Monday, February 28, 2011

Kes Aminulrasyid: Koperal Jenain Bela Diri


SHAH ALAM, 28 Feb 11: Mahkamah Sesyen memutuskan pihak pendakwa telah berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Koperal Jenain Subi dalam kes menembak mati remaja Aminulrasyid Amzah di sini, 26 April lalu.

Justeru, anggota polis berusia 48 tahun itu diarah membela diri pada 14 dan 15 April ini.

Jenain, 48, didakwa menyebabkan kematian Aminulrasyid antara 1.10 pagi dan 2 pagi 26 April tahun lepas di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11 di sini.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaaan yang membawa hukuman penjara sehingga 30 tahun, dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan. Aminulrasyid disahkan meninggal dunia akibat luka tembakan di kepalanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Idham Abd Ghani, Mohd Dusuki Mokhtar dan Adilla Ahmad sementara Jenain diwakili peguam M. Athimulan dan Salim Bashir.(IH)

1 comment:

Anonymous said...

Ini satu kes yang amat menarik.
Ibu mana tak sayangkan anak. Tapi kalau anak tak dikawal inilah jadinya.
Simpati saya kepada seorang koperal polis yang menjalankan tugas di malam hari.
Kita tidak tahu berapa banyak lagi anak-anak yang memang menjengkelkan di Shah Alam itu. Berlagak samseng memandu kereta ta berlesen di bawah umur. Ramai pulak dengan kereta mewah mak bapak.
Ramai yang merempet dan menyusahkan orang.
Tapi bia dah kena tembak kerara lari dari sekatan dan selepas merempuh kereta polis barulah bising.
Itupun sebab keluarga ni adalah orang penting dalam UMNO.
Tolong kawal dan tegah anak kita sebelum terlambat.
Dan jangan salahkan polis yang bertugas dimalam hari.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails