Wednesday, January 26, 2011

Bom Akan Meletup, Lee Kuan Yew Biadap.


KL 26 Jan 11: Bom akan meletup! Kata bekas perdana menteri Singapura Lee Kuan Yew melalui buku barunya, “Lee Kuan Yew: Hard Truths To Keep Singapore Going”, adalah kata-kata biadap yang menghina dan menghasut rakyat negara ini. Demikian disifatkan disifatkan oleh beberapa pemerhati dan pemimpin politik di sini.

Menurutnya, dia tidak ragu-ragu lagi jika orang Melayu dan masyarakat India di Malaysia yang kurang berpendidikan tidak disedarkan bahawa mereka berkongsi sebuah negara, maka ia akan membawa kepada situasi seperti di Beirut. Iaitu bom kemusnahan akan meletop di negara ini.

Menurut Lee lagi, politik Malaysia yang meletakkan kaum Melayu di atas berbanding kaum-kaum lain akan terus kekal sebagai halangan dalam membina hubungan dua halangan yang mesra dengan Singapura. Beliau menambah, Singapura, tidak seperti Malaysia, merupakan sebuah negara meritokrasi pelbagai kaum dan telah menemui imbangan antara kaum dan di kalangan kelas sosial dan ekonomi.

“Kesemua saudara-mara saya di Kuala Lumpur telah berhijrah ke Australia, mereka telah putus asas. Tetapi kami berada di Singapura dan kami berhasrat untuk kekal di sini,” kata Lee, yang disifatkan sebagai mengapi-apikan rakyat negara ini.

Sejak beberapa tahun lalu, ketegangan kaum dan agama di Malaysia meningkat menjadi lebih tegang, yang turut memberi impak ke atas hubungan dengan Singapura, salah satu negeri dalam persekutuan sebelum ia ditendang keluar pada 1963. Beberapa kumpulan pembela orang Melayu berpendirian lantang terhadap masyarakat Cina dengan tanggapan kaum tesebut menguasai bahagian besar kek ekonomi negara ini.

Akhbar Utusan Malaysia dimiliki Umno pula didakwa mencetuskan ketegangan kaum dengan laporan-laporannya dan ruangan pendapat yang terus-menerus, memberi amaran kononnya pemimpin-pemimpin politik negara ini seakan-akan menjadi “satu lagi Singapura”, di mana republik yang didominasi masyarakat Cina dilabel meminggirkan orang Melayu.

Lee menerajui Singapura dari tahun 1959 hingga 1990. Najib mengambil kepimpinan pada April 2009 dan tahun lalu telah memeterai perjanjian ke arah kerjasama dan hubungan yang lebih kondusif. Ahli politik veteran berusia 87 tahun ini mempersoalkan sama ada Najib berupaya untuk membawa perubahan yang diidamkan apabila berhadapan dengan cabaran sedemikian.

“Jadi, adakah orang Melayu akan membolehkan kerjasama dengan Singapura? Sejauh mana mereka akan menyokong projek-projek yang sementara memanfaatkan Malaysia, ia juga akan membantu Singapura untuk makmur?

“Setiap pemimpin Malaysia perlu sedar persoalan ini. Kita tidak harus melupakan perkara ini,” kata negarawan yang terus kekal berpengaruh ini.

Menurut Lee, Singapura telah berupaya untuk terus ke depan berbanding rakan-rakan negara jirannya di rantau ini walaupun kecil dari segi saiz kerana ia memfokus pada aspek pembangunan keharmonian kaum dan agama sejak awal-awal lagi. Katanya aspek-aspek itu penting untuk mewujudkan kestabilan dalaman bagi menarik pelabur. “Jika anda ada konflik perkauman atau agama, kita akan degenerat seperti Beirut,” katanya.

Pandangan itu sebahagian daripada buku terbaru Lee yang turut meminta Islam Singapura agar tidak terlalu berpegang kuat kepada ajaran Islam bagi membantu proses integrasi dan pembangunan negara. Buku setebal 458 halaman itu diterbitkan oleh Straits Times Press awal tahun ini dan memuatkan siri temu bual dengan menteri mentor Singapura itu yang dikendalikan antara Disember 2008 dan Oktober 2009. (IH)

Lihat sebelum ini...

1 comment:

Anonymous said...

KETUA KONGSI GELAP CINA NI DIA INGAT DIA BIJAK SANGATLAH,BILA DIA BERJAYA MERAMPAS NEGARA TEMASIK DARI RAJA MELAYU YANG BODOH DAN DUNGU YANG TAK SEDAR DIRI SAMPAI ISTANA DAN RAJA HANYA JADI SEJARAH YANG AKAN DIPADAMKAN TERUS.DIA INGAT ISRAEL DAN AMERIKA TU BAIKSANGATLAH KOT NAK TOLONG DIA SELAMANYA.,DIA TAK TAHU DIA HANYA DIJADIKAN BOM JANGKA YANG HANYA MENUNGGU MASA UNTUK DILETUPKAN OLEH DUA EKOR DAJAL INI.SEMEMANGNYA APABILA DUA EKOR DAJAL INI TERGUGAT KUASA KEEGOAN MEREKA DIRANTAU INI NEGARA KONGSI GELAP INILAH DIJADIKAN UMPAN UNTUK MENGGEGARKAN RANTAU INI,MEMANDANGKAN KETUA KONGSI GELAP INI PERASAN PANDAILAH KONON.!!!! PIRAH......,,,

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails