SEBENTAR tadi, seseorang menaefon saya mengatakan Weblog Ibnu Hasyim keluar dalam tv tengah malam tadi.
"Ai, pasai apa pulak? Negatif atau positif..." Saya tanya.
"Tentulah negatif. Mengenai Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim, menafikan beliau terlibat dalam satu kes jenayah memperkosa pada 2007 dan semua dakwaan lain yang dilemparkan oleh penulis blog di internet dan parti pembangkang terhadapnya. Aku nampak gambar blog engkau ditayangkan..." katanya.
"Oh.."
Sebenarnya saya menyambut baik cadangan Datuk Seri Dr. Rais yang mahu isu tuduhan ke atasnya diselesaikan mengikut lunas undang-undang. Isu itu patut disiasat segera kerana ianya membabitkan nama baik negara dan mungkin mampu menjejaskan hubungan serantau Malaysia-Indonesia.
Sebelum itu penulis blog, Datuk Ahirudin Atan mempersoalkan mengapa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) lambat bertindak berhubung dakwaan terhadap menterinya, Datuk Seri Rais Yatim berkaitan kes rogol membabitkan seorang amah Indonesia. Sedangkan, katanya, SKMM tangkas bertindak ke atasnya apabila menteri yang bertanggjungjawab ke atas suruhanjaya itu membuat laporan polis ke atasnya sebelum ini.
"Dakwaan yang dibuat dalam blog itu di dalam bidang kuasa SKMM, jadi mereka mesti siasat," kata Ahiruddin (foto, kiri) ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.
Tambahnya, SKMM perlu menjalankan siasatan memandangkan Rais ketika menafikan dakwaan tersebut semalam (5 Jan) mendakwa, ia antaranya dicetuskan oleh "penulis liar blog di Internet."
Katanya, SKMM perlu segera menyiasat dakwaan berkenaan, sepertimana yang dilakukan suruhanjaya itu ke atasnya berhubung satu tulisannya pada Oktober tahun lalu di laman Rocky's Bru.
"Jika tidak, ia akan menunjukkan double standard kerana dakwaan itu melibatkan menteri yang bertanggungjawab ke atas SKMM," kata Ahirudin yang juga penasihat editorial kumpulan akhbar The Malay Mail, The Malaysian Reserve dan juga stesen Bernama TV.
Ahirudin disiasat oleh suruhanjaya itu berhubung tulisan di blognya itu yang mendakwa seorang anak lelaki Rais memperoleh geran RM1 bilion untuk menaik taraf akses jalur lebar di seluruh negara. Manakala dalam tulisannya pada 23 Disember pula, Ahirudin mendakwa seorang pembantu rumah warga Indonesia telah diperkosa oleh seorang menteri kabinet pada 2007.
Mengulas lanjut, Ahirudin yang lebih dikenali sebagai Rocky, bagaimanapun membersoalkan mengapa Rais (foto, kanan) mengambil masa yang lama untuk tampil menafikan dakwaan itu.
"Tidak cukup sekiranya (Rais) sekadar berkata dia tidak buat. Laporan polis sudah dibuat dan sekarang polis ada tanggungjawab untuk siasat," tambahnya.
Jelasnya, walaupun menteri tersebut telah menafikan dakwaan itu, Migrant Care masih berdiam diri dengan dakwaan berkenaan. "Itu juga perlu menjadi sebahagian daripada (aspek) yang polis perlu siasat," katanya lagi.
Tegasnya, Rais juga sepatutnya memfokuskan kepada dakwaan tersebut dan bukannya mempolitikkan isu berkenaan dengan menyifatkan dakwaan itu cubaan untuk menggagalkan usaha 1Malaysia perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.
Sementara itu Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin mempersoalkan tindakan Rais yang seolah-olah cuba menyalahkan pihak Pakatan, bloggers dan media bahawa kononnya insiden ini adalah ciptaan permainan politik berkepentingan. "Wanita Keadilan menganggap ini sebagai suatu tuduhan keras dan Rais Yatim patut segera memohon maaf," katanya dalam satu kenyataan media semalam.
Beliau juga mendesak kerajaan mengantung tugas menteri penerangan itu buat sementara dan berkuat-kuasa serta merta bagi menjamin sebuah pentadbiran yang benar-benar bersih, sehingga keputusan siasatan selesai.
Sama-samalah kita lihat, sejauh manakah kecekapan jentera kerajaan Malaysia pimpinan BN bertindak, apabila ianya melibatkan menterinya sendiri. Sila selesikan segera. Sekian.
Ibnu Hasyim Catatan Santai
alamat e-mail: ibnuhasyim@gmail.com
7 Jan 11 KL
Sebelum ini...
- Kes rogol: Rais Yatim Nafi Laporan
- Menteri Rogol Amah, Tahniah SAMM Lapor Polis.
- Tolonglah! Mangsa Rogol Menteri Mula Ketakutan.
- Wanita Ini Dirogol Rais, B/MB Perlis Pula Berzina?...
- Menteri Rogol Amah, Dato Seri Rais Yatim?
- WikiLeaks Dedah Menteri M'sia Rogol Amah Indo
- Penjelasan Menteri Rogol Amah -Alex Ong, Migrant Care=
- Kisah Robengah Dirogol Pak Menteri Kabinet Najib
1 comment:
This text is priceless. How can I find out more?
Also visit my web page ... the respawnables hack
Post a Comment