Wednesday, February 16, 2011

UMNO Biarkan Sarang Pelacur J/Petaling & Thambipillay, Brickfields

Najib tak pandang pusat maksiat di depan matanya.. Kerana itulah dasar UMNO?

KL 16 Fen 11: Kerajaan BN pimpinan Najib Razak masih membiarkan pusat maksiat, seperti sarang pelacuran, judi, pusat hiburan dan lain-lain pusat maksiat lagi. Contohnya, cuti umum sambutan Maulid Nabi semalam menjadikan rumah pelacuran di sepanjang Jalan Petaling dan Thambipillay, Brickfields, di sini, seolah-olah pesta kepada warga asing yang mula berkumpul di kawasan itu seawal jam 8 pagi.

Tinjauan wartawan Harian Metro mendapati lokasi terbabit dikunjungi warga asing yang datang semata-mata untuk memenuhi nafsu mereka. Berdasarkan pemantauan hampir dua jam, kebanyakan pelanggan di kalangan warga asing terbabit dari Bangladesh, Pakistan, Indonesia dan Myanmar. Kebanyakan mereka berpusu-pusu memasuki pintu kecil di tingkat bawah rumah pelacuran yang berselindung di sebalik bangunan rumah kedai usang di kawasan berkenaan.

Pintu kecil menghubungkan tangga ke tingkat atas rumah kedai dua tingkat itu dikawal tonto atau bapa ayam yang memantau kehadiran pihak berkuasa. Wartawan yang memasuki rumah pelacuran itu mendapati keadaan di dalam rumah pelacuran terbabit meriah dengan gelak tawa puluhan gadis pelacur yang menanti kedatangan pelanggan.

Rata-rata pelacur berusia awal 20-an terbabit yang dipercayai warga Filipina dan Indonesia boleh dilanggan hanya dengan harga RM20 hingga RM30 sekali perkhidmatan. Bagi menarik perhatian pelanggan di kalangan warga asing, kebanyakan gadis terbabit memakai pakaian seksi.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Umat Islam Malaysia boleh bedakan, mana lebih baik pimpinan PAS Kelantan dengan pimpinan UMNO yang sudah sama tua kerajaan persekutuan, walaupun di bawah perlembagaan yang sama. (IH)

Sebelum ini..

4 comments:

Anonymous said...

aik, sebut Kelantan je ke? kat selangor ape cerita??? penat jek aku pangkah PR, ape bezanya skrg? kilang arak takde nak tutup pun? (sila semak janji2 dalam ceramah PAS selangor sblm ni). pusat urut? jangankan tutup, bertambah2 lagi ade lah... tak nak sentuh pulak? sayang (takut) sgt kat DAP yek pak janggoat???

IRWAN said...

SBLM NI PUN EXCO PAS SELANGOR DAH CUBA HARAMKAN ARAK DI 7E TP BNYK BANTAHAN DARI ORG YG TAK PAHAM. TAPI STANDARDLAH, ORG KAFIR MMG TAK SETUJU SBB DIA TAK FAHAM.

APAPUN, MMG SUKAR NAK HARAMKAN BENDA YG DAH SEBATI DAN BERDAKI HASIL DARI PEMERINTAHAN UMNO/BN SETELAH 55 TAHUN. TP AKU YAKIN, PAS ADA STRATEGINYA SENDIRI. CUMA, KITA KENA TOLONG PAS MENANG DISEMUA KWSN TMPT DIA BERTANDING.


TAPI KALAU KAU RASA UMNO/BN AKAN CUBA KURANGKAN AKTIVITI JUDI/ARAK NI DGN LEBIH BAIK, SILALAH UNDI MEREKA SEMULA PR KE-13 NANTI.

Anonymous said...

Sama je UMNO dgn PAS.. Kalau dah politik tu, politik juga.

Anonymous said...

Tgk isu risalah mybalikpulau sudah... PAS ckp UMNO tuduh DAP buat... padahal, dah diselidiki oleh kumpulan pengkaji peradaban melayu balik pulau yg mengesahkan mmg ianya perbuatan DAP. Fakta2 dlm mybalikpulau yg dikeluarkan oleh DAP semuanya menipu belaka..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails