Thursday, January 13, 2011

1 ADUN RM 1 Juta Baikpulih S'ngor. ADUN Pembangkang?

NONE
Shah Alam 13 Jan 11: Kerajaan negeri Selangor akan memperuntukkan RM1 juta kepada setiap ADUN Pakatan Rakyat untuk diagihkan dalam tempoh tiga bulan bagi menampung perbelanjaan membaikpulih keperluan asas di setiap kawasan.

Ditanya sama ada pihak pembangkang Selangor akan mendapat peruntukan yang sama, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata kerajaan Pakatan Rakyat akan merujuk kepada amalan kerajaan persekutuan.

"Kalau kerajaan persekutuan buat untuk semua ahli parlimen dan kita akan melakukan perkara yang sama. Asalkan mereka buat dulu. Kita lihat dahulu. Bukan kita tidak lihat perkara ini tapi, tunggu dulu. Kita tawarkan. Kita lihat dulu kalau persekutuan dan beri sekata kepada semua ahli parlimen dan kita akan ikut," katanya.

Sebelum ini beliau membuat pengumuman pada sidang media selepas mesyuarat exco di Shah Alam, petang semalam., "Setiap ADUN diberi peruntukan RM1 juta untuk menggunakan duit itu untuk pemuliharaan jalan, pembinaan jambatan dan parit-parit yang perlu dibetulkan melalui pihak berkuasa tempatan berkenaan. Oleh sebab itu kita mesti membawa pembangunan dari peringkat bawah,"

Selain itu, Khalid berkata, kepimpinan kerajaan Selangor akan memperhebatkan usaha turun padang mendekati rakyat untuk membawa perubahan di peringkat dasar. Justeru, perancangan komprehensif tiga bulan akan datang akan menentukan pengurusan negeri yang lebih cekap.

Beberapa rakyat Selangor ditemui Weblog Ibnu Hasyim di Bandar Baru Ampang semalam menyifatkan tindakan tersebut adalah wajar, sebagai sebuah perhargaan kepada rakyat Selangor, "Mengenai peruntukan yang sepatutnya diberi kepada ADUN pembangkang Selangor juga, kerajaan Persekutuan kena tunjuk contoh dulu.. " Kata Atan Ahmad seorang peniaga, salah seorang dari mereka. (Ibnu Hasyim)

Sebelum ini..

No comments:

Post a Comment