Friday, February 25, 2011

16 Sebab, Dr M Buktikan Dia Kafirkan UMNO?

KL 25 Feb 11: Dr Mahathir Mohamad didalam blognya semalam menjawab Tuan Guru Nik Abdul Aziz Menteri Besar Kelantan yang meminta bukti dari Dr Mahathir bahawa beliau mengkafirkan UMNO, sebuah pertubuhan politik kebangsaan Melayu yang disertai DrMahathir. Dr mahathir jawab dengan menggariskan 16 perkara.

Bila disemak balik rupanya tidak ada pun perkataan Nik Abdul Aziz menuduh 'UMNO kafir'. Cuma Dr Mahathir yang terasa. Seolah-olah Nik Abdul Aziz memberi tahu, "Makan cili terasa pedas.." Tiba-tiba Mahathir marah, "Mengapa kau tuduh aku makan cili?"

Lihat juga sebuah cerita klasik, kisah angsa emas Raja yang hilang. Suatu hari dalam suatu majlis keramaian, Raja itu mengumumkan, "Beta tahu pencuri angsa emas itu ada di sini." Hadirin terkejut, tertanya-tanya, siapa yang mencuri? Pencuri itu juga di situ terkejut, bagaimana Raja boleh tahu?

Raja mendedahkan,"Beta tahu, buktinya sehelai bulu kecil angsa tersebut masih tersangkut di kepalanya!"

Pencuri itu terus meraba di kepalanya, mencari bulu angsa itu. Barulah yang lain semua tahu, bahawa dialah pencurinya.

Kesian Dr Mahathir, diakah pencuri itu?? Kalau tak mencuri mengapa raba-raba kepala? Apakah 16 perkara itu membuktikan dia yang mengkafirkan UMNO?

Rujuk:

6 comments:

5150 said...

Tak kisahlah siapa makan cili siapa mcuri angsa emas, klu Dr. M tersalah tafsir atau TGNA terlepas cakap, yg penting carilah satu muafakat antara dua-dua pemimpin yang dihormati ini, kalau saling menyalahkan antara satu sama lain sampai kiamat pun tak habis perkara ni, bangsa lain mmg mahu melihat kita bercakar sesama, pepatah orang tua mengatakan "menang jadi abu, kalah jadi arang"

Ibnu Hasyim said...

Berbincang mencari kebenaran dan kejerniahan, bukan bercakaran, jadi abu atau jadi arang.

Anonymous said...

saya lihat minda rakayat yg membebi komen dlm blog che det semuany a karat biru tanpa mengunakan akal dan ilmu Islam..masing2 menegakkan det .dgn ilmu dan ulasan yg dangkal..tiada seorng pun yg berani meberi komen apa yg org tua ni perlekehkan temtang ALLAH dan Nabi Muhammad SAW satu waktu dulu,,saay peringatkan lagi tenatnag menghina hukum ALLAH-Hudud da menghina Janggut Nabi MasYALLAH,,gugurnya Iman ISLAM seseornag itu terletak disalah satu iaitu pada lidahnya..Antara TGNA dan det dlm semua hal politik ke ISLAM ke TGNA lebih arif dari det..
Rayat yg dimomokkan dgn kemodenan dan memebuat mereka tertipuoleh semuanya..kdg2 kiata kesian det makin dekat jln kekubor makin .....

WDG87 said...

Mahathir mmg tak suka Nik Aziz dari dulu. Tp skrg, bertambah bencilah dia pd Nik Aziz sbb b'baik dgn DAP. Perkasa pula xhabis2 m'hasut

Anonymous said...

no name: perbezaan pndpt mcmni la y mdorong kt mnilai sndri. kalau ada sapa2 pnya pndpt sndri hasil dr kajian antra dua phk kemukakan k0men2 anda jan mybelahi satu pihak je. dua2 tkoh ni amt sy kagumi n homati.

Anonymous said...

no name: setiap perbezaan tu terselit d sebalik kebaikn utk membentuk kesempurnaan y mnyeluruh :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails