Saturday, March 26, 2011

Aceh, Perlu Jadikan Ganja Sebagai Sumber Eko Halal...

Woodland, S'pura 26 Mac 11: Kerajaan Aceh dicadangkan supaya menjadikan perusahaan dan tanaman ganja di negerinya, sebagai suatu perusahaan menguntungkan negara, yang tidak salah dari sudut undang-undang negara dan agama Islam. Demikian kata Editor Ibnu Hasyim, Dr Hj Mohd Hasyim.

Beliau yang banyak menulis tentang Aceh, beberapa kali melawat Aceh dan pernah mewakili kerajaan Negeri Kelantan ke negeri itu, mengatakan..

"Sebelum ini telah pun dibuat apotek atau farmasi ganja di Amerika Syarikat. Kini di Sacramento, 'supermarket ganja' pula akan dibuka segera. Di atas tanah seluas 10 ribu meter persegi, empayar ganja pertama didirikan.

"Tempat ini dilengkapi keperluan informasi bagi penanam ganja yang datang mendapatkan panduan dan latihan. Toko ganja tersebut diberi nama weGrow, walaupun tidak menjual ganja secara langsung, toko tersebut menyediakan alat-alat dan juga informasi mengenai ganja."

Menurut ABC News sebelum iini, weGrow pertama kali muncul dari sebuah gudang di Oakland, California, AS, dan pengembangnya pun berharap, suatu masa nanti akan menjadi franchise pertama di negara tersebut. Perusahaan itu merancang untuk membuka toko serupa di wilayah New Jersey, Colorado, Oregon dan Arizona, demikian siaran ABC News, Rabu 2 Mac 2011.

Menurut Hj Mohd lagi, "Kalau kurma dan anggur, buahan halal dijadikan arak yang haram, maka ganja berfungsi sebagai ubatan, penyedap rasa, dan lain-lainnya boleh dijadikan suatu produk ekonomi menguntungkan negeri Aceh. Apalagi dengan geografi tanahnya yang subur, penanamnya ramai dan berpengalaman.. Tidak perlu dibazirkan atau dihancurkan perusahaan anak negerinya yang sudah berjalan turun temurun."

Demikan kata beliau semasa dalam perjumpaan dan persidangan peniaga-peniaga Singapura, Malaysia & Aceh di sebuah hotel di sini semalam. (IH/Asyok Kumar)

Lihat sebelum ini..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails