Saturday, January 22, 2011

Muhyuddin Sokong MCA Tolak Negara Islam

NONEPerang kartun di Tenang
KL 22 Jan 11: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin terus bermuka dua di kalangan masyarakat Islam apabila jelas menolak penubuhan negara Islam di Malaysia.

Ini terbukti apabila beliau menyoikong dan berkata tindakan Presiden MCA Datuk Dr Chua Soi Lek membangkitkan agenda PAS bagi menubuhkan sebuah negara Islam jika Pakatan Rakyat berkuasa adalah baik bagi "mengingatkan masyarakat Cina" berhubung keputusan mereka.

Sambil menyifatkan isu berkenaan bukan satu perkara baru, Muhyiddin berkata PAS masih menympan hasrat mereka untuk membentuk negara Islam jika berjaya menguasai Putrajaya.

"Sejak daripada dahulu pun PAS tidak pernah mengatakan mereka nak pinda perlembagaan mereka... Itu (membentuk negara Islam) masih ada.

"Jadi baik juga MCA mengingatkan pada masyarakat Cina," katanya pada sidang media selepas penamaan calon dalam pilihan raya DUN Tenang.

Muhyiddin menjawab soalan pemberita sama ada isu negara Islam yang dibangkitkan oleh MCA untuk meraih balik sokongan kaum Cina dalam pilihan raya Tenang yang akan berlangsung pada 30 Januari ini.

Pada pilihan raya itu, akan berlaku pertandingan dua penjuru antara calon BN Mohd Azahar Ibrahim dan calon PAS Normala Sudirman.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, dalam Pakatan Rakyat, mereka tidak sepakat dan di antara PAS dan DAP "mereka bertembung sehingga mengambil satu sikap berdiam diri dan tidak bercakap" mengenai perkara tersebut.

tenang by election 220111 chua soi lek"Kalau bercakap nanti seluruh dunia tahu, kita akan kalah dan orang tidak akan sokong kita," perli Muhyiddin

"Tapi ia (penubuhan negara Islam) masih ada lagi, PAS tidak tukar perlembagaan macam (Datuk Seri) Dr Chua (Soi Lek) sebutkan, dan Karpal Singh pun kata langkah mayat saya dahulu kalau nak kepada negara Islam," katanya.

Bagaimanapun, beliau yakin pengundi di Tenang memahami perkara muslihat Pakatan Rakyat dan berkata jentera BN akan turun padang membuat penjelasan kepada pengundi.

"Kita terangkan mana yang hak mana yang betul, yang batil kita tidak ceritakan. Kita membawa risalah yang baik supaya rakyat dapat menilai dan memilih dengan bijaksana," katanya. (IH/Sumber Malaysiakini)

Sila lihat P/K DUN Tenang secara keseluruhan...
E-Buku IH-25: P/K DUN Tenang
E-Buku IH-25: P/K DUN Tenang

2 comments:

Anonymous said...

PAS punretorik jeh..bohongkan orang islam..

Kuasa ditangan diKEDAH dan Kelantan.

Diperak NIzar terang terang kata tak tubuh Negara Islam didewan Perak..

jgan bohong rakyatlah

Anonymous said...

1. DAP PAS bersatu sebab sekarang ni padang permainan tak sama rata. BN control semua: media, SPR, agensi kerajaan.... Ni halangan pertama yang kena dilepasi.

Tu yang PR kata, kalau menang, mereka nak laksanakan sistem lebih telus, lebih terbuka. Di Penang, Selangor, Kedah & Kelantan, usaha ke arah pelaksanaan ketelusan ini memang berjalan.

2. Bila padang permainan dah sama rata, barulah BN, PKR, DAP & PAS masing-masing boleh lawan dengan lebih adil.

3. Mengapa Karpal Singh, Chua Soi Lek dsb tegar memperlekehkan Islam? Puncanya sebab mereka tak faham Islam. Selama ini, parti orang Islam yang bersama dengan parti non muslim siapa? =UMNO... berpuluh tahun bersama, tapi gagal memahamkan MCA & MIC pasal Islam. Seolah-olah Islam untuk Melayu sahaja.

Tapi bila mana PAS bekerjasama dengan DAP, sedikit sebanyak PAS dapat menerangkan Islam itu dan prinsip2 di dalamnya (tak terikat dengan bangsa sebagaimana UMNO).

Sehingga Karpal Singh yang dulu kata "over my dead body", sekarang lebih terbuka untuk berbincang isu Islam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails