Monday, February 28, 2011

Gambar Bogel: Nik Aziz Terselit Di Kangkang Perempuan


Merlimau 28 Feb 11: Malaysiakini melaporkan, satu risalah yang meletakkan kepala Tuan Guru Nik Abdul Aziz Mursyidul Am PAS terselit di celah kangkang kaki perempuan dengan kata-kata "Ingat PAS, ingat zina, tuihh!".'Barang bagus baru barang naik'

Memaparkan gambar mursyidul am itu yang tersenyum sambil memberikan isyarat tangan bersetuju dengan kata-kata "Barang bagus baru barang naik". Itulah 'gambar lucah' palsu pemimpin Pakatan Rakyat yang disebarkan di kawasan kempen pilihan raya kecil di Merlimau. Risalah dengan gambar-gambar yang dipalsukan itu membabitkan lima pemimpin Pakatan Rakyat yang ditampal dengan gambar bogel wanita dalam kedudukan yang mengghairahkan dan didakwa mula tersebar sejak hari pertama kempen.

Lima pemimpin yang 'diserang' itu adalah ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; mursyidul am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat; anggota exco Selangor, Teresa Kok dan ahli parlimen Serdang, Teo Nie Ching.
Sim Tong Him merlimau lewd photosBercakap pada sidang akhbar, petang semalam, ahli parlimen Kota Melaka Sim Tong Him berkata dua keping gambar itu dijumpai di Kg Ayer Merbau dan Kg Chinchin, tempat asal calon PAS, Yuhaizad Abdullah.

Satu daripada gambar berkenaan menunjukkan gambar separuh bogel Anwar dengan mesra mendakap pengadu kes liwatnya, Mohd Saiful Bukhari Azlan dan 'dara kontroversial yang berusia 40 tahun', Ummi Hafilda. Gambar Elizabeth Wong dalam baju tidur seksi yang diambil dari video kontroversialnya yang disebarkan beberapa tahun lalu juga dimuatkan.

Teresa Kok pula digambarkan berpakaian jarang dengan mengayakan kedudukan lucah tetapi gambar palsu Teo Nie Ching dianggap paling keterlaluan. Gambar dengan kakinya yang terkangkang dipaparkan dengan hanya dilitupi logo DAP. Bersebelahan gambar itu diselitkan gambar lain yang membabitkan 'orgy'.

Walupun tiada logo BN dikesan pada risalah berkenaan, Sim percaya, ia didalangi oleh gabungan itu. "Setiap pilihan raya, calon mesti bertanding dengan adil dan bukan menggunakan taktik kotor seperti ini. "BN seharusnya menjelaskan perkara ini," katanya. DAP akan membuat laporan polis berhubung perkara itu, hari ini. (IH)

Ikuti seterusnya..
E-Buku IH-28: Kisah-kisah Bogel
E-Buku IH-28: Kisah-kisah Bogel

6 comments:

Anonymous said...

dalam islam ...tuduhan tanpa bukti itu satu fitnah.....ini cina DAP buat hal....PAS nak kata hukum apa ?

Anonymous said...

Aku bertambah-tambah benci akan umno laknatullah. ini memang kerja umno kerana mereka tidak pernah ikut kelas-kelas agama di suaru atau masjid.

Fooart said...

kita tak pasti siapa yg melakukan. Jgn kita samakan perangai mcam mereka, menuduh dan menfitnah tanpa bukti. Allah Maha Besar dan Maha Mengetahui. Yang melakukan fitnah akan menerima hukuman nya kelak. Dosa dengan Allah boleh kita tobat dan minta ampun, tp dosa sesama manusia bukannya mudah utk dilupuskan. Pada yang melakukan, jika anda seorang yang mengaku diri Islam, bertobatlah. Jangan ikutkan rasa hati dan jangan sampai menghina sesama Islam.

Muhammad said...

Pengajian/Diskusi Kitab Bersama Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki
[img]http://pondokhabib.files.wordpress.com/2011/02/1-sh-nur-mac.jpg[/img]
[url]http://pondokhabib.wordpress.com/category/majlis-ilmu/[/url]

Anda Sendiri Fikir said...

Salam perjuangan.... Mohon jasa baik tuan agar dapat linkkan laman http://bebaskanmalaysia.blogspot.com

samsularifin said...

kalu nak berpolitik pun jangan la sampai tahap fitnah memfitnah orang lain.. tak kira la pas ke umno ke sesape pon. Entry Terbaru : [18SX] Polis Rakam Pelacur dalam Keadaan TELANJANG BULAT!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails