HALAMAN HIBURAN
KL 21 Mac 11: Al-hamdulillah, Pelakon Miera Leyana masih mengaku tak sedar diri, kerana memakai baju tidak tutup aurat dan terlampau seksi. Itu suata tanda baik bagi masyarakat artis, semoga Allah memganugerahkan taufik dan hidayah kepadanya.
Pelakon Miera Leyana memohon maaf kepada semua pihak atas kesilapannya mengenakan pakaian seksi sehingga menampakkan sedikit sisi payudaranya. Katanya, dia tergesa-gesa memilih pakaian rekaan Wan Huzairil tersebut pada pagi Jumaat lalu untuk menghadiri majlis makan malam anjuran Rafflesia dan Mandalay di Hotel Le Meridien, di sini, pada hari yang sama.
“Saya memohon maaf kepada yang tidak menyenangi apabila melihat saya berpakaian seperti ini. Saya tidak sempat mencuba terlebih dahulu pakaian ini kerana baru mendapatnya daripada pereka fesyen pada pagi tadi.
“Saya sendiri yang memilih pakaian ini kerana nampak sangat cantik dan lain dari lain. Tak sangka pula apabila pakai, jadi seperti ini.
“Kalau saya pakai tiub, nampak tak cantik pula sebab pakaian ini terdedah di belakang,” katanya kepada media semalam.
Bagaimanapun, pelakon filem itu akan berhati-hati memilih pakaian agar tidak berlaku insiden seperti itu. Miera mula tidak selesa mengenakan pakaian tersebut setelah ramai yang memerhatikannya dengan pandangan pelik dan ada juga yang datang kepadanya untuk menegur.
“Saya bersedia menerima teguran orang ramai dengan terbuka tentang pakaian saya ini dan berjanji tidak akan melakukan kesilapan yang sama." Katanya.
Al-hamdulillah... boleh le sikit-sikit! (IH)
4 comments:
saya suka.. kalau tak pakai terus pon lagi saya suka
dah terhantuk baru terngadah lah tu... tak boleh buat apa. dah terdedah, nak cakap apa lagi. Semoga artis kita kat Msia ni tak tergila2 jadi artis Barat yang hilang agama.
kenapelah kau bukak seket sangat, bukak lebeh seket baru bolih buat PENGERAS! suker! sukeer!truskan perjuangan kau itu
Post a Comment