Tuesday, January 04, 2011

'DAP Anti Islam', 'Khawarij & Politik PAS' Di Tenang

pkr congress 271110 jimmy chua jui meng
KL 4 Jan 11: 'DAP anti Islam' dan 'Khawarij dan Politik PAS' yang diedarkan itu dianggap satu pembohongan besar. Kata Ketua PKR, Johor Datuk Chua Jui Meng.

Datuk Chua Jui Meng mendakwa ada pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan taktik kotor menyebarkan risalah fitnah terhadap Pakatan Rakyat kepada penduduk Felda di kawasan kerusi undangan negeri Tenang dan kawasan sekitarnya, lapor TV Selangor.

"Ini satu pembohongan besar. Kalau nak kata DAP anti Islam. Saya dah lama kenal DAP. Mereka tak bodoh. DAP hormat orang Melayu, Lim Guan Eng sendiri telah banyak membantu orang Melayu di Pulau Pinang," katanya.

Sehubungan itu, Chua juga tidak menolak perbuatan itu sebagai taktik kotor Umno untuk kempen mempertahankan Tenang pada pilihan raya kecil akan datang.

Risalah 'DAP anti Islam' mengandungi nota yang mendakwa parti Cina yang mempunyai kerusi paling banyak di parlimen itu akan mengharamkan azan, majlis Maulidur Rasul dan seumpamnya jika Pakatan Rakyat memerintah. Chua juga menyatakan kebimbangan mengenai taktik Umno yang cuba menghalang pemimpin Pakatan Rakyat daripada bertemu rakyat.

Semalam ceramah Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di Tenang sekali lagi diganggu polis. "Mungkin selepas ini pemimpin Cina tidak dibenarkan masuk ke kawasan Felda," katanya. (AK)

Lihat sebelum ini.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails