Tuesday, January 04, 2011

Tolonglah! Mangsa Rogol Menteri Mula Ketakutan.

KL 4 Jan 11: NGO Indonesia yang memperjuangkan kes dakwaan rogol oleh seorang menteri kabinet semasa pentadbiran mantan perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata mangsa dan keluarganya merayu agar identiti mereka dirahsiakan. Ertinya mangsa dan keluarga kini dalam ketakutan.

Ini kerana mereka bimbang impak skandal itu ke atas mereka dan kemungkinan menteri berkenaan yang kini berkhidmat di bawah pentadbiran perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak akan mempunyai kesan kepada mereka meskipun berada di Indonesia. Lapor Malaysiakini hari ini.

NONEMenurut sepucuk surat yang didakwa ditulis oleh adik perempuan mangsa - yang disiarkan di beberapa blog - dan dihantar ke kedutaan Indonesia dan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur, kejadian rogol itu terus dirahsiakan kerana “menteri berkenaan mempunyai banyak wang dan kenalan di Indonesia.”

“Adalah dikhuatiri sesuatu akan berlaku kepada keluarga dan kakak saya seperti yang berlaku dalam kes Altantuya di Malaysia,” petik surat yang ditulis pada pertengahan 2007 itu yang merujuk kepada pembunuhan kejam warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Ketika dihubungi ketika itu, pengarah Migrant Care yang berpangkalan di Jakarta, Anis Hidayah memberitahu Malaysiakini mereka tidak boleh menghebahkan kes itu kerana mangsa dan keluarganya- meskipun telah menjalani sesi kaunseling - menolak untuk membuat kenyataan umum dan mengheret menteri berkenaan ke mahkamah.

Isu yang tertersorok selama tiga tahun itu muncul semula di alam siber sejak beberapa minggu lalu apabila ia dikatakan didedah oleh laman WikiLeaks.

Ketua pengarang The Malay Mail, Datuk Ahirudin Attan juga menulis mengenai pendedahan WikiLeak dalam blog Rocky Bru kelolaannya. Menurut beliau Pejabat Perdana Menteri yang ketika itu di bawah Abdullah juga menerima laporan berkenaan.

Pada 27 Disember 2009, kumpulan pelindung pendatang asing, Tenaganita mendesak kejadian rogol yang didakwa berlaku pada 19 Jun 2007 itu disiasat. Pada laporan bertarikh Ogos 2007, Anis berkata perjumpaannya dengan mangsa berkenaan pada 24 Julai tahun yang sama di rumah mangsa di Madukara, Banjarnegara Jawa Tengah untuk mendapatkan maklumat.

Setelah dipujuk, mangsa berkenaan yang telah bekerja selama lapan tahun sebagai pembantu rumah kepada menteri berkenaan, akhirnya mengakui majikannya itu telah merogolnya. Mangsa bagaimanapun merayu kepada Anis dan dua aktivis Migrant Care supaya kes perogolannya tidak dihebahkan kerana “bimbang malu ke atas dirinya, keluarga dan juga masyarakat di kampung mereka.”

Katanya, “beliau hanya orang kecil berbanding (menteri itu) adalah orang besar, jadi beliau amat takut dan meminta kes rogol itu ditutup,” petik laporan Anis.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Apa tindakan lanjut yang patut dilakukan? Bolehkah kes itu dibawa ke mahkamah?(IH)

Sebelum ini...

5 comments:

  1. PDRM eloklah siasat mengenai kes rogol ini untuk keadilan kpd semua.
    Pemimpin politik sila beri laluan dan jgn ganggu siasatan....

    ReplyDelete
  2. susah la klu or terlibat adalah dari parti BN . Polis pun takut nak siasat..

    ReplyDelete
  3. Kes ni dah terbukti fitnah pakatan.kenapa masih di siarkan?rais tu hari2 solat sunat tasbih.jangan suka2 sebar fitnah

    ReplyDelete
  4. wah kalau kes anwar bersusah payah siang malam utk kenakan anwar.

    tapi kalau org umno, hanya perlu nafi sekali sekali dalam media, terus dibuang kes.

    umno dan sex bebas berpisah tiada.

    ReplyDelete
  5. rajin solat sunat bukan alasan mengenepikan siasatan. anwar pun warak juga.

    mat sabu pun timbalan presiden PAS tau, bukan JKKK.

    tp kalau undang2 dilaksana secara adil, bicarakan kes ini.

    kalau terbukti pembantu rais tu fitnah, maka bukankah hukum qazaf amat relevan dikenakan.

    maka apakah rais pun sama mcm org umno lain yg menolak hudud, sedangkan qazaf itu akan memberikan kelegaan kepada nya.

    ReplyDelete