Saturday, November 27, 2010

Kisah Cheng Ho Tidak Dapat Ditutup & Terus Bangkit

SURABAYA, INDONESIA 27 NOVEMBER 10: Arus kemunculan berita Lamsamana Cheng Ho diperingkat dunia tidak akan dapat ditutup, ianya akan terus muncul dan berkembang selaras dengan kebangkitan Islam se dunia. Demikan dinyatakan oleh Editor Weblog Ibnu Hasyim, Dr Mohd Hasyim sewaktu dihubungi di Surabaya sebentar tadi.

Beliau sedang melawat dua buah Masjid Cheng Ho di Surabaya, menemui Imam dan pegawai-pegawai terbabit yang terdiri dari orang-orang Tionghua Muslim.

"Terdapat juga di sana beberapa pelancong dari German, Belanda dan dari beberapa negara Erapah yang terus mengikuti perkembangan sejarah Laksamana Cheng Ho. Kerana ianya akan menjadi model kearah perkembangan Islam menguasai masyarakat majmuk dunia." Katanya.

Ditanya mengenai kekesalan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang melahirkan rasa terkilan di atas tindakan beberapa media arus perdana (Malaysia) tidak membuat liputan berhubung perjalanan program Ekspo Cheng Ho 2010,

"Kerana itulah masing-masing kena main peranan mengatasi bukan sahaja di peringkat Malaysia bahkan di peringkat dunia.. Itulah antara perjuangan tokoh-tokoh da'i Islam yang membina Masjid Cheng Ho di Surabaya.

"Bahkan masih ramai lagi yang sedang membina masjid Cheng Ho diluar Surabaya seperti yang diberitahu oleh jurucakap masjid tersebut. Musuh kita sama, cuma tempat duduknya yang berlainan. Teruskan perkenalkan Cheng Ho..." Kata Hj Mohd Hasyim.

Tuan Guru NikAziz merasmikan majlis penutup Ekspo Cheng Ho 2010 di Kelantan Trade Cantre, di Kota Bharu semalam.

Ibnu Hasyim di Masjid Cheng Ho Pasuruan Surabaya

Ikuti kisah lanjut Mohd Cheng Ho dalam..E-Buku IH-4: Ke China Bersama Datuk Husam

E-Buku IH-4: Ke China Bersama Datuk Husam


(by ASYOK KUMAR)

Kongres PKR: Protes Di Hari Pertama

PETALING JAYA, 27 Nov 10: Hari pertama Kongres Nasional PKR yang berlangsung hari ini dicemari protes aman anjuran sekumpulan kecil ahli parti itu di pintu masuk Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di sini.

Protes yang diketuai bekas bendahari PKR Selangor K. S. Kottapan disertai kira-kira 40 orang. Dalam protes itu, penyokong turut membawa kain rentang tertera “Reformasi dan Keadilan Tersangkut Kronisme”, “Keadilan Untuk Ahli?”, “No Hindraf, No Tsunami” dan “Sivaraji The Boss? Poorahh”.

Protes yang bermula 9.15 pagi berakhir 15 minit kemudian. Walaupun protes aman itu berjalan dengan lancar pada mulanya, namun berlaku sedikit ketegangan apabila ada perwakilan yang masuk campur dengan meminta peserta protes itu bersurai dan meninggalan Dewan Sivik MBPJ.

Ketegangan itu berlaku apabila ada perwakilan mendakwa bahawa penyokong yang menyertai protes itu bukan ahli PKR, sebaliknya hanya menyamar.

“Kami anggota bawahan PKR berhimpun hari ini untuk melahirkan rasa kecewa dan sedih terhadap pimpinan PKR yang terus-menerus mempertahankan salah laku Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) dan Sektariat PKR dalam mengendalikan pemilihan PKR baru-baru ini.

“Aduan dan laporan yang telah dibuat oleh ahli parti langsung tidak dilayan pemimpin sekali gus menyerlahkan sikap sebenar kepimpinan parti.

“Tindakan pemimpin tertinggi tidak mempedulikan aduan ahli bawahan ini menunjukkan seolah-olah kami tidak penting apatah lagi untuk menjaga perasaan kami,” kata Kottapan.

PKR mengadakan kongres nasional dua hari, di mana akan mengumumkan keputusan rasmi pemilihan esok. Pemilihan menggunakan sistem langsung julung kali turut tercalar dengan dakwaan kecacatan dan kepincangan dalam proses pengundian. Beliau berkata kekecewaan mula dirasai apabila ahli bertindak mengkritik, membuat aduan dan mempunyai perasaan tidak puas hati terhadap salah laku perjalanan pemilihan PKR.

“Ketidakpuashatian ini akan dianggap menyusahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim (Penasihat PKR) dan Azmin Ali (Naib Presiden PKR).

“Adakah kerana kami ahli bawahan kami tidak berhak mendapat layanan daripada pemimpin atasan? Nasihat kami kepada pemimpin tertinggi kami juga mempunyai maruah dan mesti dihormati kerana tanpa sokongan dari bawahan anda tidak akan diangkat menjadi pemimpin PKR,” katanya.

Kottapan turut memberi peringatan kepada kepimpinan PKR supaya memberikan keadilan kepada ahli di peringkat akar umbi.

“Dengan ini kami memberi ingatan kepada pimpinan parti, jika tidak mampu untuk memberi keadilan kepada ahli sendiri bagaimana kita mahu meyakinkan rakyat bahawa kita mampu memberi keadilan kepada mereka?,” katanya.

Selain protes, turut diedarkan risalah di sekitar Dewan Sivik MBPJ. Risalah empat muka surat itu mendakwa pemimpin PKR tidak bersungguh-sungguh menangani permasalahan yang dibangkitkan. (TheMalaysian Insider).

Tuesday, November 23, 2010

K'tan MoU Dengan Syarikat Gergasi China


KOTA BHARU, 23 Nov: Enam syarikat gergasi dari China, Kazahstan, hari ini telah menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan kerajaan Kelantan.

Perjanjian persefahaman yang diwakili Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Masyarakat Negeri, Datuk Husam Musa bagi pihak kerajaan Kelantan meliputi beberapa bidang khususnya pendidikan.

Selain itu, ianya juga menyentuh soal pelancongan, kesihatan (perubatan tradisional), perdagangan, kebudayaan, sains dan teknologi termasuk kesukanan. Enam syarikat atau pendidikan terbabit diwakili Universiti Antarabangsa Qinghai, yang diwakili Qi Fumin, Liu Chang Jiang mewakili Government of Zhangjiangchuan Muslim Autonomous Country Gansu Province.

Selain itu Presiden Association Dungan of Kazahstan, Zhu Yan yang mewakili China Council For The Promotion of Internantional Trade Qinghaiu Provincial Committee. Turut menjayakan perjanjian persefahaman, Ishaq Ma, Setiausaha Agung Persatuan China Muslim dan Presiden Counselor of Public Association Donggang, Junusov Abduljalil Majitovich.

Hasil perjanjian usahawama itu, rakyat Kelantan yang terpilih akan mengikuti pengajian dan kebudayaan China secara percuma di Taiwan. Ekoran perjanjian itu juga, Kelantan merupakan satu-satunya negeri di negara ini yang mempunyai hubungan terus dengan beberapa wilayah di negara China dan Asia Tengah.

Untuk itu, Kerajaan Kelantan akan meningkatkan prestasi dalam bidang ekonomi, kebudayaan Islam, pelancongan dan lain-lain lagi demi untuk kepentingan rakyatnya. Husam pada sidang medianya juga seterusnya memberitahu, tahun hadapan kerajaan negeri akan menghantar pelajar yang berkelayakan untuk mengikuti pengajian berkenaan dalam masa antara tiga minggu hingga tiga bulan.

Menurutnya lagi, Ekspo Cheng Ho yang berlangsung tidak hanya akan berakhir di situ sahaja, sebaliknya akan dilanjutkan kerjasama dalam bidang-bidang yang telah ditentukan demi untuk kepentingan rakyat Kelantan.

Lihat sebelum ini...

E-Buku IH-2: Wang Syariah: Tugas Kita Belum Selesai.

E-Buku IH-2: Wang Syariah: Tugas Kita Belum Selesai.

E-Buku IH-4: Ke China Bersama Datuk Husam

E-Buku IH-4: Ke China Bersama Datuk Husam

Perang S'ngor- Syabas Memuncak, Hentikan T/Budi




KUALA LUMPUR, 23 Nov 10:“Perang” antara kerajaan negeri Selangor dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) mula memuncak dengan agensi itu diberi notis 14 hari supaya menghentikan program Tabung Budi atas alasan ia melanggar syarat perjanjian konsesi air.

Notis bertarikh 23 November – hari ini – dikeluarkan oleh Pengarah Kawal Selia Air Selangor Nor Azmi Diron di bawah Subseksyen 12(2) Akta Pembekalan Air 1997.

“Selain menghentikan program tersebut dalam masa 14 hari, Syabas juga dikehendaki memaklumkan kepada kerajaan Selangor berkenaan pembatalan Tabung Budi.

“Pembatalan tersebut juga perlu diiklankan di dalam akhbar-akhbar utama di Malaysia,” kata Pejabat Menteri Besar Selangor dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Kata kenyataan itu, mengikut notis itu, Lesen Pembekalan Air yang diberikan kepada Syabas mengikut Subseksyen 12 (3) Akta Pembekalan Air 1997 akan dibatalkan jika Syabas gagal mematuhi arahan pembatalan program itu.

Notis tersebut juga telah mengingatkan Syabas bahawa selaku pemegang lesen, syarikat itu hanya boleh mengutip dan menyimpan caj yang masih berhutang (caj tertunggak) oleh pengguna dalam kawasan pembekalan air.

Syabas tidak boleh mengutip sumbangan daripada orang ramai bagi tujuan membayar caj bekalan air tertunggak seperti yang dilakukannya melalui Tabung Budi, katanya.

Semalam, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, kerajaan Selangor akan meminta kerajaan pusat menarik balik lesen konsesi yang diberikan kepada Syabas jika syarikat itu didapati mengutip balik kos 20 meter padu air yang disubsidi oleh kerajaan Selangor kepada rakyatnya menerusi Tabung Budi.

Khalid berkata Syabas tidak berhak mengutip derma daripada mana-mana individu pengguna air yang mendapat subsidi daripada kerajaan negeri menerusi tabung yang dilancarkan syarikat itu.

“Jika benar ada individu yang mahu mendermakan subsidi yang diberikan, mereka hendaklah memulangkannya kepada kerajaan negeri dan bukannya kepada Syabas. Syabas tidak boleh menggunakan duit subsidi itu. Duit subsidi yang saya gunakan ini ialah duit negeri untuk rakyat.

“Saya akan berbincang perkara ini dengan Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor dan pihak kewangan negeri sebab dalam perjanjian penswastaan yang dibuat bersama Syabas, kerajaan negeri tidak menyatakan Syabas boleh jalankan usaha ini (mengutip balik kos 20 meter padu air).

“Kita mahu lesen Syabas dirampas jika didapati tidak menjalankan tugas seperti yang dijanjikan dalam perjanjian penswastaan,” katanya.

Tabung Budi dilancarkan Syabas pada 24 Ogos lepas melibatkan skim yang membolehkan pengguna air membayar balik kos 20 meter padu air bernilai RM11.40, yang disubsidi kerajaan negeri kepada rakyat Selangor setiap bulan, diserahkan kepada Syabas.

Wang kutipan itu nanti akan disalurkan kepada golongan kurang berkemampuan yang tidak menerima 20 meter padu air percuma bagi mendapatkan semula sambungan air bersih ekoran kegagalan mereka membayar bil. (Sumber: The Malaysian Insider/AK)

Kisah Sebatang Pen, KL, Surabaya.

CATATAN PERJALANAN: Indo 2 -Surabaya

"PINJAM pen sebentar?" Wanita muda disebelahku minta padaku, apabila disuruh isi borang oleh paramugari dan akan berikan pada imigresyen apabila sampai di Surabaya kelak. Dia tiada pen, dia minta pinjam.

Kuberikan. Sambil dia mengisinya, aku bertanya, "Dari mana kamu, di mana Malaysia?"

"Teluk Intan."

"Melihat kepantasan kamu mengisi borang, melihat rupa dan lagak kamu, tentu kamu berkelulusan, bukan pekerja buruh atau pembantu rumah?"

"Aku kerja di saloon rambut wanita, menghias perkahwinan dan segala yang berkaitan dengan perhiasan. Orang Cina bos aku. Orang Cina ajar aku kerja sungguh-sungguh."

"Berapa hari kamu cuti?"

"Ngak cuti. Aku berhenti terus. Sudah 2 tahun aku di Malaysia. Aku rindu anak aku, baru berumur 5 tahun." Jawabnya.

"Mengapa ngak rindu suami? Kamu tinggal suami kamu?"

"Suami? Biar ngak punya suami kalau seperti dia itu, aku ditinggalkan bertahun-tahun. Anak aku pun terpaksa ibuku yang jaga. Dua tahun memberiku banyak pengalaman."

Ku korek lagi ceritanya, "Menarik tu, apa pengalaman yang boleh dikongsi bersama?"

"Kongsi? Begitu susahnya orang seperti kami, sehingga ada beberapa kawan aku terpaksa menjual diri... " Dia menceritakan pengalaman berkerja di Malaysia, bukan pengalaman rumahtangganya.

"Jual diri?, jual diri bagaimana?"

"Ada seorang temanku, dia menjual dirinya RM20,000 kepada seorang Cina. Jadi isteri dan pekerja di rumah Cina itu. Apa Cina itu suruh, dia buat. Sehingga ikut-ikutan suaminya menyembah berhala... "

"Kok, sampai begitu. Agama apa dia?" Aku terperanjat.

"Ya. Islam seperti aku.. bukan satu orang, ada lagi beberapa yang lain. Bahkan ada yang lari, bila sudah dapat wang dan tak sesuai lagi, dari suaminya itu. Kalau ada lelaki yang membuat perempuan begitu, perempuan pun bisa membuat lelaki begitu!" Jelasnya dengan bangga.

Termenung aku, ada manusia mengaku Islam begitu. Maksiat, menipu atau syirik kepada Allah.

"Kenapa? Kenapa bapak diam? Itu sebab kami sebut 'jual' atau 'beli'. Atau 'pinjam'." Katanya sambil memulangkan balik pen aku yang dia pinjam setelah habis guna. "Kenapa, apa pendapat bapak?"

"Pendapatku?" Dia mengangguk. Kataku, "Kalau suami diibaratkan barang seperti pen ini, takkan ku beri pinjam padamu lagi." Aku ambil pen itu balik.

Penerbangan sampai ke Surabaya.

'Pasti PAS!'. Ini bukan gambar di Malaysia, tetapi di Surabaya, Indonesia. Ibnu Hasyim (kanan), Hj Ramli Pembekal (tengah) dan Sdr Zulkifli (kiri). Mereka bertemu di Surabaya. Apakah PAS sudah ada di Indonesia? Ikuti catatan perjalanan selanjutnya.

Ibnu Hasyim Catatan Perjalanan
alamat e-mail: ibnuhasyim@gmail.com
Nov 19, 2010
KL/Surabaya

Pemilihan PKR: Campurtangan Serius Anwar -Badrul Hisyam


NONE

KL 22 Nov 10
: Satu laporan 'kepincangan' pemilihan PKR, antaranya mendakwa terdapat "campurtangan serius" Datuk Seri Anwar Ibrahim kini tersebar di internet.

Menurut laporan yang disediakan oleh calon ketua Pemuda PKR (AMK) Badrul Hisham Shaharin bertarikh 18 November itu, Ketua PKR cabang Kota Marudu - disebut sebagai "Dr Jurin" - melaporkan bahawa Anwar 'mengarahkannya' memberikan sokongan dan menolak calon tertentu.

Menurut laporan kepada Presiden Datuk Seri Wan Azizah Ismail itu, Anwar menghubungi sendiri Dr Jurin bagi tujuan itu.

"Di cabang tersebut juga proses pengundian telah mengambil sukarelawan JPP (Jawatankuaswa Pemilihan Pusat) dari AJK (ahli jawatankuasa) cabang yang jelas memihak dan 'mengarahkan' undi ketika proses berlansung," laporan sepuluh perkara itu dipetik.

Dalam laporan itu, Badrul yang lebih dikenali sebagai Chegubard juga mendakwa, terdapat "usaha jahat" menggunakan laman sosial dan SMS untuk memfitnahnya dan "teman-teman".

Anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR itu mendakwa, bekas ketua AMK Pulau Pinang Amizuddin Ahmat sendiri mendapat mendapat panggilan telefon dari "seorang yang dikenali orang Shamsul" yang menuduhnya membeli undi dengan harga RM30 satu undi di Sabah dan Sarawak.

Badrul Hisham ketika dihubungi mengakui ia salinan surat sebenar yang ditulisnya tetapi ia bukan aduan pertama. Bagaimanapun, katanya, surat itu seharusnya tidak didedah pada umum. Difahamkan, Badrul Hisham tewas kepada penyandang kerusi ketua AMK Shamsul Iskandar Md Akin dalam pemilihan sayap itu yang berakhir semalam. Keputusan rasmi pemilihan akan diumumkan dalam kongresnya hujung minggu ini.

Sementara itu, perkara lain yang diadukan kepada Wan Azizah antaranya:
  • Berlaku penolakan anggota JPP yang dicadangkan secara tidak munasabah, sebaliknya menerima anggota jawatankuasa itu yang "tua dan terketar-ketar" serta "buta IT".
  • Berlaku pertukaran pencalonan seperti di Tampin apabila pengkalan data parti meletakkan nama Shamsul Iskandar sedangkan menurutnya cabang itu sahih mencalonkannya (Badrul Hisham).
  • Jumlah undi melebihi daripada jumlah keluar mengundi yang dicatat pada buku daftar mengundi. Perkara itu didakwa berlaku di beberapa tempat, antaranya Kubang Pasu yang mana kehadiran anggota didakwa sekitar 70 orang tetapi kertas undi pula hampir 200 di dalam kotak.
  • Jumlah kehadiran pengundi meragukan di beberapa tempat. Laporan itu mendakwa, berdasarkan makluman anggota setempat, di Sandakan dan Libaran, paling tinggi kehadiran hanya sekitar 200 orang tetapi jumlah pengundi sehingga 900 orang.
  • Terdapat keputusan undi "yang pelik" dalam laman web parti yang tidak konsisten. Laporan itu mendakwa ada jumlah undi yang "berubah ditengah-tengah minggu".
  • Di cabang Beluran, ketua AMK cabang itu melaporkan pusat pengundian ditutup awal setengah jam, menyebabkan terdapat anggota AMK gagal mengundi.
Badrul Hisham yang juga ketua PKR Rembau turut meminta pemilihan di tempatnya sendiri dibatalkan dan dibuat semula kerana dakwaan wujudnya pengundi hanti.

"Satu penyiasatan terbuka perlu diadakan segera mengenai kepincangan yang berlaku," tulis Badrul Hisham di bahagian akhir laporan empat mukasurat itu.

"Saya masih berpegang teguh dengan disiplin parti menggunakan seluruh saluran dalaman parti. Namun saya semakin diasak ke dinding. Saya selaku anggota Parti Keadilan Rakyat mohon keadilan." (Sumber Malaysiakini/AK)

Monday, November 22, 2010

Jangan Bawa Politik UMNO Dalam PKR - Weblog Ibnu Hasyim

Saifuddin Nasution

KL, 22 Nov 10: JANGAN bawa budaya UMNO dalam PKR, apalagi dalam Pakatan Rakyat. Hal amat perlu diingatkan demi kesetabilan politik Malaysia melalui pakatan pembangkang.

Demikian kata Dr Mohd Hasyim, Editor Weblog Ibnu Hasyim sewaktu dihubungi di Surabaya Indonesia sebentar tadi. Kenyataan ini dibuat berikutan dengan pengumuman Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail yang berkata, kertas undi bagi pemilihan Majlis Pimpinan Pusat (MPP), yang disebelum ini tercalar dengan dakwaan kepincangan, telah dicuri semasa proses penghantaran ke cabang-cabang yang terlibat dalam pemilihan, semalam.

Bagaimanapun menurut Saifuddin, hanya dua kertas undi melibatkan dua cabang sahaja yang hilang.

“Kita telah mengesan dua kertas undi bagi pemilihan MPP hilang semasa proses penghantaran dari ibu pejabat ke cabang-cabang.

“Daripada dua kertas undi itu, salah satu melibatkan cabang Pandan, kedua-dua kertas undi kita kesan hilang semasa proses penghantaran.

“Bila kita sedari bahawa dua kertas undi telah hilang, kita telah memaklumkan kepada pengawas bertugas supaya tidak membenarkan kertas undi yang sama nombor siri dengan kertas undi yang hilang itu digunakan,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Beliau berkata, proses pengundian kedua-dua cabang tersebut berjalan dengan lancar dan kertas undi baru digunakan bagi menggantikan kertas undi yang hilang itu.

“Jadi pemilihan hari ini (semalam) di dua cabang itu berjalan dengan lancar dan kertas undi tersebut tidak digunakan dan ia tidak sah kerana telah dicuri.

“Kita juga sekarang sedang menyiasat siapa indivdu yang terlibat dalam kehilangan dua kertas undi ini.

“Perkara ini kita juga sudah jelaskan kepada ahli dan tiada bantahan daripada mereka,” katanya.

Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Machang percaya misteri kehilangan kertas undi itu mungkin dibuat oleh individu yang tidak senang dengan PKR dengan niat untuk mensabotaj perjalanan pemilihan parti itu.

“Malah kita percaya ia merupakan taktik untuk sabotaj perjalanan pemilihan parti, apa-apa pun kita masih menyiasat perkara ini.

“Kita juga bernasib baik kerana kehilangan dua kertas undi itu tidak menjejaskan perjalanan pemilihan hari ini (semalam). Ia juga tidak mengubah keputusan pemilihan yang berlangsung.

“Kita juga percaya kertas undi itu telah dicuri dengan niat untuk menjatuhkan imej PKR dan membayangkan bahawa pemilihan PKR ini berlaku dalam keadaan kucar-kacir. Tapi apa yang jadi persoalan bagaimana penulis blog tersebut boleh menerima kertas undi tersebut, kalau dia terima maknanya dia terima daripada individu yang mungkin terlibat dalam kehilangan dua kertas undi itu,” katanya.

Tambah Saifuddin, perjalanan pemilihan PKR hari terakhir semalam secara keseluruhan berjalan dengan lancar. Blog People’s Parliament, yang dua minggu lalu mempersoalkan kertas undi boleh dijual beli, semalam melaporkan borang pemilihan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) yang sepatutnya diserahkan kepada ahli untuk mengundi pada pukul 10 pagi tetapi diperoleh terlebih awal. Menurut blog tersebut berkata telah menerima e-mel dan gambar yang mengandungi borang pemilihan PKR.

Dalam blog tersebut turut dilampirkan borang pemilihan untuk jawatan timbalan presiden dan naib presiden. Ini merupakan kali pertama PKR mengadakan pemilihan secara langsung berdasarkan konsep satu ahli, satu undi. Menurut penghantar e-mel tersebut, borang pemilihan berwarna merah jambu itu sepatutnya hanya boleh dibuka secara rasmi pada pukul 10 pagi.

Semalam adalah hari terakhir cabang-cabang PKR mengadakan proses pengundian. Sebanyak 37 cabang melangsungkan proses pengundian iaitu 13 di Johor, tujuh di Selangor, satu di Sabah dan 16 lagi di Sarawak. Proses pengundian yang bermula 10 pagi berakhir 4 petang.

Ketika ditanya mengenai Cabang Ayer Hitam, Johor yang terpaksa membatalkan proses pemilihan kerana mendakwa tidak menerima notis mengadakan pemilihan daripada ibu pejabat, Saifuddin bagaimanapun menafikan perkara tersebut.

“Mengenai cabang Ayer Hitam, sebenarnya di sana tidak mempunyai jawatankuasa PKR lagi, ketua penaja pun tidak ada lagi, malah rekod kita juga menunjukkan tiada penaja dan komuniti di sana.

“Sebab itu kita tidak hantar notis pemilihan di sana. Jadi ibu pejabat telah berhubung dengan JPP untuk mengadakan pemilihan di Ayer Hitam dengan kerjasama PKR Johor.

“Jadi dakwaan yang dibuat adalah tidak benar, kita memang tidak jalankan persiapan untuk jalankan proses pemilihan di cabang Ayer Hitam. Selain itu, Zaid Mohd Yusof yang mendakwa sebagai ketua penaja cabang juga tidak benar, dia hanya ahli biasa sahaja,” katanya.

Zaid ketika dihubungi The Malaysian Insider petang semalam berkata, cabang Ayer Hitam terpaksa membatalkan proses pemilihan kerana mendakwa tidak menerima notis mengadakan pemilihan daripada ibu pejabat. Tambah Zaid, seramai 116 ahli PKR di kawasan itu tidak dapat menjalankan proses pemilihan kerana kegagalan pengurusan pentadbiran. Dalam pada itu, Bernama melaporkan, pemilihan MPP PKR bagi cabang Kuala Langat di Dewan Rakan Muda di Kuala Langat semalam dibatalkan.

Walaupun berlaku pembatalan, masih ada insiden yang tidak diingini berlaku sehingga ada anggota parti yang tercedera dan membuat laporan polis. Laporan polis itu disahkan Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Supritenden Nordin Manan ketika dihubungi Bernama. Bernama difahamkan pemilihan tersebut sepatutnya berlangsung pada 13 November lalu dan ditunda ke 20 November dan kemudiannya semalam.

Menurut Ketua Pengawas MPP PKR, cabang Kuala Langat, Zainol Ahmad, pemilihan itu terpaksa dihentikan akibat ada pihak tidak berpuas hati terhadap proses pengundian. Beliau berkata, pihaknya telah menerima arahan lebih kurang pukul 1.30 tengah hari untuk membatal dan menutup proses pemilihan.

Dalam pada itu, tinjauan Bernama mendapati pemilihan MPP PKR bagi cabang Tanjong Karang dan Kuala Selangor berjalan lancar. Lebih 300 anggota dari kedua-dua cabang hadir untuk mengundi calon.

Editor Ibnu Hasyim mengharap, "Semuanya akan berjalan lancar, demi kesetabilan politik pembangkang di negara ini.. Mari sama-sama berdoa.."

by ASYOK KUMAR

Sunday, November 21, 2010

Robot Bantal Cinta, Baikkah Berkreatif Begini?


JOM KREATIF
PEREKA Jerman, Stefan Ulrich bersama robot cinta funktionide.

BERLIN 21 nov 10: Sejenis robot ciptaan terbaru di Jerman boleh jatuh cinta dengan pemiliknya sekali gus mengubati kesepian berjuta-juta orang di seluruh dunia, lapor sebuah akhbar semalam.

Menyerupai sebuah bantal besar, robot itu dibuat daripada polimer aktif elektrik dan dilengkapi sensor khas yang bertindak balas terhadap sentuhan manusia untuk menunjukkan ia gembira atau jatuh cinta.

Lebih istimewa kata perekanya, Stefan Ulrich, robot yang dikenali sebagai funktionide itu boleh berubah bentuk dan memeluk pemiliknya.

Menurut Ulrich, pada masa hadapan, robot boleh menggantikan teman lelaki atau wanita bagi mengisi kekosongan hidup.

"Semakin ramai orang mementingkan kebendaan dan mereka menggunakan teknologi untuk lari daripada realiti kehidupan," kata Ulrich.

"Justeru, jika robot dan objek dapat memenuhi keperluan emosi mereka, mengapa mereka masih perlukan manusia lain?," tambahnya. - Agensi

Komen Blog Ibnu Hasyim: Berkreatif biarlah untuk kebaikan manusia, bukan melalaikan. (AK)

Lihat lagi siri kreatif.

E-Buku IH-10: 'Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik..'

Dinar/Dirham: Pusat Prejudis & Dengki, Negeri Kenapa?

KL 20 Nov 10: Tindakan kerajaan Pusat tidak mengiktiraf penggunaan Dinar dan Dirham Kelantan dibayangi sifat prejudis dan hasad dengki terhadap pemerintahan PAS, kata Dr Dzulkefly Ahmad.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu mengulas jawapan bertulis Menteri Kewangan terhadap soalan lisannya di Dewan Rakyat yang bertanya pendirian Kerajaan Pusat tentang pengenalan Dinar dan Dirham yang diterbitkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan.

Menteri dalam jawapannya mendakwa penggunaan wang emas dan perak dalam urus niaga akan menyebabkan orang ramai menanggung risiko harganya yang sentiasa turun naik. Selain itu, pengguna juga akan bermasalah untuk mengesahkan ketulenan emas atau perak serta kemungkinan berlakunya pemalsuan yang berleluasa.

"Amat malang sekali jawapan dari Menteri Kewangan adalah seperti tertera di atas.

"Ternyata apabila Kerajaan Negeri Kelantan memperkenalkan Dinar dan Dirham sebagai instrumen kewangan selain dari mata wang – ’legal tender’, kerajaan BN terus mengecam seolah-olah ia satu kesalahan.

"Prejudis itu juga terserlah dengan memaparkan pelbagai aspek negatif dan risiko yang kononnya akan menimpa rakyat dan pengguna," kata Dzulkefly yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor.

Kerajaan Kelantan melancarkan Dinar Emas pada 12 Ogos lalu atas penegasan ianya bukanlah matawang, tetapi hanyalah pengenalan kepada sistem barter trade (perdagangan pertukaran). Menurut Dzulkefly, prejudis tersebut jelas boleh dilihat apabila Tun Dr Mahathir sendiri pernah melancarkan gold coin yang dinamakan Kijang Emas keluaran Bank Negara Malaysia satu ketika dahulu.

Pada 18 Julai 2001, sekeping syiling Kijang Emas seberat 1 auns harganya ialah RM1,082. Hari ini pada tarikh 1 Julai 2010, ia sudah boleh dijual dengan harga RM4,104.

"Sungguh malang andainya pimpinan Umno terus menyimpan perasaan prejudis sehinggakan yang rugi ialah rakyat sementara kebaikan yang mahu disampaikan kepada umat terhalang kerana sikap yang sempit dan perasaan yang dilingkungi hasad.

"Pemikiran yang waras dan jiwa yang murni akan dapat mengenali betapa ’politik sempit’ dan kelonggaran pegangan kepada agama Islam akan meletakkan perhitungan kepentingan politik kepartaian mengatasi tuntutan kewajaran dan kebenaran yang dianjurkan oleh Islam," katanya.

Komen Weblg Ibnu Hasyim: Apakata Kerajaan Negeri Kedah, Selangor & Pulau Pinang? Boleh ke tunggu dan lihat sahaja? (AK)

Lihat sebelum ini.

E-Buku IH-2: Wang Syariah: Tugas Kita Belum Selesai.

Pmilihan PKR Kecoh Terus. Tak Selesai Lagi?


KL 21NOV 10: Malaysia kin melaporkan proses pemilihan PKR yang memasuki minggu terakhir kini kembali 'kecoh' apabila beberapa insiden didakwa berlaku, antaranya pertikaian dalam proses pengiraan undi. Sekurang-kurangnya terdapat dua kekecohan berlaku semalam yang melibatkan cabang di Puchong dan Hulu Selangor - kedua-duanya di Selangor.

Menurut seorang wakil calon, di Puchong malam tadi berlakunya "drama" merampas kertas undi apabila seorang calon naib presiden dikatakan tidak berpuas hati dengan proses pengiraan undi bagi jawatan itu. Ia ekoran dakwaan pengiraan pengundian tidak memihak kepadanya dan pengawas yang bertugas sewaktu pengiraan didakwa menyebelahi calon yang lain bagi jawatan yang sama.

Kejadian perang mulut antara kedua-dua pihak itu akhirnya memaksa pihak pengawas di situ meminta bantuan polis untuk menteramkan keadaan dan mengiringi pegawai pemilihan membawa pulang kertas undi ke ibu pejabat PKR di Petaling Jaya.

Sementara itu, di cabang Hulu Selangor pula, media melaporkan sekumpulan ahli PKR bertindak menghalang kereta yang membawa kertas undi daripada memasuki pekarangan sebuah dewan pengundian di Kuala Kubu Bharu semalam. Lebih 100 orang dilaporkan berkumpul bagi membantah pemilihan peringkat cabang yang tidak tidak dibuat serentak dengan pengundi Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR.

Sehubungan dilaporkan berlakunya insiden tolak menolak dan pertikaman lidah antara individu kumpulan terbabit dan anggota Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR. Di cabang Ayer Hitam di Johor pula hari ini terdapat dakwaan pemilihan tidak dapat dijalankan susulan dakwaan notis mengadakan pemilihan tidak diterima daripada ibu pejabat.

Ketua penaja cabang Zaid Mohd Yusof berkata, walaupun beliau menerima SMS daripada pengawas pemilihan pada pukul 1 pagi tadi memaklumkan proses berkenaan akan dijalankan, tetapi pihaknya enggan mengadakannya. Ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini, Zaid mendakwa, ini kerana ia " tak ikut prosedur".

"Sepatutnya kamu beritahu lebih awal," kata ketua cabang yang masih lagi ditahap penajaan.

Sementara itu, muncul juga dakwaan terdapatnya kebocoran kertas undi hari ini sebelum pusat pengundian dibuka pada jam 10 pagi tadi. Memetik sumber dakwaan itu disiarkan oleh sebuah portal berita dan laman blog seorang peguam Haris Ibrahim yang pernah membuat dakwaan hampir sama sebelum ini.

Daripada gambar yang dimuatkan, kertas undi untuk jawatan timbalan dan naib presiden itu berwarna merah jambu, lengkap gambar calon dan mempunya nombor siri. Malaysiakini turut dimajukan e-mel daripada seorang yang tidak dikenali membuat dakwaan yang sama. Ketika dihubungi bagi mendapatkan butiran lanjut berhubung dakwaan itu, individu itu mendakwa memperoleh "dua set" kertas tersebut yang diberikan padanya.

Ditanya bagaimana beliau yakin bahawa ia bukan kertas lebihan yang dicetak, dia menjelaskan "tiada lebihan" dicetak dan kesahihannya boleh disemak dengan PKR melalui nombor siri yang tertera.

Mengakui tidak dapat membuktikan kebocoran itu ekoran tindakan pihak tertentu yang mahu menambah undi, dia berkata kemungkinan itu ada. Malaysiakini sedang berusaha mendapatkan penjelasan dan komen daripada ibu pejabat PKR berhubung dakwaan-dakwaan itu.

Hari ini, sekurang-kurangnya 37 lagi cabang menjadi yang terakhir melangsungkan pemilihannya di seluruh negara. Keputusan pemilihan akan diumumkan minggu depan dalam kongres tahunnya di Petaling Jaya. (AK)

Cheng Ho Ikon Hubungan Kaum Malaysia, Husam Musa

Cheng Ho & Catatan Perjalanan Ke China

Ekspo Perdagangan Antarabangsa China - Kelantan - Cheng Ho 2010
Tarikh: 21 - 26 November 2010
Lokasi: Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan
Semua dijemput hadir
Ikuti siri catatan perjalanan ke China...
E-Buku IH-4: Ke China Bersama Datuk Husam






e-Buku IH-4 Catatan Perjalanan.
'Bersama Datuk Husam Ke China'.



KOTA BHARU, 20 Nov 10: Cheng Ho perlu dikenang sebagai ikon penting dalam sejarah manusia yang menjadikan perjuangan untuk keamanan dan kemakmuran bersama jauh mengatasi kepentingan puak dan bangsa.

Pengerusi Ekspo Cheng Ho yang sedang berlangsung di Kota Bharu, Datuk Husam Musa berkata watak besar dari China ini akan pasti dikenang kerana jasanya dalam memperkenalkan nilai persahabatan dan kebajikan yang membelakangkan persoalan puak, agama dan keturunan dalam membangunkan tamadun.

"Cheng Ho yang mewakili kerajaan China yang amat berkuasa pada zamannya sentiasa merendah diri dengan memberi hadiah, membawa khidmat perubatan dan mengajak berkongsi teknologi baru dengan raja-raja dan rakyat yang dilawatinya di seluruh dunia," kata beliau ketika menutup Seminar Cheng Ho dan penyebaran Islam di Asia Tenggara di Balai Islam Lundang, hari ini.

Seminar sehari itu menampilkan Prof Tan Ta Sen (Singapura), Prof. Hum Sin Hoon dan Mr. Zheng Zi Hai membentangkan kertas kerja masing-masing, manakala Prof. Madya Obaidellah Mohamad bertindak sebagai moderator.

Menurut Husam, semangat Cheng Ho perlu disuburkan semula dalam situasi masyarakat Malaysia yang dibina dengan kecurigaan perkauman selama berpuluh-puluh tahun.

"Kita mahu membina masyarakat baru, yang bersatu atas nilai-nilai tinggi, mengutamakan kebenaran, kebajikan, perkongsian dan semangat tolong menolong dan meninggalkan konsep mengapi-apikan perkauman sempit," ujarnya.

Bangsa, kata beliau memang sesuatu yang tidak mungkin hapus, namun asas persahabatan perlu dibina dengan asas yang lebih kukuh sebagaimana ditunjukkan oleh Cheng Ho.

"Cheng Ho beragama Islam, dia boleh berkhidmat memimpin armada milik maharaja China yang bukan Islam dan mengendalikan puluhan ribu angkatan laut yang memiliki pelbagai latarbelakang.

"Situasi ini tidak mungkin terjadi jika kita terbawa-bawa dengan pemikiran sempit perkauman dan tidak mengutamakan persahabatan dan kepentingan bersama," ujar beliau.

Ekspo Cheng Ho kata beliau, bukan sekadar mendominasi urusan perniagaan dan perdagangan tetapi juga meliputi pertukaran budaya dan pendidikan.

"Pelbagai pertunjukan tempatan dan antarabangsa di bawa bersama ekspo ini bagi menunjukkan mereka yang memiliki keyakinan diri yang tinggi mampu menjulang kecemerlangan dalam apa jua bidang," katanya.

Beliau turut mengumumkan beberapa pihak di negara China telah bersetuju untuk mengadakan program pertukaran pelajar dengan Kelantan.

"Kita telah diberi beberapa tempat untuk belajar di beberapa pusat pengajian dengan pembiayaan sepenuhnya oleh masyarakat di sana," tambah beliau. (AK)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Perkembangan Islam sampaian Laksamana Cheng Ho tidak sesempit Islam yang dikelabui oleh UMNO. Cheng Ho ikon hubungan kaum di Malaysia melalui Islam, bukan melalui asobiah kaumiyahUMNO..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails