Friday, February 04, 2011

Hari Ke 11, 100 Terbunuh, Hosni Bimbang IKhwan Muslimin

LEBIH 300,000 rakyat Mesir keluar dari rumah untuk mengadakan antara demonstrasi terbesar dalam sejarah negara itu.

K
aherah 4 Feb 11
: Kebangkitan rakyat Mesir masuk hari ke-11 dengan lebih 100 orang terbunuh dalam demonstrasi aman pula bertukar ganas sejak kelmarin. Hosni Mubarak berkata beliau sudah “bosan” kekal sebagai presiden Mesir dan memang mahu bersara dengan segera tetapi keadaan tidak mengizinkannya untuk berbuat demikian sekarang.

Dalam temu bual pertama sejak pemberontakan anti kerajaan sebelum ini, Hosni memberitahu ABC News, beliau “sudah bosan” dengan tampuk kuasa. Sehubungan itu beliau memberi amaran bahawa parti Ikhwanul Muslimin akan mengisi vakum kuasa jika beliau meletakkan jawatan sekarang.

Oleh itu kata Hosni, 82, beliau bimbang negara dengan 80 juta penduduk itu akan huru-hara jika mengambil tindakan meletakkan jawatan sekarang. Hosni awal minggu ini memberitahu dunia bahawa beliau tidak akan mempertahankan jawatannya buat penggal keenam September ini.

BBC pula melaporkan kata-kata itu adalah versi nagatif yang digunakan oleh presiden itu masa-masa lalu untuk menjustifikasikan sebab mahu terus menerajui negara utara benua Afrika itu. Hosni berada di tampuk pemerintahan sejak tiga dekad lalu dengan didakwa melakukan penindasan politik khususnya ke atas Ikhwanul Muslimin.

Beribu-ribu penunjuk perasaan terus berada di ibu negara Mesir dengan puak pro-Hosni pula melakukan serangan ke atas mereka. Tentera yang cuba untuk memisahkan kedua-dua kumpulan itu kelihatan gagal berbuat demikian. Menteri Kesihatan Mesir Ahmed Samih Farid berkata, lapan orang terbunuh sejak kelmarin dan hampir 900 orang cedera dengan sembilan orang cedera parah.

Seorang lagi dikatakan terbunuh di Dataran Abdel Monem Riyad Square, tengah Kaherah dan ramai lagi cedera. Dalam temu bual itu dengan ABC, Hosni berkata, beliau juga ada memberitahu Presiden Barack Obama bahawa Amerika Syarikat tidak faham budaya Mesir dan “apa akan berlaku jika letak jawatan sekarang.”

“Saya tidak berminat untuk bertanding lagi. Saya tidak berminat untuk menjadikan Gamal sebagai presiden selepas saya,” kata Hosni.

Gamal Mubarak adalah anak lelaki Hosni yang dilihat oleh rakyat Mesir dan diplomat Amerika Syarikat bahawa sedang dibimbing untuk menggantikan beliau. Obama mahu Hosni melakukan proses peralihan kuasa dan ia harus dilakukan “sekarang.”

Dalam ucapan disiarkan menerusi televisyen kerajaan malam tadi (waktu Malaysia), Naib Presiden baru yang dilantik Hosni, Omar Suleiman sekali lagi meminta penunjuk perasaan meninggalkan demonstrasi. “Saya meminta orang-orang muda negara ini, kami ucapkan terima kasih atas apa yang anda lakukan, anda ada sumber reformasi,” kata Omar.

Kemudian beliau mengajak Ikhwanul Muslimin mengadakan dialog dengan kerajaan. Barisan pembangkang sudah pun menolak sebarang bentuk rundingan dengan Hosni. Di Washington, jurucakap Obama mengutuk tindakan menyasarkan wartawan yang membuat liputan di Mesir. Kumpulan pro-Hosni dikatakan menyerbu hotel-hotel penginapan wartawan asing. (IH)

Lihat secara keseluruhan..

E-Buku IH-30: Ke Arah T/Tengah Yang Islamik?

E-Buku IH-30: Ke Arah T/Tengah Yang Islamik?

7 comments:

Anonymous said...

Jawapan Mubarak serupa dengan jawapan umno. Kalau PAS merintah negara huru-hara. Seolah-olah bapak dia yang memberi keamanan.

Anonymous said...

Sokong

joecharlie said...

HOI puak hamPAS DENGO SINI... NI BAPAK UMNO YG TOLONG ANAK-ANAK GADIS MELAYU DARI KEBULOK, KENA ROGOL BUNTING PAK ARAB, DAN DARI MAMPUS KENA TEMBAK BANDUAN DAN PERUSUH ....NI NAK CITER CITER CITER.....KRISIS MESIR : MISI SELAMATKAN PELAJAR OLEH UMNO !


macamni la bro. tak payah nak hipokrit.

pelajar malaysia di mesir ni kebanyakannya penyokong pas. disinilah pengkaderan pas bermula.

hari ini mesir bermasalah. jadi yang bertanggungjawap untuk selamatkan mereka adalah kerajaan umno.

artikel aku mudah. aku minta bloger-bloger tak payah malu dan segan untuk sebut dalam setiap artikel bahawa yang menyelamatkan tengkok dorang ni adalah umno. sebut je.

bukan angkuh. adakala kena tunjal jugak kepala melayu berotak sempit ni.

MISI SELAMATKAN TENGOK PENYOKONG PAS INI ADALAH IHSAN DARI KERAJAAN UMNO. KLIK SINI

Anonymous said...

ek eleh...ko ape hal joecharlie...ntahpapentah...

Anonymous said...

ape punya banggang ko ni joe(mat saleh celup,cam umno guna nama omputih)...ko ingat duit kerajaan tu sume duit umno ke??org umno jer ke yg byr cukai??mmg dasar byk mkn duit haram jadah,bahalul tahap cipan..

Anonymous said...

Rezeki dan segala hasil bumi negara ini macam datang dari tuhan umno.. bodoh nak mampos.

Arjuna said...

dah memang tugas KERAJAAN MALAYSIA..
BERTUGAS UNTUK SEMUA RAKYAT BUKAT HANYA PENYOKONG UMNO

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails