Saturday, December 18, 2010

Renjis Tepung Tawar Syar'ie Atau Tidak -Nizar Jamaluddin

KL 18 Dis 10: Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin (gambar kanan) mencabar penjelasan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria hari ini, yang tetap mempertahan tindakan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dalam isu ancak sebagai tidak khurafat.

Nizar yang juga bekas Menteri Besar Pakatan Rakyat negeri itu berkata, penjelasan yang dibuat Harussani itu tidak lebih dari menjaga kepentingan pihak tertentu.

"Yang saya bangkitkan dalam sidang Dun baru-baru ini ialah saya menuntut penjelasan mufti sama ada upacara yang dilakukan Zambry itu syarie atau tidak.

"Tak kisah la letak ancak ke (gambar atas), renjis tepung tawar ke, yang penting syarie atau tidak," katanya kepada Harakahdaily semasa dihubungi, hari ini.

Biarpun dipertikai banyak pihak, Harussani seperti dilapor sebuah akhbar hari ini, bertegas bahawa tindakan Menteri Besar BN Perak itu, termasuk merenjis dan menepung tawar dalam upacara memasang ancak tiang seri baru-baru ini adalah amalan biasa dalam masyarakat Melayu dan tidak bercanggah dengan syarak.

Penjelasan terbaru itu dibuat Hasrussani selepas Nizar yang juga Adun Pasir Panjang membangkitkan semula perkara itu pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) baru-baru ini.

"Semasa saya bangkitkan dalam sidang Dun itu, Zambry cuba alih isu kata saya tuduh dia pasang ancak, sedangkan kata dia, dia hanya tepung tawar.

"Saya nak tahu syarie ke tidak, dan kenapa lebih dua bulan baru mufti nak bersuara, dan mengatakan tidak khurafat?" soalnya.

Pakatan Rakyat sebelum ini mendakwa amalan meletakkan ancak tersebut adalah khurafat, bercanggah dengan ajaran Islam dan boleh menjejaskan akidah si pelakunya. Isu tersebut juga telah panjangkan oleh Dewan Pemuda PAS Perak kepada Sultan Perak, selaku ketua agama negeri.

Biarpun banyak pihak berpendirian sama, namun hanya Harussani setakat ini dilihat lantang mempertahan tindakan Zambry itu. Nizar sebelum ini turut mempertikai tindakan Harussani yang dilihat cepat menghukumkan 'haram' kepadanya dan Adun Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim kerana berada di majlis nyalaan lilin sebagai memprotes ketidakadilan dalam kes kematian pembantu exco Selangor, Teoh Beng Hock.

Lebih malang kata Nizar, tindakan menghukum yang dibuat Harussani itu tanpa mendengar penjelasan dari mereka berdua dahulu. Berbeza dalam kes Zambry, Harussani katanya dilihat seperti terdesak dalam mengeluarkan 'fatwa'nya sehingga memanggil dan mendengar penjelasan Menteri Besar Perak itu.

Namun menurutnya, hasilnya adalah seperti dijangkakan, iaitu perbuatan Zambry itu 'dihalalkan' oleh Harussani. Tindakan Harussani itu, katanya lagi bukan sahaja boleh mengelirukan umat Islam di negara ini, malah turut mencalarkan kredibiliti ulamak termasuk mufti.

"Saya waktu isu nyala lilin itu, bukan menteri besar lagi pun.

"Tapi kes Zambry ini kesannya sangat besar sebab dia exco agama, menteri besar lagi, ada doktor falsafah yang didakwa dalam bidang agama dan juga ada penasihat agama.

"Lebih bahaya, perbuatan dia itu dibuat di dalam kawasan kampung yang sekaligus memberi gambaran amalan itu boleh terus diamalkan dan tidak khurafat," katanya.

Selain itu, Nizar juga mahu Harussani menyatakan pendirian berhubung isu Zambry membenarkan bomoh mengasapkan kemenyan di dalam dewan persidangan Dun yang pernah dibangkitkan oleh Khalil Idham. Khalil Idham kini dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan ekoran membangkitkan perkara itu. (AK)

AS Bakal Ada Presiden Gay -Jimmy Carter


JIMMY CARTER


WASHINGTON 19 DIS 10: Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-39, Jimmy Carter percaya bahawa negara itu bakal mempunyai seorang presiden homoseks pada masa hadapan, lapor sebuah akhbar semalam.

Beliau dalam sebuah wawancara bersama laman web Big Think memberitahu bahawa seluruh penduduk AS kini bersedia untuk memilih seorang presiden gay.

"Saya tidak pasti mengenai pilihan raya yang akan datang (pengundi memilih seorang presiden gay)," katanya.

"Namun, saya fikir dalam waktu terdekat kerana kita mula menyedari bahawa homoseksual adalah sama seperti berdepan dengan hal berkaitan kaum," tambahnya.

Menurutnya, penduduk negara ini sudah menyesuaikan diri untuk menerima seorang presiden yang mungkin wanita.

Beliau berkata, apa yang jelas, penduduk AS kini sudah menerima seorang presiden berkulit hitam dan mungkin seorang gay pada masa depan. Carter telah menjadi presiden dari tahun 1977 hingga 1981.

Barack Obama merupakan Presiden AS kulit hitam yang pertama di AS dan negara itu turut mempunyai seorang presiden yang berstatus bujang iaitu James Buchanan yang memerintah dari 1857 hingga 1861. - Agensi

Jadikan Islam Sebagai Asas PAKATAN -Nik Aziz


GEORGE TOWN, 18 Dis 10: Pakatan Rakyat yang sedang membuat persediaan untuk mengadakan konvensyen keduanya digesa meletakkan “keagamaan sebagai asas” dalam menguruskan kesepakatan politik perikatan itu, kata Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Dalam perutusan sempena konvensyen perikatan tiga parti itu yang akan berlangsung di Kepala Batas, Pulau Pinang esok, Nik Aziz berkata, pendekatan itu juga bersesuaian dengan keutamaan ajaran Islam sebagai agama perpaduan.

“..., maka Konvensyen Pakatan Rakyat perlu meletakkan keagamaan sebagai asas dalam menguruskan kesepakatan politik,” kata beliau yang juga Menteri Besar Kelantan.

Pakatan Rakyat ditubuhkan April 2008 oleh DAP-PAS-PKR tetapi pemimpin veteran itu menerajui Kelantan sejak PAS menjatuhkan Barisan Nasional pada pilihan raya umum 1990.

Nik Aziz (gambar) yang dilihat sebagai "penasihat tertinggi" PAS dan dihormati kalangan semua pemimpin Pakatan Rakyat menambah, bersempena dengan Konvensyen Pakatan Rakyat kedua kali ini, semua pimpinan dan perwakilan hendaklah mengambil pedoman dari falsafah kesepakatan menurut Islam iaitu mengutamakan peri pentingnya menjaga “hubungan sesama anggota” dalam Pakatan Rakyat.

Justeru katanya, pimpinan dan perwakilan parti komponen Pakatan Rakyat yang menghadiri konvensyen esok perlu mengambil pedoman daripada maksud al-Quran yang sewajarnya dijadikan rujukan dan penghubung dalam penyelesaian permasalahan ummah.

“Justeru ajaran Islam dan asas-asas keagamaan dapat dijadikan rujukan utama dalam menguruskan kesepakatan hubungan antara parti-parti Pakatan Rakyat,” katanya.

Bagi PAS katanya, amat meyakini bahawa Allah telah menciptakan manusia dalam sifat yang berbeza-beza. Misalnya, sepuluh manusia yang diciptakan Allah, didapati sepuluh kepala (pemikiran) yang bebeza.

“Bagaimanapun, perbezaan itu tidak akan memberi masalah sekiranya ia berpandukan ajaran Islam dan menjadikan al-Quran sebagai panduan, kerana Islam itu untuk semua kaum,” katanya.

“Sewajarnya juga kita mengambil pengajaran dari sabda Nabi Muhammad s.a.w. Maksudnya, ‘janganlah saling benci-membenci, saling iri hati dan saling membuat keracunan.

“Jadilah hamba-hamba Allah yang saling bersaudara, dan tidak boleh seorang Muslim menghindari saudaranya lebih dari tiga hari,” kata Nik Aziz.

Oleh itu menurut Nik Aziz, atas nama kesepakatan politik yang berpandukan hubungan antara parti dalam Pakatan Rakyat yang mengutamakan asas-asas keagamaan hendaklah bersetuju dan bekerjasama di dalam setiap perkara yang memberi manfaat bersama untuk ummah di Malaysia hari ini.

“Sehubungan itu, saya yakin manusia akan selamat sepanjang hidup mereka di dunia dan sejahtera di akhirat kelak sekiranya mengikut kehendak Islam yang syumul,” kata beliau.

Pakatan Rakyat dibentuk beberapa minggu selepas pilihan raya umum 2008 dan ia mengadakan konvensyen sulung 19 Disember 2009 di Shah Alam. Berikut kenyataan rasmi beliau..

KENYATAAN RASMI TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT

Harapan Konvensyen PR ke-2: Islam sebagai asas

Bersempena dengan Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-2 pada 19 di Kepala Batas, Pulau Pinang ini, semua pimpinan dan perwakilan hendaklah mengambil pedoman dari falsafah kesepakatan menurut Islam, iaitu mengutamakan peri pentingnya menjaga hubungan sesama anggota di dalam Pakatan Rakyat.

Ia juga bersesuaian dengan keutamaan ajaran Islam sebagai agama perpaduan, maka Konvensyen Pakatan Rakyat perlu meletakkan keagamaan sebagai asas dalam menguruskan kesepakatan politik.

Pimpinan dan perwakilan parti-parti Pakatan Rakyat––PAS, KEADILan dan DAP––yang menghadiri konvensyen itu nanti perlulah mengambil pedoman daripada maksud al-Quran yang sewajarnya dijadikan rujukan dan penghubung di dalam penyelesaian permasalahan ummah. Justeru ajaran Islam dan asas-asas keagamaan dapat dijadikan rujukan utama dalam menguruskan kesepakatan hubungan antara parti-parti Pakatan Rakyat.

Bagi PAS, amat meyakini bahawa Allah telah menciptakan manusia dalam sifat yang berbeza-beza. Misalnya, sepuluh manusia yang diciptakan Allah, didapati sepuluh kepala (pemikiran) yang bebeza. Bagaimanapun, perbezaan itu tidak akan memberi masalah sekiranya ia berpandukan ajaran Islam dan menjadikan al-Quran sebagai panduan, kerana Islam itu untuk semua kaum. Firman Allah SWT (surah Ali-Imran ayat 103):

Bermaksud: “...dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara...”

Sewajarnya juga kita mengambil pengajaran dari sabda Nabi Muhammad SAW:

Maksudnya: “Janganlah saling benci membenci, saling iri hati dan saling membuat keracunan. Jadilah hamba-hamba Allah yang saling bersaudara, dan tidak boleh seorang Muslim menghindari saudaranya lebih dari tiga hari.”

Demikian lagi, firman Allah SWT (surah al-Maidah ayat 48):

Maksudnya: “Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu Syariat dan jalan agama (yang wajib diikuti oleh masing-masing) dan kalau Allah menghendaki nescaya Dia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam agama yang satu), tetapi Dia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa yang telah disampaikan kepada kamu. Oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan (beriman dan beramal soleh). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka Dia akan memberitahu kamu apa yang kamu berselisihan padanya”

Oleh itu, atas nama kesepakatan politik yang berpandukan hubungan antara parti di dalam Pakatan Rakyat yang mengutamakan asas-asas keagamaan hendaklah bersetuju dan bekerjasama di dalam setiap perkara yang memberi manfaat bersama untuk ummah di Malaysia hari ini. Sehubungan itu, saya yakin manusia akan selamat sepanjang hidup mereka di dunia dan sejahtera di akhirat kelak sekiranya mengikut kehendak Islam yang syumul.

Selamat berkonvensyen, semoga berjalanlah ia dengan keberkatan Allah SWT.

TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT,
Al-Mursyidul Am PAS.
Kota Baharu, Kelantan.
12 Muharam 1432H/18 Disember 2010M.

Friday, December 17, 2010

Misteri Khemah Ini.. Pelacuran Macam Jual Goreng Pisang.


Apa misterinya khemah-khemah ini? Khemah jual goreng pisang?

KHEMAH-KHEMAH atau tenda, boleh juga disebut pondok seperti di dalam gambar di atas ini kosong di sebelah siang. Tapi malamnya agak ramai yang datang. Walaupun ada hanya beberapa botol minuman ringan di atas sebuah meja, tetapi di belakangnya dalam kegelapan samar-samar itu, terdapat ramai wanita-wanita kupu-kupu malam berterbangan. Beberapa pelanggan sedang dilayaninya.

Beca kawan lamaku berhenti di situ. "Aku nak tunjukkan sesuatu yang menarik. Boleh bapak tulis ceritanya dalam blog bapak.." kata tukang beca kawanku itu.

Dia, namanya Ismail. Aku terjumpa dengannya, beberapa hari lepas, secara kebetulan.

"Bapak kenal aku nggak?" katanya kepadaku yang sedang jalan-jalan santai, malam itu di jantung kota kecil Tanjung Balai Asahan, Medan.

Ku renung lama-lama mukanya, "Oh. Apa tak kenal?"

Baru ku ingat dia antara ramai kumpulan anak-anak muda Tanjung Balai Asahan yang bekerja di Malaysia. Kami sering berhimpun beramai-ramai depan 'Restoran Pak Ya' Keramat Permai, berbincang beberapa masalah ekonomi masa depan, kadang-kadang hingga jauh malam dan pagi. Aku sentiasa menyerukan mereka supaya pulang ke Indonesia, cari makan dan bangunkan negara sendiri. Kini dia cuba mempraktiknya, walaupun terpaksa menarik beca.

Beca kami berhenti di salah sebuah pondok tersebut, dalam kegelapan yang samar-samar itu. Berbagai alasan terpaksa diberi oleh Ail (Ismail) tukang beca itu, kerana kami singgah tapi bukan melanggani mereka. Seorang anak gadis yang sudah tentu bukan gadis lagi menghampiriku, menawarkan langgan lacur dirinya. Katanya, dia baru lepasan sekolah, masih berumur 17 tahun. Ayah asal India, ibunya dari suku kaum Batak.

"Kamu memang cantik hidung mancung.." Aku memuji dan bertanya, "Adakah ayah kamu suka kamu bekerja begini?"

"Ayah aku nggak tahu. Aku keluar bila hari gelap dan pulang lepas larut malam. Setiap hari aku sentiasa ada di rumah. Ayah aku jarang ada di rumah." Dia beralasan.

"Kamu baragama Islam?" Aku tanya. Dia terus membaca Bismillah dan awal Fatihah. Untuk meyakinkan dia tetap Islam.

Difahamkan ada kira-kira 10 buah pondok pelacuran begitu. Kira-kira puluhan pula yang persembahkan karaoke, memikat golongan remaja. Bila pelanggan menyambut jualan mereka, mereka dibawa ke bilik sewa. Sewa bilik nya dikenakan 35,000 rp (lebih kurang RM10) untuk 'sekali lalu' puluhan minit. Sewa 'tuan tubuhnya' kira-kira 200,000 rp (RM70) sepanjang beberapa minit itu. Kecuali kalau dibawa keluar atau sewa dirinya sepanjang malam, lain harganya.

Di khemah-khemah ditempat terang pula, ada dijual kueh-kueh, jagung bakar, bubur dan makanan-makanan ringan waktu malam. Lokasinya, berhampiran dengan stadium, dan padang 'kuda putih' di kota itu. Ada lagi tempat-tempat pelacuran selain di hotel-hotel, di restoran pinggir jalan seperti di kawasan perkampungan Kristian yang pernah dirobohkan oleh Front Pembela Islam (FPI) beberapa tahun lalu. Kini tumbuh se mula, bahkan ada pula dibina kolam pancing dan khemah-khemah.

Bertopengkan pancing ikan oleh remaja, menjadi tempat pelacur memancing pelanggan. Di situ tidak perlu sewa bilik lagi, memadai dikerjakan (berzina) di bawah payung yang direndahkan sedikit. Di situ, mereka bebas minum arak yang dijual di situ. Orang Islam tidak marah lagikah (seperti FPI)? Aku pernah bertanya. Nak marah apa? Hampir 100% pelanggannya dan pelacurnya adalah mengaku beragama Islam. Membanterasnya adalah sama dengan memecah perpaduan umah.. Jawab penarik beca kawanku itu.

Astaghfirullah! Pelacuran macam jual goreng pisang. Apakah kerana miskin membawa kekufuran atau kekafiran? Miskin membuat mereka jadi pelacur?

Berhampiran Teluk Nibung Tanjung Balai Asahan.

Rumah-rumah dipinggir Sungai Asahan.

Rumah milik pribumi.

Rumah milik pribumi di pinggir jalan menuju Bagan Asahan

Bot-bot Nelayan di Bagan Asahan, pribumikah taukeh-taukehnya? Yang jelas, peniaga-peniaga kecil seperti motosikal di gambar ini (lihat buluh di belakang motosikal) penjual minuman nira, kereta surung penjual bakso (di sebelahnya) adalah milik bangsa pribumi.

Kita sambung catatan perjalanan ini lagi.

Ibnu Hasyim Catatan Perjalanan
alamat e-mail: ibnuhasyim@gmail.com
17 Dis, 2010
Surabaya.


Lihat catatan perjalanan di Tanjung Balai sebelum ini.

Bab I
Bab II
Bab III

Siri catatan perjalanan ini...

Sime Darby Rugi Kerana Langgar Peraturan, -SPRM, SC

KL17 Dis 10: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Sekuriti yang menamatkan siasatan mereka mendapati ada unsur-unsur “pelanggaran” peraturan —menyebabkan Sime Darby Berhad mengalami kerugian lebih RM2 bilion baru-baru ini.

“Dengan berdasarkan laporan, SPRM dan Suruhanjaya Sekuriti telah bekerjasama untuk mengenal pasti pelanggaran peraturan yang didakwa wujud dalam maklumat yang didedahkan dalam laporan itu.

“Selepas selesai menjalankan siasatan ini, SPRM dan Suruhanjaya Sekuriti yang bermesyuarat awal minggu ini bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk berkongsi penemuan kes pecah amanah di bawah Kanun Jenayah dan Akta Syarikat dan laporan ini telah diserahkan kepada PDRM dan SSM untuk tindakan lanjut,” kata SPRM dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan hari ini.

Siasatan itu dijalan berdasarkan laporan yang diserahkan Sime Darby Berhad pada 20 September lalu.

Laporan yang dinamakan Laporan Siasatan Kajian Komuniti Sime Darby bertarikh 20 September disediakan oleh audit forensik dan konsultan yang dilantik ahli lembaga Sime Darby.

“Ini adalah penghormatan bagi empat projek utama dalam Bahagian Tenaga dan Utiliti Sime Darby yang melibatkan projek terbabit ialah Qatar Petroleum, Maersk Oil Qatar (MOQ), sebuah projek membabitkan pembinaan kapal serta projek empangan hidro elektrik Bakun.

“Dengan berdasarkan laporan, SPRM dan Suruhanjaya Sekuriti telah bekerjasama untuk mengenal pasti pelanggaran undang-undang yang didakwa wujud dalam maklumat yang didedahkan dalam laporan itu.

Kenyataan itu turut mengatakan bahawa pihak berkuasa akan bekerjasama untuk memastikan siasatan itu dapat dijalankan dengan telus dan holistik.

SPRM masih menyiasat perkara itu di bawah Akta Anti-Rasuah 1997 dan Akta Pencegahan Rasuah 2009 masih lagi berjalan, sementara Suruhanjaya Sekuriti telah memulakan siasatan di bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan 2007.

Sementara itu, Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Malaysia juga sedang meneliti dan mengenalpasti pelanggaran yang melibatkan syarat-syarat penyenaraian dan akan mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada individu yang terlibat.

Difahamkan SPRM dan Suruhanjaya Sekuriti telah menerima laporan audit forensik selepas Sime Darby merekodkan kerugian RM2.1 bilion, jumlah paling tinggi bagi mana-mana konglomerat di Malaysia.

Laporan audit forensik itu sepatutnya dikeluarkan September lalu, tetapi lembaga memutuskan untuk merahsiakan dulu sebelum dipanjangkan kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut dan meneliti kemungkinan tindakan ke atas bekas pegawai-pegawai kanan syarikat itu. (The Malaysian Insider)

Taib Mahmud Terbabit Tanah NCR RM90 Juta?

KL 17 DIS 10: Laman sesawang Sarawak Report terus mendedahkan pembelian tanah yang mencurigakan membabitkan Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan keluarganya. Kali ini, membabitkan kawasan sekitar Sri Aman dan dikatakan bernilai dehingga RM90 juta. Tanah 8,800 hektar itu terletak di daerah Bijat di Sungai Tisak, timur dari Kuching.

Mengikut kumpulan pejuang pribumi, Sadia Native Customary Rights (NCR) tanah itu kepunyaan masyarakat Iban.Sadia melaporkan 15 komuniti Iban menduduki tanah itu akan terjejas apabila tanah berkenaan dikatakan akan diberi secara percuma kepada anak lelaki Taib, Mahmud Abu Bekir Taib, dijual kepada Felcra untuk penanaman semula kelapa sawit.

“Masyarakat tempatan Iban berkata pembalak masuk ke kawasan mereka tanpa sebarang makluman empat bulan lalu. Mereka baru menyedari apa yang terjadi dan sekrang ini benar-benar berang.

“Tiada sesiapa yang memberitahu mereka siapa sebenarnya pembalak itudan mereka juga tidak tahu mengenai pembabitan rancangan anak Taib yang mahu menukarkan kawasan itu menjadi ladang kelapa sawit,” lapor laman sesawang itu, Rabu lalu. Katanya lagi, Pejabat Tanah Daerah, beberap hari lalu mengeluarkan surat kepada 16 ketua masyarakat Iban memanggil mereka untuk bermesyuarat tanpa dimaklumkan agendanya. NONE

Menurut Sarawak Report, ketua-ketua Iban itu percaya mesyuarat adalah berkaitan dengan pengambilan tanah mereka sambil berkata tanah mereka juga dirampas dua tahun lalu. Laporan itu mendakwa perjanjian yang dibuat pada Disember 2008 di mana Jabatan Ukur dan Pemetaan yang dikuasai oleh Taib Mahmud atas kapasiti sebagai menteri perancangan dan pengurusan sumber telah dengan rasminya menyerahkan tanh itu kepada Titanium Management Sdn Bhd.

Titanium dimiliki hampir sepenuhnya oleh anak ketua menteri, Mahmud dan seorang kroni perniagaan yang dikenali sebagai Chris Chung Soon Nam (bawah, kiri). Tanah adat NCR itu dianugerahkan kepada Mahmud sebagai balasan untuk 'bayaran tertentu yang tidak dijelaskan' kata laporan itu sambil menambah urusniaga seumpama itu adalah cara lazim oleh kerajaan Sarawak yang mempunyai kepentingan keluarga Taib.

“Titanium terkenal dengan beberapa 'skandal berprofil tinggi' termasuk menerima beberapa kontrak kerajaan negeri sejak beberapa tahun lalu.”

Tahun lalu, semasa wawancara Al-Jazeera dengan Menteri Pembangunan Tanah, Sarawak, Datuk James Masing mengakui pembinaan beberapa jambatan diserahkan kepada Titanium tanpa tender terbuka. Chung dilaporkan cuba menjual tanah adat Iban itu kepada Felcra 'untuk sekurang-kurangnya RM 3,200 seekar tetapi cuba mendapatkan harga RM 4,200 bagi setiap ekar,” kata laporan sesawang itu. (AK)

Zina: Kaji Semula Undang Syariah -Prof Madya Dr Paizah

Prof Madya Dr Paizah Ismail


KL, 17 Dis 10
: Undang-undang jenayah Syariah perlu dikaji semula agar sistem kehakiman itu mempunyai kuasa menyeluruh sebagai pencegah gejala zina dan pembuangan bayi yang terus mendapat perhatian masyarakat.

Pensyarah Jabatan Undang-undang Islam Universiti Islam Antarabangsa, Prof Madya Dr Paizah Ismail berkata, undang-undang jenayah Syariah yang diamalkan bukan undang-undang bertujuan untuk merealisasikan syariat Islam sepenuhnya.

“Sebaliknya, ia merupakan undang-undang yang berperanan untuk menampung kekurangan yang ada pada undang-undang konvensional dalam hal keagamaan.

“Kerana itulah peruntukan-peruntukan dalamnya lebih bersifat untuk menjaga kepentingan keagamaan bagi umat Islam di negara ini dan bukan melaksanakan undang-undang jenayah Islam sepenuhnya,” kata beliau pada Muzakarah Fatwa “Menangani Zina serta Pembuangan Bayi di kalangan Remaja dan Pelajar Sekolah di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) di sini.

Melihat kepada kes zina dan pembuangan bayi yang semakin berleluasa, Paizah berkata undang-undang jenayah Syariah gagal untuk berperanan sebagai sebuah badan yang bertanggungjawab menangai gejala itu.

“Mungkin agak janggal untuk mengatakan undang-undang jenayah Syariah di Malaysia sekarang tidak cukup mampu berperanan sebagai satu faktor pencegah gejala perzinaan dan pembuangan bayi yang semakin berleluasa.

“Tetapi itulah hakikatnya, meskipun syariat Islam yang menjadi asas kepada undang-undang mempunyai hukuman yang cukup berkesan bagi menghadapi gejala seperti itu, namun syariat tidak diikuti sepenuhnya oleh undang-undang tersebut.

“Tambahan pula rakyat Malaysia termasuk orang Islam masih prejudis terhadap keadilan syariat Islam, realiti ini telah meletakkan undang-undang jenayah Syariah di tempat yang salah,” katanya.

Beliau juga berkata, dengan sedikit bidang kuasa dan tradisi mahkamah yang kurang mantap, undang-undang jenayah Syariah tidak boleh menyumbang ke arah menyelesaikan masalah zina dan pembuangan bayi.

“Kesan pelaksanaan mungkin ada tetapi sedikit sekali, hasilnya tidak lebih daripada rutin yang tidak mampu mempengaruhi perkembangan masyarakat.

“Justeru dalam menghadapi realiti yang serius seperti soal perzinaan dan pembuangan bayi, undang-undang yang cukup berkesan diperlukan kerana syarat ini tidak dapat dipenuhi undang-undang jenayah syariah sekarang.

“Peruntukan-peruntukan yang terdapat di dalamnya tidak mampu memberi kejutan kepada remaja dan penuntut terlibat supaya lebih berhati-hati agar tidak akan berhadapan dengan hukuman berat yang sukar dipikul,” katanya. (AK)

Lihat sebelum ini..

Tak Serik Filem Gay 'Dalam Botol' Terbit 'Anak Ikan' Pula

HALAMAN HIBURAN


Selepas filem ... Dalam Botol, Raja Azmi bakal menerbitkan Anak Ikan pula.


PETALING JAYA 17 DIS 10: Selepas melalui pelbagai kontroversi menghasilkan filem ...Dalam Botol, penerbit filem Raja Azmi Raja Sulaiman,50, masih tidak serik-serik apabila mahu menerbitkan sebuah lagi filem gay berjudul Anak Ikan.

Kata Raja Azmi kepada mStar Online, filem itu mempunyai tema serupa seperti ...Dalam Botol tetapi kali ini ia lebih menonjolkan bagaimana senario kehidupan lelaki gay yang sudah berumur tetapi menjalin hubungan cinta dengan lelaki muda.

"Saya dalam perancangan untuk menerbitkan filem terbaru yang berjudul Anak Ikan. Filem ini saya jangkakan akan mencetuskan kontroversi lagi selepas ...Dalam Botol kerana ia tetap berkisah mengenai kehidupan gay.

"Bagi golongan gay, istilah 'anak ikan' membawa maksud lelaki muda yang menjalinkan hubungan cinta dan seks dengan lelaki yang lebih tua dari mereka.

"Saya sedang meneliti skrip tersebut dan ia memerlukan beberapa pindaan. Selepas ini, saya akan mula mencari lelaki muda yang kacak pula untuk memainkan watak 'anak ikan' itu," katanya berseloroh.

Ditanya mengenai keterujaan untuk menerbitkan sebuah lagi filem yang bakal mencetuskan kontroversi, Raja Azmi berkata, filem terbaru itu dihasilkan bukan untuk mencari publisiti murahan atau kontroversi.

Sebaliknya, ia adalah paparan realiti kehidupan yang membelenggu golongan homoseksual serta turut mempunyai mesej yang baik di sebalik apa yang ingin dipaparkan.

"Saya bukan suka-suka buat filem sebegini untuk cari publisiti atau kontroversi. Sebaliknya, ada mesej yang ingin saya kongsi bersama penonton tentang senario hidup golongan itu.

"Ini adalah realiti sebenar kehidupan selain saya ingin cuba menyuntik kesedaran kepada penonton," katanya yang ditemui pada pratonton filem Damping Malam di sini, Rabu.

Tunda ...Dalam Botol

Sementara itu, Raja Azmi turut memberitahu filem ...Dalam Botol yang dijadualkan menjengah pawagam pada 10 Februari depan telah ditunda ke tarikh baru pada Mac 2011 ekoran kelewatannya melunaskan baki bayaran proses akhir filem itu di Studio Digital Mixstage di Finas baru-baru ini.

"Saya terpaksa akur dengan anjakan tarikh untuk filem ...Dalam Botol kerana baru saja melunaskan baki bayaran kos proses akhir filem itu sebanyak RM96,000 di Finas baru-baru ini.

"Oleh kerana saya lambat bayar, Skim Wajib Tayang harus memberikan keutamaan pada filem lain yang sudah lengkap sepenuhnya berbanding filem saya.

"Bagaimanapun, saya berharap perubahan tarikh tayangan filem itu tidak akan memberi sebarang kesan untuk menarik penonton ke pawagam apabila ditayangkan nanti," katanya. (AK)

Lihat sebelum ini..

JAIS Serbu Ajaran Sesat Syiah Di Gombak?

Mereka yang diserbu..
SERBU...pegawai Jais menyerbu pengikut Syiah ketika mengikuti ceramah  yang disampaikan seorang lelaki warga Iran, kelmarin.

GOMBAK 17 DIS 10: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berjaya membongkar satu kumpulan ajaran sesat yang dipercayai mengamalkan fahaman Syiah dalam satu serbuan di Taman Sri Gombak di sini malam kelmarin.

Antara ajaran kumpulan tersebut dikatakan menghalalkan para pengikutnya bernikah secara kontrak dan membenarkan sembahyang jamak dilakukan pada bila-bila masa. Pengikut ajaran tersebut juga percaya bahawa dosa mereka akan terhapus jika sanggup memukul dan mencederakan diri sendiri dengan rantai besi.

Ajaran yang dipercayai aktif sejak dua tahun lalu itu dikatakan lebih berbahaya daripada ajaran Al-Aqram (pertubuhan haram) kerana pengikutnya menganggap darah orang Islam yang lain adalah halal dan jika dibunuh dianggap sebagai jihad.

Dalam serbuan pukul 10.15 malam di premis kedai empat tingkat di Taman Sri Gombak itu, seramai 200 pengikut kumpulan tersebut termasuk wanita dan kanak-kanak warga tempatan sedang taksub mendengar ceramah yang disampaikan dalam bahasa Iran oleh seorang penceramah jemputan dari negara itu.

Turut serta dalam ceramah tersebut ialah seorang lelaki yang merupakan penterjemah. Lebih mengejutkan, ada di kalangan pengikut ajaran tersebut terdiri daripada kakitangan awam serta pensyarah. Lapor Kosmo! Online hari ini.

Sementara itu, myMetro melaporkan akibat terlalu taksub dengan fahaman diikutinya, seorang pengikut ajaran Syiah mengukir kalimah Allah di lengan tangannya sedangkan tindakannya menyimpang daripada ajaran Islam yang melarang sebarang bentuk ukiran berupa tatu.

Ketika penguat kuasa Jais hendak menahan pengikut lelaki yang bertatu itu, dia langsung tidak menunjukkan rasa bersalah, sebaliknya tegar mempertahankan fahaman dianutinya dengan menceritakan kegiatan dijalankan mereka. Suasana bertambah tegang apabila seorang pengikut lain bangun dan melaungkan selawat sambil disambut pengikut lain selama beberapa minit.(AK)

Dasar Bendung Zina Remaja Di Flat Kurang Jelas -Dr Hamizah



Hamizah


KL 17 DIS 10: Remaja yang tinggal di kawasan flat kos rendah dikenal pasti antara mereka yang berisiko tinggi terdedah kepada perbuatan zina dan pembuangan bayi.

Ketua Sub-Unit Seksualiti, Bahagian Reproduksi Manusia, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Dr. Hamizah Mohd. Hassan berkata, jarak rumah yang terletak berhampiran antara satu sama lain boleh mendorong kepada perbuatan tersebu

“Mungkin disebabkan tinggal berdekatan, mereka terdedah melakukan seks bebas di rumah. Lebih-lebih lagi, apabila ibu bapa tiada di rumah kerana bekerja syif atau melakukan sehingga dua atau tiga pekerjaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Muzakarah Pakar Menangani Zina Serta Pembuangan Bayi Di Kalangan Remaja Dan Pelajar Sekolah di sini semalam.

Dalam pada itu, Hamizah memberitahu, dasar untuk membendung masalah perzinaan masih kurang jelas. dasar sedia ada lebih menjurus kepada pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial sahaja tetapi kurang memberi perhatian kepada perzinaan dan salah laku seksual. (Sumber Kosmo!)

Puteri UMNO Bersuami, Ganggu Suami Orang Lagi?


TEMERLOH 17 Dis 10: Setelah tidak tahan lagi hidup dalam kesusahan angkara suaminya tidak pulang ke rumah selama lima bulan gara-gara mempunyai hubungan dengan seorang anggota Puteri Umno, seorang suri rumah akhirnya membuat laporan polis.

Edah Abdul Rahim, 38, dari Kampung Paya Batu dekat sini, dalam laporannya mendakwa rumah tangganya menjadi porak peranda dan mereka anak beranak hidup terhimpit akibat perhubungan suaminya dengan Puteri Umno berkenaan.

Dalam salinan laporan polis yang difakskan ke pejabat harakahdaily antara lain menyebut, semenjak dua tahun yang lepas sehingga ke hari ini Puteri Umno itu tidak henti-henti menggangu rumah tangganya. Malah suri rumah tersebut mendakwa hampir setiap malam puteri Umno itu menalipon suaminya untuk diajak keluar kononnya atas urusan perniagaan.

“Disebabkan Puteri Umno itu saya dan keluarga saya tidak lagi mendapat apa-apa perlindungan dari segi pakaian, kemudahan pembelajaran anak-anak dan suami saya hampir 5 bulan tidak balik ke rumah.

“Saya juga pernah beberapa kali berjumpa dengan Puteri Umno itu dan menasihati beliau supaya jangan mengganggu hidup saya dan anak-anak tetapi beliau menafikannya. Saya juga pernah terserempak dengan beliau bersama suami saya pada jam 9.00 malam di sebuah Taman dan berlaku pertengkaran sehingga terpaksa ke balai polis.”

Dalam laporan berkenaan Edah turut memberitahu telah beberapa kali merujuk perkara ini kepada Ketua Bahagian Umno, Ahli Parlimen dan pejabat JASA namun sehingga kini beliau mendakwa tiada sebarang tindakan diambil.

Edah yang berasal dari Chenor, Maran telah mendirikan rumah tangga bersama suaminya selama 20 tahun dan dikurniakan empat orang anak. Difahamkan, Puteri Umno berkenaan masih mempunyai suami dan borkongsi perniagaan membuat kontrak dengan suami Edah bertindak sebagai pelobi bagi mendapatkan pekerjaan.

Sementara itu Majlis Tindakan Dun PAS Kuala Semantan yang bersimpati dengan nasib Edah sekeluarga, baru-baru ini turut tampil menghulurkan sumbangan barangan dan wang tunai melalui pengarahnya Ahmad Zubir Omar. (AK)

Adun Tenang Johor Meninggal Dunia, PRK 14

Sulaiman Taha
KL, 17 Dis 10: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tenang, Datuk Sulaiman Taha dari Umno-BN meninggal dunia di sini awal pagi tadi, sekali gus membuka laluan kepada pilihan raya kecil ke-14 sejak Mac 2008.

Ketua Umno Labis itu menghembuskan nafas terakhir kira-kira 1.10 pagi di Hospital Pakar Ampang Puteri di sini - di mana Allahyarham dirawat sejak hampir sebulan lalu akibat jangkitan kuman dalam paru-paru.

Wakil rakyat dari Johor itu dimasukkan ke Hospital Segamat selama dua hari sebelum dipindahkan ke Hospital Pakar Ampang Puteri pada 24 November.

Sulaiman, 59, dilaporkan berada dalam keadaan kritikal pada pukul 12.45 tengah malam tadi sebelum disahkan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU). Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Datin Noraini Yaakop dan tujuh anak. Wakil rakyat Umno itu telah menjadi wakil rakyat selama dua penggal.

Jenazah Sulaiman terlebih dahulu dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Ubudian Ampang Tasik sebelum dibawa ke Labis untuk dikebumikan. Sulaiman mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Tenang pada pilihan raya umum 2008 dan menewaskan calon PAS Mohd Saim Siran dengan majoriti 2,492 undi.

DUN Tenang berada dalam bahagian Parlimen Labis, yang menjadi kubu kuat Presiden MCA Datuk Dr Chua Soi Lek dan kini disandang oleh anaknya, Chua Tee Yong. Satu lagi kerusi DUN dalam Parlimen Labis ialah Bekok yang turut dimenangi BN. Spekulasi mengenai kesihatannya dan kemungkinan pilihan raya kecil ke-14 menjadi sebutan selepas Sulaiman tidak menghadiri sidang DUN bulan lalu, yang membahaskan bajet 2011.

Sejak pilihan raya umum 2008, 13 pilihan raya kecil telah diadakan dengan 10 daripadanya diadakan kerana kematian wakil rakyat. Dua pilihan raya kecil - kerusi DUN Galas dan Parlimen Batu Sapi diadakan 4 November lalu dengan kedua-duanya dimenangi oleh BN. BN memenangi 50 kerusi DUN di Johor pada pilihan raya umum 2008 sementara DAP empat kerusi dan PAS dua kerusi.

Weblog Ibnu Hasyim ucap takziah kepada keluarga allahyarham.(AK)

Thursday, December 16, 2010

Dewan Rakyat Panas, Anwar Lwn Pendekar Amin

Dewan Rakyat: Kecoh di dalam, tegang di luar...

KL 16DIS 10: Dewan Rakyat hari ini terus kecoh sebelum usul bagi menggantung empat ahli parlimen Pakatan Rakyat termasuk ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diluluskan. NONE

Anwar dan Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia terus bertikam lidah dengan ketua umum PKR itu menuntut hak untuk membela diri berhubung dakwaannya yang mengaitkan gagasan 1Malaysia dengan firma perhubungan awam Apco Worldwide.

Pandikar berkata Anwar telah diberikan seminggu untuk menjawab dakwaan berkenaan dan kenyataannya itu mencetuskan kemarahan daripada ahli parlimen pembangkang.

Ahli parlimen Gombak Azmin Ali terus bangkit dan menafikan bahawa Anwar diberi peluang membela dirinya. Hari ini adalah hari terakhir sidang parlimen sesi ini dan 11 rang undang-undang yang sepatutnya dibahaskan telah tunda pada sidang baru yang dijadualkan pada Mac depan.

Di luar bangunan Dewan Rakyat, terdapat anggota polis yang luar biasa ramainya serta sekurang-kurangnya lima kereta peronda mengawal keadaan. Dianggarkan kira-kira 40 anggota polis berada di sepanjang jalan menuju pintu pagar parlimen. Sekatan polis juga dibuat kira-kira 20 meter daripada pintu masuk parlimen.

LAPORAN LANGSUNG

11.43am: Ketua Pemuda PKR, Shamsul Iskandar berkata perarakan akan diadakan dari bangunan Parlimen ke ibu pejabat Suhakam, yang terletak kira-kira dua kilometer.

Namun, kira-kira 40 anggota polis berada dalam keadaan bersiap-sedia.

11.33am: Hujan renyai di luar bangunan Parlimen.

11.32am: Perbahasan mengenai usul kedua dimulakan oleh Abdul Rahman Dahlan (Umno-Kota Belud). Beliau menuduh ketiga-tiga ahli parlimen itu membuat interpretasi Peraturan Dewan mengikut agenda politik mereka.

11.30am: Nazri mengusulkan usul kedua untuk menggantung tiga lagi ahli parlimen - R Sivarasa (PKR-Subang), Azmin Ali (PKR-Gombak) and Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor).

11.29am: Ahli parlimen pembangkang melaungkan "Bohong, Bohong!" Anwar meninggalkan Dewan dan diikuti oleh semua ahli parlimen pembangkang.

11.25am: Pandikar memutuskan untuk menguatkuaskan Peraturan 44. Beliau mengarahkan setiausaha dewan untuk membekalkan setiap nama ahli parlimen yang mengengkarinya supaya mereka juga boleh dihgantung.

11.28am: Pandikar mengugut untuk mengadakan undian tanpa perbahasan. Azmin Ali (PKR-Gombak) menuntut untuk tahu peraturan mana yang akan digunakan oleh speaker untuk mengadakan undian tanpa perbahasan. Pandikar kemudian memutuskan undian dijalankan tanpa perbahasan. Usul menggantung Anwar diluluskan dengan suara majoriti.

NONE11.20am: Pandikar mengarahkan Khairy supaya meneruskan perbahasan mengenai usul berkenaan tetapi laungan "Apco-Umno" terus menenggelamkan suaranya. Sepanduk sekali lagi dinaikkan dan ada ahli parlimen yang menjerit "mentaliti buruk".

11.17am: Sivarasa (PKR-Subang) mendesak speaker Pandikar supaya “undur diri” kerana percanggahan kepentingan dalam isu berkenaan. Beliau disokong oleh M Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) yang juga berkeras mahu Pandikar mengundurkan diri dan mempersoalkan sama ada tindakan speaker itu kerana “kepentingan lain”.

11.08am: Pandikar mempersilakan Khairy Jamaluddin (Umno-Rembau) untuk memulakan perbahasan. Namun suaranya juga tenggelam. Ahli parlimen pembangkang menaikkan sepanduk dengan tertera perkara "kangarroo", "BN Sokong Apco", "Apco", "Selamatkan Dewan, Hidup Ketua Pembangkang."

11.04am: Nazri mohon supaya Anwar digantung dari Dewan Rakyat. Namun suaranya timbul tenggelam akibat kekecohan dengan laungan “Apco-Umno” semakin lantang. Nazri berkata Anwar telah memperdayakan Dewan Rakyat berhubung isu Apco.

11am: Pemimpin parlimen BN, Dartuk Seri Mohd Nazri Aziz membentangkan usul untuk menggantung Anwar di sebalik protes daripada ahli parlimen Pakatan Rakyat yang terus menjerit "Apco, Apco". Ini memaksa Nazri menghampiri pembesar suara dan meninggikan suaranya namun terus ditenggelami oleh jeritan ahli parlimen pembangkang.

10.55am: Bantahan daripada pembangkang berterusan, Pandikar mencadangkan mereka membuat usul jika tidak berpuas hati dengan keputusan dan interprestasinya berhubung Peraturan Dewan. Azmin terus bangkit lagi dan berkata, “Tetapi awak tidak mahu terima usul kami!” Ahli parlimen Pakatan Rakyat yang lain kemudian menjerit “Apco-Umno” berulang-kali dan menaikkan sepanduk untuk menunjukkan rasa tidak puas hati mereka.

(diangkat dari Malaysiakini.. Terimakasih!)

Gempar Aksi Panas 2 Beradik. Menteri, Sila Ambil Perhatian.

MEMALUKAN...aksi dua remaja dipercayai adik-beradik tersebar melalui telefon bimbit.
MEMALUKAN...aksi dua remaja dipercayai adik-beradik tersebar melalui telefon bimbit.

BUTTERWORTH: myMetro Online melaporkan, penyebaran rakaman aksi seks sepasang kanak-kanak yang didakwa adik-beradik melalui telefon bimbit menggemparkan penduduk sekitar bandar ini serta mencetuskan kebimbangan mengenai semakin parah keruntuhan moral masyarakat negara ini.

Ini kerana usia pasangan terbabit masih terlalu muda. Budak lelaki terbabit dipercayai berusia antara 11 dan 12 tahun manakala pasangan perempuan antara 13 dan 14 tahun.

Aksi berahi mereka dirakam dari pelbagai sudut dipercayai dalam bilik hotel atau motel oleh pihak ketiga berdasarkan katil dan keadaan sekitar.

Kakitangan swasta dikenali sebagai Azman, 25, yang memperoleh video itu melalui bluetooth daripada rakannya, berkata dia terkejut sebaik melihat aksi pasangan terbabit kerana mereka terlalu muda dan dipercayai masih bersekolah.

“Budak lelaki itu seperti murid tahun lima atau enam manakala remaja perempuan mungkin dalam tingkatan satu atau dua. Kemungkinan mereka adik-beradik kerana fizikal remaja lelaki lebih kecil berbanding pasangannya.

“Saya menggeleng kepala sebaik melihat aksi mereka yang tidak ubah seperti orang dewasa. Bayangkan apa akan jadi kepada mereka pada masa depan dan bagaimana penerimaan ibu bapa mereka jika mengetahui perkara ini,” katanya, semalam.

Menurutnya, tindakan pasangan kanak-kanak itu menggambarkan keadaan moral masyarakat yang semakin merosot dan keadaan ini yang menyumbang peningkatan kes pembuangan bayi hasil hubungan luar nikah.

“Jika murid sekolah rendah sudah pandai beraksi lucah dan dirakam pihak lain, bagaimana orang dewasa.

“Apa akan jadi kepada moral masyarakat beberapa tahun akan datang jika gejala penyebaran aksi seks melalui telefon bimbit semakin berleluasa,” katanya.

Justeru, dia berharap pihak berkuasa segera melakukan sesuatu sebelum gejala penyebaran aksi seks melalui telefon bimbit menjadi ‘wabak’ yang sukar dikawal. (myMetro Online)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, sila ambil perhatian.

Kes Pembunuhan Sosilawati Ditangguh Ke 27 Januari

E-Buku IH-1: \

E-Buku IH-1: 'Misteri Hilangnya Jutawan Datuk Sosilawati'

BANTING: Kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya ditetapkan untuk sebutan semula di Mahkamah Majistret Telok Datuk di sini pada 27 Januari depan.

Majistret Hurman Hussain menetapkan tarikh itu selepas membenarkan permohonan yang dipersetujui semua pihak bagi menunggu prosiding rayuan dan semakan oleh dua pekerja ladang yang mengaku salah melupuskan bahan bukti pembunuhan itu di Mahkamah Tinggi Shah Alam, dekat sini.

Permohonan tersebut yang difailkan oleh K.Sarawanan dan U.Suresh akan didengar pada 10 Januari depan.

N.Pathmanabhan, T.Thilaiyalagan, R.Matan dan R.Kathavarayan didakwa membunuh Sosilawati bersama pegawai bank CIMB, Noorhisyam Mohamad, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim dan pemandu Kamaruddin Shamsuddin.

Semua mangsa dilaporkan hilang setelah menuju ke Banting untuk bertemu seorang peguam dipercayai atas urusan jual beli tanah.

Pada prosiding Khamis, peguam Ravi Neko yang mewakili Khatavarayan memaklumkan bahawa anak guamnya telah dipukul semasa berada dalam tahanan reman. Hurman mengarahkan tertuduh untuk membuat laporan polis berhubung perkara tersebut. (AK)

Had Jualan Komik Manga & Filem Berlebihan


Tokyo larang manga, anime seks melampau

Tokyo 16 DIS 10: Dewan Perhimpunan Metropolitan Tokyo semalam meluluskan pindaan rang undang-undang mengehadkan penjualan komik manga dan filem-filem anime yang memiliki gambaran berlebihan mengenai kejadian rogol, sumbang mahram dan jenayah-jenayah seksual lain.

Undang-undang tersebut melarang penduduk yang berusia bawah 18 tahun membeli atau menyewa material mengandungi perlakuan seksual yang tidak sepatutnya itu.

Undang-undang itu dicadangkan oleh Gabenor Tokyo, Shintaro Ishihara.

Beliau meminta agar industri menguatkuasakan sendiri larangan tersebut.

Penerbit dan penjual yang melanggar peraturan serta tidak mengendahkan amaran daripada pihak berkuasa akan dikenakan denda sehingga 300,000 yen (RM11,242). - AFP

Lagi Remaja Dakwa Dibelasah Polis, Siasat Segera.

Mohd. Rahmat yang dirawat di muka di HRPZ II di Kota Bharu semalam

KOTA BHARU 16 DIS 10: Seorang lelaki mendakwa anak saudaranya cedera parah setelah dipukul oleh beberapa anggota polis dengan kayu ketika cuba melarikan diri daripada sekatan jalan raya malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 malam itu, Mohd. Rahmat Azmi, 21, dikatakan dalam perjalanan untuk mengambil seorang rakannya di Kampung Kubang Pasu sebelum pergi ke pasar malam di Wakaf Mek Zainab.

Bapa saudaranya, Zulkifli Mat Junoh, 35, mendakwa anak saudaranya itu menunggang sebuah motosikal dan terserempak dengan beberapa anggota polis yang sedang mengadakan sekatan jalan raya di Kampung Cina, Pantai Cahaya Bulan.

"Bila nampak sekatan jalan raya itu, anak saudara saya cuba membuat pusingan U mengelak daripada ditahan kerana motosikal yang dinaiki tidak mempunyai cermin sisi.

"Mangsa yang berada pada jarak kira-kira tiga meter daripada sekatan itu terus dikejar seorang anggota polis berpakaian biasa dan melibasnya kayu hingga terjatuh," dakwanya ketika ditemui di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini semalam (Kosmo! Online).

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Nampaknya, kes-kes begini makin menjadi-jadi. Siasatan segera perlu dijalankan oleh pihak bertanggungjawab. Jangan sampai rakyat merasa di negara sendiri.

Wednesday, December 15, 2010

Tolak 'Semua Agama Sama Baik & Benar' -IKIM

Datuk Nik Mustapha Nik Hassan

KL 15 Dis 10
: Islam menolak fahaman pluralisme agama yang mendakwa kesemua agama adalah sama baik dan sama benar, kata Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Datuk Nik Mustapha Nik Hassan.

“Kedua, hanya ada satu agama yang memiliki wahyu yang lengkap dan sempurna iaitu Islam,” kata ketua agensi pemikir Islam milik kerajaan pusat ini, mengulas mengenai isu fahaman pluralisme agama yang dibangkitkan semalam yang turut digunakan untuk menyerang Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun menurut beliau, isu-isu antara penganut agama perlu diselesaikan dengan seadil-adilnya, secara saksama dan dalam semangat saling hormat-menghormati terhadap lunas-lunas agama yang universal sifatnya.

Walaupun demikian menurut beliau, Islam mengiktiraf bahawa masih terdapat hakikat, kebenaran, kebaikan dan keindahan etika yang terkandung dalam agama-agama yang selainnya.

“Islam juga sentiasa mengalu-alukan sikap saksama, jujur dan berintegriti dari manapun datangnya. Kebaikan dan keindahan etika ini seharusnya digembleng untuk menjulang masyarakat Malaysia ke arah yang lebih baik,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini mengulas laporan akhbar hari ini.

Nik Mustapha berkata walaupun berlainan agama, perpaduan rakyat perlu dipupuk secara menggalakkan keunikan tradisi agama masing-masing sambil menggalakkan sikap saling bermuhibah, berbelas kasihan dan berkasih sayang sebagai saudara sesama manusia.

“Penganut pelbagai agama juga harus digalakkan berlumba-lumba dalam melaksanakan kebaikan, contohnya dalam bentuk membela golongan fakir miskin dan golongan yang memerlukan,” katanya.

IKIM mengeluarkan kenyataan itu ekoran pandangan tokoh cendekiawan yang menyifatkan golongan yang mempertikaikan kedudukan Islam dan orang Melayu seperti mana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan merupakan mereka yang berfahaman pluralisme ala John Hick.

Tokoh cendekiawan Islam, Dr. Muhammad ‘Uthman El-Muhammady mahu golongan tersebut ditentang kerana fahaman yang mereka anuti itu jelas berlawanan dengan ajaran Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.

Malah beliau berkata, mereka yang memperjuangkan fahaman itu tidak ubah seperti membawa satu agama baru yang akhirnya boleh menyebabkan seseorang Islam itu menjadi murtad.

Dalam pada itu, Pensyarah Kulliyah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Yusri Mohamad berkata Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan salah seorang ahli politik beragama Islam di negara ini yang didapati sering membawa mesej fahaman pluralisme agama sama ada dalam bentuk tindakan mahu pun dalam bentuk ucapan.

Yusri berkata, ia berdasarkan kepada satu siri ucapannya di London pada 18 Mac 2010 yang bertajuk Religion and Pluralisme in a Divided World apabila Anwar dengan jelas menyokong fahaman tersebut.

Beliau berkata, seperkara lagi ialah kecenderungan Institut Kajian Dasar (IKD) terhadap perjuangan Jaringan Islam Liberal yang diterajui oleh Ulil Absar Abdullah iaitu seorang pejuang fahaman pluralisme di Indonesia.

Yusri yang juga bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) berkata antara judul buku yang dikaitkan dengan fahaman itu dan dihasilkan oleh pusat berkenaan ialah Islam dan Pluralisme, Agama dan Kebebasan Berfikir, Hukum Barat Pun Islam dan Kahwin Campur Antara Islam dan Bukan Islam.

“Inilah yang berlaku hasil daripada hubungan antara IKD dan Jaringan Islam Liberal di Indonesia. Mereka juga dilihat begitu menyanjung Ulil Absar Abdullah.

“Bagi saya penerbitan buku-buku ini amat berbahaya kepada umat Islam di negara ini kerana isu berkaitan dengan fahaman pluralisme agama amat berkaitan dengan soal akidah,” katanya pada wacana Membanteras Gerakan Pluralisme Agama dan Pemurtadan Ummah di Masjid Wilayah Persekutuan hari ini.

Pensyarah Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Nur Farhana Abd. Rahman pula berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memberi definisi secara jelas mengenai perayaan pelbagai kaum di negara ini supaya umat Islam tidak terjebak dengan penularan fahaman pluralisme.

Langkah ini penting supaya umat Islam lebih jelas sebelum menyertai mana-mana perayaan kaum lain kerana dibimbangi akan melanggar batasan agama disebabkan untuk mengamalkan kehidupan bertoleransi.

“Misalnya Jakim perlu jelaskan tentang meraikan Pesta Ponggal dengan Deepavali dan antara Pesta Tanglung dengan Pesta Kuih Bulan dari sudut agama dan juga budaya,” katanya dalam kertas kerja bertajuk Pluralisme Agama: Fahaman Pluralisme Agama dan Percanggahannya Dengan Akidah dan Syariah Islamiah.

Nur Farhana berkata, penjelasan Jakim ini penting kerana penglibatan dalam perayaan pelbagai kaum telah dijadikan sebagai merit yang perlu dipenuhi oleh mahasiswa universiti.

“Kita tidak mahu fahaman pluralisme ini mula menular menerusi bidang pendidikan seperti apa yang telah berlaku terhadap negara jiran kita, Indonesia,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, pihak berkenaan diminta berhati-hati dalam pelaksanaan sesuatu dasar kerana pengaruh seperti fahaman ini begitu mudah untuk berkembang di kalangan pelajar.

Nur Farhana berkata, pluralisme memang mempunyai banyak percanggahan dengan agama Islam terutamanya dari sudut akidah, syariah dan akhlak.

“Malah pendukung pluralisme juga menegaskan semua agama bermatlamat tujuan yang satu iaitu Allah walaupun berbeza dari segi pendekatan dan ibadat mengikut agama masing-masing,” katanya.

Katanya, pluralisme juga membenarkan penganutnya berkahwin lintas agama di mana orang Islam bebas berkahwin dengan agama lain. (The Malaysian Insider)

Lihat sebelum ini..

Pluralisme: Anwar, PM & Nik Aziz Terlibat?

Dr Juanda

Pluralisme: Jangan bawa budaya ala-Taliban ke Malaysia, kata Mufti Perlis

KL 15 DIS 10: Mufti Perlis Dr Juanda Jaya menyifatkan tuduhan melampau melabel tokoh-tokoh politik tempatan sebagai penganut fahaman pluralisme sebagai tindakan “budaya ala-Taliban” yang amat tidak cocok dengan rakyat Malaysia.

“Saya amat kecewa dengan laporan media online yang memetik kenyataan beberapa individu yang membentangkan kertas kerja dalam satu seminar baru-baru ini berkaitan isu pluralisme.

“Ya, pluralisme adalah suatu ancaman kepada Islam, tetapi tuduhan melampau dan tergesa-gesa mengecap beberapa orang tokoh politik sebagai penganut fahaman pluralisme ini amat berbahaya kepada keharmonian hidup antara umat beragama di Malaysia.

“Budaya ala-Taliban ini amat tidak cocok dengan rakyat Malaysia yang sudah sekian lama hidup dalam suasana harmoni dan saling menghormati,” kata beliau dalam kenyataan dikeluarkan lewat petang ini.

Pensyarah Kulliyah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Yusri Mohamad semalam menyifatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan salah seorang ahli politik beragama Islam di negara ini yang didapati sering membawa mesej fahaman pluralisme agama sama ada dalam bentuk tindakan mahu pun dalam bentuk ucapan.

Yusri berkata, ia berdasarkan kepada satu siri ucapannya di London pada 18 Mac 2010 yang bertajuk Religion and Pluralisme in a Divided World apabila Anwar dengan jelas menyokong fahaman tersebut.

Beliau berkata, seperkara lagi ialah kecenderungan Institut Kajian Dasar (IKD) terhadap perjuangan Jaringan Islam Liberal yang diterajui oleh Ulil Absar Abdullah iaitu seorang pejuang fahaman pluralisme di Indonesia.

“IKD amat sinonim dengan Anwar dan institut ini amat rapat dengan Jaringan Islam Liberal di Indonesia. Hasil hubungan mereka juga tertubuhnya Pusat Graduan Timur di bawah IKD.

“Pusat ini diterajui oleh seorang graduan lulusan Timur Tengah dan untuk pengetahuan semua melalui pusat tersebut telah diterbitkan beberapa buku yang didapati menyokong fahaman pluralisme,” kata beliau dalam kerja bertajuk Ancaman Pluralisme Agama di Malaysia: Satu Tinjauan Awal sempena wacana Membanteras Gerakan Pluralisme Agama dan Permurtadan Ummah di Masjid Wilayah Persekutuan di sini hari ini.

Yusri yang juga bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) berkata antara judul buku yang dikaitkan dengan fahaman itu dan dihasilkan oleh pusat berkenaan ialah Islam dan Pluralisme, Agama dan Kebebasan Berfikir, Hukum Barat Pun Islam dan Kahwin Campur Antara Islam dan Bukan Islam.

Dalam isu yang sama beliau turut meminta barisan kepimpinan negara termasuk Perdana Menteri supaya mengelakkan diri daripada meraikan perayaan agama lain seperti Thaipusam.

“Dalam perkara ini, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri tidak terkecuali menerima kritikan apabila menyertai satu majlis rasmi kuil Buddha di Kelantan,” katanya lagi.

Sementara itu, beliau turut meminta Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa mengharamkan fahaman pluralisme agama serta amalan yang berkaitan dengannya.

“‘Saya juga ingin mengesyorkan individu dan kumpulan yang menyebarkan fahaman ini diberi nasihat serta teguran dan jika mereka ingkar tindakan undang-undang perlu dikenakan,” tambahnya.

Sambil menegaskan beliau bukan ahli PAS atau mana-mana parti politik, Mufti Perlis menmbah, beliau amat kecewa apabila tokoh agama yang diakui ramai - Nik Aziz cuba dikaitkan dengan fahaman pluralisme semata-mata kerana menghadiri majlis penganut agama Buddha.

“Ini suatu tuduhan yang amat jahat. Rekod Tuan Guru membuktikan beliau amat konsisten dalam isu Islam,” katanya.

Kata Juanda, rakyat perlu membezakan antara sikap menghormati kebebasan pegangan agama orang lain yang diakui oleh Islam dengan hakikat maksud pluralisme.

“Tidak sepatutnya mereka yang bergelar sarjana tidak memahami metodologi ilmu dalam menilai perbezaan di antara dua perkara ini,” katanya.

Malah menurut beliau, dalam al-Quran, Surah al-Kafirun memberikan ruang memperakui hak penganut agama lain dalam mengamalkan kepercayaan mereka manakala Surah al-Mumtahanah menyuruh orang Islam berbuat baik dengan penganut bukan Islam.

“Erti ruang toleransi dan saling menghormati hak sesama manusia untuk hidup secara harmoni itu diakui oleh Islam dan bukannya satu ciri penganut pluralisme.

“Bukankah Nabi Muhammad s.a.w sendiri pernah menerima rombongan penganut Kristian Najran di dalam masjid Nabawi? “Bahkan baginda membenarkan mereka melakukan ibadat agama mereka di dalam masjid kedua paling suci itu,” katanya.

Selain itu tegas beliau, “bukankah Nabi Muhammad s.a.w. pernah bangun bagi menghormati jenazah seorang penganut Yahudi yang lalu di hadapannya?”

“Bukankah Omar bin al-Khattab RA sewaktu membuka Palestin memberikan kebebasan dan penghormatan yang amat luar biasa kepada Patriach Kristian di sana dan mengunjungi Gereja Nativity?

“Apakah Nabi s.a.w dan Omar RA ini juga penganut pluralisme?” soal tokoh agama muda ini.

“Sudah tentu tidak!” katanya.

Oleh itu kata beliau, formula dan kaedah pihak yang gelojoh ini juga salah dan amat berniat jahat.

Malah menurut Juanda, beliau bimbang wujud kecenderungan beberapa pihak di kalangan ahli akademik dan agamawan menggunakan isu akidah untuk tujuan mewujudkan permusuhan di kalangan ahli politik.

“Juga menggunakan isu akidah untuk menyesatkan dan memurtadkan orang politik yang tidak sebulu dengan mereka.

“Hal ini akan menjurus kepada pegangan yang amat melampau dan boleh mencetuskan kekecohan antara agama di Malaysia.

“Akibat sikap seperti ini, banyak pihak akan disesatkan dan dipertikaikan akidah mereka.

“Juga formula mereka yang melampau ini akan menimbulkan salah tafsiran terhadap sikap harmoni kerajaan persekutuan kepada penganut berbilang agama di Malaysia,” kata beliau.

Malah beliau juga bertanya apakah polisi kerajaan ini juga akan mereka sesatkan, termasuk para pemimpin yang terbabit?

“Saya menyeru umat Islam terutama ahli akademik agar bersikap jujur dan adil dalam memperkatakan soal Islam dan terutamanya dalam soal hubungan dengan agama lain.

“Semua pihak perlu berhati-hati terutama dalam menyatakan pandangan yang boleh membawa kepada permusuhan beragama dan berpolitik,” katanya.

Sehubungan itu Juanda meminta pihak-pihak terbabit agar merujuk kepada al-Quran dan al-Sunah dalam mengeluarkan pandangan Islam, bukannya dengan emosi dan kecenderungan berpolitik bagi menimbulkan permusuhan di kalangan umat Islam dan permusuhan di antara umat Islam dengan bukan Islam. ‘Islam tidak memerlukan mereka yang berpemikiran pelampau, kolot dan amat konservatif bagi membela agama suci ini,” katanya. (The Malaysian Insider)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Pluralisme, Anwar terlibat? Najib terlibat rai Thaipusam, Nik Aziz terlibat rasmi kuil Buddha?

Lihat sebelum ini..

KITA: Zaid Presiden Baru, Tidak Sertai PR

Zaid Ibrahim showing emotions at this morning's press conference at his home . — Picture by Jack

KEMASKINI KL, 15 Dis 10: Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim), yang mengadakan mesyuarat tahunan pertama di luar Kelantan hari ini dan turut dihadiri Datuk Zaid Ibrahim, akan dikenali sebagai Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita).

Zaid pula dipilih sebagai presiden yang baru menggantikan Zakaria Salleh.

Datuk Zaid Ibrahim menegaskan parti baru yang diterajuinya — Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) tidak akan menyertai Pakatan Rakyat yang ditubuhkan selepas pilihan raya umum 2008.

Sebaliknya, bekas pengerusi PKR Wilayah Persekutuan ini berkata, Kita yang sebelum ini dikenali sebagai Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) mempunyai dasar perjuangan yang berbeza, yang akan memberikan tumpuan kepada kepentingan rakyat.

Kita juga akan bertindak sebagai parti pelbagai kaum, kata Zaid.

“Kita parti bebas, ada ideologi dan ada dasar. Kita tidak akan sertai Pakatan Rakyat.

“Tapi kalau ada perkara-perkara yang kita rasa penting kita akan sokong sahaja,” kata beliau pada sidang media selepas mesyuarat agung tahunan Akim di sini yang disertai sekitar 200 perwakilan.

Zaid menerajui parti itu selepas genap sebelum meninggalkan PKR ekoran isu kecacatan dan kelemahan dalam sistem pemilihan parti itu. Pakatan Rakyat terdiri daripada PKR, PAS dan DAP. Menurut Zaid, Kita yang kini mempunyai keanggotaan kira-kira 300 orang akan menjadi sebuah parti yang kuat sekiranya mendapat sokongan daripada semua barisan kepimpinan parti.

“Saya harap parti kecil ini boleh maju ke depan, saya percaya kita boleh.

“Politik negara memerlukan perubahan termasuk nilai politik itu sendiri. Kalau kita lihat sekarang ada parti politik yang gunakan kuasa dengan sewenang-wenangnya.

“Dan, ada juga pihak yang satu lagi cuba untuk mengambil alih kuasa itu tapi kita tidak kerana kita tolak politik yang macam ini,” katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada mesyuarat agung Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) yang kini ditukarkan nama sebagai Kita.

Tambah Zaid, beliau mahu Kita menjadi sebuah parti yang menghormati demokrasi dan berjuang untuk kepentingan rakyat.

“Kita mahu ahli parti ini bersatu, kita mahu parti ini menghormati demokrasi dan kita mahu melakukan perubahan.

“Walaupun jumlah kita kecil tapi kita mampu untuk beri sumbangan besar kepada rakyat.

“Jangan bimbang kepada tohmahan pihak lain, kita berjuang untuk rakyat,” katanya.

Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri dan bekas pengerusi PKR Wilayah Persekutuan itu turut meminta supaya ahli tidak mempedulikan serangan dan tuduhan yang dilemparkan. Zaid juga berkata, Kita tidak memerlukan mana-mana pemimpin yang terkenal untuk menyertai parti itu.

“Kita tidak mempunyai jumlah ahli yang besar, tapi apa yang penting kita mahu melakukan perubahan kepada sistem pentadbiran negara.

“Kita akan cuba cari pemimpin untuk menyertai Kita. Kita tidak perlu pemimpin yang masyhur, orang jahat juga masyhur, orang ada skandal juga masyhur.

“Kita terima pemimpin yang ikhlas, kita tidak perlu orang besar tapi kalau pemimpin itu bagus boleh,” katanya.

Beliau juga berkata kewujudan Kita bukan untuk bersaing dengan PAS dan Umno.

“Kita bukan nak bersaing dengan sesiapa, tapi berkawan dengan semua parti... tetapi berkawan atas prinsip dan landasan yang sama,” katanya yang berharap parti baru itu dapat menarik ahli-ahli yang komited terhadap perjuangan dan ideologi parti. (Sumber The Malaysian Insider)

Rasuah: Beza Polis Singapura & Indonesia, M'sia?

Jangan coba coba suap polisi di Singapura kalau nggak ingin tambah apes
Jangan coba coba suap polisi di Singapura kalau nggak ingin tambah apes

SEBUAH blog Indonesia (RuangHati.com) mengkritik pihak polis yang perasuah di Indonesia dengan membandingkan dengan polis Singapura..

"Inilah Bedanya Ditilang Polisi di Indonesia dan Singapura

Hanya karena tidak megenakan helm secara benar, seorang pengendara sepeda motor di Singapura harus meringkuk di penjara. Pasalnya, dia melakukan dosa yang lebih besar, yaitu mencoba menyogok polisi yang menilang dia. Menurut harian The Straits Times, peristiwa itu terjadi Minggu (12/12/2010), di jalan tol Kranji (KJE), Singapura. Saat itu, pelanggar dihentikan seorang polisi lalu lintas (Polantas), yang melihat dia bermotor dengan memakai helm, namun talinya menjulur tak terkunci.

Sersan Ang Kok Yong mengatakan, dia terpaksa memberi surat tilang karena pengendara tidak memakai helm secara benar. Namun, pengemudi itu mencoba ‘jalan pintas’. Dia mengeluarkan dua lembar uang kertas, masing-masing senilai 10 dolar Singapura, dari dompetnya. Lalu, dia mencoba berdamai dengan polantas itu agar tidak jadi ditilang.

Penyelesaian pelanggaran di negeri kita lebih sering dengan cara damai (Salam tempel)

Penyelesaian pelanggaran di negeri kita lebih sering dengan cara damai (Salam tempel)

Semoga peningkatan kesejahteraan yang dilakukan pemerintah pada aparat Kepolisian membuat mereka lebih bekerja profesional

Semoga peningkatan kesejahteraan yang dilakukan pemerintah pada aparat Kepolisian membuat mereka lebih bekerja profesional

Sersan Ang justru tersinggung lalu menyeretnya ke penjara karena mencoba menyogok polisi. “Kasus itu dilimpahkan ke Biro Investigasi Tindak Korupsi (CIPB),” tulis Straits Times. Atas tindakannya itu, polantas yang bersangkutan menerima pujian dari atasannya, Ajudan Komisaris Cheang Keng Keong, yang merupakan Kepala Divisi Lalu Lintas Kepolisian Singapura.”Saya bangga bahwa Sersan Ang telah menunjung tinggi prinsip kepolisian. Dia bisa jadi teladan bagi yang lain,” kata Cheang.

Kapan para penegak hukum kita bisa mulai punya idealisme dalam memegang amanah pekerjaan, bukankah sekarang pemerintah sudah lebih memperhatikan kesejahteraan mereka? lantas sampai titik berapa mereka merasa tidak akan menerima suap dengan alasan minimnya pendapatan? "

Polis Malaysia pula bagaimana? Anda nilai sendiri la..

Hubungan M'sia-S'pura Memanas?

Channel News Asia

S'PURA 15 DIS 10: Singapura berkata aduan yang dibangkitkan oleh Malaysia tentang apa yang WikiLekas dakwa telah disebut oleh pegawai-pegawai kanannya tidak menyamai rekodnya sendiri. Menteri Luar Singapura, George Yeo berkata "satu perjumpaan yang dimaksudkan" itu tidak pun mengambil tempat."

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan malam ini sebagai respons kepada pertanyaan media mengenai notis bantahan Malaysia yang dikemukakan kepada Singapura hari ini, mengenai laporan media berhubung laporan kabel kedutaan Amerika Syarikat yang dibocorkan oleh WikiLeaks.

Kementerian Luar Singapura turut mengesahkan bahawa Pesuruhjaya Tingginya di Kuala Lumpur, T. Jasudasen telah dipanggil bertemu Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Anifah Aman pagi Selasa.

Namun menurut kementerian tersebut, Yeoh telah menghubungi Anifah kemudiannya "untuk menjelaskan polisi Singapura yang tidak mengulas mengenai kebocoran." Ia menambah bahawa Yeo dan Anifah bersetuju tentang kepentingan hubungan dua hala yang baik dan mengukuhkan lagi kerjasama.

WikiLeaks pada Ahad mengeluarkan kabel Jabatan Negara Amerika Syarikat bertarikh November 2008 yang memuat kenyataan yang menyinggung kepimpinan Malaysia dan keadaan di Malaysia. Ia turut melaporkan kenyataan yang dibuat oleh pegawai-pegawai kanan Singapura yang merendah-rendahkan Thailand, Jepun dan India semasa perjumpaan dengan pegawai-pegawai kanan Jabatan Negara Amerika Syarikat. Demikian dari BERNAMA.

Sementara itu di KL, Malaysia secara rasminya telah menghantar surat protes kepada Singapura untuk menyatakan pendirian dan rasa tidak puas hati negara ini atas komentar yang dikeluarkan oleh para diplomat kanan republik itu ke atas negara ini sebagaimana yang didedahkan oleh laman web WikiLeaks.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman ketika mengumumkan demikian berkata, Wisma Putra telah memanggil Pesuruhjaya Tinggi Singapura di Malaysia, T. Jasudasen mengadap pada Selasa, untuk diserahkan surat protes berkenaan.

Berita Kompas Indonesia bersumberkan ANT, AFP, AP pula melaporkan di bawah tajuk 'Hubungan Malaysia-Singapura Memanas' antarnya menyebutkan...

"Pemerintah Malaysia, Selasa (14/12/2010), memanggil Dubes Singapura untuk menyerahkan nota protes atas pernyataan tidak benar yang dibuat oleh pejabat Singapura dan diungkap oleh WikiLeaks. Memo-memo diplomatik rahasia yang diberikan oleh laman pengungkap aib kepada kelompok media Fairfax Australia berisi penilaian Singapura terhadap negara-negara tetangganya di Asia, termasuk Malaysia.

Laporan itu antara lain berisi pernyataan sejumlah pejabat senior Singapura yang mengatakan, Kuala Lumpur kekurangan pemimpin kompeten. Sebagai akibatnya, situasi di Malaysia membingungkan dan berbahaya.

"Menteri Luar Negeri Malaysia Anifah Aman memanggil komisioner tinggi Singapura, T Jasudasen, dan menyerahkan nota protes atas pernyataan yang tidak bisa dibenarkan, yang dibuat oleh diplomat Singapura," kata kementerian dalam sebuah pernyataan.

"Menteri luar negeri juga menyampaikan keprihatinan yang mendalam terhadap Malaysia dan ketidaknyamanannya atas komentar yang bocor dalam WikiLeaks tersebut dan selanjutnya dilaporkan oleh media," katanya.

Singapura, Senin, mengungkapkan keyakinannya bahwa pembeberan yang dilakukan WikiLeaks tidak akan melukai hubungan mereka dengan Malaysia, Thailand, India, dan Jepang. Negara-negara tersebut menjadi subyek komentar pedas para pejabatnya.

Menurut kawat diplomatik yang dilaporkan pada September 2008, diplomat Singapura telah mengatakan, ada kemungkinan konflik rasial terjadi di Malaysia serta diprediksikan bahwa etnis Tionghoa akan lari meninggalkan negeri itu dan membuat Singapura kewalahan.

Perdana Menteri Malaysia Najib Razak dalam laporan tersebut digambarkan sebagai oportunis yang tidak akan ragu untuk bersikap kritis terhadap Singapura jika itu adalah hal yang tepat untuk dilakukan.

Para pemimpin Singapura juga percaya jika pemimpin oposisi Malaysia, Anwar Ibrahim, berhubungan seks dengan seorang pembantu laki-lakinya dalam sebuah perangkap yang disiapkan oleh musuh-musuhnya. Sebelumnya, tuduhan itu secara tegas dibantah oleh Anwar.

Para pendukung Anwar, Selasa, menyerahkan surat kepada misi Singapura untuk mencela komentar itu. Seperti dikabarkan, laman WikiLeaks yang dibentuk oleh seorang peretas asal Australia, Julian Assange, telah membuat heboh dunia diplomatik karena memuat kawat-kawat diplomatik Amerika Serikat yang bersifat rahasia. (IH)

Tuesday, December 14, 2010

Ketuanan Melayu: Cadang Nik Aziz Kpd Raja


KL, 14 Dis 10: Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mencadangkan Raja-raja Melayu agar perkenan mencari jalan penyelesaian terbaik sekiranya mengambil berat tentang nasib orang Melayu di negara ini.

Dalam kenyataan terbaru menyentuh polemik ungkapan Ketuanan Melayu, Mursyidul Am PAS berkata, Raja-raja Melayu yang memperlihatkan kebimbangan mengenai kedudukan orang Melayu sejak kebelakangan ini, perlu tampil mencari jalan penyelesaian menggunakan lunas al-Quran.

“Apabila terdapat beberapa orang Raja-raja Melayu yang menyuarakan kebimbangan berkenaan nasib orang Melayu, saya sarankan supaya marilah kita merujuk kepada al-Quran.

“Pada saya, Raja-raja Melayu berhak bimbang jika benar orang-orang Melayu terancam, tetapi marilah kita mencari penawar yang betul untuk penyakit yang berlaku,” kata beliau yang masih dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Dalam hal ini, kata Menteri Besar Kelantan, ungkapan Ketuanan Melayu merupakan ubat yang salah bahkan ia sebenarnya racun yang bisa.

“Justeru, bolehkah kiranya saya meletakkan harapan kepada pihak Raja-raja Melayu agar membawa rakyat kembali kepada Islam sebagai penyelesaian terhadap masalah yang berlaku? Yakinlah, dengan Islam, Melayu akan terbela,” katanya lagi.

Sejak bulan lalu, pendebatan isu konsep Ketuanan Melayu ini begitu hebat diperkatakan selepas Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam ucapan dasar Kongres Naional PKR meminta supaya “Ketuanan Melayu” ditinggalkan.

Malah Perkasa juga mengkritik dengan menyifatkan Dr Wan Azizah sebagai “pelacur politik” dan kacang melupakan kulit kerana meminta ungkapan “Ketuanan Melayu” diketepikan bagi memajukan orang Melayu.

Dalam kenyataan hari ini juga, Nik Aziz mendakwa Umno tidak mengutamakan kepentingan soal agama Islam tetapi mengagung-agungkan ungkapan Ketuanan Melayu yang dilihat tidak memberikan sebarang faedah kepada negara terutamanya orang Melayu.

Beliau berkata jika bercakap tentang ketuanan ia mesti kembali kepada Islam, bukannya Melayu yang selama ini menjadi modal perjuangan Umno.

“Ketuanan hendaklah kembali kepada Islam. Tidak dinafikan bahawa di negara ini majoriti umat Islam ialah berbangsa Melayu, ini sepatutnya menjadi satu kebanggaan bangsa Melayu sendiri yang sudah menerima Islam beratus-ratus tahun yang lampau.

“Bukankah Islam itu anugerah daripada Allah? Tidakkah hanya orang yang bertuah sahaja yang akan menerima anugerah daripada Allah s.w.t,” soal Nik Aziz.

Beliau juga melahirkan rasa kecewa apabila ada di kalangan orang Melayu di negara ini menolak Islam.

“Namun, dukacita sekali apabila ada orang Melayu sendiri yang menolak Islam, menolak Islam bererti menolak ketuanan Islam dan bila menolak Islam ertinya menolak anugerah Allah.

“Seolah-olah Islam ini bahan buangan yang tidak layak untuk diterima, demikianlah barangkali tanggapan mereka yang mengetepikan Islam sebagai perundangan hidup mereka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata slogan “Ketuanan Melayu” yang dilaungkan pemimpin Umno langsung tidak menggambarkan konsep Islam apabila bergelumang dengan pelbagai tuduhan rasuah dan pecah amanah.

“Hari ini, seruan Islam yang menjadi tonggak orang Melayu ini diganti dengan nasionalis. Dengan slogan Ketuanan Melayu, mereka beria-ia menjulang keris tumpul itu kononnya merekalah pendekar sejati mempertahankan hak Melayu.

“Apa yang peliknya, di samping menjulang ketuanan Melayu itulah, mereka telah terpalit dengan pelbagai tuduhan rasuah dan pecah amanah. Halalkah pelakuan rasuah ini di sisi mazhab ketuanan Melayu? Melaungkan Ketuanan Melayu dengan mengetepikan Islam hanya akan menjadikan bangsa Melayu lebih hina, bukannya lebih mulia,” katanya.

Oleh yang demikian, Nik Aziz mahu rakyat di negara ini berfikir secara matang sekiranya masih mahu Umno-Barisan Nasional (BN) memerintah negara.

“Bolehkah pimpinan sebegini menjadi tempat bergantung rakyat? Bukan sahaja orang bukan Melayu, bahkan orang Melayu sendiri akan disembelih dengan slogan seperti ini.

“Buktinya, di Kelantan yang majoritinya bangsa Melayu, dinafikan peruntukan pembangunan dan royalti minyak oleh ketuanan Melayu. Orang Melayu tidak terjaga, Islam pun terlepas dari genggaman.

“Hakikatnya, perjuangan ketuanan Melayu ini hanyalah perjuangan sia-sia. Demi menyedarkan rakyat tentang hakikat inilah, saya gagahi diri saya untuk terus berjuang memberikan kefahaman agar rakyat menerima Islam sebagai addin (din dan daulah),” katanya. (AK)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails