Monday, January 03, 2011

Tiger Show & UMNO? -Dr Lo'lo'




KL, 3 Jan 10:
PAS mempersoal sikap 'tutup mulut' pemimpin Umno berhubung isu pertunjukkan maksiat 'Tiger Show', dalam satu majlis makan malam di Marriot Hotel, Putrajaya pada 16 Disember lalu.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Lo'lo' Mohamad Ghazali melahirkan rasa pelik apabila Umno sangat cepat menyelar cara pemakaian Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching dalam satu majlis senam robik, namun dalam isu pakaian separuh bogel tarian tiger show, Umno seperti tidak peduli.

"Adalah malang isu YB Teo Nie Ching yang hanya bersenam robik dengan pakaian sukan yang biasa dipakai wanita bukan Islam menjadi berita muka depan Utusan Malaysia, tetapi kemungkaran yang lebih besar seperti ini didiamkan oleh media pro Umno," katanya yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa.

Majlis makan malam tersebut didakwa dianjurkan Syarikat Sony dan sebahagian yang hadir adalah orang Melayu beragama Islam.

Mengulas lanjut, Lo'lo' berkata, beliau juga kesal dengan sikap Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang didakwa tidak memperdulikan atau bertindak ke atas penganjur majlis makan malam tersebut.

Katanya, majlis tersebut secara jelas telah menghina Islam namun seperti dihalalkan pula oleh kerajaan Umno BN.

"Pertunjukan ini yang bukan setakat 'free show', malah 'free touch' dihadiri sebahagian besarnya oleh orang-orang Melayu yang mungkin beragama Islam.

"Lebih malang lagi YB selaku Menteri Hal Ehwal Islam, (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) Jakim dan (Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan) Jawi sebagai berwajib terlalu 'mandom' dalam menangani isu ini," katanya lagi yang bercadang membuat surat terbuka kepada menteri.

Minggu lalu, Harakahdaily telah melaporkan kenyataan Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudi Hassan yang mahu pihak berwajib dalam hal ehwal agama bertindak segera.

Katanya, Malaysia sekali-kali tidak boleh dibiarkan menjadi hub maksiat atau hub tarian lucah seperti yang dianjurkan syarikat pengeluar barangan elektrik dan elektronik itu dalam majlis makan malam di hotel tersebut.

Gambar-gambar pertunjukan pada majlis makan malam tersebut, kini tersebar dan hangat diperdebatkan di blog-blog dan laman sosial Facebook.

Sehubungan itu, mereka mencabar menteri dan pihak bertanggungjawab mengambil tindakan segera ke atas Sony sebagai penganjur dan pihak Hotel Marriot sebagai pengendali majlis.

Komen Weblog Ibnu Hasyim
: Lihat berita ini..

Gambar-gambar Tiger Show di Putrajaya tempoh hari sangat menjijikkan. Mana tidaknya terdapat dakwaan dalam satu acara di Marriot Hotel, Putrajaya pada 16 Disember 2010, mereka yang hadir bukan sahaja ada jamuan makan malam tetapi turut “disajikan “dessert” dengan jantan-jantan yang hadir pada masa itu tersenyum puas saling “bercakaran harimau” dengan penari separuh bogel yang dibawa. Apa lagi Jabatan Agama Islam, siasat lerr….

tiger show

tiger show

tiger show

tiger showKredit gambar tiger show Ruang Bicara Pria Malaya.

Sila lihat sebelum ini..

1 comment:

  1. Salam semua, harap anda semua tak terpengaruh dengan cerita dari Pria Malaya yang terkenal dengan cerita fitnahnya… Pria Malaya juga antara yang kuat memfitnah DS Rais Yatim mengenai isu rogol amah… Apapun, Marriot Hotel bukan terletak dalam Wilayah Persekutuan Putrajaya, tetapi di dalam kawasan Negeri Selangor… Sila buka Google Map… Cuma Marriot Hotel menggunakan nama Putrajaya pada hotelnya di sana kerana kedudukan berhampiran dengan Putrajaya. Takde kesalahan jika Marriot menggunakan nama Putrajaya pada hotelnya… Yang menjadi isu ialah penganjuran perkara sebegini… Sepatutnya MB Selangor perlu jawab…

    http://exception2008.blogspot.com/2011/01/dr-lo-lo-yang-bolo-marriot-hotel-dalam.html

    P/S: Jangan terus percaya pada satu-satu berita jika tak tahu kesahihannya... Fitnah akhir zaman makin berleluasa...

    ReplyDelete