SEORANG lelaki membawa poster Presiden Hosni Mubarak yang digambarkan sebagai Adolf Hitler ketika menyertai tunjuk perasaan di Kaherah, semalam
Revolusi Mesir bantu bentuk Timur Tengah yang Islamik: Iran
TEHERAN 2 Feb 11: Iran semalam berkata, pemberontakan di Mesir akan membantu mewujudkan Timur Tengah yang Islamik. Negara itu juga menuduh Amerika Syarikat campur tangan dalam gerakan mencari ‘pembebasan’ yang melanda negara Arab itu.
“Apa yang saya tahu, revolusi besar dan sejarah akan dicatatkan oleh rakyat Mesir.
“Saya pasti mereka akan memainkan peranan dalam mewujudkan Timur Tengah yang Islamik kepada mereka yang inginkan kebebasan, keadilan dan kemerdekaan,” kata Menteri Luar, Ali Akhbar Salehi. Ali yang disahkan secara rasmi oleh Parlimen Iran untuk jawatan itu berkata, pemberontakan di Mesir menunjukkan perlunya perubahan di rantau itu dan menamatkan pemerintahan rejim yang tidak popular. - Reuters
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bantu bentukkan wilayah 'Timur Tengah yang Islamik'. Bagaimana dengan Asia Tenggara yang Islamik? Kapan bisa diwujudkan?
No comments:
Post a Comment