Wednesday, February 16, 2011

Sarang Maksiat: Penguatkuasa K'tan Cekap & Cepat

ANGGOTA penguat kuasa membantu seorang wanita di percayai pelacur yang cedera dalam kejadian rumah pelacuran runtuh di Lorong Limau Manis, Kota Bharu se malam.

KOTA BHARU 16 Feb 11: Alhamdulillah, Penguatkuasa di Negeri Kelantan dikatakan cekap dan cepat. Disifatkan begitu, adalah kerana malam kelmarin, tingkat satu sebuah rumah pelacuran dua tingkat di Lorong Limau Manis di sini telah disergap.

Tempat yang menjadi sarang maksiat sejak 20 tahun lalu, dalam satu operasi cegah maksiat di sini, kini dikatakan runtuh. Kejadian berlaku sebaik sahaja 27 anggota penguat kuasa dari pelbagai jabatan melakukan serbuan serentak ke atas rumah berkenaan sekali gus menyebabkan keadaan menjadi panik dan kecoh dengan jeritan.

Enam orang terdiri daripada seorang lelaki, tiga wanita dipercayai pelacur rakyat Malaysia berketurunan Siam dan dua kanak-kanak berada dalam rumah tersebut ketika serbuan dilakukan pada pukul 10.30 malam.

Sebelum itu, Bernama melaporkan, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata wujudnya kegiatan perjudian dan pelacuran di Kelantan disebabkan kurangnya penguatkuasaan kerajaan tempatan. Menurut berita itu, Nik Aziz juga berkata wujudnya kegiatan itu adalah juga hasil peninggalan kerajaan dahulu dan beliau menyalahkan media massa yang mempengaruhi rakyat di negeri ini dengan budaya kuning.

Beberapa hari sebelum ini, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed dilaporkan menyifatkan kerajaan PAS Kelantan tidak bersih ekoran pendedahan sebuah blog terkenal - Kickdefella - bahawa berlakunya aktiviti loteri big sweep dan pelacuran di Kampung Limau Manis, kira-kira 500 meter dari kompleks pentadbiran kerajaan negeri. (IH)

Sebelum ini..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails