Saturday, October 23, 2010

Rombakan Kepimpinan Untuk Pilihan Raya -Najib


KL 23 OKT 10: Demi menghadapai pilihan raya umum akan datang, Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak berjanji akan membuat perubahan kepimpinan parti itu di peringkat tertentu.

"Dalam masa terdekat ini saya nak buat perubahan pada kepimpinan Umno di peringkat tertentu. Moga akan lengkaplah (barisan kita)," katanya yang juga perdana menteri.

Dalam ucapan penggulungan dalam mesuarat agung Umno 2010 di Pusat Dagangan Dunia Putera (PWTC) di Kuala Lumpur hari ini, Najib bagaimanapun berkata akan merundingkannya terlebih dahulu dengan timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan naib presiden parti itu.

"Bincang dengan Jawa, Turki dan lanun semua apa formula terbaik," katanya berseloroh merujuk kepada ketiga-tiga naib presiden - Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Datuk Shafie Apdal - yang masing-masing mempunyai darah bangsa dan kaum yang disebutkan itu.

Perkara itu ternyata mencuit hari ketiga-tiga pemimpin kanan Umno itu serta perwakilan yang hadir. Najib bagaimanapun tidak menyebut secara jelas pada peringkat mana perubahan itu akan dilakukan. Bagaimanapun, kemungkinan besar ia melibatkan jawatan pengerusi perhubungan negeri ekoran beberapa teguran daripada perwakilan sepanjang tiga hari persidangan Umno pada tahun ini. (AK)

Hak Melayu, Mesti UMNO Berkuasa. Hak islam?


KL, 23 Okt 10: Datuk Seri Najib Razak menegaskan walaupun hak kepentingan orang Melayu dan Bumiputera sudah termaktub dalam Perlembangaan Persekutuan, namun kuasa politik perlu berada dalam genggaman Umno supaya ia tidak dicabar oleh mana-mana pihak khususnya Pakatan Rakyat.

Ketika menggulung perbahasan Perhimpunan Agung Umno 2010, Presiden Umno itu berkata, kepentingan orang Melayu dan Bumiputera akan terus diperjuangkan oleh parti Melayu terbesar itu.

“Kepentingan orang Melayu dan Bumiputera sudah terkunci dan tersimpul rapi dalam Perlembagaan yang tidak boleh dipinda oleh mana-mana pihak tanpa persetujuan Raja-raja Melayu.

“Malah saya tidak nampak Raja-raja Melayu akan meminda Perlembagaan.

“Namun ada juga pihak (pembangkang) yang suka pusing, mereka kata kalau sudah terkunci mati tidak perlu lagi Umno berkuasa kerana ia sudah dijamin dalam Perlembagaan,” kata beliau sambil menambah ia sebagai pandangan yang tidak benar sama sekali.

“Walaupun terkunci rapi, tapi kuasa politik perlu ada di tangan Umno untuk terus memperjuangkan orang Melayu,” kata Najib yang juga Perdana Menteri. (AK)

Komen Blog Ibnu Hasyim: PM seolah-olah tidak yakin dengan perlembagaan negara, mesti kuasa politik dalam tangan UMNO, baru hak Melayu terbela. Hak Islam?

Setuju Cadangan Shafie Apdal, Daftar Pemilih Di Masjid.



KL 23 OKT 10
: Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal mencadangkan agar Umno menggiatkan usaha mendaftar anggota mereka sebagai pemilih dalam pilihan raya menggunakan masjid di seluruh negara. Katanya, ini kerana, masjid tersebut merupakan tempat di mana "padatnya umat Melayu".

"Kita gunakan landasan itu untuk mendaftar pengundi pengundi dalam pilihan raya umum", katanya yang juga menteri kemajuan luar bandar dan wilayah.

Ketika menyampaikan ucapan penggulungan dalam perhimpunan agung Umno 2010 hari ini, Shafie berkata beliau telah membincangkan cadangan itu dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Jamil Khir Baharum yang bertanggungjawab dalam hal ehwal agama berhubung perkara itu.

Shafie membuat gesaan itu ekoran terdapat kira-kira 700,000 ribu anggota parti Melayu itu yang tidak mendaftarkan diri sebagai pemilih dalam pilihan raya umum lalu. Menurutnya, fenomena itu menyebabkan Umno gagal memenangi kerusi pilihan raya seperti yang berlaku di Ayer Hitam dan Pantai Merdeka di Kedah di mana Pakatan Rakyat menang kira-kira 500 undi sahaja.

"Saya dapati di DUN (Ayer Hitam) itu mempunyai 1,400 ahli Umno yang tidak mendaftar menjadi pengundi," katannya yang juga pengerusi Umno Kedah.

Beliau juga mendedahkan, di Johor - yang disifatkannya sebagai negeri 'jantung' Melayu - Umno dan BN ketinggalan kira-kira seribu berbanding pembangkang dalam pendaftaran anggota baru. Di Pulau Pinang pula menurutnya, BN hanya berjaya menambahkan 6,266 pengundi Melayu sedangkan Pakatan Rakayat berjaya mendaftarkan sebanyak 22,195 pemilih baru.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Blog ini bersetuju cadangan itu, bukan saja UMNO bahkan kepada parti-parti lain. Begitu juga gereja atau rumah ibadat agama lain patut diberi hak yang sama. Barulah negara dibawa ke arah agama dan kepercayaan hari pembalasan. (AK)

Zaid Hamidi Kata Ada Abu Lahab Dlm UMNO. Siapa?



KL 23 OKT 10
: Naib Presiden Umno Datuk Seri Zahid Hamidi berkata antara "enam Abu" yang terdapat di zaman Rasulullah, terdapat juga Abu Lahab dalam parti itu. Bagaimanapun, katanya, parti pembangkang juga tidak terkecuali daripada penyertaan Abu Lahab di kalangan mereka.

"Abu yang keempat ialah Abu Lahab. Golongan ini ada di kalangan kita dan juga di pihak pembangkang. Mereka akan menentang apa sahaja kebaikan yang kita lakukan.

"Mereka tetap keras hatinya tidak menerima apa yang kita bawa walaupuan ia baik dan membawa faedah kepada rakyat," katanya.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Kalau 'Mereka akan menentang apa sahaja kebaikan' itu Abu Lahab, nampaknya semua dalam BN itu Abu Lahab le, kerana BN tidak pernah bersetuju dan mengatakan baik apa-apa pun kebaikan yang dibuat oleh parti pembangkang.

Isu Fesyen: Rosmah Dibela UMNO Perlis



KL, 23 Okt 10
: Ulama muda Fathul Bari Mat Jahya, yang menyertai Umno empat bulan lalu, mempertahankan isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor berhubung kontroversi Festival Busana Islam (IFF) yang didakwa pembangkang dan bekas mufti sebagai tersasar daripada konsep agama dan menghina Islam.

Fathul Bari yang mewakili Umno Perlis berkata, pembangkang sengaja memperbesarkan isu itu dengan meletakkan kesalahan tersebut pada bahu Rosmah yang hanya bertindak sebagai penaung IFF.

“Sepatutnya bantahan itu ditujukan kepada penganjur sedangkan beliau (Rosmah) hanya penaung semata-mata,” kata beliau.

“Tanpa diteliti hal tersebut, mereka terus menyerang dan menghukum.

“Adakah ini sikap orang Islam yang mengakui membawa hukum Allah sedangkan jelas perbuatan seperti ini tersasar Islam yang mengajar ketika menasihati seseorang,” kata beliau yang membahaskan usul agama dan pendidikan Perhimpunan Agung Umno 2010 hari ini.

Jelas Fathul Bhari, manusia sentiasa dituntut meneliti terlebih dahulu sesuatu kesilapan yang dilakukan sama ada ia disengajakan ataupun tidak.

“Perbuatan ini tersasar. Islam mengajar etika menasihati, (jadi) mengapa tidak menarik tangan (Rosmah) sendirian, tanya apa yang berlaku, adakah beliau tahu majlis ini.

“Jangan sama sekali dinasihati secara terang-terangan, bukan dengan caci, kutuk dan keji. Islam meletak etika dan adab dalam membetulkan (yang salah),” katanya.

Semalam bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Pemuda PAS menggesa umat Islam yang terlibat dalam penganjuran IFF di Monte Carlo Ogos lalu, termasuk Rosmah yang dipertikaikan Pakatan Rakyat dan NGO Islam, agar memohon maaf kepada umum. Asri juga meminta agar mengisytiharkan program itu yang didakwa menghina Islam sebenarnya bukanlah ‘Islamik’.

Sehubungan itu beliau menegaskan, adalah bahaya untuk isteri pemimpin utama terlibat dengan hal-hal yang seperti itu. Pemuda PAS pula mendakwa IFF yang dianjurkan itu sama tarafnya dengan festival fesyen di barat, bahkan mungkin lebih teruk lagi. Dengan wanita-wanita yang berpakaian seksi sudah tentu imej Malaysia tercalar, kata sayap muda PAS itu dalam kenyataan berasingan. Pemuda PAS dan beberapa NGO mengadakan demonstrasi di beberapa negeri termasuk Pulau Pinang, Terengganu, Pahang dan Melaka.

Fathul Bhari menyertai Umno bersama 40 ulama muda Jun lalu. Asri juga disebut-sebut menyertai Umno bersama Fathul Bhari tetapi mengesahkan beliau tidak akan menyertai mana-mana parti politik buat masa sekarang. Dalam perbahasan hari ini, Fathul Bhari juga mencadangkan supaya Majlis Ulama Umno diwujudkan sebagai langkah untuk melaraskan isu-isu dan setiap fatwa yang dibangkitkan.

“Majlis Ulama Umno ini dapat selaraskan isu yang dibangkitkan pembangkang, kita juga tidak mahu wujud ketidaksamaan.

“Ada kata boleh dan ada kata tidak boleh.

“Saya juga mahu ulama dalam Majlis Ulama Umno ini dijadikan sebagai wakil parti di setiap bahagian Umno,” kata beliau sambil menambah, kelak pada setiap tahun ulama dari 190 bahagian boleh berkumpul untuk mengikuti perhimpunan agung Umno.

Dalam pada itu, Ketua Umno Bukit Gantang Datuk Rosli Husin berkata pihak berkuasa agama perlu mengelakkan “sindrom bisu” apabila berhadapan dengan isu-isu melibatkan agama Islam khususnya yang ditimbulkan oleh parti-parti politik kerana ia boleh menimbulkan perpecahan umat selain menimbulkan persepsi negatif terhadap Islam.

Kata beliau, Majlis Agama Islam di negeri-negeri dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) perlu agresif dengan sepakat dan senada bagi membuat penjelasan segera berkaitan soal hukum dan fatwa agar difahami umum.

“Teguran-teguran dan nasihat lebih banyak datang dari pentas politik daripada majlis fatwa atau Jakim seperti isu tazkirah oleh Adun wanita bukan Islam dari DAP, isu duit sumbangan dari wang judi lumba kuda kepada umat Islam di Pulau Pinang, isu khatib mendoakan kesejahteraan kepada Lim Guan Eng (Ketua Menteri Pulau Pinang) dan banyak lagi.

“Walaupun soal hal ehwal agama Islam adalah di bawah kuasa kerajaan negeri, tidak bermakna keseragaman tidak boleh dicapai.

“Fenomena ini boleh menjejaskan kedaulatan dan kesucian Islam itu sendiri, malah persepsi negatif pasti akan tercetus daripada pandangan bukan Islam,” kata beliau dipetik Bernama.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan usul agama dan pendidikan. Rosli juga mencadangkan supaya Jakim dinaiktaraf kepada sebuah kementerian penuh agar pemerkasaannya dapat membantu memperkemaskan dan menyelaraskan segala urusan yang berkaitan Islam di negara ini.

“Tindakan drastik tentunya dapat dibuat tanpa menunggu keputusan peringkat negeri terutamanya berkaitan dengan akidah, ajaran sesat, kes-kes tukar agama, kes pembuangan bayi, kes anak serta hamil luar nikah dan sebagainya.

“Ini juga dapat mengelakkan daripada pandangan yang berbeza dan bercanggah tentang sesuatu isu yang berbangkit yang akhirnya kita akan dapati kesucian dan kedaulatan Islam itu dapat diurus tadbir dengan berkesan dan menjadi rujukan mudah masyarakat Islam,” katanya (AK).

Mulai Rancak, Konvoi BN Menyerang Galas


Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak melepaskan konvoi 122 ahli kelab motosikal Kuala Nerus, Terengganu yang berlepas ke Galas, Gua Musang dari Dataran PWTC, pagi Sabtu.


Konvoi ahli-ahli Pergerakan Pemuda Bahagian Kuala Nerus itu tiba di ibu negara malam tadi.

Mereka akan meneruskan perjalanan ke Galas sebelum kembali semula ke Nerus membabitkan perjalan sejauh kira-kira 1,500 kilometer. Menurut ketua konvoi, Shukri Yusof perjalanan mereka adalah bagi membawa misi perjuangan UMNO yang berterusan dan menyokong kepimpinan Najib.


“Kami akan berada di Galas bersama Pemuda UMNO Bahagian Gua Musang sebagai pemanas kempen pilihan raya kecil di kawasan itu,” katanya yang juga ahli jawatankuasa Pemuda UMNO Kuala Nerus.


Turut bersama konvoi itu seramai 20 orang marshal dan 20 petugas bagi membantu melancarkan ;perjalanan konvoi dan kebajikan peserta.-23/10/2010


Dapatkan lapuran PRK DUN Galas dari mula hingga berakhir, seterusnya..

Tentera Semut PAS Ceroboh Himpunan UMNO, Siapa?



KL 23 OKTO 10
: Parti PAS dikesan telah menghantar wakil untuk mengikuti perjalanan mesyuarat di perhimpunan agung Umno yang berlangsung, kata setiausaha kerja parti itu Datuk Abdul Rauf Yusof.

Umno bagaimanapun tidak dapat mengenalpasti jumlah "tentera semut" berkenaan yang datang ke perhimpunan berkenaan, katanya lagi. "Setakat ini belum terima apa-apa laporan serius tapi kita harap semua pihak hormati langkah-langkah baru yang diambil (oleh urusetia)," katanya.

Langkah tersebut termasuk mengetatkan proses mengeluarkan pas kepada perwakilan, pemerhati dan juga orang kenamaan dan juga sokongan kawalan keselamatan oleh pasukan polis bantuan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

"Kita tidak terima sebarang maklumat tentang pencerobohan tapi saya dimaklumkan bahawa pihak pembangkang telah menghantar wakil-wakil sebagai tentera semut untuk menyeludup ke dalam perhimpunan agung Umno.

"Tapi bagi Umno kita terima siapa saja yang datang mendengar keikhlasan hati kita memperjuangkan nasib anak bangsa dan negara.

"Kita mengalu-alukan jugalah sekiranya PAS menghantar perwakilan tentera semut ini untuk memantau pemilihan agung Umno pasal kita rasa tidak ada yang perlu disembunyikan daripada orang awam kerana Umno selama ini begitu telus kepada semua rakyat Malaysia ini tentang perjuangan Umno itu sendiri," katanya lagi dalam satu sidang media di PWTC hari ini.

Jelasnya, golongan berkenaan bebas untuk mengikuti perjalanan mesyuarat melalui siaran litar tertutup yang yang disediakan di luar dewan tersebut. Langkah itu, katanya merupakan satu langkah keterbukaan yang ditunjukkan Umno.

"Kita harap mereka dapat terima cara baru kita. Kita sedang tunggu maklum balas semua orang, kita tunggu maklumat untuk dapat kita perhalusi dalam mesyuarat bedah siasat kita selepas ini," katanya.

Bagaimanapun, langkah itu tidak harus disalahgunakan oleh mana-mana pihak, katanya lagi yang menujukan saranan tersebut kepada portal Malaysiakini dan The Malaysian Insider. "Tapi Umno menerima secara terbuka kerana kita membebaskan diri kita dari belenggu dengan mengizinkan The Malaysian Insider dan Malaysiakini membuat liputan semasa perhimpunan kali ini," katanya.

Ditanya mengenai laporan media rasminya Umno Online hari ini mengenai dua laporan Malaysiakini yang dipertikaikan itu, Abdul Rauf bagaimanapun tidak dapat menjelaskannya kerana belum melihatnya lagi. Dua laporan berkenaan merupakan satu laporan langsung dan juga satu laporan yang disifatkan "memberikan gambaran seolah-olah ahli-ahli Umno adalah bodoh seperti Pak Pandir kerana hanya mengikut arahan kepimpinan secara melulu."

"Saya tidak dapat lagi melihat apa laporan dalam Malaysiakini saya tengah tunggu maklumat. Saya harap Malaysiakini juga berlaku adil kepada kita dengan sikap keterbukaan kita begitu juga The Malaysian Insider, melaporkan benda yang didengar dengan nyata.

"Walaupun ada pandangan berbeza daripada sudut berbeza tapi daripada kita mengharapkan bahawa yang benar itu biarlah tetap benar, jangan diputarbelitkan.

"Terserah kepada masyarakat untuk menerima maklum balas yang dilaporkan sama ada ia benar atau tidak memandangkan keterbukaan Umno kali ini menunjukkan Umno lebih matang memperjuangkan nasib bangsa daripada pembangkang," katanya.(AK)

Calon PAS Galas Bukan Anak Tempatan -UMNO G/Musang

Perlantikan Ku Li ketuai jentera PRK UMNO Galas adalah perangkap membunuh masa depan politiknya?

KL 23 OKT 10: Calon PAS ADUN Galas ini bukan anak tempatan Galas. Kata Timbalan Ketua Umno Gua Musang Mat Yusoff Abdul Ghani dengan ringkas mengulas laporan bahawa bakal calon PAS di Galas, Dr Zulkefli Mohamad.

“Calon PAS yang diumumkan itu akan ditolak oleh pengundi-pengundi di Galas. Kenapa saya cakap begitu? Kerana calon PAS itu bukan anak tempatan yang tinggal di Galas.

“Beliau memang anak tempatan Gua Musang tapi bukan orang Galas. Beliau duduk di Chiku, jarak antara Chiku dan Galas jauh. Kira-kira sejam perjalanan.

“Nanti kalau beliau jadi wakil rakyat macam mana rakyat nak jumpa?

“Jadi wakil rakyat kerja sampai tengah malam. Kalau malam macam mana rakyat nak jumpa? Pengangkutan awam di Galas ini bukannya bagus,” kata Mat Yusoff kepada The Malaysian Insider, yang melaporkan sebentar tadi.

Ahli Dewan Undangan Negeri Nenggiri itu berkata, senario politik sekarang sudah berubah dan ia memihak kepada Umno kerana pengundi di Galas kecewa dengan kerajaan Kelantan yang diperintah PAS.

“Saya pasti calon PAS itu tidak akan dapat sambutan. Saya tidak tahu kenapa PAS pilih beliau (Zulkefli) sedangkan sebelum ini cakap nak pilih anak tempatan.

“Dulu beliau pernah bertanding menentang Tengku Razaleigh ketika pilihan raya umum tapi kalah. “PAS cakap beliau menang undi di Galas, tapi senario sekarang sudah berubah. Ini bukan lagi tahun 2008,” katanya.

Menurut Mat Yusoff, Umno akan mengambil kesempatan mengenai beberapa isu yang gagal disempurnakan kerajaan Kelantan termasuk isu tanah di Galas.

“Lagipun rakyat sudah kecewa dengan PAS, banyak perkara yang gagal diselesaikan kerajaan negeri termasuk isu tanah.

“Kerajaan ambil tanah kemudian buat ladang rakyat. Tanah itu asalnya tanah orang dan ada yang tidak berdaftar tapi kerajaan ambil dengan skala yang besar.

“Ini yang rakyat marah, begitu juga dengan tanah orang asli yang kerajaan rampas. Saya yakin Umno akan merampas kembali DUN Galas,” katanya.

Beliau juga berkata Umno akan memilih calon anak tempatan bagi merampas semula kerusi DUN Galas yang sebelum ini dimenangi PAS.

“Mengenai calon Umno sudah tentu anak tempatan Galas,” katanya.

Pilihan raya kecil DUN Galas diadakan 4 November ini dan hari penamaan calon ditetapkan pada Selasa ini. Kerusi DUN Galas kosong berikutan kematian penyandangnya Che Hashim Sulaima dari PAS akibat kanser usus pada 27 September lalu.

Pada pilihan raya umum 2008, Allahyarham Che Hashim berjaya merampas DUN Galas - buat julung kali — yang terletak dalam kawasan pilihan raya Parlimen Gua Musang daripada BN, mengalahkan calon BN Mohd Saufi Deraman, dengan majoriti 646 undi. (AK)

Dapatkan lapuran PRK DUN Galas dari mula hingga berakhir, seterusnya..

Calon PAS Galas Bukan Anak Tempatan -UMNO G/Musang

Perlantikan Ku Li ketuai jentera PRK UMNO Galas adalah perangkap membunuh masa depan politiknya?

KL 23 OKT 10: Calon PAS ADUN Galas ini bukan anak tempatan Galas. Kata Timbalan Ketua Umno Gua Musang Mat Yusoff Abdul Ghani dengan ringkas mengulas laporan bahawa bakal calon PAS di Galas, Dr Zulkefli Mohamad.

“Calon PAS yang diumumkan itu akan ditolak oleh pengundi-pengundi di Galas. Kenapa saya cakap begitu? Kerana calon PAS itu bukan anak tempatan yang tinggal di Galas.

“Beliau memang anak tempatan Gua Musang tapi bukan orang Galas. Beliau duduk di Chiku, jarak antara Chiku dan Galas jauh. Kira-kira sejam perjalanan.

“Nanti kalau beliau jadi wakil rakyat macam mana rakyat nak jumpa?

“Jadi wakil rakyat kerja sampai tengah malam. Kalau malam macam mana rakyat nak jumpa? Pengangkutan awam di Galas ini bukannya bagus,” kata Mat Yusoff kepada The Malaysian Insider, yang melaporkan sebentar tadi.

Ahli Dewan Undangan Negeri Nenggiri itu berkata, senario politik sekarang sudah berubah dan ia memihak kepada Umno kerana pengundi di Galas kecewa dengan kerajaan Kelantan yang diperintah PAS.

“Saya pasti calon PAS itu tidak akan dapat sambutan. Saya tidak tahu kenapa PAS pilih beliau (Zulkefli) sedangkan sebelum ini cakap nak pilih anak tempatan.

“Dulu beliau pernah bertanding menentang Tengku Razaleigh ketika pilihan raya umum tapi kalah. “PAS cakap beliau menang undi di Galas, tapi senario sekarang sudah berubah. Ini bukan lagi tahun 2008,” katanya.

Menurut Mat Yusoff, Umno akan mengambil kesempatan mengenai beberapa isu yang gagal disempurnakan kerajaan Kelantan termasuk isu tanah di Galas.

“Lagipun rakyat sudah kecewa dengan PAS, banyak perkara yang gagal diselesaikan kerajaan negeri termasuk isu tanah.

“Kerajaan ambil tanah kemudian buat ladang rakyat. Tanah itu asalnya tanah orang dan ada yang tidak berdaftar tapi kerajaan ambil dengan skala yang besar.

“Ini yang rakyat marah, begitu juga dengan tanah orang asli yang kerajaan rampas. Saya yakin Umno akan merampas kembali DUN Galas,” katanya.

Beliau juga berkata Umno akan memilih calon anak tempatan bagi merampas semula kerusi DUN Galas yang sebelum ini dimenangi PAS.

“Mengenai calon Umno sudah tentu anak tempatan Galas,” katanya.

Pilihan raya kecil DUN Galas diadakan 4 November ini dan hari penamaan calon ditetapkan pada Selasa ini. Kerusi DUN Galas kosong berikutan kematian penyandangnya Che Hashim Sulaima dari PAS akibat kanser usus pada 27 September lalu.

Pada pilihan raya umum 2008, Allahyarham Che Hashim berjaya merampas DUN Galas - buat julung kali — yang terletak dalam kawasan pilihan raya Parlimen Gua Musang daripada BN, mengalahkan calon BN Mohd Saufi Deraman, dengan majoriti 646 undi. (AK)

Negara Islam: Puteri UMNO Cabar Nik Aziz & Karpal

Perwakilan Puteri mencabar Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Pengerusi DAP Karpal Singh menjelaskan pendirian masing-masing berhubung soal Malaysia negara Islam — Gambar oleh Jack Ooi

KL, 23 Okt 10:
Dua komponen Pakatan Rakyat sekali lagi menjadi sasaran Perhimpunan Agung Umno dengan seorang perwakilan Puteri mencabar Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Pengerusi DAP Karpal Singh menjelaskan pendirian masing-masing berhubung soal Malaysia negara Islam.

“Dulu PAS kata Umno kafir kerana berkawan dengan MIC dan MCA, tapi sekarang PAS kafir kerana sanggup berkawan dengan PKR dan DAP.

“Dulu kata Umno kafir kerana tidak mewujudkan negara Islam di Malaysia tapi sekarang PAS sanggup bekerjasama dengan DAP yang sudah jelas menolak Islam,” kata Idamoerni Zakaria ketika menyokong usul agama dan pendidikan Perhimpunan Agung Umno 2010 hari ini.

Oleh itu kata beliau: “Saya cabar Nik Aziz untuk tegaskan pendirian dalam isu ini (negara Islam), saya cabar Ahli Parlimen kawasan saya Karpal Singh untuk tegaskan perkara ini.”

Wakil Puteri Bukit Gelugor itu mendakwa PAS sudah berubah dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan kuasa.

“Ini terbukti PAS sanggup menggadaikan apa sahaja termasuk agama semata-mata kerana kepentingan sendiri dan kuasa.

“Umno tidak buat begitu kerana kita menolak unsur-unsur ekstrem dan fahaman melampau. “Umno mengamalkan kesederhaan kerana kesederhanaan itu Islam, Islam itu indah, Islam itu sempurna,” katanya.

Pendirian yang serupa juga dilahirkan oleh perwakilan dari Kelantan ketika membahaskan usul ucapan presiden kelmarin. Timbalan Ketua Umno Kok Lanas Datuk Md Alwi Che Ahmad berkata mendakwa Nik Aziz telah menjual Islam kerana sanggup berkompromi dengan pihak yang menyindir agama rasmi negara ini.

Katanyam Menteri Besar Kelantan itu sanggup berkawan dengan sesiapa sahaja kerana tidak suka dengan Umno. Idamoerni juga mendakwa di negara luar Islam cuba dijatuhkan oleh anasir-anasir jahat tetapi di Malaysia sebaliknya.

“Di Malaysia, ia dibuat oleh PAS untuk menjatuhkan Islam,” katanya.

Seramai 15 perwakilan dijadual membahaskan usul tersebut sebelum disusuli dengan sesi penggulungan oleh pimpinan Umno termasuk Presiden parti Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin. Turut dijadual menggulung perbahasan ialah ketiga-tiga naib presiden parti iaitu Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. (Sumber The Malaysian Insider/AK)

Komen Blog Ibnu Hasyim: Beranikah Puteri UMNO isytiharkan Malaysia negara Islam sebenarnya, sedangkan isteri PMnya sendiri menghina Islam? Beranikah kerajaan Islam UMNO mengambil tindakan kepada penghina agama sendiri?

Tuduhan Dr Zul Khalwat, PAS Ambil Tindakan Undang2


Dr Zulkefli Mohamed yang dinamakan sebagai calon PAS bertanding pilihan raya kecil kerusi Galas. — Foto Bernama
KL, 23 Okt 10: Umno Gua Musang memberi jaminan tidak akan menggunakan taktik serangan peribadi dalam kempen pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Kelantan yang bermula Selasa ini.

“Tiada komen, kita tidak akan serang peribadi,” kata Timbalan Ketua Umno Gua Musang Mat Yusoff Abdul Ghani dengan ringkas mengulas laporan bahawa bakal calon PAS di Galas, Dr Zulkefli Mohamad menjadi sasaran media rasmi Umno, Umno Online, yang melaporkan beliau pernah ditangkap berkhalwat.

Dalam serangan tidak sampai 24 jam selepas diisytihar sebagai calon PAS-Pakatan Rakyat, Umno Online memetik laporan beberapa blog mendakwa Dr Zulkefli pernah ditangkap khalwat dengan ‘isterinya’ sekarang, Ramelah Mat Jusoh. Bagaimanapun Dr Zulkefli yang merupakan pemangku Yang Dipertua PAS Gua Musang menafikan perkara itu. Kata Dr Zulkefli, Ramelah yang dilaporkan itu adalah ibunya manakala isterinya bernama Zainab Jalar.

Dr Zulkefli diumumkan sebagai calon PAS oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Gua Musang tengah malam kelmarin. Beliau adalah bekas calon PAS yang bertanding menentang Ketua Umno Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah dalam pilihan raya umum 2004 dan 2008 tetapi tewas. Dr Zulkefli juga pernah bertanding di DUN Paloh sebelum ini. Percubaan kali ini merupakan yang keempat bagi beliau.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS pusat Nasrudin Hassan Al-Tantawi pula menyifatkan serangan peribadi oleh Umno Online sebagai “politik desperado” yang mula muncul sempena pilihan raya kecil Galas. “Kenapa cepat sangat fitnah calon PAS di Galas? Apakah politik desperado mula menguasai pentas pertandingan? Bertarunglah tanpa fitnah,” kata beliau dalam mesej menerusi Twitter malam tadi.

Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan, Abdul Fatah Harun juga menyifatkan serangan ke atas Dr Zulkefli sebagai “fitnah” dan pihaknya bercadang mengambil tindakan undang-undang. “Ini fitnah. Tak ada perkara macam itu, kami sudah periksa di pejabat-pejabat kadi, agama... tak benar,” kata beliau ketika dihubungi.

Kata Fatah, beliau juga sudah berbincang dengan Dr Zulkefli mengenai perkara yang turut menafikannya. “Saya juga sudah berbincang dengan individu (Dr Zulkefli), tak betul, mereka ada pen, ada laptop, buat cerita-cerita macam ini,” katanya lagi.

Tegas beliau, penduduk tempatan tidak akan mempercayai penyiaran berita sedemikian. “Orang sini tak percaya perkara macam ini, mereka sengaja nak sebarkan dakwaan macam ini, orang tak percaya,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Tuku ini. (AK)

Dapatkan lapuran PRK DUN Galas dari mula hingga berakhir, seterusnya..

Friday, October 22, 2010

Himpun Bantah Festival Fesyen Pakaian Muslim


KL.22 OKT 10: Sekurang-kurangnya empat perhimpunan aman anjuran Dewan Pemuda PAS di adakan di tiga negeri sebagai membantah tindakan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang didakwa menghina syariat Islam dan Rasulullah SAW dalam penganjuran Festival Busana Muslim di Monte Carlo 9 Ogos lalu.

Demontrasi itu berlangsung Masjid Sultan Ahmad Shah, Kuantan di Pahang dan Masjid Pengadang Baru di Kuala Terangganu. Manakala dua lagi bantahan berlangsung di Pulau Pinang iaitu di Masjid Permatang Janggus, Permatang Pauh dan Masjid Hashim Yahya. Semua bantahan itu diadakan selepas solat Jumaat yang disertai oleh ahli jamaah yang selesai menunaikan solat berkenaan.

Umumnya, ucapan yang disampaikan oleh pemimpin Pemuda PAS menegaskan tindakan penganjuran festival yang memaparkan model yang memperagakan pakaian dengan tulisan "Muhammad" secara terbalik dalam tulisan Arab adalah satu penghinaan kepada Islam.

Tak sempat berucap Di Masjid Sultan Ahmad Shah, bantahan berkenaan diketuai oleh ketua Pemuda PAS Nasrudin Hasan, yang turut disertai antaranya ketua Pemuda PAS negeri Suhaimi Said.

Perhimpunan yang berlangsung selama setengah jam bermula 1.50 petang disertai kira-kira 1,000 jemaah termasuk penyokong parti sebelum kira-kira 15 anggota polis mengarahkan perhimpunan itu dihentikan.

"Saya tidak sempat hendak berucap. Polis mengarahkan kira berhenti. Kita mematuhi arahan polis dan tiada tangkapan dibuat," kata Nasrudin kepada Malaysiakini petang ini.

Sementara itu, di Masjid Pengadang Baru, bantahan aman diketuai oleh ketua Pemuda PAS negeri Mohd Nor Hamzah. Beliau juga adalah ADUN Bukit Payung. Ahli jawatankuasa PAS Terengganu Azman Shapawi Abd Rani turut menyampaikan ucapan berhubung isu tersebut sewaktu dalam perhimpunan itu diadakan.

"Tidak sepatutnya festival ini dianjurkan oleh orang Islam. Ia nampak seolah-olah penghinaan kepada Islam. Kita kata festival fesyen Islam, tapi model berpakaian menjolok mata. Ia satu penghinaan dan tidak sepatutnya berlaku di dunia," katanya.

Perhimpunan selama 30 minit itu, itu dihadiri kira-kira 1,500 yang selesai menunaikan solat Jumaat, berlangsung dengan aman tanpa kehadiran anggota polis. Sementara itu, ketua Pemuda PAS Pulau Pinang Mohd Yusni Mat Piah mengetuai kira-kira 200 ahli jamaah dan penyokong parti itu dalam perhimpunan aman di Masjid Permatang Janggus.

Mufti, ulama muda Umno dicabar

Dalam ucapannya antara lain mencabar semua mufti dan ulama muda Umno untuk menjelaskan isu berkenaan yang didakwanya menghina Islam dan Rasulullah SAW.

Bantahan itu berlangsung selama 30 minit tanpa sebarang perkara yang tidak diingini. Sementara itu, beberapa buah negeri antaranya Perlis dan Kedah dikatakan masih merancang mengadakan demonstrasi kerana "rakyat perlu mengambil masa untuk memahami isu berkenaan".

Manakala Pemuda PAS Wilayah Persekutuan hari ini membatalkan hasrat mereka mengadakan bantahan. Mereka, sebaliknya mengambil pendekatan untuk berbincang dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan menghantar memorandum bantahan kepada Yang di-Pertuan Agong.(Malaysiakini.com)

Bandar Maut, Kubur AS Di Afgahnistan.


IH 22OKT 10: BARU tak sampai sebulan, sepuluh keluarga yang melepas anak-anak dan suami mereka dari Camp Pendleton sudah dapat berita, bahawa mereka tidak akan balik lagi kerana terkorban di medan perang.

Minggu lalu, Batalyon ke-3 kehilangan 10 orang marinir mereka di Sangin, daerah Helmand. Yang tua berusia 26 tahun, dan yang termuda 19 tahun. Semuanya dalam tugas pertama ke Afghanistan. Salah satu dari mereka pernah bertugas di Irak.

Sangin di Helmand memang terkenal sebagai salah satu tempat paling berbahaya di Afghanistan. Di tempat ini terjadi sepertiga dari seluruh kematian tentera Inggeris. Bandar maut yang menjadi kubur penjajah AS di Afghanistan. Maka pihak Inggeris pun menarik keluar semua pasukannya dari kawasan itu beberapa minggu yang lalu.

Lance Kopral Alec Catherwood, 19 tahun, ditembak mati ketika meronda berjalan kaki. Lance Kopral Phillipe Vinnedge, juga berusia 19, terkorban dalam ledakan bom tepi jalan dalam kendaraan yang sama dengan Victor Dew, 20, Joseph Rodewald, 21, dan Justin Kain, 22. Lance Kopral Irvin M. Ceniceros, 21, terkorban ketika meronda, juga John Sparks, 23, James Boelk, 24, pemimpin pasukan Ian Tawney, 25, dan tertua di kelompok, Joseph Lopez, 26. (AK/abcnews)

Dr Zul Galas, Ditangkap Khalwat Dg Ibunya -UMNO


KL. 22OKT 10: Tidak sampai 24 jam selepas diumumkan bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Galas, calon PAS Dr Zulkefli Mohamad menjadi sasaran media rasmi Umno - Umno Online - yang melaporkan bahawa beliau pernah ditangkap berkhalwat.

Media rasmi Umno yang memetik laporan beberapa blog mendakwa Dr Zulkefli pernah ditangkap khalwat dengan 'isterinya' sekarang, Ramelah Mat Jusoh. Dalam reaksinya terhadap laporan itu, Dr Zulkefli yang juga pemangku Yang Dipertua PAS Gua Musang menafikan perkara itu.

Malah, katanya, Ramelah yang dilaporkan itu adalah ibunya. Dr Zulkefli, sebaliknya menjelaskan isterinya bernama Zainab Jalar.

"Fitnah semata-mata, - boleh buat semakan di mana-mana pejabat agama di Kelantan dan seluruh Malaysia," katanya dalam jawapannya melalui SMS kepada Malaysiakini.

Selain mendakwa Dr Zulkefli pernah ditangkap berkhalwat, Umno Online juga memperlekehkan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sebelum ini mengenakan syarat untuk menjadi calon adalah bukan perokok dengan memberikan gambaran seolah-olan beliau adalah perokok.

"Saya tidak merokok. Semoga Allah mengampuni dosa mereka yang membuat fitnah," kata Dr Zulkefli.

Dr Zulkefli diumumkan sebagai calon PAS oleh Nik Aziz di Gua Musang malam semalam.

Beliau adalah bekas calon PAS yang bertanding menentang Ketua Umno Bahagian Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah dalam pilihan raya umum 2008 tetapi tewas.

Berusia 44 tahun, Dr Zulkefli merupakan anak ketujuh daripada 10 adik beradik. Beliau adalah lulusan ijazah sarjana muda perubatan dan pembedahan, Universiti Malaya pada tahun 1992. Dr Zulkefli mengendalikan klinik sendiri di Chiku 3, Gua Musang. (AK)

Dapatkan lapuran PRK DUN Galas dari mula hingga berakhir..

Pulih Ekonomi: Gugurkan Tuduhan Liwat Anwar -MP Tumpat



KL, 22 Okt 10: Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaffar mencadangkan dakwaan liwat ke atas Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim digugurkan demi memulihkan semula persepsi pelabur asing pada prospek ekonomi negara.

Beliau berkata demikian sebagai mempertegas pandangan Richard Branson, jutawan dan pengasas Kumpulan Virgin pada hujung bulan lalu di Program Tranformasi 10 Tahun Ekonomi Malaysia, ibu negara.

"Dalam satu majlis rasmi kerajaan Malaysia, yang dituanrumahkan Mida (Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia), yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak; Richard Branson sebagai pengucap utama telah mengatakan bahawa nama Malaysia menjadi buruk disebabkan kes liwat ini.

"Dia (Richard Branson) kata kes ini menjadi penghalang pada pelaburan asing dan gugurkan saja kes ini dari mahkamah," ujarnya kepada Harakahdaily.

Menurut beliau, penegasan Richard itu sekaligus memberi isyarat bahawa dakwaan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir kononnya politik pihak pembangkang sebagai punca pelabur asing lari dari Malaysia adalah dakwaan yang tidak berasas.

Dalam nada yang sinikal, AJK PAS Pusat itu turut mencadangkan Mukhriz menuduh Richard sebagai agen terbaru yang diupah oleh pembangkang untuk memburuk-burukkan prospek pelaburan di tanah air.

"Richard Branson takkan pemimpin pembangkang di Malaysia, Richard Branson takkan pembangkang yang bayar," ujarnya sambil tersenyum.

"Dia (Richard) seorang jutawan antarabangsa, dia bercakap bebas sudah tentu demi kepentingan dan prospek multi perdagangannya."

Beliau turut menafikan laporan berita media arus perdana, kononnya tindakan Anwar berpidato di Parlimen Republik Indonesia pada 12 Oktober lalu mengakibatkan pelabur asing meninggalkan negara.

"Pemimpin Umno lupa bahawa pemimpin pembangkang cakap begitu juga di dalam negara, tapi media arus perdana tidak bawa (melaporkannya).

"Apabila kita bercakap di luar negara, di Jakarta seperti baru-baru ini, media mereka bebas (dan) media mereka melaporkan apa yang kita cakap, maka jadilah beritanya," ujarnya lagi.

Channel News Asia pada 28 September melaporkan, Branson mendesak pentadbiran Najib menggugurkan kes itu kerana secara fundamentalnya adalah salah.

"Saya harap kes ini dapat digugurkan. Kes ini secara fundamentalnya salah dan tidak membuatkan Malaysia dilihat baik dalam peta dunia," ujarnya. (AK)

Projek Mega Penting Jana Pertumbuhan Ekonomi -Awang Adek


KL 22 OKT 10: Pentadbiran Najib membawa dasar projek-projek mega, yang kini disifatkan oleh Pakatan Rakyat sebagai langkah membazir dan tidak perlu buat masa sekarang, ke Perhimpunan Agung Umno 2010 untuk mendapatkan perakuan dan restu perwakilan.

Ketika membentangkan usul ekonomi, Timbalan Pengerusi Umno Kelantan Datuk Dr Awang Adek Hussin (gambar) berkata, projek-projek besar termasuk pembinaan bangunan pencakar langit cukup penting untuk menjana pertumbuhan ekonomi dan menyediakan infrastruktur kelas pertama.

Dalam usulnya, Timbalan Menteri Kewangan ini juga meminta rakyat tidak tertipu dengan pembangkang yang didakwanya tidak mahu melihat ekonomi negara ini maju.

“Kita jangan tertipu dengan pembangkang kerana mereka memang tidak mahu melihat kadar pertumbuhan ekonomi kita tinggi, sebab itu mereka hasut rakyat untuk benci pada kejayaan,” katanya.

Beliau yang juga anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno berkata, “perlu diingatkan, di negara-negara maju tidak ada pun orang yang mempersoalkan projek-projek besar.”

“Bangunan pencakar langit bukan satu atau dua, bahkan semuanya adalah bangunan tinggi.

“Tidak ada masalah pun, cuma di Malaysia kita dengar cerita-cerita ini,” kata beliau lagi.

Perhimpunan Agung Umno 2010 masuk hari kedua hari ini. Ia akan berakhir esok. Dalam Bajet 2011 yang dibentangkan di Parlimen Jumaat lalu, Najib antara lain mengumumkan projek transit aliran berkapasiti tinggi (MRT) di Lembah Klang yang akan dilaksanakan mulai tahun hadapan. Projek itu dengan anggaran kos pelaburan swasta kira-kira RM40 bilion dijangka siap sepenuhnya menjelang 2020 akan menambah kadar kepenggunaan pengangkutan awam sekurang-kurangnya 40 peratus.

Sebuah lagi projek utama yang akan dilaksanakan adalah pembangunan tanah Lembaga Getah Malaysia di Sungai Buloh seluas 2,680 ekar. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan melaksanakan pembangunan bercampur melibatkan kediaman mampu milik, perdagangan, industri serta kemudahan prasarana. Keseluruhan pembangunan ini, dianggarkan bernilai RM10 bilion dan dijangka siap sepenuhnya menjelang tahun 2025.

Turut diumumkan ialah pembinaan projek bersepadu Warisan Merdeka dengan menara 100 tingkat tertinggi di Malaysia bernilai RM5 bilion yang dijangka siap pada 2015. Warisan Merdeka akan menjadi menara tertinggi di Malaysia. Projek itu akan mengekalkan Stadium Merdeka dan Stadium Negara sebagai warisan negara.

Projek itu bagaimanapun ditentang hebat pelbagai pihak, terutama pemimpin Pakatan Rakyat. Semalam, Angkatan Muda Keadilan mengumumkan ia akan melancarkan kempen antiprojek mega. Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng pula meramalkan kos projek itu kemungkinan akan mencecah RM10 bilion berbanding RM5 bilion dianggarkan sekarang.

Awang Adek juga menyelar tindakan pemimpin Pakatan Rakyat kerana hiporkrit dalam isu pembangunan.

“Dulu tidak setuju dengan jambatan Pulau Pinang, bangunan berkembar Petronas dan Putrajaya.

“Sekarang bukan sahaja rakyat perlu kepada jambata Pulau Pinang tetapi pembangkang pula tidak sabar-sabar nak masuk Putrajaya.

“Inilah hipokritnya sikap pembangkang. Cakap tidak serupa bikin, kita tidak boleh dia tidak apa,” katanya.

Menurut Awang Adek lagi, pelaburan besar-besaran dalam infrastruktur merupakan strategi bijak mempelbagaikan pelaburan supaya negara tidak terlalu bergantung pada pelaburan asing. Dalam reaksinya sebelum ini, Najib mempertahankan cadangan pembinaan menara 100 tingkat oleh PNB dan menyifatkan ia bukan pembaziran tetapi bertujuan menjana ekonomi serta mewujudkan satu mercu tanda Malaysia yang maju dan moden.

Perdana Menteri berkata pembinaan menara itu akan turut membawa manfaat kepada pelbagai sektor. Najib berkata beliau tidak mengarahkan PNB untuk mewujudkan projek itu. Najib yang juga Menteri Kewangan berkata dalam sejarah negara ini, Perdana Menteri keempat Tun Dr Mahathir Mohamad dikritik hebat oleh pembangkang apabila membuat keputusan untuk membina jambatan Pulau Pinang, namun akhirnya sekarang rakyat Pulau Pinang meminta jambatan yang kedua. (AK)

Calon Galas: Dr Zul Mampu -NikAziz

GUA MUSANG, 22 Okt 10: Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Dr Zulkefli Mohamad dipilih sebagai calon Pakatan Rakyat bagi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Galas kerana yakin mampu meneruskan kerja cemerlang wakil rakyatnya Allahyarham Che Hashim Sulaima.

Selain itu kata Menteri Besar, PAS memilih Dr Zulkefli sebagai calon terbaik kerana beliau dikenali ramai di kawasan Gua Musang dan pernah diuji dalam dua pilihan raya umum lalu.

“Inilah pemimpin yang PAS pilih sebagai calon kita bagi pilihan raya DUN Galas... beliau adalah Dr Zulkefli Mohamad,” kata beliau ketika mengumumkan bakal calon itu di Dataran Ilmu di sini menjelang tengah malam tadi.

Dr Dzulkefli (gambar), seorang pengamal perubatan, merupakan pemangku Yang Dipertua PAS Gua Musang.

Barisan Nasional akan mengumumkan nama calonnya Ahad ini.

Dr Zulkefli, 44, merupakan anak bekas Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Guchil, Mohamed Awang pada 1974 dan merupakan anak ketujuh daripada 10 beradik.

Beliau yang memperoleh ijazah perubatan dari Universiti Malaya memiliki klinik sendiri di Ciku 3 di sini.

Beliau pernah kalah kepada Tengku Razaleigh Hamzah ketika bertanding merebut kerusi Parlimen Gua Musang dalam pilihan raya umum 2008, dengan majoriti 4,394 undi.

Walaupun kalah kepada Tengku Razaleigh pada 2008, tetapi Dr Dzulkefli memperoleh undi terbanyak dari kawasan DUN Galas berbanding Ketua Umno Gua Musang.

Bahagian Parlimen Gua Musang mempunyai tiga kerusi DUN termasuk Galas salah satunya.

Kekalahan itu merupakan kali kedua beliau tewas kepada Tengku Razaleigh dalam pilihan raya umum bagi kerusi Parlimen Gua Musang.

Dr Zulkefli juga pernah bertanding kerusi Parlimen Gua Musang pada 2004.

Pilihan raya kecil DUN Galas diadakan berikutan kematian penyandangnya Che Hashim daripada PAS, yang meninggal dunia akibat kanser usus pada 27 September lalu.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya, 11,553 pengundi layak untuk mengundi dalam pilihan raya kecil itu iaitu Melayu 7,125 orang atau 61.7 peratus, kaum Cina 2,317 atau 20.06 peratus, India 185, Bumiputera Siam 10 orang dan Orang Asli 1,889 orang.

Hadir sama pada majlis pengumuman calon semalam ialah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Timbalan Setiausaha Agung DAP, Datuk Ngeh Koo Ham.

Dapatkan lapuran PRK DUN Galas dari mula hingga berakhir..

Janji Laksanakan 'Polisi Rakyat' -Mustaffa Kamil Ayub



KL 22 OKT 10: Naib Presiden PKR Mustaffa Kamil Ayub berjanji akan melaksanakan 'polisi rakyat' dalam parti bagi mengangkat semula suara akar umbi dan golongan reformis sebagai suara utama.

"Rakyat dan golongan refomis lah yang mencetuskan penubuhan serta mengangkat parti kita sekuat ini," kata calon timbalan presiden PKR itu.

"Atas keyakinan bahawa suara-suara ini terpenting untuk menggerakkan parti dan seluruh rakyat ke Putrajaya, saya berasa wajib untuk saya memastikan suara-suara ini akan digemakan semula," tulis Mustaffa dalam blognya semalam.

Dalam tulisan yang bertajuk "Manifesto kita...", Mustaffa berkata, beliau juga akan "memastikan janji Pakatan Rakyat memberi hak autonomi kepada Sabah dan Sarawak dilaksanakan".

"Saya akan memastikan kelangsungan politik nilai dalam parti seperti sederhana, toleransi, mesra, setiakawan, berhemah dan berintegriti supaya pemimpin dididik menjadi 'khadam' rakyat, serta sama-sama tolak politik elitis dan politik wang dalam parti," tambahnya.

Mustaffa yang juga ketua PKR Perak menjelaskan beberapa misinya bagi merebut jawatan timbalan presiden dalam pemilihan parti yang bermula hujung bulan ini.

Beliau bakal berdepan dengan seorang lagi naib presiden, Azmin Ali dan penyelaras Pakatan, Datuk Zaid Ibrahim dalam perebutan jawatan timbalan presiden.

Ibu pejabat parti akan mengeluarkan keputusan rasmi mengenai pencalonan bagi semua jawatan yang dipertandingkan dalam pemilihan kali ini pada 24 Oktober ini. (AK)

P'cis: Bantah Lanjut Bersara Libat Konsert Lady Gaga

HALAMAN HIBURAN


Beberapa penunjuk perasaan semalam menyekat laluan ke sebuah dermaga kapal Toulon, selatan Perancis bagi membantah had umur persaraan dilanjutkan.

PARIS 22 OKT 10: Penyanyi terkenal, Lady Gaga nampaknya turut menerima tempias protes besar-besaran yang berlaku di Perancis apabila para penunjuk perasaan mengawal lapangan terbang di Marseille.

Tindakan tunjuk perasaan itu menyebabkan Lady Gaga yang terkenal dengan lagu Bad Romance terpaksa membatalkan konsertnya di Paris yang dijadualkan pada hari ini dan esok.

Protes itu semalam merupakan siri tunjuk perasaan yang bertujuan membantah rancangan pemerintah Perancis yang mahu melanjutkan usia persaraan daripada 60 tahun kepada 62 tahun sebagai salah satu usaha mengurangkan defisit bajet.

Semalam, ratusan pekerja menghalang semua akses ke lapangan terbang utama di Marseille selama tiga jam.

Para penumpang terpaksa berjalan kaki ke terminal sebelum anggota polis datang menyebabkan kumpulan penunjuk perasaan bersurai. Mereka turut menghalang laluan kereta api di sekitar Paris.

Beberapa buah lebuh raya terjejas apabila beberapa buah kereta dan trak menghalang laluan di Calais di utara dan Pyrenees, selatan Perancis.

Menteri Dalam Negeri Perancis, Brice Hortefeux menyelar individu yang terlibat dalam protes tersebut.

Bercakap kepada radio Europe-1, Hortefeux memberitahu seramai 1,901 suspek telah ditahan sejak awal minggu lalu.

Hortefeux menegaskan Perancis masih miliki rizab minyak untuk beberapa minggu lagi dan bekalan adalah semakin baik meskipun ada tunjuk perasaan.

Pagi semalam, para pelajar menutup Sekolah Tinggi Turgot berhampiran Place de la Republique di timur Paris bagi membantah cadangan melanjutkan had umur persaraan. Mereka duduk di tengah jalan dan menghalang aliran trafik dengan menyanyikan lagu serta melaungkan slogan kumpulan buruh.

Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Paris memberi amaran kepada warganya supaya menjauhi lokasi demonstrasi di Perancis.

Amaran itu menyatakan demonstrasi aman boleh bertukar menjadi ganas. - AP

Sebelum ini...

Calon Galas: PAS pilih Dr Zulkefli

GUA MUSANG, 21 Okt 10: PAS memilih Timbalan Yang Dipertuanya bagi kawasan Gua Musang, Dr Zulkefli Mohamad sebagai calonnya mewakili Pakatan Rakyat mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas pada pilihan raya kecil bulan depan.

Beliau pernah bertanding di kerusi Parlimen menentang Tengku Razaleigh Hamzah pada 8 Mac 2008 tetapi tewas. Nama bakal calon itu diumumkan oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan di sini malam ini.

Turut hadir Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pilihan raya kecil DUN Galas diadakan 4 November ini dan hari penamaan calon ditetapkan pada 26 Oktober ini. Kerusi DUN Galas kosong berikutan kematian penyandangnya Che Hashim Sulaima dari PAS akibat kanser usus pada 27 September lalu.

Pada pilihan raya umum 2008, Allahyarham Che Hashim berjaya merampas DUN Galas yang terletak dalam kawasan pilihan raya Parlimen Gua Musang daripada BN, mengalahkan calon BN Mohd Saufi Deraman, dengan majoriti 646 undi. (AK)

Thursday, October 21, 2010

Jeddah Bakal Miliki Menara Tertinggi Di Dunia

DUBAI 21 OKT 10: Perusahaan Arab Saudi, Kingdom Holding Co, bercadang untuk membangunkanha menara tertinggi di dunia sebagai bagian dari proyek senilai 75 milion riyal di kota Jeddah, sebuah laporan surat khhabar Kamis. Akhbar Alsharq Al-Awsat, mengutip anggota keluarga Kerajaan, Pangeran Alwaleed bin Talal, mengatakan perusahaan secara resmi akan mengumumkan proiek tersebut pada konferen pers dalam tiga minggu mendatang.


Pencakar langit ini akan menjadi pusat dari proyek campuran yang akan membentang lebih dari 3.5 juta meter persegi luasnya,tambah berita tersebut. Ia juga mengatakan Kingdom Holding antara perancangan lain ialah, pembangunan di ibu kota Riyadh dengan nilai investasi 25 milion riyal. Ini akan mencakup sebuah taman, hotel, dan elemen hiburan lainnya, serta 10 ribu unit rumah.

Kingdom Holding adalah perusahaan investasi milik pangeran raja jutawan Saudi, yang mencatat 5.6 persen kenaikan pendapatan kuartal ketiga pada hari Isnin, didorong oleh hasil investasi yang lebih tinggi. Perusahaan ini 95 persen sahamnya dimiliki oleh keponakan penguasa Saudi, Raja Abdullah, dan memiliki saham minoriti di beberapa perusahaan top dunia, antara lain Citigroup. Bangunan tertinggi di dunia saat ini adalah 828 meter Burj Dubai Khalifa, yang dikembangkan oleh Emaar Properties. (AK)

Mesyuarat PKR-SAPP, Pertandingan 3 Penjuru?


21 OKT 10: Pilihan raya kecil Batu Sapi dijangka menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara BN, PKR dan SAPP apabila usaha mencari jalan penyelesaian antara kedua-dua parti pembangkang itu menemui jalan buntu. Di sebalik usaha supaya kerusi Batu Sapi ditandingi satu lawan satu, kedua-dua PKR dan SAPP berdegil mahukan calon masing-masing diketengahkan.

Bagaimanapun, kedua-dua pihak bersetuju untuk tidak berkempen menentang satu sama lain dan menjadikan BN sebagai sasaran bersama dengan harapan pilihan raya kecil itu boleh dijadikan "sumber rujukan" oleh mereka apabila mengadakan rundingan pada masa akan datang. SAPP akan mengumumkan calonnya Sabtu ini, manakala Leong sekadar berkata PKR akan mengumumkan calonnya "sedikit masa lagi".

BN akan mengumumkan calonnya daripada Parti Bersatu Sabah (PBS) Ahad ini. Mesyuarat peringkat tertinggi lebih sejam hari ini diadakan oleh kedua-dua parti itu dengan bendahari PKR mewakili Pakatan Rakyat manakala SAPP pula diketuai oleh presidennya, Datuk Yong Teck Lee. Bercakap kepada wartawan pada sidang media selepas mesyuarat itu, kedua-dua pemimpin berkenaan mengakui tiada kata sepakat yang dicapai mengenai Batu Sapi. Namun, mereka tidak menolak kemungkinan kerjasama pada pilihan raya umum akan datang.

Suruhanjaya Pilihan Raya telah menetapkan penamaan calon pada Selasa ini manakala pengundian adalah pada 4 November ini. Kerusi Batu Sapi kosong, berikutan kematian ahli parlimennya, Edmund Chong Ket Wah dari Parti Bersatu Sabah yang terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Kota Kinabalu, minggu lalu.

Mendiang menduduki kerusi berkenaan sejak pilihan raya umum 2004 apabila memenanginya tanpa sebarang saingan. Bagaimanapun pada pilihan raya 2008, beliau dicabar oleh calon Bebas, Chung Kwong Wing tetapi berjaya mengekalkan kerusinya dengan mudah dengan majoriti 3,708 undi. Chong memperoleh 9,479 undi manakala Chung pula mendapat 5,771. (AK)

UMNO Perlu Balik Kepada Islam -UMNO K'tan Akui

Gambar: Nik Aziz, MB Kelantan.

KL, 21 Okt 10: UMNO hari ini mengakui, perlu balik kepada Islam, tidak akan ada orang Melayu kalau tidak kerana Islam. Ujar Timbalan Ketua Umno Kok Lanas Datuk Md Alwi Che Ahmad, ketika membentangkan usul ucapan dasar presiden pada Perhimpunan Agung Umno 2010 hari ini.

“Jadi kita perlu kembali kepada Islam, apa yang penting adalah kita perlu menjaga dan mempertahankan akidah,” katanya.

Tambah beliau, Islam yang menjadi pegangan orang Melayu di negara ini akan hancur sekiranya serahkan tampuk kepimpinan kepada PAS.

“Kalau nak harapkan PAS perjuangkan Islam, maknanya hancurlah Islam di negara ini.

“PAS ini celaru,” kata beliau yang juga Setiausaha Barisan Nasional Kelantan.

Md Alwi, Ahli Dewan Undangan Negeri Kok Lanas berkata pemimpin Umno perlu turun ke padang untuk menemui rakyat bukan hanya duduk di atas sahaja.

“Umno bagi segala-galanya tapi adakah rakyat sokong kita?

“Saya nak tanya kenapa kerajaan PAS rakyat sayang? Kenapa Umno tidak? Ini kerana PAS berjuang kerana Islam.

“Saya tegaskan di sini bahawa kekayaan tidak menjamin kasih sayang. Jadi kita perlu mengubah persepsi ini, pemimpin perlu turun ke bawah menemui rakyat,” katanya.

Sebelum ini perwakilan Umno Kelantan hari ini mendakwa Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menjual Islam kerana sanggup berkompromi dengan pihak yang menyindir agama rasmi negara ini. Menteri Besar Kelantan itu sanggup berkawan dengan sesiapa sahaja kerana tidak suka dengan Umno.

Beliau terlebih dahulu meminta supaya semua pemimpin Umno untuk kembali berjuang kerana Islam selain bekerja keras untuk mendapatkan sokongan rakyat.

“Kita perlu perbetulkan semua ini.

“Kita perlu pertahankan Islam, adakah kita mahu pertahankan Nik Aziz?

“Beliau sudah menjual Islam, beliau sanggup berkawan dengan syaitan.

“Beliau sudah buang semua ini (Islam), beliau berkawan dengan syaitan kerana benci kepada Umno,” katanya.

Md Alwi yang juga Ketua Pembangkang di DUN Kelantan juga menegaskan supaya pemimpin Umno perlu membuang sikap “sombong” yang ada dalam diri dan pada masa sama menyemai semula roh perjuangan parti dengan berdasarkan Islam.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Kokok berderai-derai, ekor bergelumang najis..

Sekitar Persidangan Agung UMNO..

Kelab Penyokong PAS Ada Sebelum Merdeka Lagi.

CATATAN SANTAI
Gambar atas, Drs Norbit Mohd Noor, kanan sekali berkupiah putih, dan dua dari kiri Prof Dr Aziz Bari UIA.
Gambar bawah, Sdr Tarmizi Mat Jam, A Samad Said, Cikgu Ishak Surin dan tokoh PAS terkenal Allahyarham Ustaz Hassan Shukri.

JOM ke Janda Baik! Seorang pengarang HARAKAH mengajak saya, atas urusan HARAKAH. Tetapi sebenarnya kami sudah lama tidak berbincang hal-hal politik tanah air bersama. Jadi, beberapa jam dalam kereta boleh berbincang agak panjang. Dia Presiden BAKKAH, persatuan kebajikan Harakah ingin mencari tempat penginapan untuk Hari Keluarga ahli-ahlinya, di kawasan perlancongan Janda Baik.

"Aku pernah dijemput merasmikan Bakkah suatu masa dulu, semasa Zulkifli Yahaya jadi Presidennya. Sekarang dia memegang bahagian penerangan Negeri Kedah." Kataku kepada Encik Tarmizi Mat Jam.

Janda Baik, suatu tempat indah di atas bukit atau di lereng gunung di Pahang. Dulu pernah dispekulasikan untuk dijadikan Wilayah Persekutuan, menyebabkan harga tanah-tanahnya melambung naik. Ramai pembeli-pembelinya. Tetapi bila Wilayah Persekutuan dialihkan kononnya, ke Selangor di Putrajajaya sekarang, maka harga mula stabil, kawasan itu mula bertukar menjadi kawasan perlancongan Melayu.

"Janda baik, ertinya seorang isteri yang terpaksa berpisah dengan suami kesayangan, tetapi ia tetap pandai menjaga maruahnya sehingga masih tetap menjadi baik." kataku. "Kalau dalam kontek perjuangan PAS sekarang, janda-janda ini bagaikan pejuang-pejuang veteran PAS yang agak jauh dari PAS, kerana tenaganya kurang diperlukan. Namun mereka tetap sayang kepada perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS, walaupun jasakhidmatnya kini sudah agak ditelan masa."

"Eh!" Tarmizi menarik perhatianku. "Kita pernah berbincang untuk mengorek balik sejarah PAS, melalui veteren-veteran PAS yang masih ada.. janda-janda ini masih baik. Kita kena ziarah mereka.. sebelum mereka tiada. Perlu dicatat sejaran mereka!"

"Ya. Boleh!" Aku bersetuju. "Aku, ada masa sekarang. Hari ini juga kita mulakan!"

Setelah selasai tugas di Janda Baik, kami turun dari kedinginan bebukitan itu. Kami ke Taman Dato Senu Sentul KL, bertemu dengan adik Prof Dr Burhanuddin Al-Helmy bekas Yang Dipertua Agung PAS ke 3 yang masih ada. Beliau adalah Drs Norbit Mohd Noor. Kerana jalan ke rumah terhalang ada upacara kenduri kahwin, kereta kami tak dapat masuk, kami panggil dia keluar sembang-sembang sambil minum di gerai sebuah tanah lapang dalam kawasan berhampiran.

Turut hadir bersama kami adalah YDP PAS Kawasan Batu, orang lama dalam perjuangan, pernah bersama Allahyarham Datuk Ahmad Bostamam tokoh pejuang politik silam, pernah menjadi Setiausaha PEKEMAS bersama Dr Tan Chee Koon, iaitu Cikgu Ishak Surin. Perbincangan kami berkisar sekitar sejarah Prof Dr Burhanuddin abang Drs Norbit.

Antara perbincangannya...

"Dr Burhanuddin adalah seorang mujahid Islam, yang memilih pendekatan terbuka. Menariknya beliau pernah memberi kursus kepimpinan kepada cawangan-cawangan UMNO waktu itu, sama-sama menubuh Partai Rakyat, akhirnya dijemput menyertai PAS dan dilantik menjadi Yang Dipertua Agung PAS ke 3 bersama Prof Dr Zulkifli Muhammad sebagai Timbalannya." Kataku, memulakan perbincangan.

"Beliau meninggal dunia setelah beberapa tahun di penjara di zaman pemerintahan Tunku Abdul Rahman, keluar penjara kerana sakit dan terus meninggal dunia." kata adiknya Drs Norbit.

"Sebelum itu adakah dia pernah ditahan?" tanya Tarmizi.

"Ya!" jelas Drs Dr Norbit. "Dua tahun dipenjara oleh penjajah Inggeris di Singapura kerana dituduh membangkitkan semangat anti penjajah termasuk melalui majalah terbitannya, dalam kes Natrah..."

Natrah ialah seorang gadis Belanda yang beragama Islam. Ayahnya seorang tentera Belanda menyerahkan bayi itu kerana tidak mampu menjaganya Diserahkan kepada seorang keluarga Melayu Terenganu, yang membesarkannya dalam suasana Islam sehingga dewasa dan dikahwinkan dengan seorang pemuda bernama Mansur Adabi.

Tiba-tiba keluarganya datang merampas balik melalui proses undang-undang penjajah, memisahkan dia dari suaminya, bawa ke Belanda menjadikannya murtad semula. Hal ini menimbulkan kemarahan rakyat Malaya kepada penjajah Inggeris waktu itu.

"Ooo. saya ingat. Waktu itu awal tahun 1950an, saya sedang mengajar di Tanjung Karang." Kata Cikgu Ishak. "Kami berebut-rebut nak tahu berita itu. Menunggu beramai-ramai nak beli surat khabar. Tak cukup. Sampai satu akhbar dibaca oleh puluhan orang." kata cikgu Ishak sambil tergelak. Dia sebut nama surat khabar itu, cuma saya tak ingat untuk catatkan di sini. Tapi bukan Utusan Melayu.

"Bagaimana sambutan rakyat berbagai kaum waktu itu?" Ada yang tanya Drs Norbit.

"Semuanya solid sokong Islam. Paling ramai, orang Melayu Islam berjuang bersama orang kuturanan India, Pakistan dan Arab Muslim. Hebatnya, orang Cina bukan Islam terus menyokong secara tidak nampak melalui pembiayaan kewangan yang banyak!" Jelas Drs Norbit lagi.

"Oh, Kelab Penyokong PAS le tuu!" Kataku, membuat semua di situ tertawa, walaupun mungkin PAS masih belum ditubuhkan atau dalam proses penubuhan. Kerana perjuangan PAS adalah perjuangan Islam.

Bukan itu sahaja bahkan dalam pilihan raya kecil Galas inipun ada semangat Kelab Penyokong PAS, contohnya lihat berita ini...
Dalam pertemuan itu Dari kiri Dr Norbit, Ibnu Hasyim & Cikgu Ishak Surin.

Sekian. Wallahu 'aklam.

Ibnu Hasyim Catatan Santai
alamat e-mail:
ibnuhasyim@gmail.com
KL 21, 10

Lihat sebelum ini, siri korek-korek sejarah PAS..

TV3 Didenda RM50,000, Rosmah Patut Kena Lebih Lagi,

HALAMAN HIBURAN


KL 21 Okt 10
: Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) telah dikenakan denda maksimum RM50,000 oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kerana menyiarkan iklan kontroversinya berhubung sambutan Aidilfitri yang lalu.

Iklan yang disiarkan oleh stesen televisyen swasta pertama itu didakwa menyentuh sensitiviti umat Islam. Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang Gandum memaklumkan kepada Dewan Rakyat hari, siasatan SKMM mendapati iklan berkenaan “menghina dan mengapi-apikan”.

Penjelasan itu sebagai menjawab soalan yang dikemukakan oleh ahli parlimen bebas yang mewakili Kulim Bandar Baru, Zulkifli Noordin yang ingin tahu mengenai tindakan kerajaan ke atas TV3 kerana menyiarkan iklan “Sinari Lebaran”.

Zulkifli dalam soalannya mendakwa iklan tersebut “menghina dan menjatuhkan martabat Islam”.

“Sinari Lebaran oleh TV3, disiasat oleh Akta SKMM 1998 mengikut Seksyen 206 (3) yang memperuntukkan kompaun maksimum RM50,000 yang dikenakan kepada TV3,” kata Salang.

TV3 semasa bulan Ramadan lalu menyiarkan iklan yang menggambarkan seorang lelaki tua dan kanak-kanak menaiki beca ajaib ala kereta salju Santa Claus sehingga melintasi bulan.

Ia dilihat seperti menyamakan Aidil Fitri dengan unsur Krismas, Hindu dan Buddha apabila memasukkan elemen beca terbang, bunga teratai dan pelita.

Kos penerbitan iklan itu dikatakan mencecah RM200,000 dan banyak menggunakan teknik janaan pengimejan komputer (CGI).

Sementara itu, berhubung soalan Zulkifli mengenai usaha pemantauan dan penguatkuasaan berhubung penularan “fitnah perkauman dan agama” menerusi media siber dan elektronik, Salang berkata mengikut Seksyen 211 dan 233 Akta SKMM ia tidak terhad kepada artikel yang dimuatnaik dalam laman berkenaan tetapi juga membabitkan interaksi serta komen yang dianggap memfitnah mana-mana agama ataupun kaum.

“Bagi kesilapan yang lebih serius, sebagai contoh menghina Islam dan agama lain yang boleh mencetuskan ketegangan kaum serta mengancam keselamatan negara, kita boleh rujuk kepada Akta Hasutan 1948 dan akta Keselamaatn Dalam Negara,” katanya.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Kalau begitu dalam kes Rosmah Mansur hina Nabi dan Islam ini, hukuman yang lebih lagi, patut dikenakan.

Sebelum ini...

Hentikan Persoal Hak Melayu -Presiden UMNO

KL, 21 Okt 10: Datuk Seri Najib Razak juga memberi amaran agar dihentikan debat perkauman dan tidak lagi mempersoalkan tentang kedudukan kaum Melayu sebagai bangsa yang dilindungi dengan hak-hak tertentu.

Dalam ucapan dasarnya, Presiden Umno berkata, langkah sedemikian telah menimbulkan kegusaran dan rasa tidak puas hati di kalangan orang Melayu yang amat terkenal dengan sikap dan sifat akomodatifnya.

“Ibarat api dalam sekam, perasaan ini telah mula membara dan mungkin menular sehingga berupaya merosakkan keharmonian perhubungan ras yang telah terjalin semenjak dahulu,” kata beliau dalam ucapannya bertemakan “Mendaya Bangsa Meneraju Kemakmuran”.

“Sayang seribu kali sayang juga, setelah 53 tahun kita merdeka, hari ini, rakyat Malaysia sedang berhadapan dengan asakan bertalu-talu terhadap teras-teras utama perhubungan kaum yang wujud selama ini.

“Jika polemik nasional ini tidak ditangani dengan baik, kita berasa amat cuak, kerana, ia berkemungkinan menjadi ancaman kepada perpaduan negara,” katanya lagi.

Ucapan Najib ini kelihatan senada dengan ucapan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin yang merasmikan persidangan tiga sayap Umno kelmarin. Oleh itu kata beliau, orang Melayu perlu sentiasa berwaspada dan perlu terus mengingatkan diri masing-masing bahawa kejayaan pertiwi tercinta sememangnya dimungkinkan oleh sumbangan, idea dan pengorbanan pelbagai kaum.

“Hakikatnya pun, ia bukanlah jasa, mahupun ikhtiar ekslusif satu kaum semata-mata, akan tetapi segalanya merupakan hasil mahsul, tuaian kudrat oleh semua kaum secara kolektif,” kata beliau.

Perdana Menteri berkata apa yang menjadi masalah dalam keadaan ini, ketegangan akan timbul apabila, sejarah dienteng, atau dilupakan akibat perjalanan masa, atau juga apabila ada pihak-pihak tidak bertanggungjawab yang cuba mentafsir semula semua itu supaya sesuai dengan kepentingan serta agenda sempit kelompok masing-masing.

“Kerana yang demikianlah, pemimpin oportunis, menangguk di air keruh, sebenarnya musang berbulu ayam, bermain api permusuhan dan memanipulasi keadaan, sangat ditolak dalam kepimpinan. Mereka tidak layak digelar pemimpin,” katanya pada Perhimpunan Agung Umno 2010.

“Awaslah, awaslah kita terhadap saudagar mimpi yang membuai dengan dogengan, menjadi petualang memintal kepalsuan, menenun kebencian, memperdagang fitnah, mengadun madu dengan tuba, meleceh pengorbanan dan tanpa segan silu, mengajak kita menikmati buah khuldi yang bergentayangan di pohon rendah, sehingga sanggup menggadai segala-galanya,” kata Najib.

Najib juga berkata, bertolak dari situlah, bagi bangsa Melayu khususnya, perasaan mereka amat terhiris kerana ikrar budiman yang telah dipateri di ambang merdeka kini diungkit kembali.

“Sedangkan, berpayung sumpah dan janji itulah kita sanggup membuat pengorbanan terbesar bagi mencapai sebuah kemerdekaan, yakni berkongsi pemilikan Tanah Melayu dengan kaum-kaum yang lain,” katanya.

Serentak dengan itu, tegas Najib, penerimaan kerakyatan yang berasaskan prinsip jus soli atau hak tempat kelahiran berbanding prinsip jus sanguinis yakni hak darah dengan sekelip mata telah mentransformasikan landskap sosiopolitik Tanah Melayu untuk selama-lamanya.

“Dek kerana itu, kita tidak boleh lagi hidup terpenjara kisah nan lalu tanpa melihat ke hadapan.

“Pokoknya di sini, sepertimana prinsip keutuhan sebarang kontrak yang dibuat di bawah lembayung kedaulatan undang-undang, jika tidak dihormati, maka tiadalah kepastian, walaupun bagi perkara-perkara asas yang telah dipersetujui bersama.

“Analoginya di sini, jika ia berlaku dalam bidang perniagaan, maka pihak yang berbuat demikian akan mendapati diri mereka, tidak lagi dipercayai oleh sesiapapun, apabila memungkiri janji,” katanya.

Seterusnya jelas beliau, jika ikrar setia yang telah diwaad, dilanggar sewenang-wenangnya apabila tidak sesuai dengan selera atau kepentingan tertentu, akan hancurlah kepercayaan dan rapuhlah rasa penghormatan di antara rakyat kerana masing-masing akan dihidapi penyakit kesangsian terhadap motif, kejujuran serta keikhlasan terhadap satu sama lain.

“Hal yang membarah sebegini berbahaya, saya ulang, amat berbahaya kepada sebuah negara berbilang kaum, agama dan budaya seperti Malaysia kerana ia berpontensi menghancurkan segala apa yang dibina sejak lebih lima puluh tahun yang lalu,” kata beliau.

“Satu hal yang pasti, timbal balas dipersembahkan bukan sahaja oleh bangsa Melayu, tetapi juga oleh kaum lain,” kata beliau sambil menambah, ia dimanifestasi melalui muafakat murni iaitu bagi memperoleh kerakyatan, orang bukan Melayu telah sanggup menerima prinsip hak keistimewaan sebagaimana termaktub di bawah peruntukan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

“Kemudian itulah, kewarganegaraan Malaysia pada dasarnya bukan lagi bersifat sama rata dan sama rasa tetapi telah disesuaikan dengan realiti yang ada demi matlamat dan kepentingan jangka panjang nasional,” kata Perdana Menteri.

Kata Najib, itu sebenarnya asas teras kepada kontrak yang telah dimuafakat bapa-bapa pengasas mewakili kaum masing-masing di ambang kemerdekaan dan kemudiannya telah dimaktubkan sebagai kontrak sosial nasional, tertinta dalam perkara dan fasal Perlembagaan Persekutuan yang menjadi undang-undang tertinggi negara.

“Mahu tidak mahu, kita sewajibnya menghormati persepakatan mulia yang telah dilakukan kerana itulah kunci kepada kelangsungan dan survival kebangsaan,” katanya.

Kini kata beliau, sebagai generasi kepimpinan mutakhir “kita telah diamanahkan untuk menghadapi tuntutan zaman monumental ini sebagaimana generasi kepimpinan pertama yang telah dihadapkan dengan cabaran untuk membina asas kepelbagaian.”

“Oleh itu, adalah amat tidak bertanggungjawab jika kita memilih jalan berpeluk tubuh dan duduk bersimpuh tanpa berbuat apa-apa.

“Lebih teruk lagi jika ditanggungkan pula beban ini kepada generasi kepimpinan akan datang,” katanya lagi.

“Demikian itulah, kita harus membina landasan baru perhubungan kaum di Malaysia dengan mengambil kira dua prinsip penting.

“Pertamanya, ia haruslah berasaskan masa depan yang dikongsi bersama dan kedua, ia harus mengambil kira faktor sejarah tanpa mengenepikan realiti hari ini serta potensi masa depan,” kata Najib dalam ucapan dasar keduanya sejak dipilih Presiden Umno.

Terkunci emas

Dalam ucapannya yang mengambil masa kira-kira sejam dengan menekankan soal sejarah dan perlembagaan negara, Najib juga menekankan bahawa kedudukan orang Melayu dan Bumiputera serta kepentingan kaum-kaum lain dari segi politik telah termaktub jelas dalam Perlembagaan Persekutuan.

Najib juga menekankan kedudukan asas perjuangan Umno dalam mempertahankan hak orang Melayu, yang menjadi perhatian dan cabaran ekoran keputusan pilihan raya umum ke-12 dua tahun lalu.

Katanya, ia terkunci kemas dalam artikel-artikel Bahagian 3 mengenai kewarganegaraan, Perkara 38 berkait Majlis Raja-Raja, Perkara 152 tentang Bahasa Kebangsaan dan Perkara 153 mencakupi antara lain Perezapan kuota perkhidmatan dan permit untuk orang Melayu.

Kata beliau, perkara-perkara itu tidak boleh diubah dalam apa jua keadaan tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja Melayu.

“Seterusnya, saudara dan saudari, kita mesti memahami dan mengetahui bahawa pindaan terhadap artikel-artikel ini tidak boleh dilakukan tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja mengikut Perkara 159 Perlembagaan Persekutuan.

“Ia ditambah kukuh pula oleh Perkara 10 Fasal 4, yang memberi kuasa kepada Parlimen bagi menggubal undang-undang, melarang perbuatan mempersoal apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau hak kedaulatan yang ditetapkan atau diperlindung oleh peruntukan Bahagian 3, Perkara 152, 153 dan Perkara 181.

“Sehubungan hal ini, hendaklah kita mengetahui bahawa apa yang menjadi polemik hebat hari ini, sama ada tentang kerakyatan selepas Merdeka atau hak istimewa orang Melayu sebenarnya, sudah menjadi perdebatan akademik.

“Ini kerana, dari segi perundangan, peruntukan-peruntukannya sudah pun tersurat dan sekali gus terpateri kemas,” kata beliau.

Najib menjelaskan lagi, seandainya mempunyai majoriti dua pertiga dalam Parlimen pun, tidak akan mampu mengubah setitik apa jua, tanpa kebenaran Majlis Raja-Raja Melayu yang dianggotai sembilan orang Raja Melayu.

“Dalam kata lain, sia-sia sahaja jerit pekik untuk menggunakan peruntukan tentang kerakyatan bagi mengancam kaum lain kerana peruntukan yang tertulis ini begitu konkrit sekalipun darurat diisytiharkan, ia tetap tidak boleh disinggung,” katanya lagi.

Di sebalik semuanya, tegas Najib, suka tidak suka, ada sebab yang amat kuat mengapa perkara-perkara ini tidak dibenarkan untuk dipinda kecuali dengan perkenan Majlis Raja-Raja.

“Hikmahnya, adalah supaya peruntukan-peruntukan tersebut diletakkan luar daripada forum perbincangan.

“Jika dibuka juga kepada perbahasan, maka kita bimbang, kita khuatir, ia akan membangkitkan keresahan serta mengapi-apikan ‘primordial instinct’ atau naluri asal wujud antara etnik,” katanya. (The Malaysian Insider/AK)

Ini Dia Calon PAS Galas...



KL. 21 OKT 10
: Timbalan yang dipertua PAS Gua Musang Dr Zulkefli Mohamad atau ketua perhubungan Orang Asli DUN Galas, Panjang Ey, antara yang disebut-sebut akan dipilih sebagai calon PAS dalam pilihan raya kecil DUN Galas 4 November ini.

Menteri Besar Datuk Nik Aziz Nik Mat akan mengumumkan calon PAS jam 9 malam ini di Dataran Ilmu yang terletak bersebelahan dengan Masjid Faiz di Gua Musang. PAS akan mengumumkan malam calonnya bagi pilihan raya kecil DUN Galas dan dua nama yang disebut-sebut ialah Dr Zulkefli adalah bekas calon PAS yang bertanding menentang Ketua Umno Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah dalam pilihan raya umum 2008, manakala Panjang Ey adalah seorang jurutera.

Menurut sumber-sumber PAS, kedua-dua calon tersebut adalah antara sepuluh calon yang diserahkan oleh PAS Kelantan kepada PAS Pusat untuk pertimbangan. Kata sumber lagi, mereka juga merupakan calon yang mengisi dua tempat teratas dalam senarai calon itu dan disebut-sebut mewakili PAS dalam pilihan raya kecil 4 November ini.

Kerusi DUN Galas kosong selepas kematian penyandangnya, Chek Hashim, 48, akibat barah usus pada 27 September lalu. Pada pilihan raya umum 2008, Chek Hashim, berjaya merampas DUN Galas yang terletak dalam kawasan pilihan raya Parlimen Gua Musang daripada BN, dengan mengalahkan calon BN Mohd Saufi Deraman, dengan majoriti 646 undi.

Chek Hashim mendapat 4,399 undi, menewaskan penyandang dari BN, Mohd Saufi Deraman 3,753 undi. Selain Nik Aziz yang juga mursyidul am PAS, ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin DAP Lim Kit Siang juga dijadual hadir dalam majlis pengisytiharan calon malam ini. (AK)

Dapatkan lapuran PRK DUN Galas dari mula hingga berakhir..

Sultan K'an Anugerah Tokoh Pembangunan Kpd Nik Aziz

KOTA BHARU, 21 Okt 10: Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, dinobatkan Tokoh 20 Tahun Membangun Bersama Islam sempena ulang tahun kerajaan Kelantan ke-20, malam tadi.

Sempena penganugerahan itu, Tuan Guru menerima cenderahati daripada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V, pada acara yang penuh bersejarah itu. Penganugerahan itu juga sebagai simbolik beliau menjadi tunjang pada pentadbiran Kelantan yang kini Menerajui Perubahan.

Saat biodatanya dibaca oleh penyair terkenal Kelantan, Abdul Hadi Yusof, Tuan Guru tidak dapat menahan sebaknya. Turut hadir berangkat pada majlis itu, Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fa-iz Petra. Terdahulu, Sultan Kelantan telah berkenan merasmikan ulang tahun pentadbiran kerajaan Kelantan tepat jam 10.30 malam pada program yang diadakan di Kelantan Trade Cantre (KTC).

Tuan Guru sewaktu berucap pada majlis tersebut mengimbau kembali sejarah kemenangan kerajaan Angkatan Perpaduan Ummah pada tahun 1990 sehingga ianya turut menjadi perhatian dunia. Katanya, Kelantan tiba-tiba sahaja menjadi perhatian dunia bukan hanya kerana menang bersih pada pilihan raya 1990, sebaliknya berusaha mengamalkan dasar Islam dalam pentadbiran.

“Ramai yang mencela, ramai yang menyindir kerajaan Kelantan hanya mampu bertahan hanya tiga bulan, kemudian akan bankrap dan jatuh.

“Namun hari ini tuan-tuan dapat saksikan sendiri dengan pertolongan Allah yang tidak pernah menzalimi hamba-Nya sentiasa membantu dan terus membantu kerajaan negeri hingga berjaya sampai kini,” ujarnya.

Sementara itu, Wan Mohd Hanif Wan Mohammad, memenangi pertandingan mencipta logo sempena sambutan ulang tahun ke-20 itu. Turut hadir pada majlis itu, Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaacob, Speaker Dun Kelantan, Datuk Mohd Nasharuddin Daud, anggota-anggota Exco kerajaan negeri, Adun dan ahli Parlimen. Secara umumnya, sambutan program itu penuh dengan aktiviti keagamaan yang bermula dengan menunaikan solat Maghrib, solat sunat hajat yang diimamkan sendiri oleh Tuan Guru. (Harakahdaily/AK)

Rosmah Perlu Bertaubat & Minta Maaf Kpd Umat Islam



KL, 21 Okt 10: Dewan Pemuda PAS Pusat akan mengadakan himpunan aman sebagai membantah tindakan Datin Seri Rosmah Mansor yang didakwa menghina syariat Islam dan Rasulullah s.a.w. pada penganjuran Festival Busana Muslim di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Himpunan tersebut akan diadakan di masjid negeri seluruh Malaysia selepas solat Jumaat, 22 Oktober ini.

"DPPP mengecam sekeras kerasnya tindakan Rosmah Mansor yang didapati menghina syariat Islam dan Nabi Muhammad s.a.w. apabila salah satu fesyen mereka melukis nama Nabi dalam keadaan pakaian itu jelas mendedahkan sebahagian besar aurat mereka.

"Kita desak Rosmah bertaubat dan minta maaf kepada umat Islam secara terbuka," kata Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan.

Pada festival tersebut, perkataan "Muhammad" dalam tulisan Arab secara terbalik diguna dan dipakai di dada salah seorang peraga fesyen yang tidak menutup aurat. Tambahnya, pakaian yang diperagakan itu bukan pakaian Islam tetapi pakaian wanita jalang dan jahiliah.

"Sungguh memalukan dan jelas menunjukkan Rosmah jahil dan berniat jahat terhadap Islam," tambahnya lagi.

Sehubungan itu katanya, DPPP menggesa seluruh ummat Islam bangkit membantah tindakan Rosmah dan mendesak isteri Perdana Menteri itu bertaubat dan mohon maaf secara terbuka kepada seluluruh umat Islam. Rosmah merupakan Penaung Festival Busana Muslim atau Islamic Fashion Festival. (AK).

Sebelum ini...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails