seadil-adilnya di mahkamah dan dia yakin sistem perundangan negara ini tidak akan melepaskan orang yang bersalah begitu saja.

“Kami tunggu dan lihat apa keputusannya. Saya serahkan semuanya kepada pihak perundangan negara. Jika mereka didapati bersalah, saya berharap mereka dijatuhkan hukuman yang berat sesuai dengan kesalahan dilakukan,” katanya ketika ditemui, semalam.

Radin Pangat berkata, dia dan keluarga tidak berputus asa dan tetap melakukan solat hajat dan doa selamat memohon supaya keputusan asid deoksiribonukleik (DNA) dikeluarkan bukan milik menantunya itu.

“Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Melihatkan penderitaan anak dan cucu yang kehilangan tempat bergantung, sayu hati saya. Disebabkan itu kami sekeluarga memohon supaya Noorhisham hidup. Bagaimanapun, jika sah keputusan DNA itu berpadanan dengan menantu saya, kami sekeluarga reda,” katanya.

Katanya, mereka sekeluarga terutama isteri Noorhisham, Suzana, 38, dan tiga anaknya masih berharap keajaiban berlaku selagi ujian DNA tidak disahkan sepadan dengan pegawai bank berkenaan. (myMetro hari ini).

Komen Blog Ibnu Hasyim: Firman Allah SWT bermaksud: "dan janganlah kamu membunuh diri seseorang manusia yang diharamkan oleh Allah membunuhnya kecuali dengan alasan yang benar. Dan sesiapa yang dibunuh secara zalim, maka sesungguhnya Kami telah menjadikan warisnya berkuasa menuntut balas. Dalam pada itu, janganlah ia melampau dalam menuntut balas bunuh itu, kerana sesungguhnya ia adalah mendapat sepenuh-penuh pertolongan (menurut hukum Syarak)". – (Al-Israa’: 33).

Huraian: Dalam konteks perundangan di Malaysia kini, ada baiknya kuasa mutlak Peguam Negara mendakwa itu diintegrasikan dengan keluarga mangsa, di mana Peguam Negara perlu mendapatkan pandangan keluarga si mangsa sebelum meneruskan pendakwaan. Ini adalah sebagai pendekatan lebih adil dan perubahan mampu paling dekat boleh dilaksanakan, sekalipun ia tidak seratus peratus bertepatan dan seadil hukum Islam. Dalam sistem hari ini jelas boleh membuka pintu penyelewengan.

Khususnya apabila penjenayah melibatkan golongan atasan yang mempunyai kuasa politik, atau korup, terlibat di dalam pendakwaan dan seumpamanya. Maka jadilah kes-kes jenayah berat seperti ini boleh diabaikan begitu sahaja, atau akan tertangguh sehingga tempoh yang tidak berkesudahan. Jika berlaku perlaksanaan undang-undang Syari’ah ini, maka contohnya, kes Memali tidak akan tertangguh lama, keluarga mendiang Al-Tantuya akan pulang dengan hati lebih puas dan isu kepada punca kematian Teoh Beng Hok tidak akan berbangkit.

Tetapi di dalam realiti hari ini, keluarga si mangsa bukan setakat tidak mempunyai hak pendakwaan bahkan tiada hak untuk akses maklumat berkaitan kes, tidak sebagaimana di dalam hukum Syari’ah Islam.

Apabila si tertuduh di dapati bersalah, maka hak untuk menjatuhkan hukuman adalah merupakan hak keluarga si mangsa. Menurut hukum Syari’ah, jika si mangsa mati dibunuh oleh seseorang penjenayah, maka keluarga mangsa sendiri berhak untuk menjatuhkan hukuman balas terhadap penjenayah terbabit. Firman Allah swt bermaksud: maka sesungguhnya Kami telah menjadikan warisnya berkuasa menuntut balas. – (Al-Israa’: 33) seperti di atas.

Jika pembalasan balik terhadap penjenayah tidak mampu dilakukan sama seperti yang dilakukan, keluarga mangsa berhak membalas dalam bentuk yang lebih minimum. Islam tidak membenarkan pembalasan yang dilakukan oleh keluarga mangsa melebihi perbuatan jenayah yang telah dilakukan oleh si penjenayah bagi memastikan hak keadilan si penjenayah juga mesti dipelihara.

Firman Allah SWT: "..oleh itu sesiapa yang melakukan pencerobohan terhadap kamu maka balaslah pencerobohannya itu seimbang dengan pencerobohan yang dilakukannya kepada kamu; dan bertaqwalah kamu kepada Allah serta ketahuilah: sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa". – (Al-Baqarah: 194),

Seringkali apabila kita bercerita tentang cara hukuman di laksanakan di dalam Islam, umum seolah-oleh melihat Islam itu keras. Tetapi sebenarnya apabila dibandingkan dengan jenayah yang dilakukan, kesakitan yang dirasakan mangsa, kesan kepada masyarakat dan bebanan yang dipikul oleh keluarga, maka kita akan melihat hukuman itu cukup adil. Justeru itu, masyarakat tidak perlu fobia dengan hukuman ini kerana hukuman ini bukan dijatuhkan kepada mereka yang tidak bersalah.

Tetapi hukuman ini adalah setimpal dijatuhkan kepada mereka yang melakukan kesalahan membunuh. Atau satu jenayah berat yang boleh meletakkan masyarakat di dalam ketakutan.
Bagi keluarga mangsa, tentulah cara Islam ini lebih dicenderungi boleh mengubat perasaan dendam dan perasaan tidak puas hati terhadap penjenayah, yang menjadi punca kepada kehilangan orang tersayang atau individu tempat pergantungan hidup jika si mangsa adalah bapa kepada keluarga terbabit.

Apabila keluarga mangsa tidak mampu melaksanakan hukuman tersebut, maka ia boleh mewakilkan kepada pihak kedua atau mewakilkan kepada pihak kerajaan untuk melaksanakan hukuman ini. Begitulah kira-kira indahnya Islam. Sila lihat, Kes Sosilawati, Keadilan Menurut Syariah -Ketua P...

Untuk melihat kes ini secara keseluruhan sejak mula, sila lihat... E-Buku IH-1: 'Misteri Hilangnya Jutawan Datuk Sosilawati'.