Sunday, March 27, 2011

Gempa Bumi Makin Hampiri M'sia -Dr Mohamad Ali


SEORANG sami Buddha warga Thailand melihat sebuah pagoda yang rosak semalam di daerah Chiang Saen dekat sempadan Thailand-Myanmar. KIRI: Sebuah rumah yang ranap di bandar Tarlay, negeri Shan selepas gempa bumi kuat melanda Myanmar pada Khamis lalu.

KL 27 Mac 11: Kekerapan kejadian gempa bumi sejak beberapa tahun kebelakangan ini dipercayai mengakibatkan kedudukan titik gempa di Sumatera, Indonesia beralih dan semakin menghampiri Malaysia.

Pakar geologi, Profesor Madya Datuk Dr. Mohamad Ali Hasan berkata, beliau tidak menolak kemungkinan itu kerana titik gempa biasanya akan mengalami pergerakan sebanyak satu sentimeter setahun jika gempa bumi kerap berlaku di sesebuah kawasan.

Beliau berkata, hakikat tersebut terbukti apabila penduduk negara kini semakin kerap merasai kesan gegaran gempa bumi yang berlaku di negara-negara sekitar rantau ini berbanding sebelum ini.

Di Yanggon, menurut media Agensi pasukan penyelamat semalam bergelut untuk sampai ke bandar-bandar di pedalaman Myanmar yang dilanda gempa bumi yang setakat ini meragut nyawa 75 orang dan meranapkan banyak bangunan dan beratus-ratus rumah kayu.

Seorang pegawai Myanmar berkata, angka rasmi kematian sejak kelmarin kekal 74 orang manakala seorang wanita terbunuh di sempadan Thailand. "Namun, angka kematian berkemungkinan besar meningkat kerana terdapat beberapa kawasan yang tidak dapat dimasuki kerana masalah pengangkutan," katanya.

Gempa bumi kuat berukuran 6.8 pada skala Richter itu menggegarkan timur laut Myanmar berhampiran sempadan Thailand dan Laos pada malam Khamis lepas. Gegaran turut dirasakan hingga jarak sekitar 1,000 kilometer di Thailand, Laos, Vietnam dan selatan China.

Media pemerintah melaporkan seramai 74 orang terbunuh manakala 111 yang lain cedera dalam bencana kali ini. Sejumlah 390 buah rumah ranap dengan 14 kuil dan 9 bangunan pemerintah turut rosak. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails