Friday, March 04, 2011

Jumpa Orang Islam, Tanya...

‘Jika Anda Bertemu Muslim, Bertanyalah’
Remaja Muslim di AS

PORT ST LUCIE 4 Mac 11: “Muslim yang mempraktikkan ajaran sebenar tidak perlu ditakuti,” kata Ketua Islamic Center Fort Pierce, Florida, Imam Rahman, kepada 60 jemaah Gereja Episcopal (Episcopal Church of the Nativity) di Port St Lucie, Florida, Rabu 2 Mac malam.

Begitu rumusan Imam Rahman hari terakhir kajian perbandingan Islam-Kristian selama enam minggu. Disebut gereja itu sebagai, “Masa mula, kami tulis yang ada dalam fikiran kami waktu itu tentang Islam. Saya akui, kebanyakannya negatif, terutama pasca peritiwa 11 September.” Jelas Pendeta Mary Rosendahl dari Gereja Episcopal.

“Islam arus utama tidak ada hubungan dengan teroris,” kata Imam Rahman kepada Rosendahl dan jemaahnya. “Mereka beridentik dengan kelembutan, simpati, dan toleransi. Islam tidak mengajar mereka berlaku teroris,” lanjut Imam Rahman.

Beliau bersama 11 anggota Islamic Center lainnya terus menyambut undangan dari pihak gereja. Ini bertujuan meluruskan salahpahm terhadap Islam. Contohnya, kata Imam Rahman, banyak warga AS tidak tahu bahawa Muslim percaya kepada Taurat, Perjanjian Baru (New Testament), dan Jesus (Isa).

Bagi Muslim, Jesus atau Isa adalah nabi, Muslim. Kata Imam Rahman lagi. Juga percaya ada kitab yang diturunkan selanjutnya, yakni Alquran, dan nabi terakhir adalah Muhammad.

Beliau mengatakan, Muslim AS bukan hanya membantu warga AS untuk memahami Islam, bahkan menjelaskan bahawa Amerika dan kehidupan Muslmi Amerika yang sebenar kepada saudara-saudara Muslim di negara lain. “Mereka (Muslim di negara lain) berfikir, ‘Oh, orang Amerika, mereka hanya mahu minyak kita, hanya itu saja’,” kata Imam Rahman.

Ia mengatakan Muslim di negara lain terkejut semasa mempelajari begitu besar kebebasan dan peluang ekonomi yang dirasakan oleh saudara-saudaranya di Amerika. Imam Rahman mengatakan pertemuan Rabu itu sangat penting.

“Tidak ada yang boleh menyamai dialog terus begitu dan lontarkan pertanyaan-pertanyaan,” katanya. “Jika kamu bertemu orang Islam, bertanyalah!”

Ia juga melemparkan undangan kepada jemaah Rosendahl. “Setiap waktu jika kau perlu, datanglah dan duduk bersama kami di masjid. Dan lihat bagaimana kami berdoa. Silakan kemari!” katanya. (IH)

Ke arah pendedahan pemikiran Islam....
E-Buku IH-31: Minda Baru PAS?
E-Buku IH-31: Minda Baru PAS?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails