LONDON 23 Jan 11:Iingat lagi tak, dengan gugusan pulau buatan di Dubai, United Emirat Arab, yang dibentuk seperti ‘negara-negara’ di dunia sehingga menyerupai sebuah peta dunia? Pulau artifisial yang dibuat dengan menimbun laut dengan 100 juta meter kubik material pasir dan batu.
Pulau-pulau buatan yang disebut ‘Dunia’ (The World) kerana memunculkan ‘negara’ baru dalam peta dunia itu kini terancam tenggelam kembali ke dasar laut. Ini bakal menjadi tamparan atas keangkuhan dan kerakusan pengusaha Dubai. Krisis kewangan global menyebabkan pasar properti di United Emirat Arab mengalami kelesuan.
The World, kepulauan buatan manusia yang dirancang menyerupai peta dunia, kini di ambang kehancuran. Beberapa pulau kini mulai tenggelam kembali ke dasar laut.
‘’Pulau-pulau itu secara perlahan mulai tenggelam kembali ke laut,’’ kata Richard Wilmot-Smith QC, peguam Penguin Marine asal Inggeris. ‘’Ada bukti erosi dan penurunan The World.’’
Hanya satu 'negara', yakni Greenland, yang saat ini dihuni. Namun, Nakheel membantah tudingan Penguin Marine yang menyebut The World kini sudah ‘mati’. Perusahaan hanya mengakui, projek The World kini sedang 'koma'.
"Ini adalah projek sepuluh tahun yang telah makin lambat," katanya. "Tapi, ini adalah projek yang akan selesai habis!" (IH)
No comments:
Post a Comment