Wednesday, January 05, 2011

Ketegasan N/Aziz Di Hadapan Yang di-Pertuan Agung



KL 5 Jan 11: "...Ayahanda Nabi Muhammad SAW., Abdullah juga pernah menggunakan kalimah “Allah” walaupun dia merupakan bukan Islam." Demikian hujah tegas Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membantah cakapan seorang pemimpin UMNO, di Istana Terengganu di sini pada 24 Disember lalu, walaupun mereka berada di hadapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin sendiri.

Ketegasan seorang ulama, apalagi kalau di depan penguasa yang zalim adalah amat dihargai, dan amanah dari Allah SWT supaya mempertahankan kebenaran kerana firman Allah 'kebenaran itu adalah dari Tuhan, dan janganlah kamu termasuk di kalangan orang yang ragu." Seperti juga yang pernah diucapkan oleh Nabi Musa AS di hadapan Maharaja Fir'aun 'Hukumlah kamu, tetapi kamu hanya menghukum di dunia ini sahaja!".

Mungkin kerana ketegasan itu, “Kemudian perbincangan mereka berakhir apabila Agong meminta diri dan Nik Aziz juga meminta diri (keluar daripada perbincangan), dengan mengatakan sakit belakang,” kata satu sumber kepada The Malaysian Insider semalam.

Difahamkan, sebelumnya seorang pemimpin Umno pada pertemuan itu, bercakap mengenai keperluan perpaduan orang Melayu memandangkan bukan Melayu mengambil kesempatan dengan perpecahan di kalangan orang Melayu. Mereka orang bukan Islam, membuat pelbagai permintaan termasuk menuntut penggunaan kalimah “Allah”, dengan merujuk kepada langkah Gereja Katolik yang mahu menggunakan perkataan itu dalam akhbar versi Bahasa Malaysia mereka.

Dikatakan juga, kerana itu pemimpin-pemimpin Umno dan PAS terpaksa mengakhiri perundingan ‘perpaduan Melayu’ itu, selepas pertemuan mereka mula menyentuh isu penggunaan kalimah “Allah” oleh bukan Islam tersebut. Nik Aziz ketika itu baru keluar daripada hospital selepas menerima rawatan.

Semalam Nik Aziz enggan mengumumkan butiran perkara yang disentuh dalam pertemuan tersebut dengan berkata, beliau menghadiri pertemuan di Istana Terengganu di sini atas undangan bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi. Menteri Besar Kelantan itu berkata, pertemuannya dengan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Terengganu yang turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tiada kaitan dengan isu politik.

Kata beliau, pemergiannya itu adalah bagi menjunjung perintah Seri Paduka Baginda yang menyampaikan titahnya melalui Abdullah ketika bekas Perdana Menteri itu melawatnya ketika beliau dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia di sini bulan lepas.

“Saya menghadap baginda bersama beberapa pemimpin termasuk Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, di Istana Terengganu, di Kuala Lumpur atas dasar menghormati dan menjunjung titah perintah Tuanku,” katanya.

Nik Aziz membuat penjelasan itu pada sidang akhbar yang turut dihadiri Abdul Hadi dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali. Abdul Hadi pula berkata walaupun majlis itu turut dihadiri pemimpin lain termasuk Najib tetapi mereka tidak membincangkan langsung soal-soal politik. “Tidak ada perjumpaan lain, selain majlis santapan malam itu,” katanya.

Semalam, Nik Aziz juga meminta orang ramai menghentikan spekulasi mengenai pertemuan terbaru ini. (dari Weblog Ibnu Hasyim)

Lihat sebelum ini..

2 comments:

Tinta.Muallimah said...

Salam. Tapi kenapa ya Tok guru memberi keterangan depan press dgn membaca text ??

mns said...

Kenyataan akhbar la bukan bagi keterangan . Kenyataan Akhbar sememangnya dibaca . Lain la kalau buat sesi soal jawab . Yang maslahnya heran macammana pula yang blog2 dok heboh isi perjumpaan ? malah TGNA sendiri pun kata tak ceritakan dan tak betul telahan2 blog . Begitu cepat manusia menyebar fitnah .

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails