Monday, January 24, 2011

Mufti Perak Dakwah Isteri Najib, Shabas!


Harussani

LABIS, 24 Jan 11
: Adakah Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria berdakwah kepada Perdana Menteri dan isterinya yang digambarkan (lihat gambar atas sekali) pernah bercium dengan lelaki luar negara bukan muhrim di depan khalayak ramai?

Pertanyaan ini timbul di kalangan masyarakat Islam, apabila beliau menyifatkan tindakan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, menyentuh soal wanita Islam bersalam terhadap calon PAS-Pakatan kerusi DUN Tenang, sebagai satu pendirian menghina agama Islam yang merupakan agama rasmi negara ini. Bahkan, beliau menggesa Dr Chua yang juga Presiden MCA supaya meminta maaf kepada orang Islam kerana mempertikaikan tertib bersalam seorang wanita Islam.

Kempen Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Tenang dilihat memberikan tumpuan kepada cara bersalam calon PAS-Pakatan Rakyat Normala Sudirman yang tidak bersalam dengan lelaki. Kontroversi itu terlebih dahulu ditimbulkan Dr Chua dan ia diikuti beberapa pemimpin MCA yang turut mempertikaikan pendekatan Normala itu.

Selain itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin turut menyokong tindakan Dr Chua yang membangkitkan agenda PAS untuk menubuhkan sebuah negara Islam jika Pakatan Rakyat berkuasa adalah baik bagi “mengingatkan” masyarakat Cina di DUN Tenang.

“Beliau (Dr Chua) perlu tahu, kalau tahu beliau kena hormati pendirian agama masing-masing, kalau tidak tahu itu adalah kejahilan.

“Kalau tahu tapi buat-buat tidak tahu itu menghina Islam namanya... saya bukan sebut ini untuk pertahankan calon PAS tapi ini melibatkan ajaran agama.

“Jadi beliau perlu minta maaf kerana menghina orang Islam,” kata Harussani ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Menurut Harussani, sebagai seorang wanita yang beragama Islam sudah menjadi kewajiban beliau untuk menjaga adab termasuk dari aspek bersalam.

“Barangkali beliau (Dr Chua) tidak tahu, beliau tak tahu apa itu hukum Islam.

“Kalau lelaki dan wanita itu bukan muhrim maka mereka tidak boleh bersalam, itu haram namanya.

“(Dr) Chua kena tahu itu adalah hukum agama, bagi orang Islam yang beriman tindakan itu adalah betul kerana agama jelaskan katakan ia haram,” katanya.

Sebelum ini, Normala menyifatkan Umno telah gagal membantu MCA memahami konsep Islam yang sebenar sehingga menyebabkan parti komponen BN itu tidak dapat menghormati nilai dan tertib orang Islam khususnya kaum wanita. Beliau juga meminta MCA memahami adat dan tatatertib orang Islam terutamanya wanita Islam sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menimbulkan kontroversi.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Isteri PM dikatakan banyak menimbulkan masalah dalam agama Islam. Beliau antara isteri pemimpin negara umat Islam yang tidak menutup aurat, terlibat dalam penganjuran majlis bertentangan dengan Islam tetapi atas nama Islam. Malah amat memalukan 'gila cium' seperti gambar di atas.

Maka sewajarnyalah Mufti Perak menegur begitu. Hanya pemimpin yang telinga kuali sahaja yang tidak faham maksud tersirat Mufti Perak itu. Alhamdulillah. Syabas teruskan Tuan Muft!

Sila lihat P/K DUN Tenang secara keseluruhan...
E-Buku IH-25: P/K DUN Tenang
E-Buku IH-25: P/K DUN Tenangi

19 comments:

Anonymous said...

saya tertarik dan kadang terkilan dgn olah sri mufti ni ..klu isu berbangkit terkena batang hidung seseorng tertentu Bisu malah sanggup merendahkan nilai diri sebagai seorng mufti disebaliknya klu berkenaan DSAI dan PAS/PKR/DAP waduh hiudp dgn memeinta bertaubat le dan sebagainya..
wahi tuan mufti sedar2 kita diluar ini tidak sebodoh dan serendah nilai sdra dlm hal2 menilai yg berkaitan..simply Batil yg sdra tegakan HAK yg sdra musnahkan dgn kedudukan yg sdra duduki kononnya akan dpt memperdayakan rakyat..MASYALLAH..

Anonymous said...

Biaq pi la dia nak buat apapun, inikan 1Malaysia, semua boleh buat tak kira halal-haram dah. Kalau pembangkang buat dihebohkan seluruh dunia termasuk lautan yang ada segala ikan termasuk ikan bilis.Yang UMNO dok sibuk pasal Cina tak pakai tudung masuk masjid tu diperbesarkan konon tak hormati Islam.Yang peliknya bini Islam tak pakai tudung tak pula mereka nak tegur.

Anonymous said...

UMNO kengan keUMNOan dia la. Cakap je nak martabatkan Islam, tapi anak bini dia tak ikut Islampun. Bab pakai tudung sangat pentinga dalam menjaga maruah dan moral serta peribadi seseorang. Jadi Islam tu ajar perkara yang baik untuk manusia.Tapi ada orang yang jahil tak ikut Islam,inilah yang dipanggil munafik.

Anonymous said...

Inilah tanda dunia akhir zaman.Pemimpin tak boleh ditegur, sedangkan dalam Islam tegur menegur tu adalah nasihat.Sesama Islam kena tegur walaupun pahit.Kalau dah dilantik mufti tu jangan pandai tegur rakyat biasa sahaja.Kepada pemimpinpun dan isteri dia juga perlu tegur.Ini amanah Allah,rakyat dan agama Islam yang kita anuti.Bila dah jahil depa buat apa saja asalkan dapat lakukannya. Yang penting glamour.Tegurlah walaupun pahit kerana kepahitan itu ada kemanisan di sebaliknya.

Anonymous said...

Syabas IH kerana berani menulis dan berterus-terang walaupun boleh terancam.Biar kita dimarahi oleh manusia, asal jangan kita kelak akan dimurkai Allah kelak diakhiratr.Walau IH tak boleh tegur secara berdepan, melalui penulisan dan buah fikiranpun jadilah.Itulah selemah-lemah iman.Moga-moga IH diberikan kekuatan minda dan tenaga untuk berdakwah dengan cara kita.

Anonymous said...

Tidak beriman seseorang itu selagi dia tidak mengasihi saudaranya.Ini termasuk menegur seseorang akan berbuat baik dan meninggalkan perkara yang mungkar seperti berzina, bercium dengan bukan mahram,rasuah,merompak,mencuri,fitnah,penyelewengan,pecah amanah,menghina Islam,mengamalkan fahaman sekular yang memisahkan agama dengan politik-pentadbiran sedangkan kita mampu melakukannya.

Anonymous said...

Ingatlah akan janji Allah di akhirat kelak.Orang berilmu akan mendahului orang lain masuk ke neraka jika sekiranya ilmu yang ada padanya tidak dijadikan alat untuk memperbetulkan ummah dan manusia di bawah tanggungannya.Moga semua umat Islam seluruh Malaysia dan dunia selamat daripada api neraka.Peganglah amanah,tunaikan janji.Gaji yang dibayar itu adalah amanah dari rakyat.Gunakanlah kedudukan dan jawatan itu sesuai dengan tugas dan amanah yang negara berika.

Anonymous said...

Dalam mengeluarkan kenyataan,seseorang mufti itu tidak dibolehkan mengeluarkan kenyataan yang terpilih dan memihak kepada satu-satu pihak.Bukan gaji anda dibayar oleh pihak yang anda sokong,tetapi itu adalah duit rakyat dari hasil kutipan cukai daripada seluruh rakyat 1Malaysia.Jadi berkata-katalah dengan adil walaupun pahit.Takut Allah akan bertanyaka jkita adakah kita dapat laksanakan tugas kita itu sebaik mungkin atau sebaliknya.

Anonymous said...

Ya betul pendapat saudara itu, tak kira mufti atau pemimpin,penghulu,penggawa,cikgu,hakim,ulamak dan diri kita sendiri,bercakap apa yang sebenarnya yang diajarkan oleh Allah dan Nabi Muhammad SAW.Jadilak kitab Al-Quran dan As-Sunnah sebagai panduian dan dapat dipraktikkan dalam kehidupan kita . Semoga bahagia di dunia dan akhirat.

Anonymous said...

Saya sokong100%.

Anonymous said...

Silat penyokong UMNO karat jawab segala hujah yang kengkawan kita tuliskan dalam ruangan ini.Jawab jangan tak jawab,jangan jadi pondan Siam.

Anonymous said...

Jangan kita gadaikan maruah dan kesucian Islam kerana kedudukan kita yang sementara ini.Berfikirlah secara terbuka dengan diadunkan dengan iman di dada.

Anonymous said...

Allahuakbar.

Anonymous said...

Takbir.......

Anonymous said...

Janganlah sampai rakyat tak hormati Tan Sri...berkatalah yang benar....

Anonymous said...

Bukan semuanya orang boleh diperbodohkan dengan RM10.00 tu.

Anonymous said...

Ya beda-bedu....

Anonymous said...

Islam..My way Of Life.

Anonymous said...

Cakap serta amalkan lagi afdal.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails