Kota Bharu, 31 Dis 10: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, orang Melayu juga mesti menutup aurat di dalam kawasan surau atau masjid. Beliau menyatakan demikian ekoran isu yang ditimbulkan media mutakhir ini berhubung senamrobik yang dilakukan masyarakat bukan Melayu di kawasan berkenaan.
“Usahkan di dalam kawasan masjid, di dalam masjid pun tidak apa, termasuklah juga pembelajaran dan persoalan perlantikan ketua negara dan ketua perang serta urusan sakit demam. Semuanya dilaksanakan dalam masjid seperti yang berlaku pada zaman Nabi Muhammad s.a.w.
“Namun dari segi aurat, mestilah dijaga. Usahkan orang Cina, orang Melayu sendiri mesti menutup aurat. Tinggal lagi hendaklah ditegur orang yang tidak menutup aurat dengan sempurna itu,” katanya kepada media pada kuliah mingguan di sini, hari ini.
Mengulas komitmen sesetengah masyarakat Cina terhadap rumah ibadah, beliau berkata walau pun kaum Cina, Orang Asli atau warga Afrika yang hitam, namun apabila mereka itu muslim dan muttaqin, maka adalah layak dilantik menjadi imam sembahyang.
“Ini kerana hina atau tidaknya manusia itu bukan terletak kepada tubuhnya tetapi adalah terletak kepada taqwanya.
“Walau pun dia hamba, tetapi apabila dia diangkat menjadi ketua (termasuk imam sembahyang) maka mesti diikuti.
“Oleh demikian, di Kelantan sendiri, saya sudah membina masjid di Rantau Panjang. Saya meminta orang Cina menjadi imam sembahyang dan saya menjadi makmum pada bulan Ramadhan yang lalu,” katanya.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Samakah mereka? Dua wanita gambar di kanan berbaju putih adalah orang Cina bukan Islam sedang senamrobik depan surau, di Cheras. Itulah Teo Ning Ching Ahli Perlimen Serdang.
Dua gambar di bawahnya, satu wanita berbaju merah, satu berbaju biru juga dengan aksi tersendiri. Itu isteri PM Malaysia. Berbaju merah sedang senam juga. Yang baju biru senam juga ke? Senam apa? Depan khalayak ramai.. Tah lebih teruk lagi! Kenapa puak-puak Melayu asobiah tegur yang baju putih sahaja? Tok Guru kata,"..dari segi aurat, mestilah dijaga. Usahkan orang Cina, orang Melayu sendiri mesti menutup aurat.."
5 comments:
saya hairan kenapa Nik aziz makin lama semakin liberal. dahulu, dialah penentang tegar mereka2 yang anti islam. sekarang apa yang anti islam buat, dia sokong pulak...
kalau aurat lah yang perlu dijaga, sempurna sangatkah penutupan aurat si Teo tu? nampak jugak nasi lemak dan bumpernya di depan masjid...siap iringan lagu untuk berjoget...
benar, elok bermesyuarat di dalam masjid, tetapi secara logiknya, adakah elok berjoget ala2 senam gitu dgn iringan muzik di dalam mahupun di luar masjid? punya luas bumi ALLAH ini, di masjid juga nak berjoget? Kalau begitu, elok juga kalau buat solat hajat dan istiharah di pub2 atau disko...mudah2an dapat berkat orang2 yang ada di sana...
Komen TGNA itu memang tepatlah tu. Bab buat senamrobik kawasan surau tu buat apa? Tak ada tempat lain ke?
Bab tak tutup aurat dah tanda tak tahu adab tempat agama orang lain.
Yang dah tentu tak mahu nak tutup aurat cam isteri orang pertama,tegur pun tak jadi apa. Cuma kita doakan dia tutuplah, sebelum kain kapan saje yg nutup nanti.
nik aziz dah tak boleh pakai, liberal sangat dah orang tua gile ni. BN bodoh dan laknat akan sapu bersih PR nanti.
Thank you
Tok guru tidak nyanyok Anon2 di atas tu yang nyanyok. Bercakap tiada nas dan dalil Islam.
Post a Comment