Saturday, January 29, 2011

Mesir: Kabinetnya Di arah Letak Jawatan, Dia Bagaimana?


KAHERAH, 29 Jan 11: Presiden Mesir Hosni Mubarak yang berhadapan dengan protes besar-besaran sejak beberapa hari lalu, semalam dalam kemunculan pertama menerusi televisyen - meminta Kabinetnnya meletakkan jawatan. Bagaimanapun Mubarak tidak memberikan sebarang petunjuk sama ada beliau yang akan meletakkan jawatan selepas menerajui negara itu selama tiga dekad.

Mesir antara negara yang berhadapan dengan demonstrasi sejak dua minggu lalu termasuk di Tunisia. Katanya, beliau akan menamakan kerajaan yang baru hari ini. Malah kata Mubarak (gambar) beliau juga akan menekankan pembaharuan sosial, ekonomi dan politik sambil menyifatkan protes antikerajaan di seluruh negara itu sebagai komplot untuk menjejaksan kestabilan di Mesir dan menghancurkan legitimasi kerajaan pimpinannya.

“Saya akan mempertahankan Mesir,” kata Mubarak dipetik beberapa media Barat.

Dalam ucapannya Mubarak juga mempertahankan tindakan pasukan keselamatan menangani demonstrasi dan kesal dengan kematian yang wujud ekoran tindakan keras ke atas mereka.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Apakah Mubarak masih mahu berkuasa? Ertinya dalang di belakangnya hanya bertindak untuk meredakan suasana dan memasangperangkap baru yang lebih kukuh lagi? (IH)

No comments:

Post a Comment