Difahamkan, dia berbogel selepas mengalami gangguan mental apabila salah satu daripada 65 kapsul syabu yang ditelan pecah dalam perut. Wanita berusia 22 tahun tersebut ditemui dalam keadaan sedemikian pada pukul 1.10 petang oleh orang ramai yang memaklumkan kejadian itu kepada polis.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Abdullah, ketika ditahan, pihaknya hanya mengesyaki suspek mengalami masalah mental. Katanya, selepas diperiksa di Hospital Kuala Lumpur, doktor mendapati ada imej mencurigakan di dalam perut wanita tersebut.
“Selepas ia dikeluarkan, kita mendapati sebanyak 65 kapsul syabu seberat 927 gram bernilai RM180,000 berada di dalam perutnya. Salah satu daripada kapsul itu didapati telah pecah. (IH)
Lihat banyak lagi..E-Buku IH-28: Kisah-kisah Bogel
No comments:
Post a Comment