Wednesday, January 26, 2011

Bongkar, Minuman 'Tenaga Batin' Beracun -Farmasi KKM

PENGGUNA
RAMPAS...Ketua Penolong Pengarah Kanan Penguat Kuasa Farmasi KKM, Mazlan Ismail, memeriksa dua jenis produk minuman yang dirampas, semalam.
RAMPAS...Ketua Penolong Pengarah Kanan Penguat Kuasa Farmasi KKM, Mazlan Ismail, memeriksa dua jenis produk minuman yang dirampas, semalam.

KL 26 Jan 11: Tidak ubah seperti menjual racun apabila Bahagian Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membongkar sejenis produk minuman ‘tenaga batin’ edaran sebuah syarikat kosmetik terkenal yang dikesan dicampurkan dua jenis kimia berbahaya sekali gus.

Racun kimia analog berkenaan yang dipercayai diseludup dari Taiwan dianggap berbahaya berikutan boleh merosakkan sel saraf tubuh selain meragut nyawa pengguna dalam tempoh singkat. Tindakan sebuah syarikat memasarkan produk minuman kesihatan berbahaya itu terbongkar selepas pihak penguat kuasa farmasi merampas kira-kira 2,000 botol produk itu bernilai lebih RM100,000.

Dalam operasi kira-kira jam 11 pagi semalam, sepasukan 30 pegawai penguat kuasa farmasi diketuai Ketua Penolong Pengarah Kanan Penguat Kuasa Farmasi KKM, Dali Ismail bertindak menyerbu lima premis yang menjual produk itu di Chow Kit, di sini. Operasi itu dilakukan bertujuan merampas dua jenis produk kesihatan berbahaya yang diedarkan sebuah syarikat kosmetik terkenal beribu pejabat di kawasan berkenaan.

Jurucakap Bahagian Farmasi berkata, pihaknya sebelum ini melakukan siasatan terhadap produk minuman kesihatan lelaki milik syarikat itu yang didakwa boleh meningkatkan daya rangsangan seksual. Menurutnya, pengedar produk minuman berharga RM50 sebotol itu bagaimanapun cuba mengaburi pengguna dengan mendakwa cecair berkenaan dihasilkan 100 peratus herba dan rempah terpilih.

“Namun rahsia ramuan istimewa berkenaan adalah palsu selepas produk itu dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis. Hasil ujian makmal, pihak KKM mendapati minuman itu mengandungi kimia Hydroxythiohomosildenafil dan Thiosildenafil.

“Kimia sintetik itu jauh berbahaya berbanding kimia sildenafil di dalam produk Viagra berikutan ia mampu merosakkan sistem tubuh dengan lebih cepat termasuk mengakibatkan kematian mengejut,” katanya.

Katanya, syarikat sama turut dikesan mengedarkan sejenis minuman kesihatan yang didakwa mampu membakar lemak serta menguruskan tubuh dalam tempoh pantas.

“Pemeriksaan Jabatan Kimia dilakukan di Pulau Pinang mendapati produk minuman kesihatan itu dicampurkan kimia berbahaya analog Sibutramine yang dikategorikan sebagai racun berjadual,” katanya. (myMetr0)

6 comments:

Anonymous said...

http://cialisonlinepharmrx.net/#791034 cheap cialis next day delivery [url=http://cialisonlinepharmrx.net/#766247]Cialis pharmacy[/url] order cialis uk

Anonymous said...

http://online-payday-loan.pro/#467518 payday loan consumer information

Anonymous said...

http://viagraespanafarmacia.net/#433849 efecto de la sildenafil comprar viagra

Anonymous said...

http://viagraespanafarmacia.net/#841060 mas alcohol citrato de sildenafil comprar viagra

Anonymous said...

http://sildenafilrxpills.net/#896368 sildenafil

Anonymous said...

http://online-payday-loan.pro/#651736 how does payday advance work

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails