KOTA BHARU, 22 Feb 11: Mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib agar umat Islam tidak terjebak dalam pluralisme agama, Najib dipercayai cuba menjuarai isu ini bersama dengan para penguasa agama dalam Umno yang cuba menyerang Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Demikian kenyataan Saifudin Nasution Setiausaha Agung PKR
Menurutnya, Anwar dituduh menerima konsep pluralisme agama iaitu menyamakan semua agama yang dinafikan sama sekali oleh Anwar. Bagi Saifudin, antara masalah penghayatan Islam yang utama adalah mematuhi tuntutan asas bagi umat Islam termasuk menutup aurat.
Antaranya, kata Saifudin, pihak berkuasa Umno tidak perlu forum Maulidul Rasul kalau tidak berani untuk sebut kepada Perdana Menteri perkara paling asas sekali. "Wahai Perdana Menteri, sudi apa kiranya menerima pandangan kami, bahawa kewajiban suami nombor satu adalah memerintahkan atau mengarahkan isterinya agar menutup aurat, sebagai salah satu tuntutan Islam, agama yang diterima di sisi Allah.
"Boleh buat tak perkara ini agak-agaknya...itu isunya bukan kepelbagaian agama," kata Saifudin kepada pemimpin dan penguasa agama yang berada dalam Umno.
Bagi Saifudin, isu di negara ini sekarang bukan Islam dan kepelbagaian agama tetapi rasuah, penyelewengan, penyalahgunaan kuasa, jurang yang besar antara kaya dan miskin, kroni pemerintah kaut harta dan yang miskin tetinggal. Isu pluralisme agama tidak berbangkit di negara ini kerana semua umat Islam sedar dan yakin bahawa satu-satunya agama yang diterima di sisi Allah adalah Islam.
"Ini adalah keyakinan umat Islam dan bukan menjadi masalah di negara ini. Yang menjadi masalah adalah penghayatan ke atas agama," kata anggota Parlimen Machang, Saifudin Nasution Ismail. Beliau berkata demikian ketika berucap dalam satu majlis dekat sini. (IH)
Ada kaitan...
- Dari Sudut Ini, Dr Asri Sokong Datuk Seri Najib....
- Pluralisme: Anwar, PM & Nik Aziz Terlibat?
- PAS Perlu Aktif Tangani 'Pluralisme' Atau 'Islam Liberal'
- Tolak 'Semua Agama Sama Baik & Benar' -IKIM
- Undang Murtad Sabah Cetus Bimbang -K/Biskop Katolik
- MUI Bogor: Ahmadiah, Bubar Atau Jadi Agama Baru
- Ulasan Buku: Menangkal Virus Islam Liberal
- Pemisahan Sholat Mengikut Jenis Kelamin Tidak Sihat?
- Musuh Baru Dalam Selimut KeADILan??
No comments:
Post a Comment