Wednesday, January 26, 2011

35,000 Menunggu Dapatkan Pembantu Rumah.

SEORANG wanita melihat iklan orang ramai yang memerlukan pembantu rumah pada papan kenyataan di luar sebuah pusat beli-belah di Kuala Lumpur baru-baru ini. - AFP


YUAN TYNG menutup muka ketika dirakam gambarnya selepas membuat rayuan hukuman berhubung kes mendera pembantu rumahnya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam.

KL 26 Jan 11: Berpuluh ribu rakyat Malaysia kini berhadapan dengan kesulitan ekoran masalah kekurangan pembantu rumah warga asing bergaji murah yang melanda negara ini. Sumber industri menganggarkan isu itu sudah membelenggu sekurang-kurangnya 35,000 keluarga yang masih berada dalam senarai menunggu untuk mendapatkan pembantu rumah.

Masalah tersebut berlarutan gara-gara rundingan penetapan gaji minimum pembantu rumah yang diminta oleh Indonesia sebanyak RM800 sebulan masih tertangguh. "Saya mengalami kesusahan tanpa pembantu rumah," demikian pengakuan ibu kepada tiga orang anak yang hanya mahu dikenali sebagai Maz.

Dia sedang berfikir untuk berhenti kerja sebagai pegawai jualan demi menjaga anak-anaknya yang berusia di antara satu hingga lima tahun. Sejak menjadi ibu yang bekerja, Maz pernah mempunyai dua pembantu rumah yang tinggal bersama keluarga sehingga kontrak mereka selama dua tahun berakhir.

Sementara itu, seorang ibu tunggal Hau Yuan Tyng, 45, diketepikan rayuannya mengenai hukuman terdahulu oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam dan dikenakan hukuman penjara 11 tahun berbanding lapan tahun sebelum ini kerana mendera bekas pembantu rumah, Siti Hajar Sadli tiga tahun lalu. (IH)

1 comment:

Anonymous said...

Sudah lah Malaysia bukan destinasi pembantu rumah murah dari Indonesia,mereka lebih berminat bekerja di Jepun,Taiwan. Kerajaan wajib bertindak pro active.Ramai memerlukan pembantu rumah untuk menjaga bayi dan kanak2.Jadi kenapa tidak membina nursery dan childcare

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails