DUA orang penunjuk perasaan duduk di celah roda sebuah kereta kebal di Dataran Tahrir, Kaherah semalam.
KAHERAH 7 Feb 11: Perhimpunan ribuan penunjuk perasaan di Dataran Tahrir di sini bagi menuntut Presiden Hosni Mubarak masih diadakan semalam sejak 25 Januari lalu. Perhimpunan itu dibuat semasa penduduk Mesir kembali semula menjalani kehidupan harian dengan sejumlah bank dan pasar mula dibuka di sini.
Trafik di bandar ini kembali sesak manakala lorong-lorong dipenuhi dengan orang ramai selepas pihak pemerintah meminta para pekerjanya kembali ke pejabat. Lebih banyak kedai dan perniagaan mula dibuka semula.
“Adalah baik untuk bekerja semula. Saya tidak pernah meninggalkan rumah sejak demonstrasi bermula dan saya merindui kehidupan saya,” kata seorang peguam, Dalia Fahim.
Di bandar kedua terbesar di Mesir, Iskandariah, para pekerja universiti kembali bekerja manakala para pelajar masih bercuti.
“Kehidupan seperti pulih sedia kala di sini, terdapat ramai orang berbaris di bank, orang ramai di jalanan dan banyak pengangkutan awam di sini,” kata seorang profesor universiti.
Pengemis dan penjaja menjual tisu, biskut dan barang kecil yang lain. Bilangan orang awam yang membuat kawalan sendiri juga semakin berkurangan semasa anggota-anggota polis mula kembali bertugas di kawasan-kawasan perumahan. – Agensl
Lihat secara keseluruhan..
E-Buku IH-30: Ke Arah T/Tengah Yang Islamik?
No comments:
Post a Comment