Thursday, January 27, 2011

Kes Sosilawati: Disebut Semula 24 Feb

BANTING, 27 Jan — Mahkamah Majistret Telok Datok di sini hari ini menetapkan 24 Februari depan untuk sebutan semula kes bekas peguam, N. Pathmanabhan dan tiga pekerja ladangnya yang didakwa membunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain pada Ogos tahun lepas.

Majistret Hurman Hussain menetapkan tarikh itu selepas pihak pendakwaan meminta penangguhan sementara menunggu keputusan rayuan dan semakan di Mahkamah Tinggi Shah Alam berhubung kes dua lagi pekerja Pathmanabhan, K. Sarawanan dan U. Suresh yang dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun kerana melupuskan mayat keempat-empat mangsa. (IH)

E-Buku IH-1: 'Misteri Hilangnya Jutawan Datuk Sosilawati

E-Buku IH-1: \

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails