KOTA BHARU, 3 Mac 11: Pembongkaran telah dibuat di Dewan Undangan Negeri Kelantan mengenai penyelewengan tidak bermoral jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) di Galas beberapa bulan lalu. Mereka ini (jentera BN) patut didakwa atas kebiadapan terhadap agama rasmi negara ini. Kata seorang pelayar weblog Ibnu Hasyim sewaktu di temubual sebentar tadi.
Difahamkan jentera pilihan raya BN itu telah mengurung orang Asli dalam kempen pilihan raya kecil DUN Galas dan memberikan mereka minuman keras. Ia dimaklumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan ngo negeri, Abdul Fatah Mahmood yang melahirkan rasa dukacita cara berkempen BN pada pilihanraya kecil Dun Galas itu.
Menurutnya, mengikut aduan masyarakat terbabit mereka dikurung oleh pemimpin Umno dalam tempoh pilihanraya kecil itu sambil disajikan dengan minuman keras dengan alasan untuk meraikan mereka.
“Akibatnya selepas kejadian itu surau begitu lengang tanpa dihadiri oleh masyarakat Orang Asli yang beragama Islam untuk beribadat.
“Kita amat kecewa, tarbiah demi tarbiah telah diberikan oleh kerajaan negeri melalui agensinya serta pihak-pihak lain, namun telah dirosakkan oleh oleh pemimpin Umno untuk kepentingan politik mereka,”ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan titah Sultan Kelantan sempena pembukaan persidangan Dun Kelantan yang ke-12. Katanya, sepatutnya kenyataan ‘minum arak’ kerana marahkan kerajaan negeri tidak didengar dalam dun yang mulia ini.
“Satu kenyataan yang amat tidak wajar disebut oleh Adun yang beragama Islam, jadi tidak hairan kalau Adun Galas mengeluarkan kenyataan sedemikian,”ujarnya lagi.
Pada masa yang sama, beliau mendedahkan ada beberapa orang masyarakat Orang Asli memohon dipindahkan di tempat lain kerana tidak tahan dengan tekanan BN di situ. Tambahnya, kerajaan negeri akan mengambil perhatian berhubung perkara itu. (IH)
E-Buku IH-14: P/Kecil DUN Galas
No comments:
Post a Comment