Saturday, January 15, 2011

Isu Perlahan Azan: MCA Ekstrim, DAP Kawan Kita..


KL, 15 Jan 11: Walaupun MCA mendakwa parti itu tidak tahu-menahu mengenai dakwaan bahawa salah seorang ahlinya, seorang peguam, terlibat dalam isu azan Masjid Al-Ikhlasiah, Kampung Kerinchi di sini semalam, namun ia membuktikan MCA adalah parti yang ektrim berbanding DAP, yang sudah boleh dibawa berbincang, hatta mengenai perundangan Islam sekalipun.

Jelas seorang pemimpin lama PAS Kawasan Batu ketiga dihubungi pagi ini.

Semalam Weblog Ibnu Hasyim mendedahkan penyebab berlakunya sekitar 100 orang berhimpun di pekarangan Masjid Al-Ikhlasiah, Kampung Kerinchi lepas solat Jumaat. Mereka mengadakan tunjuk perasaan mendesak agar seorang peguam, yang didakwa menggesa penggunaan pembesar suara dihentikan, ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Hari ini The Malaysian Insider telah menghubungi beberapa pemimpin pusat MCA yang berkata, mereka tidak sedar tentang insiden itu, malah menegaskan tidak pernah menerima sebarang aduan formal terhadap ahli terbabit.

Setiausaha Agung MCA Datuk Seri Kong Cho Ha (gambar) memberitahu, beliau belum lagi dimaklumkan mengenai perkembangan tersebut. “Bagaimanapun dalam mana-mana kes, amat jelas ia (hanya) satu pandangan peribadinya, dibuat atas kapasiti peribadi. Ia bukan pandangan MCA ataupun agenda parti,” kata beliau yang juga anggota Kabinet pusat.

Ditanya sama ada partinya bercadang untuk menyiasat perkara tersebut, Kong memberitahu, tiada aduan formal dibuat terhadap ahli terbabit. “Kami tidak menyiasat begitu sahaja melainkan ada permintaan formal untuk kami berbuat demikian.

“Dalam mana-mana kes, jika ada gesaan agar Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) digunakan, persoalan sekarang sama ada ia isu MCA atau satu kes polis?

“Sebagai contoh, jika seorang ahli MCA mencuri komputer riba anda, ia adalah kes polis dan bukannya kes MCA,” katanya.

Kata beliau, peguam itu kemungkinan mengemukakan permintaan itu atas kapasiti peribadi dan bukannya selaku seorang wakil parti. Difahamkan lelaki itu pernah berkhidmat di pejabat bekas presiden MCA yang juga anggota Kabinet pusat. Dia tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan pengesahan sama ada surat kepada pelbagai pihak termasuk perdana menteri adalah yang ditulis olehnya.

Semalam, beberapa pemimpin Pemuda MCA mengesahkan mereka mengenali lelaki berkenaan, yang juga anggota biro sayap itu, tetapi mendakwa mereka juga tahu-menahu tentang isu tersebut. Timbalan Ketua Pemuda MCA Datuk Dr Mah Hang Soon dilaporkan memberitahu bahawa peguam itu menganggotai kepimpinan sayap Negeri Sembilan.

“Ya, dia pernah bekerja untuk seorang bekas presiden. Tetapi, saya tidak tahu kejadian itu. Kami tidak menerima apa-apa maklumat mengenainya setakat ini,” kata beliau ketika dihubungi. Ketua Pemuda MCA Datuk Dr Wee Ka Siong tidak dapat dihubungi untuk ulasan.

Setiausaha Agung Pemuda MCA, Datuk Chai Kim Sen memberitahu, beliau tidak dapat mengesahkan sama ada anggota pergerakan itu menulis surat tersebut. “Saya tak dengar apa-apa. Anda perlu sahkan dengan ketua kami (Wee),” katanya.

Timbalannya, Loh Chew June juga memberikan pandangan yang sama dengan berkata beliau ada membaca berita mengenai isu itu menerusi portal tetapi tidak tahu sama ada ahlinya terlibat dalam isu berkenaan.

"Berbagai alasan diberikan oleh pemimpin MCA itu, membuktikan ia menganggap perkara itu perkara kecil, sedangkan ia adalah perkara besar bagi penganut-penganut Islam" kata pemimpin PAS itu yang namanya tidak mahu disebutkan. "...kalau di luar negara boleh melibatkan tumpah darah!"

"MCA memang ekstrim, DAP kawan kita." Katanya yang juga akan pada perjumpaan majlis makan malam dan dialog dengan MB Kelantan di Hotel Grand Seassons Kuala lumpur malam ini, dan majlis "Hi-Tea Mee Goreng Tenang Bersama Adun Titi Serong & Blogger Ibnuhashim" petang sebelumnya. (IH)

Sebelum ini....

1 comment:

Anonymous said...

Ini semua konspirasi pas ,pkr dan dap utk mewujudkan satu isu panas yg perkauman bagi menutup isu ketua cawangan pas rogol budak pasti dan adun dap komtar menghina india mamak dgn kata kata balik india.....cina yg dikatakan ahli mca ini adalah seorang penyokong tegar pkr dan dap dan beliau telah merancang hal ini dgn jayanya....sebab itu beliau menghantar surat komplen terus ke alamat perdana menteri....ini satu perAngkap dap pas dan pkr utk menaikkan api perkauman.....jahatnya pakatan org org jahat.....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails