Friday, February 18, 2011

Colok Gaharu & Ukiran Binatang Dlm Masjid -Prof Dr Awang Sariyan

Lanjutnya, sila lihat 'TAMADUN MELAYU DAN TAMADUN CHINA BERWACANA' Awang Sariyan (Inti sari Syarahan Sarjana Pelawat ATMA,Univerisiti Kebangsaan Malaysia, pada 20 Julai 2010 di Bilik Majlis UKM)
(http://kembarabahasa.blogspot.com/2010/08/tamadun-melayu-dan-tamadun-china.html)


KL 18 Feb 11
: Jangan terkejut jika melihat terdapat colok gaharu diletakkan di mimbar-mimbar masjid dan ukiran binatang di tempat ibadat di negara China. Colok gaharu dan ukiran binatang itu adalah budaya masyarakat China yang sedikit pun tidak mencacatkan aqidah umat Islam. Untik pengetahuan, terutamanya bagi mereka yang pertama kali menjejakkan kaki ke negara itu.

Demikian tegas Prof Dr Awang Sariyan (gambar), Penyandang Pertama Kursi Pengajian Melayu Kerajaan Malaysia di China, yang berpangkalan di Beijing Foreign Studies University (BFSU).

Katanya, ketika menjawab satu soalan, semasa menyampaikan ucapan itu dalam majlis Syarahan Sarjana Pelawat anjuran Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam di sebuah pusat pengajian tinggi di Shah Alam, 16 Februari lalu.

Ucapan sekitar dua jam bertajuk 'Kembara Bahasa di China; Memupuk Kerjasama Ketamadunan Melayu-China' itu banyak memberikan input baharu kepada khalayak pendengar dengan bentuk penyampaian beraudio visual.

Menurutnya, kedatangan Islam pada abad ketujuh itu diterima baik sehinggakan Maharaja China menaja pembinaan banyak masjid sebagai lambang agama Islam. Terdapat perbezaan besar antara orang China yang datang ke Melaka bersama gerombolan Laksamana Cheng Ho yang membawa Islam dengan mereka yang dibawa datang ke Tanah Melayu oleh penjajah Inggeris.

Katanya, Laksamana Cheng Ho atau dalam Bahasa Chinanya disebut sebagai Zheng He adalah seorang pahlawan utusan Maharaja China yang datang ke Melaka adalah seorang Islam.
Cheng Ho pula jelasnya mengikut kajian absah, merupakan seorang pahlawan hebat yang mempunyai susur galur darah keturunan Saidina Hassan, cucu Rasulullah SAW. yakni anak kepada Saidina Ali dan Fatimah.

Bercakap tentang Ahong, beliau berkata, setiap orang daripada mereka mempunyai kelayakan hebat kerana mereka diwajibkan mengikuti Pengajian Agama Islam selama tiga tahun. Mereka mempunyai kemahiran berbahasa etnik termasuk Bahasa Arab yang fasih, jelasnya, mereka juga merupakan penghafaz Al-Quran yang dilatih khas bagi memenuhi keperluan agama dan umat.

Gambar sebelah: Ibnu Hasyim bersama Imam sebuah masjid di Chengdu China

Tamadun China sangat hebat dengan usianya melebihi 5,000 tahun dengan 56 kumpulan etnik berbanding dengan tamadun Melayu yang baharu berusia 2,000 tahun, jelasnya. Dalam pada itu, beliau berkata, interaksi tamadun Malaysia China bukan hanya berlaku pada 1974 tetapi bermula sejak Zaman Han Shu pada 140 S.M. ekoran pelayaran utusan Maharaja Wu Di ke India melalui Tanah Melayu. Hubungan China dengan alam Melayu melonjak ke peringkat lebih tinggi sesudah munculnya Dinasti Tang (618-907M) dan Empayar Sriwijaya di alam Melayu pada abad ke-7.

Dalam majlis itu, Prof Awang banyak mengemukakan saranan bernas antaranya; penyelidikan hubungan Malaysia/alam Melayu dengan China dalam pelbagai aspek, ketamadunan seperti politik, ekonomi, kebudayaan, bahasa dan falsafah/pemikiran dari zaman dahulu hingga kini berdasarkan sumber China dan Melayu sendiri.

Begitu juga dengan perkembangan Islam di Tanah Besar China dan kaitannya dengan pengIslaman di alam Melayu, kajian-kajian perbandingan dengan pelbagai aspek dalam tamadun China dan Islam termasuk budaya dan bahasa. (IH)

Lihat siri lawatan ke negara China... (klk gambar)
E-Buku IH-33: Dari Cina Ke M'sia, Ikut Jalan Darat

E-Buku IH-33: Dari Cina Ke M\
E-Buku IH-4: Ke China Bersama Datuk Husam

E-Buku IH-4: Ke China Bersama Datuk Husam

No comments:

Post a Comment