Tuesday, January 18, 2011

Penari Seksi Di Jamuan 1M'sia, Isa Samad Gila

Tenang 18 Jan 11: Lebih 1,000 orang, kebanyakan mereka masyarakat Cina dijamu dengan makan besar dengan minum bir percuma sambil dihiburkan dengan tarian seksi sempena jamuan makan malam 1Malaysia di Tenang malam semalam. Selain itu, peserta yang bernasib baik juga berpeluang memenangi sebuah motosikal 100cc sebagai hadiah utama cabutan bertuah. Pada masa yang sama jamuan berkenaan juga diselitkan dengan ucapanpolitik daripada bekas naib presiden Umno, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.

Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Mentri Besar itu yang berjaya merampas kerusi Bagan Pinang pada pilihan raya kecil 2009 mengalahkan calon PAS - menjadikan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai sasaran utamanya.
Sambil menuduh Anwar sebagai penipu, Isa memberikan contoh 'peristiwa 16 September' di mana ketua pembangkang itu mendakwa Pakatan Rakyat telah mendapat sokongan yang mencukupi bagi mengambil-alih kerajaan dan kabinet bayangan yang dijanjikannya itu.

"Mana menteri kabinet bayangannya? Adakah mereka bercakap mengenai ekonomi dan pembangunan? Tidak ada. Kabinet bayangan pun tidak nampak.

"Semua ini tipu. Kita - BN sudah memerintah negara lebih 50 tahun. Kita tidak perlu berjanji seperti janji 100 hari. Kita berusaha setiap hari,” kata Isa yang berkemeja T jingga dengan tertera logo 1Malaysia.

"Saya kenal Anwar, kami belajar di universiti yang sama dan kami sama-sama dalam Umno. Jika beliau ikhlas mahu menolong Melayu, Cina dan India, dia sepatutnya lakukan ketika menjadi timbalan perdana menteri dulu.

"Parti pembangkang cekap memutar-belit. Mereka boleh memutar dari 180 darjah kepada 360 darjah. Tuan-tuan dan puan-puan, jangan percaya Anwar,” kata Isa sambil disambut gelak ketawa daripada hadirin. Isa juga tidak melepaskan peluang menyindir PAS yang didakwa cuba menunjukkan DAP sebagai parti yang mesra dengan Islam serta menerima Islam sebagai agama rasmi negara dan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

"Siapa tak boleh terima ini (status Islam dan Bahasa Melayu)? Tak ada siapa-siapa yang mengadu tentangnya. Tuan-tuan dan puan-puan, semua ini boleh diterima sebelum sertai DAP.

"(Musyidul am PAS) Nik (Abdul) Aziz (Nik Mat) lagi gila. Dia kata DAP sudah memahami Islam. Kita sebagai Muslim, kadang-kala tidak berapa faham. Macam mana (pengerusi DAP) Karpal Singh dan (pemimpin veterannya) Lim Kit Siang boleh faham Islam dengan hanya berkawan dengan PAS untuk dua atau tiga tahun? Semua ini penipuan,” kata Isa.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Biasanya 'orang gila' yang suka menuduh orang lain gila. Apa lagi bila yang dituduh itu ialah orang yang berdakwah kepada rakan-rakan dan memperkenalkan Islam. Sedangkan yang menuduh itu terlibat dengan majlis arak, tarian seksi dan segala macam maksiat. Jadi Isa Samad yang gila? (IH)

Sebelum ini....

PRK Tenang: Jika mahu tenang, tolak BN!

8 comments:

Anonymous said...

Inilah orang panggil ketam mengajar anak dia berjalan lurus, atau meludah ke langit, atau jugak paku dulang paku serpih punya orang.

Anonymous said...

Apa la dengan pemimpin UMNO ni, dia pergi cakap dengan orang Cina di Tenang yang dia sebagai Muslim pun tak berapa faham dengan Islam. Sedar ke dia apa yang dia cakap tu, kalau nak undi kaum Cina pun janganlah pergi mengaku yang kita Islam ni sendiri tak faham agama sendiri di depan orang bukan Islam. Nak jadi pemimpin 1Malaysia macamana kalau cakapnya berdegar-degar, tapi hipokrit. Ingat rakyat tak ingat sejarah kamu yang sangat tidak elok....

Anonymous said...

Kita sebagai orang Islam dan pemimpin yang baik sepatutnya tidak mengutuk pemimpin sesama Islam di depan orang bukan Islam. Tengok orang Cina dalam politik mereka tidak mengeji sesama mereka di depan bangsa lain walaupun mereka berlainan fahaman politik. Mereka matang dalam berpolitik. Kal;au kamu ikhlas perjuangkan bangsa Melayu, kenapa dah 53 tahun kamu memerintah, Islam dalam kedudukan dan takuk lama dan orang Melayu tak maju0-maju lagi. Apa kamu ingat rakyat Melayu tak pandai menilai kamu. Kalau kamu bela mereka takkan orang Melayu tolak parti kamu pada PRU12 lepas. Ingat PRU 13 menanti kamu....jangan jadi lidah bercabang. depan cina cakap lain, depan melayu cakap lain, depan India cakap lain. Cakap sama jelah kan kita ni 1Malaysia.

Anonymous said...

Cakap Islam, tapi majlis tu dipenuhio dengan arak dan wanita bukan Melayu yang seksi. Tak ke malu ke dengan orang Cina di Tenang tu...mintak jauhkanlah.

Anonymous said...

Mengaku sdaja Islam, tapi perangai tak melambangkan ciri sebagai orang Islam.

Anonymous said...

Insaflah wahai saudara seagamaku. Kita ni akan mati.Jangan kita bersekongkol dengan maksiat demi kepentingan politik dan kuasa.

Anonymous said...

Mungkin ini tandanya dunia di akhir hayat, manusia sudah keliru dengan agamanya sendiri. Allah selamtkanlah umat Islam dan rakyat Malaysia dari bala bencanMU.

Anonymous said...

Insaflah kita semua sebelum nyawa kita di hujung halkum...jika terus lali kita adalah orang yang paling rugi di atas muka bumi ini apalagi di akhirat kelak yang tiada penghujungnya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails