Monday, February 21, 2011

Lupus Bukti Kes Sosilawati: 7 Ke 20 Tahun Penjara


SHAH ALAM, 21 Feb 11: Mahkamah Tinggi mengenakan hukuman penjara lebih berat ke atas dua pekerja ladang berbanding tujuh tahun sebelum ini berhubung kesalahan menghapuskan bukti kes pembunuhan empat orang termasuk jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya tahun lalu.

Hakim Mohtarudin Baki meminda hukuman awal tujuh tahun yang dikenakan oleh mahkamah majistret ke atas U. Suresh dan K. Sarawanan pada 15 Oktober lalu.

Beliau memutuskan demikian setelah berpendapat kesalahan yang dilakukan mereka sangat serius.

Pada 15 Oktober tahun lepas, Sarawanan, 20, dan Suresh, 27, dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Majistret Teluk Datok, Banting, selepas kedua-duanya mengaku bersalah atas empat tuduhan mengangkat, membakar dan membuang abu mayat Sosilawati, 47, pegawai bank Norhisham Mohammad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44.

Sarawanan didakwa melakukan kesalahan itu di Lot 2001 Jalan Tanjung Layang Tanjung Sepat Banting pada 30 Ogos tahun lepas manakala Suresh didakwa melakukan kesalahan itu di Sungai Panchau, Jalan Morib Banting pada tarikh yang sama. (IH)

Lihat kes dari awal...

E-Buku IH-1: 'Misteri Hilangnya Jutawan Datuk Sosilawati'

E-Buku IH-1: \

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails