Saturday, November 06, 2010

T/Kasih PAS, Kerana Menangkan Ku Li Di Galas.

CATATAN SANTAI

PETANG tadi, ada seorang blogger menelefon bertanya, "Betulkah ada 'pakatan sulit' menyebutkan PAS sengaja memberi kemenangan kepada Ku Li atas muslihat politik? Itu sebab Ku Li ucap terima kasih pada PAS.. Terima kasih tersirat, bukan yang tersurat."

"Tah le.." Kataku. "Tapi aku boleh ucapkan terimakasih juga kepada PAS kerana memberi kemenangan kepada Ku Li..."

"Eh, kenapa?" Dia macam terkejut.

"Samada, beri kemenangan itu sengaja atau tidak sengaja, itu soal lain. Yang penting...

Satu
: Kalau Ku Li kalah, bererti Ku Li sudah masuk perangkap UMNO yang mahu nama Ku Li tenggelam dalam kepimpinan UMNO era baru sekarang. Beliau akan tersingkir kerana beliau mungkin dianggap duri dalam daging UMNO yang perlu dicabut buang, kerana dalam banyak hal terdapat banyak perbedaan pendapat dengan pimpinan tertinggi UMNO kini. Contohnya mengenai royalti minyak Kelantan, pendekatan sederhana dalam kempen pilihan raya, dan lain-lain.

Dua: Jasa Ku Li terhadap UMNO amat besar, termasuk sahamnya ketika merampas Kelantan dari PAS, sewaktu PAS di bawah pimpinan Dato' Dr Asri Hj Muda dulu. Juga jasanya kepada PAS ketika merampas balik Kelantan dari tangan UMNO semasa bersama-sama gabungan Gagasan Rakyat yang di dalamnya termasuk PAS, Parti Semangat 46 pimpinan beliau sendiri dan lain-lain. Begitu juga jasanya kepada penubuhan Petronas, yang kini Petronas mulai berlaku curang kepada rakyat Kelantan setelah ketiadaan peranan Ku Li. Jadi Ku Li jauh lebih hebat berbanding tokoh-tokoh UMNO Kelantan sekarang. Adalah sangat berhemah bila PAS berkerjasama dengan Ku Li.

Tiga: Bila Ku Li menang, sekurang-kurangnya fikiran beliau boleh menjadi pengimbang kepada golongan-golongan radikal UMNO yang sering ditafsirkan 'menghalalkan cara' dalam beberapa tindakan terhadap lawan, samada dalam kempen pilihan raya atau lain-lain. Lihat berita ini... ADUN DAP Ditumbuk 30 Ahli UMNO? dan beberapa kegiatan PERKASA, anak didik tajaan UMNO sebelum ini.

Empat: Dengan kemenangan Ku Li, ramai yang yakin bahawa perjuangan Ku Li dalam menyokong tuntutan royalti minyak Kelantan akan diteruskan. Hal ini juga membantu perjuangan yang diperjuangankan oleh PAS dan rakyat Kelantan. Apakah perkara ini termasuk tolak ansur 'pakatan sulit' seperti yang di'khabar angin'kan?

Kerana itu aku ucapkan terima kasih pada PAS! Wallahu 'aklam." Demikian penjelasanku.

"Aku rasa tak mungkin, PAS buat begitu.." Kata blogger yang menelefon tadi.

"Aku pun macam tu, kira-kira..." Jawabku, sekian.

Ibnu Hasyim Catatan Santai
alamat e-mail:
ibnuhasyim@gmail.com
KL Sept 6, 2010

Ikuti kisah PRK dari mula, seterusnya hingga ulasan-ulasan terakhir.
PRK DUN GALAS

ADUN DAP Ditumbuk 30 Ahli UMNO?



SHAH ALAM 6 NOV 10
: ADUN Sekinchan daripada DAP Ng Suee Lim dimasukkan hospital kerana gegaran otak selepas mendakwa ditumbuk oleh 30 orang kelmarin.

Masih bersemangat tinggi, Ng ketika dihubungi Malaysiakini berharap dapat hadir pada hari kedua sidang DUN Selangor Selasa ini.

Menurut Ng, selepas membuat laporan polis mendakwa dipukul di sebuah kunci air di Tanjung Karang Khamis lalu, beliau berasa pening dan bergegas ke Pusat Perubatan Subang Jaya.

"Saya ditumbuk tiga kali di kepala," dakwanya sambil memberitahu doktor membenarkannya keluar wad esok.

Dalam laporannya polisnya sebelum ini, NG mendakwa dipukul oleh sekumpulan yang disyakinya ahli Umno Tanjong Karang ketika bertemu dengan petani kawasan itu bagi mendengar rintihan tentang isu harga padi.

Timbalan pengerusi Umno Selangor yang juga ketua Umno bahagian itu Datuk Seri Noh Omar bagaimanapun menyifatkan tuduhan Ng terhadap ahli Umno itu sebagai "mengarut". (AK)

Pemilihan PKR: Azmin Terus Dahului T/Presiden.

KL 6NOV 10: AZMIN Ali terus mendahului dalam perebutan Timbalan Presiden PKR. Pemilihan PKR yang memasuki minggu kedua hari ini menyaksikan sebanyak 12 cabang lagi akan meneruskan pengundian mereka bagi memilih calon Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dan pemimpin sayap-sayap parti.

Cabang tersebut meliputi dua negeri - 11 di Sabah dan satu cabang di Pasir Mas, Kelantan akan menjalankan pemilihan mereka pagi ini.
Proses pengundian akan berjalan antara 10 pagi hingga 4 petang. Keputusannya pula dijangka lebih awal berbanding minggu lalu ekoran jumlah cabang yang terlibat lebih sedikit.

Selain bagi menentukan nasib calon bertanding, peratus keluar mengundi antara tumpuan pemerhati politik hari ini. Minggu lalu, kehadiran dalam pemilihan PKR amat rendah apabila hanya 9 peratus sahaja yang keluar menunaikan tanggungjawab mereka. PKR mempunyai kira-kira 400,000 anggotanya di seluruh negara. Manakala sebanyak sembilan cabang - kesemuanya di Sabah - lagi akan mengadakan pemilihan mereka keesokan hari.

Daripada 68 cabang yang telah mengadakan pemilihan mereka minggu lalu, naib preisden Azmin Ali mendahului bagi jawatan timbalan presiden dengan sejumlah 3,051 undi. Manakala pesaing rapatnya, Penyelaras Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim pula memperolehi 2,529, sementara Ketua PKR Perak Mustaffa Kamil Ayub memperolehi 1,149 undi. (AK)

Ikuti kisah PRK dari mula, seterusnya hingga ulasan-ulasan terakhir.
PRK DUN GALAS

Faktor Ku LI Menangkan BN Di Galas

Tengku Razaleigh

KL 6 Nov 10: Pemimpin-pemimpin PAS menyangkal tanggapan sesetengah pihak bahawa kekalahan PAS mempertahankan kerusi DUN Galas kelmarin disebabkan wujudnya unsur sabotaj dalaman parti dan strategi berkempen PAS yang terlalu defensif terutama ketika menghadapi jentera diketuai Tengku Razaleigh Hamzah. Demikian Menurut The Malaysian Insider.

Satu: Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS pusat Datuk Abdul Halim Abdul Rahman memberitahu, khabar itu adalah permainan umum di sesawang Internet sahaja. “Saya rasa soal strategi tidak ada ada kaitan. Isu itu main dalam pasaran (Internet),” jelas beliau.

Penegasan Ahli Parlimen Pengkalan Chepa itu sekali gus menafikan dakwaan seorang blogger PAS Abdul Rahman Talib kononnya kekalahan tersebut berpunca oleh pemimpin PAS sendiri membantu “propaganda Umno” di Galas. Abdul Rahman Talib yang lebih dikenali sebagai “Tulang Besi” dalam blog Malaysia Waves berkata, pemimpin yang dimaksudkan adalah Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Harun Din dan Datuk Dr Hassan Ali yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor merangkap Exco Kerajaan Selangor.

“Kempen PAS begitu ‘mandom’ dan defensif. Serangan utama Umno kepada PAS yakni PAS dipergunakan DAP, tidak dijawab langsung ataupun dibiarkan tanpa jawapan yang baik dan jelas.

“Saya tidak terkejut kerana tuduhan Umno itu turut diungkapkan dalam nada yang sama oleh pemimpin dalaman PAS seperti Hassan Ali dan Datuk Harun Din,” dakwa penulis itu.

Bagaimanapun Abdul Halim berkata, pendirian PAS Kelantan tidak menyerang Tengku Razaleigh sebenarnya ekoran daripada arahan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan. “Itu tidak betul kerana kita tidak mahu menyerang peribadinya kerana Tok Guru (Nik Aziz) sendiri,” ujarnya.

Pun begitu, kata beliau, PAS tetap dengan strategi tradisinya iaitu menjelaskan tentang kepentingan menyokong perjuangan Islam serta menyerang amalan rasuah serta penyelewengan yang dilakukan oleh pemimpin Umno. Ujarnya lagi, strategi lain PAS yang boleh dikatakan berjaya untuk menghadapi Umno-BN antaranya menawarkan RM250 duit tambang balik kepada pengundi luar.

“Kita berjaya memanggil 57 peratus (pengundi luar) balik,” ujarnya.

Di sebalik kekalahan di Galas, beliau seakan mengaku yang PAS gagal menjawab beberapa isu malar segar seperti isu tanah di Lojing, pembalakan haram, pembangunan untuk Orang Asli, manfaat dari Ladang Rakyat serta dakwaan penyelewengan dalam PMBK Sawit sebagaimana yang diserang Umno.

Bagaimanapun kata beliau, kegagalan itu sepatutnya ditujukan kepada kerajaan Kelantan, bukan jentera pilihan raya diketuainya. “Itu kena kerajaan negeri yang jawab, penceramah kena jawab... itu bukan saya yang kena jawab,” tegas beliau yang juga pengarah jentera PAS di Galas sambil memberitahu The Malaysian Insider bahawa analisis holistik PAS boleh diperoleh 13 November ini.

DUA: Bekas Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad turut menafikan bahawa wujudnya sabotaj kempen di kalangan pemimpin PAS. Menurut beliau, Tengku Razaleigh lebih bijak berpolitik apabila PAS mengambil sikap untuk tidak menyerang bekas Presiden Parti Semangat 46, yang telah dibubarkan 14 tahun lalu. “Mana ada sabotajnya, Ku Li sebenarnya bijak dalam mengambil kesempatan politik ini,” ujarnya.

Beliau yang Ahli Parlimen Kuala Selangor berpendapat, jentera PAS seakan keliru apabila berdepan dengan “politik damai” yang direstui Tengku Razaleigh yang juga merupakan Ketua Umno Gua Musang dan Ahli Parlimen bahagian itu. Akibatnya, pengundi gagal diajak menolak calon BN Abdul Aziz Yusoff walaupun terlalu banyak pengkhianatan Umno ke atas kerajaan negeri dan rakyat Kelantan.

“Kenapa tidak perjelaskan terma penerangan PAS iaitu satu undi kepada Umno adalah menyokong pengkhianatan BN tidak memberi royalti minyak kepada rakyat Kelantan.

“Itu bukan menyerang Ku Li, itulah isu yang paling besar untuk mengajak Ku Li sendiri untuk bersama-sama rakyat dan kita (PAS) menyerang Umno,” kata Ahli Parlimen Kuala Selangor ini.

Oleh kerana jentera PAS gagal menggamit emosi rakyat terhadap isu utama itu, kata beliau, jentera PAS induk gagal menguruskan keseluruhan jentera penerangan dan kempen di Galas.

Tiga: Dalam pada itu, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar pula berkata, beliau tidak mengetahui bahawa wujudnya sabotaj kempen di kalangan pemimpin PAS seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak. Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena memberitahu bahawa kemenangan BN di Galas berpunca oleh “faktor Ku Li” sendiri.

“Ketokohan dan strategi Ku Li memang nampak ‘underdog’, di luar dugaan kita tetapi saya anggap veteran Umno itu ancaman paling besar (bagi) saya (Pakatan Rakyat).

“Kita sebenarnya yang membuka peluang kepada pasukan Ku Li untuk mengeksploitasi beberapa strategi kita sehingga kita menjadi begitu defensif,” ujarnya lagi.

Beliau berkata, kejayaan Tengku Razaleigh merampas DUN Galas sepatutnya menjadi “wake-up call” kepada PAS dan Pakatan Rakyat.

“Ini satu ‘wake-up call’, parti tidak boleh duduk diam, bukan sekadar memberi tahu orang ramai yang kita sedang bermuhasabah, sangat malang kalau kita tidak menyedari orang yang bukan sebarangan seperti dia (Ku Li),” ujarnya.

Lebih membimbangkan kata beliau, sekiranya ketokohan Tengku Razaleigh ini dianggap mengetuai Umno dan BN pada pilihan raya umum ke-13 kelak.

“Jika berlaku ledakan dalaman di dalam Umno untuk mengangkat Ku Li ke kerusi nombor satu (Presiden) Umno-BN, ia adalah sesuatu malapetaka paling besar, yang saya tidak dapat bayangan bagi membenamkan PAS dan Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum ke-13,” ujarnya lagi.

Disebabkan itu, beliau berkata, PAS dan Pakatan Rakyat bernasib baik kerana BN dipimpin oleh Datuk Seri Najib Razak yang juga Perdana Menteri merangkap Presiden Umno dan Pengerusi BN.

“Kalau saya, saya suka Najib memimpin Umno dan BN sehingga pilihan raya umum ke-13,” kata beliau berjenaka kepada The Malaysian Insider.

Di Galas, Abdul Aziz mendapat 56 peratus atau 5,324 undi untuk menewaskan calon PAS Dr. Zulkefli Mohamad dengan kelebihan 1,190 undi. Daripada 11,553 pengundi berdaftar, seramai 9,555 pengundi atau 82.71 pengundi turun bagi menunaikan tanggungjawab mengundi masing-masing pada pilihan raya kecil DUN Galas. Peratusan keluar mengundi itu meningkat dua peratus jika dibandingkan peratusan turun mengundi pada pilihan raya umum lalu iaitu 80.6 peratus. (AK)

kuti kisah PRK dari mula dan seterusnya.
PRK DUN GALAS

Polis Syariah Aceh Perlu Dibubarkan?

KL 6 NOV 10: Berita-berita berasaskan Barat terus menghasut, menyindir dan mengkritik perundangan Syariah Islam di Aceh. Antaranya seperti berita dari RNW (Radio Nederland Wereldomroep) ini..

Polisi Syariah Aceh: Pertahankan atau Bubarkan?

Keberadaan Wilayatul Hisbah atau Polisi Syariah di awal penugasan mereka mendapat sambutan kurang simpatik dari masyarakat

Kini kehadiran mereka mulai diakui sebagai polisi yang bertugas untuk melakukan pengawasan terhadap jalannya Syariah Islam di Aceh. Berikut laporan Lola Alfira dari Radio Fas Fm Meulaboh.

Di mata masyarakat Aceh, Wilayatul Hisbah atau lebih akrab di sebut WH adalah penegak hukum Plus, karena bertugas bukan hanya sekedar menegakkan isi Qanun, tetapi juga menjadi da'i, pendidik dan penyuluh masyarakat. Demikian Teuku Ahmad Dadek, kepala satuan Polisi Pramong Praja dan Wilayatul Hisbah kabupaten Aceh Barat.

TA Dadek: "Tugas utama Wilayatul Hisbah sama dengan Satpol PP, melaksanakan qanun atau perda, baik di provinsi maupun di kabupaten, tapi di bidang Syariah Islam. Di antaranya masalah qalwat, minuman keras, perjudian dan pakaian muslim. Itu yang menjadi tugas kita.

Perangkat hukum Syariah Islam kita memang belum memadai. Saya selalu menekankan kepada mereka bahwa mereka itu para pendakwa yang berpakaian seragam. Jadi seorang pendakwa itu harus berperilaku lemah lembut dan bersikap sopan kepada masyarakat.

Selama ini hanya berkutat kepada tugas nahi mungkar, hanya melarang orang-orang saja. Saya bilang juga agar mereka membuat kegiatan yang bersifat amar makruf, supaya masyarakat mencintai kalian."

Diakui banyak terjadi kesalahpahaman antara petugas WH di lapangan dengan warga, karena tidak pahamnya warga yang melanggar peraturan hukum Syariah Islam, seperti yang paling sering dijumpai. Namun lambat laun salah paham tersebut mencair dan WH pun mulai dibutuhkan. Berikut komentar warga Meulaboh tentang peran WH tersebut.

Musliadi: "Tugas polisi WH di Aceh Barat sudah jauh dari yang kita harapkan. Seperti kita lihat di dalam Qanun itu WH tidak mempunyai tugas untuk menangkap, tapi untuk memberi nasehat kepada masyarakat Aceh.

Namun yang terjadi akhir-akhir ini banyak sekali penangkapan yang di lakukan oleh WH. Kita minta WH memperjelas statusnya dan kerja pokoknya apa. Jangan menyamakan diri seperti polisi.

Jangan sampai masyarakat salah anggapan WH ini sudah sama seperti polisi, menangkap orang dan memasukannya ke penjara. Jadi harus kembali kepada pokoknya memberikan nasehat kepada masyarakat Aceh."

Verawati: "Menurut saya kinerja polisi Syariah sekarang ini mungkin sudah menunjukkan kepada arah yang lebih baik dan positif. Kita tahu dulu polisi syariah kalau merazia cewek-cewek yang berpakaian ketat kadang suka membentak dan marah-marah. Tapi kalau sekarang mungkin membentak dan marah-marah tidak ada lagi, tapi lebih sering mengarahkan cewek-cewek itu kepada pakaian yang lebih bagus."

Dalam qanun no 11 tahun 2002 tentang Pelaksanaan Syariah Islam bidang Aqidah, Ibadah dan Syiar Islam tertera WH berwenang menegur dan menasehati pelanggar. Namun jika pelanggar tidak berubah setelah diperingatkan, maka WH akan menyerahkan kasus tersebut kepada penyidik yaitu polisi.

Sementara itu peran dan tugas WH saat ini kadang sudah melanggar aturan. WH tidak berwenang menahan dan memeriksa, sehingga penahanan yang ini sering dilakukan WH merupakan tindakan melanggar ketentuan hukum dan melampaui batas kewenangan. Demikian Chairul Azmi dari Lembaga Bantuan Hukum Pos Meulaboh.

Chairul Azmi: "Kewenangan WH itu hanya melakukan pengawasan terhadap penegakan Syariah Islam sekaligus melakukan pembinaan terhadap para pelanggar Syariah Islam yang sedang berlaku di Aceh. Dan tidak ada kewenangan WH melakukan penahanan terhadap para pelanggar pelaku Syariah itu.

Namun apabila WH mendapatkan pelaku tersebut perlu dilimpahkan perkaranya ke pihak penyidik di Kepolisian, maka pihak kepolisianlah yang berwenang melakukan penahanan terhadap mereka."

Dasar hukum pertama pembentukan Hukum Wilayatul Hisbah (WH) adalah keputusan Gubernur no 01 tahun 2004 tentang Organisasi dan Tata Kerja Wilayatul Hisbah. Wilayatul Hisbah sendiri mempunyai tugas mirip kepolisian, menegakkan qanun-qanun Syariah. Hanya bedanya mempunyai dasar hukum yang lemah, personil terbatas, dana operasional yang minim serta sarana yang memprihatinkan.

Ada wacana untuk membubarkan Wilayatul Hisbah. Namun Pemerintah Aceh mempertahankan, karena dianggap sangat dibutuhkan dalam mendukung penegakan Syariah Islam. Wilayatul Hisbah atau Polisi Syariah Islam sendiri dianggap berada di bawah naungan Departemen Dalam Negeri.

Dengan terbitnya Undang-Undang Pemerintah Aceh yang pada dasar hukumnya Undang-Undang, implikasinya WH menjadi Satuan Kerja Perangkat Daerah yang resmi. Martabat WH secara kelembagaan yang dirasakan saat ini perlu dipertahankan dengan menjaga citra WH itu sendiri di mata masyarakat.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Elok juga kita lihat berita ini, untuk melihat fakta dan hujah mereka dalam memburukkan dan menyerang Islam. Mereka merendah-rendahkan perundangan Syariat Islam di Aceh. Lebih biadap lagi bila mahu membubarkan polis Syariat Aceh? (IH)

Banjir: Tak Pernah-pernah...

'Tak pernah-pernah'

TENGGELAM...laluan di Kilometer 4 dan 5 Jalan Langgar, Alor Setar yang tidak pernah ditenggelami air dinaiki air sehingga 0.5 meter, semalam.Tenggelam... laluan di Kilometer 4 dan 5 Jalan Langgar, Alor Setar yang tidak pernah ditenggelami air dinaiki air sehingga 0.5 meter, semalam.

ALOR SETAR 6NOV 10: “Tidak pernah sepanjang hidup selama 67 tahun kawasan kami dinaiki air termasuk ketika Kedah dilanda banjir besar pada 1999 dan 2005, tetapi (banjir) kali ini, kami turut terjejas.” Itu luahan penduduk Hutan Kampung, dekat sini, Mokhtar Ahmad, 67, yang terkejut apabila kawasan tempat tinggalnya dinaiki air sehingga sedalam dua meter semalam.

Menurutnya, ketika keluar dari rumahnya ke pusat bandar raya untuk membeli keperluan rumah kira-kira jam 7 malam semalam, keadaan jalan dari Hutan Kampung ke Alor Setar masih seperti biasa sedangkan daerah Kubang Pasu, Pokok Sena, Padang Terap, Langgar teruk dilanda banjir selain beberapa kawasan bersebelahan Sungai Kedah di Alor Setar.

“Bagaimanapun, air meningkat mendadak di Hutan Kampung dan Jalan Langgar sejak awal pagi tadi (semalam) menyebabkan sebahagian besar jalan utama di Hutan Kampung ditenggelami air.

“Keadaan air juga dilaporkan agak tinggi di Kepala Batas berpunca dari banjir yang sudah surut di Bukit Pinang mengalir ke Hutan Kampung dan Kepala Batas,” katanya.

Peniaga, Tolha Ahmad, 49, pula bimbang barangan persediaan perkahwinan anaknya dua minggu lagi musnah apabila rumahnya di Taman Mawar, Hutan Kampung dilanda banjir.

“Saya hanya mendapat tahu rumah kami dimasuki air pagi ini (semalam) apabila dihubungi jiran ketika saya berada di rumah seorang lagi anak di Kuala Kedah sejak dua hari lalu,” katanya.

Menurutnya, dia bergegas pulang bersama dua anaknya untuk menyelamatkan barangan dalam rumah termasuk peralatan perkahwinan anak ketiganya yang akan berlangsung dua minggu lagi. (myMetro Online)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sewaktu Ibnu Hasyim terperangkap di Selatan Thai dan melalui Kedah-Perlis beberapa hari lepas, ada kawan-kawan bertanya,"Tidak nampak pun sukarelawan-sukarelawan PAS membantu mangsa banjir?"

Lihat...

Toleransi Beragama, Islam Kebumikan Buddha.

'Nenek marah lambat solat'

JOHOR BAHRU 6 NOV 10: Perbezaan agama tidak menjadi halangan buat satu keluarga besar Islam untuk menyempurnakan mayat mendiang nenek mereka yang beragama Buddha di tanah perkuburan Cina Johor Jaya di sini, semalam.

Atas nama kasih sayang dan pertalian kekeluargaan yang kukuh, pengebumian Liang Ho, 95, yang meninggal dunia akibat sakit tua di rumahnya di Jalan Landak Batu, Century Garden di sini, kira-kira jam 3.30 petang kelmarin, diuruskan 16 cucu dan 50 cicitnya yang beragama Islam.

Upacara pengebumian mengikut adat agama Buddha itu turut disaksikan satu-satunya anak perempuan Liang yang masih hidup dan beragama itu, Low Ah Oi, 62. Tiga anak Liang yang lain sudah meninggal dunia, masing-masing seorang perempuan dan dua lelaki memeluk Islam selepas berkahwin dengan pasangan masing-masing berketurunan Melayu manakala suaminya, Low Song meninggal dunia pada 1974.

Menurut cucu sulung mendiang, Hamidah Ahmad, 49, pemergian Liang amat dirasai berikutan hubungan kekeluargaan yang sangat rapat dengan nenek disebabkan sikapnya yang sangat mengambil berat hal keluarga.

“Ketika kecil saya dijaga nenek. Walaupun beragama Islam dan dia Buddha, itu tidak menjadi halangan untuk mencurahkan kasih sayang kepada seorang cucu.

“Nenek seorang yang tegas dan pernah beberapa kali memarahi saya kerana lambat menunaikan solat, menunjukkan dia amat prihatin serta menghormati agama lain.

“Dia sering menghantar saya mengaji al-Quran, jika malas nenek tidak teragak-agak merotan saya,” katanya. Seorang lagi cucunya, Kalsom Ahmad, 43, berkata, neneknya memiliki daya ingatan yang kuat walaupun sudah berusia 90-an dan dia masih boleh mengingati nama cucu-cucunya. “Walaupun tiga daripada empat anaknya memeluk Islam, nenek sangat sayangkan kami malah tidak ada pilih kasih dalam melayan kami.

“Malah, kami semua paling gembira setiap kali menjelang musim perayaan kerana kami menyambut tiga perayaan setiap tahun iaitu Tahun Baru Cina, Aidilfitri dan Aidiladha,” katanya.

Kalsom berkata, nenek juga sering mengingatkan mereka agar bersederhana dalam perbelanjaan harian kerana dia sudah terbiasa dengan kehidupan susah sejak zaman muda.

Sementara cicit pertama mendiang, Marfuaah Mahfuz, 28, berkata, dia dan ahli keluarga lain tidak kekok membantu menguruskan pengebumian moyangnya itu selain turut mengiringi jenazah mendiang hingga ke tanah perkuburan.

Katanya, bukan saja tidak pernah membezakan agama, moyangnya juga melarang mereka daripada menjamah makanan tidak halal hinggakan menu makanan istimewa pada majlis makan besar Tahun Baru Cina turut diubah kepada masakan Melayu.

Moyang yang manja dengan panggilan ‘Mama’ itu juga dianggap istimewa apabila meminati penyanyi Melayu kelahiran negeri ini, Mawi selain gemar menonton drama Melayu dan Indonesia di televisyen (TV) termasuk sinetron Bawang Putih Bawang Merah.

“Oleh kerana tidak mahu terlepas rancangan kegemarannya, Mama sanggup makan malam lebih awal sebelum duduk depan TV.

“Paling menarik, Mama tidak membaca akhbar berbahasa Cina, tetapi memilih Harian Metro sebagai bacaan kegemarannya.

“Saya sentiasa ingat pesan Mama yang tidak suka perbuatan kurang ajar apa lagi menderhaka kepada orang tua atau membuli ahli keluarga,” katanya. Demikian myMetro Online hari ini.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Contoh sebuah keluarga Malaysia yang menarik. Toleransi agama, Islam kebumikan Buddha, ke arah masyarakat madani. Kaum dan agama membawa penyatuan dalam dalam amalan kehidupan. Sejarah Islam telah membuktikan NegaraIslam menjadi pelindung dan penaung kepada orang dan masyarakat bukan Islam.

Friday, November 05, 2010

Happy Deepavali ...hukumnya?

BY Weblog Ibnuhasyim kepada penganut-penganut Hindu...
Hukumnya? Lihat ini, termasuk komennya...
dan lagi....

BN Menang Bukan Tanda Najib Diterima -Aziz Bari

KL, 5 Nov 10: Penganalisis politik Profesor A. Aziz Bari berpendapat walaupun Barisan Nasional (BN) mencatatkan kemenangan berganda pada pilihan raya kecil serentak semalam, tetapi ia bukan petanda pentadbiran Najib sudah kembali diterima rakyat sepenuhnya.

“Kenyataan ialah Barisan baru menang lima daripada 13 pilihan raya kecil yang diadakan sejak Ogos 2008.

“Jika Barisan benar-benar kuat, ia sepatutnya menang di kesemua 13 pilihan raya yang telah diadakan dan tidak di kawasan pedalaman sahaja,” kata penganalisis politik dari Universiti Islam Antarabangsa ini kepada The Malaysian Insider.

Oleh itu kata beliau, kemenangan BN di Galas dan Batu Sapi bukan satu aras tanda perikatan itu kian kuat.

“Tiada yang hebat dalam kemenangan di Batu Sapi dan Galas ini.

“Kedua-dua kerusi ini adalah kerusi mereka, sebagaimana di Batang Ai, Bagan Pinang dan Hulu Selangor,” ujar beliau lagi.

Pagi tadi, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, BN tidak harus mengambil mudah dengan kemenangannya pada pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi dan DUN Galas, sebaliknya perlu terus berusaha memastikan kejayaan serupa dicapai pada pilihan raya umum ke-13 kelak.

Muhyiddin berkata, walaupun kejayaan itu menampakkan adanya perubahan baik dan harapan kepada BN menjelang pilihan raya umum ke-13 kelak, tetapi ia tidak boleh diambil mudah.

“Kita tidak boleh ukur kemenangan di Galas dan Batu Sapi. Walaupun ada perubahan besar, perubahan yang baik, tetapi BN tidak boleh ambil sikap mudah dengan perubahan dan kejayaan ini kerana kita masih ada banyak kerja yang perlu dibuat,” katanya.

Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata demikian ketika diminta mengulas kesediaan BN untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 setelah memperoleh kemenangan berganda semalam.

BN merampas kembali kerusi DUN Galas di Kelantan dengan majoriti undi 1,190 selain mengekal kerusinya di Parlimen Batu Sapi, Sabah dengan majoriti besar iaitu 6,369 undi.

Bagaimanapun A. Aziz (gambar) mengakui kemenangan Umno sepatutnya memberi isyarat penting kepada kerajaan Kelantan yang diterajui PAS sejak lebih 20 tahun lalu.

“Satu signal yang penting untuk pentadbiran negeri Kelantan.

“Jangan terlalu selesa walaupun telah melepasi tempoh 20 tahun memegang kuasa,” kata beliau.

Jelas beliau, Umno yang dikatakan kuat itu masih tidak bersedia untuk menghadapi pilihan raya kecil seterusnya.

“Kita tengok apakah Barisan bersedia untuk menghadapi pilihan raya kecil di (Parlimen) Batu atau dua kerusi DUN di Kedah.

“Kita tahu Barisan terkial-kial untuk mengelak pilihan raya kecil di situ,” katanya.

“Malangnya ini disahkan oleh mahkamah. Walaupun kita tidak mengatakan mahkamah bersekongkol tetapi sebagaimana dalam kes-kes lain keputusan memihak kepada Barisan meskipun di sisi undang-undang ia sukar dipertahankan,” ujarnya.

Sambil tidak menolak bahawa terdapat beberapa kelemahan pada perjenteraan PAS, A. Aziz yang juga pakar perlembagaan berkata, kemenangan BN kali ini seakan disebabkan salah guna jentera kerajaan pusat sendiri.

“Pada PRU (pilihan raya umum) tidak mudah untuk Barisan (Nasional) menggunakan agensi kerajaan seperti JHEOA umpamanya,” ujarnya.

Bercakap soal trend pengundian yang di luar jangkaan semua pihak, beliau mempunyai pandangan tersendiri.

“Dan, mungkin pengundi sengaja tidak mahu memprovokasi Barisan kerana kalau ia tewas kemungkinan ia jadi lebih ‘ganas’, itu memang ada dan agensi seperti SPR dan polis akan lebih berat sebelah,” dakwa beliau.

Disebabkan itu, beliau berkata kedua-dua pilihan raya kali ini tidaklah memberi impak berantai pada landskap politik Malaysia.

“Dalam konteks Malaysia pilihan raya kecil adalah sesuatu yang sepatutnya dimenangi oleh BN yang turut dibantu oleh SPR dan sistem yang tidak adil.

“Ini tidak semestinya memberi gambaran positif bagi pilihan raya kecil.

“Dalam pilihan raya kecil ini tidak ada perubahan, siapa pun menang kerajaan negeri dan pusat tetap sama,” tambah beliau.

Dalam pada itu, Ketua Penerangan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Fadhil Osman mengemukakan persoalan “apakah yang BN hendak dibanggakan dengan kemenangan ini.”

“Mereka perlu bertanya diri mereka sendiri, bermaruahkah kemenangan ini dengan segala macam penyelewengan yang dilakukan secara terang-terangan?

“Berselindung di sebalik jentera kerajaan untuk berdepan dengan jentera parti Pakatan Rakyat, adil dan beranikah BN?” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan petang ini.

Kata beliau, bagi Pakatan Rakyat, kekalahan semalam memberi makna bahawa Galas dan Batu Sapi bakal kembali dimenangi dalam pilihan raya umum akan datang sebagaimana terjadi di DUN Pengkalan Pasir, Kelantan dan DUN Ijok dua tahun lalu.

“Kerana pilihan raya kecil bukanlah ukuran kekuatan BN melainkan sebagai ukuran kekuatan jentera kerajaan yang menggempur Pakatan Rakyat,” katanya lagi. (The Malaysian Insider)

kuti kisah PRK dari mula dan seterusnya.
PRK DUN GALAS

Kalah Di Galas Tidak Jejaskan Tok Guru -Ilham Centre,

KL, 5 Nov 10: Ilham Centre, firma penyelidik bebas merumuskan, kegagalan PAS menggunakan pendekatan agama sebagai strategi menghadapi Umno-BN, antara lain telah mengakibatkan parti itu hilang keistimewaan dan momentum di Galas.

Menurut pengarah eksekutifnya Muhamad Hisommudin Bakar, tinjauan Selasa lalu mendapati Umno lebih agresif memenangi hati majoriti pengundi yang masih belum membuat pendirian sama ada mengundi PAS atau Umno pada pilihan raya kecil DUN Galas yang berakhir semalam. Barisan Nasional (BN ) merampas kembali kerusi DUN Galas dengan majoriti undi 1,190 selain mengekalkan kerusi Parlimen Batu Sapi di Sabah dengan majoriti besar iaitu 6,369 undi.

Di Galas, calon BN Abdul Aziz Yusoff menewaskan pemangku Yang Dipertua PAS Gua Musang Dr Zulkefli Mohamad. Menurut Hisommudin, sepatutnya dapatan Ilham Centre iaitu 62.4 peratus pengundi khususnya pemilih di atas pagar dan Orang Asli, yang setakat awal minggu ini masih belum menentukan calon pilihan mereka, membantu PAS menyusun strategi akhirnya.

“Kehadiran PAS di Galas dilihat hilang momentum dan keistimewaan, kehadiran PAS pada pengamatan pengundi sama seperti BN.

“Pendekatan agama PAS dalam beberapa pilihan raya kecil lepas (dengan membangkitkan) isu syurga neraka, dosa pahala, keberkatan serta pertolongan daripada Tuhan lebih memperlihatkan PAS berbeza dengan yang lain (termasuk Umno).

“Sepatutnya PAS berkata, siapa undi PAS akan dapat pahala kerana itu galur PAS,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Menurut beliau, tinjauan Ilham Centre mendapati tawaran terbuka PAS untuk memberi tambang balik RM250 kepada pengundi luar dipersoal oleh akar umbi parti dan pengundi tradisi yang pada pilihan raya umum ke-12 menyokong kepimpinan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) merangkap Mursyidul Am parti. Mereka, menurut tinjauan Ilham Centre itu lagi, turut mempersoal tindakan Nik Aziz di depan media menyampaikan wang zakat kepada tiga Orang Asli setelah upacara pengislaman mereka dilangsungkan.

“Ini bukan soal siapa betul siapa salah, orang ramai tidak kisah kalau pengislaman sahaja yang dilakukan tetapi apabila strategi beri duit zakat (kepada tiga Orang Asli) di depan media dilakukan, maka umum melihat PAS sebenarnya tidak ada bezanya dengan Umno dalam menggunakan duit untuk memenangi hati pengundi,” ujarnya.

Paling memberi tamparan hebat, katanya lagi, apabila pengundi yang masih belum membulatkan pendirian ini memberi perhatian pada tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegur aksi Nik Aziz serta kerajaan Kelantan tersebut.

“Memang menjadi tamparan yang cukup hebat apabila Tuan Guru Nik Aziz serta kerajaan negeri ditegur oleh SPR sendiri, memang ada kesannya pada pengundi yang sebelum ini tidak menyokong mana-mana pihak,” ujarnya.

Dari segi yang lain, tinjauan Ilham Centre juga mendapati jentera PAS dan Pakatan Rakyat negeri agak lambat mengakses Orang Asli berbanding jentera BN.

“PAS sebenarnya terlalu lambat untuk memenangi pengundi atas pakar dan Orang Asli, menurut maklumat jentera, PAS sebenarnya ada strateginya cuma menunggu saat-saat akhir,” ujar beliau.

Tambahnya lagi, beberapa pemimpin PAS negeri yang ditemui Ilham Centre memberitahu bahawa tanggungjawab memenangi hati Orang Asli diserahkan sepenuhnya kepada agensi kerajaan negeri sejak sehari sebelum hari penamaan calon.

“Peringkat awal kita difahamkan PAS menyerahkan (kempen) Orang Asli kepada jentera kerajaan (negeri) seperti Tabung Amanah Tok Kenali dan PMBK Sawit,” ujarnya.

Strategi “damai” PAS untuk menghadapi jentera BN yang dipimpin oleh veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah juga sedikit sebanyak menjejaskan fokus jentera bawahan PAS dan Pakatan Rakyat.

“Syarat-syarat PAS seperti tidak terlalu menjaga hubungan politik Ku Li (Tengku Razaleigh) nampak seperti mengelirukan serta menyukarkan jentera-jentera yang di bawah menggunakan strategi-strategi tradisi untuk menghadapi jentera Umno.

“Kita (Ilham Centre) tengok strategik kali ini lari jauh dari strategi-strategi tradisi seperti yang PAS bawa sebelum ini,” ujarnya.

Tambah beliau, tinjauan Ilham Centre mendapati umum melihat jentera Ku Li lebih sederhana walaupun Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS pusat Datuk Abdul Halim Abdul Rahman mengaku bahawa PAS turun ke Galas sebagai “underdog”.

“Umno lebih ‘underdog’ kerana BN nampaknya tidak mobilisasi jenteranya secara besar-besaran seperti dalam beberapa pilihan raya lalu mungkin kerana Ku Li tidak ada keistimewaan untuk memberi habuan politik kepada sesiapa sahaja yang membantunya.

“Tetapi dalam keadaan begitu, jenteranya (BN) menghadapi jentera negeri yang dipimpin oleh seorang yang dianggap tokoh penyusun strategik seperti Ustaz Halim,” kata beliau.

Malah kata beliau lagi, tinjauan Ilham Centre turut melihat jentera-jentera PAS yang datang dari luar seakan tidak selesa dengan beberapa pemimpin utama di markas induk PAS. Bercakap soal calon pula, katanya, pengundi lebih selesa dengan pendekatan sederhana BN berbanding PAS.

“Calon Umno walaupun tahap kelulusannya dipertikai oleh PAS, tetapi pengundi-pengundi tidak termakan dengan serangan-serangan sebegitu kerana dia (Abdul Aziz) adalah calon BN dari (kalangan) anak tempatan.

“Nampaknya, dalam hal ini PAS terperangkap walaupun PAS mempunyai pengalaman mempertaruh seorang ‘Tok Peraih Ikan’ (tauke ikan) sahaja pada pilihan raya kecil Manik Urai (tahun lalu),” ujar beliau.

Tinjauan Ilham Centre juga berpendapat bahawa sepatutnya PAS mempunyai lebih banyak kelebihan kerana calon taruhannya Dr Zulkefli pernah bertanding di kerusi Parlimen Gua Musang sebanyak dua kali.

“Dua kali Dr Zul bertanding di Gua Musang, tetapi nampak kehadirannya masih gagal menyaingi Ku Li dan calon ‘underdog’ BN (Abdul Aziz),” ujarnya.

“Popularti Dr Zulkefli kalau dalam kajian kita sebelum ini 60 peratus pun, sebenarnya ia secara umum tidak menumpu pada soal positif atau negatif,” katanya.

Bagaimanapun, beliau mengakui bahawa pengundi-pengundi yang ditemui memberi maklum balas positif tentang Dr Zulkefli. Beliau turut mengaku, tinjauan Ilham Centre turut merumuskan bahawa kekalahan kali ini tidak menjejaskan populariti positif Nik Aziz.

“Sebenarnya Tuan Guru ‘OK’ tetapi rakyat nampaknya tidak puas hati kenapa adik-beradik Tok Penguhulu tertentu saja yang dapat habuan daripada kerajaan negeri.

“Sehingga hari-hari akhir, isu pentadbiran kerajaan negeri seperti Ladang Rakyat, kifalah, pemberian tanah masih gagal diselesaikan,” ujarnya. (Sumber The Malaysian Inwider)

kuti kisah PRK dari mula dan seterusnya.
PRK DUN GALAS

Kalah P'raya Bukan Perjuangan Tidak Benar -PAS

Perutusan Presiden PAS

SAYA mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua jentera PAS di semua peringkat, ahli-ahli yang membantu daripada segi tenaga dan wang ringgit dalam menghadapi pilihan raya kecil Dun Galas dan Parlimen Batu Sapi.

Begitu juga dengan jentera Pakatan Rakyat, DAP dan PKR yang tidak penat membantu dalam keadaan kita berhadapan serangan dahsyat jentera lawan.

Walaupun kita menghadapi kekalahan di kedua kerusi ini, namun ia tidak mematahkan semangat untuk terus berjuang menentang kebatilan BN di masa hadapan.

Apapun pilihan raya ini telah membuktikan kepada rakyat keteguhan Pakatan Rakyat dalam berhadapan dengan usaha musuh hendak memecahbelahkan Pakatan.

Kekalahan bukan bermakna perjuangan kita suatu yang tidak benar, sebaliknya lawan kita menguasai segala jentera kerajaan dan berjaya memanipulasi keadaan sehingga mereka beroleh kemenangan.

Namun kita tidak menolak untuk mengkaji segala kelemahan di pihak kita yang perlu diberi perhatian. Semoga ia akan menjadi lonjakan kepada kita bagi berhadapan dengan pilihan raya lebih besar tidak lama lagi.

Sekali lagi saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh jentera PAS dan Pakatan Rakyat, para penyumbang wang ringgit dan tenaga, pengundi-pengundi yang setia mengundi Pakatan, semoga usaha tuan-tuan akan diberkati Allah SWT.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang,
Presiden PAS.

Ikuti kisah PRK dari mula dan seterusnya.
PRK DUN GALAS

Galas: 51% BN, 42% PAS, Mengapa Yang 7%


ANALISIS, 5 Nov 10: Tinjauan The Malaysian Insider di kalangan sekumpulan pengundi menjelang hari pengundian mengetengahkan penemuan — 51 peratus akan mengundi Barisan Nasional (BN) manakala 42 peratus memihak PAS. Baki tujuh peratus belum membuat keputusan sehingga ketika itu.

Hasil tinjauan tersusun ini memperlihatkan kelainan berbanding keputusan pilihan raya umum 2008. Pada 8 Mac 2008, calon yang bertanding kali ini — Dr Zulkefli Mohamad — walaupun bersaing di peringkat Parlimen tetapi memperoleh undi terbanyak dari DUN Galas berbanding calon Barisan Nasional (BN) Tengku Razaleigh Hamzah.

Malam tadi, BN memperoleh 56 peratus undi manakala PAS 43 peratus dengan pergerakan sokongan yang tidak membuat keputusan sehingga Isnin lalu — lima peratus kepada BN dan satu peratus buat PAS.

Perbualan dengan pengundi-pengundi yang ditinjau juga menghasilkan beberapa penemuan mengejutkan apa sebenarnya berlaku di Galas khususnya di Kelantan.

Melihat kepada keputusan pilihan raya kecil Galas yang memihak BN kepimpinan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat nampaknya terpaksa menilai kembali punca kekalahan parti Islam itu. BN merampas semula kerusi DUN Galas melalui calonnya Abdul Aziz Yusoff yang menewaskan calon Dr Zulkefli.

Aziz mendapat 5,324 iaitu 56 peratus manakala Dr Zulkefli menerima 4,134. Undi rosak sebanyak 132. PAS kemerosotan kira-kira 200 undi. Aziz merekodkan majoriti 1,190 undi — hampir dua kali ganda berbanding kelebihan undi dicatatkan oleh PAS pada 8 Mac 2008. Jika dilihat dari aspek kempen pilihan raya nampaknya strategi yang diguna pakai PAS gagal untuk mendapat sokongan pengundi Galas.

Sepanjang kempen pilihan raya kecil berlangsung PAS melalui ceramah yang diadakan lebih memberikan fokus terhadap isu-isu nasional yang langsung tidak memberi kesan kepada pengundi di DUN Galas. Malah Dr Zulkefli yang juga pemangku Yang Dipertua PAS Gua Musang dilihat gagal untuk mendapatkan sokongan dan kepercayaan daripada 11,553 pengundi berdaftar.

Sebenarnya jika dilihat dari aspek parti, PAS mempunyai kelebihan berbanding BN kerana PAS memerintah Kelantan. Namun dek kerana kegagalan menyelesaikan masalah yang dibangkitkan rakyat ia menyumbang kepada kekalahan PAS. Kekalahan PAS juga bukan hanya disebabkan kegagalan menyelesaikan masalah rakyat, namun termasuk kempen yang tidak berkesan.

Jika hendak dibandingkan dengan pendekatan yang digunakan BN nampaknya ia lebih berkesan. Tengku Razaleigh, Pengarah Pilihan Raya BN DUN Galas, sepanjang kempen pilihan raya memberikan tumpuan terhadap ‘sentuhan peribadi’ antara beliau dan juga pengundi.

Malah perwatakan Aziz yang nampak “gila-gila”, mudah mesra dan peramah dilihat menyumbang kepada kemenangan BN di Galas. Setiap kali lawatan menemui pengundi Aziz mendapat sambutan yang amat menggalakkan dek kerana sikap yang peramah dan sentiasa tersenyum. Jika dilihat daripada hasil kemenangan yang diperoleh membuktikan strategi yang digunakan itu lebih berkesan daripada ceramah-ceramah besar yang dilakukan PAS.

Kemenangan BN dalam pilihan raya kecil ini jelas membuktikan rakyat mahukan satu perubahan dilakukan di Gua Musang yang gagal disempurnakan kerajaan negeri Kelantan sepanjang 20 tahun memerintah. Jika kemenangan ini merupakan satu kebangkitan untuk BN dan kejatuhan PAS di Kelantan, kepimpinan kerajaan negeri yang diketua Nik Aziz perlu mengkaji semula kelemahan yang berlaku serta melakukan perubahan besar terutamanya dalam aspek pemimpin.

Walaupun usaha untuk BN merampas semula Kelantan daripada PAS agak sukar, namun ia tidak mustahil sekiranya mereka berusaha bersungguh-sungguh. Justeru kepimpinan PAS terutamanya di Kelantan perlu lebih serius dalam menangani kekalahan di DUN Galas, banyak perkara perlu dilakukan untuk memastikan parti Islam itu terus relevan dan diterima rakyat.

Malah PAS Kelantan juga perlu melakukan perubahan besar dalam struktur kepimpinannya. Walaupun sudah 20 tahun PAS memerintah Kelantan tetapi sekuat mana parti sekiranya tidak dapat menyelesaikan masalah rakyat lambat-laun ia akan ditolak juga. Apa yang lebih penting sekarang kelebihan memihak kepada BN dan PAS kini terpaksa akur dengan keputusan yang diumumkan semalam.

PAS kini bakal berhadapan dengan satu lagi rintangan dalam usaha untuk mempertahankan Kelantan daripada dirampas BN. Perubahan perlu dilakukan, struktur kepimpinan PAS Kelantan perlu diubah, masalah rakyat perlu diselesaikan dan keyakinan rakyat kepada PAS perlu dikembalikan. Justeru dalam perkara ini Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS perlu berfikir dan berbincang dengan bersama pemimpin parti untuk mencai jalan penyelesaian.

DUN Galas mempunyai 11,553 pengundi berdaftar. Seramai 9,555 pengundi atau 82.71 peratus keluar mengundi pada pilihan raya kecil DUN Galas berbanding 81 peratus pada pilihan raya umum 2008. Pun begitu perlu diakui PAS tidak hilang sokongan dalam jumlah besar, cuma ditinggalkan dalam jurang majoriti. Walaupun ia kerajaan negeri nampaknya PAS berhadapan dengan halangan dan rintangan di Galas khususnya Gua Musang. Satu lagi pengalaman buat PAS dan BN mengapa masing-masing gagal dan menang semalam. (AK)

Ikuti kisah PRK dari mula dan seterusnya.
PRK DUN GALAS

Galas: Faktor Tanah & JHEOA -Pengarah JPR PAS



GUA MUSANG, 5 Nov 10
: PAS melihat masalah tanah antara faktor utama menyebabkan parti itu gagal mempertahankan Dun Galas pada pilihan raya kecil semalam. Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman berkata, masalah tanah masih menjadi rungutan sebahagian rakyat dan mereka juga terpengaruh dengan dakyah yang disebarkan pihak lawan.

“Usaha kerajaan negeri menyelesaikan masalah tanah tidak difahami mereka. Sedangkan usaha ke arah menyelesaikan hak milik sedang dilakukan dan tentunya mengambil masa untuk diselesaikan.

“Keadaan menjadi tambah keliru kerana ada pihak membangkitkan pelbagai isu mengenai tanah biar pun penjelasannya mengenainya sudah diberi kerajaan negeri,” katanya di sini, malam tadi.

Selain itu juga faktor beberapa agensi kerajaan termasuk Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA), tentera dan Rela yang berkampung di penempatan Orang Asal sejak 15 Oktober lalu menyebabkan pergerakan penduduk tempatan terbatas. Malah katanya, agensi kerajaan pusat terbabit mengawal ketat pergerakan pihak lain yang memasuki penempatan berkenaan.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob sebelum ini memberitahu ketika kerajaan negeri menganjurkan program penyampaian surat peserta penempatan berkelompok kepada penduduk Orang Asal, agensi kerajaan terbabit membawa keluar sebahagian penduduk mengelakkan mereka hadir ke program terbabit.

Abdul Halim yang juga anggota parlimen Pengkalan Chepa berkata, kemerosotan juga berlaku terhadap pengundi Cina terutamanya di saluran pengundi muda. Bagaimanapun katanya, pengundi di saluran satu dan dua masih kekal bersama PAS.

Manakala pengundi atas pagar pula dilihat lebih cenderung kepada BN sehingga menyebabkan banyak undi PAS terjejas. “Isu pembangunan Ladang Rakyat juga menjadi isu di kalangan rakyat di mana ramai yang masih keliru,” katanya. (AK)

Ikuti kisah PRK dari mula dan seterusnya.
PRK DUN GALAS

Mengapa Video Al-Awlaki Dihapus YouTube?

Muslimah Inggris Tikam Anggota Parlemen Setelah Mendengarkan Ceramah Syaikh Al-Awlaki

KL 5 NOV 10: SEJUMLAH klip yang menampilkan ceraman Syaikh Anwar al-Awlaki telah dihapus dari situs berbagi video, YouTube tadi malam (3/11/10). Namun seruan jihad lainnya seperti seruan untuk berperang terhadap non-Muslim masih tetap ada.

Sebuah pencarian google untuk salah satu video Syaikh al-Awlaki, 44 cara untuk mendukung jihad, di Google membawa lebih dari seratus hasil dari YouTube. Dua dari tiga hasil teratas kini telah diblokir walaupun sebagian besar sisanya masih tersedia. Pengguna yang mengklik konten dihadapkan dengan pesan yang mengatakan "video ini telah dihapus karena isinya melanggar ketentuan pelayanan YouTube."

YouTube mengatakan pedoman komunitasnya "melarang aktivitas berbahaya atau ilegal seperti pembuatan bom, pembicaraan kebencian atau hasutan untuk melakukan tindakan spesifik dan kekerasan serius". Sebuah sumber di Google, yang memiliki situs berbagi video, menegaskan bahwa staf telah mulai mencatat video al-Awlaki setelah diberitahu oleh laporan Telegraph.

Masalah ini terungkap setelah kasus Roshonara Choudhry yang terinspirasi Al-Qaeda mencoba melakukan pembunuhan terhadap politikus di Inggris. Setelah ia dihukum karena percobaan pembunuhan kemarin (3/11), terungkap bahwa Choudhry kelahiran Inggris menjadi "radikal" setelah menonton video al-Awlaki di internet.

Begini laporannya....

Muslimah Inggris Tikam Anggota Parlemen Setelah Mendengarkan Ceramah Syaikh Al-Awlaki

RUANG sidang meletus, di protes puluhan orang kemarin (3/11/10) setelah seorang mahasiswa muslim yang mencoba membunuh anggota parlemen dituntut hukuman penjara seumur hidup dengan jangka waktu minimum 15 tahun. Roshonara Choudry (21), menikam Stephen Timms dua kali di perut setelah terinspirasi oleh seorang ulama karismatik, Syaikh Anwar al-Awlaki.

Serangannya terhadap mantan menteri tersebut dianggap sebagai serangan pertama yang terinspirasi Al-Qaeda untuk membunuh politisi di Inggris.



Choudry menjadi seorang "radikal" setelah membaca literatur yang ditulis oleh Syaikh Al-Awlaki.



Keterangan gambar : Roshonara (pojok kiri bawah) menarik pisau sebelum menikam Stephen Timms saat berkunjung ke operasi konstituensi

Muslim Inggris melakukan aksi unjuk rasa di depan Old Bailey setelah putusan penjara seumur hidup diberikan kepada Roshonara. Pemuda Muslim yang berada dalam gambar diusir dari ruang persidangan setelah mengutuk hakim dan mengancam juri. Setelah kalimat itu berlalu, sekelompok orang mulai berteriak "Allahu Akbar!" "Inggris pergi ke neraka". Demonstrasi juga berlangsung di luar ruang sidang.

Pisau Choudhry menikam Timms saat ia mengadakan operasi konstituensi di pusat komunitas Beckton Globe di timur London pada 14 Mei, setelah Choudhry menonton khutbah jihad online oleh Syaikh Anwar al-Awlaki. Mr. Justice Cooke, hakim dalam persidangan mengatakan "Kau bilang itu layak. Kau bilang kau ingin menjadi seorang martir."

Hakim mengatakan Choudhry akan terus menjadi bahaya bagi anggota parlemen di masa mendatang. Hakim mengatakan bahwa jika Choudhry berhasil membunuh Mr. timms, ia akan memberikan hukuman seumur hidup, dia tidak akan pernah dikeluarkan dari penjara.

Dia mengatakan kepadanya : "Anda bermaksud membunuh dalam suatu alasan politik dan menyerang orang-orang pemerintah dengan melakukannya."



Baroness Neville Jones, yang menyeru untuk menghapus seluruh situs yang mendukung jihad dan anggota parlemen Stephen Timms yang ditikam Choudhry.



Choudhry dihadapan Timms yang mengenakan baju hangat merah. Sesaat setelah gambar ini ditangkap, Choudhry menikam Timms dua kali di perutnya.

"Kamu adalah intelektual muda yang cerdas yang telah menyerap ide-ide tak bermoral dan pola pikir dan perbuatan yang salah."

"Ini tidak hanya mungkin, tapi aku juga berharap bahwa kamu akan mengerti sifat menyimpang dalam pemikiran Anda, kejahatan telah Anda rencanakan dan lakukan dan bertobatlah untuk itu."

"Anda sedang tidak menderita penyakit kejiwaan. Anda cukup tenang dalam melakukannya."



Syaikh Anwar al-Awlaki diyakini berada di Yaman, menggunakan situs pribadinya untuk menyeru Muslim di seluruh dunia untuk memerangi AS yang telah memerangi Islam. Kalimatnya datang setelah menteri keamanan Inggris mendesak AS untuk menutup situs yang menampilkan video Al-Qaeda.

Baroness Neville-Jones mengatakan situs yang mencoba meradikalisasi anggota masyarakat akan "tidak diperbolehkan di Inggris" dan akan dimusnahkan. Ribuan posting menampilkan video al-Awlaki. Dalam salah satu khutbahnya berjudul 44 cara mendukung jihad, ia berkata "Jihad saat ini adalah kewajiban bagi setiap Muslim yang mampu."

Departemen Dalam Negeri telah mengonfirmasi bahwa tekanan tengah dilakukan terhadap Gedung Putih untuk memusnahkan video-video tersebut. Dalam komentar pribadi ke Institut Brookings di Washington, diperoleh oleh The Daily Telegraph, Neville-Jones berkata: "Bila Anda telah terhasut untuk membunuh, bila Anda memiliki orang-orang yang aktif menyerukan pembunuhan sesama warga dan ketika anda memiliki sarana untuk menghentikan orang melakukannya, maka saya percaya kita harus bertindak."

"Situs seperti itu tidak akan diizinkan di Inggris."

"Mereka menghasut pembunuhan berdarah dingin dan hal tersebut pasti bertentangan dengan kepentingan publik."

"Jika host mereka di Inggris maka kita akan menutupnya tapi ini adalah masalah global."

Choudhry menceritakan kepada detektif dia menyerang Mr. Timms sebagai hukuman dan pembalasan dendam untuk rakyat Irak. Setelah ditangkap dia mengungkapkan memiliki sebuah daftar sasaran politisi lain yang telah memilih untuk perang. Muslimah berusia 21 tahun ini diyakini bertindak sendiri.

Dia pernah menjadi mahasiswa Muslim moderat melihat ke depan untuk karir mengajar sebelum menonton video. Pengadilan mendengar bahwa Choudhry adalah mahasiswa universitas di King's College London yang berharap menjadi seorang guru namun keluar seminggu sebelum melakukan penyerangan.

Dosen bahasa Inggris Alan Fortune mengatakan bahwa ia seorang mahasiswa biasa yang telah diharapkan dapat mencapai gelar kehormatan kelas satu. Choudhry tinggal di rumah dengan orang tuanya, yang tidak terlalu religius bersama keempat adiknya. Hari ini, mengenakan jilbab hitam, ia berbicara hanya untuk mengkonfirmasi nama ketika dia muncul oleh link video.

Dia duduk tenang, berkedip di balik kacamatanya, saat dia melihat proses pada layar di depannya. Dia tidak muncul untuk diadili karena ia menolak untuk mengakui yurisdiksi pengadilan.



Pisau yang diambil dari Choudhry. Dia menikam Timms dengan pisau di atas. Setelah ditusuk, Timms diberikan pertolongan pertama sebelum dibawa ke rumah sakit Royal London. Dia menderita dua luka kecil di sebelah kiri hatinya, dan perforasi kecil lambung - cedera yang bisa saja mengancam jiwa karena kemungkinan kehilangan darah dan infeksi yang tidak dapat diobati.

Aku Ingin Syahid Karena Itu Cara Terbaik Untuk Mati

Choudhry diwawancarai oleh detektif Simon Dobinson dan Syed Hussain. Dalam ekstrak dari transkrip, dia mengatakan kepada mereka dia keluar pada tahun ketiga dari Jurusan Bahasa Inggris dan Komunikasi di King's College London.

Choudhry: Saya adalah mahasiswa.

Pertanyaan: Apakah Anda? OK dan apa yang mereka katakan ketika Anda keluar?

Choudhry: Mereka tidak ingin aku keluar.

Pertanyaan: Ceritakan apa yang terjadi hari ini.

Choudhry: Aku menikam Stephen Timms.

Pertanyaan: Anda menikam Stephen Timms?

Choudhry: Yap. Saya telah belajar lebih banyak tentang Islam.

Pertanyaan: Dimana saja kau belajar itu?

Choudhry: Internet.

Pertanyaan: Apa situs web yang telah Anda lihat?

Choudhry: Aku sudah mendengarkan ceramah oleh Anwar al-Awlaki.

Pertanyaan: Siapa dia?

Choudhry: Dia ulama Islam. Dia tinggal di Yaman.

Pertanyaan: Dan di mana saja kau mendengarkan ceramah ini?

Choudhry: saya download itu dari internet ... menjelaskan cerita dari Quran dan menjelaskan tentang jihad.

Pertanyaan: Apakah yang memberikan kontribusi untuk keputusan Anda untuk meninggalkan King's?

Choudhry: Ya.

Pertanyaan: Dan mana link itu ada?

Choudhry: Saya berpikir bahwa saya harus memiliki loyalitas kepada saudara Muslim saya dan saudara di Palestina dan jadi saya harus meninggalkan Raja dan yang akan menunjukkan kesetiaan saya kepada mereka.

Pertanyaan: Jadi kapan Anda memutuskan: "Dari apa yang saya pelajari, sekarang aku akan pergi dan menusuk Stephen Timms?"

Choudhry: Beberapa minggu yang lalu. Itu tiga minggu lalu, empat minggu lalu.

Pertanyaan: Bagaimana perasaan Anda sekarang tentang apa yang telah Anda lakukan hari ini?

Choudhry: Saya merasa seperti saya melakukan apa yang saya sudah rencanakan untuk melakukan.

Pertanyaan: Ceritakan pikiran Anda tentang apa yang telah Anda lakukan.

Choudhry: Saya merasa sepertinya itu layak karena jutaan rakyat Irak menderita dan saya harus melakukan apa yang saya bisa untuk membantu mereka dan tidak hanya menjadi pasif dan tidak melakukan apa-apa sementara mereka menderita.

Pertanyaan: Saya hanya ingin membahas sedikit bagaimana Anda telah pergi dari mendapatkan agama untuk menginginkan beberapa bentuk balas dendam.

Choudhry: Karena sebagai Muslim kita semua saudara dan saudari dan kita semua harus melihat keluar untuk satu sama lain dan kita tidak harus duduk kembali dan tidak melakukan apa pun sementara yang lain menderita. Kita tidak harus membiarkan orang-orang yang menindas kita untuk melepaskan diri dengan itu dan untuk berpikir bahwa mereka dapat melakukan apapun yang mereka ingin kepada kami dan kami hanya akan berbaring dan mengambilnya.

Pertanyaan: Di mana Anda mempelajari itu?

Choudhry: Dari mendengarkan ceramah.

Pertanyaan: Bagaimana perasaan Anda tentang apa yang akan dilakukannya?

Choudhry: Saya sedikit gugup tentang apa yang akan saya lakukan tapi aku merasa seperti... itu harus dilakukan dan itu hal yang tepat untuk dilakukan.

Pertanyaan: Apa, apa yang Anda pikirkan tentang membunuh setelahnya?

Choudhry: Saya ingin mati.

Pertanyaan: Mengapa?

Choudhry: Aku ingin menjadi martir.

Pertanyaan: Kenapa begitu itu?

Choudhry: Karena, erm... itulah cara terbaik untuk mati.

Pertanyaan: Siapa yang bilang begitu?

Choudhry: ajaran Islam.

Pertanyaan: Di mana Anda belajar itu?

Choudhry: Ada dalam Quran dan saya belajar dari mendengarkan ceramah.

Pertanyaan: Ceramah siapa?

Choudhry: Dengan Anwar al-Awlaki.

Pertanyaan: Mengapa Anda memilih seorang anggota parlemen untuk melakukan serangan ini?

Choudhry: Karena dia terlibat langsung dengan deklarasi perang, sehingga dia langsung melakukan kejahatan.

Pertanyaan: Apa yang Anda pikirkan tentang apa yang telah Anda lakukan?

Choudhry: Saya sudah memenuhi kewajiban saya, tugas Islam saya untuk berdiri bagi rakyat Irak dan untuk menghukum seseorang yang ingin berperang dengan mereka.

(haninmazaya/arrahmah.com/IH)

Galas: Undi Ketara Orang Asal & Libatkan JHEOA..



GUA MUSANG, 4 Nov 10: PAS akan melakukan bedah siasat terhadap kegagalan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Galas pada pilihan raya kecil yang diadakan hari ini.

Biar pun begitu jentera pilihan raya PAS Kelantan berpuas hati dengan gerak kerja kempen yang dijalankan dan bantuan jentera dari luar serta rakan-rakan dari Pakatan Rakyat.

Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Kelantan, Abdul Fatah Harun berkata, kesungguhan ditunjukkan jentera kempen begitu memberangsangkan sekali sehingga ramai tenaga dari luar datang membantu.

“Namun kita juga mengesan ada penyokong di peringkat Unit Peti Undi (UPU) tidak keluar mengundi mungkin berpunca dari masalah tertentu.

“Kegagalan mereka keluar mengundi menyebabkan prestasi pilihan raya umum lalu gagal dipertahankan,” katanya di sini.

Pada pilihan raya kecil hari ini calon Barisan Nasional (BN), Abdul Aziz Yusoff mendapat 5,324 undi, manakala calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed memperolehi 4,134 undi. BN mendapat majoriti sebanyak 1,190 undi. Dan peratusan keluar mengundi sebanyak 83 peratus.

Keputusan rasmi pilihan raya tersebut diumumkan secara rasmi oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Dun Galas, Wan Mustapha Wan Abdul Hamid. Abdul Fatah yang juga Adun Bukit Tuku berkata, faktor peningkatan ketara pengundi Orang Asal kepada BN kerana penglibatan secara langsung agensi kerajaan terutamanya Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA), tentera dan Rela di penempatan mereka.

Katanya, penglibatan secara langsung agensi kerajaan terbabit dengan mengawal sepenuhnya masyarakat Orang Asal menyebabkan mereka tidak berani memberi sokongan kepada calon PAS.

“Biar apa pun PAS akan melakukan post mortem bagi mengenal pasti punca sebenar kemerosotan undi pada pilihan raya kecil ini. Selain jentera kerajaan pusat kita perlu lihat ada faktor sampingan lain,” ujarnya. (AK)

Ikuti kisah PRK dari mula dan seterusnya.
PRK DUN GALAS

Kristianissi Dlm VCD Nasyid Cetakrompak?

HALAMAN HIBURAN


Jesus dalam Video Klip Haddad Alwi.

BEBERAPA forum dan media memberitakan adanya sesuatu yang janggal dari VCD penyanyi Haddad Alwi yang berjudul Muhammad Nabiku. Dalam klip lagu tersebut menurut laporan di akhir klip terlihat seorang anak menuliskan kalimat "Jesus" dalam bahasa latin.

Menurut pantauan Republika, VCD bajakan ini telah beredar luas di kawasan Glodok kota, Pulo Gadung, Pekan Baru, hingga Lampung. Dan banyak para penjual VCD bajakan ini yang diwawancara tidak "ngeh" akan kejanggalan dalam salah satu klip video yang mereka jual.

Banyak kalangan yang menyatakan bahawa klip video Haddad Alwi yang bertajuk Muhammad Nabiku itu telah 'disusupi' oleh misi Kristianisasi dengan menampilkan kata "Jesus" diakhir klip. Eramuslim sendiri belum pernah melihat klip video ini secara langsung kecuali dari yang ada di laman video Youtube.

Namun menurut pengamatan Eramuslim, pembuat klip telah mengubahsuai video klip dari penyayi mualaf asal Inggris Cat Steven yang sejak masuk Islam mengganti namanya menjadi Yusuf Islam.

Klip video Yusuf Islam sendiri - yang berjudul "A is For Allah", sebuah lagu lama yang diarassemen ulang - memang diakhir klip video ada menampilkan seorang anak yang meminta diajarkan menulis kaligrafi oleh seorang 'syaikh', yang di video klip itu sang syeikh dilakonkan oleh Yusuf Islam sendiri.

Dan seperti digambarkan dalam klip video A is For Allah di akhir-akhir lagu tersebut, si anak menuliskan kalimat dalam bahasa latin "Jesus" kemudian sang 'Syaikh' membalas dengan tulisan berbahasa Arab yang kalau dibaca bererti 'Isa (Nabi Isa) dan tidak sampai berhenti disitu, si anak melanjutkan menulis latin "Moses" dan syaikh itu kemudian menulis dalam bahasa Arab "Musa".

Nah, jika dalam klip video Haddad Alwi berjudul "Muhammad Nabiku" dengan membajak klip video lagu "A is For Allah" Yusuf Islam, hanya berakhir sampai penulisan kalimat "Jesus" dalam bahasa latin, boleh dipastikan memang ada 'misi' dalam pembuatan video klip bajakan tersebut. Siapa yang melakukannya? Tentu orang-orang atau kalangan yang biasa melakukan segala cara dalam mengkempenkan 'ajaran' sesatnya kepada umat Islam.(Era Muslim/AK)

Thursday, November 04, 2010

PKR: Tangguhkan Pemilihan -Calon T/Presiden



KL, 4 Nov 10
: Ketika Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersiap sedia untuk mengadakan pusingan susulan pengundian hujung minggu ini, calon timbalan presiden Mustaffa Kamil Ayub minta agar pemilihan ditangguhkan kerana banyak isu dipertikaikan belum diselesaikan.

“Justeru, bagi memastikan kelangsungan perjuangan parti yang berlandaskan keadilan untuk semua, kami mohon supaya status JPP ini digantung dan proses pemilihan parti ditangguhkan sehingga kita yakin sepenuhnya badan atau jawatankuasa pemilihan ini mengambil tindakan yang proaktif membaiki kelompangan yang ada.

“Tindakan ini perlu, supaya ianya tidak akan menimbulkan pelbagai masalah dalam proses Pemilihan Parti 2010 seterusnya,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan petang ini.

Mustaffa Kamil bersaing bersama Azmin Ali dan Datuk Zaid Ibrahim.

Pengundian tiga hari pertama mulai Jumaat hingga Ahad lalu membabitkan 68 cabang menyaksikan Azmin berada di depan dan disusuli oleh Zaid dan Mustaffa.

Cadangan agar pemilihan ditangguhkan dan diselesaikan segala isu berbangkit bukan pertama kali dikemukakan.

Ia pernah dibangkitkan oleh Mustaffa sendiri dan beberapa pihak lain sebelum dan selepas pemilihan bahagian berakhir.

Dalam kenyataan media hari ini, Mustaffa yang juga Pengerusi PKR Perak berkata, “kami juga menegaskan, bentuk tindakan yang kami lakukan ini adalah kerana kami meletakkan kepentingan parti itu di atas, malah juga untuk menjaga keharmonian dan kepentingan parti ini.”

Kata beliau, hasrat baik pendekatan parti untuk memberi kuasa memilih kepada kepada setiap anggota pastinya tergugat dan terhalang sekiranya badan atau jawatankuasa yang dilantik tidak dapat berperanan dengan sebaiknya.

“Kita tidak mahu anggota parti sendiri ditipu dan dizalimi oleh kerana kepentingan pihak tertentu sepertimana apa yang kita perjuangkan untuk memberi keadilan untuk semua.

“Suara anggota akar umbi mestilah dikembalikan dalam PKR,” katanya lagi. (AK)

Galas: Undi Cina Merosot 2-3.5% Kerana 2 Faktor -DAP

Thomas Su

KL 4 NOV 10
: DAP mengakui bahawa kempen 1Malaysia oleh Barisan Nasional (BN) berjaya membantu BN merampas DUN Galas dalam pilihan raya kecil yang berlangsung hari ini. Pengarah Pilihanraya DAP, Thomas Su berkata pilihan raya kecil hari ini juga menyaksikan kemerosotan sokongan pengundi Cina kepada Pakatan Rakyat.

Menurutnya, DAP mengendalikan tiga kawasan dalam kempen di Galas, iaitu Pulai, Kampung Baru dan Bandar Lama. Hanya dua kawasan yang bermajoriti pengundi Cina - Pulai (83.86%) ddan Kampung Baru (52.6%). Manakala Bandar Lama merupakan kawasan campuran Melayu-Cina (30.54%).

Menurut Thomas lagi, Pakatan memperolehi 1,784 undi di tiga kawasan tersebut pada 2008, tetapi merosot 206 undi atau 4.92 peratus secara keseluruhannya dalam pilihan raya kecil hari ini. "Dari angka-angka ini, kami menganggarkan undi pengundi Cina merosot 2 hingga 3.5 peratus," katanya.

"Kami mengakui bahawa undi pengundi Cina merosot, tetapi ia tidak serius, drastik atau membimbangkan," tambahnya.

Menurut analisanya, terdapat dua faktor yang menjadi punca Pakatan hilang undi pengundi Cina, iaitu kempen 1Malaysia dan peratus pengundian yang tinggi. Katanya, BN tidak pernah menggunakan parti politik Cina untuk berkempen, tetapi sebaliknya ia dilakukan menerusi apa yang dikenali sebagai "NGO 1Malaysia" untuk menarik pengundi Cina.

"Kempen ini benar-benar berbeza berbanding dalam pilihan raya kecil yang lalu. BN tidak menggunakan parti politik (Cina) untuk kempen, semuanya datang dari kumpulan 1Malaysia, yang disokong oleh pemimpin MCA.

"Setiap kali kita mengadakan ceramah besar, kumpulan itu akan mengadakan makan malam besar, ini tidak seperti trend kempen biasa pilihan raya BN."

Oleh itu, kata Thomas, peratusan pengundian yang tinggi memberi lebih banyak undi pengundi Cina kepada BN. Dengan mengambil contoh di Pulai, beliau berkata, walaupun Pakatan berjaya menambah sembilan undi, tetapi BN menambah lebih banyak undi daripada Pakatan dan menang di kawasan majoriti Cina. Pakatan kalah 25 undi di Pulai dalam pemilihan umum.

Thomas berkata, Pakatan perlu mengkaji secara terperinci untuk berdepan dengan strategi baru kempen BN di kawasan pengundi Cina. Beliau bagaimanapun mengucap terima kasih kepada semua pengundi dan ahli yang membantu DAP dalam kempen di Galas.

Dalam pilihan raya kecil DUN Galas hari ini, calon BN Abdul Aziz Yusof mendapat 5,324 undi manakala calon PAS Dr Zulkefli Mohamad memperolehi 4,134 undi. BN menang engan majoriti 1,190 undi. Pada 2008, calon PAS, Che Hashim Che Sulaima memperolehi 4,399 undi untuk menang dengan majoriti 646 undi. (AK)

PRK DUN GALAS.

BN Menang Berganda Galas & B/Sapi, PRU 13 Dekat.



KL, 4 Nov 10
: Barisan Nasional (BN) merampas balik kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan kemenangan selesa pada pilihan raya kecil yang diadakan serentak hari ini. Dalam kemenangan berganda BN juga mempertahankan kerusi Parlimen Batu Sapi di Sabah dengan majoriti dua kali ganda.

BN juga mencatatkan majoriti berganda di kedua-dua kerusi Galas dan Batu Sapi. Kemenangan dua pilihan raya kecil serentak ini dilihat memberi bayangan awal kemungkinan Datuk Seri Najib Razak akan memanggil pilihan raya umum ke-13 dalam waktu terdekat.

Di Galas, calon BN Abdul Aziz Yusoff mendapat 5,324 manakala calon PAS Dr Zulkefli Mohamad menerima 4,134. Abdul Aziz merekodkan majoriti 1,190 undi — hampir dua kali ganda berbanding kelebihan undi dicatatkan oleh PAS pada 8 Mac 2008.

Pada Mac 2008, kerusi itu ditawan oleh PAS dua tahun lalu dengan kelebihan 646 undi menerusi Che Hashim Sulaima. Keputusan diumumkan oleh Pegawai Pengurus pilihan raya kecil DUN Galas Wan Mustapha Wan Ab Hamid di Gua Musang. Pilihan raya kecil DUN Galas diadakan berikutan kematian penyandangnya daripada PAS, Chek Hashim Sulaima pada 27 September akibat barah usus.

DUN Galas mempunyai 11,553 pengundi berdaftar. Seramai 9,555 pengundi atau 82.71 peratus keluar mengundi pada pilihan raya kecil DUN Galas berbanding 81 peratus pada pilihan raya umum 2008. Kira-kira 82 peratus keluar mengundi kali ini.

Di Batu Sapi, keputusan penjumlahan undi oleh SPR menunjukkan calon BN Datin Linda Tsen mempertahankan kerusi itu dengan kelebihan 6.359 undi, juga lebih besar berbanding dua tahun lalu. Penjumlahan undi itu dilakukan di Dewan Masyarakat Sandakan. (AK)

Ikuti kisah PRK dari mula dan seterusnya.
PRK DUN GALAS.

BN Menang Di Galas & Batu Sapi.


KL 4 Nov 10: BERITA tidak resmi menyebutkan, BN berjaya menewaskan parti lawannya dengan meraih kemenangan dalam PRK di Galas dan Batu Sapi sebentar tadi. Sejauh lepas Maghrib tadi, dilaporkan BN mendahului calon PAS kira-kira 900 undi dan dijangka akan meraih kemenangan mojoriti kira-kira 2,000 undi.

Di Batu Sapi, dikatakan calon BN berjaya menewaskan kedua-dua calon lawan, yang undinya melebihi jumlah dari dua calon penentangnya itu. Siang tadi, hanya 61.47 peratus keluar mengundi di Batu Sapi atau 15,774 pengundi manakala hanya 82 peratus keluar mengundi di Galas. Jumlah ini lebih rendah berbanding jangkaan SPR di Batu Sapi iaitu 70 peratus tetapi melebihi jangkan SPR di Galas iaitu 80 peratus. (AK)

Kit Siang Kata UMNO Kafir. B/Harian Mengaku Salah.,

Lim Kit Siang
KL, 4 Nov 10: Berita Harian hari ini mengakui bahawa pihaknya telah membuat kesilapan dalam laporan mendakwa Penasihat DAP Lim Kit Siang melabelkan “Umno kafir” pada satu kempen di Galas yang beliau sendiri tidak hadir.

Akhbar harian milik Umno itu mendakwa Lim mengeluarkan kenyataan “Umno orang kafir” demi mempengaruhi pengundi kaum Melayu pada pilihan raya kecil DUN Galas yang sedang berlangsung.

Berita kontroversi tersebut melaporkan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam sebagai berkata, Lim membuat kenyataan demikian di depan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR) Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Justeru, Berita Harian hari ini melaporkan kenyataan Ali Rustam itu tidak merujuk kepada Lim yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur.

“Ucapan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dalam ceramahnya, DAP semakin berani mencampuri urusan agama Islam di peti undi Kampung Baru Hulu, Gua Musang, seperti yang disiarkan Berita Harian semalam (kelmarin) bukan merujuk kepada Penasihat DAP, Lim Kit Siang,” kata notis ralat Berita Harian yang disiarkan di halaman lapan hari ini.

Dalam notis ralat itu, Pengarang Berita Harian turut menyuarakan rasa kesal ekoran laporan tidak tepat yang dirujuk kepada Lim sebagai berkata. “Kesilapan dikesali — Pengarang,” kata notis itu lagi.

Semalam, DAP menyifatkan laporan yang disiarkan Berita Harian kelmarin sebagai tuduhan palsu. Dalam kenyataannya di lobi Parlimen, Lim menegaskan bahawa beliau tidak berada di pentas ceramah Sungai Terah, Gua Musang seperti yang dituduh Berita Harian dan Ali.

Beliau juga menafikan dakwaan Ali kononnya cuba mencampuri urusan masyarakat Islam dengan menuduh “Umno orang kafir” seperti yang dilaporkan Berita Harian. The Malaysia Insider difahamkan, penafian Lim itu dibuat selepas wakil Pemuda Umno Putrajaya Hishamudin Yahaya membuat satu laporan polis ke atasnya kelmarin.

Ekoran itu, Lim turut mengarahkan peguamnya untuk memfailkan saman ke atas Berita Harian dan Ketua Menteri Melaka.

“Yah, saya melihat permintaan maaf (tersebut), saya tidak tahu bagaimana mereka (Berita Harian) boleh tersalah lapor seperti itu, terutama Ketua Menteri Melaka.

“Kami akan membuat sidang akhbar kemudian untuk memberitahu tindakan susulan kami,” kata Lim kepada The Malaysian Insider hari ini.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Memang ada ahli UMNO yang kafir, kerana UMNO bukan parti Islam tetapi parti kebangsaan. Buktinya.. ramai. Bumiputera Malaysia Timur, Kedah bumiputera keturunan Siam dan lain-lain. Tanya UMNO! (AK)

Ikuti kisah PRK dari mula dan seterusnya.
PRK DUN GALAS

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails