Thursday, March 10, 2011

DAP Melayu/Islam Tubuh Cawangan Di P.Pg?

CATATAN SANTAI MERLIMAU 4

Jadi beginikah, kalau wanita-wanita Melayu masuk DAP?

SEORANG lagi sahabat lama di Markas Pulau Pinang Merlimau yang bercakap-cakap dengan saya, ialah Cikgu Hadi. Menarik perbincangan saya dengannya..

"Saya dengar ada sekumpulan anak-anak muda kita Melayu-Islam, sedang berusaha untuk masuk parti DAP (Democratic Action Party) dan menubuh cawangannya di Pulau Pinang.." Saya tanya. "Betui ke. Apa pandangan anta?"

"Setakat ini belum dengar lagi.." jawabnya, sambil bermenung sekejab.

"Sebenarnya ada. Mereka minta pandangan dan restu dari saya. Apa pula pendapat anta?"

"Dari segi strategi baik, tetapi..." Jawapan nya terputus di situ.

Termenung juga saya.

Satu:

Teringat..

(i) -Kata-kata Ibnu Taimiyyah.. الله ينصر الدولة العادلة وإن كانت كافرة ، ولا ينصر الدولة الظالمة وإن كانت مؤمنة Maksudnya; "Allah SWT akan tolong negara yang adil, waima ia kafir. Dan tidak akan menolong negara zalim, waima ia mukmin [Islam]" [Al-Hisbah : 4]

(ii) -Firman Allah; وَمَا كَانَ رَبُّكَ لِيُهْلِكَ الْقُرَى بِظُلْمٍ وَأَهْلُهَا مُصْلِحُونَ Maksudnya; "Tidaklah Tuhan kamu [Allah] membinasakan sesuatu kampung dengan sebab kezaliman, sedangkan penduduknya melakukan islah [kebaikan]" [surah hud : 117].

Ulasan Dr Yusuf Al-Qardhawi, "Maksud ayat ini adalah, Allah SWT tidak akan membinasakan ahli qura [sesebuah kerajaan] dengan semata-mata musyrikin, sekiranya mereka adalah golongan yang melakukan islah [kebaikan] dalam hubungan sesama mereka." [Daur al qiyam wa al akhlak fi al iqtisad al Islami : 355].

Dua:

Teringat juga kawan saya pemimpin PAS pernah berbincang seorang pimpinan DAP, bagaimana parti itu hendak membantu ekonomi Orang Melayu Pulau Pinang dan melipat gandakan kegiatan dengan lebih lancar lagi. Maka amat perlu idea dan pemikiran tersebut lahir melalui partinya sendiri. Perencanaan yang dikembang, dipraktikkan, dan bisa dipetanggungjawabkan oleh DAP sendiri. Contohnya mendirikan pusat perniagaan Melayu P.Pianag, bangunkan pertanian canggih, dan lain-lain. Jadi perlu orang Melayu/Islam duduk dalam parti DAP.

Tiga:

Sudah tentu tidak ada salahnya, orang Islam berdakwah, menyampaikan kebenaran dan keadilan kepada orang Islam yang ada dalam DAP. Bahkan semua agama di dunia menentang kemungkaran, seperti rasuah, penyalahgunaan kuasa dan lain-lain. Jadi boleh masuk DAP dan perkukuhkan parti itu, dan sama-sama PAKATAN tumbangkan BN. Allahu Akbar!

Sekian akan bersambung lagi....

Ibnu Hasyim Catatan Santai
alamat e-mail:
ibnuhasyim@gmail.com
10 Mac, 2011. KL

Siri sebelum ini..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails