Wednesday, January 05, 2011

BN (Barang Naik): Petrol, M/Tanah Naik 10 Sen



Ini dulu... sekarang naik lagi..

Harga Petrol, Minyak Tanah Naik 10 Sen

KUALA LUMPUR: Harga petrol RON97 dan minyak tanah masing-masing akan naik sebanyak 10 sen seliter mulai tengah malam ini, kata Presiden Persatuan Penjual Petrol Malaysia (PDAM), Datuk Hashim Othman.

Beliau berkata, dengan kenaikan itu, harga petrol RON97 akan naik kepada RM2.40 seliter (sebelum ini RM2.30 seliter) sementara minyak tanah kepada RM2.50 seliter.

Hashim yang dihubungi berkata, beliau dimaklumkan mengenai kenaikan harga kedua-dua minyak tersebut oleh pihak berkuasa malam ini.Kali terakhir harga RON97 yang diapungkan mengikut pasaran minyak dunia semasa, naik sebanyak 15 sen pada 1 Dis lalu, menjadikan RM2.30 seliter.

Kenaikan esok tidak akan menjejaskan harga petrol RON95 yang kekal RM1.90 seliter, diesel RM1.80 seliter dan LPG RM1.90 sekilogram.

Menurut laporan hari ini, minyak yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Negara Pengeksport Minyak (Opec) meningkat kepada US$89.79 mulai minggu ini. - BERNAMA

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Betullah orang kata BN = Barang Naik..

2 comments:

  1. bagiuh lah naik harga... bagi naik tinggi2 sikit. takpaaaa... oram\ng melayu sukaaaaa... depa akan tetap berada dibelakang kepimpinan... tak pa...

    ReplyDelete
  2. kenaikan berganda harga barang keperluan harian akan menyusul... berapa lama lagi nak bagi "Barang Naik" ni terus berkuasa..? JOM TUKAR!!! Kuasa di tangan ANDA!

    ReplyDelete