Thursday, February 03, 2011

Lawak, Tak Apa-apa Olok Perempuan Berhijab?

HALAMAN HIBURAN

Parodi Burqa Woman, Kontroversi Video Olok-olok Parodi Burqa Women

BAGAIMANA main mata dengan perempuan bercadar? Guna saja tirai di ruang tamu kamu, kata ahli lawak Pakistan, Saad Haroon dalam lagu satir yang sedang heboh di internet. Perempuan bercadar atau berhijab (parodi lagu Pretty Women-nya Roy Orbison yang diubah menjadi Burqa Woman) menceritakan tumbuhnya cinta seorang lelaki kepada perempuan misterius bercadar "evertime I see your toes," tiap kali aku melihat jari kakimu.

Selain pujian, video itu juga menimbulkan kemarahan. Jadi tidak apa-apa mengolok-olok perempuan bercadar? "Ya," kata Saad, menjawab pertanyaan Radio Nederland.

"Saya sebahagian dari masyarakat Pakistan, jadi saya melihat hal semacam ini setiap hari. Saya juga seorang pelawak. Kerja saya buat lawak olok-olok budaya dan masyarakat kami. Saya hanya buat orang tertawa."

Pendapat

Setelah membuat parodi, ia memasangnya di situs web sendiri www.saadharoon.com. Tidak lama berselang, video menyebar di internet, termasuk di situs web progresif serta berpengaruh Amerika Syarikat The Huffington Post, dan menarik banyak tanggapan.. Penyokong dan penentang.

"Beberapa orang berfikir tiada masalah mengolok-olok sesuatu yang sudah dianggap biasa dalam masyarakat kami. Sementara yang lain berpendapat orang sebaiknya tidak bermain-main dengan hal-hal Islam," kata Saad. "Tetapi pada umumnya, kebanyakan orang sangat positif."

"Banyak anggota keluarga saya bercadar. Mereka tidak merasa terhina. Menariknya, kebanyakan orang yang merasa terhina, adalah lelaki. Banyak perempuan merasa lawak."

Agama bahaya

Saad kelihatan tenang menghadapi semua kritikan. Menurutnya semua orang berhak merasa terhina. Namun pada waktu sama, lawak di 'negara ketat Pakistan', juga perlu berhati-hati dalam memilih kata-kata. Ia mengaku tidak mudah melakukan itu. Walau ada ruang gerak cukup untuk berekspresi, namun Saad tetap berhati-hati agar tidak 'menyerang agama secara langsung'.

"Memang sangat berbahaya jika mengolok-olok Islam sebagai agama," katanya.

Sindir hijab, masih boleh diterima. Kerana pakai cadar sebenarnya adalah isu 'budaya atau agama'. Parodi Saad menunjuk pada aspek budaya, seperti bermain mata dengan perempuan bercadar atau meminta izin ayah perempuan untuk menikah dengan anak perempuannya.

Banyak peluang

Walau kebebasan bercakap secara eksplisit disebut dalam undang-undang dasar Pakistan ada batasannya, terutama yang menyangkut agama. Kebelakangan, perempuan Kristian, Asia Bibi, divonis mati kerana dituduh mengungkapkan kata-kata hina tentang Nabi Muhamad.

Dalam lingkungan sosial seperti ini, nampaknya mustahil bekerja sebagai pelawak. Tetapi Saad banyak peluang. "Satir politik paling bagus dalam lingkungan seperti ini. Jika kamu berada dalam situasi di mana tidak ada kebebasan berekspresi.. kamu tahu, lawak adalah alat bagus untuk menyampaikan pesan. Lawak dapat membantu hilangkan hambatan dan orang boleh kata hal-hal yang biasanya tidak diucapkan."

Saad adalah penggerak di balik acara televisyen satir pertama Pakistan, yang ditayangkan langsung di depan hadirin, The Real News. Ia juga melakukan roadshow keliling Pakistan, dengan beberapa pertunjukan guna mencari calon-calon komedi berbakat.

Para hadirian sangat suka satir politik, kata Saad. Sama seperti orang lain di seluruh dunia, orang Pakistan suka melihat politisi dan selebriti lain secara jenaka. (Sumber Republika)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Pandangan ini amat merbahaya kepada agama Islam..

Satu: Membenarkan agama Islam dihina. Lihat maksud kata-kata 'agama bahaya', tidak boleh 'menyerang agama secara langsung', ertinya boleh menyerang agama, 'negara ketat Pakistan' sedangkan dia penggerak di balik tabir tv Pakistan, membangkitkan isu 'perempuan Kristian, Asia Bibi, divonis mati kerana dituduh mengungkapkan kata-kata hina tentang Nabi Muhamad' dan lain-lain.

Dua: Menganggap menutup aurat (pakai cadar) itu sebagai budaya, bukan tuntutan agama Islam. Jadi boleh diperolok-olok.

Tiga: Pelawak Saad Haroon diperalatkan Radio Nederland, yang hari-hari menyerang Islam melalui beritanya. Begitu juga oleh media-media lain. Sepatutnya media-media di negara umat Islam perlu berhati-hati atau perlu memberi komen penjelasan terhadap berita-berita anti Islam yang diseludup masuk.

Empat: Penganjur-penganjur pemilihan pelawak-pelawak di negara umat Islam, seperti pilih Raja Lawak di Malaysia contohnya, perlu berhati-hati dalam hal ini, pengadil-pengadilnya perlu diberi panduan mengenai ciri-ciri lawak yang membangunkan umah dan rakyat. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails