Tuesday, February 15, 2011

Judi & Pelacur Di k'tan: Apa Kata Nik Aziz?


KOTA BARU, 14 Feb 11: Berita Bernama bukan milik pembangkang melaporkan, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata wujudnya kegiatan perjudian dan pelacuran di Kelantan disebabkan kurangnya penguatkuasaan kerajaan tempatan.

Menurut berita itu, Nik Aziz juga berkata wujudnya kegiatan itu adalah juga hasil peninggalan kerajaan dahulu dan beliau menyalahkan media massa yang mempengaruhi rakyat di negeri ini dengan budaya kuning. Mursyidul Am Pas itu telah ditanya mengapa masih terdapat kegiatan perjudian nombor ekor dan pelacuran di negeri ini walaupun kerajaan negeri telah mengharamkan lesen premis berkenaan selepas mengambil alih negeri ini pada 1990.

“Kalau adapun, boleh jadi kerana kurangnya penguatkuasaan dalam membanteras kegiatan itu daripada berleluasa,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri perjumpaan dengan 24 wakil masyarakat Orang Asli di kediaman rasminya di JKR 10, di sini, hari ini.

Pendedahan media beberapa hari lepas mengenai kegiatan maksiat itu telah memberi gambaran negatif dalam pentadbiran kerajaan Pas Kelantan dalam melaksanakan konsep membangun bersama Islam. Sehubungan itu, Nik Aziz mahu pihak penguatkuasa di negeri ini meningkatkan langkah membanteras kegiatan haram itu. Demikian dilaporkan Bernama

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sekurang-kurangnya, Tok Guru itu telah melaksanakan tugasnya sebagai pemimpin Islam malalui partinya dalam melaksanakan perintah Allah SWT. Dia boleh jawab di Mahkamah Akhirat, dia telah laksanakan. Dan orang yang menyokong kemenangan partinya boleh jawab telah berusaha membantunya. Bagaimana dengan PM Najib melalui UMNOnya? Bayangkan apa yang dia akan jawab di akhirat...

4 comments:

Anonymous said...

janganlah exco dan wakil rakyat selesa dibawah payung TGNA semata...sepatutnya menjadi mata dan telinga kerajaan negeri membenteras mungkar dan mengemukakan cadangan bernas untuk dilaksanakan bagi kebaikan serta kebajikan rakyat kelantan.

IRWAN said...

SUDAH TIBA MASANYA KERAJAAN NEGERI KELANTAN, AKTIFKAN SEMULA SKUAD AMRUNYA YG DILIHAT SEMAKIN GHAIB (TAK TAHULA MANA SILAPNYA..). ATAU BUBARKAN TERUS PASUKAN INI DAN DIGANTI DENGAN UNIT/PERSATUAN LAIN.

AKU YAKIN RAMAI SUKARELAWAN YG AKAN TAMPIL MEMBANTU, NAMUN MEREKA TIDAK TAHU CARANYA.

KEPADA KAKITANGAN MPKB, POLIS, MAIK, JAIK JUGA RAKYAT SETEMPAT... KITA JUGA BERTANGGUNGJAWAB. UNDANG-UNDANG TIDAK ADA GUNANYA TANPA PENGUATKUASAN!!

Anonymous said...

polis kena main peranan,,cpc under polis,,nanti kalu orang kata polis tak buat kerja marah pulak,,kurang2 tak dak lah sesibuk polis kl n negeri laen,,hari2 buat serbuan di disco 'halal'opps berlesen,,warga asing,gro.pelacuran,,melayu mavukk..maksiotttt,,prak8>>oyak

Anonymous said...

Mana dia bahagian kongsi gelap, maksiat dan perjudian (polis) yang dikatakan amat berkesan khidmat penguatkuasaannya. Tapi sayang di kuala lumpur masih leluasa pelacuran misalnya berdekatan kl sentral. Kesian kan...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails