▼
Saturday, January 29, 2011
Rais Yatim, Selar Nik Aziz Dengan Fatwa Celaru
KL 29 Jan 11: Bernama melaporkan, Rais gesa Melayu Islam tidak diperlekeh Nik Aziz....
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim menegaskan pelakuan seperti Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyifatkan mereka yang tidak mengundi PAS sebagai orang jahiliah hanya dilakukan ketika zaman jahiliah.
Beliau berkata Mursyidul Am PAS itu tiada hak untuk menentukan siapa yang masuk syurga atau neraka, jauh sekali melabelkan mengundi yang memilih parti lain selain PAS sebagai orang jahiliah.
"Ini adalah kata-kata yang tidak wajar dikeluarkan oleh seorang Mursyidul Am dan saya percaya ramai di dalam PAS tidak setuju dengan pandangan beliau. Menteri Besar itu akhir-akhir ini sudah jadi pengeluar fatwa sendiri," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Karangkraf 2011 di Shah Alam hari ini.
Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan dikatakan mengeluarkan perkataan jahiliah itu pada sidang media di Kampung Redong di Labis dua hari lalu, semasa berkempen dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang. Sehubungan itu, Rais berkata sudah sampai masanya orang Melayu dan Islam khususnya menilai Mursyidul Am PAS itu dengan sebaiknya dan tidak lagi diperlekehkan oleh beliau.
"Sekarang, setiap yang bernama Melayu dan Islam harus kerjakan sesuatu yang lebih dalam iaitu memahami agama kita dan tolong cari dalam al-Quran atau Hadis bahawa seseorang yang tidak memilih partinya (PAS) dia langsung menjadi seorang yang jahil atau tidak". Rais berharap pengundi di Tenang tidak terperdaya dan membiarkan diri mereka diperkotak-katikkan dengan kenyataan Nik Abdul Aziz itu. - Bernama
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Yang mengeluarkan fatwa ialah mufti yang dilantik sesebuah kerajaan. Bagaimana pula Rais cuba berfatwa mengulas, kata orang lain yang dituduh fatwa? Mengenai kandungan yang dituduh fatwa oleh Rais itu, kita tunggu orang lain jawab. Bercelaru habis dengan puak-puak UMNO ni...
kalau fatwa wajib kena ikut tidak ada kecuali yang celaru hanya pak rais,tg Nik aziz memberi pandangan bedasarkan ilmu kalau pak rais rasa mempunyai ilmu lebih medalam dari tg Nik Aziz silakan beri pandangan.hukum hudud mempunyai nas yang qatei dalam quran kenapa umno tak lasanakan? sedangkan umno sudah 50 tahun lebih merentah negara inilah bokti yang umno memang tak mahu kepada islam kalau islam pun pada zahirnya sahaja tapi hakikatnya tidak beriman.
ReplyDeletekalau fatwa wajib kena ikut tidak ada kecuali yang celaru hanya pak rais,tg Nik aziz memberi pandangan bedasarkan ilmu kalau pak rais rasa mempunyai ilmu lebih medalam dari tg Nik Aziz silakan beri pandangan.hukum hudud mempunyai nas yang qatei dalam quran kenapa umno tak lasanakan? sedangkan umno sudah 50 tahun lebih merentah negara inilah bokti yang umno memang tak mahu kepada islam kalau islam pun pada zahirnya sahaja tapi hakikatnya tidak beriman.
ReplyDeleteSalam. Maaf kawan bertanya. Ada ke dalam Al-Quran tertulis yang sokong BN ialah orang jahiliyah?
ReplyDeleteRenung-renungkan. Ulama yang mashyur pun tidak mengeluarkan fatwa begitu. Kalau UMNO tak nak Islam, kenapa tidak di layan tuntutan LGBT? Siapa yang agungkan LGBT? Bukan AMBIGA? Yang Pakatan Rakyat banggakan? Jangan hanya tahu menuduh, buktikan. Suruh sahajalah pemimpin pembangkang anda bersumpah. Kenapa tidak berani? Kata UMNO tak mahu Islam? Tak kan ketua pembangkang sendiri tan nak Islam kot?
hukum HUDUD? laksanakan dulu di negeri yang anda tadbir.. boleh ke? anda cume tahu bercakap, laksanakan? menjadi kuda tunggangan DAP sahaja la.. saya rasa kalu HUDUD di laksanakan, DAP pun tidak mahu berpakat dengan PAS.. yang nak keADILan sahaja.. janji pun tak tertunai.. mana janji bagi duit 200 kepada pelajar universiti? mana? nak cat bangunan pun tak mampu..
ReplyDelete